NOTA GRAFIK.docx

13
PENGENALAN Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan sebagainya. Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Dalam konteks ilmu, linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika, disiplin linguistik berkembang lebih awal, iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan. Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia, iaitu daripada pamerian bunyi- bunyi bahasa kepada analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali (lingua, atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam bahasa Inggeris (linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik . Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (The Svientific study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa. Menurut Abdullah Hassan, linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik, pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik. 1

Transcript of NOTA GRAFIK.docx

PENGENALAN

Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan sebagainya. Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Dalam konteks ilmu, linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika, disiplin linguistik berkembang lebih awal, iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan.Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia, iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali (lingua, atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam bahasa Inggeris (linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik .Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (The Svientific study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa. Menurut Abdullah Hassan, linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik, pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik.Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

BIDANG LINGUISTIK

Linguistik Sejarah Linguistik sejarah ialah bidang linguistik yang mengkaji cara bahasa berubah dengan berlalunya masa, kadang-kadang selama berabad-abad lamanya. Mengkaji perubahan dan perkembangan bahasa itu dalam suatu jangka masa.Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik berkembang daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa.

Linguistik Gunaan ( linguistik terapan) Linguistik gunaan ialah bidang linguistik yang mengkaji tentang diskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan untuk mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Ini menghasilkan kaedah kaedah mengajarkan bahasa dan bahan bahan mengajarkan bahasa.

Linguistik Am Linguistik Am merupakan ilmu linguistik yang mengkaji teori teori dan kaedah kaedah menganalisis bahasa iaitu dari segi fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonetik ialah bidang kajian tentang bunyi-bunyi bahasa manusia. Fonologi ialah bidang kajian ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa menurut fungsinya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat .Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji perihal makna . Antara kaedah mengajar bahasa ialah kedah terus dan kaedah pandang sebut.

Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang di dokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Linguistik am teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik kontekstual mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

STRUKTUR LINGUISTIK

Struktur LinguistikDefinisi Ringkas

FonologiDefinisi fonologi: Satu bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia (bunyi bahasa) Bunyi bahasa ini dihasilkan oleh alat artikulasi Kesimpulannya : Bidang fonologi boleh merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan pertuturan dan bentuk bunyi bahasa tertentu.

MorfologiNik Safiah Karim dan rakan (1996): Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Kebanyakan proses ini melibatkan pengimbuhan.

Pengimbuhan bermaksud unit-unit tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan pada makna nahunya.

Sintaksis Cabang ilmu bahasa yang mengkajibentuk, struktur,danbinaanatau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi jugahukum-hukumyang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang maknadalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak,2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan.

Pragmatik Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi).

Analisis Wacana Unit tertinggi dalam bahasa yang melebihi batas ayat.

PERATURAN PARADIGMATIKPERBEZAAN MINIMAL Cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. Sesuai untuk kanak-kanak pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.POLA-POLA PARADIGMATIK Perkataan boleh dimasukkan dalam teks asalkan bersesuaian. bet dan pet diletakkan dalam ciri linguistik yang sama.DIMENSI PARADIGMATIK Hubungan sesuatu kata yang bersifat umum dengan kata yang lebih khusus sifatnya.PERATURAN PARADIGMATIK Merupakan kumpulan perkataan yang tidak jelas melibatkan penggunaan kata dalam ayat. Paradigmatik bermakna kumpulan perkataan yang tergolong di dalam sesuatu kategori yang tidak jelas dan mengalami perubahan pada bila-bila masa di dalam menyatakan kesatuannya.

STILISTIK

BAHASA MELAYU SAINTIFIK

12