Notis_Konvo_BM10
Transcript of Notis_Konvo_BM10
1
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
------------------------------------------------- 1. Tarikh Majlis Konvokesyen
1.1 Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-34 akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada:
Tarikh : 09 hingga 13 Oktober 2010 Hari : Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (10 sesi)
Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (rujuk Lampiran 1) melalui laman web rasmi Bahagian Akademik: http://www.akademik.upm.edu.my.
2. Kehadiran Graduan
2.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, ijazah dan diploma hendaklah biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir.
2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi
yang ditetapkan.
2.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.
3. Yuran Graduan
3.1 Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak adalah diwajibkan membayar yuran graduan mengikut kadar berikut:
Graduan Diploma Pendidikan (DPLI) : RM 100.00 Graduan Ijazah Bacelor : RM 100.00 Graduan Diploma : RM 75.00
3.2 Yuran Graduan UPM/Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/EKSEKUTIF yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 07 Oktober 2010 sama ada menggunakan:-
(a) SLIP BANK CIMB Bank yang dikepilkan bersama-sama surat ini kepada
“BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA”; ATAU
Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen UPM Ke-34 versi bahasa Inggeris boleh dilayari di www.akademik.upm.edu.my The English version of the information on the 34th UPM Convocation Ceremony may be accessed at www.akademik.upm.edu.my
2
(b) CIMBClicks (tertakluk graduan atau keluarga graduan merupakan pemegang akaun CIMB Bank) iaitu perkhidmatan perbankan peribadi melalui internet yang disediakan oleh CIMB Bank Berhad. (Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.cimbclicks.com.my); ATAU
(c) Kad kredit MasterCard atau Visa. Graduan boleh membuat pembayaran melalui
kad kredit:
(i) dengan mengisi Borang Kebenaran Debit Terus (Direct Debit Authorisation Form) dan menghantar melalui faksimile ke 03-8947 2048. Borang berkenaan boleh diperolehi melalui laman web http://www.bursar.upm.edu.my/ di bawah menu KEWANGAN PELAJAR.
(ii) Wakil graduan yang ingin membuat pembayaran bagi pihak graduan perlu
mengetahui nombor matrik graduan untuk dimaklumkan kepada petugas kaunter.
(PERINGATAN : Kadar minima bagi pembayaran melalui kad kredit di kaunter adalah sebanyak RM 100.00).
(d) Melalui Kad Kredit Visa/Master Card dan Debit Card di kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran UPM atau kaunter sementara Bendahari yang berada di Kompleks Akademik Pusat pada 02 – 07 Oktober 2010.
3.3 Bagi graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, yuran graduan boleh dibayar
pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari III (Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM). Skrol/Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan selepas segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) dijelaskan.
3.4 Bagi graduan yang membuat pembayaran dengan menggunakan:
(a) SLIP BANK, graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan SLIP BANK tersebut (salinan Bendahari UPM) sebagai bukti yuran telah dijelaskan semasa meminjam pakaian akademik. (PERINGATAN : JANGAN POS SLIP BANK KE UPM); ATAU
(b) Perkhidmatan CIMBClicks, graduan/wakil graduan hendaklah sama ada
membawa :-
(i) salinan cetakan transaksi wang tersebut; ATAU
(ii) nombor rujukan transaksi (8 digit) seperti contoh berikut: Trans Ref No 00065018
3.5 Graduan/wakil graduan yang tidak membawa mana-mana salinan transaksi di atas,
mereka hanya boleh datang untuk meminjam pakaian akademik sehari selepas (untuk proses pengesahan) urusan pembayaran menggunakan CIMBClicks dilaksanakan.
4. Pinjaman dan Pemulangan Pakaian Akademik
4.1 Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran graduan sebelum meminjam pakaian akademik. Resit/Kupon rasmi yang membuktikan bahawa yuran graduan telah dijelaskan perlu dikemukakan semasa meminjam pakaian akademik.
3
4.2 Pakaian akademik bagi graduan ijazah Bacelor yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dipinjam dari Universiti. Ia terdiri daripada sehelai jubah (warna maroon), sehelai hood (mengikut warna rasmi fakulti) dan satu unit mortar board. Manakala pakaian akademik bagi graduan Diploma terdiri daripada sehelai jubah (warna kelabu) dan satu unit mortar board.
4.3 Graduan diminta memastikan:
(a) jubah program pengajian adalah betul iaitu sama ada jubah Ijazah Lanjutan,
Ijazah Bacelor atau Diploma. (b) hood yang diterima adalah betul dengan warna Fakulti. (c) pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan
4.4 Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian
pakaian akademik yang dipinjam.
4.5 Urusan peminjaman pakaian akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat, UPM. Bagi memastikan urusan peminjaman pakaian akademik dapat berjalan dengan lancar dan teratur (terutama pada hari Sabtu dan Ahad), semua graduan dikehendaki mengenal pasti dan patuh akan penetapan maklumat peminjaman pakaian akademik sebagaimana berikut:
Mulai 02 Oktober 2010 hingga 07 Oktober 2010
Tarikh Masa Graduan Yang Terlibat
02 Oktober 2010 (Sabtu)
8.30 pg – 4.30 ptg
Semua Sesi
(Pastikan semua graduan melalui semua kaunter yang disediakan oleh pihak Urus Setia semasa urusan peminjaman jubah bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menyertai Majlis Konvokesyen kali ke-34)
03 Oktober 2010 (Ahad)
04 Oktober 2010 (Isnin) 8.30 pg – 12.30 tgh 2.15 ptg – 4.30 ptg
05 Oktober 2010 (Selasa)
Rehat 12.30 tgh – 2.15 ptg
06 Oktober 2010 (Rabu) 2.15 ptg - 4.30 ptg (Kaunter pakaian akademik ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen bagi graduan yang menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5)
Semua Sesi
4
Tarikh Masa Graduan Yang Terlibat
07 Oktober 2010 (Khamis) 2.15 ptg - 4.30 ptg
(Kaunter pakaian akademik ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen bagi graduan yang menerima skrol pada Sesi 5, 6, 7, 8 dan 10)
Semua Sesi
4.6 Graduan tidak perlu risau bagi mendapatkan saiz jubah yang sesuai kerana saiz jubah yang ada adalah mencukupi.
4.7 Graduan juga kehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2010 Secara
’On-line’ bermula 21 September 2010 (Selasa) melalui 2 sistem kajian seperti berikut:
(a) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pengajian Tinggi)
(Laman Web: http://graduat.mohe.gov.my) (b) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Universiti Putra Malaysia)
(Laman Web: http://www.alumni.upm.edu.my/tracer2010/index.php)
* Sila cetak Kedua-dua Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di kaunter semakan (Kaunter Alumni). Kegagalan graduan mengemukakan slip pengesahan ini akan menyebabkan kerumitan semasa berurusan sepanjang minggu konvokesyen berlangsung.
4.8 Pakaian akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula pada atau selewat-
lewatnya 17 Oktober 2010 sebelum jam 4.15 petang di Kompleks Akademik Pusat.
(Sila rujuk tarikh dan masa pemulangan pakaian akademik yang disertakan dalam album/skrol semasa hari konvokesyen).
4.9 Pihak Universiti akan mengenakan bayaran denda terhadap mereka yang lewat
memulangkan pakaian akademik mulai 18 Oktober 2010 (Isnin) iaitu RM10.00 hari pertama selepas tarikh akhir pemulangan dan ditambah RM5.00 bagi setiap hari berikutnya. Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaian akademik.
4.10 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan
pakaian akademik yang dipinjam oleh graduan.
4.11 Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan skrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar bayarannya adalah seperti berikut:
Jubah Hood Mortar Board Bonnet
Ijazah Bacelor RM 280.00 RM 35.00 RM 50.00 Diploma RM 150.00 - RM 50.00 Master RM 350.00 RM 35.00 RM 50.00 Ph.D RM 400.00 RM 35.00 - RM 70.00
5
5. Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Konvokesyen
5.1 Graduan Ijazah Bacelor dan Diploma yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah, dalam majlis itu, berpakaian seperti berikut (rujuk contoh di Gambarajah 1):-
Wanita
- pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher/suit dan seterusnya memakai pakaian akademik.
- Warna pakaian adalah bebas. - Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar
menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing (program Bacelor).
- Kasut hendaklah berwarna gelap dan bertutup pada bahagian hadapan dan belakang.
- Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang/kasut berwarna cerah atau putih adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Skirt pendek TIDAK DIBENARKAN.
Lelaki - Kemeja lengan panjang berkolar, bertali leher dan lengkap memakai kot,
berseluar slack berwarna gelap atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai pakaian akademik.
- Seluar jeans dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN. - Kasut sukan/selipar/kasut berwarna cerah atau putih TIDAK
DIBENARKAN. - Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.
5.2 Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan
supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Bacelor dan Diploma.
6. Kad Jemputan
6.1 Kad jemputan dan arahan lain hanya akan diedarkan semasa graduan/wakil graduan meminjam pakaian akademik.
6.2 Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah
diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti. 6.3 Setiap graduan akan diberikan dua (2) kad jemputan untuk dua orang tetamu graduan
bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
7. Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen
7.1 Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seperti maklumat berikut:
7.1.1 06 Oktober 2010 (Rabu) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah
graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5 (rujuk Lampiran 1); dan
6
7.1.2 07 Oktober 2010 (Khamis) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8, 9 dan 10 (rujuk Lampiran 1).
7.2 Semua graduan dikehendaki menghadiri taklimat dan raptai ini supaya lebih memahami
acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti. 7.3 Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak
menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen daripada menyertai Majlis Konvokesyen UPM Ke-34.
8. Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen
Perhatian kepada ibu bapa dan graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen dikehendaki meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Keselamatan UPM (rujuk di Lampiran 2). 8.1 Sesi Pagi
Graduan yang hadir untuk sesi pagi hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam 7.30 pagi. Perarakan graduan akan bermula pada jam 8.00 pagi.
8.2 Sesi Petang
Graduan yang hadir untuk sesi petang hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam 1.45 tengah hari tersebut. Perarakan graduan akan bermula pada jam 2.10 petang.
Surau disediakan di Bangunan Pentadbiran dan di sisi kiri dan kanan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selain dari Masjid UPM untuk memudahkan graduan beragama Islam menunaikan solat fardu Zohor.
8.3 Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.
Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke kampus, graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas.
8.4 Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis
Konvokesyen.
8.5 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung.
8.6 Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan
sehingga majlis selesai.
9. Peraturan Masuk Dewan Bagi Tetamu Graduan
9.1 Pakaian - Tetamu Lelaki : Kebangsaan / Lounge Suit / Batik / Tertib : Songkok bagi Sesi 1 dan Sesi 3
- Tetamu Perempuan : Kebangsaan / Sopan 9.2 Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui pintu-pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas.
7
9.3 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan.
9.4 Bagi tujuan memudahkan aliran pergerakan tetamu dan para graduan masuk dan
ketika berada didalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Sila rujuk pelan Dewan berkenaan di Lampiran 3.
10. Cara Pengurniaan
10.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis berlangsung akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urus Setia/Petugas.
10.2 Graduan akan menerima album/skrol masing-masing secara individu di atas pentas
daripada DYMM Tuanku Canselor atau Pro Canselor atau Naib Canselor. 11. Mengambil Skrol/Transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma
11.1 Graduan boleh mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma masing-masing sebaik sahaja sesi konvokesyen mereka selesai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Graduan mestilah menunjukkan resit bayaran yuran graduan sebagai bukti yang
yuran tersebut telah dijelaskan;
(b) Graduan perlu memulangkan pakaian akademik yang dipinjam dari Universiti. Borang permohonan skrol/transkrip hanya akan diedarkan kepada graduan yang telah memulangkan pakaian akademik bagi urusan pengambilan skrol/transkrip.
(c) Bagi graduan program Ijazah Bacelor dan Diploma UPM Serdang, skrol/transkrip
mereka boleh diambil di Kompleks Akademik Pusat, UPM, pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Sila rujuk makluman yang dimuatkan dalam album dan skrol selepas majlis pengurniaan/penyampaian Ijazah Bacelor dan Diploma.
(d) Bagi graduan program PJJ/EKSEKUTIF, skrol/transkrip mereka boleh diambil dari
Pejabat Pusat Pendidikan Luar/Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan.
(e) Graduan yang masih berhutang dengan UPM/Pusat Pendidikan Luar/Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan hendaklah menjelaskan hutang sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma dapat dikeluarkan. Sila kembarkan resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan hutang telah dijelaskan.
(f) Sekiranya graduan tidak dapat datang mengambil sendiri skrol/transkrip Ijazah
Bacelor atau Diplomanya, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma bagi pihak mereka. Graduan hendaklah memberi surat kuasa yang ditandatanganinya kepada wakil tersebut. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar, Bahagian Akademik, UPM dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan salinan fotokopi kad pengenalan wakil yang dilantik itu. Syarat-syarat di atas (a hingga f) juga perlu dipenuhi sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma diserahkan kepada wakil.
Bagi graduan program EKSEKUTIF, surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pengarah, Unit Program Eksekutif Fakulti yang berkenaan dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan wakil dan salinan fotokopi kad pengenalan yang dilantik.
(g) Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh
graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.
8
Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke-34 berjalan lancar. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon berikut: 03-8946 6060/6250/6054/6026. Bahagian Akademik Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor
9
Lampiran 1
BAHAGIAN AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34 9 Oktober – 13 Oktober 2010
Sesi 1 (Sabtu) 9 Oktober 2010 – Pagi
Sesi 2 (Sabtu) 9 Oktober 2010 - Petang
Nama Program Doktor Falsafah - GSM Master Sains Pertanian - GSO Master Sains Komputer Master Sains Veterinar Master Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi Master Bahasa Melayu Bac. Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) Bac. Pengurusan Alam Sekitar Bac. Sains (Pengajian Makanan) Bac. Kejururawatan Bac. Pertanian (Sains Ternakan) Bac. Sains (Kepujian) Sains Bahan Bac. Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian Bac. Sains (Bioteknologi) Bac. Ekonomi – Pengurusan Perniagaan Bac Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Diploma Perikanan - UPMKB
Nama Program Doktor Falsafah - GSO Master Pengurusan Sumber Tanah Master Linguistik Terapan Master Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan Bacelor Sains Teknologi Kayu Bac. Sains (Kepujian) – Matematik Bac. Ekonomi – Ekonomi Kewangan Bac. Sastera (Bahasa Asing) Bac. Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik) Bac. Sains (Sains Bioperubatan) Diploma Pertanian - UPMKB
Sesi 3 (Ahad) 10 Oktober 2010 – Pagi
Sesi 4 (Ahad) 10 Oktober 2010 – Petang
Nama Program Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan - GSO Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar Master Pengurusan - GSM Doktor Perubatan Bac. Sains (Alam Sekitar) Bac. Pendidikan (Teknologi Maklumat) Bac. Komunikasi Bac. Pengajian Pengguna Bac. Sains (Perniagaantani) Bac. Sains Perhutanan Bac. Kejuruteraan (Kimia) Bac. Kejuruteraan (Biologi dan Pertanian) Bac. Sains (Kepujian) - Biologi Bac. Sains (Kepujian) –Kimia Petroleum
Nama Program Master Kesusasteraan Dunia - GSO Master Pembangunan Sumber Manusia Bac. Sains Pertanian Bac. Sains (Kepujian) – Mikrobiologi Bac. Sains (Kepujian) – Bikokimia Bac. Sains (Kepujian) - Kimia Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - Biologi Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) Bac. Sastera (Kesusasteraan Melayu) Bac. Perakaunan Bac. Pentadbiran Perniagaan - Pengurusan Sumber Manusia Bac Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Diploma Pengurusan Perladangan Makanan - UPMKB
10
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
9 Oktober – 13 Oktober 2010
Sesi 5 (Isnin) 11 Oktober 2010 – Pagi
Sesi 6 (Isnin) 11 Oktober 2010 – Petang
Nama Program Master Komunikasi Korporat - GSO Master Komunikasi Korporat - PJJ Master Pembangunan Sumber Manusia - PJJ Doktor Perubatan Veterinar Bac. Sains (Kepujian) – Fizik Bac. Ekonomi - Ekonomi Perindustrian Bacelor Sains Hortikultur Bac. Sains Komputer – Multimedia Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) - PJJ Bac. Komunikasi - PJJ Bac. Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) Bac. Pendidikan (Sains Rumahtangga) Diploma Pendidikan
Nama Program Master Statistik Gunaan - GSO Master Perancangan dan Respons Kecemasan Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) - PJJ Bac. Kejuruteraan (Sistem Komputer & Komunikasi) Bac. Pentadbiran Perniagaan - Perniagaan Antarabangsa Bac. Pentadbiran Perniagaan - Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi Bac. Pentadbiran Perniagaan - Keusahawanan Bac. Ekonomi - Ekonomi Pembangunan Bac. Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat) Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) - UPEFBMK Bac. Sains (Kepujian) - Kimia Perindustrian Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) – Fizik Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - PKPG Bac. Sains (Pembangunan Manusia) Bac. Sains Komputer – Sistem Komputer Bacelor Sains (Dietetik) Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan - UPMKB
Sesi 7 (Selasa) 12 Oktober 2010 Pagi
Sesi 8 (Selasa) 12 Oktober 2010 Petang
Nama Program Master Sains - GSO Master Pengurusan Perladangan Master Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) - PJJ Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan Bac. Ekonomi - Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa Bac. Senibina Landskap Bac. Reka Bentuk (Seni Bina) Bac. Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) Bac. Senibina Bac. Sains (Kepujian) - Statistik Bac. Sastera (Bahasa Asing) - UPEFBMK Bac. Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Bac. Pendidikan (Pendidikan Jasmani) - PKPG Diploma Perhutanan - UPMKB
Nama Program Master Pentadbiran Perniagaan - GSM Master Kejuruteraan Air - GSO Master Senibina Landskap Master Kesusasteraan Melayu Master Bahasa Melayu - PJJ Bac. Pendidikan (Pendidikan Moral) Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) - Sandwich Bac Sains (Pembangunan Sumber Manusia) - PJJ Bac. Sains dan Teknologi Makanan Bac. Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - Matematik Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) – Statistik Bac. Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan) Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan
11
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
9 Oktober – 13 Oktober 2010
Sesi 9 (Rabu) 13 Oktober 2010 Pagi
Sesi 10 (Rabu) 13 Oktober 2010 Petang
Nama Program Master Ekonomi - GSO Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan Master Sains (Pembangunan Sumber Manusia) - PJJ Bac. Kejuruteraan (Proses dan Makanan) Bac. Kejuruteraan (Aeroangkasa) Bac. Kejuruteraan (Awam) Bac. Pentadbiran Perniagaan - UPEFEPBac. Pentadbiran Perniagaan - PJJ Bac. Muzik Bac. Sains (Pembangunan Manusia) - PJJ Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) – PJJ Bac. Sastera (Kesusasteraan Inggeris) Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) - PJJ Bac. Sains (Kepujian) – Sains Instrumentasi)
Nama Program Master Alam Sekitar - GSO Master Pendidikan Master Pengurusan Kejuruteraan Master Kejuruteraan Alam Sekitar Master Sastera Master Sains - GSM Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - Kimia Bac. Pentadbiran Perniagaan - Pemasaran Bac. Pentadbiran Perniagaan – Kewangan Bac. Kejuruteraan (Mekanikal) Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Bac. Pendidikan (Sains Pertanian) Bac. Sains Komputer – Rangkaian Komputer Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) - UPEFBMK Bac. Komunikasi - UPEFBMK Bacelor Perakaunan - UPEFEP Bac. Sains Bioindustri - UPMKB
Singkatan : GSO - Sekolah Pengajian Siswazah GSM - Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan PJJ - Program Pendidikan Jarak Jauh PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru UPE - Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPEFBMK - Unit Program Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPMKB - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Berkembar - Program Berkembar UPM-KPM
12
Gambarajah 1
CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN
GRADUAN PEREMPUAN GRADUAN LELAKI
Jubah
Mortar Board
Hood
Kain/skirt labuh
hingga buku lali
Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian
hadapan dan belakang
Contoh potongan rambut
13
MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
TARIKH-TARIKH PENTING 09 hingga 13 Oktober 2010 02 - 07 Oktober 2010 - Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan
Ijazah Bacelor dan Diploma di Kompleks Akademik Pusat, UPM. Rujuk para 3 dan 4.
06 Oktober 2010 (Rabu) (bermula jam 9.00 pagi) - Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5.
(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan
ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang).
07 Oktober 2010 (Khamis) (bermula jam 9.00 pagi) - Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8, 9 dan 10.
(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan
ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang).
09 – 13 Oktober 2010 - Majlis Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan
Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. (Graduan berkumpul di tempat letak kereta, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM) mengikut sesi dan masa yang ditetapkan.
09 – 17 Oktober 2010 - Tarikh memulangkan pakaian akademik dan
mengambil skrol/transkrip (Ijazah Bacelor dan Diploma) di Kompleks Akademik Pusat, UPM sebelum 4.15 petang.
Mulai 18 Oktober 2010 - Pemulangan pakaian akademik dan pengambilan
skrol/transkrip adalah bertempat di Bahagian Akademik, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, UPM. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lambat memulangkan pakaian akademik (para 4.6 Pemulangan Pakaian Akademik adalah berkaitan).
14
MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
SENARAI SEMAKAN GRADUAN Tuan/Puan adalah diminta mengambil ingatan dengan memastikan: 1. ( ) menerima, membaca dan memahami buku Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen
UPM Ke-34. 2. ( ) menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak. 3. ( ) membuat bayaran yuran graduan dengan menggunakan Slip Bank kepada
BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA atau melalui CIMBClicks, Kad Kredit atau Kad Debit selewat-lewatnya pada 08 Oktober 2010.
4. ( ) bawa salinan Slip Bank atau transaksi pembayaran melalui Channel-e atau Kad Kredit
semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang ditetapkan.
5. ( ) bawa Borang Pakaian Akademik (yang dikepilkan bersama Notis Graduan) semasa
anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang ditetapkan.
6. ( ) pakaian akademik yang dipinjam adalah betul dan berkeadaan baik/sempurna. 7. ( ) menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen Ke-34 pada jam 9.00 pagi 06
Oktober 2010 dan 07 Oktober 2010 (salah satu tarikh yang berkenaan - rujuk para 7).
8. ( ) membawa kad sebut nama (bagi graduan) dan kad jemputan (bagi tetamu graduan)
semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. 9. ( ) tiba lebih awal sebelum majlis bermula. 10. ( ) pakaian graduan dan tetamu graduan menepati etika berpakaian yang ditetapkan. 11. ( ) pakaian akademik dipulangkan pada atau sebelum 17 Oktober 2010 sebelum jam
4.15 petang. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lewat memulangkan pakaian akademik (mulai 18 Oktober 2010) mengikut kadar yang ditetapkan.
12. ( ) menerima pengesahan pakaian akademik yang dipinjam telah dipulangkan. 13. ( ) bawa borang yang berkenaan (diedar semasa memulangkan pakaian akademik) semasa
mengambil skrol/transkrip.
15