Nota Peribahasa

7
LATIHAN DAN JAWAPAN PERIBAHASA PERIBAHASA Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah: A. Membina ayat daripada peribahasa: Contoh: 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. 2. seperti katak di bawah tempurung Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. 3. seperti paku dengan penukul Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. 4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi: Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberikan. 1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal. i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang) ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan) iii. anak emas (anak kesayangan) iv. air muka (diri, peribadi) 2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku. i. bagai pinang dibelah dua. ii. sedangkan lidah lagi tergigit. iii. bagai embun di hujung rumput.

description

uu

Transcript of Nota Peribahasa

Page 1: Nota Peribahasa

LATIHAN DAN JAWAPAN PERIBAHASA

PERIBAHASA

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:1. bagai menatang minyak yang penuhIbu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurungSikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukulPelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurusMasih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberikan.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)iii. anak emas (anak kesayangan)iv. air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

Page 2: Nota Peribahasa

i. bagai pinang dibelah dua.ii. sedangkan lidah lagi tergigit.iii. bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:Contoh:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyiii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.iii. anak buah

Latihan 1:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit3. burung terbang dipipiskan lada

Page 3: Nota Peribahasa

4. menegakkan benang yang basah5. bagaikan telur dihujung tanduk6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya7. bagaikan tikus jatuh di kepuk8. matinya semut kerana gula9. air dicincang tidak akan putus10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup2. sudah jatuh ditimpa tangga3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina8. genggam bara api biar sampai menjadi arang9. bagai mencurah air ke daun keladi10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Latihan 3:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain4. seperti pelanduk dua serupa5. melentur buluh biarlah dari rebungnya6. seperti ular kena palu7. mati semut kerana gula8. bagai mendapat durian runtuh9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Page 4: Nota Peribahasa

Jawapan Latihan 1

1. bagaikan kera mendapat bunga

-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.

-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.

-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemarkerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

3. burung terbang dipipiskan lada

-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.

4. menegakkan benang yang basah

-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.

-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.

5. bagaikan telur dihujung tanduk

-dalam keadaan berbahaya.

-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.

-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

7. bagaikan tikus jatuh di kepuk

-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.

-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di kepuk.

8. matinya semut kerana gula

-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.

Page 5: Nota Peribahasa

-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat keranamatinya semut kerana gula.

9. air dicincang tidak akan putus

-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.

-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.

10. bagaikan embun di hujung rumput

-kasih-sayang yang tidak berkekalan.

-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan Latihan 2

1. seperti mendukung biawak hidup

-membuat pekerjaan yang menyusahkan diri.

-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.

2. sudah jatuh ditimpa tangga

-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.

-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian isterinya pula.

3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.

-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.

4. ditelan mati emak, diluah mati bapak

-dalam keadaan serba salah.

-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka bercerai kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa.

5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.

-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang

Page 6: Nota Peribahasa

-orang yang tamak akan rugi.

-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.

7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.

-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.

8. genggam bara api biar sampai menjadi arang

-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.

-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.

9. bagai mencurah air ke daun keladi

-membuat kerja dengan sia-sia.

-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu mendengarnya.

10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak.

-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

----------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan Latihan 3

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi

-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.

-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.

2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.

-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain

-usaha gigih yang berterusan.

-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.

Page 7: Nota Peribahasa

4. seperti pelanduk dua serupa

-mempunyai wajah yang serupa.

-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanyapelanduk dua serupa.

5. melentur buluh biarlah dari rebungnya

-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.

-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6. seperti ular kena palu

-barisan yang bengkang-bengkok.

-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus seperti ular kena palu.

7. mati semut kerana gula

(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)

8. bagai mendapat durian runtuh

-mendapat keuntungan dengan banyak.

-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah kereta baru.

9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain

-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.

-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.

-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.