Nota lapangan
-
Upload
kaviarasi-selvaraju -
Category
Documents
-
view
135 -
download
4
Transcript of Nota lapangan
Rasional bagi pemilihan kaedah pemerhatian tidak berstruktur adalah untuk
menjawab soalan kajian iaitu memperhatikan perubahan yang dialami oleh murid-
murid dari segi minat dalam mempelajari operasi penolakan dengan mengumpul semula
melalui teknik decompose & back shooting. Selain daripada itu, pemerhatian ini memberi
peluang kepada saya untuk melihat situasi sebenar tempat kajian. Saya sebagai
penyelidik, dapat mendengar, memerhatikan dan bertanya sendiri untuk mendapatkan
maklumat dan seterusnya dapat memahami apa yang berlaku di tempat kajian. Dengan
bantuan nota lapangan saya dapat menentukan sama ada teknik decompose & back
shooting ini menarik minat murid dalam menyelesaiakan soalan penolakan atau
sebaliknya.