nota 4
-
Upload
dyrene-ngu -
Category
Documents
-
view
29 -
download
3
description
Transcript of nota 4
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
TAJUK 4 KEMAHIRAN KEFAHAMAN
KEMAHIRAN
KEFAHAMAN
Definisi Tahap-Tahap Strategi Integrasi
Kefahaman Pengajaran Dan Terapi
Pembelajaran
4.0 Kemahiran Kefahaman
4.1 Definisi
Kefahaman merupakan proses membina, mentafsir, dan menilai sesuatu perkara apa-apa
sahaja yang dibaca. Lamberg dan Lamb (1980) menjelaskan kefahaman sebagai keupayaan
seseorang dalam menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain,
menginterpretasi idea, kesan dan akibat.
Apabila seseorang membaca, dia perlu memahami kandungan bahan yang dibaca sesuai
mengikut tahap kematangan pemikirannya sama ada untuk mendapatkan maklumat,
pengetahuan atau sekadar untuk hiburan. Kefahaman tentang kandungan bahan bacaan pula
akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat dihubungkaitkan dengan pengalaman sedia
adanya. Dengan cara ini seseorang itu mudah untuk membuat andaian, telahan, penaakulan dan
kesimpulan. Dalam konteks ini, kefahaman dapat dimengertikan sebagai keupayaan seseorang
membuat penghuraian atau meninterpretasi idea dan makna terhadap bahan bacaan yang
dibaca.
Kemahiran kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses
kognitif merupakan asas terpenting dalam bacaan dan kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak
menterjemah lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan intonasi yang betul tetapi
1
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
masih agal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau
kesimpulan maka kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya
kefahaman dalam bacaan.
Proses-proses kognitif yang terlibat dalam konteks kefahaman ialah:
i. keupayaan membuat perkaitan.
ii. mengetahui perkaitan atau perhubungan
iii. pemindahan pembelajaran
iv. membuat telahan
v. menilai dan menghayati
4.2 Tahap-Tahap Kefahaman
4.2.1 Memahami Maksud Perkataan Dan Ayat
Tahap kefahaman merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal dan menjadi
sebahagian daripada proses kognitif selain daripada bacaan. Proses kognitif yang paling rendah
dan asas ialah mengingat kembali dan kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan yang
berterusan. Bagi murid-murid kelas pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya
ingatan yang kurang baik, latihan ingatan pendenaran dan ingatan penglihatan mestilah diberikan
penekanan yang lebih oleh guru-guru.
Jumlah perkataan yang hendak disediakan pada tahap ini juga hendaklah dihadkan
kepada jumlah yang kecil untuk satu-satu masa. Soalan-soalan yang dikemukakan juga haruslah
disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan untuk soalan-soalan itu mestilah boleh
didapati terus daripada teks bacaan berkenaan.
4.2.2 Membuat Urutan Idea
Tahap kefahaman pada peringkat ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman
inferens. pada tahap ini murid perlu menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan,
penaakulan, dan membuat telahan. Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan
operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan
yang dibaca.
Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara
abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid denan bahan-bahan latihan
kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan.
Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang
2
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi
berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca. Tujuan petunjuk-petunjuk
tersebut adalah untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah jawapan yang betul.
4.2.3 Hubungan Sebab Dan Akibat
Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Tahap
kefahaman ini memerlukan murid-murid membuat hubungan sebab dan akibat di samping
mampu membuat kritikan berdasarkan pemikiran bercapah. Kefahaman pada peringkat ini juga
perlu dilatih dan dikembangkan secara lisan terlebih dahulu. Murid-murid memerlukan bimbingan
dalam menentukan perkara-perkara yan mereka baca sama ada benar atau sebaliknya. Murid-
murid juga perlu dibimbing untuk membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta
membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat.
Oleh sebab keupayaanproses kognitif yang terhad, murid-muridpemulihan mungkin
menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini. Walau bagaimanapun guru-guru
pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan mereka dengan
soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang dibaca oleh mereka.
4.3 Membuat Andaian / Tafsiran
Tahap kefahaman membuat tafsiran atau andaian boleh dikatakan sebagai sebahagian
daripada tahap kefahaman kreatif dan merupakan tahap kefahaman tertinggi. Tahap kefahaman
ini adalah hasil daripada tahap kefahaman murid-murid terhadap tahap-tahap kefahaman
sebelumnya.
Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu untuk menghayati
bahan-bahan yang dibacanya. Mereka jua mampu utnuk membuat hubungkait antara sebab
dengan akibat sesuatu perkara daripada bahan-bahan yang dibacanya. Mereka juga mampu
membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah serta membuat andaian dan tafsiran sehingga
mampu membina satu situasi baharu berdasarkan andaian dan tafsiran tersebut. Justifikasi
kepada kefahaman pada peringkat ini dapat dilihat menerusi tindak balas emosi mereka terhadap
bahan yang dibaca seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya.
Tahap kreativiti seseorang itu juga turut terserlah apabila mereka telah mencapai tahap
kefahaman ini menerusi penhasilan bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang
lain pula. Dengan lain perkataan seseorang yan telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini
3
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
dapat berindak balas dengan menunujukkan emosinya dan mampu mengunakan pemerolehan
daripada bacaannya untuk menghasilkan daya kreativitinya.
4.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kefahaman
4.4.1 Pemetaan Semantik
Proses pemahaman yang berlaku dalam proses pembelajaran berlaku secara visual dan
non-visual. Bahagian paling penting dari informasi non-visual yan cukup berperanan dalam proses
pemahaman ialah skemata. Menurut prinsip teori skemata, proses pemahaman dimainkan oleh
skemata-skemata yang dimiliki oleh seseorang pembaca serta tahap kedalaman pemahamannya
terhadap sesuatu perkara. Hal ini turut dipengaruhi oleh latar belakang seseorang. Pengaktifan
skemata ini dapat dilakukan menerusi pemetaan semantik.
Antara rasional penggunaan pemetaan semantik ini ialah dapat disesuaikan serta
mempunyai perkaitan dengan bentuk saraf otak manusia. Selain itu kaedah ini juga digunakan
bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif yang boleh diinovasikan mengikut kesesuaian
semasa seperti aktiviti yang dijalankan, keupayaan kognitif pelajar dan tahap kesediaan belajar
mereka. Suatu perkara yang turut perlu diberikan perhatian ialah pemetaan yang dihasilkan perlu
mengikut kefahman pembuatnya sendiri kerana pemetaan tersebut dibuat berdasarkan
kefahaman, cara mengingat serta pengolahan yang amat tersendiri seta bersifat individu.
Antara kegunaan pemetaan skematik ialah:
i. mengambil catatan nota
ii. simpanan nota ringkas
iii. mengembangkan sesuatu idea/isi
iv. menyelesaikan sesuatu masalah
v. memudahkan proses mengingat
vi. mencatat nota dengan mudah.
vii. merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan
sebagainya.
viii. menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa
belajar
4
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Rajah 4.1 : Pemetaan Semantik German
Rajah 4.2 : Pemetaan Semantik Perancis
Antara bentuk pemetaan semantik ialah:
i. pengkelasan
5
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
ii. rantai urutan
iii. kitaran
iv. kitaran berpusat
v. tangga hiraki
vi. pohon fikiran
4.4.2 Carta Organisasi
Carta organisasi merupakan suatu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan,
kedudukan tempat atau posisi seseorang dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidan kuasa,
tugas dan tanggungjawabnya. Antara fungsi carta ini ialah memaparkan cara sesebuah orhanisasi
ditadbir mengikut struktur operasi organisasi berkenaan. Selain itu carta tersebut turut berfungsi
menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab setiap anggota organisasi berkenaan. Dalam
hal ini setiap anggota organisasi hendaklah diberikan peranan yang khusus agar berlaku
pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menjejaskan kelancaran perjalanan organisasi
berkenaan. Bentuk struktur antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain berbeza-beza
mengikut saiz dan tujuan penubuhan sesuatu organisasi itu. Hal ini kadang kala menyebabkannya
sukar untuk difahami. Dalam hal ini carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau
susunan pengorganisasian dalam sesuatu organisasi.
Dalam carta organisasi di tunjukkan fungsi-fungsi jabatan, unit-unit atau individu dan
bagaimana mereka berkaitan antara satu sama lain. Unit-unit yang berasingan ditunjukkan
ditunjukkan dalam kotak-kotak yang berasingan. Seterusnya kotak-kotak ini dihubungkan antara
satu sama lain menggunakan garisan terus. Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah
dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi. Secara umumnya, carta organisasi
dapat menunjukkan aspek-aspek pengurusan berikut:
i. pembahagian tugasan dan tanggungjawab.
ii. jenis tanggungjawab yang dijalankan.
iii. huungan antara ketua dengan pekerja.
iv. pengumpulan bahagian-bahagian kerja.
v. tingkat pengurusan.
4.4.3 Carta Aliran
6
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Carta aliran merupakan alatan logik popular yan menunjukkan secara grafik jujukan
operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Carta
aliran juga boleh dikatakan sebagai carta alir yang menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik.
Selain itu carta ini juga boleh dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambar rajah ke
atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti atau prosedur. Carta alir
lazimnya dibentuk pada peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak
diselesaikan. Carta ini sangat efisien untuk memahami dan mengenal pasti logik masalah yang
hendak diselesaikan. Apabila carta alir ini telah dibina, maka mudahlah untuk menulis atur cara
komputer dalam apa juga bahasa.
Seterusnya, carta aliran juga merupakan gambaran secara grafik atau gambar rajah ke
atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti. Setiap langkah yang diambil
hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat iaitu dengan menunjukkkan secara jelas
dan ringkas peringkat permulaan hinggalah ke peringkat penamat. Antara manfaat yang diperoleh
dengan adanya carta aliran ialah;
i. memberikan kefahaman kepada kakitangan atau subordinat mengebnai tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
ii. menunjukkan di mana timbulnya masalah kelewatan, kerja berulang-ulang, dan
pertindihan kerja.
iii. menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.
Langkah-langkah bagi menyediakan carta aliran adalah seperti berikut:
i. merujuk pada proses kerja aktiviti yang berkenaan.
ii. menyediakan carta aliran kerja secara terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti
tersebut.
iii. menggunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.
4.4.4 Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan
tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea
pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti
borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk
atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu
7
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun secara
umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah spesifik untuk
tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan khusus untuk menyelesaikan
masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan membanding beza suatu perkara.
Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya
adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya
dalam mengambil nota kuliah.
4.4.4.1 Contoh-Contoh Pengurusan Grafik
i. PG membanding dan membezakan
ii PG membuat kategori
iii PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan
iv PG menerangkan sebab
v PG membuat ramalan
vi PG membuat periksa andaian
vii PG membuat keputusan
viii PG menyelesaikan masalah
4.4.4.2 Penggunaan Pengurusan Grafik
PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya
supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan contoh-
contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada
mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar.
Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan. Hal ini
demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran mereka dengan
berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses pemikiran itu
dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini, maka mereka tidak
lagi perlu menggunakannya. Jadi, penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu.
8
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
LATIHAN
Dalam kumpulan kecil berdua, dapatkan maklumat berkaitan kaedah-kaedah
terapi dapat diintegrasikan dalam kemahiran kefahaman.
Tutorial
Secara berkumpulan, dapatkan contoh-contoh pemetaan grafik seperti carta
aliran, peta minda, carta organisasi, pengurusan grafik dan sebagainya.
TAJUK 5 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA
DAN KEFAHAMAN
Sinopsis
Tajuk ini akan menghuraikan konsep pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan,
membaca dan kefahaman dalam Pendidikan Pemulihan. Selanjutnya bahgian ini juga
akan membincankan kepentingan pentaksiran dan penilaian, jenis-jenis penilaian,
instrument penilaian yang digunakan dan pelaksanaan penilaian serta tindakan susulan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan,
membaca dan kefahaman .
9
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
ii. mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman
yang koheren tentaang teori dan amalan penilaian dan pentaksiran dalam
pendidikan pemulihan
iii. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan
Inovatif.
iv. Menerangkan dengan jelas kaedah penilaian dilaksanakan terhadap klemahiran
lisan, membaca, dan kefahaman dalam pendidikan pemulihan.
v. Menghuraikan tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh guru-guru terhadap para
pelajar pemulihan selepas mereka menjalani proses penilaian.
Kerangka tajuk
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA
DAN KEFAHAMAN
Jenis-Jenis Pelaksanaan
Penilaian Penilaian
Kepentingan Instrument Tindakan
Pentaksiran Penilaian Susulan
10
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Dan Penilaian
5.0 Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan Kefahaman
Pentaksiran
Tuan Jah dan Faridah (2012) menjelaskan pentaksiran ialah satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.
Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan
hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Penilaian:
Nitko (2004) mentakrifkan penilaian sebagai suatu proses dalam membuat pertimbangan
tentang nilai sesuatu hasil kerja atau prestasi pelajar. Tuan Jah dan Faridah (2012) menyatakan
bahawa perilaian ialah satu proses atau aktiviti yang sistematik bagi memperoleh maklumat yang
berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.
Rajah 5.1 : Konsep Penilaian, Pentaksiran dan Pengujian
11
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
5.1 Kepentingan Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan
Kefahaman
Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru-guru untuk melaksanakan proses pentaksiran
dan penilaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran kemahiran membaca. Kebanyakan
pendekatan yang dipilih adalah adalah bergantung kepada latar belakang dan orientasi murid
terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan.
Antara pendekatan yang lazimnya digunakan oleh guru-guru adalah seperti orientasi dalam
kemahiran bacaan, bacaan berpandukan arahan dan sebagainya. Bagi kemahiran bacaan,
pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan
membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi
beberapa komponen yang perlu dimahirkan dan dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi,
sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan
perkataan penyebutan serta pemahaman terhadap bahan yang dibaca oleh murid-murid. Ujian ini
perlu dijalankan secara individu di tempat kebiasaan murid.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan. Antaranya
adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah apabila dua
perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan
semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak
dapat membuat hubung kait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka
terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca. Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan,
terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut
perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan
memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur
murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis
ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran
yang melibatkan aspek bacaan, penulisan dan berbahasa.
Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob,
analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai
semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga
penilaian kendiri. Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan
melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran
membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf, suku kata, perkataan, ayat dan teks.
12
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama
bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam menyebut huruf yang
hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut
bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi
kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut
perkataan yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti
bala menja laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan
orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti
A-a.
Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca.
Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada semakin susah.
Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan.
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah
seperti ”insertion”, substitution” , ”inversion” , ”omission” dan banyak lagi.
Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan yang
dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal, kefahaman inferens dan
kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang diuji selepas murid
membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman
inferens pula memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian,
pandangan atau penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca.
Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan
diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk
literal atau inferens.
5.2 Jenis Penilaian
- ujian sumatif
- ujian formatif
- ujian kefasihan
- ujian pencapaian
- ujian kemajuan
- ujian bakat
5.2.1 Ujian Sumatif
13
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Ujian ini merujuk kepada bentuk ujian yang bahan atau alat ujiannya dibina oleh guru bagi
menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajarkan dalam suatu
tempoh masa yang panjang seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Aspek-
aspek yang diuji juga luas dan menyeluruh seperti meliputi aspek tatabahasa, lisan, bacaan dan
sebagainya.
5.2.2 Ujian Formatif
Ujian formatif merujuk kepada bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru untuk sesuatu
bab atau bahagian yang telah diajarkan sahaja. Hal ini bermaksud ujian ini dijalankan selepas
sesuatu tempoh pembelajaran yang pendek dan skop yang hendak diuji juga lebih terhad dan
tidak meluas. Biasanya ujian ini bertujuan menguji sub kemahiran bahasa tertentu pelajar sama
ada mereka telah menguasainya atau belum.
.
5.2.3 Ujian Kefasihan
Untuk memastikan sama ada seseorang pelajar telah dapat menguasai sesuatu kemahiran
bahasa atau belum maka ujian kefasihan perlu dijalankan terhadap mereka. Dalam ujian
kefasihan ini kebolehan umum seseorang murid terhadap bahasa yan dipelajarinya akan dinilai.
Hasil ujian ini lazimnya akan dijadikan justifikasi kepada penetapan kumpulan murid dalam
kelompok tertentu oleh guru.
5.2.4 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian dijalankan untuk menguji sejauh manakah murid-murid telah menguasai
kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Antara kepentingan
ujian ini adalah dapat membantu guru menlihat tahap kesediaan murid terhadap sesuatu
kemahiran sebelum guru boleh mengajarkan kemahiran bahasa yang seterusnya. Secara tidak
langsung guru juga akan dapat menenalpasti aspek kelemahan pelajar yang perlu dibantu.
5.2.5 Ujian Kemajuan
Ujian kemajuan ialah ujian yang bertujuan melihat progres kemajuan murid dari semasa ke
semasa. Tujuannya adalah untuk mengukur keupayaan atau kecekapan mereka melakukan
sesuatu tugas. Ujian ini boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu menerusi kompetensi diri murid
14
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
dalam melakukan sesuatu tugas yang boleh dilakukan oleh uru menerusi pemerhatian sewaktu
mereka sedang melaksanakan sesuatu tugasan. Seterusnya melalui laporan kendiri yang
dilakukan dengan pelajar menjawab soal selidik tertentu yang dapat menilai prestasinya dirinya.
5.2.6 Ujian Bakat
Ujian bakat dilakukan bagi mengenal pasti bakat seseorang murid dalam menguasai
sesuatu bahasa asing. Menerusi ujian bakat ini murid-murid akan menjalani pelbagai aktiviti
seperti meniru gaya penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa,
menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya.
5.3 Instrumen
Instrumen merupakan material atau alat yang diunakan oleh guru-guru untuk menjalankan
penilaian dan pentaksiran. Dengan menggunakan instrumen tertentu, guru-guru dapat mengumpul
data dan maklumat tentang pencapaian seseorang murid. Seterusnya data dan maklumat yang
terkumpul akan digunakan untuk membuat keputusan-keputusan tertentu berkaitan proses
pengajaran dan pembelajaran selain mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid.
Sumber-sumber yan diperlukan untuk mengumpul maklumat termasuklah:
1. rekod dan laporan berkaitan
2. sampel kerja.
3. Pengujian
4. Pentaksiran folio
5. Pemerhatian
6. Senarai semak
7. Skala pengkadaran
8. Temu bual
5.4 Pelaksanaan Penilaian
5.4.1 Rekod dan Laporan
Rekod dan laporan yang boleh digunakan berkenaan pencapaian seseorang murid
termasuklah rekod latar belakang keluarga, rekod kesihatan, prestasi akademik terdahulu dan
minat murid. Bagi memperoleh data tentang pencapaian pelajaran seseorang murid, guru
15
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
pemulihan boleh mendapatkan catatan pelbagai pentaksiran yang pernah dilalui sebelumnya.
Selain rekod-rekod akademik, rekod-rekod peribadi pelajar juga perlu diambil kira kerana data-
data yang terkandung turut menjadi penentu kepada bentuk perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disediakan oleh guru.
5.4.2 Sampel kerja
Sampel kerja ialah sesuatu hasilan kerja yang dibuat oleh pelajar berdasarkan mata
pelajaran yang dipelajarinya. Sampel kerja yang terhasil akan dianalisis oleh guru. Dari analisis
yang dijalankan guru-guru pemulihan akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan yang
ada pada murid. Penilaian yang dilakukan adalah terhadap analisis ralat dan kualiti kerja yang
kedua-duanya bertujuan menilai kekurangan dan kelemahan pelajar.
5.4.3 Pengujian
Jenis-jenis pengujian yang dijalankan untuk mentaksir dan menilai ialah ujian rujukan
norma, ujian rujukan kriteria, intervensi tidak formal, kuiz, penyiasatan, dan analisis tugasan.
5.4.4 Penilaian Melalui Portfolio
Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Kaedah ini dikatakan kurang
objektif, analitik, dan kuantitatif iaitu lebih bersifat subjektif kualitatif dan holistik.
5.4.4.1 Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan
penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secarakritis dan
kreatif.
3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
16
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
5.4.4.2 Jenis Portfolio
i. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu
yang diberikan.
ii. Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
iii. Portfolio dokumen.
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa
tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
5.4.4.3 Penilaian Portfolio
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai
melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria
yang telah dipersetujui bersama.
5.4.4.4 Kepentingan Portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan
pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan
menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota
anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan
17
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
melalui pemerhatian tingkah laku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif,
kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
5.4.4.5 Perancangan Portfolio
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan,
kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
5.4.4.6 Penilaian Bagi Portfolio
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga
tugasan tersebut selesai.
5.4.4.7 Merekod Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan
menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan
skala - senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.
5.4.4.8 Kriteria penilaian
1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah
bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti
18
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
lain setiap nota anekdot serta refleksi pelajar.
7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
5.4.5 Penilaian Melalui Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan
ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang-orang lain
yang berkenaan di sekelilingnya.
5.4.5.1. Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
5.4.5.2. Bentuk perancangan
- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang
dijalankan daripada pemerhatian.
5.4.5.3. Merekod penilaian pemerhatian
Sewaktu merekod penilaian melalui pemerhatian, proses penilaian harus menggambarkan
perubahan tingkah laku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian
cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
- Menjalankan tugasan
19
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai
dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan
dicapai.
5.4.5.4. Jenis Pemerhatian
- Dua jenis pemerhatian iaitu sistematik dan tidak sistematik.
- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai
kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.
5.4.5.5. Strategi pelaksanaan
- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
5.4.5.6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
- Mengesan hasil pembelajaran dengan serta merta dalam sesuatu proses pengajaran
harian tanpa menggunakan sebarang instrumen khusus.
- Mengesan kekuatan dan kelamahan murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
20
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
- Mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran atau pada akhir program yang
dijalankan secara individu.
- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.
5.4.6 Senarai Semak
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah
untuk menentukan sama ada :
- sesuatu tingkahlaku/ciri-ciri yang dapat diperhatikan
- sesuatu perlakuan telah dilakukan
- kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan
Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa menjalankan penilaian berdasarkan senarai
semak ialah:
- Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.
- Tingkah laku bahasa yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
- Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi
- Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
- Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkahlaku yang ingin diperhatikan
- Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid
- Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang
lebih tepat / tekal
21
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
- Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau
kelas
5.4.7 Skala Pengkadaran
Skala pengkadaran grafik merupakan kaedah penilaian prestasi paling popular dan telah
lama digunakan. Di samping itu kaedah ini menyediakan kaedah kuantitatif dan mempunyai
kemungkinan untuk membuat perbandingan antara prestasi individu dengan individu lain. Skala
pengkadaran grafik mempunyai satu set faktor yang mempengaruhi prestasi yang dipadankan
dengan sikap peribadi seperti nilai-nilai yang diamalkan. Melalui kaedah ini guru akan
menentukan titik (point) perkadaran di atas skala yang biasanya mengandungi lima titik. Sebagai
contoh jika prestasinya dinilai sebagai sangat teruk pelajar berkenaan akan diberikan point 1 dan
point 5 jika prestasinya dinilai sebagai sangat baik.
Leap dan Crino (1993) mengenal pasti terdapat dua jenis skala pengkadaran iaitu pertama
pengkadaran berterusan yang membenarkan penilai untuk membuat mana-mana titik di atas
garisan skala. Jenis skala pengkadaran kedua ialah pengkadaran terputus-putus yang
mengehadkan penilaian kepada nombor di atas skala sahaja. Skala pengkadaran digunakan
dalam proses pentaksiran dan penilaian dengan cara guru menentukan tahap pencapaian pelajar
menggunakan skala tertentu seperti gred A,B.C. atau nombor.
5.4.8 Temu Bual
Temu bual merupakan antara kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan (Tuan Jah dan Faridah, 2012). Kaedah ini sering digunakan kerana
berupaya mewujudkan interaksi langsung antara guru dengan murid secara berkesan.
Pelaksanaan kaedah ini dilakukan dengan guru mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran dan
murid-murid dikehendaki memberikan respon yang sewajarnya.
Terdapat dua jenis temu bual iaitu:
- Temu bual terbuka
Menerusi kaedah temu bual jenis ini pengkaji mendapatkan maklumat melalui perbualan
yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu.
- Temu bual tertutup
22
PKP3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Menerusi kaedah ini pula pengkaji cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan yan
tertumpu kepada set soalan tertentu.
5.5 Tindakan susulan
Tindakan susulan merupakan tindakan lanjutan yang dilakukan oleh guru-guru
berlandaskan maklumat dan data yang diperoleh hasil analisis ujian dan penilaian yang dilakukan.
Analisis tersebut menjadi justifikasi sama ada seseorang murid itu menghadapi masalah yang
perlu dibantu dengan segera atau sebagainya. Seterusnya hasil yang diperoleh juga menjadi
panduan kepada guru-guru untuk mengubah suai kaedah, pendekatan, perancangan dan
tindakannya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
23