NOTA POLA KESELARASAN VOKAL

3
2.0 KESELARASAN VOKAL Menurut buku Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP, keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. 2.1 SISTEM KESELARASAN VOKAL Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat- syarat berikut: a) Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar. b) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. c) Bagi kata yang mengandungi lebh daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Terdapat 6 bunyi vokal. Huruf- huruf yang melambangkannya ialah a, e, e, i, o, dan u. Huruf e ditulis dua kali melambangkan dua jenis vocal yang berlainan. - e pepet : contoh perkataan emak - e taling : contoh perkataan elok -

description

Feel free to leave any comments

Transcript of NOTA POLA KESELARASAN VOKAL

Page 1: NOTA POLA KESELARASAN VOKAL

2.0 KESELARASAN VOKAL

Menurut buku Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP, keselarasan

vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada

kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf

vokal pada suku kata akhir tertutup.

2.1 SISTEM KESELARASAN VOKAL

Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat berikut:

a) Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.

b) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

c) Bagi kata yang mengandungi lebh daripada dua suku kata, yang terlibat

dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang

terakhir sahaja.

Terdapat 6 bunyi vokal. Huruf- huruf yang melambangkannya ialah a, e, e, i,

o, dan u. Huruf e ditulis dua kali melambangkan dua jenis vocal yang berlainan.

- e pepet : contoh perkataan emak

- e taling : contoh perkataan elok

-

Namun demikian, menurut laman web lestari-intelek.blogspot, penyelarasan

vokal dalam Sistem Ejaan Baharu ini selalu disalahfahamkan. Penyelarasan vokal

hanya berlaku pada dua suku kata akhir, kata akhir dan kata akar sahaja, itu pun

sekiranya suku kata akhir itu tertutup. Suku kata ialah pecahan perkataan mengikut

adanya bunyi vokal.

Contohnya :

‘pagi’ – 2 suku kata; ‘pa’ dan ‘gi’.

‘perigi’ – 3 suku kata; ‘pe’, ‘ri’ dan ‘gi’

‘keluarga’ – 4 suku kata; ‘ke’, ‘lu’, ‘ar’ dan ‘ga’

‘cenderawasih’ – 5 lima suku kata; ‘cen’, ‘de’, ‘ra’, ‘wa’ dan ‘sih’

Page 2: NOTA POLA KESELARASAN VOKAL

Jika perkataan akar itu terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, maka

penyelarasan vokal hanya berlaku dalam dua suku kata akhir sahaja, sekiranya

perkataan itu adalah suku kata akhir tertutup. Suku kata tertutup ialah suku kata

yang berakhir dengan huruf konsonan seperti ‘dak’, ‘kang’, ‘ih’, ‘ut’ dan lain-lain.

Penyelarasan vokal berlaku jika vokal dalam suku kata sebelum akhir itu (iaitu

dalam kata akar) terdiri daripada i, a, u dan e taling. Maka hanya vokal i dan u yang

boleh berlaku dalam suku kata akhir tertutup.

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat lapan belas pola

keselarasan huruf vokal seperti yang berikut:

Bil Suku kata Praakhir Suku kata Akhir Tertutup Contoh penggunaan

1 a a halaman

2 a i parit

3 a u kayuh

4 e - pepet a emas

5 e – pepet i petik

6 e – pepet u telur

7 e – taling a sepak

8 e – taling e – taling gelek

9 e – taling o elok

10 i a pisang

11 i i sisir

12 i u pikul

13 o a orang

14 o e – taling boleh

15 o o sorong

16 u a ubat

17 u i putih

18 u u Untuk