NEGERI PAHANG Warta Kerajaan - pahang.jksm.gov.mypahang.jksm.gov.my/images/wargajksptab/SALINAN...

28
NEGERI PAHANG Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF PAHANG GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 68 No. 18 3hb September 2015 TAMBAHAN No. 4 ENAKMEN Enakmen-enakmen yang berikut, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, adalah diterbitkan menurut Fasal (4) Perkara 34 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang: The following Enactments, passed by the Pahang State Legislative Assembly and assented to by His Royal Highness the Sultan of Pahang, are published pursuant to Clause (4) of Article 34 of the Second Part of the Laws of the Constitution of Pahang: No. Tajuk ringkas/Short title Enakmen A48 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015 Enactment A48 Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment) Enactment 2015 Enakment A49 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pindaan) 2015 Enactment A49 Administration of Islamic Law (Amendment) Enactment 2015

Transcript of NEGERI PAHANG Warta Kerajaan - pahang.jksm.gov.mypahang.jksm.gov.my/images/wargajksptab/SALINAN...

NEGERI PAHANG

Warta KerajaanDITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF PAHANG GAZETTEPUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 68No. 18 3hb September 2015 TAMBAHAN No. 4

ENAKMEN

Enakmen-enakmen yang berikut, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, adalah diterbitkan menurut Fasal (4) Perkara 34 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang:

The following Enactments, passed by the Pahang State Legislative Assembly and assented to by His Royal Highness the Sultan of Pahang, are published pursuant to Clause (4) of Article 34 of the Second Part of the Laws of the Constitution of Pahang: No. Tajuk ringkas/Short title

Enakmen A48 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015

Enactment A48 Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment) Enactment 2015

Enakment A49 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pindaan) 2015

Enactment A49 Administration of Islamic Law (Amendment) Enactment 2015

1Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri(Saraan) (Pindaan)

UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

Enakmen A48

ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DANAHLI DEWAN NEGERI (SARAAN)

(PINDAAN) 2015

2 Undang-Undang Negeri Pahang EnakmEn a48

Tarikh Perkenan Diraja … … 29 Mei 2015

Tarikh penyiaran dalam Warta … 3 September 2015

Hakcipta Pencetak HPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

3Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri(Saraan) (Pindaan)

UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

Enakmen A48

ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN NEGERI (SARAAN)

(PINDAAN) 2015

Beta Bersetuju,

(Mohor Kerajaan) SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH Sultan Pahang

2015

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

[ ]

DIPERBUAT undang-undang oleh Badan Perundangan Negeri Pahang seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.

(2) Enakmen ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

4 Undang-Undang Negeri Pahang EnakmEn a48

Pindaan seksyen 3

2. Seksyen 3 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980 [Enakmen No. 7 Tahun 1980], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “empat ribu satu ratus dua belas ringgit dan tujuh puluh sembilan sen” dengan perkataan “sebelas ribu ringgit”.

Pindaan seksyen 4

3. Seksyen 4 Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “enam ribu satu ratus sembilan ringgit dan dua puluh sembilan sen” dan “dua ribu enam ratus enam puluh dua ringgit”, masing-masing dengan perkataan “empat belas ribu ringgit” dan “tujuh ribu ringgit”.

Pindaan seksyen 6

4. Subseksyen 6(1) Enakmen ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“empat belas ribu satu ratus tujuh puluh lima ringgit dan lima belas sen” dengan perkataan “tiga puluh ribu ringgit”;

(b) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “enam ribu satu ratus sembilan ringgit dan dua puluh sembilan sen” dengan perkataan “empat belas ribu ringgit”; dan

(c) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “tiga ribu sembilan ratus sembilan puluh tiga ringgit” dengan perkataan “sembilan ribu ringgit”.

Seksyen baru 16a

5. Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 16 seksyen yang berikut:

“Pindaan kepada Jadual Pertama dan Kedua.

16a. Majlis Mesyuarat Kerajaan boleh, dari semasa ke semasa, meminda Jadual Pertama dan Kedua.”.

5Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri(Saraan) (Pindaan)

Pembayaran gaji dan elaun walau apa pun peruntukan seksyen 7

6. Walau apa pun seksyen 7 Enakmen ibu, gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam pindaan kepada “Enakmen ibu” dalam seksyen 2, 3 dan 4 ini, dan yang kena dibayar hendaklah bermula dari 1 Januari 2015 atau dari tarikh pelantikan Ahli Dewan Negeri, Yang di-Pertua Dewan Negeri, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri atau Anggota Pentadbiran mengikut mana-mana yang terkemudian.

Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 29 Mei 2015.[PUN.Phg.D/100/26/13]

syed ahMad Khirulanwar alyahya Bin syed aBdul rahMan Setiausaha Dewan Negeri, Pahang

1Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment)

LAWS OF THE STATE OF PAHANG

Enactment A48

MEMBERS OF THE ADMINISTRATION AND THELEGISLATIVE ASSEMBLY (REMUNERATION)

(AMENDMENT) ENACTMENT 2015

2 Laws of the State of Pahang EnactmEnt a48

Publisher’s Copyright CPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADAll rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted in any form or by any means electronic, mechanical, photocopying, recording and/or otherwise without the prior permission of Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Appointed Printer to the Government of Malaysia).

Date of Royal Assent … … 29 May 2015

Date of publication in theGazette … 3 September 2015

3Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment)

LAWS OF THE STATE OF PAHANG

Enactment A48

MEMBERS OF THE ADMINISTRATION AND THE LEGISLATIVE ASSEMBLY (REMUNERATION)

(AMENDMENT) ENACTMENT 2015

I Assent,

(stAte seAl) SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH Sultan of Pahang

2015

An Enactment to amend the Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) Enactment 1980.

[ ]

ENACTED by the Legislature of the State of Pahang as follows:

Short title and commencement

1. (1) This enactment may be cited as the Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment) Enactment 2015.

(2) This Enactment shall be deemed to have come into operation on 1 January 2015.

4 Laws of the State of Pahang EnactmEnt a48

Amendment of section 3

2. Section 3 of the Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) Enactment 1980 [Enactment No. 7 of 1980], which is referred to as the “principal Enactment” in this Enactment, is amended by substituting for the words “four thousand one hundred and twelve ringgit and seventy nine sen” the words “eleven thousand ringgit”.

Amendment of section 4

3. Section 4 of the principal Enactment is amended by substituting for the words “six thousand one hundred and nine ringgit and twenty nine sen” and “two thousand six hundred and sixty two ringgit”, the words “fourteen thousand ringgit” and “seven thousand ringgit”, respectively.

Amendment of section 6

4. Subsection 6(1) of the principal Enactment is amended— (a) in paragraph (a), by substituting for the words “fourteen

thousand one hundred and seventy five ringgit” the words “thirty thousand ringgit”;

(b) in paragraph (b), by substituting for the words “six thousand one hundred and nine ringgit and twenty nine sen” the words “fourteen thousand ringgit”; and

(c) in paragraph (c), by substituting for the words “three thousand nine hundred and ninety three ringgit” the words “nine thousand ringgit”.

New section 16a

5. The principal Enactment is amended by inserting after section 16 the following section:

“Amendment to the First and Second Schedules.

16a. The Executive Council may, from time to time, amend the First and Second Schedules.”.

5Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment)

Payment of salaries and allowances notwithstanding section 7

6. Notwithstanding section 7 of the principal Enactment, the monthly salaries and allowances specified in the amendment to the principal Enactment in these sections 2, 3 and 4, and payable shall commence from 1 January 2015 or from the date of appointment or election, whichever is the later, of the Members of the Legislative Assembly, the Speaker of the Legislative Assembly, the Deputy of the Legislative Assembly or the Members of the Administration, as the case may be.

Passed by the Legislative Assembly of Pahang on 29 May 2015. [PUN.Phg.D/100/26/13]

syed AhmAd KhIrulAnwAr AlyAhyA bIn syed Abdul rAhmAn Clerk of the Legislative Assembly, Pahang

1Pentadbiran Undang Undang Islam (Pindaan)

UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

Enakmen A49

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM(PINDAAN) 2015

2 Undang-Undang Negeri Pahang EnakmEn a49

Tarikh Perkenan Diraja … … 29 Mei 2015

Tarikh penyiaran dalam Warta … 3 September 2015

Hakcipta Pencetak HPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

3Pentadbiran Undang Undang Islam (Pindaan)

UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

Enakmen A49

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (PINDAAN) 2015

Beta Bersetuju,

(Mohor Kerajaan) SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH Sultan Pahang

2015

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

[ ]

DIPERBUAT undang-undang oleh Badan Perundangan Negeri Pahang seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pindaan) 2015.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

4 Undang-Undang Negeri Pahang EnakmEn a49

Pindaan seksyen 2

2. Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 [Enakmen No. 3 tahun 1991], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dengan menggantikan takrif “Pegawai Penguatkuasa Agama” dengan takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama”, “Pegawai Penguatkuasa Agama” dan “Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama” ertinya pegawai-pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 65;’.

Pindaan seksyen 48

3. Perenggan 48(2)(b) Enakmen ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan perkataan “Mahkamah Rendah Syariah” dengan perkataan “Mahkamah Tinggi Syariah”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “seratus ribu” dengan perkataan “satu juta”.

Seksyen 53a baru

4. Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 53 seksyen yang berikut:

“Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah

53a. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapatinya perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan demi keadilan.

5Pentadbiran Undang Undang Islam (Pindaan)

(2) Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti arahan selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.”.

Pindaan seksyen 54

5. Seksyen 54 Enakmen ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “setiap tahun tidak melebihi daripada tujuh” dengan perkataan “tidak lebih daripada sembilan’; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“ (1a) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.”.

Pindaan seksyen 60

6. Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 60 dengan seksyen yang berikut:

“Tindakan bersaling

60. (1) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mengeluarkan waran atau saman, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu untuk dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada dalam Negeri Pahang, maka mana-mana Hakim Syarie boleh mengendorskan waran atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang menurut peruntukan Enakmen ini.

6 Undang-Undang Negeri Pahang EnakmEn a49

(2) Jika Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang mengeluarkan waran yang memberi kuasa untuk menangkap mana-mana orang, atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam Negeri-Negeri lain yang disenaraikan dalam Jadual Kedua dan waran atau saman itu telah dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada orang itu menurut mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu, maka waran atau saman itu hendaklah bagi maksud Enakmen ini disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sempurna seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan dalam Negeri Pahang.

(3) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Kedua membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam Negeri Pahang, maka Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sempurna oleh suatu Mahkamah Syariah yang kompeten dalam mana-mana Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Kedua, boleh mengendorskan perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang mengikut peruntukan Enakmen ini.

(4) Jika Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri Pahang terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam mana-mana Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Kedua, maka Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah yang kompeten dalam Negeri Pahang, boleh mengendorskan perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-

7Pentadbiran Undang Undang Islam (Pindaan)

olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri itu mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu.

(5) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada atau meminda Jadual Kedua.”.

Pindaan seksyen 65

7. Seksyen 65 Enakmen ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“ (4) Majlis boleh melantik, seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama dan Penolong-Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.”; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen-subseksyen yang berikut:

“ (4a) Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah mempunyai pengawasan dan kawalan am ke atas semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (4).

(4B) Mana-mana orang yang sebaik sahaja sebelum seksyen ini berkuat kuasa telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah disifatkan telah dilantik sewajarnya dan mempunyai kuasa yang diperuntukkan dalam subseksyen (4) atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan Agama Islam.”.

8 Undang-Undang Negeri Pahang EnakmEn a49

Pindaan seksyen 66

8. Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 66 dengan seksyen yang berikut:

“Peguam Syarie

66. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Majlis boleh menerima mana-mana orang beragama Islam yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan untuk—

(a) mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam Syarie; dan

(b) mengawal selia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.

(3) Walau apa pun subseksyen (1)— (a) mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan

Perundangan yang beragama Islam; (b) mana-mana orang beragama Islam yang dilantik

di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26];

(c) mana-mana Pegawai Syariah dalam perkhidmatan awam am Persekutuan; atau

(d) mana-mana pegawai yang difikirkan layak oleh Majlis,

boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atau Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguam bela atau peguam cara di bawah Akta itu.

9Pentadbiran Undang Undang Islam (Pindaan)

(4) Seseorang yang sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah Enakmen ini, hendaklah disifatkan telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie dan adalah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(5) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.”.

Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 29 Mei 2015.[PUN.Phg.D/100/26/1]

syed ahMad Khirulanwar alyahya Bin syed aBdul rahMan Setiausaha Dewan Negeri, Pahang

1Administration of Islamic Law (Amendment)

LAWS OF THE STATE OF PAHANG

Enactment A49

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW(AMENDMENT) ENACTMENT 2015

2 Laws of the State of Pahang EnactmEnt a49

Date of Royal Assent … … 29 May 2015

Date of publication in theGazette … 3 September 2015

Publisher’s Copyright CPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADAll rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system or transmitted in any form or by any means electronic, mechanical, photocopying, recording and/or otherwise without the prior permission of Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Appointed Printer to the Government of Malaysia).

3Administration of Islamic Law (Amendment)

LAWS OF THE STATE OF PAHANG

Enactment A49

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (AMENDMENT) ENACTMENT 2015

I Assent,

(stAte seAl) SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH Sultan of Pahang

2015

An Enactment to amend the Administration of Islamic Law Enactment 1991.

[ ]

ENACTED by the Legislature of the State of Pahang as follow:

Short title and commencement

1. (1) This Enactment may be cited as the Administration of Islamic Law (Amendment) Enactment 2015.

(2) This Enactment comes into operation on a date to be appointed by His Royal Highness the Sultan by notification in the Gazette.

4 Laws of the State of Pahang EnactmEnt a49

Amendment of section 2

2. Section 2 of the Administration of Islamic Law Enactment 1991 [Enactment No. 3 of 1991], which is referred to as the “principal Enactment” in this Enactment, is amended by substituting for the definition of “Religious Enforcement Officer” the following definition:

‘ “Chief Religious Enforcement Officer”, “Religious Enforcement Officer” and “Assistant Religious Enforcement Officer” mean the officers appointed as such under section 65;’.

Amendment of section 48

3. Paragraph 48(2)(b) of the principal Enactment is amended— (a) by substituting for the words “Syariah Subordinate Court”

the words “Syariah High Court”; and (b) by substituting for the words “hundred thousand” the

word “million”.

New section 53a

4. The principal Enactment is amended by inserting after section 53 the following section:

“Supervisory and revisionary jurisdiction of Syariah Appeal Court

53A. (1) The Syariah Appeal Court shall have supervisory and revisionary jurisdictions over the Syariah High Court and may, if it appears desirable in the interest of justice, either of its own motion or at the instance of any party or person interested, at any stage in any matter or proceeding, whether civil or criminal, in the Syariah High Court, call for and examine any records thereof and may give such directions as justice may require.

(2) Whenever the Syariah Appeal Court calls for the records of any matter or proceeding under subsection (1), all proceedings in the Syariah High Court on the matter or proceeding in question shall be stayed pending the further directions of the Syariah Appeal Court.”.

5Administration of Islamic Law (Amendment)

Amendment of section 54

5. Section 54 of the principal Enactment is amended—

(a) in subsection (1), by substituting for the words “annually not more than seven” the words “not more than nine”; and

(b) by inserting after subsection (1) the following subsection:

“ (1A) A person who is appointed under subsection (1) shall hold office for a period of three years and is eligible for reappointment.”.

Amendment of section 60

6. The principal Enactment is amended by substituting for section 60 the following section:

“Reciprocal action

60. (1) Where a Syariah Court in any State specified in the Second Schedule issues a warrant or summons, as the case may be, under provisions of any law in force in such State, to be executed or served on any person who is or believed to be in the State of Pahang, any Syarie Judge may endorse the warrant or summons with his signature and the warrant or summons may be executed or served on such person as if the warrant or summons had been issued by any Syariah Court in the State of Pahang according to the provisions of this Enactment.

(2) Where a Syariah Court in the State of Pahang issues a warrant authorising the arrest of any person, or summons calling any person to appear in Syariah Court, and such person is or is believed to be in other States that are listed in the Second Schedule and such warrant or summons are executed or served on such person in accordance with any law in force in that State, the warrant or summons shall for the purpose of this Enactment be deemed to have been duly executed or served as if the execution or service had been effected in the State of Pahang.

6 Laws of the State of Pahang EnactmEnt a49

(3) Where a Syariah Court in any State that is listed in the Second Schedule makes an order or a judgement under the provisions of any law in force in that State against a person and such person is or is believed to be in the State of Pahang, a Syarie Judge, if satisfied that the order or judgement was duly issued by a competent Syariah Court in any State that is listed in the Second Schedule, may endorse the order or judgement and such order or judgement may be executed or served, as the case may be, as if it had been an order or a judgement lawfully issued by any Syariah Court in the State of Pahang according to the provisions of this Enactment.

(4) Where a Syariah Court in the State of Pahang makes an order or a judgement under the provisions of any law in force in that State against a person and such person is or is believed to be in any State that is listed in Second Schedule, a Syarie Judge, if satisfied that the order or judgement was duly issued by a competent Syariah Court in State of Pahang, may endorse the order or judgement and such order or judgement may be executed or served, as the case may be, as if it had been an order or a judgement lawfully issued by any Syariah Court in that State according to the provisions of any law in force in that State.

(5) The State Authority may by order published in the Gazette add to, delete from or amend the Second Schedule.”.

Amendment of section 65

7. Section 65 of the principal Enactment is amended—

(a) by substituting for subsection (4) the following subsection:

“ (4) The Majlis may appoint a Chief Religious Enforcement Officer, Religious Enforcement Officers and Assistant Religious Enforcement Officers to carry out the investigation of offences under this Enactment or under any other written law which prescribes offences against the precepts of the religion of Islam.”; and

7Administration of Islamic Law (Amendment)

(b) by inserting after subsection (4) the following subsections:

“ (4A) The Chief Religious Enforcement Officer shall have the general supervision and control of all officers appointed under subsection (4).

(4b) Any person who immediately before the commencement of this section, was appointed as a Chief Religious Enforcement Officer and Assistant Religious Enforcement shall be deemed to be duly appointed and shall have the power under subsection (4) or under any written law relating to religion of Islam.”.

Amendment of section 66

8. The principal Enactment is amended by substituting for section 66 the following section:

“Peguam Syarie

66. (1) Subject to subsections (2) and (3), the Majlis may admit any Muslim having sufficient knowledge of Hukum Syarak to be a Peguam Syarie to represent parties in any proceeding before a Syariah Court.

(2) The Majlis may, with approval of the His Royal Highness the Sultan, make regulations to—

(a) provide for the procedure, qualification and fees for the admission of Peguam Syarie; and

(b) regulate, control and supervise the conduct of Peguam Syarie.

(3) Notwithstanding subsection (1)—

(a) any member of the Judicial and Legal Service who is a Muslim;

(b) any person who is a Muslim appointed under section 3 of the Legal Aid Act 1971 [Act 26];

8 Laws of the State of Pahang EnactmEnt a49

(c) any Syariah Officer in the general service of the Federation; or

(d) any officer who is deemed eligible by the Majlis.

may act as a Peguam Syarie representing any party to any proceeding in the Syariah Court if the party could have been represented by him in the Civil Court by virtue of the Government Proceedings Act 1956 [Act 359] or the Legal Aid Act 1971 [Act 26] without such member or person having admitted as an advocate or solicitor under that Act.

(4) A person who, immediately before the commencement of this section, was admitted as a Peguam Syarie under this Enactment, shall be deemed to have been admitted to be a Peguam Syarie and shall be entitled to appear in any Syariah Court on behalf of any party to any proceedings before the Syariah Court.

(5) Notwithstanding anything contained in any other written law, no person, other than a Peguam Syarie or a person mentioned in subsection (3), shall be entitled to appear in any Syariah Court on behalf of any party to any proceedings before it.”.

Passed by the Legislative Assembly of Pahang on 29 May 2015. [PUN.Phg.D/100/26/1]

syed AhmAd KhIrulAnwAr AlyAhyA bIn syed Abdul rAhmAn Clerk of the Legislative Assembly, Pahang

Hakcipta Pencetak HPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk

yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/

atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yangdilantik).

DICETAK OLEH

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,

KUALA LUMPUR

BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA