Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu

4
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU DOKUMEN PERNIAGAAN DOKUMEN PERNIAGAAN 1. Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan 2. Dokumen perniagaan ialah keterangan atau cacatan bertulis yang sah tentang urus perniagaan yang telah dijalankan 3. Kepentingan Dokumen Perniagaan i. Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan atau perkhidmatan, kuantiti dan harga ii. Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan iii. Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan iv. Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan 4. Kepentingan Menyimpan Dokumen i. Memudahkan mencari dan membuat rujukan ii. Lebih terjamin keselamatan dokumen 5. Cara Menyimpan Dokumen i. Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik ii. Penyimpanan secara manual disimpan dalam fail dan buku rekod iii. Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras 6. Jenis-Jenis Dokumen i. Jenis-jenis dokumen yang digunakan terbahagi dalam 3 proses Sebelum Jual beli Semasa Jual beli Selepas Jual beli 1. Surat tanya 6. Nota 10. Pe

Transcript of Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu

Page 1: Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATUDOKUMEN PERNIAGAAN

DOKUMEN PERNIAGAAN

1. Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan 2. Dokumen perniagaan ialah keterangan atau cacatan bertulis yang sah tentang urus perniagaan yang telah

dijalankan 3. Kepentingan Dokumen Perniagaan

i. Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan atau perkhidmatan, kuantiti dan harga

ii. Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan iii. Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan perkhidmatan iv. Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan

4. Kepentingan Menyimpan Dokumen i. Memudahkan mencari dan membuat rujukan

ii. Lebih terjamin keselamatan dokumen 5. Cara Menyimpan Dokumen

i. Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik ii. Penyimpanan secara manual disimpan dalam fail dan buku rekod

iii. Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras 6. Jenis-Jenis Dokumen

i. Jenis-jenis dokumen yang digunakan terbahagi dalam 3 proses

Sebelum Jual beli

Semasa Jual beli

Selepas Jual beli

1. Surat tanya 2. Katalog 3. Sebut harga 4. Senarai harga 5. Borang Pesanan

6. Nota serahan 7. Invois 8. Nota debit 9. Nota Kredit

10. Penyata akaun 11. Resit 12. Bil Tunai

ii. Surat Tanya

Page 2: Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu

Surat yang dikirimkan oleh pembeli kepada pembekal/peniaga Surat yang bertanyakan maklumat yang lebih lanjut mengenai barangan yang ingin dibeli

Perkara-perkara dalam surat tanya a. Jenis barang dan kuantiti barang yang ingin dibeli b. Harga barangan dan syarat pembayaran c. Syarat serahan dan pembayaran d. Tarikh serahan

iii. Katalog Bahan bercetak dalam bentuk buku atau helaian pamplet/browser

Perkara-perkara dalam katalog a. Gambar barangan dalam warna b. Nombor rujukan atau kod barangan

iv. Sebut Harga Surat yang dikirimkan kepada membeli yang menyatakan butiran barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Perkara-perkara penting dalam sebut harga a. Jenis barangan b. Jenama barangan c. Harga barang d. Kadar diskaun niaga dan diskaun tunai e. Syarat serahan dan syarat pembayaran

v. Senarai hargaSurat yang dikirimkan kepada pembeli yang menyatakan butiran baranga dan harga yang ditawarkan

vi. Borang pesananDokumen yang mengandungi maklumat baarang dan harga barangan yang akan dibeli

vii. Nota serahanDokumen yang mengandungi senarai barangan dan kuantiti barang yang diserahkan

viii. InvoisDokumen yang menyatakan senaran barang kuantiti dan harga serta jumlah bayaran bagi barangan yang telah diserahkan

ix. Nota DebitDokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan yang terdapat

Page 3: Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu

dalam invoisx. Nota kredit

Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada yang sepatutnya

xi. Penyata akaunDokumen yang dikeluarkan setiap hujung bulan atau suatu tempoh tertentu yang mennyatakan senarai urusniaga dan pembayaran yang telah dibuat.

xii. ResitDokumen yang mengandungi maklumat pembayaran dan menjadi bukti penting bahawa pembayaran telah dibuat

xiii. Bil TunaiSenarai barangan ,kuantiti , harga dan jumlah pembayaran yang dibuat secara tunai

7. Maklumat Penting Dalam Dokumen i. Mengenal pasti maklumat penting

ii. Kegunaan dokumen bagi menyediakan akaun