NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

22
SEJARAH REKODER ekorder merupakan salah satu alat muzik tiupan atau tergolong dalam kumpulan AEROPHONE. Rekorder termasuk didalam keluarga instrumen yang dikenali sebagai ‘fipple flute’ yang membawa maksud alat tiupan yang mempunyai ‘fipple’ atau aliran udara yang ditiup akan disekat dihujungnya (dikenali sebagai ‘blockflute’ di Jerman). R Penyekatan dihujung alat tersebut akan mewujudkan satu lohong udara yang akan menyebabkan udara yang ditiup melaluinya akan keluar melalui lubang-lubang yang akan menghasilkan satu bunyi yang jelas dan tersendiri. Alat tiupan lain yang termasuk di dalam keluarga ini ialah ‘flageolet’, ‘whistle’ dan ‘three

description

kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Transcript of NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Page 1: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

SEJARAH REKODER

     

ekorder merupakan salah satu alat muzik tiupan atau tergolong dalam

kumpulan AEROPHONE. Rekorder termasuk didalam keluarga instrumen

yang dikenali sebagai ‘fipple flute’ yang membawa maksud alat tiupan

yang mempunyai ‘fipple’ atau aliran udara yang ditiup akan disekat

dihujungnya (dikenali sebagai ‘blockflute’ di Jerman).

RPenyekatan dihujung alat tersebut akan mewujudkan satu lohong udara yang

akan menyebabkan udara yang ditiup melaluinya akan keluar melalui lubang-lubang

yang akan menghasilkan satu bunyi yang jelas dan tersendiri. Alat tiupan lain yang

termasuk di dalam keluarga ini ialah ‘flageolet’, ‘whistle’ dan ‘three holed tabor pipe’.

Dari segi bentuk, secara umumnya rekorder adalah berupa tabung dengan sumber

suara yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi sebagai pengatur tinggi 

rendah nada.

Page 2: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

REKODER DIPERINGKAT AWAL KEWUJUDANNYA

Instrumen berbentuk tiupan telah wujud sebenarnya sejak beribu-ribu tahun yang

lalu. Ini terbukti dengan terjumpanya alat tiupan yang diperbuat dari tulang kambing biri-

biri dari Zaman Besi di England. Namun rupanya bukanlah seperti rekoder yang kita

kenali sekarang iaitu yang mempunyai lapan lubang (tujuh didepan dan satu

dibelakang). Tarikh kewujudan rekorder yang sebenarnya di Eropah telah menjadi

suatu perdebatan akademik yang hangat. Kemungkinan besar ianya wujud di zaman

mediaeval iaitu sekitar enam hingga tujuh ratus tahun yang lalu namun ia bukan

ketentuan yang khusus. Kebanyakan apa yang dipanggil ‘recorder’ yang dilihat pada

lukisan-lukisan yang lama tidak menggambarkan ianya dalam erti kata yang sebenar.

Ianya tidak seratus peratus jelas walaupun instrumen asal yang paling popular yang

ditemui di Dordrecht, Belanda pada tahun 1940. Rekoder Dordrecht itu dipercayai

bertarikh awal kurun ke15 kerana rumah di mana tempat ia ditemui telah terbengkalai

pada tahun 1418. Walaubagaimanapun, dengan ketiadaan bahan lain untuk menjadi

rujukan dan perbandingan, adalah mustahil untuk menyatakan yang ianya mewakili

pelbagai instrumen yang dibuat pada zaman itu.

Sudah tentu ini adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan bagi pengkaji muzik

zaman medieval walaupun beberapa percubaan telah dibuat bagi membuat ‘salinan’

atau contoh apa yang dipanggil ‘mediaeval recorders’. Tiada satu pun instrumen ini

yang benar-benar jelas dan tulin dan tidak ada satu bukti kukuh tentang bagaimana

bunyi sebenarnya ‘mediaevar recorders’. Yang terbaik yang boleh dinyatakan ialah,

ianya mungkin satu instrumen mudah yang mempunyai ton yang jelas dan bidang not

yang kecil. Bukti kewujudan paling kukuh yang boleh digunapakai ialah ‘Renaissance

Recorders’ bertarikh penghujung zaman Renaissance di kurun ke 16. Rekoder

Renaissance agak berlainan dari mereka yang telah biasa dengan instrument Baroque

yang lebih halus dan lembut bunyinya. Instrumen Renaissance berbunyi lebih garau,

kuat dan kasar terutama yang bernada rendah dan bunyinya lebih ‘asli’ dari bunyi

Baroque. Ianya mempunyai bidang (range) sekitar satu oktaf bebanding sedikit lebih

Page 3: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

dua oktaf bagi Baroque. Namun ianya bukanlah satu masalah kerana muzik zaman

Renaissance yang ditulis untuk instrumen ini tidak memerlukan bidang yang luas.

Rekoder Renaissance mempunyai lubang jari yang lebih besar dan dikatakan

berbentuk selinder walaupun sebenarnya ia agak mengecil dihujungnya. Mempunyai

rekabentuk yang lebih mudah tanpa ukiran hiasan. Instrumen yang asal diperbuat

secara terus sebatang namun yang ada sekarang boleh dilerai bagi tujuan kemudahan

menyimpan, membawa dan menjaga kebersihannya. Tidak ada juga peraturan yang

khusus tentang kedudukan tangan dan penjariannya. Tangan yang mana harus di

bawah atau tangan yang mana di atas. Rekoder Baroque adalah yang selalu diguna.

Pada kurun ke 17 ia melalui proses transisi dimana lubangnya lebih kemas dengan

bentuk seperti kon yang kecil dibawah dan semakin besar ke atas. Pembuatannya

semakin diimprovisasi dengan bidang notasi dan ‘range’nya semakin dilebarkan, bunyi

yang halus dan sempurna serta lebih fleksibel untuk dimainkan secara solo. Rekoder

juga telah mula digunakan dalam muzik orkestra pada masa itu.

Diawal kurun ke 18, flut traverso mula menjadi lebih popular. Kekurangan yang

paling ketara pada rekoder ialah ia adalah instrumen yang ‘lembut’ (berbunyi agak

perlahan) berbanding flut traverso yang lebih kuat bunyinya dan lebih luas rangenya

menjadikannya lebih sesuai untuk dimainkan dalam orkestra. Rekoder semakin kurang

dimainkan sehingga ia hampir pupus. Pada kurun ke 19 ia dimainkan semula tetapi

lebih kepada penghayatan sejarah muzik. Seni membuat rekoder juga telah semakin

hilang. Rekoder yang ada sekarang dari jenis ‘Moeck Rottenburgh’ dan ‘Mollenhauer

Denner’. Namun kini rekoder telah kembali popular mengalahkan zaman

kemunculannya dulu. Jutaan alat ini telah dihasilkan setiap tahun secara komersial. Ia

digunakan dengan meluasnya dikalangan mereka yang ingin belajar tentang instrumen

muzik diperingkat asas. Disamping lebih mudah ianya juga lebih murah justru membuka

ruang baru dalam penggunaan instrumen ini sekarang.

Page 4: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

JENIS-JENIS REKODER

          Terdapat pelbagai jenis rekorder. Di antaranya ialah rekorder soprano, rekorder

sopranino, alto, tenor dan bass. Masing-masing rekorder ini memiliki bunyi atau ton

yang berbeza-beza. Walaupun rekorder atau blockflute ini tergolong dalam alat muzik

tiup kayu, dengan perkembangan teknologi sekarang, ia telah dikeluarkan dalam bentuk

plastik atau ebonite.

          

      Alat muzik ini (rekorder) telah mula popular dalam beberapa dekat terakhir kerana ia

mudah dimain kan. Ia juga adalah salah satu alat muzik yang wajib dipelajari di

sekolah-sekolah rendah. Murid-murid didedahkan dengan bermain rekorder dalam

subjek Pendidikan Muzik  bermula tahun 4 hingga 6 bagi KBSR. Mulai 2013, murid

tahun 3 (KSSR) akan didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran bermain

rekorder dalam subjek Dunia Muzik. Rekorder yang sering digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah ialah rekorder soprano. Rekorder ini boleh menghasilkan

dua belas  not, iaitu C,D,E,F,G,A,B,C’,D’, E’ dan F’.

Page 5: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

ANTARA JENIS-JENIS RECORDER

1.      Recorder Sopranino

2.      Recorder Soprano

3.      Recorder Alto

4.      Recorder Tenor

5.      Recorder Bass

6.      Recorder Great Bass (Contra Bass) Recorder yang umum digunakan dalam

proses belajar di sekolah adalah recorder soprano (Descant), Recorder

soprano mempunyai wilayah nada dari c’ (semua lubang ditutup) s/d b’’.

Page 6: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

BAHAGIAN-BAHAGIAN REKORDER

         

Rekorder terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian itu adalah kepala rekorder, badan

rekorder dan seterusnya kaki rekorder. Kita hanya perlu menyambungkan badan ke

kepala dan kemudian kaki rekorder. Lubang yang terakhir mestilah senget ke kanan

sedikit seperti rajah di bawah.

Page 7: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

TEKNIK MENIUP

REKORDER

1. Postur

3. Penglidahan

2. Embouchure

4. Pernafasan

5. Penjarian

TEKNIK MENIUP REKORDER

Bagi teknik meniup rekorder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan

supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.

Lima teknik tersebut ialah:

Page 8: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang

baik.

1) TEKNIK PERTAMA – POSTUR

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur

yang baik akan membantu pernafasan dan penghasilan ton semasa meniup rekoder.

Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika bermain

rekoder dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut:

Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.

Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.

Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.

Dada - dinaikkan.

Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.

Dagu - selari dengan lantai.

Tangan - memegang rekoder dengan sudut 45 darjah kecondongan dari

Page 9: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

badan.

Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan

Condong 45°

Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi

dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.

Belakang badan - tidak bersandar.

Punggung - terletak di tengah kerusi.

Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan

sedikit.

Page 10: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Tangan - memegang rekoder dengan sudut 45 darjah

kecondongan dari badan.

Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder.  Postur yang baik membantu

untuk menghasilkan kualiti ton yang baik.  Postur semasa meniup rekoder ialah badan

perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa.  Rekoder dipegang dengan

kecondongan 45 darjah dari badan.  Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa

penjarian.  Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan.

Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di

bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder.  Rekoder

diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan

‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur

badan yang tegak.

2) TEKNIK KEDUA – EMBOUCHURE

Page 11: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut

bentuk pipit (mouthpiece).  Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir

dirapatkan dan jangan gigit rekoder.  Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir

dalam keadaan selesa.

3) TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN

Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah

membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.Untuk not 

tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’. 

Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double

tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku

penglidahan.  Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not

pendek.

Page 12: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

4) TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN

Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-

lahan serta terkawal.  Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju ialah

untuk meniup not tinggi.  Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan ton yang

berkualiti, bunyi yang jelas nada dan pic yang tepat. Disamping itu murid dapat

memainkan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan

pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Kemahiran mengawal

pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa

aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang

boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:-

Menghembus dan menarik nafas

Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara.

Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

Bernafas secara cepat

Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan

seperti ini beberapa kali.

Pernafasan staccato

Latihan ini dilakukan dengan sebutan “tut” secara berulang-ulang sehingga murid dapat

merasakan otot-otot di bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan. Latihan ini

boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengawal pernafasan.

Hiss/Hoo

Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara

perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.

Contoh Latihan :

Page 13: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Tangan Kiri

Ibu Jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.

Jari Telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.

Jari Hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.

Jari Manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Tangan Kanan

Jari Telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.

Jari Hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.

Jari Manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.

Jari Kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.

Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah unuk menghasilkan

bunyi syap dan flet.

5) TEKNIK KELIMA – PENJARIAN

Page 14: NOTA REKORDER.docxkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Bermain rekorder juga mempunyai pengajaran yang menggunakan nombor.

Kebiasaannya penjarian German menggunakan penomboran. Cuba lihat dan fahami

rajah di bawah.