nota pen

download nota pen

of 4

description

q

Transcript of nota pen

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa. Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

Perdana Menteri Malaysia, iaitu Yang Berhorm,at Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengemukakan gagasan Satu Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Gagasan ini bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sudah tentu kita tidak menginginkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi dalam tanah bertuah yang aman makmur pada hari ini. Namun, pelbagai langkah harus diambil untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana "bertepuk sebelah tangan takkan dapat berbunyi".Antara langkah yang dapat diambil ialah mengadakan rumah terbuka pada hari lebaran. Misalnya, rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri oleh kaum Melayu, tahun Baru Cina oleh etnik Cin, Hari Deepavali oleh bangsa India, dan Hari Natal oleh penganut agama Kristian. Melalui aktiviti ini, kita dapat bersikap sambil menyelam minum air dengan bergaul mesra dengan rakan-rakan daripada pelbagai kaum sambil menikmati makanan tradisional yang dihidangkan. Rentetan itu, kita akan lebih memahami budaya kaum lain dan memupuk persefahaman dalam masyarakat.Seterusnya, perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti sukan. Kita wajar terlibat dalam aktiviti sukan kerana "badan cergas, minda cerdas". Aktiviti sukan dapat dijalankan di pelbagai peringkat, iaitu peringkat kmpung, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Antaranya ialah kegiatan senamrobik secara beramai-ramai pada peringkat kebangsaan. Melalui aktiviti sukan yang melibatkan kumpulan seperti bola jaring, olahraga, dan bola tampar, persefahaman antara ahli kumpulan dapat diwujudkan kerana "bersatu teguh, bercerai roboh. Selain dalam kalangan pelajar, dalam Hari Keluarga juga, keluarga-keluarga bolehlah menyertai acara sukarela. Dengan cara ini, mereka dapat berseronok sambil mengambil kesempatan untuk bergaul dengan jiran tetangga.Di samping itu, sistem pendidikan di Malaysia turut bertujuan memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan atau lebih dikenali sebagai RIMUP, pelajar-pelajar dapat berkawan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bengsa dan latar belakang. Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar mempelajari mata pelajaran teras yang sama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Bahasa Melayu dititikberatkan dalam pelajaran kerana bahasa kebangsaan ini dapat memudahkan komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan turut menggalakkan aktiviti berkumpulan kerana 'perpaduan teras kejayaan".Pada masa yang sama, kegiatan gotong-royong kerap dijalankan di pelbagai peringkat untuk menggalakkan kerjasama antara ahli masyarakat selain daripada membersihkan sesuatu kawasan daripada belenggu pencemaran alam dan penyakit berjangkit seperti deman denggi, tun, dan malaria. Kegiatan ini melibatkan pembahagian kerja mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan untuk memastikan sesuatu tugas dijalankan dengan sistematik dan teratur. Namun dijalankan, gotong-royong bukan sekadar kerja pembersihan, penyediaan kenduri juga memerlukan pembahagian kerja mengikut kemampuan masing-masing. Hal ini dilakukan untuk memastikan sesuatu tugas dijalankn dengan sistematik dan teratur. Namun demikian, gotong-royong bukan sekadar kerja pembersihan kawasan sahaja, malah turut melibatkan persediaan sesebuah kenduri dan majlis. Sesebuah majlis tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya semua tugas dipikul oleh seseorang sahaja. Seperti kegiatan membersihkan kawasan, penyedian kendui juga memerlukan pembahagian tugas untuk kerja pembersihan, memasak, menghiaskan kawasan, dan sebagainya. Ingatkan bahawa "hati kuman sam dicecah, hati gajah sama dilapah". Sebagai intihanya, perpaduan amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. Kita harus membuang sikap perkauman yang menebal dalam diri kita sebelum mengatur strategi seterusnya dalam usaha memupuk perpaduan. Dengan perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat, kita dapat hidup dengan aman damai dan seterusnya menjamin kestabilan tanah air tercinta.