Nak Serban Atau Nak Ilmunya

download Nak Serban Atau Nak Ilmunya

of 5

Transcript of Nak Serban Atau Nak Ilmunya

  • 7/21/2019 Nak Serban Atau Nak Ilmunya

    1/5

    NAK SERBAN ATAU NAK ILMUNYA ?

    Aku pilih Serban !!!

    Mulanya, aku inginkan Ilmu... namun, beberapa ketika, setelah ku fikir dan fikir dan fikir, bagaimana

    aku boleh mendapatkan ilmu jika serban itu tidak ku kenal?

    Untuk mendapatkan ilmu terhadap sesuatu, maka "sesuatu" itu mesti terlebih dahulu dikenal. Kita

    perlu tahu "subjek" yang ingin diperkatakan, baru kita boleh membicarakan perihal ilmu dari subjek

    itu. Jika aku ingin ilmu serban, aku perlu tahu atau lihat atau kenal serbannya dulu. Jika serban itu

    tidak pernah ku tahu, tidak pernah ku lihat atau kenal, maka, bagaimana aku nak tahu yang "inilah

    bendanya (serban) yang aku nak ilmu darinya"?

    Umpama, aku nak belajar ilmu perihal Tok Kenali. Tentunya, aku sudah pernah melihat sesuatu

    benda yang berkaitan Tok Kenali atau melihat sesuatu maklumat berkaitan Tok Kenali atau

    mendengar perkataan Tok Kenali atau merasanya atau bermimpi akan sesuatu perihal Tok Kenali itu

    dulu ! Bila telah melihat atau mendengar atau merasa atau bermimpi akan sesuatu yang berkaitan

    Tok Kenali, barulah aku tahu yang "Tok Kenali" itulah subjek ilmu yang ingin aku cari. Jika perkataan

    "Tok Kenali" pun aku tak pernah dengar atau tak pernah jumpa atau tak pernah bermimpi akannya,

    maka ilmu apa yang nak dicari ?

    Syarat ilmu adalah perlu mengenal. Ilmu baru dikatakan ilmu jika telah mengenal. Jika belum

    mengenal, itu cuma maklumat ! Untuk mengenal, aku terlebih dahulu, perlu tahu akan "subjek" yang

    ingin dikenal.

    Soalnya...

    Bagaimana pula aku boleh tahu "subjek" yang aku nampak atau aku dengar akannya atau yang aku

    mimpi tentangnya itu adalah "Serban" atau "Tok Kenali" ? Jika aku telah tahu akan "subjek" itu,

    bukankah ini bermakna aku sudah ada ilmu mengenainya? Dari mana pula datang ilmu ini,

    sedangkan aku tidak pernah tahu akannya sebelum ini?

    Aku bingung.......

    Buku "Mengenal Diri" Pusaka Ilmu Tok Kenali, ku buka sebagai rujukan mencari faham. Bila ku baca

    dan ku baca dan ku baca, lantas aku menemui jawapannya !

  • 7/21/2019 Nak Serban Atau Nak Ilmunya

    2/5

    "Serban" dan "Ilmu" itu adalah ibarat "Api" dengan "Panas"nya, ibarat "Gula" dengan "Manis"nya,

    ibarat "Roh" dengan "Jasad". Tidak terpisah tetapi tidak juga bersatu ! Saling nyata menyata di

    antara satu dengan lainnya !

    Bila ingin mencari serban, ilmu akan mengikut. Bila mencari ilmu, serban akan mengikut. Seperti

    gula dengan manisnya. Bila mencari gula, manis juga dapat, bila mencari manis, gula juga dapat !

    Lantas...

    Ku katakan pada diriku...

    Biarkan orang lain mencari Ilmu ! Aku inginkan Serban ! Apakah salah jika aku pilih serban ?

    Jika soalan bertanya; "Nak Serban atau Nak Ilmunya" maka jawapanku...

    Aku inginkan SERBAN !

    Lantas serban ku ambil, ku renung, ku belek, ku pegang, ku ikat dan ku lipat. Aku bertanya kepada

    diriku, kenapa serban ini dinamakan serban? Lantas ku amati dalam dan dalam dan dalam. Aku

    mencari yang mana yang dikatakan serban? Kenapa serban ini dinamakan serban? Jawapan ku

    terjawap ! Serban ini dinamakan serban, hanya kerana ia di-NAMA-kan serban oleh orang yang

    memanggilnya, sekadar untuk mengenal akan diri serban. Jika tidak bernama, bagaimana nak

    menunjuk atau bercerita perihal serban? Boleh saja serban itu dinamakan "Kain" atau "Turban" atau

    "Talaipakkai" atau "Aimamah" atau "Toujin" atau apa saja. Walau apa pun namanya, ia tetap merujuk

    perihal serban yang sama !

    NAMA "serban" diberi oleh orang yang menamakannya sesuai dengan SIFAT, KEGUNAAN

    (PERBUATAN menggunakannya) dan Bahan Mentahnya (ROH/ZAT). Serban itu tidak dinamakan

    serban jika ia berbentuk cawan (SIFAT) Serban juga tidak dikatakan serban jika ia digunakan di kaki

    (KEGUNAAN). Juga tidak bernama serban jika ianya dibuat dari tepung !

    Baru Aku faham bahawa, Hukum Sifat, Hukum Guna (Perbuatan), Hukum Zat inilah yang

    sebenarnya menjadi Syariat (peraturan) yang menentukan SERBAN itu bernama SERBAN!

    Lantas... lagi ku tenung, lagi ku belek dan lagi ku rasa dalam dan dalam dan dalam. Kali ini aku tidak

    lagi nampak serban. Yang Aku nampak adalah KAIN !! Kain itu ku tarik, ku koyak, ku gunting, ku

    renyuk dan ku siat hingga hilang bentuknya...

  • 7/21/2019 Nak Serban Atau Nak Ilmunya

    3/5

    Kain juga hilang ! Yang Aku nampak kini adalah BENANG !

    Ku amati benang itu satu per satu. Ada benang putih, ada merah ada panjang ada pendek ada tebal

    ada halus. Dalam khusyuk mengamati benang, baru ku sedar yang benang itu sebenarnya adalah

    KAPAS !Kapas ? Mana pula munculnya kapas? Rupanya dari POKOK ! Lantas ku cari pokok. Setelah ku

    amat-amati, aku jumpa BENIH yang menumbuhkan pokok !

    Ya Tuhan...

    Baru aku sedar yang hajatku yang mulanya berkehendakkan kepada SERBAN itu telah menemukan

    aku dengan BENIH. Baru aku tahu bahawa asal SERBAN itu sebenarnya dari BENIH nya KAPAS !

    Benih ? Bagaimana mungkin ? Lantas ku buka biji benih. Kosong ! Tiada apa-apa ? Mustahil ! Aku

    periksa dalam dan dalam dan dalam dan dalam. Masih tiada ! Lantas ku rujuk di dalam buku A

    Brief History of Seeds and Plant yang ada di dalam almari. Aku jumpa jawapan !

    Rupanya benih itu juga dipanggil SEL. Dalam sel ada NUKLEUS dan dalam nukleus ada ATOM !

    Ku cari makna ATOM.... Maknanya ku temui begini : An atom is the defining structure of an element,

    which cannot be broken by any chemical means. protons neutrons electrons (ATOM adalah suatu

    unsur yang paling terkecil yang tidak lagi boleh dipecah atau dibahagikan secara kimia. Atom

    mempunyai nukleus yang dikelilingi oleh proton dan neutron). ATOM wujud di dalam setiap SEL.

    Aku tertanya, jika ATOM tidak boleh dipecahkan lagi secara kimia, apakah bermakna ianya masih

    boleh lagi dipecahkan secara kaedah lain? Jika boleh, apa caranya? Aku pasrah ! Tiada lagi terdaya

    mencari jawapan.

    Tiba-tiba...

    Dalam kepasrahan itu, aku didatangkan Ilham ! Ilham itu terbit dari sanubariku yang mengatakan

    bahawa ATOM bukan perkara zahir. ATOM perkara batin (tak nampak). Untuk melihat perkara batin,

    harus menggunakan kaedah batin. Hanya yang batin dapat melihat yang batin !

    Rupanya, walaupun Atom itu tidak dapat dipecahkan melalui kaedah kimia, namun, Atom itu masih

    boleh "dipecahkan" melalui kaedah "batin" atau "spiritual". Kaedah batin bermaksud kaedah yang

    tidak nampak melalui pancaindera zahir. Ia hanya nampak atau hanya dapat dirasakan oleh

    pancaindera batin seperti akal atau hati melalui kaedah batin seperti mimpi dan ilham (idea/laduni).

  • 7/21/2019 Nak Serban Atau Nak Ilmunya

    4/5

    Maha Suci Allah !

    Ilham itu membawa aku "menerawang" ke alam 'batin'. Aku lihat diriku. Aku nampak diri yang

    bertubuh jasad. Diri jasad itu pula kelihatan hidup dengan dipenuhi billion dan trillion sel. Setiap sel-sel ini pula ada dua objek berbentuk "bulan" yang kelihatan seperti bola mengelilingi "atom" sel.

    Namun atom sel itu tidak kelihatan. Atom sel itu seolah-olah "fatamorgana" air. Nampak seperti ada,

    tapi tiada. Air yang tidak berbentuk, tapi air yang mengikut bentuk !

    Kedua-dua objek "bulan" itu terus mengelilingi setiap sel. Terkadang, kelihatan sel sesama sel

    seolah-olah "bergaduh" sesama mereka dalam berebutkan sesuatu. Sel yang menang,

    mendominasi sel-sel lainnya. Ia menjadi sel yang lebih besar, ibarat "Raja" yang menguasai sel-sel

    kecil yang lainnya. Bila satu sel, mati, sel baru pun tumbuh menggantikan yang mati. Yang mati

    hilang dan kembali kepada ATOMnya...

    Tiba-tiba aku tersedar !

    Khayal ku hanya sekejap, tapi sekejapnya itu bagai suatu pengembaraan yang berlaku bertahun-

    tahun ! Khayal itu telah memberi aku jawapan !!

    Ku simpulkan jawapannya begini :

    ATOM wujud dalam setiap sel yang bilangannya billion-trillion. Namun hakikat Atom itu tidak

    nampak. ATOM hanya dizahirkan oleh Sel. Diri sel itu pula ada nukleus. Nukleus inilah nadinya sel.

    Tanpa nukleus, sel tidak akan hidup !

    ATOM itu ibaratnya Tuhan (sebagai memudah faham sahaja)

    Sel itu ibaratnya diri makhluk !

    Nukleus itu ibaratnya Roh !

    Dua simbol yang kelihatan seperti bentuk bulan iaitu "proton"(+) dan "neutron"(-) yang mengelilingi

    Nukleus itu ialah simbol kepada "Baik (+) dan Buruk (-), ATAU Pahala (+) dan Dosa (-) ATAU Syurga

    (+) dan Neraka (-) ATAU Malaikat Atid (+) dan Malaikat Raqib (-) ATAU apa saja kejadian berpasang-

    pasang yang Tuhan jadikan" !

    Ya Tuhannnnnnn....

    Dalam serban itu ada ATOM ! Ada Sel dan ada Nukleus ada proton(+) dan ada neutron(-) !

  • 7/21/2019 Nak Serban Atau Nak Ilmunya

    5/5

    Barulah lah aku faham, ASAL serban itu adalah dari ATOM ! Tanpa ATOM serban tidak akan wujud !!

    ATOM itu menzahirkan dirinya melalui Nukleus dan Nukleus menzahirkan dirinya melalui Sel

    (Benih), Sel pula melalui Kapas dan Kapas melalui Benang dan Benang melalui Kain dan Kain

    melalui Serban !!

    Inilah ilmu Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi yang aku cari-cari ! Aku jumpa ilmu ini di

    dalam Serban !!

    Maha Suci Tuhan...

    Mulanya, aku hanya ingin mengenal SERBAN, tetapi melalui SERBAN itu aku telah mengenal

    diriMU...

    Maka, apakah salah jika aku memilih SERBAN ?

    Sebelum ada sesiapapun menjawap soalan ini, aku sendiri yang memberikan jawapannya.

    Jawapnya ialah...

    "Wahai diri yang bernama 'Wira', sesungguhnya engkau tidak mampu untuk memilih segala sesuatu.

    Akulah yang menzahirkan pilihanKu melalui engkau" !

    Aku KELU !!!

    (maksudnya : Semua telah ditentukan di dlm Skrip ceritaNya di Kitab Lauh Mahfuz.. kita hanya

    lakonkan semula apa yg DIA telah tulis mengikut skrip ceritaNya..)

    Sorg Bayi agama Hindu tidak minta mereka di lahirkan di dlm agama Hindu

    Sorg Bayi agama Buddha tidak minta mereka di lahirkan di dlm agama Buddha

    Sorg Bayi agama Kristian tidak minta mereka di lahirkan di dlm agama Kristian

    Sorg Bayi agama Islam tidak minta mereka di lahirkan di dlm agama Islam

    dan lain2 agama pun sama juga sehingga sorg Bayi yg dilahirkan tiada agama apa2 pun tidak minta

    mereka dilahirkan begitu.

    Tuhan tidak suruh melihat makhlukNya.. yg Tuhan suruh menyatakan (Ingat) Dia selalu.. Disebalik

    makhlukNya ada Dia juga.. baik Haiwan, Tumbuhan, Jin, Syaitan, Malaikat dan Manusia.