Nak senang simpan duit ebook

40

Transcript of Nak senang simpan duit ebook

Page 1: Nak senang simpan duit ebook
Page 2: Nak senang simpan duit ebook

2

Penafian

E-book ini dihasilkan untuk memberi panduan secara

umum kepada pembaca. Pembaca disarankan

merujuk kepada penasihat atau pengamal

professional untuk sesuatu hasil yang bersifat khusus

kepada diri anda.

Tiada jaminan diperakukan bahawa maklumat yang

terkandung dalam e-book ini adalah tepat dan

lengkap. Pengarang secara khususnya tidak

bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,

liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang

berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan

naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak

langsung.

Page 3: Nak senang simpan duit ebook

3

Tips yang dinyatakan dalam naskah ini mungkin tidak

sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat

menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Dr A. Jamil

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-

book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua

cara sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum

mendapat izin daripada penulis.

Page 4: Nak senang simpan duit ebook

4

Isi Kandungan Penafian

Kata Pengantar

Pendahuluan

Susahkah menyimpan wang?

Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh membuat simpanan wang secara konsisten?

7+1 Tips/ Helah menyimpan wang

TIPS 1

Buat bayaran ke dalam akaun simpanan secara berjadual melalui arahan tetap (standing instruction).

TIPS 2

Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung transparent.

TIPS 3

Gandakan wang simpanan bila ada peluang

TIPS 4

Sistem 6 jars

Jar 1 = FFA - Financial Freedom account

Jar 2 = NEC – Necessities (keperluan hidup)

Jar 3 = EDU – Education (pendidikan)

Jar 4 = LTSS – Long term saving for spending (perbelanjaan jangka masa panjang)

Jar 5 = Give (memberi derma)

Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok)

TIPS 5

Teruskan tabiat membuat bayaran

TIPS 6

Sukakan angka yang besar

TIPS 7

Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja

TIPS 8

Masih tidak boleh menyimpan?

Penutup

Page 5: Nak senang simpan duit ebook

5

Kata Pengantar

Begitu pentingkah menyimpan wang?

Jawapan yang satu dunia tahu ialah “Ya!!”

Tetapi betapa sukarnya slogan ‘menyimpan/

menabung wang’ untuk dilakukan.

Menurut pepatah yang popular, ‘Put aside some

money for rainy days’. Simpan wang untuk masa-

masa yang tidak dijangka. Wang simpanan amat

penting untuk masa hadapan anda dan keluarga. Ia

boleh digunakan untuk pelaburan, saat kecemasan,

perubatan, kegunaan pendidikan anak-anak,

melancong, membeli rumah yang lebih selesa dan

kenderaan yang lebih baik serta untuk kegunaan

masa tua kelak.

Page 6: Nak senang simpan duit ebook

6

Maka, dalam e-book ini, saya berkongsi

pengalaman tentang penyimpanan wang yang

diperolehi melalui pembacaan, pengalaman

peribadi serta pengalaman rakan-rakan. Panduan

ini adalah panduan praktikal yang terbukti

berkesan kepada yang telah mengaplikasikannya

(termasuk saya sendiri).

Semoga Tuhan memberkati kalian yang tidak

berhenti mencari ilmu yang bermanfaat.

Selamat berjaya!

Dr A. Jamil (PhD)

Kinning Park,

Glasgow, Scotland, United Kingdom.

Page 7: Nak senang simpan duit ebook

7

Pendahuluan

Susahkah menyimpan wang?

Terdapat variasi jawapan untuk soalan ini.

Sekelompok manusia boleh menyimpan 10%

daripada gaji bulanannya untuk simpanan.

Sekelompok lagi manusia mampu menyimpan

hingga 50-75% daripada gaji bulanannya.

Malangnya, sekelompok besar manusia gagal

menyimpan wang secara konsisten. Jika

menyimpan pun, wang tersebut akan digunakan

beberapa bulan selepas disimpan dalam bank atas

alasan yang bukan kecemasan, contohnya untuk

membuat persiapan hari raya dan sebagainya.

Page 8: Nak senang simpan duit ebook

8

Kelemahan manusia dalam memupuk tabiat

menyimpan wang adalah akibat kesilapan cara

manusia berfikir. Berikut adalah antara cetusan

hati manusia tentang menyimpan wang:

(1) Aku dapat simpan RM100 sahaja sebulan,

berapa sangatlah yang boleh aku kumpul.

Lebih baik aku gunakan sahaja wang ini.

Kesilapan: Beliau tidak menyedari selepas 5

tahun, jumlah simpanannya boleh

mencecah RM6000 tidak termasuk dividen.

(2) Bermula bulan ini, aku akan buat simpanan

wang sebanyak RM2000 sebulan. Aku

makan mee segera sahajalah. (Selepas 3

bulan, RM6000 terpaksa dikeluarkan dari

bank untuk menanggung kos rawatan di

Page 9: Nak senang simpan duit ebook

9

hospital dan terpaksa pula mengambil cuti

tanpa gaji).

Kesilapan: Jumlah simpanan yang tidak

realistik dengan keperluan hidup.

p/s: Untuk kesejahteraan hidup, anda boleh

memotong perbelanjaan yang lain seperti

pakaian, perhiasan dan hiburan. Tetapi

bukan mengurangkan kos membeli

makanan berkhasiat. Ingat, kesihatan tubuh

badan dan otak adalah aset utama manusia

untuk mencari rezeki.

(3) Wow, cantiknya sport rim kereta dia. Boleh

gunakan wang simpanan yang ada untuk

tukar sport rim kereta aku, rasanya cukup tu

(mula mencongak jumlah simpanan yang

ada).

Page 10: Nak senang simpan duit ebook

10

Kesilapan: menggunakan wang simpanan

untuk memenuhi keinginan, bukan

keperluan.

Page 11: Nak senang simpan duit ebook

11

Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh

membuat simpanan wang secara konsisten?

Golongan yang boleh membuat simpanan secara

konsisten sebenarnya mempunyai cara berfikir

yang berbeza. Sesetengah mereka sememangnya

mempunyai tabiat berdisiplin, patuh dan

sayangkan wang yang telah diusahakn dengan titik

peluh sendiri.

Golongan yang boleh menyimpan 10% daripada

jumlah pendapatan bulanan, mempunyai satu

fikiran normal iaitu, ‘Oh, apa salahnya menyimpan

10% sahaja kerana saya boleh gunakan lebihan

90% wang untuk kegunaan yang lain!’.

Page 12: Nak senang simpan duit ebook

12

Golongan yang berjaya menyimpan 50-75% jumlah

pendapatan bulanan pula mempunyai fikiran yang

bijak dan berdisiplin. Mereka bijak mendidik diri

dan bijak menguruskan wang, walaupun

pendapatan mereka tidak tinggi. Golongan ini

mempunyai motivasi tinggi untuk mencapai cita-

citanya seperti untuk pelaburan, membeli aset,

menyambung pengajian, untuk perniagaan dan

sebagainya.

Malangnya, masih ramai gagal menyimpan

walaupun 10% dari hasil pendapatan bulanan

secara konsisten. Ya, secara konsisten, bukan

berselang-selang bulan mengikut kesukaan hati.

Page 13: Nak senang simpan duit ebook

13

7+1 Tips/ Helah menyimpan wang

Maka, untuk membantu anda menyimpan wang

secara konsisten, saya akan senaraikan 7 tips

memberi helah kepada minda anda tentang

menyimpan wang. Jika anda masih gagal

menyimpan wang dengan 7 helah tadi, ada 1 lagi

helah tambahan yang boleh dilakukan.

Hasilnya, anda akan menyimpan wang secara

konsisten tanpa perlu memerah orak atau

bersusah payah. Kini, anda boleh menyimpan wang

(10-75% daripada jumlah pendapatan) secara

konsisten sambil tersenyum. Lebih banyak

disimpan, lebih bagus, asalkan ia realistik!

Page 14: Nak senang simpan duit ebook

14

TIPS 1

Buat bayaran ke dalam akaun simpanan

secara berjadual melalui arahan tetap

(standing instruction).

Katakanlah gaji anda ialah RM2500 sebulan. Anda

menerima gaji pada setiap 20 haribulan. Anda

boleh membuat standing instruction supaya

RM250 (10% daripada RM2500) ditolak daripada

akaun anda pada setiap 21 haribulan untuk

dimasukkan ke dalam akaun simpanan pilihan

anda. Anda boleh membuat standing instruction

sendiri (secara online), melalui panggilan telefon

kepada pihak bank, atau pergi ke kaunter bank

untuk mendapatkan bantuan membuat standing

instruction dari pegawai di sana.

Page 15: Nak senang simpan duit ebook

15

Anda boleh membuat standing instruction secara

interbank (antara bank atau dua bank berbeza).

Sesetengah bank meletakkan caj untuk tujuan

standing instruction interbank. Namun, caj ini tidak

mahal iaitu antara RM2-RM5 bergantung kepada

jenis bank.

Ia amat berbaloi kerana simpanan wang dilakukan

secara automatik. Anda pasti tidak akan terkenang

RM250 yang disimpan itu.

Page 16: Nak senang simpan duit ebook

16

TIPS 2

Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung

transparent.

Minta pasangan dan anak-anak mengisi duit

syiling (lebihan berbelanja) dalam tabung yang

diletak di kawasan yang mudah dilihat, contohnya

di sebelah televisyen dan sebagainya.

Beritahu anak-anak, apabila tabung itu penuh,

isinya akan dimasukkan dalam akaun simpanan

mereka. Anda juga boleh mengasingkan tabung

anak-anak dengan melabel setiap tabung

mengikut nama mereka. Sebaiknya, tabung itu

transparent, supaya isinya boleh dilihat. Ini akan

Page 17: Nak senang simpan duit ebook

17

memberi motivasi kepada anak-anak untuk

menyimpan wang. Anda juga perlu mempunyai

tabung transparent ini. Anda/anak-anak akan

berasa bangga melihat tabung itu berisi penuh

dengan wang, walaupun duit syiling!

p/s: tabung transparent ini boleh berupa bekas

Tupperware atau jar. Tidak perlu membeli tabung

yang mahal.

Page 18: Nak senang simpan duit ebook

18

TIPS 3

Gandakan wang simpanan bila ada peluang

Tahukah anda mengapa kebanyakan manusia

berada dalam bebanan hutang (yang tidak

berkesudahan)?

Mengapa manusia gagal menyimpan wang, apatah

lagi untuk menggandakan wang simpanan?

Ini kerana manusia cenderung menggunakan

lebihan wang untuk membayar hutang atau

membuat hutang baru.

Lihat kepada tiga situasi yang sering berlaku

kepada manusia:

Page 19: Nak senang simpan duit ebook

19

(1) Anda membayar RM600 sebulan untuk

membayar ansuran kereta. Setelah 9 tahun

berlalu, hutang kepada pihak bank telah

selesai. Bermakna, anda ada lebihan RM600

untuk bulan-bulan berikutnya. Ah, sesuatu

yang melegakan bukan?

Malangnya, kebanyakan manusia memilih

untuk menggunakan lebihan RM600 setiap

bulan ini untuk membuat hutang baru.

Maka, kitaran hutang anda tidak akan

berkesudahan hingga mati.

Page 20: Nak senang simpan duit ebook

20

Manusia yang bijak, akan mengambil

RM600 ini untuk dimasukkan ke dalam

akaun/tabung simpanan. Maka, jumlah

simpanan wang akan bertambah.

Katakanlah jumlah simpanan wang yang

tetap (sebelum ini) adalah RM250. Apabila

hutang kereta telah dilangsaikan dengan

bank, sewajarnya jumlah simpanan

meningkat kepada RM850 sebulan!

Lumayan bukan?

(2) Untuk anda yang bekerja makan gaji,

bukankah anda ada kenaikan gaji setiap

tahun? Katakanlah kenaikan gaji anda

adalah RM250 setahun, maka tambahkan

Page 21: Nak senang simpan duit ebook

21

jumlah simpanan anda kepada *RM100

setiap bulan pada tahun tersebut.

Contoh: Jika anda boleh menyimpan RM250

x 12 bulan pada tahun 2014. Maka, anda

boleh tingkatkan menyimpan RM350 x 12

bulan pada tahun 2015. Seterusnya,

simpanan meningkat kepada RM450 x 12

bulan pada tahun 2016. Ini bermakna jumlah

simpanan anda sewajarnya berganda dari

tahun ke tahun.

* RM100 adalah 40/100 daripada RM250.

Mengambil 40% daripada nilai kenaikan gaji

anda adalah nilai yang realistik. Lebihan

60% nilai kenaikan gaji anda adalah untuk

Page 22: Nak senang simpan duit ebook

22

menampung kos sara hidup global yang

tentunya meningkat dari tahun ke tahun.

(3) Jika anda dinaikkan pangkat, menerima

kenaikan gred gaji atau jumlah pendapatan

(sale) meningkat (untuk yang bekerja

sendiri); gunakan wang kenaikan itu untuk

menambah wang simpanan.

(4) Jika anda menerima bonus tahunan,

gunakan peluang ini untuk mengambil

(sekurang-kurangnya) 40% nilai bonus

untuk menambah jumlah simpanan anda.

Page 23: Nak senang simpan duit ebook

23

Contoh: Gaji bulanan anda ialah RM2500.

Bonus tahunan (jika bonus separuh gaji)

ialah RM1250.

Ambil 40% daripada RM1250 untuk

menambah jumlah simpanan anda. Ini

bermakna anda telah menambah RM500

dalam akaun simpanan pada tahun itu.

Kesimpulan:

Jika situasi 1 hingga 3 berlaku kepada anda,

jangan berlengah lagi, segera tambah wang untuk

standing instruction ke dalam akaun simpanan.

Situasi ke 4 pula berlaku setahun sekali. Erm,

penambahan RM500 (sekali dalam setahun) ke

Page 24: Nak senang simpan duit ebook

24

dalam akaun simpanan, tidaklah teruk sangat

bukan?

Yang penting, jangan pernah berfikir untuk

membuat hutang baru!

Page 25: Nak senang simpan duit ebook

25

TIPS 4

Sistem 6 jars

Sistem 6 jars diperkenalkan oleh T Harv Eker iaitu

penulis buku terlaris “Secret of the Millionaire

Mind”.

Beliau menyarankan supaya kita menyediakan 6 jar

yang berbeza (anda boleh gunakan sebarang

bekas yang dirasakan sesuai untuk menyimpan

wang). Labelkan jar ini seperti di bawah:

Jar 1 = FFA - Financial Freedom account

Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda

(selepas ditolak cukai).

FFA digunakan untuk anda membuat pelaburan

sebagai pendapatan pasif kelak.

Page 26: Nak senang simpan duit ebook

26

Jar 2 = NEC – Necessities (keperluan hidup)

Masukkan 50% daripada pendapatan bulanan anda

(selepas ditolak cukai).

NEC ialah bayaran keperluan hidup seperti bayaran

ansuran bulanan rumah dan kereta, makanan,

minuman, pengangkutan dan sebagainya.

Jar 3 = EDU – Education (pendidikan)

Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda

(selepas ditolak cukai).

Gunakan wang ini untuk menambah nilai diri anda

dengan membeli buku-buku bacaan bermanfaat,

menyertai seminar-seminar, membeli CD ilmu atau

menyambung pengajian.

Page 27: Nak senang simpan duit ebook

27

Jar 4 = LTSS – Long term saving for spending

(perbelanjaan jangka masa panjang)

Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda

(selepas ditolak cukai).

Wang dalam LTSS digunakan untuk perbelanjaan

yang besar (kelak) seperti bayaran muka

(downpayment) membeli kereta baru, rumah baru,

membeli perabot, membina gazebo di depan rumah

dan sebagainya.

Jar 5 = Give (memberi derma)

Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda

(selepas ditolak cukai).

Gunakan wang dalam Give untuk tujuan amal dan

menderma.

Page 28: Nak senang simpan duit ebook

28

Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok)

Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda

(selepas ditolak cukai).

Tabung Play boleh digunakan setiap akhir bulan

atau setiap dua bulan bergantung kepada

perbelanjaan yang anda ingini. Anda boleh

gunakan wang ini untuk membeli barangan yang

anda suka atau telah lama diidamkan. Ia juga

boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan spa

dan sebagainya. Apa sahaja asalkan anda seronok

melakukannya. Reward yourself!

Sistem 6 jars adalah satu metafora untuk anda

membuat 6 akaun simpanan wang yang berbeza.

Pindahkan wang pendapatan anda mengikut

Page 29: Nak senang simpan duit ebook

29

peratus yang telah dicadangkan ke dalam 6 akaun

ini secara konsisten setiap bulan.

Namun demikian, banyak juga yang membuat

system 6 jars ini dengan meletak 6 tabung fizikal di

atas meja kerja dan sebagainya. Secara

rasionalnya, teknik visual ini akan memberi lebih

motivasi untuk menyimpan wang. Terpulang

kepada anda bagaimana untuk melaksanakan

system 6 jars. Yang penting, teruskan menyimpan

wang dan pastikan wang itu selamat!

p/s: Untuk yang bekerja sendiri, perlu mewujudkan

Jar 7 iaitu Tax (cukai). Anda perlu mengasingkan

wang terhadap cukai yang dikenakan kepada

pendapatan hasil perniagaan anda.

Page 30: Nak senang simpan duit ebook

30

TIPS 5

Teruskan tabiat membuat bayaran

Katakanlah bayaran ansuran bulanan motosikal

anda telah langsai, gunakan jumlah wang yang

sama untuk terus membuat bayaran. Tetapi buat

bayaran ke dalam akaun/tabung simpanan anda.

Beritahu diri anda yang anda akan terus membuat

bayaran seolah-olah anda masih membayar

ansuran bulanan motosikal.

Sedangkan anda sedang menggandakan wang

simpanan anda.

Seronok bukan?

Page 31: Nak senang simpan duit ebook

31

TIPS 6

Sukakan angka yang besar

Adakah anda suka melihat amaun yang besar

tercatat dalam akuan simpanan anda?

Jika ya, anda boleh menjadikan ia sebagai satu

motivasi untuk anda terus menyimpan wang.

Individu yang mempunyai keseronokan

menyimpan wang ini lazimnya seorang yang rajin,

berdisiplin dan mungkin juga mempunyai latar

belakang dari keluarga yang pernah susah (tidak

semua). Golongan ini dapat merasai the feeling of

satisfaction (kepuasan yang tidak terhingga)

apabila melihat angka dalam akaun simpanannya

semakin berganda.

Page 32: Nak senang simpan duit ebook

32

Tambahan pula, golongan ini merasakan berbaloi

bekerja keras dan dapat menyimpan wang.

Andakah itu? Jika ya, tahniah, anda adalah

manusia yang boleh menyimpan wang tanpa perlu

bersusah payah/ tanpa paksaan.

Page 33: Nak senang simpan duit ebook

33

TIPS 7

Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja

Tips ke-7 ini amat penting.

Ya, amat penting terutama bagi individu yang

pantang mempunyai wang, pasti ingin

dibelanjakan. Individu ini berbeza dengan individu

dalam TIPS 6 tadi.

Terdapat sesetengah manusia, mempunyai satu

misi automatik dalam fikirannya; jika aku punyai

wang, aku mesti beli sesuatu (walaupun barangan

itu bukan keperluannya). Arahan itu muncul secara

automatik dari minda. Sungguh ajaib tetapi

memudaratkan.

Inilah yang sering terjadi hingga wang dalam

Page 34: Nak senang simpan duit ebook

34

akaun simpanan tidak berganda, malahan semakin

berkurang dan terus kosong.

Apa yang perlu golongan ini lakukan ialah:

(1) Simpan wang dalam akaun yang sukar

untuk dikeluarkan wang tunai (mungkin

anda boleh pilih bank yang tiada di kawasan

tempat anda tinggal).

(2) Simpan wang dalam akaun yang anda tiada

kad ATM. Ya, pastinya mengelak daripada

anda mengeluarkan wang secara mudah.

(3) Berikan kad ATM kepada ibu atau ayah di

kampung. (Saya yakin, ibu bapa adalah

pemegang amanah terbaik di dunia).

(4) Anda telah membuat standing instruction

ke dalam akaun simpanan bukan? Jangan

pernah fikitkan tentang wang itu. Lupakan

Page 35: Nak senang simpan duit ebook

35

mereka. Gunakan mereka apabila anda

benar-benar memerlukan sahaja. Mungkin

semak jumlah dalam akaun simpanan

apabila anda telah menemui cara untuk

membuat pelaburan hartanah atau lain-lain

pelaburan yang bermanfaat.

Page 36: Nak senang simpan duit ebook

36

TIPS 8

Masih tidak boleh menyimpan?

Saya mempunyai seorang rakan yang amat sukar

menyimpan wang. Isterinya seorang aktivis NGO

dan sering menyertai badan-badan amal hingga ke

luar negara. Jika suaminya mempunyai wang, pasti

si isteri akan meminta dengan alasan untuk

keperluan badan amal dan tujuan sosial. Selain itu,

si isteri juga mempunyai citarasa kehidupan yang

agak mewah.

Ya, tujuan amal itu sangat bagus, tetapi sehingga

ke tahap keluarga tiada dana simpanan, tiada dana

kecemasan, tiada dana pelaburan dan tiada dana

pendidikan anak-anak. Itu adalah petanda buruk

Page 37: Nak senang simpan duit ebook

37

bukan?

Rakan saya telah cuba menyimpan wang dalam

akaun yang berbeza-beza. Tetapi isteri amat bijak,

kesemua akaun itu berjaya dikesan dengan mudah.

Puas rakan saya ini memikirkan bagaimana cara

menyimpan wang tanpa pengetahuan si isteri.

Akhiranya, beliau memasukkan wang simpanan ke

dalam akaun bank ibu dan ayahnya di kampung.

Mereka sama-sama berpakat untuk menamakan

beliau sebagai penama akaun tersebut.

Hasilnya sangat membanggakan, beliau berjaya

menyimpan sejumlah wang yang banyak dalam

kedua-dua akaun ibu dan ayahnya.

Tanpa disentuh.

Page 38: Nak senang simpan duit ebook

38

Bukankah saya sudah kata, ibu dan ayah

sememangnya pemegang amanat paling jujur di

dunia.

Page 39: Nak senang simpan duit ebook

39

Penutup

Semoga anda dapat mempraktikkan tips/ helah

yang telah disenaraikan tadi. Cuba lihat pepatah di

bawah,

“Formal education will make you a living;

self-education will make you a fortune.”

Jim Rohn

Saya yakin, dengan ilmu yang anda perolehi ini, jika

diamalkan akan membawa anda kepada

kesenangan hidup dan kelapangan fikiran. Didik

diri anda mengawal kewangan anda melalui ilmu

yang diperolehi. Jangan berlengah lagi,

mulakannya sekarang (now)!

Selamat berjaya!

Page 40: Nak senang simpan duit ebook

40

e-publisher