Nasionalism

20
AEEA2311: NASIONALISME DI ASIA TENGGARA SESI 2014/2015 soalan:1.Bincangkan keadaan- keadaan dan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara sepanjang 1870 hingga 1920.

description

Nasionalism di Asia Tenggara

Transcript of Nasionalism

Page 1: Nasionalism

AEEA2311: NASIONALISME

DI ASIA TENGGARA

SESI 2014/2015soalan:1.Bincangkan keadaan-

keadaan dan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara sepanjang 1870 hingga 1920.

Page 2: Nasionalism

PENGENALAN Terdapat banyak takrif nationalisme antaranya

seperti perasaan cinta akan tanah air, dan semangat benci terhadap penjajah atau anti-colonialism.

Menurut Hans Kohn, nationalism di takrifkan sebagai satu keadaan fikirann yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat.

Selain itu, nationalism ini merupakan satu aliran idea-idea berbentuk tindakan tersendiri yang mengandungi perasaan politik yang tertentu.

Dalam konteks Asia Tenggara, semangat nationalism muncul akibat daripada keadaan-keadaan tertentu dan faktor tertentu hingga semangat nasionalisme mula muncul di Asia Tenggara.

Page 3: Nasionalism

KEADAAN YANG MENDORONG KEPADA MUNCULNYA SEMANGAT NASIONALISME DI FILIPINA Sebelum 1870 terdapat banyak keadaan yang

mendorong kepada wujudnya semangat nasionalisme. Lanjutan daripada pemberontakan di Novales pada tahun 1821dan di Toyabas pada tahun 1842.

Pada tahap kedua Nasionalisme di Filipina tertubuh sebuah organisasi yang dinamakan Comparenismo yang bermaksud persahabatan. Comparenismo ini ditubuhkan pada tahun 1880 dengan tujuan memberi pendidikan yang bersifat patriotik bagi masyarakat Filipina. Organisasi ini banyak melahirkan kaum. Pada tahun 1892 Jose Rizal mendirikan sebuah organisasi bernama Liga Filipina. Tujuan asal penubuhan Liga Filipina bukan bertujuan untuk pemisahan dan kebanyakan gerakan Liga Filipina tidak bersifat kekerasan.

Page 4: Nasionalism

Liga Filipina menjadi satu gerakan yang menggemparkan pemerintah Spanyol di Filipina kerana Jose Rizal sendiri juga seorang doktor, ahli sastra dan telah mengunjungi Spanyol, Prancis, Jerman dan Inggris. Bukunya yang berjudul Noli Metangere (diterbitkan di Berlin,1887) atau maksudnya Jangan Menyinggung Saya mengandungi kritikan pedas untuk pemerintahan gereja dan pemerintah kolonial. kemudian Jose Rizal ditangkap dan diasingkan di Dapitan di Mindanao. Setelah itu para pemimpin gerakan menganggap bahawa akan sukar untuk mencapai kemerdekaan oleh itu, mereka menjalankan pemberontakan bersenjata.

Akhirnya Jose Rizal di jatuhkan hukuman mati iaitu di tembak oleh tentera spanyol dan kata-kata terakhir beliau ialah "consummatum est",--it is finished. Beliau di hukum mati kerana dituduh sebagai dalang pemberontakan yang dilakukan oleh Andres Bonifacio

Page 5: Nasionalism

Setelah kematian Jose Rizal, telah mencetuskan satu keadaan yang baru dimana semangat nationalism lebih bersifat revolusi yang dipimpin oleh Andres Bonifacio iaitu merupakan sahabat karib Jose Rizal namun berbeza dari segi pemikiran. Andres Bonifacio merupakan seorang mason dan turut menyertai Liga dan pada masa yang sama beliau menubuhkan satu pertubuhan baru iaitu Katipunan satu pertubuhan rahsia dengan tradisi berbau masonik.

Pertubuhan ini menjalankan pemberontakan bersenjata untuk melawan penjajah Spanyol. Namun ,pemberontakan ini gagal dalam menentang Sepanyol. Jose Rizal yang dituduh sebagai dalang pemberontakan ini kemudian dihukum mati pada tanggal 30 Desember 1896. Namun Andres Banifacio yang sebenarnya memimpin pemberontakan ini berjaya melarikan diri.

Page 6: Nasionalism

Setelah Andres Banifacio gagal dalam melancarkan pemberontakan bersenjata, pertubuhan Katipunan telah dipimpin oleh Emilio Aguinaldo yang mana Aguinaldo melanjutkan pemberontakan tersebut dan berjaya meghalau sepanyol keluar dari province. Beliau di lantik sebagai ketua kerajaan atau presiden namun tidak di setujui oleh Bonifacio. Namun Bonifacio di bunuh oleh rakan sepejuangannya pada 10 may 1897. sebulan selepas itu, sepanyol berjaya merampas kembali province itu dan Aguinaldo berundur ke utara hingga ke Bulacan.

pada penghujung tahun itu, Aguinaldo berjaya mendapat genjatan senjata dengan sepanyol dan beliau bersama rakan seperjuangan di buang ke Hong Kong.

Page 7: Nasionalism

Aguinaldo kemudian kembali ke Filipina untuk kemerdekaan Filipina pada tahun 12 June 1898. Beliau membentuk pakatan bersama Amerika untuk melawan Sepanyol hingga tahun 13 ogos 1898 Manila jatuh. Melalui Perjanjian Paris 10 Desember 1898 Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerika dengan menerima wang sebanyak $20.000.000,00. Kepergian Spanyol dari Filipina justeru membuat Filipina dikuasai oleh Amerika dan tidak mengakui kemerdekaan Filipina meskipun perlembagaan dibentuk pada 1898. Perjuangan Aguinaldo selama dua tahun ternyata belum berjaya dan pada akhirnya beliau ditangkap. Ahlinya yang lain kemudian melanjutkan perjuangan dan berakhir dengan penyerahan Malvar iaitu merupakan jeneral Aguinaldo yang terakhir menyerah kalah pada April 1902.

Page 8: Nasionalism

FAKTOR-FAKTOR MENDORONG KEMUNCULAN SEMANGAT KAPITALISME Filipina Filipina merupakan negara yang

pertama munculnya semangat nasionalism di Asia Tenggara.

Golongan agama ini memainkan peranan yang penting yang mendorong wujudnya semangat nasioanlisme di Filipina kerana mereka banyak mendidik rakyat Filipina hingga mereka merasakan diri mereka di jajah dan ingin bebas dari belenggu penjajahan.

Page 9: Nasionalism

Selain itu, Bangsa Spanyol mendidik masyrakat Filipina dengan pendidikan dan budaya Eropah. Oleh sebab itu munculnya golongan intelektual yang mendorong kepada wujudnya semangat nasionalisme dan mengembangkan lagi semangat nasionalisme tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung melahirkan semangat nasionalisme dalam masyarakat Filipina. Gabenor General Primo de Rivera pernah menulis pada 1896 menyatakan bahawa “the native priest,having the Christian spirit,educated in the seminary, enlightened by the friar ordinarily living with him, is probably the most hostile and most dangerous of those who confront us.And this is as it should be.When you instruct a man and give him a superior education;when you ordain him,train him in gospels… that man can be no man’s servant.

Page 10: Nasionalism

DI VIETNAM Nasionalisme di vietnam boleh dikatakan menarik. Vietnam mula di jajah oleh Perancis setelah perjanjian

‘protectorate’ tahun 1884 di tandatangani oleh raja vietnam dan sudah tentu raja vietnam dipaksa untuk menurunkan tandatangan mengakui kekuasaan Perancis.

Kejatuhan Vietnam ke tangan perancis telah melemahkan kepimpinan tradisional vietnam yang selama ini tertumpu kepada raja dan golongan mandrin.

Selain itu berlaku perpecahan dalam kepimpinan selepas tahun 1884 apabila muncul 2 kumpulan bertentangan pendapat di istana Hue iaitu mereka yang bekerjasama dengan Perancis dan mereka yang menentang dasar kerjasama

Page 11: Nasionalism

Golongan kedua ini dipimpin oleh ‘Regent’ Thuyet telah melancarkan serangan bagi mengusir keluar perancis dalam bulan julai 1885 tetapi berjaya di patahkan oleh Perancis.

Kegagalan ini telah menyebabkan Thuyet dan Raja Ham Nghi melarikan diri ke Annam utara membolehkan perancis melantik seorang Raja baru Vietnam atau lebih tepat lagi boneka Perancis iaitu Dong Khan

Kegiatan menentang perancis telah diteruskan oleh golongan cendikiawan yang melancarkan ‘pemberontakan golongan cendikiawan’ yang berterusan hingga 1888 apabila tertangkapnya bekas raja Ham Nghi dan pemergian Thuyet ke China

Pemberontakan golongan cendikiawan ini berakhir dalam tahun 1895 apabila kematian pemimpin mereka Pham Dinh Phuong.

Page 12: Nasionalism

KEADAAN YANG MENDORONG KEPADA MUNCULNYA SEMANGAT NASIONALISME DI VIETNAM

kekalahan golongan cendikiawan menentang perancis mempunyai makna besar dalam nasionalisme vietnam.

Penentangan golongan mandarin terhadap Perancis mulai Reda di kalangan pemimpin di Istana Hue dan telah mula menerima kehadiran Perancis.

Institusi raja dan raja itu sendiri sudah hilang ‘prestige’nya sebagai sebuah institusi di hormati dan simbol perpaduan negara.

Pengaruh sekolah Kung Fu Tze mulai menurun malah orang-orang Vietnam sendiri sudah mula mendekati sekolah-sekolah Perancis.

Page 13: Nasionalism

Keadaan yang mana institusi raja dan raja itu sendiri mulai hilang ‘prestige’nya telah memberikan satu peluang kepada orang vietnam untuk berfikir idea-idea baru dan tercetuslah idea-idea nasionalisme hasil daripada pendidikan barat oleh golongan intelektual.

Selain itu, akibat kelemahan institusi raja juga idea-idea dari luar seperti di china dan eropah telah mula masuk kedalam pemikiran orang vietnam.

China selatan merupakan pusat kegiatan anti-Manchu orang-orang China juga menjadi tempat tumpuan pelarian-pelarian Vietnam. Pemimpin-pemimpin pelarian ini memandang ke arah China sebagai satu model yang patut diikuti oleh nasionalis-nasionalis vietnam dalam perjuangan menentang perancis.

Page 14: Nasionalism

Kebangkitan China merupakan satu keadaan yang mendorong munculnya semangat nasionalisme di vietnam yang mana Idea-idea reformis China seperti Kang-yu wei,Liang ki Tchou ataupun pemimpin ‘republican’ seperti Sut yan sen mendapat sambutan di kalangan Cendikiawan Vietnam seperti Phan Boi Chau.

Phan Boi Chau memulakan ‘Phase’ baru dalam perjuangan orang-orang Vietnam iaitu perjuangan orang-orang Pelarian dan Kongsi gelap.

Kemenangan jepun dalam perang dengan Russia tahun 1905 banyak mempengaruhi nasionalis vietnam

Phan Boi Chau telah pulang ke Vietnam secara senyap selepas kemenangan Jepun. Beliau mengumpul tenaga untuk menentang Perancis

Page 15: Nasionalism

Phan Boi Chau mendapat sokongan dari Phan Chu Trinh Da seorang keluarga di raja dan Cuong De.

Cuong De kemudian pergi ke Jepun dan menubuhkan satu persatuan Viet-Nam Duy Tan Hoi iaitu persatuan memodenisasikan Vietnam.

Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk membebaskan Vietnam dari penjajah Perancis, kembalikan semula tahta kerajaan Vietnam kepada yang berhak dan pembentukan Perlembagaan seperti di Jepun.

Ini menunjukan satu keadaa yang mana Kesediaan golongan cendikiawan menerima perubahan-perubahan baru dalam aliran nasionalisme Vietnam

Mereka lebih rasional dan mula meninggalkan prasangka mereka terhadap pembaharuan.

Page 16: Nasionalism

Mereka mula melihat pembebasan Vietnam mestilah dijalankan melalui penggabungan Objektif-objektif Politik dan Ekonomi.

Satu krisis politik telah berlaku di Istana Hue tahun 1908 telah memberikan peluang di tunggu-tunggu oleh para nasionalis Vietnam.

Krisis ini melibatkan penurunan tahkta Raja Thanh Thai di ganti dengan anaknya yang pada ketika ini berumur 7 tahun.

Keadaan ini menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan di Faifo,Annam tengah dan di hanoi tetapi berjaya di patahkan oleh Perancis

Page 17: Nasionalism

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMUNCULAN NASIONALISME DI VIETNAM

Kelemahan institusi di raja yang mana kedudukan raja telah hilang ‘prestige’nya membukasatu peluang kepada orang vietnam untuk berfikir idea-idea baru dan tercetuslah idea-idea nasionalisme.

Jika sebelum ini orang-orang Vietnam di pengaruhi oleh pentadbiran tradisi telah menghalang mereka daripada berfikiran haluan kiri kerana mungkin bercanggah dengan konsep raja dan mungkin akan di bunuh.

Tetapi setelah Perancis datang menjajah, institusi di raja telah mula lemah dan menjadi faktor utama kepada tercetusnya nasionalisme di Vietnam

Page 18: Nasionalism

Pada saat ini Institusi diraja mulai lemah dan mula menerima kehadiran Perancis menyebabkan orang Vietnam sudah mula hilang kepercayaan terhadap Raja mereka sendiri dan menjadi salah satu faktor dalaman yang mencetuskan semangat Nasionalisme di Vietnam.

Faktor kedua Pendidikan Perancis. Orang-orang Vietnam mula mendekati sekolah-

sekolah Perancis dan menerima pendidikan dari perancis. Seperti kita sedia maklum, perancis terkenal dengan pelbagai revolusi antara yang paling popular ialah revolusi perancis meruntuhkan institusi moranki di Perancis.

Walaubagaimanapun, perancis tidak menggalakan orang-orang Vietnam mempelajari idea-idea revolusioner akan tetapi idea-idea ini telah mula meresap masuk ke Vietnam melalui terjemahan-terjemahan dari Bahasa-bahasa China

Page 19: Nasionalism

SITUASI DI LUAR Situasi di luar turut menjadi faktor utama kepada

tercetusnya semangat Nasionalisme di Vietnam. Antaranya seperti situasi di China, dimana

kebangkitan China melalui gerakan Anti-Manchu orang-orang china di selatan China telah menjadi faktor yang menyumbang kepada idea-idea nasionalisme di Vietnam. Idea-idea ini mula meresap dan diguna pakai oleh orang Vietnam untuk bangkit menentang Perancis.

Selain daripada kebangkitan China, faktor kemenangan jepun menentang Rusia menjadi pemangkin kepada semangat nasionalisme di Vietnam.

Page 20: Nasionalism

KESIMPULAN Nasionalisme di Asia Tenggara ini dapat

ditafirkan dalam pelbagai pendapat. Keadaan yang tertentu telah menjadi titik perubahan kepada munculnya idea-idea nasionalisme di Asia Tenggara.

Selain itu, terdapat banyak lagi keadaan dan faktor-faktor yang mencetuskan nasionalisme selepas 1920.