Nota Bahas

11
USUL : KAEDAH PERUBATAN ALTERNATIF MENINGKATKAN KESIHATAN PENGGUNA A. DEFINISI USUL 1. Kaedah perubatan alternatif – Menurut Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013, kaedah perubatan alternatif bermakna tiga pendekatan perubatan yang mengaplikasikan cara sentuhan penyembuhan, aplikasi tenaga dan perubatan herba dengan tujuan untuk mencegah atau merawat penyakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu. 2. Perkataan meningkatkan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,bermakna meninggikan kedudukan atau taraf. 3. Frasa Kesihatan Pengguna membawa makna keadaan pelanggan yang sejahtera atau bebas daripada penyakit. B. Rumusannya ialah usul yang dibawa pada pagi ini membawa makna tiga pendekatan perubatan yang bertujuan mencegah, merawat dan memelihara kesihatan mampu meninggikan tahap kesejahteran pelanggannya secara komprehensif. C. Hujah kerajaan: 1. Kaedah aplikasi tenaga mengharmonikan jiwa manusia. 2. Kaedah sentuhan pemulihan membaikpulih mental individu. 3. Penggunaan perubatan herba menzahirkan penampilan fizikal seseorang. D. Hujah pembangkang: Kenapakah terapi alternatif tidak mujarab bagi sesetengah orang? Anda mungkin terbaca atau terdengar mengenai mereka yang mendakwa bahawa barah mereka dipulihkan oleh sebuah rawatan alternatif. Kebanyakan orang-orang ini mungkin turut menjalani rawatan konvensional, selalunya tidak lama atau pada masa yang sama mereka menggunakan terapi alternatif. Rawatan konvensional kadangkala boleh mengambil tempoh berminggu atau berbulan untuk mujarab. Kadangkala barah tidak dapat disembuh, tetapi ia masih ada atau berkembang walaupun individu berkenaan tidak terasa sakit dalam jangka pendek. Kebanyakan barah tidak menunjukkan sebarang 1

description

Bahan bahas

Transcript of Nota Bahas

Page 1: Nota Bahas

USUL : KAEDAH PERUBATAN ALTERNATIF MENINGKATKAN KESIHATAN PENGGUNA

A. DEFINISI USUL1. Kaedah perubatan alternatif – Menurut Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari

2013, kaedah perubatan alternatif bermakna tiga pendekatan perubatan yang mengaplikasikan cara sentuhan penyembuhan, aplikasi tenaga dan perubatan herba dengan tujuan untuk mencegah atau merawat penyakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu.

2. Perkataan meningkatkan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,bermakna meninggikan kedudukan atau taraf.

3. Frasa Kesihatan Pengguna membawa makna keadaan pelanggan yang sejahtera atau bebas daripada penyakit.

B. Rumusannya ialah usul yang dibawa pada pagi ini membawa makna tiga pendekatan perubatan yang bertujuan mencegah, merawat dan memelihara kesihatan mampu meninggikan tahap kesejahteran pelanggannya secara komprehensif.

C. Hujah kerajaan:

1. Kaedah aplikasi tenaga mengharmonikan jiwa manusia.2. Kaedah sentuhan pemulihan membaikpulih mental individu.3. Penggunaan perubatan herba menzahirkan penampilan fizikal seseorang.

D. Hujah pembangkang:

Kenapakah terapi alternatif tidak mujarab bagi sesetengah orang?Anda mungkin terbaca atau terdengar mengenai mereka yang mendakwa bahawa barah merekadipulihkan oleh sebuah rawatan alternatif. Kebanyakan orang-orang ini mungkin turut menjalani rawatankonvensional, selalunya tidak lama atau pada masa yang sama mereka menggunakan terapi alternatif.Rawatan konvensional kadangkala boleh mengambil tempoh berminggu atau berbulan untuk mujarab.Kadangkala barah tidak dapat disembuh, tetapi ia masih ada atau berkembang walaupun individuberkenaan tidak terasa sakit dalam jangka pendek. Kebanyakan barah tidak menunjukkan sebarangsimptom perkembangannya, sebab itu ramai pesakit barah yang terpedaya dan percaya mereka telahsembuh padahal barah mereka sedang berkembang. (Ini sebabnya para doktor menunggu bertahuntahunsebelum mengatakan penyakit barah itu sudah disembuhkan).Para doktor tidak boleh setiap kali meramalkan perkembangan barah. Ada barah yang tumbuh danmerebak lebih cepat daripada yang dijangkakan. Dalam kes-kes lain, seorang pesakit boleh hidup lebihlama daripada ada yang diramalkan doktor. Kadangkala barah itu akan hilang dengan sendirinya tanpadisangka-sangka. Kita tidak tahu kenapa ini terjadi, tetapi para pesakit berkenaan selalunya telah punmenjalani rawatan konvensional. Ada yang mungkin telah menggunakan rawatan alternatif atau yangtidak terbukti. Kebanyakan pesakit-pesakit berkenaan yang mengalami hasil rawatan alternatif yangkurang memuaskan juga tidak akan kembali kepada pengamal rawatan alternatif mereka dan kes-kesserupa ini tidak terlapor.

Kaedah perubatan Contoh Kesan terapiSentuhan pemulihan Akupunktur: Teknik memasukkan dan

memanipulasi jarum filiform ke titik tertentu pada badan untuk melegakan kesakitan

Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Manakala di kalangan

1

Page 2: Nota Bahas

masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal sejak zaman berzaman lagi.Kedua-dua jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit seperti darah tinggi ,sakit lelah dan lumpuh .Tambahan pula rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius dalam proses pembedahan.

Akupuntur juga boleh merendahkan paras kolesterol di dalam aliran darah, dengan itu akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, akupuntur juga boleh mengurangkan kesakitan sewaktu pembedahan

Sentuhan pemulihan Refleksologi: Amalan mengurut, memerah, atau menekan bahagian-bahagian kaki, atau kadang-kadang tangan dan telinga, dengan matlamat menggalakkan faedah terhadap bahagian-bahagian badan yang lain, atau untuk meningkatkan kesihatan umum dan kesejahteraan. Menggunakan titik-titik tekanan pada tangan atau kaki untuk mempengaruhi bahagian tubuh yang lain.

Sentuhan pemulihan Urut Shiatsu: Juga dikenali sebagai urutan acupressure. Juru terapi mengenakan tekanan dengan ibu jari, jari dan tapak tangan ke atas bahagian khusus tubuh pelanggan yang telah ditentukan dalam tempoh penilaian sebelum sesi urut.

Sentuhan pemulihan Aromaterapi: Menggunakan bahan tumbuhan cecair yang dikenali sebagai minyak pati (EOS), dan lain-lain sebatian aromatik daripada tumbuh-tumbuhan untuk tujuan mempengaruhi mood seseorang atau kesihatan. Urut aromaterapi menggabungkan kaedah menggunakan minyak pati dengan teknik urut Sweden untuk mendapatkan faedah terapeutik.

Sentuhan pemulihan Urut Melayu: Urut merupakan teknik rawatan yang menggunakan tangan, atau cara mekanikal untuk memanipulasi tisu badan, terutamanya otot. Ia digunakan sebagai satu kaedah untuk merehatkan badan, memberi rangsangan atau memulihkan seluruh badan (atau sebahagian daripadanya). Kaedah ini juga mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah serta mengurangkan tekanan.

Sentuhan pemulihan Bekam: Bekam merupakan salah satu amalan

2

Page 3: Nota Bahas

Perubatan Tradisional Melayu yang juga digunakan di dalam sistem perawatan budaya-budaya lain di seluruh dunia. Ia adalah satu teknik di mana cawan-cawan yang mengandungi udara bertekanan rendah (yang menghasilkan sedutan atau ruang separa vakum), diletakkan di atas kulit pelanggan. Bekam juga dikenali sebagai badkesh, bahnkes, nuhang, bantusa, kuyukaku, gak hoi, hijamah dan pelbagai nama lagi.

Aplikasi tenaga Qigong : Amalan tradisional yang melibatkan kaedah pengumpulan dan pengedaran bersama dengan qi, pernafasan atau tenaga dalam badan. Diamalkan untuk tujuan penjagaan kesihatan, sebagai kaedah terapeutik, sebagai profesion perubatan, laluan rohani dan / atau sebagai komponen seni Cina mempertahankan diri.Sebuah komponen perubatan tardisional Cina yang menggabungkan pergerakan, meditasi dan pengawalan penafasan bagi memperbaiki aliran ‘Qi’ dalam badan, memperbaiki pengaliran darah dan memperkuatkan fungsi imun.

Aplikasi tenaga Yoga: Sistem rengangan dan lagak dengan tumpuan khusus kepada pernafasan Disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India. Satu sistem penyembuhan berdasarkan teori dan amalan. Gabungan latihan pernafasan, postur fizikal, dan meditasi yang telah diamalkan lebih daripada 5,000 tahun

Aplikasi tenaga Terapi Getaran Warna: Terapi getaran warna menggunakan konsep aromaterapi sebagai nutrien untuk otak / minda. Aromaterapi – dikenali 'Nutrisi Penting' akan memberi ketenangan kepada mereka yang menyedutnya. Mawar putih adalah unsur yang paling penting dalam minyak getaran aroma.

Aplikasi tenaga Perawatan Kristal: Perawatan kristal ialah penggunaan kristal untuk penyembuhan dan perubahan positif pada minda dan badan

Aplikasi tenaga Reiki: Kepercayaan bahawa tenaga akan mengalir melalui tangan pengamal apabila tangan diletakkan di atas, atau berhampiran dengan penerima, yang berpakaian. Mengimbangi tenaga sama ada dari jauh ataupun meletakkan tangan pada atau dekat pesakit.

3

Page 4: Nota Bahas

Perubatan herba

Banyak yang telah ditulis mengenai diet dan kesannya kepada kesihatan dan penyakit. Tidak ada makanan tertentu yang boleh mencegah atau mengubati barah. Diet alternatif atau khas telah berkembangdisebabkan kebimbangan bahawa semakin ramai orang memakan makanan yang terlalu kaya denganlemak tepu, kurang zat dan diet yang tinggi protin dan karbohidrat. Paras optimum bagi zat diselubungikontroversi. Pengambilan Diet Disyorkan (RDA) dilakar untuk menyediakan dasar penilaian diet kumpulan– bukan individu.

Herba Cina: Herba yang digunakan sebagai pelengkap kepada pelbagai penyakit / keadaan fizikal atau untuk kesejahteraan. Diet Vegetarian: tertumpu kepada amalan menjauhi daging, ikan atau ayam-itik. Ada pengamal vegetarian memakan telur dan produk-produk tenusu. Kajian telah menunjukkan bahawa diet vegetarian yang diikuti dengan betul boleh mengurangkan risiko barah kolon, buah dada, prostat dan lain-lain jenis, juga sakit jantung dan lain-lain penyakit. Satu kajian yang diterbitkan pada 1989 dalam American Journal of Clinical Nutrition melaporkan bahawa pengamal diet vegeterian memakan lebih banyak zat penting danmenyerapnya dengan lebih baik daripda mereka yang tidak mengamalkannya.

Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik ,khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden.Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin

Ayurveda: Juga dikenali sebagai "sains kehidupan', ianya adalah satu sistem perubatan tradisional yang berasal dari India. Dalam bahasa Sanskrit, Ayurveda perkataan terdiri āyus, yang perkataan, yang bermaksud 'hidup' dan Veda, yang bermaksud 'sains'.

Diet Vegetarian: tertumpu kepada amalan menjauhi daging, ikan atau ayam-itik. Ada pengamal vegetarianmemakan telur dan produk-produk tenusu. Kajian telah menunjukkan bahawa diet vegetarian yangdiikuti dengan betul boleh mengurangkan risiko barah kolon, buah dada, prostat dan lain-lain jenis, jugasakit jantung dan lain-lain penyakit. Satu kajian yang diterbitkan pada 1989 dalam American Journal ofClinical Nutrition melaporkan bahawa pengamal diet vegeterian memakan lebih banyak zat penting danmenyerapnya dengan lebih baik daripda mereka yang tidak mengamalkannya.

Perubatan herba Homeopati: Sistem berdasarkan doktrin Samuel Hahnemann di mana ‘penyebab penyakit menjadi penawar', iaitu bahan yang menyebabkan gejala penyakit pada orang yang sihat akan menyembuhkan gejala yang sama pada orang sakit. Hahnemann percaya bahawa punca penyakit adalah fenomena yang dipanggil miasms, dan ubat-ubatan homeopati berjaya menanganinya. Remedi Homeopati adalah berasaskan dari bahan seperti tumbuhan, mineral dan haiwan. Rawatan ini ditawarkan oleh pengamal PT&K melalui sesi konsultasi.

Diet Vegetarian: tertumpu kepada amalan menjauhi daging, ikan atau ayam-itik. Ada pengamal vegetarianmemakan telur dan produk-produk tenusu. Kajian telah menunjukkan bahawa diet vegetarian yangdiikuti dengan betul boleh mengurangkan risiko barah kolon, buah dada, prostat dan lain-lain jenis, jugasakit jantung dan lain-lain penyakit. Satu kajian yang diterbitkan pada 1989 dalam American Journal ofClinical Nutrition melaporkan bahawa pengamal diet vegeterian memakan

4

Page 5: Nota Bahas

lebih banyak zat penting danmenyerapnya dengan lebih baik daripda mereka yang tidak mengamalkannya.

Perubatan herba Herba Melayu: Penggunaan herba di dalam Perubatan Tradisional Melayu adalah sebagai pelengkap kepada rawatan untuk pelbagai penyakit, atau pengambilannya diamalkan untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan. Penggunaan herba ini adalah berdasarkan kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu.

Di samping itu, contohnya di Malaysia 1,230 daripadanya telah lama digunakan di dalam rawatan tradisional. Kaum Melayu misalnya menggunakan akar susun kelapa, akar melur, bunga raya dan ubi memban untuk rawatan kanser. Kajian saintifik menunjukkanTabernaemotana divaricata mengandungi unsur-unsur anti-kanser.Contoh tumbuhan herba yang dikenali dan agak meluas penggunaannya di Malaysia ialah tumbuhan kacip fatimah. Pengambilan kacip fatimah oleh wanita dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah untuk menghilangkan kelesuan dan keletihan. Disamping itu, ia dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi dan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin serta membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah mengandungi unsur antioksidan dan phytoestrogen yang dapat membantu mencegah pembiakan sel- sel kanser dalam badan.

Kunyit Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional. Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu. Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit

5

Page 6: Nota Bahas

digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung. Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit. Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

Perubatan herba Penjagaan Ibu Selepas Bersalin: Terdapat tiga ciri utama dalam rawatan ibu selepas bersalin dalam perubatan tradisional Melayu iaitu penggunaan herba/tumbuhan ubatan, penggunaan haba, dan urutan Melayu selepas bersalin.•Penggunaan herba/tumbuhan ubatan: Pelbagai jenis tumbuhan ubatan digunakan terutamanya dalam tempoh berpantang. Tumbuhan ubatan tersebut boleh diambil dalam bentuk air rebusan, kapsul, atau dikisar dan dimasak dengan madu untuk menghasilkan makjun. Penggunaan secara luaran sebagai mandian herba, campuran ekstrak ke dalam minyak urut, pes herba dan sebagainya turut disediakan. •Penggunaan haba: Haba digunakan dalam bentuk dedahan langsung seperti bertungku (contoh: batu sungai dipanaskan, dibalut dan didemah di bahagian badan tertentu), dan mandian herba suam; atau secara dedahan tidak langsung seperti amalan pemakanan semasa berpantang. •Urutan Melayu selepas bersalin: Melibatkan urutan keseluruhan badan, bertungku dan barut. Urutan badan dilakukan sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kali sepanjang tempoh berpantang.

Rawatan wanita bersalin Kelebihan seorang wanita yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. ialah melahirkan anak. Semasa proses melahirkan banyak urat saraf yang halus terputus dan banyak tenaga telah hilang. Justru itu urutan adalah salah satu rawatan yang bertujuan memulihkan kembali sistem saraf yang terganggu dan melancarkan peredaran darah bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang. Dalam urutan bagi ibu yang bersalin ialah menggunakan bedak panas yang dinamakan param yang mengandungi campuran cekur, jerangau, bonglai, halia bara, lempoyang, daun pulut-pulut, ubu karot, kunyit dan daun pegaga yang disapu di seluruh badan. Bedak panas ini berfungsi menghalang kemasukan angin ke dalam badan melalui liang-liang roma. Param ini dapat menghaluskan dan menegangkan kulit serta memutihkannya. Bagi wanita yang mengamalkan penggunaan param ini akan kelihatan berseri-seri selepas habis pantang. Pada biasanya urutan dilakukan dari bahagian kepala dan menurun hinggalah ke bahagian kaki kerana dipercayai bahagian panas bermula dari kepala. Urutan boleh dilakukan sebanyak tiga kali, lima kali atau tujuh kali mengikut kemahuan ibu yang bersalin. Selepas berurut ibu-ibu akan dipakaikan bengkung yang boleh membantu mengecilkan perut walaupun tidak seratus peratus seperti sediakala. Bengkung ini boleh mengembalikan perut sebanyak 90 % ke asalnya. Bengkung ini akan di pakai selama 44 hari kerana dengan menggunakan bengkung ini akan menjadikan gerak-geri lebih yakin dan selesa dan

6

Page 7: Nota Bahas

kedudukan rahim akan lebih tetap. Di dalam mandian daun-daun sirih,daun nangka, daun serai dan daun halia akan dimasak dengan air untuk dijadikan herba mandian untuk mengelakkan sakit tulang dan badan akan sentiasa harum. Amalan bertungku pula adalah satu cara rawatan untuk mengecutkan rahim dan disamping itu boleh mengurangkan lemak-lemak di bahagian perut. Bertungku adalah ubat yang paling berkesan pada bahagian rahim.

7