NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan...

11
NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang 210104, 210106, 210107, 210108, 210109 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi), Peralatan Dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen Software/System Development/Customization and Maintenance including data entry, data processing, Data Management provide services including disaster, ICT security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus, Multimedia - products, services and maintenance (video conferencing, web cast, graphic design, animation) , Hardware and Software leasing/renting bagi menyertai sebutharga berikut : NO. SEBUTHARGA : JAKOA/A1.441 (12) TAJUK SEBUTHARGA : SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN : MENAIK TARAF, PENYELENGGARAAN, WEB HOSTING DAN SOKONGAN BAGI LAMAN WEB JAKOA SELAMA SETAHUN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JAKOA), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH TARIKH BUKA : 27 NOVEMBER 2015 (JUMAAT) TARIKH TUTUP : 01 DISEMBER 2015 (SELASA) MASA : 12.00 TENGAHARI TEMPAT : SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, TINGKAT 3 WEST BLOCK WISMA SELANGOR DREDGING 142-C JALAN AMPANG 50548 KUALA LUMPUR 1. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi mulai 27 November 2015 (Jumaat) di Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 3 West Block Wisma Selangor Dredging 142-C Jalan Ampang 50548 Kuala Lumpur 2. Syarikat mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Dokumen-dokumen tawaran sebutharga hendaklah lengkap dan boleh dihantar secara manual, faks dan email ke Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 3 West Block Wisma Selangor Dredging 142-C Jalan Ampang 50548 Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengah hari pada 01 Disember 2015 (Selasa). Tawaran yang lewat tidak akan diterima. 3. Penyebutharga adalah diingatkan supaya mencatat dengan jelas harga yang ditawarkan di dokumen sebutharga yang dihantar. 4. Harga yang dikemukakan hendaklah mengambilkira potongan bayaran transaksi (transaction fee) sebanyak 0.8% akan dikenakan ke atas jumlah nilai pesanan kerajaan yang dijana melalui ePerolehan.

Transcript of NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan...

Page 1: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

NOTIS SEBUT HARGA B

JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang 210104, 210106, 210107, 210108, 210109 – ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi), Peralatan Dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen Software/System Development/Customization and Maintenance including data entry, data processing, Data Management – provide services including disaster, ICT security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus, Multimedia - products, services and maintenance (video conferencing, web cast, graphic design, animation) , Hardware and Software leasing/renting bagi menyertai sebutharga berikut : NO. SEBUTHARGA : JAKOA/A1.441 (12) TAJUK SEBUTHARGA : SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN : MENAIK

TARAF, PENYELENGGARAAN, WEB HOSTING DAN SOKONGAN BAGI LAMAN WEB JAKOA SELAMA SETAHUN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JAKOA), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

TARIKH BUKA : 27 NOVEMBER 2015 (JUMAAT) TARIKH TUTUP : 01 DISEMBER 2015 (SELASA)

MASA : 12.00 TENGAHARI TEMPAT : SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHAGIAN

KHIDMAT PENGURUSAN, TINGKAT 3 WEST BLOCK WISMA SELANGOR DREDGING 142-C JALAN AMPANG 50548 KUALA LUMPUR

1. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi mulai 27 November 2015 (Jumaat) di

Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 3 West Block Wisma Selangor Dredging 142-C Jalan Ampang 50548 Kuala Lumpur

2. Syarikat mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Dokumen-dokumen

tawaran sebutharga hendaklah lengkap dan boleh dihantar secara manual, faks dan email ke Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 3 West Block Wisma Selangor Dredging 142-C Jalan Ampang 50548 Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengah hari pada 01 Disember 2015 (Selasa). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

3. Penyebutharga adalah diingatkan supaya mencatat dengan jelas harga yang

ditawarkan di dokumen sebutharga yang dihantar. 4. Harga yang dikemukakan hendaklah mengambilkira potongan bayaran transaksi

(transaction fee) sebanyak 0.8% akan dikenakan ke atas jumlah nilai pesanan kerajaan yang dijana melalui ePerolehan.

Page 2: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

5. Adalah diingatkan bahawa kegagalan tuan/puan bagi mematuhi arahan-arahan

tersebut, boleh menyebabkan pertimbangan terhadap Sebutharga tuan akan terjejas. Sebarang pertanyaan sila hubungi : Tel : 03-21610577 Faks : 03-21648920 Puan Noorul Hasnidar Binti Mahamud (email: [email protected]) ext : 340 Cik Massuraiya Binti Abd Razak (email: [email protected]) ext : 341 Encik Farizal Bin Md Jamil (email: [email protected]) ext : 335 (Unit Aplikasi & Pengurusan, Seksyen Teknologi Maklumat)

Page 3: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

PERMOHONAN SEBUT HARGA B

JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI

MAKLUMAT SEBUT HARGA B

Jabatan/Agensi : Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Malaysia (JAKOA)

Jenis bekalan/perkhidmatan : Perkhidmatan Menaik Taraf, Penyelenggaraan, Web Hosting dan Sokongan Bagi Laman Web JAKOA Selama Setahun Untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Tarikh Bekalan / Perkhidmatan perlu dilaksanakan : Januari 2016 Lokasi penghantaran Bekalan / Perkhidmatan : Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) Anggaran harga : RM.............................................. (Perincian seperti di LAMPIRAN) Sumber Peruntukan : Peruntukan Aktiviti 030100 Bajet Mengurus Objek 28000 dan 29000 (Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan) Syarikat yang ingin dipelawa : (sekiranya ada)

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Nama pegawai : Noorul Hasnidar Bt Mahamud No. Telefon : 03-21610577 samb. 340 Emel : [email protected]

Page 4: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

Ya Tidak

a Memory 4gb

b Processor 4 CPU Core

c Storage 100gb

d Bandwidth 350gb

e Hosting Cloud

2 PENYELENGGARAAN & PENAMBAHBAIKAN

User friendly

Menghasilkan theme baru serta memastikan portal berfungsi dengan

baik

c CMS Wordpress

d Data migration Migrasi data dan kandungan dalam laman web sedia ada

Mematuhi kriteria penilaian

Fungsi tambahan adalah seperti berikut:

Fungsi cetak

Paparan tarikh kemaskini

Fungsi QR code

Sistem kaji selidik dan undian (Poll System)

RSS Feed

Sistem pemberitahuan emel

Integrasi Laman Sosial

Pautan pantas / popular

f Browser Compatibility Semua termasuk Mobile

3 SOKONGAN

aKonfigurasi dan selenggara isu-isu atau masalah

teknikal dalam website Bantuan dan sokongan selama 1 tahun

Mingguan

Lokasi : PDSA, MAMPU

d Latihan onsite 7 hari setahun

Telefon, fax, emel, 8 X 5 (Monday - Friday) hari bekerja

on site support - 4 jam sebulan

Adhoc

f Waranti 1 tahun

g SLA (Uptime)99.9%

Notis 2 hari (terancang)

h Response Time3 hari bekerja bagi isu yang melibatkan kriteria penilaian

a

Menyelenggara & menambahbaik laman web JAKOA

mengikut syarat dan ketetapan yang dikeluarkan oleh

agensi penilai yang ditentukan oleh MAMPU

b

Design laman web theme

1

Sebutharga Bagi Perkhidmatan : Menaik Taraf, Penyelenggaraan, Web Hosting dan Sokongan

Bagi Laman Web JAKOA Selama Setahun

c Backup laman web

e Sokongan dan khidmat bantuan

e Modul / Fungsi Tambahan

Cadangan PenyebuthargaHOSTING KETERANGAN

b Memperbaharui, mengemaskini, memasang dan

menyelenggara perkakasan dan perisian berkenaan

Mematuhi

Page 5: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUT HARGA B

BIL PERKARA/DOKUMEN SEMAKAN OLEH

SYARIKAT

SEMAKAN OLEH JAWATANKUASA

PENILAI

1 LAMPIRAN Q yang telah lengkap diisi dan ditangani

2 Senarai Semak Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi dan ditandangani

3 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat kementerian Kewangan Malaysia beserta kod bidang yang didaftarkan *

4 Salinan Borang D (Perakuan Pendaftaran Syarikat) di bawah Suruhjaya Syarikat Malaysia*

5 Salinan Maklumat Perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia *

6 Borang Profail Syarikat

7 Maklumat tambahan yang berkaiatan atau lain-lain dokumen sokongan (Sekiranya Ada)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam Dokumen Sebut Harga ini. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : ......................................................... Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Penilai mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara berikut : ............................................ Tandatangan : .............................................. Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : .............................................. Nama : Jawatan : Tarikh :

Page 6: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

1

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

SEBUT HARGA B Bila menjawab, sila nyatakan

nombor ini

No. Sebut harga …………

JAKOA.

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SEBUT HARGA B UNTUK PERKHIDMATAN : MENAIK TARAF, PENYELENGGARAAN, WEB HOSTING DAN SOKONGAN

BAGI LAMAN WEB JAKOA SELAMA SETAHUN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JAKOA), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (Nama Syarikat) ........................................................................................................................................................................... ..................................................................................... No. Telefon: .................................................. No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan: ................................................... Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan pembelian ini ....................................

Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA, TINGKAT 3, WEST BLOCK WISMA SELANGOR DREDGING 142-C JALAN AMPANG 50548 KUALA LUMPUR Tel : 03-21610577

Faks : 03-21648920

Tarikh : 27 November 2015

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan

1.1.1. Bekalan hendaklah baru, berkeadaan baik dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan;

1.1.2. Bekalan yang ingin diserahkan mestilah mendapat persetujuan oleh pihak Jabatan terlebih dahulu; dan

1.1.3. Pihak Jabatan berhak untuk memulangkan bekalan yang tidak memenuhi spesifikasi dan sebarang kos penyempurnaan bekalan tersebut ditanggung oleh pihak pembekal.

Page 7: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

2

1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki : 4 minggu selepas perolehan dikeluarkan.

1.3. Arahan Pengiriman Bekalan/Perkhidmatan : Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

1.4. Dokumen sokongan sebut harga hendaklah dihantar secara serahan tangan atau secara faks atau emel tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari 1 Disember 2015

1.5. Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 60 hari selepas tarikh tutup.

1.6. Pemilihan sebut harga ini adalah tidak tertakluk kepada harga terendah yang ditawarkan. Keputusan Mesyuarat adalah muktamad.

Tarikh: 27 November 2015 Tandatangan :

Nama Pegawai: Noorul Hasnidar Bt Mahamud Jawatan : Ketua Unit Aplikasi & Pengurusan Seksyen Teknologi Maklumat Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

Page 8: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

3

Bil. Perihal Bekalan/Perkhidmatan dan Syarat-syarat Khas

Unit Ukuran

Kuantiti / Kekerapan

Kadar (RM)

Harga (RM)

Kenyataan lengkap adalah sebagaimana lampiran berkembar Jadual Spesifikasi Pembekalan/ Perkhidmatan MENAIK TARAF, PENYELENGGARAAN, WEB HOSTING DAN SOKONGAN BAGI LAMAN WEB JAKOA SELAMA SETAHUN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JAKOA), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH Bagi Sebutharga B.

Tarikh penyerahan / penyempurnaan ditawarkan …………………………….. *Sila sertakan salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

Harga yang ditawarkan hendaklah juga termasuk caj kenaan sebanyak 0.8% bagi setiap nilai Pesanan Kerajaan

JUMLAH KESELURUHAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah .................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebut Harga ........................................................... Nama dan K/P : ............................................................ Alamat Syarikat : ..........................................................

……………………………………...

Tarikh : ...........................................

Page 9: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

4

Mustahak - Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang (untuk Bekalan sahaja)

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga. 1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARA Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian

apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

Page 10: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

5

8. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak

itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan

untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

Page 11: NOTIS SEBUT HARGA B JABATAN KEMAJUAN … semak dokumen sebut harga b bil perkara/dokumen semakan oleh syarikat semakan oleh jawatankuasa penilai 1 lampiran q yang telah lengkap diisi

6

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA 15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17. PEMBUNGKUSAN

(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang

tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.