Nota Ulangkaji Bmm 3103

6
Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Konsep Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan. Tujuan Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud. Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar. Waktu penilaian Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan. Kaedah Formal : pensel-kertas Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan Dibuat secara individu atau dalam kumpulan Dibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan. Dijalankan secara berkumpulan Selepas penilaian dijalankan Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai. Memberikan pengiktirafan sijil, hadiah dsb.

description

tugasan

Transcript of Nota Ulangkaji Bmm 3103

Page 1: Nota Ulangkaji Bmm 3103

Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Konsep Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran

Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.

Tujuan Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.

Kaedah Formal : pensel-kertas

Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan

Dibuat secara individu atau dalam kumpulan

Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.

Dijalankan secara berkumpulan

Selepas penilaian dijalankan

Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan

Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan

Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.

Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.

Membaiki kurikulum / mata pelajaran

TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1. Sebagai penggerak / motivasi

2. Sebagai alat mencari punca kelemahan

3. Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback)

4. Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.

Page 2: Nota Ulangkaji Bmm 3103

5. Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar

6. Bagi pensijilan atau pengkelasan

7. Bagi membuat ramalan

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat

penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran

· Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Kepentingan JSU

· Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.

· Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran

· Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

· Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

· Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

· Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Page 3: Nota Ulangkaji Bmm 3103

Perbezaan Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

Konsep Ujian yang relatif yang

menggambarkan prestasi

kumpulan murid dalam graf yang

normal.

Ujian rujukan yang menentukan

peringkat pencapaian individu

berdasarkan kriteria tertentu yang

telah ditetapkan.

Tujuan Membandingkan prestasi

antara murid atau

kumpulan.

Menentukan murid sama

ada lulus, gagal, cemerlang

dan sederhana.

Memilih murid untuk tujuan

pengiktirafan – sijil

Menentukan tahap

penguasaan sesuatu

kemahiran yang telah

dipelajari mengikut kriteria

yang telah ditentukan.

Memperbaiki pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan

keputusan ujian.

Ciri-ciri Soalan

Bermula dengan soalan yang

mudah kepada lebih sukar dan

mempunyai diskriminasi yang tinggi

Soalan yang hampir sama peringkat

kesukaran dengan berpandukan

objektif pelajaran.

Ciri-ciri ujian

Penentuan pangkat, gred bagi

menentukan kelulusan murid

pelbagai peringkat.

Tiada gred ditetapkan dan memadai

penyataan lulus gagal.

Kandungan

cakupan

Meliputi topik pembelajaran yang

lebih luas

Tertumpu kepada topik-topik tertentu

yang lebih khusus.

Contoh ujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR, 

PMR, SPM, STPM

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal

jawab dalam bilik darjah.

Page 4: Nota Ulangkaji Bmm 3103

Kepentingan Portfolio

1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk

membuat penilaian secara holistik.

2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan

peta perkembangan.

4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot,

rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui

pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan

komitmen sewaktu membina portfolio.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

* Pelajar mengenal pasti dan merekod

· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

· jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

· bukti menunjukkan objektif tercapai

· bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

* Menghasilkan kerja yang terancang

* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

Page 5: Nota Ulangkaji Bmm 3103

TUJUAN PENILAIAN PROJEK

Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab

2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi

3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah

4. Memotivasikan pelajar untuk belajar

5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin

6. Membenarkan pelajar menentukan peranan

7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya