new feature 2010 - treasury.gov.my · proses kitaran strategik iaitu perancangan berasaskan...
Transcript of new feature 2010 - treasury.gov.my · proses kitaran strategik iaitu perancangan berasaskan...
Voice Command Pada Telefon Bimbit - Voice Command merupakan satu ciri baru (new feature)...
ms: 4
Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan
Viber: SMS dan Panggilan Percuma - Viber adalah aplikasi untuk telefon bimbit jenis iPhone dan telefon bimbit yang...
ms: 6
Edisi1/2012
Word 2010: Tips and Tricks - You’ve created tons of Word documents. But perhaps you need ...
ms: 8
www.treasury.gov.my
Aplikasi MyResults
The Government will improvethe structure of budget
allocation and expenditureto be more
�������� and ��������
“ “
- YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
MMMMMMyyyyRRRRRREEEEEESSSSSSUUUUUULLLLLLTTTTTTSSSSSSMinistry of Finance Malaysia
Bagi Pelaksanaan OBB
Office2010
Aplikasi MyResults Bagi Pelaksanaan Outcome Based Budgeting
Dekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun
2012 mengenai Bajet Berasaskan Outcome
(Outcome Based Budgeting – OBB) telah
dikeluarkan pada 3 Januari 2012 sebagai pekeliling dasar
dan panduan pelaksanaan OBB di sektor awam. OBB
memberi fokus kepada pencapaian outcome dan impak
melalui pelaksanaan program yang berkesan, berbanding
tumpuan kepada penjanaan output dan prestasi
penggunaan input semata-mata. OBB mewujudkan jajaran
yang jelas di antara program kementerian/agensi dengan
keutamaan nasional serta mengenal pasti hubungan di
antara program kementerian/agensi.
OBB memperkenalkan dokumen Perjanjian Prestasi
yang merangkumi tiga templat strategik iaitu Ringkasan
Eksekutif Kementerian (Ministry Executive Summary
- MES), Kerangka Pengurusan Prestasi Program
(Programme Performance Management Framework - PPMF)
dan Kerangka Pengurusan Prestasi Aktiviti (Activity
Performance Management Framework - APMF).
Pendekatan bersepadu di bawah OBB merangkumi empat
proses kitaran strategik iaitu perancangan berasaskan
outcome, penyediaan bajet, pemantauan dan penilaian,
dan pelaporan keberhasilan yang diterjemahkan kepada
empat modul utama dalam aplikasi MyResults seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
PSIDANG REDAKSI BULETIN ICT
PENAUNG:
YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Arifin
KETUA EDITOR:
Pn. Rohani bt Mohamad
Cik Tan Siew Mooi
SIDANG EDITOR:
Pn. Siti Sapura bt Raffee
Pn. Juniaty Binti Muslim
REKA BENTUK:
En. Saidi b Murtada
EDARAN:
En. Asahar b Ahmat
Pn. Nik Fadhlina bt Nik Marwan
SUMBANGAN BAHAN & ARTIKEL:
En. Mohd Faisalnizam Bin Ramli
En. Muhammad Fendi b Osman
Pn. Nor Sharimah bt Hj. Mohd Shariff
En. Saidi b Murtada
Aplikasi MyResults dibangunkan bukan
semata-mata untuk proses penyediaan bajet,
tetapi sebagai alat perancangan strategik
dan pengurusan prestasi sektor awam yang
menyeluruh. Empat modul utama dalam aplikasi
MyResults mempunyai hubung kait dan aliran
maklumat yang jelas di antara satu sama lain
menerusi templat MES, PPMF dan APMF yang
diiringi oleh Lembaran Bajet Program/Aktiviti
(PBS/ABS) yang disempurnakan.
Modul Perancangan dalam aplikasi MyResults
memaparkan Perjanjian Prestasi yang
mengandungi maklumat perancangan strategik
ke arah pencapaian outcome yang ditetapkan.
Modul Bajet dibangunkan bagi penyediaan
bajet secara online melalui penyempurnaan
ABS di peringkat Aktiviti. Modul Pemantauan
dan Penilaian akan digunakan untuk memantau
kemajuan pelaksanaan dan membuat penilaian
ke atas program OBB. Manakala, Modul
Pelaporan pula akan menyediakan laporan
keberhasilan secara online berdasarkan data
dan maklumat pemantauan dan penilaian yang
dijalankan.
3Aplikasi MyResults Bagi Pelaksanaan Outcome Based BudgetingBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
Aplikasi MyResults akan diintegrasikan dengan
Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) bagi tujuan
penyediaan bajet dan dengan Sistem Pengurusan
Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (GFMAS)
bagi tujuan pemantauan prestasi perbelanjaan.
Aplikasi MyResults boleh dicapai oleh pengguna
kementerian/agensi yang berdaftar mulai 31
Januari 2012 melalui URL:
https://www.myresults.gov.my.
Bagi memastikan keselamatan aplikasi MyResults
dan maklumat adalah terjamin, penggunaan
sijil digital, ID pengguna dan kata laluan dan
tandatangan digital serta teknologi encryption
diperkenalkan. Permohonan sijil digital perlu
dibuat secara online kepada Unit Permodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
Pewujudan aplikasi MyResults akan membantu
pengurus di pelbagai peringkat membuat
perancangan, menyediakan bajet, membuat
pemantauan dan penilaian ke atas program
yang dilaksanakan dan mendapatkan maklumat
yang kemaskini untuk membuat keputusan yang
berkesan.
Rajah 1: Modul Utama Dalam Aplikasi MyResults
Doice Command merupakan satu ciri baru (new feature) yang terdapat di telefon bimbit. Ini
bermakna, para pengguna hanya perlu memberi arahan dengan menggunakan suara pada
telefon bimbit masing-masing. Walau bagaimanapun, buat masa ini, hanya arahan dalam
bahasa Inggeris, Perancis, Itali dan Sepanyol sahaja yang dapat dikenali (berdasarkan model dan jenis
telefon bimbit). Antara telefon bimbit yang mempunyai ciri Voice Command adalah seperti Samsung
Galaxy Note dan iPhone 4S.
‘Voice Command’ Pada Telefon Bimbit
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
4
V
“Voice Command“ Pada Telefon BimbitBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
Kemudian para pengguna boleh memilih untuk
mengarahkan Samsung Galaxy Note samada
untuk membuat panggilan atau menaip serta
menghantar SMS atau menaip memo atau
memasukkan perancangan aktiviti di dalam
kalendar atau menaip serta mengemaskini
Facebook / Twitter atau memainkan muzik
atau mencari lokasi serta mengaktifkan GPS
atau mencari maklumat di dalam internet atau
membuka mana-mana aplikasi yang terdapat di
dalam telefon bimbit dan lain-lain lagi.
Samsung Galaxy Note merupakan smart phone
keluaran Samsung. Skrinnya bersaiz 5.3’
memudahkan pengguna untuk melihat informasi
melalui telefon bimbit. Untuk menggunakan
ciri Voice Command, para pengguna hanya
perlu memilih ikon Voice Talk dan menyebut “HI
GALAXY” pada speaker phone. Sejurus selepas
itu, secara automatik Samsung Galaxy Note akan
menyahut panggilan anda dengan membalas
“What you would like to do?”
iPhone 4S
SiriGunakan suara anda untuk menghantar mesej, membuat peringatan, mencari maklumat dan sebagainya.
5“Voice Command“ Pada Telefon BimbitBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
Manakala telefon bimbit iPhone 4S pula, skrinnya
bersaiz 3.5’ dan mudah untuk disimpan di dalam
poket. Untuk menggunakan ciri Voice Command,
para pengguna perlu mengaktifkan ciri SIRI yang
terdapat menu “Setting” (untuk sekali sahaja).
SIRI seolah-olah merupakan pembantu peribadi
anda. Setelah SIRI diaktifkan, para pengguna
hanya perlu menekan butang “Home” selama
dua (2) saat dan terus memberi arahan dengan
menggunakan Voice Command. SIRI merupakan
komponen Artifical Intelligence (AI) yang
dibangunkan oleh syarikat Apple Inc. SIRI boleh
menerima apa jua arahan yang diberikan melalui
suara tetapi masih dalam beberapa bahasa utama
seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman
sahaja.
Pengguna di Malaysia yang ingin mencuba menggunakan ciri Voice Command haruslah memastikan
“slang” bahasa Inggeris yang betul. Selamat mencuba.
Mengemaskini status Facebook dan Twitter dengan menggunakan Voice Command yang terdapat pada
iPhone 4S
6 Viber: SMS dan Panggilan PercumaBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
Viber: SMS dan Panggilan Percuma
Diber adalah aplikasi untuk telefon bimbit
jenis iPhone dan telefon bimbit yang
menggunakan sistem pengoperasian
Android yang membolehkan kita melakukan
penghantaran SMS serta membuat panggilan
telefon secara percuma tidak kira samada di
dalam domestik mahu pun luar negara.
Para pengguna yang memiliki telefon
bimbit jenis iPhone dan telefon bimbit yang
menggunakan sistem pengoperasian Android
(termasuklah Samsung Galaxy Tab) hanya perlu
mempunyai pakej Internet (tidak kira sama
ada dari Celcom, Maxis atau DIGI dan lain-lain
pembekal talian telefon bimbit) yang dilanggan
secara bulanan.
VSekiranya para pengguna telah mempunyai pakej
Internet untuk telefon bimbit masing-masing,
para pengguna hanya perlu mencari aplikasi ini
di dalam iTunes Store (bagi pengguna telefon
iPhone sahaja) atau membuka Internet Browser di
telefon bimbit masing-masing dengan menaipkan
URL http://www.viber.com.
Setelah terdapat paparan seperti di bawah, para
pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini
mengikut jenis telefon bimbit para pengguna.
Free international calls and text messages to other Viber users using 3G or Wi-Fi.
Uses your existing contact list - check out which of your phone contacts and friends is already on Viber so that you can call and text them for free.
Go ahead and start calling and texting. It’s free and it works great!
Be Free to Communicate.Call and text anyone, anywhere.Download Viber for:
Be Free to Communicate.Call and text anyone, anywhere.
7Viber: SMS dan Panggilan PercumaBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
Apabila muat turun selesai dilakukan, para
pengguna dikehendaki melakukan installasi
di telefon bimbit masing-masing yang mana
proses installasi ini amat mesra pengguna
(user friendly). Sejurus installasi selesai
dilakukan, aplikasi ini akan membaca “contact”
yang terdapat di dalam telefon bimbit para
pengguna.
Untuk memulakan perisian Viber, para
pengguna hanya perlu menekan ikon Viber
seperti berikut:
dan memilih “contact” yang
mempunyai tag Viber yang
terdapat di sebelah kanan seperti
paparan di bawah samada untuk
melakukan penghantaran SMS atau membuat
panggilan telefon secara percuma.
Apa yang membezakan samada para
pengguna melakukan penghantaran SMS dan
panggilan secara berbayar atau percuma
adalah warna yang terdapat pada antaramuka
tersebut di mana antaramuka Viber adalah
berwarna Ungu dan contoh antaramuka Viber
untuk telefon bimbit iPhone adalah seperti
paparan di bawah.
Dijangkakan para pengguna yang mempunyai
telefon bimbit jenis BlackBerry akan boleh
menggunakan aplikasi Viber ini tidak lama lagi.
Apa pun, pastikan anda mempunyai pakej
Internet untuk telefon bimbit masing-masing
sebelum menggunakan aplikasi Viber.
8 Penyenggaraan KomputerBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
Penyenggaraan KomputerPenjagaan Komputer Secara Asas Bagi Sistem Pengoperasian
Windows Xp dan Windows 7
Faedah Pelaksanaan Penyenggaraan Komputer
Amalan Terbaik
1
2
�� PC akan beroperasi dengan lancar dan prestasi sistem bekerja secara
optima;
�� Membetulkan sebarang masalah kesilapan logik, kerosakan fail atau
folder pada cakera secara automatik;
�� Membuang fail atau data lama yang tidak digunakan;
�� Menyusun semula fail dan ruang yang tidak digunakan pada cakera
keras (hardisk) supaya program berjalan dengan lebih cepat;
�� Mencegah perisian/program yang mengganggu/melambatkan
proses sistem komputer seperti Spyware, Adware, Malware, Rootkit
dan Backdoor; dan
�� Dapat mengelak PC daripada dijangkiti virus yang mungkin akan
merosakkan fail atau komputer.
�� Amalan terbaik bagi penjagaan komputer ialah melaksanakan
penyenggaraan (housekeeping)setiap minggu.
�� Housekeeping boleh dilaksanakan pada waktu rehat atau waktu makan
tengah hari (1.00 petang – 2 petang)
Semakan Versi Sistem Pengoperasian3Bagi menyemak versi sistem pengoperasian komputer anda:
�� klik kanan pada ikon ‘My Computer’ atau ikon ‘Computer’ pada
skrin Desktop anda dan pilih Properties.
�� Lihat Windows Edition untuk dapatkan maklumat tentang sistem
pengoperasian.
9Penyenggaraan KomputerBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
Makluman:
�� Semua komputer di Perbendaharaan telah dikonfigur supaya melaksanakan
virus scan secara automatik pada setiap hari Jumaat.
�� Segala pertanyaan berkaitan panduan ini boleh dapatkan bantuan daripada
Meja Bantuan ICT Perbendaharaan pada 03-8882 4444.
Aktiviti-aktiviti Penyenggaraan Komputer4
AKTIVITI FAEDAHa. Delete Browsing
HistoryInternet Explorer (IE) akan menyimpan maklumat tentang laman web yang telah dilawati termasuk login ID dan password bertujuan untuk meningkatkan kelajuanmelayari web dan juga mengurangkan menaip maklumat yang sama berulang kali. Penyimpanan maklumat ini sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan ppenggunaan storan yang besar di samping maklumat login ID, password dan e-form yang diisi adalah terdedah kepada penceroboh maklumat. Membuang Browsing History dapat membebaskan ruang cakera (release disk space) dan dapat mengelak maklumat daripada dicerobohi.
b. Disk Cleanup Disk Cleanup pada Windows dapat membantu dalam membersihkan hard disk daripada fail-fail yang sebenarnya tidak diperlukan seperti Cache halaman web, fail-fail sementara, fail-fail yang masih tersimpan di Recycle-Bin, error reports dan fail-fail download sementara di Folder Temp. Membuang fail-fail atau data lama yang tidak diperlukan dapat mengurangkan penggunaan storan dan membebaskan ruang cakera.
c. Error-checking Hentakan kuat dan kesilapan instalasi kadangkala menyebabkan kesilapan logik, kerosakan fail atau folder pada Hard Disk. Disk Error-checking Utility boleh membantu untuk menyemak dan membetulkan sebarang masalah tersebut pada hard disk secara automatik.
d. Disk Defragmenter Penyimpanan data-data atau fail pada storan adalah secara rawak. Kegunaan Disk Defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan fail dalam hard disksupaya ia dapat mempercepatkan capaian data dalam komputer.
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
10 English Corner: Word 2010 Tips and TricksBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
Word 2010: Tips and TricksYou’ve created tons of Word documents. But perhaps you need some timesaving techniques
to help you work faster. This short course will do just that: give you tips and tricks
for working with Word 2010.
Open Word Really Fast
Press the Windows Key+R, type winword, and then press Enter.
Use A Template From Office.Com
On the File tab, click New, and then under Office.com Templates, choose a template.
Convert Text Into A Table
Select several lines of text. On the Insert tab, click Table, and then click Convert Text to Table.
Use The Quick Access Toolbar
Right-click a button, and then click Add to Quick Access Toolbar.
Crop A Picture To A Shape
1. Select the picture or pictures that you want to crop to a specific shape.
2. Under Picture Tools, on the Format tab, in the Size group, click the arrow under Crop.
3. Click Crop to Shape and then click the shape you want to crop to.
11Kalendar Latihan ICT Mac 2012 - Mei 2012Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 1/2012
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
Kursus: GraphicTahap: Intermediate Pengajar: BPTMMac
19-20 Kursus: Excel Macro ProgrammingTahap: AsasPengajar: BPTMMei
07
Kursus: Rekabentuk 3D SketchupTahap: Intermediate Pengajar: BPTMMac
21-22 Kursus: Penyelenggaraan PC - Sesi 2Tahap: AsasPengajar: BPTMMei
08
Kursus: Php & MySQLTahap: Intermediate & AdvancePengajar: BPTMMac
26-30 Kursus: MS PowerPoint 2010 - IntensifTahap: Basic & IntermediatePengajar: Microsoft / PestariangMei
14-16
Kursus: Penggunaan Emel Zimbra - Sesi 1Tahap: Intermediate Pengajar: BPTMApr
02 Kursus: Penggunaan Emel Zimbra - Sesi 2Tahap: Intermediate & AdvancePengajar: BPTMMei
21
Kursus: Visio 2010Tahap: BasicPengajar: Microsoft / PestariangMei
22-24
Kursus: IPV6 FrameworkTahap: AsasPengajar: VendorApr
09-13 Kursus: Tips & Tricks MS Office 2010 - Sesi 1Tahap: BasicPengajar: Microsoft / Pestariang
Mei28-29
Kursus: MS Excel 2010 (Intensif) - Sesi 1Tahap: (Basic & Intermediate)Pengajar: Microsoft / PestariangApr
16-18
Kursus: Penyelenggaraan PC - Sesi 1Tahap: AsasPengajar: BPTMApr
20
Kursus: Cake PHPTahap: AsasPengajar: VendorApr
23-27
Kalendar Latihan ICT Mac 2012 - Mei 2012
Kursus: MS Word 2007 - Sesi 1Tahap: Intermediate & AdvancePengajar: BPTMApr
03-05
Kursus: Adobe InDesign CS4Tahap: BasicPengajar: BPTMMei
30-31
DITERBITKAN OLEH:
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat,Aras 7, Blok Selatan,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 Putrajaya
Tel: 603-8882 3652 / 3653 Fax: 603-8882 4052
Portal: www.treasury.gov.my
PerbendaharaanKementerian Kewangan Malaysia
BULETIN ICT Edisi 1