Note topik 2

10
Topik 2 : Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan Kedudukan Strategik - kelemahan dan masalah dalam negeri2 Melayu, kuasa asing ambil peluang untuk menjajah negara kita - sebab utama untuk menjajah sumber bahan mentah & kedua mengembangkan agama Kristian - kedudukan yang strategic menghubungkan perdagangan dunia sebelah barat dengan dunia sebelah timur a. pertengahan perjalanan perdagangan antara pedagang- pedagang Barat, Arab dan India b. pedagang Cina di sebelah timur Faktor Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka (a) Faktor Politik dan Pentadbiran i. kecekapan- Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud Syah, Bendahara Tun Perak,Laksamana Hang Tuah ii. Hubungan diplomatik & dasar luar Melaka dgn Kerajaan Siam, Majapahit dan Negeri China iii. Sistem undang-undang yang adil iv. Hukum Kanun Melaka dan Undang- Undang Laut v. Hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan Melaka yang baik dikawal oleh Syahbandar vi. Sistem ketenteraan yang kuat-kawal lanun (b) Faktor Geografi i. terletak antara LautanHindi dengan Laut China Selatan & terlindung dari tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut ii. pelabuhan yang dalam (c) Faktor Ekonomi i. Sediakan kemudahan kpd pedagang ii. Sistem mata wang sendiri. iii. sistem pungutan cukai yang baik (d) Faktor Sosial i. sebagai pusat keilmuan zaman Sultan Mansur Syah ii. Nilai-nilai persamaan taraf iii. Perkahwinan bermotifkan politik – Sultan Mansur Syah berkahwin dgn Raden Galoh Cendera Kirana(majapahit) dan Puteri Hang Li Po (China) (e) Faktor Budaya i. pusat penyebaran Islam dapat menggalakkan pedagang-pedagang Islam daripada India dan negeri Arab. ii. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan atau “Lingua Franca” yang digunakan secara menyeluruh. ZAMAN PENJAJAHAN Penjajahan Portugis o Portugis menjajah negeri Melaka hampir 130 tahun 1511 - 1641. o tidak berjaya meluaskan menguasai perdagangan rempah & kembangkan agama Kristian Penjajahan Belanda o niat hanya untuk berdagang di Kepulauan Melayu. o Pada abad ke-17, Betawi (Jakarta) di

Transcript of Note topik 2

Page 1: Note topik 2

Topik 2 : Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan Kedudukan Strategik

- kelemahan dan masalah dalam negeri2 Melayu, kuasa asing ambil peluang untuk menjajah negara kita

- sebab utama untuk menjajah sumber bahan mentah & kedua mengembangkan agama Kristian

- kedudukan yang strategic –menghubungkan perdagangan dunia sebelah barat dengan dunia sebelah timur

a. pertengahan perjalanan perdagangan antara pedagang-pedagang Barat, Arab dan India

b. pedagang Cina di sebelah timur

Faktor Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka

(a) Faktor Politik dan Pentadbirani. kecekapan-Parameswara,

Sultan Muzaffar Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud Syah, Bendahara Tun Perak,Laksamana Hang Tuah

ii. Hubungan diplomatik & dasar luar Melaka dgn Kerajaan Siam, Majapahit dan Negeri China

iii. Sistem undang-undang yang adil

iv. Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut

v. Hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan Melaka yang baik dikawal oleh Syahbandar

vi. Sistem ketenteraan yang kuat-kawal lanun

(b) Faktor Geografii. terletak antara LautanHindi

dengan Laut China Selatan

& terlindung dari tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut

ii. pelabuhan yang dalam

(c) Faktor Ekonomii. Sediakan kemudahan kpd

pedagangii. Sistem mata wang sendiri.iii. sistem pungutan cukai

yang baik

(d) Faktor Sosiali. sebagai pusat keilmuan

zaman Sultan Mansur Syahii. Nilai-nilai persamaan taraf

iii. Perkahwinan bermotifkan politik – Sultan Mansur Syah berkahwin dgn Raden Galoh Cendera Kirana(majapahit) dan Puteri Hang Li Po (China)

(e) Faktor Budayai. pusat penyebaran Islam

dapat menggalakkan pedagang-pedagang Islam daripada India dan negeri Arab.

ii. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan atau “Lingua Franca” yang digunakan secara menyeluruh.

ZAMAN PENJAJAHAN

Penjajahan Portugiso Portugis menjajah negeri

Melaka hampir 130 tahun 1511 - 1641.

o tidak berjaya meluaskan menguasai perdagangan rempah & kembangkan agama Kristian

Penjajahan Belandao niat hanya untuk berdagang

di Kepulauan Melayu. o Pada abad ke-17, Betawi

(Jakarta) di Pulau Jawa adalah pusat perdagangan utama.

o Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan pada tahun 1602 dengan tujuan untuk:-

kuasai perdagangan rempah di TM

Monopoli bijih timah di negeri-negeri Melayu

o Belanda telah hancurkan kuasa Portugis di Melaka

o Pada tahun 1641 pedagang2 ditarik ke Betawi

o Johor bantu kalahkan Portugis

o Belanda tak byk tinggalkan kesan sejarah kepada penduduk negara ini.

o Faktor mengeksploitasi sumber ekonomi di Tanah Melayu idaman kuasa-kuasa Barat.

Penjajahan British

o Tahun 1600 pedagang British telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris

o 11 Ogos 1786 Francis Light datang ke Pulau Pinang

o Stamford Raffles ke Singapura pada 6 Februari 1819

o Tujuan utk luaskan kuasa di rantau yg bermotif ekonomi.

o masalah dalaman TM beri peluang kpd Inggeris campur tangan termasuk Sabah dan Sarawak.

Reaksi Terhadap Penjajahan Barat

o tidak senangkan hati orang-orang Melayu.

o penentangan terhadap Barat telah berlaku sejak mula Portugis & Belanda.

o penentangan lebih ketara apabila campur tangan Inggeris terhadap pentadbiran Raja2 Melayu di TM dan penaklukan Borneo Utara.

o Naning -Dol Said

Page 2: Note topik 2

o Perak - Dato’ Maharajalela ketuai pembunuhan J. W. W. Birch

o Sarawak( Rentap & Banting)- Sharif Masahor

o Sabah - Mat Salleho Pahang - Dato’ Bahamano Kelantan -Tok Janggut o Terengganu - Abdul Rahman

Limbong o Kemuncak penentangan

berlaku selepas Perang Dunia ke-2

o Tentera British membentuk pentadbiran tentera yang dinamakan British Military Administration (BMA)

o BMA tak dapat pulihkan keamanan.

o Matlamat british adalah untuk mendirikan satu pusat pentadbiran yang kuat.

o Pada bulan Mac 1946, BMA telah dibubarkan.

o Malayan Union atau Kesatuan Malaya ditubuhkan.

o tujuannya adalah untuk:

i) satukan pentadbiran & jadikan sistem pemerintahan yg kuat & cekap & selaraskan sistem pertahanan secara teratur dan berkesan

ii) kembangkan perusahaan getah dan bijih timah utk faedah Empayar British.

Ciri-ciri Malayan Union adalah:-

Singapura dipisahkan daripada Malayan Union dan diletakkan sebagai “Crown Colony”

Tanah Melayu jadi Tanah Jajahan British dan diketuai oleh seorang Gabenor.

Gabenor di bawah kuasa Gabenor Jeneral di Singapura.

Gabenor ada kuasa penuh, termasuk kuasa veto, kecuali kepada Majlis Perundangan

yang diwujudkan di peringkat pusat.

Ahli Majlis Perundangan yang dilantik oleh Gabenor, terdiri daripada wakil-wakil rasmi dan tidak rasmi yang sama jumlahnya

Raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu.

Kerakyatan adalah berdasarkan kepada prinsip jus soli yg membolehkan siapa sahaja menjadi warganegara setelah menetap di negara ini selama 10 tahun.

Sultan terhina apabila dipaksa menandatangani perjanjian Rancangan Malayan Union.

manifestasi bantahan rakyat terhadap pembentukan Malayan Union adalah: Mesyuarat tergempar

diadakan di KL oleh Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn bin Jaafar dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu.

Raja Melayu pulaukan majlis perasmian dan perlantikan Gabenor Malayan Union

Masyarakat Melayu diseru berkabung selama tujuh hari

Rapat-rapat umum orang Melayudi Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Setar.

Pembesar Melayu pulaukan majlis2 rasmi Inggeris.

Pemimpin2 Melayu tubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

UMNO esak supaya MUditarik balik

Malayan Union dibubarkan ketika berusia empat bulan

Reaksi Terhadap Penjajahan Jepun

Tentangan terhadap pentadbiran Jepun di negara ini telah ditunjukkan melalui beberapa tindakan.

- Parti Komunis Malaya(PKM) yang dianggotai oleh sebilangan besar kaum Cina telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)

- orang Melayu telah tubuhkan Tentera Wataniah Pahang.

- pegawai British yang bersembunyi di hutan tubuhkan Sekolah Latihan Khas 101

- rakyat tempatan telah menyertai “Force 136” di bawah pimpinan Kapten Spencer Chapman.

- Pasukan Askar Melayu Setia ditubuhkan di Perak pada tahun 1945 yang diketuai oleh Kapten Mohd. Salleh bin Haji Sulaiman.

- Sabah dan di Sarawak, orang-orang Cina bekerjasama dengan kaum Bumiputra menentang Jepun.

KESAN-KESAN PENJAJAHAN

Kesan Penjajahan Portugis

Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga ke hari ini adalah:

wujud masyarakat Serani Pengenalan tulisan rumi kemunculan Kerajaan Melayu-

Riau.

Kesan Penjajahan British

Komposisi Penduduk Wujud penduduk yng berbilang

kaum Perbezaan antara kumpulan ini

dari segi ekonomi wujudkan jurang sosial yang

dibayangi oleh perasaan perkauman dan prasangka.

mudahkan penjajah untuk memerintah dan seterusnya mengeksploit ekonomi negara

Page 3: Note topik 2

Sistem Politik campurtangan dlm

pemerintahan raja dan sultan Raja dan sultan hanya menjadi

lambang Sistem Residen di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan

Sistem penasihat British di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

kurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya.

Fungsi penasihat raja-raja melayu telah diambil alih oleh Residen.

Kesan Penjajahan Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura bermula dari 15 Februari 1945 hingga 12 September 1945.

Matlamat bebaskan Negara asia dari dijajah oleh barat

Pengeboman ke atas bandar raya Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Amerika telah menyebabkan pihak Jepun mengaku kalah

Peristiwa ini sebabkan orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September 1945.

Beberapa peristiwa bersejarah telah berlaku, antaranya:

(a) Penubuhan Pentadbiran Tentera British (BMA)

(b) Kesatuan Malaya (Malayan Union) telah ditubuhkan

(c) mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 utk benteras Parti Komunis Malaya (PKM)

Kesan negatif dan positif di bawah jajahan Jepun:-

TM diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura

Singapura diasingkan daripada pentadbiran di TM

Org Cina di TM ditindas oleh Jepun

wujud kesedaran politik yang mendalam di kalangan orang Melayu & yakin untuk memerintah sendiri

Orang Cina dan India di Tanah Melayu bertambah giat mengukuhkan ciri-ciri kecinaan dan keindiaan mereka.

tindakan Jepun meniupkan semangat Kongres Melayu akibatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina

Parti Komunis Malaya (PKM) menjadi parti terkuat pada tahun-tahun 1945 sehingga 1948.

KEBANGKITAN SEMANGATNASIONALISME

- semangat kebangsaan atau nasionalisme itu adalah usaha menegakkan autonomi, kesepaduan dan keperibadian bagi satu kelompok sosial yang membentuk sebuah negara-bangsa atau nation

- asas kesepaduan kumpulan, persamaan keturunan, persamaan pengalaman sejarah, persamaan bahasa, malah persamaan agama boleh menjadi asas kepada gerakan semangat kebangsaan.

- gerakan kebangsaan di TM dipengaruhi kejayaan Jepun yang

mengalahkan Rusia perjuangan nasionalis

Indonesia menentang Belanda

Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal

Semangat kebangsaan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 banyak dibangkitkan oleh media seperti akhbar dan majalah.

- Media beri ruang kepada orang ramai untuk beri dan dapatkan maklumat penting daripada tokoh-tokoh pemimpin rakyat.

- Antara akhbar-akhbar yang berpengaruh adalah seperti dalam Jadual :-

Al-Imam - Syed Syeikh al-Hadi 1906, Singapura

Utusan Melayu -Abdul Rahim Kajai 1907, Singapura

Neracha - Haji Abas Taha 1911, Singapura

Saudara - Syed Syeikh al-Hadi 1928, Pulau Pinang

Warta Malaya – Dato’ Onn Jaafar 1930, Singapura

Majlis - Abdul Rahim Kajai 1931, Singapura

GERAKAN BERORGANISASI YANGMENENTANG PENJAJAHAN

Kesatuan Melayu Singapura

o ditubuhkan pada tahun 1926 o

o golongan muda Singapura yang berpendidikan Inggeris

o diketuai oleh Mohammad Eunos Abdullah.

o Perjuangan kesatuan ini adalah untuk:(a) Membaiki taraf sosio-ekonomi dan politik orang Melayu; dan(b) Menjadi penghubung dengan pihak British.

Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)o Ditubuhkan tahun

1934 o golongan

berpendidikan Melayu

Page 4: Note topik 2

o bertujuan memperbaik taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

o Ahli-ahlinya terdiri daripada sebahagian besar ahli-ahli kesusasteraan yang pro kaum muda.

Persatuan Melayu Perako Ditubuhkan pada 1937 di Ipoh,

Perako persatuan yang diketuai oleh

Wan Mohd. Nur Wan Nasir berjuang untuk :-

tingkatkan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat di Perakpertahankan kepentingan Melayu dalam pentadbiran negara.

Kesatuan Melayu Selangor

o Kesatuan ini ditubuhkan pd Jun 1938 di Kuala Lumpur

o Diketuai oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin.

o Kesatuan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik bagi mencapai hasrat yang berikut:

desak British tambah bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan awamSyorkan hentikan penghijrahan orang asing ke Tanah Melayudesak kerajaan menambah peluang pendidikan bagi orang Melayu.

Persatuan Melayu Semenanjung

o Penubuhan persatuan ini pada tahun 1939 oleh oleh Kesatuan Melayu Selangor.

o Matlamat untuk satu padukan semua persatuan di TM

o Gagal kerana semangat kenegerian yang kuat antara

persatuan-persatuan Melayu negeri.

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

o Kesatuan ini ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1938.

o ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Sultan Idris Training College (SITC).

o KMM pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu.

o Antara matlamat KMM adalah bagi : Gabungkan semua negeri

Melayu; perjuangkan kepentingan

hak orang Melayu Menggulingkan Inggeris perjuangkan kemerdekaan

TM pejuangkan penyatuan TM

dengan Indonesia di bawah konsep “Melayu Raya”o Di Sabah pula,

terdapat beberapa persatuan yang bersifat sosio-ekonomi dengan memperjuangkan kepentingan sosial dan ekonomi penduduk tempatan.

Persatuan Melayu Sarawak

telah ditubuhkan pada tahun 1939 bermatlamat untuk memajukan orang-orang Melayu Sarawak dalam segala lapangan, serta memupuk semangat kerjasama di kalangan mereka.

KEMUNCULAN POLITIK BERPARTI

Semangat bagi menentang Malayan Union, memerdekakan tanah air dan memelihara kebajikan kaum, merupakan asas penubuhan parti politik di Tanah Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, mari kita tinjaupenubuhan parti-parti utama di Tanah Melayu ketika itu.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

o Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1946

o diketuai oleh Datuk Onn Jaafar. Beliau merupakan Presiden pertama UMNO dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1951.

o Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap Malayan Union.

o Tujuan utama penubuhan parti ini adalah bagi memerdekakan TM dan wujudkan kerajaan sendiri.

o UMNO juga ditubuhkan bagi menyatupadukan orang Melayu

o mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu,

o Pada tahun 1948, UMNO secara rasmi menjadi sebuah parti politik.

o Tahun 1951, sebanyak 39 buah bahagian UMNO telah ditubuhkan dan keahlian UMNO menjangkau 100, 375 orang.

o Ketika itu, UMNO mempunyai dua buah badan di bawahnya, iaitu :-

1. Perikatan Pemuda UMNO

2. Pergerakan Kaum Ibu UMNO.

Kongres India Malaya (MIC)

o ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 o John Thivy Presiden yang

pertama. o Matlamat penubuhan MIC

adalah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India

o menyampaikan pendapat kepada kerajaan.

o Tahun 1949, ahli MIC telahmencapai 7,000 orang dan meningkat kepada 20,000 orang ahli pada tahun 1955.

Page 5: Note topik 2

Persatuan Cina Malaya (MCA)

o ditubuhkan pada 27 Februari 1949

o Tan Cheng Lock sebagai Presiden pertamanya.

o Matlamat penubuhan parti ini adalah bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina.

o MCA ditubuhkan pada mulanya hanya sebagai sebuah persatuan kebajikan.

o Pada tahun 1952, persatuan ini diisytiharkan sebagai sebuah parti politik.

o Sehingga tahun 1949, keahlian MCA adalah seramai 100,000 orang dan meningkat menjadi 188,000 orang pada tahun 1951.

Parti Perikatan

o Tahun 1952 Kerjasama antara UMNO dan MCA bermula ketika pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.

o Kepimpinan UMNO Selangor dan MCA Kuala Lumpur telah bersetuju membentuk kerjasama. Dalam pilihan raya

o Pakatan memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

o Pakatan iperluaskan dalam pilihan raya kerajaan tempatan di beberapa Bandar utama, seperti pilihan raya Majlis Perbandaran Johor Bahru, Muar dan Melaka.

o Pada tahun 1955 Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock bagi membentuk Parti Perikatan.

o pada bulan April 1955. MIC menyertai pakatan

o Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah

o kerjasama telah mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

o disuarakan oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

o dinyatakan dalam satu ucapan penting di Singapura pada 27 Mei 1961.

o Bagi menguatkan lagi kerjasama dalam bidang ekonomi dan politik antara Persekutuan Tanah Melayu

o 1961 TAR melawat Sarawak, Sabah & Brunei terangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.

o sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan

o Singapura pada Jun 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.

Antara peranan JPPK adalah bagi:

Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia

Mengumpulkan pandangan penduduk

Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

- Mesyuarat JPPK telah berlangsung sebanyak 4 kali; di Jesselton(KK),Kuching, Kuala Lumpur dan akhirnya di Singapura

- pada Februari 1962 Anggota mesyuarat bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold (SC) dibentuk oleh kerajaan British

- mengandungi perkara & pandangan dan rasa hati penduduk Sarawak dan Sabah bagi menganggotai persekutuan Malaysia

- Berdasarkan laporanitu, SC mencadangkan beberapa perkara, iaitu:

Perlembagaan Malaysia yang baru harus

berasaskan Perlembagaan TanahMelayu 1957.Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.Jaminan diberi terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan SarawakMenyokong pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.

REAKSI NEGARA JIRAN TERHADAPPEMBENTUKKAN MALAYSIA

Reaksi Indonesia dan Filipina

- Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah danSarawak bersetuju MALAYSIA ditubuhkan pada 31 Ogas 1963.

- tentangan daripada Indonesia dan Filipina menyulitkan

- 30 Julai hingga 6 Ogos 1963 sidang kemuncak antara ketua-ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman (mewakili Tanah Melayu), Presiden Sukarno (Indonesia) dan Presiden Macapagal (Filipina) telah diadakan di Manila namun gagal merungkaikan penentangan kedua-dua negara tersebut.

- Presiden Sukarno menentang penubuhan Malaysia ini adalah atas sebab-sebab berikut:

Presiden Sukarno berhasrat untuk menubuhkan sebuah empayar yang dikenali sebagai Indonesia Raya & Malaysia akan menjadi sebuah negara yang besar dan kuatmengalihkan pandangan rakyatnya daripada kemerosotan ekonomi, krisis kepimpinan yang dialaminya dan ancaman keselamatan.

Page 6: Note topik 2

Indonesia melancarkan penentangan yang dikenali sebagai “Konfrontasi” Pada 20 Januari 1963 dengan slogan “Ganyang Malaysia” menggugat kepentingan Indonesia dan sekali gus akan melemahkan semangat kenusantaraan Melayu yang cuba dipupuk selama ini.

Penentangan Filipina pula berpunca daripada hasrat presidennya, iaitu Presiden Macapagal untuk menarik Sabah ke dalam wilayah Filipina.

Dakwa Sabah da milik Filipina. Sebelum Sabah dijajah oleh British, Sabah (pada waktu itu Borneo Utara) diperintah oleh Sultan Sulu.jika Sabah menerima cadangan untuk memasuki pembentukan Malaysia, sudahtentu akan menyulitkan tuntutannya.

Reaksi Sabah dan Sarawak

- masyarakat Melayu bimbang dgn cadangan kemasukan Singapura akan bawa kpd kebanjiran org2 cina

- ia diredakan dengan cadangan bahawa Borneo Utara atau Sabah dan Sarawak juga akan menyertai Persekutuan itu.

- dapat pulihkan imbangan etnik bumiputera dengan bukan bumiputera di dalam Persekutuan Malaysia &i perubahan kepada struktur penduduk.

- Sertai Malaysia bererti Sabah & sarawak akan membebaskan diri daripada kuasa British.

- rakyat negeri negeri Borneo bimbang mereka akan hilang kekuatan yang akan didominasi oleh orang-orang Persekutuan.

- Orang-orang bukan Melayu bimbang akan alami diskriminasi

- Takut tergandaikan kuasa politik akan tertumpu di Kuala Lumpur.

- orang Cina di Sabah dan Sarawak terpaksa bersaing dgn kaumnya di Singapura.

- berjaya didamaikan & bertukar menjadi ‘plus-factor’ kepada proses politik nasional yang sedang berlangsung.

- Suruhanjaya Cobbold dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu pemupukan persekutuan yang sedia wujud.

Reaksi Brunei- Mula rakyat Brunei menyambut

baik cadangan menyertai Malaysia

- tentangan daripada pihak Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari.

- Mahukan Brunei digabungkan dengan Borneo Utara British (Sabah) dan Sarawak di bawah nama Kalimantan Utara.

- Penentangan ini membawa kepada pemberontakan bersenjata yang dikenali sebagai Pemberontakan Brunei pada 7 Disember 1962.

- Sultan Brunei menetapkan beberapa tuntutan :- diberi sekurang-

kurangnyanya sepuluh kerusi parlimen

dibenarkan terus menguasai hasil minyak

memegang autonomi kewangan di peringkat awal

mengekalkan semua pelaburannya

mengekalkan percukaian yang rendah

teruskan program pendidikan dan kebajikannya

iktiraf kekananan baginda dalam Majlis Raja-raja diambil kira dari tarikh baginda menjadi Sultan Negeri Brunei (1950), dan

bukan dari tarikh Brunei masuk ke dalam Malaysia

- tuntutan itu dapat diselesaikan kecuali, isu minyak dan isu senioriti atau kekananan baginda

- Sultan Omar Ali Sarifuddin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Malaysia sehari sebelum Perjanjian Malaysia dijadual untuk ditandatangani di London

Reaksi Singapura

- idea penubuhan Malaysia disambut baik oleh penduduk Singapura

- Lee Kuan Yew sendiri sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikatakan paling berminat dengan idea tersebut.

- telah berubah pada awal tahun 1961. berpunca daripada perubahan politik tentangan dari sebuah parti sosialis United People’s Party(UPP)

- UPP berhasrat untuk membawa Singapura merdeka melalui cara dan ideologi yang lain.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

- Tarikh pembentukan Malaysia yang pada awalnya dirancangkan pada 31 Ogos1963 terpaksa ditunda pada 16 September 1963.

- Disebabkan kelewatan laporan PBB disiapkan, serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina yang berterusan. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir.

- Singapura pula adalah koloni British. Kemasukan dalam Malaysia adalah satu cara untuk membebaskan diri daripada kuasa Asing

Faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia boleh

Page 7: Note topik 2

kita simpulkan seperti yang berikut:i. Menyegerakan

kemerdekaan negeri-negeri Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak

ii. Mewujudkan keseimbangan kaum dan mengukuhkan perpaduan

iii. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri- negeri anggota

iv. Memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya.

Dua tahun selepas pembentukan Malaysia, orang-orang Melayu dan Cina di Semenanjung dan Singapura mengalami pembahagian pengkelasan kaum

Perbalahan mula berlaku melalui saluran People’s Action Party (PAP) di Singapura dan Parti Perikatan di Semenanjung, yang akhirnya bertukar menjadi konflik.

pada 21 Julai 1964 dan 2 September 1964. ketegangan mencetuskan rusuhan

Kesan-kesan rusuhan tersebut adalah:o Memburukkan

persefahaman antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew

o Hubungan Lee Kuan Yew dengan pemimpin-pemimpin MCA terjejas

o Mendorong Tunku Abdul Rahman memikirkan pemisahan Singapura dari Malaysia

o Konsep “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew padabulan April 1965 –faktor keistemewaan org2 melayu & mencabar status ketuanan mereka.

o 9 Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan daripada Malaysia Singapura hanya menganggotai Malaysia selama dua puluh tiga bulan