nota kanang

17
Tugasan minggu 1,minggu 2 dan minggu 3 GLA novel ‘ Kanang Cerita Seorang Pahlawan’ yang mencakupi unsur: Tema: Keberanian seorang anggota tentera menentang musuh demi memepertahankan Negara. Kanang berani melibatkan diri dalam pelbagai operasi untuk menentang musuh. Kanang tabah menempuh pelbagai dugaan sehingga pernah tertembak , namun dia tidak pernah serik dan sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta. Persoalan: 1) Keberanian semasa menghadapi musuh negara. Dalam kebanyakan operasi , Kanang menunjukkan sikap berani dengan menjadi peninjau pertama untuk mengesan kedudukan musuh. Kanang berani mematikan jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh walaupun sudah beberapa anggota pasukannya mengalami cedera parah akibat terpijak jerangkap samar. Jerangkap samar dipasang oleh pihak musuh bertujuan untuk melengah-lengahkan anggota tentera sampai ke tempat mereka. 2) kesanggupan untuk berkorban Semasa menganggotai Pasukan 42 Komando Tentera British. Kanang pernah menyelamatkan seorang pegawai Memerintah daripada dibunuh tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Dalam operasi yang lain, Kanang sanggup berkorban dengan mengarahkan anggota plantun yang lain meneruakan tugas dan membiarkan dirinya yang tercedera. Kanang sanggup berkorban dengan mengetepikan urusan peribadi untuk melaksanakan tugas yabg diamanahkan. Kanang sanggup meninggalkan majlis perkahwinan dan isterinya yang baru dikahwini kerana dipanggil untuk bertugas. Setelah melaksanakan tugas yabg diamanahkan. Kanang pulang ke rumah panjang isterinya untuk mendaftarkan perkahwinan mereka . 3) Bertanggungjawab dalam melakukan tugas atau amanah.

Transcript of nota kanang

Page 1: nota kanang

Tugasan minggu 1,minggu 2 dan minggu 3

GLA novel ‘ Kanang Cerita Seorang Pahlawan’ yang mencakupi unsur:

Tema: Keberanian seorang anggota tentera menentang musuh demi memepertahankan Negara. Kanang berani melibatkan diri dalam pelbagai operasi untuk menentang musuh. Kanang tabah menempuh pelbagai dugaan sehingga pernah tertembak , namun dia tidak pernah serik dan sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Persoalan:

1) Keberanian semasa menghadapi musuh negara. Dalam kebanyakan operasi , Kanang menunjukkan sikap berani dengan menjadi peninjau pertama untuk mengesan kedudukan musuh. Kanang berani mematikan jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh walaupun sudah beberapa anggota pasukannya mengalami cedera parah akibat terpijak jerangkap samar. Jerangkap samar dipasang oleh pihak musuh bertujuan untuk melengah-lengahkan anggota tentera sampai ke tempat mereka.

2) kesanggupan untuk berkorban Semasa menganggotai Pasukan 42 Komando Tentera British. Kanang pernah menyelamatkan seorang pegawai Memerintah daripada dibunuh tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Dalam operasi yang lain, Kanang sanggup berkorban dengan mengarahkan anggota plantun yang lain meneruakan tugas dan membiarkan dirinya yang tercedera. Kanang sanggup berkorban dengan mengetepikan urusan peribadi untuk melaksanakan tugas yabg diamanahkan. Kanang sanggup meninggalkan majlis perkahwinan dan isterinya yang baru dikahwini kerana dipanggil untuk bertugas. Setelah melaksanakan tugas yabg diamanahkan. Kanang pulang ke rumah panjang isterinya untuk mendaftarkan perkahwinan mereka .

3) Bertanggungjawab dalam melakukan tugas atau amanah. Kanang dan pasukannya tetap meneruskan operasi menjejak musuh di hutan Korbu pada 1 Jun walaupun hari tersebut merupakan Hari Gawai. Helen, isteri Kanang tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan bertanggungjawab. Dialah yang menjaga kanang sepanjang Kanang berada di Hospital.

4)Semangat patriotisme/cinta akan Negara. Sewaktu menjalani latihan, Kanang dan rekrut-rekrut yang lain sudah diterapakan dengan semangat cinta akan Negara. Dengan semangat inilah, Kanang dengan pasukannya bertugas menyelamatkan Negara daripada sebarang ancaman dengan sepenuh hati.

Page 2: nota kanang

5)Ketabahan dan kegigihan dalam menghadapi cabaran. Sejak zaman remaja, Kanang tabah menghadapi dugaan hidup. Kanang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk meneruskan kehidupannya seperti kerja membawa penumpang. Menjadi penoreh getah, menjadi tukang masak, dan mengangkut arang batu. Semasa operasi, walaupun dalam keaddan hutan yang sukar ditempuh. Kanang dan pasukannya tetap serta gigih meneruskan misi mengejak musuh. Begitu juga dengan Helen. Helen menghadapi masalah menyesuaikan diri apabila mula-mula tinggal di kem. Namun, Helen berusaha untuk mengatasi masalah tersebut dengan gigih.

6)Hidup berdikari Sejak kecil lagi Kanang belajar hidup berdikari selepas dihalau oleh ibunya. Sikap berdikari ini tetap ada apabila usianya menanjak remaja. Kanang sememangnya senang hidup berdikari.

7)Kepercayaan, pantang larang, dan adapt resam yang diamalakan oleh sesebuah masyarakat. Kanang dan suku sakatnya percaya bahawa mereka tidak akan diganggu oleh buaya. Perkara ini disebabkan sumpah antara datuk Kanang dengan raja buanya ketika datuknya berjaya mengubati penyakit putera buanya dalam mimpinya. Sebagai penghargaan, datuknya telah dihadiahkan sebiji batu tungku oleh raja buaya. Raja buaya juga bersumpah bahawa mereka tidak akan menganggu keturunan datuknya. Masyarakat Iban sangat menghormati hutan dan hidupan di dalamnya. Mereka percaya bahawa bencana akan berlaku sekiranya manusia tidak menghormati tidak menghormati khazanah alam. Masyarakat Iban amat mempercayai mimpi. Mimpi alamat baik dan berguna kepada seseorang. Seperti kepercayaan masyarakatnya, Kanang juga akan melakukan upacara piring, mengorbankan ayam jantan, membaca jampi serapah, dan memberi makanan kepada dewa pada setiap kali beliau ingin masuk ke hutan. Pada Kanang, upacara ini penting agar perjalanan di hutan mendatangkan hasil dan sentiasa selamat.

8)Semangat berpasukan dan bekerjasama Kanang dan anggota pasukannya sentiasa bergerak dalam kumpulan serta bekerjasama dalam melaksankan tugas. Dalam setiap operasiyang dilancarkan, anggota tentera dari mana-mana unit juga sentiasa bekerjasam.

9)semangat setia kawan Kanang memiliki semangat setia kawan meskipun dalam waktu pertempuran. Kanang tidak meninggalkan Micheal dan segera mendapatkannya ketika Koperal Micheal cedera. Dalam satu operasi yang lain, Kanang segera memohon bantuan medivac agar dapat menyelamatkan Renjer Sakaria yang telah terpijak jerangkap samar.

Page 3: nota kanang

10)disiplin dalam ketenteraan Sebagai anggota tentera, disiplin perlu ada. Kanang memiliki disiplin yang tinggi seperti sentiasa mengikut arahan ketua dan mementingkan disiplin diri.

Watak utama.( Kanang Anak Langkau)

Ciri-ciri kanang anak langkau adalah seperti berikut: a)dilahirkan pada 2 Mac 1945 di karangan Manok,Nanga Meluan,Sarawak. b)berbangsa Iban dan beragama Pagan c)menghabiskan pelajarannya setakat darjah tiga sahaja. d)beliau merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik. e)memulakan kerjaya dalam bidang ketenteraan pada 21 April 1962 sebagai Iban Tracker f)berkahwin dengan Helen Latai anak Intie pada tahun 25 Mei 1965 di simanggang. g)dikurniakan 6 orang anak. h)menamatkan perkhidmatannya pada 30 Mei 1986 i)berdikari dan bertanggungjawab j)tidak pernah berasa takut atau gentar semasa pertempuran dengan pihak musuh. k)semangat patriotic yang tinggi l)bijak bertindak dan mempercayai kepada adapt resam dan pantang larang.

Watak sampingan

~Helen Latai anak Intie Ciri-cirinya ialah: a)merupakan isteri Kanang ,berkahwinan ketika usia 14 tahun. b)memahami tugas dan tanggungjawab kanang c)bertanggungjawab d)perasaan kasih dan saying sebagai seorang isteri amat menebal. e)bijak dan gigih.. f)berfikiran positif

Page 4: nota kanang

~Datuk Kanang

Ciri-ciri Datuk Kanang ialah: a)memelihara Kanang selepas Kanang dihalau oleh ibunya. b)mengajar Kanang mengenai pantang larang berburu dan ilmu keduniaan.

~Bapa Saudara Helen

Ciri-cirinya ialah: a)anggota tentera dan berbangsa Iban b)Amat menyayangi Kanang . c)orang yang memperkenalkan Helen kepada kanang

~Mr. Ford

Ciri-cirinya ialah: a)Majikan pertama kanang b)berbangsa inggeris c)memberi surat kepada Kanang untuk menyertai Iban Tracker

~Leftenan Kolonel Sulaiman b. Kudus

Ciri-cirinya ialah: a)memimpin pasukan Rejimen 8 Renjer dari 2 Jun 1976 hingga 26 Disember 1977. b)bertanggungjawab menukar haluan hidup Kanang c)memberi semangat agar Kanang meneruskan perkhidmatannya

~Koperal Mohd Nasir Mohd Nordin

Ciri-cirinya ialah: a)seorang yang pendiam dan amat memahami kehendak kanang b)peninjau kedua dalam operasi jejakan musuh di kawasan hutan Tanah Hitam c)cedera parah akibat tertembak oleh pihak musuh semasa mereka diserang hendap. ~Leftenan Kolonel Raja Rashid bin Raja Badiozam Ciri-cirinya adalah: a)seorang daripada pegawai Memerintah b) gelaran CO Helmet kerana gemar menggunakan topi besi c)tegas dan berdisiplin d)memimpin pasukan Rejimen 8 Renjer dari Julai 1974 hingga 1 Jun 1976

Page 5: nota kanang

~Nam Yat Ciri-cirinya ialah: a)pemimpin pengganas Markas Unit Penggempur kelima b)bergerak cergas di sekitar kawasan hutan korbu c)cedera tapi sempat melarikan diri

~Permulaan

Penceritaan dimulakan dengan kisah Kanang semasa kecil. Kanang dilahirkan dan dibesarkan di Karangan Manok,Nanga Meluan. Kanang berbangsa Iban dan beragama Pagan. Ibu bapanya telah berpisah sejak Kanang kecil lagi. Kanang seorang yang nakal dan Pemarah. Kenakalanya telah menyebabkan beliau dihalau keluar dari rumah oleh ibunya.

~Perkembangan

Sejak dihalau, Kanang hidup menumpang dan meminta belas ihsan daripada sesiapa untuk meneruskan kehidupan. Selepas beberapa lama, Kanang dijaga oleh datuk dan neneknya. Kanang memulakan kerjayanya sebagai Iban Tracker di bawah pasukan Rangers Sarawak pada 21 April 1962. Kanang menjalani latihan rekrut dan mengesan di sekolah di Sekolah Latihan Peperangan Hutan, Ulu Tiram, Johor. Misi mendapatkan kembali Limbang dan membebaskan Brunei daripada memberontakan yang diketuai oleh Azahari merupakan misi terawal yang disertai oleh Kanang.

~Klimaks

Pada tahun 1980, Kanang telah menyertai operasi Gerakan Pukat untuk menjejaki komunis di kawasan Tanah Hitam, Perak. Pertempuran yang hebat telah berlaku pada 19 februari 1980. Pasukan Kanang telah diserang hendap di kedudukan QY 615212. Kanang mengalami cedera parah di bahagian perut dan dada. Kanang dipindahkan dengan helicopter dari kawasan pertempuran ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Page 6: nota kanang

~Peleraian

Kanang koma selama seminggu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi. Akibat daripada kecederaan tersebut. Kanang telah diklasifikasikan sebagai Base Everywhere (BE). Kanang ditukarkan ke Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM) sebagai seorang jurulatih pada 2 januari 1981. Sebelum bersara, Kanang telah dinaiikan pangkat lagi sebagai Pegawai Waran 2 dan kemudian Pegawai waran 1. pada 6 Mei 1986, upacara penyerahan potret kanang kepada pihak.

~Dialog

Contoh:a) ‘ awak tidak ikut berbaris?’ tegur satu suara telor keinggerisan.

‘tidak mahu,’ jawab saya dalam bahasa Iban.Lelaki kulit putih yang berpakaian seragam tentera itu bersuara semula.‘ awak tidak mahu masuk askar?’

b) ‘Apa awak fakir Sarjan ?’ tanyanya.‘Saya pasti pengganas. Tapi kesan ini sudah beberapa hari,’ kata saya.‘kita ikut jejaknya,’ ketua plantun mengarahkan.

~Saspens/suspens

Contoh:a) Pembaca tertanya-tanya akan kesudahan yang dialami oleh Kanang

setelah mengalami kecederaan yang begitu parah. Sebelum itu, pembaca juga tertanya-tanya sama ada Kanang dan anggota-anggota tentera yang lain mampu membunuh musuh atau tidak.

Page 7: nota kanang

~Imbas muka

Contoh:Kanang telah menyatakan hasratnya untuk berjuang dalam bidang yang lain selepas bersara

~Monolog dalaman

Contoh:Ketika terjaga daripada mimpi buruk, Kanang telah berfikir sendirian tentang mimpi tersebut

~Pemerian

Contoh:Keadaan hidup Kanang yang serba susah dan kekurangan sejak kecil telah diceritakan melalui teknik ini…Kisah mimpi Kanang bahawa parang kesayangannya banyak berjasa kepadanya telah dipatah-patahkan, telah disampaikan melalui teknik iniMatahari sudah naik dan teriknya sudah mula menggigit kepala.

Latar Masa

Februari 1963:   Kanang terlibat dalam usaha membanteras pemberontakan di Brunei.

25 Mei 1965:       Kanang mendirikan rumah tangga dengan Helen Latai

Mei/Jun 1979:   Tentera di hutan Korbu, Perak ke atas Unit Penggempur ke-5 pimpinan Nam Yat.

Feb 1980:            

Page 8: nota kanang

Gerakan di Tanah Hitam, Perak, Kanang mengalami kecederaan parah di perut dan di dada.

LATAR TEMPAT

1) Hutan –tempat Kanang selalumengikut datuknya berburu dan tempat Kanang menjalankan tugas.

2) Sekolah Latihan Peperangan Hutan (sekarang Pusat Latihan Tentera Darat PULADA) – tempat Kanang mula menjalani latihan rekrut setelah dipilih menyertai Sarawak Rangers.

3) Brunei – Kanang dan pasukannya diberi tugas untuk mematahkan pemberontakan yang diketuai oleh Azahari.

4) Mersing, Johor – Kanang dan rakan-rakannya diberikan tugas untuk menjejak sekumpulan askar Indonesia yang menceroboh masuk pada zaman konfrantasi. Mereka telah berjaya membunuh 13 orang tentera musuh dan menawan seorang tentera.

5) Lubuk Antu, Sarawak – Kanang menyelamatkan Pegawai Memerintah yang hampir dibunuholeh musuh dalam satu pertempuran.

6) Rumah Panjang Skra Hilir di Simanggang – tempat Kanang mula bertemu dan berkenalan dengan Helen Latai. Kemudian, mereka berkahwin. Di sini jugalah Kanang sekeluarga tinggal selepas bersara.

7) Kem Terendak Melaka – tempat Kanang sekeluarga tinggal apabila Kanang bertugas dengan Batalion Kelapan Rejimen Renjer.

8) Kawasan hutan Korbu di negeri Perak – Gerakan Setia 8/79 dijalankan untuk memburu Nam Yat dan anggota Markas Unit Penggempur Kelima .

9) Kawasan hutan di Tanah Hitam, Perak – tempat Gerakan Pukat dijalankan dan di sinilah Kanang mengalami kecederaan.

Page 9: nota kanang

10) Hospital – tempat Kanang menjalani rawatan selama setahun setelah tercedera dalam Gerakan Pukat.

11) Tugu Peringatan Negara – Kanang menerima “Pisau Angkatan Tentera” daripada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Dato’ Mohd. Seth.

12) Muzium Angkatan Tentera – majlis penyerahan potret Kanang kepada pihak muzium.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang cinta akan tanah air dengan sepenuh jiwa raga- Anggota tentera yang diketuai Kanang yang tabah berjuang mempertahankan keamanan negara daripada ancaman musuh, iaitu pengganas komunis walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka.

Masyarakat yang berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang dan adat resam- Kanang melakukan upacara tertentu, iaitu upacara “piring” dengan mempersembahkan makanan kepada dewa sebelum pergi berjuang supaya perjuangan yang bakal dihadapi selamat ditempuhi dan mencapai kejayaan.

Masyarakat yang prihatin tentang kebajikan orang lain- Pegawai atasan dan rakan-rakan Kanan serta orang awam telah datang melawati dan menziarahi Kanang di hospital ketika terlantar selama setahun kerana cedera parah dalam pertempuran dalam Operasi Gerakan Pukat.

Masyarakat orang Iban di pedalaman Sarawak- Kanang dilahirkan di rumah panjang dan hidup sebagai orang kampung pedalaman yang mengalami pelbagai peristiwa pahit dan manis.

Masyarakat tentera yang berdisiplin- Kanang sangat berdisiplin setelah menyertai pasukan keselamatan

Masyarakat tentera yang patriotik- Kanang sanggup berkorban jiwa dan raga demi melaksanakan perjuangan untuk membebaskan negara daripada ancaman pengganas.

Masyarakat Malaysia yang memandang tinggi jasa anggota pasukan keselamatan- Kanang dianugerahi pelbagai pingat dan bintang sebagai mengenang jasa beliau dalam pasukan keselamatan.

Page 10: nota kanang

(1) Keberanian dan ketabahan- Kanang sentiasa menunjukkan keberanian dan ketabahannya bertempur dengan musuh dalam setiap operasi yang disertainya.- Kanang berani menembak musuh, kemudian mencantas muka musuhnya dan menjilat darahnya

(2) Kasih sayang- Hubungan Kanang dengan isterinya, Helen- Helen digambarkan dengan penuh kasih sayang sanggup berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga Kanang yang koma sehinggalah Kanang mendapatkan rawatan selama setahun.

(3) Kerajinan- sikap Kanang yang rajin menjalani latihan kawad

(4) Mementingkan kekemasan dan kebersihan- Kanang digambarkan sentiasa berpakaian kemas dan rapi serta kasutnya sentiasa berkilat semasa menjalani latihan.

(5) Hormat kepada ketua- Kanang sentiasa menurut perintah dan arahan pegawainya

(6) Kerjasama- Kerjasama Kanang dan anggota tentera yang lain sebagai satu pasukan, misalnya dalam operasi Gerak Setia 8/79.- Kanang dan anggota yang lain membantu rakan-rakan mereka yang tercedera ke winching point untuk diberikan rawatan, manakala anggota risik tempur dan pasukan tinjau khas mengawal keselamatan kawasan tersebut.

(7) Menghargai jasa- Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya mempertahankan negara daripada ancaman musuh.- potret Kanang telah diabadikan di Muzium Angkatan Tentera.

Page 11: nota kanang

Antara pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua buah novel, iaitu novel Tingkatan 2, Tragedi Empat Disember (TED) dan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan (KCSP) ialah kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan.

Dalam TED, Kamarul Azam dan rakan-rakan berjaya mendarat di Tanjung Pangku dan mendirikan khemah sebelum malam menjelang. Kejayaan ini dicapai setelah membuat perancangan yang teliti dan mematuhi masa yang ditetapkan. Dalam KCSP pula, Kanang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraannya walaupun dia kurang mahir berbahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Kejayaan ini dicapai kerana usaha gigih Kanang mempelajari kedua-dua bahasa tersebut.

Semasa makan, Kamarul Azam telah berjaya menghalau agas dan kelkatu berterbangan dan masuk ke dalam makanan mereka. Hal ini demikian kerana dia telah berusaha untuk mengumpulkan ranting kayu kering untuk dibakar bagi menghalau agas dan kelkatu. Dalam KCSP pula, Kanang telah berjaya mengesan jejak musuh dalam beberapa operasi termasuk Gerakan Pukat. Kejayaannya didorong oleh berkat semangat dan usahanya yang bersungguh-

sungguh.

Page 12: nota kanang

DiksiPemilihan kata yang digunakan sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan dengan dunia ketenteraan. Contohnya, markas, raifal, platun.

AyatAyat pendek. Contohnya,Malam.Badan masih lesu.Ayat panjang. Contohnya:Pada jam 2130 malam, selaku platun risik gempur 8 Renjer, saya telah menerima hukuman bergerak bersama-sama dengan kompeni C tinjau khas dan platun risik gempur RAMD.

Penggunaan Bahasa AsingContohnya, launcher, All round defence, paper potting, dan sebagainya.Bahasa China, iaitu Chow.Bahasa Iban, iaitu agi idup agi ngelaban.

PeribahasaMaklumlah selama ini saya umpama katak di bawah tempurung.Seperti sirih pulang ke tepak, maka saya pun ditukarkan semula ke batalion yang telah mengharumkan nama saya dahulu, Iaitu Batalion Kelapan Rejimen Renjer Malaysia.Anak buah – merujuk kepada anggota bawahan Kanang yang tercedera dan terkorban semasa Gerakan Setia di Hutan Korbu.

Simile Pendek kata hidup saya laksana perahu yang terumbang-ambing dibuai ombak dan tidak mempunyai arah tujuan.

Repitasi/Pengulangan Kalau datuk ke sungai menjala ikan, saya ikut. Kalau datuk ke hutan pergi memburu, saya ikut.

Personifikasi Keletihan membuatkan saya tidur begitu nyenyak dengan dengkur yang keras tetapi sang mimpi telah mengganggu saya.

Metaforao Api marah sudah menghantui saya.

Hiperbola Tangan kanannya tidak boleh diangkat. Dagingnya kelihatan berkecai dan darah

Page 13: nota kanang

membuak keluar.

Sinkof “Tunggu pak cik! Saya nak potong kepala pak cik!” Saya berteriak.

Loghat daerahDua kupang lima duit