Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

8
2.1 Menganalisa kelas-kelas makanan 1. Makanan yang kita makan sebenarnya dapat dikategorikan kepada kelas makanan yang tersendiri. Setiap kelas makanan ini mempunyai kebaikan dan fungsi yang tertentu kepada tubuh badan kita. Ada 7 semuanya kelas makanan, iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Serat dan Air. Jom kita lihat satu persatu kelas makanan tersebut dan juga fungsi beserta contoh makanan. Semoga bermanfaat! Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi dalam nisbah berlainan Fungsi : Membekalkan tenaga Fungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosak Fungsi : Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan tenaga, melindungi organ dalaman daripada gegaran Contoh : nasi, roti, coklat, ubi Contoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang Soya Contoh : Mentega, Kuning Telur, Minyak Ikan, Lemak Daging

description

Sains Bab 2

Transcript of Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

Page 1: Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

2.1 Menganalisa kelas-kelas makanan

1. Makanan yang kita makan sebenarnya dapat dikategorikan kepada kelas makanan yang tersendiri. Setiap kelas makanan ini mempunyai kebaikan dan fungsi yang tertentu kepada tubuh badan kita. Ada 7 semuanya kelas makanan, iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Serat dan Air. Jom kita lihat satu persatu kelas makanan tersebut dan juga fungsi beserta contoh makanan. Semoga bermanfaat!

Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen

Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus

Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi dalam nisbah berlainan

Fungsi : Membekalkan tenaga Fungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosak

Fungsi : Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan tenaga, melindungi organ dalaman daripada gegaran

Contoh : nasi, roti, coklat, ubi Contoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang Soya

Contoh : Mentega, Kuning Telur, Minyak Ikan, Lemak Daging

Page 2: Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

Sebatian organik yang penting untuk badanTerbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) dan Vitamin Larut Air (B,C)

Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badanDiperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja

Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badanMerangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan

Fungsi : Penting untuk kesihatan badan Fungsi : Penting untuk kesihatan badan Fungsi : Mencegah sembelit

Contoh : Tomato, Susu, Limau, Telur, Ikan Kod

Contoh : Ikan Bilis, Garam, Tomato, Limau, Telur, Ikan Kod

Contoh : Nangka, Nenas, Betik, Jagung

67% daripada badan manusia terdiri daripada air

Fungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan darah

Contoh : Air minuman

2.2 Menilai kepentingan gizi seimbang

1. Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan.

GIZI SEIMBANG

Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi

Page 3: Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.

GIZI TIDAK SEIMBANG

Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja

Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

2.3 Memahami sistem pencernaan manusia

Page 4: Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

PERINGKAT 1 - MULUTPercernaan secara fizikal – mengunyahPencernaan secara kimia - Kanji akan ditukar kepada maltosa bila bercampur dengan enzim Amilase dalam air liur

PERINGKAT 2 – ESOFAGUS- Gerakan Peristalsis akan menggerakkan bolus (makanan yang dikunyah) ke arah perut

PERINGKAT 3 – PERUTPencernaan secara kimia- Jus Gastrik bagi membunuh bakteria dan mengaktifkan enzim protease- Enzim Protease bagi menguraikan protein- Menghasilkan kim (makanan separa pepejal)

PERINGKAT 4 – DUODENUMPencernaan secara kimia- Hempedu akan mengemulsikan lemak dan meneutralkan kim- Jus pankreas : enzim Amylase, enzim Protease, enzim Lipase

PERINGKAT 5 - USUS KECILPencernaan secara kimia- Jus Usus : enzim Maltase, enzim Protease, enzim Lipase

2.4 Memahami Proses penyerapan makanan tercerna.

Page 5: Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

1. Apabila, seseorang manusia makan, makanan tersebut akan melalui beberapa fasa sebelum dapat diserap oleh tubuh manusia.

2. Makanan perlu dikunyah dalam mulut,kemudiaan mengalami pencernaan kimia sebelum akhirnya sampai ke usus kecil.

3. Usus kecil a.k.a small intestine?Ya! Di sini lah makanan tadi akan mula diserap oleh tubuh badan kita. Dalam usus kecil terdapat struktur kecil (seperti bulu-bulu halus) yang dinamakan VILUS.

4. Unjuran kecil ini terdapat pada sepanjang usus kecil, banyak dan sangat kecil. Jadi, ini akan meningkatkan lagi luas permukaan bagi proses penyerapan yang lebih berkesan.

5. Makanan yag tercerna tadi akan diangkut melalui kapilari darah (salur darah paling kecil) dan juga melalui lakteal yang terdapat pada vilus.

6. Seterusnya, akan pergi ke HATI (liver), pergi ke JANTUNG (heart) dan akan dipam ke seluruh badan yang lain.

2.5 Memahami penyerapan semula air dan penyahtinjaan

1. Khasiat makanan yang kita makan akan diserap pada bahagian badan yang tertentu dalam sistem pencernaan manusia. Sebagai contoh, usus kecil akan menyerap zat makanan yang dicernakan melalui struktur kecil yang dinamakan VILUS yang terdapat dalam usus kecil.

2. Air pula akan diserap oleh USUS BESAR (large intestine).3. Air yang diserap ini akan disingkirkan melalui proses perkumuhan dan juga respirasi.4. Makanan yang tidak dicernakan akan mengeras menjadi najis separa pepejal dan kemudiannya akan disingkirkan

melalui proses penyahtinjaan.5. Selain air, mineral dan vitamin juga akan diserap di usus besar.

2.6 Mempraktikkan Amalan pemakanan yang sihat

Page 6: Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

1. Makanan mesti dimakan secara bersederhana bagi mengelakkan pelbagai penyakit.2. Berikut adalah beberapa penyakit yang diakibatkan daripada kekurangan zat makanan atau pun juga lebih dikenali

sebagai MALNUTRISI.

Kekurangan Vitamin B Kekurangan Iodin Kekurangan Protein

Kekurangan Vitamin D dan Kalsium Kekurangan Vitamin C

UJIAN MAKANAN

Page 7: Nota Sains Tingkatan 2 (Bab 2)

Ujian Iodin

- Ujian Iodin digunakan bagi menguji kehadiran KANJI dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa titisan larutan Iodin ke dalam sampel. Sekiranya sampel berubah menjadi biru gelap atau biru kehitaman, maka sampel tersebut memang mengandungi kanji. Jika tiada perubahan, maka sampel tersebut tidak mengandungi kanji.

- Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji kanji adalah air nasi, roti dan ubi.

Ujian Lemak

- Ujian lemak mempunyai 2 kaedah. Kaedah pertama adalah dengan menggunakan kertas turas. Titiskan beberapa sampel makanan ke atas kertas turas dan sekiranya terdapat tompokan lutsinar, maka sampel terbukti mengandungi lemak.

- Kaedah kedua pula adalah dengan menggunakan etanol. Sampel dicampurkan dengan sedikit larutan etanol. Jika sampel makanan mengandungi lemak, maka kita akan dapat satu emulsi lemak.

- Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji lemak adalah minyak masak, dan marjerin.

Ujian Benedict

- Ujian Benedict digunakan bagi menguji kehadiran GLUKOSA dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan larutan Benedict yang berwarna biru. Kemudian campuran tadi dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel mengandungi glukosa, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata.

- Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji glukosa adalah air gula.

Ujian Millon

- Ujian Millon digunakan bagi menguji kehadiran PROTEIN dalam sampel makanan. Caranya adalah dengan mencampurkan sampel dengan Reagen Millon. Campuran tadi kemudiannya dipanaskan dalam kukus air. Sekiranya sampel mengandungi protein, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata.

- Contoh makanan yang boleh digunakan bagi menguji protein adalah albumen, dan putih telur.