Novel
Transcript of Novel
Tingkatan 3
PENGENALAN NOVEL
Pengertian Novel
Istilah novel berasal dari bahasa Itali, iaitu ‘novella.’ Maksud ‘novella’ ialah ‘satu benda baru’ atau
‘satu benda kecil yang baharu.’ Kini, istilah ‘novella’ telah diringkaskan menjadi ‘novel’ sahaja.
Hashim Awang menganggap novel ditulis untuk menceritakan kisah hidup manusia pada
suatu tempat dan dalam suatu masa tertentu. Shahnon Ahmad pula berpendapat novel mengisahkan
tentang kehidupan manusia. Rahman Shaari menjelaskan novel sebagai karya fiksyen yang panjang
yang di dalamnya terdapat watak-watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen yang lain. Nurazmi
Kuntum menganggap novel mengisahkan tentang kehidupan dan liku-liku yang rencam dalam
masyarakat dari dulu hingga sekarang. Manakala, Kamus Dewan mendifinisikan novel sebagai cerita
dalam bentuk prosa yang agak panjang.
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa novel ialah sebuah
karangan prosa fiksyen yang panjang menceritakan tentang hidup dan kehidupan manusia.
Penghasilan novel bertolak dari tiga aspek yang berikut;
+ + =
Formula di atas menunjukkan bahawa menghasilkan sesebuah novel bukan kerja mudah.
Menghasilkannya memerlukan masa, ketekunan, kesabaran, disiplin, pemerhatian, ketelitian,
perancangan dan kemahiran yang tinggi.
1
PENGALAMAN PERIBADI
REALITI MASYARAKAT
IMAGINASI PENGARANG
NOVEL
Sebenarnya, novel mengisahkan tentang manusia melalui pelbagai watak. Ada novel
menggunakan watak binatang. Misalnya novel Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim. Ada novel
menggunakan benda-benda mati seperti novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Walau
bagaimanapun, novel menggunakan watak manusia lebih banyak dihasilkan.
Menurut Hashim Awang, terdapat pelbagai kategori novel berdasarkan ceritanya. Antaranya,
novel psikologi, novel perwatakan, novel peristiwa, novel resaman, novel sejarah, novel sosial, novel
politik, novel alam dan sebagainya.
Ciri-Ciri Novel
1. Novel merupakan sebuah cereka prosa yang panjang, lebih daripada 20,000 perkataan dan lebih
100 halaman untuk menghasilkan cerita lengkap. Sekiranya kurang 20,000 perkataan atau 100
halaman, karangan tersebut dikenali sebagai novelet.
2. Sebuah novel dibahagikan kepada beberapa bahagian atau bab. Setiap bahagian atau bab itu
mempunyai cerita tersendiri. Misalnya, novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan atau novel
Putera Gunung Tahan masing-masing mempunyai sebelas bahagian atau bab. Novel Timulak
Kapal Perang pula mempunyai sembilan bab.
3. Sebuah novel mempunyai cerita yang lengkap dan sempurna seperti pengenalan cerita,
perkembangan cerita, konflik dan konflik puncak dan penyelesaian. Tanpa tiga bahagian tersebut,
sesebuah novel itu dianggap tidak sempurna
4. Cerita dalam novel mengisahkan tentang tindakan atau peristiwa yang dialami oleh manusia yang
diwakili sama ada oleh manusia atau benda-benda hidup atau benda-benda tidak bernyawa
sebagai watak atau pelakunya. Misalnya, novel Meniti Kaca mengisahkan ketabahan dan
kegigihan seorang pelajar menghadapi cabaran hidup, novel Pahlawan Pasir Salak mengisahkan
perjuangan penduduk Pasir Salak mempertahankan kampung mereka daripada penjajahan
Inggeris.
5. Terdapat dialog watak-watak, sama ada secara cakap ajuk atau cakap pindah, monolog atau
penjelasan yang menggambarkan fikiran, sikap dan pendirian watak-wataknya.
2
6. Cerita dalam novel lebih panjang, masanya lebih lama, masalahnya lebih kompleks, banyak
masalah, watak dan peristiwa.
7. Semua peristiwa yang digambarkan terjadi di satu-satu tempat dan pada masa yang tertentu.
8. Terdapat ramai watak yang terlibat sama ada sebagai watak utama atau watak sampingan.
Tema dan Persoalan
Tema ialah perkara yang menjadi persoalan utama dalam sesebuah cerita atau novel. Nurazmi
Kuntum menjelaskan tema sebagai kesimpulan penting lagi konkrit daripada urutan seluruh cerita
yang terdapat dalam sesebuah karya prosa seperti novel. Tema novel mesti mempunyai satu sahaja
dan diungkapkan seara ringkas lagi padat bagi memperkatakan cerita atau kesimpulan di sebalik
ceritanya.
Melalui tema akan terhasil persoalan. Dalam sesebuah novel terdapat banyak persoalan. Semua
persoalan dalam novel mesti berkaitan dengan tema. Sekiranya novel bertemakan cinta,
persoalannya mungkin kahwin paksa, kekecewaan, ketabahan dan sebagainya.
Tema berbeza dengan persoalan. Tema dirumuskan setelah meneliti peristiwa-peristiwa penting
keseluruhan cerita. Persoalan meliputi aspek-aspek yang disentuh dalam cerita sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
Cara pengarang menerapkan tema terbahagi kepada dua. Pertama, tema dinyatakan secara
langsung. cara jenis ini mudah dikesan melalui kenyataan pengarang. Tema secara langsung banyak
terdapat dalam novel-novel awal di tanah air kita. Ceritanya tidak kompleks dan mudah difahami.
Novel Bukit Kepong atau Pahlawan Pasir Salak, misalnya, mempunyai tema secara langsung. Kedua,
tema yang dinyatakan secara tidak langsung. Ceritanya lebih kompleks. Cara ini dilakukan dengan
cara pengarang membiarkan cerita memaparkan tema. Atau tema disampaikan melalui perlakuan
watak. Trma secara tidak langsung banyak terdapat dalam novel dewasa. Dialog-dialog wataknya
berperanan mendedahkan tema. Pembaca perlu meneliti dialog sebaik mungkin. Contohnya, novel
3
‘Empangan’ atau ‘Villa Maya’ karya Zakaria Ali. Pembaca terpaksa menganalisis untuk mencari
temanya.
Terdapat dua cara mengesan tema. Pertama, rumusan daripada peristiwa-peristiwa penting dalam
cerita. Formulanya;
+ + =
Kedua, melalui peristiwa, kisah, suasana dan persekitaran, isu yang sering diperkatakan atau nilai-
nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam karya berkenaan.
Plot atau Urutan Cerita
Hashim Awang menjelaskan plot sebagai satu susunan peristiwa dalam sesebuah karya prosa. E.M.
Foster berpendapat plot terbina daripada rentetan peristiwa yang mempunyai unsur sebab dan akibat.
Pengarang memasukkan peristiwa-peristiwa dalam cerita sama ada secara berurutan (kronologi) atau
songsang. Ringkasnya, plot terhasil melalui pembentukan peristiwa. Tanpa peristiwa tidak ada plot.
Plot terbina melalui gabungan peristiwa-peristiwa penting. Setiap peristiwa penting
mempunyai unsur sebab dan akibat dan merupakan teras cerita. Peristiwa-peristiwa itu terhasil
daripada konflik watak dalam cerita. Lagi banyak konflik maka lagi banyak peristiwa terhasil. Cerita
akan menjadi lebih kompleks dan menarik. Peristiwa-peristiwa itu disusun sama ada secara
berurutan, songsang atau bertindan-tindik. Susunan peristiwa yang berbeza-beza akan menghasilkan
plot yang berbeza-beza.
4
Peristiwa 1 Peristiwa 2 Peristiwa 3 Tema
Binaan plot cerita terbahagi kepada tiga bahagian utama.
1. Bahagian permulaan atau eksposisi. Bahagian ini berkenaan gambaran awal cerita. Pengarang
memperkenalkan sama ada latar awal watak-watak, peristiwa, cerita atau gambaran alam
persekitaran watak utama.
2. Bahagian perkembangan atau tengah cerita. Bahagian ini terdapat perumitan cerita atau konflik
dan puncak konflik watak utama. Watak utama digambarkan menghadapi beberapa konflik
sehingga konflik paling besar atau penting yang akan menentukan masa depannya. Daripada
konflik itu menghasilkan peristiwa demi peristiwa.
3. Bahagian penyelesaian. Setelah konflik utama (klimaks) mencapai jalan penyelesaian, maka jalan
ceritanya mengendur. Kadang-kadang peristiwa tidak ada lagi atau kecil sahaja. Dan, cerita pun
ditamatkan.
Watak dan Perwatakan
Menurut Nurazmi Kuntum watak ialah orang, binatang atau sebarang objek dalam sebuah novel atau
prossa lain yang bernama atau tidak dan bertingkah laku serta beraksi untuk sambung menyambung
perjalanan cerita dari awal hingga akhir atau pada segmen-segmen tertentu sahaja. Rahman Shaari
menjelaskan watak ialah seseorang yang dilukiskan dalam sesebuah cereka, baik cerpen, novel atau
drama. Ringkasnya, watak ialah pelaku yang terdapat dalam sesebuah cerita. Watak boleh terdiri
daripada manusia, binatang, cakerawala, benda dan sebagainya. Novel mempunyai banyak watak
kerana ceritanya panjang. Oleh sebab banyak watak, maka terdapat beberapa jenis watak dalam
sesebuah cerita.
5
Secara umum, sesebuah cerita terdiri daripada watak utama dan watak sampingan. Novel
‘Seteguh Karang’ karya Tuan Faridah Syed Abdullah mempunyai watak utama bernama Awanis.
Manakala Anita, Wan Asri, Kak Nor, Kak Maznah merupakan watak sampingan. Watak utama
menjadi fokus cerita. Semua peristiwa penting berpusat pada watak utama. Watak sampingan
bertujuan untuk membantu peranan watak utama sahaja.
Watak-watak dalam kumpulan watak utama dan watak sampingan dapat dikategorikan beberapa
jenis. Beberapa jenis watak telah anda pelajari semasa tingkatan satu dan dua. Dalam tingkatan tiga
anda didedahkan dengan watak bulat (watak bundar) dan watak pipih. Penjenisannya berdasarkan
sikap dan peranan watak tersebut.
1. Watak bulat. Watak jenis ini sentiasa berkembang atau berubah sama ada dari segi fikiran, aksi,
sikap atau fizikalnya. Perubahan itu bergantung kepada suasana persekitaran watak berkenaan.
Perubahan itu mungkin berlaku dari bersikap baik kepada jahat atau sebaliknya. Watak jenis ini
biasanya sering menentang watak utama pada peringkat awalnya.
2. Watak pipih. Watak pipih berlawanan dengan watak bulat. Watak pipih bersifat statik. Sikap,
pemikiran, tingkah laku dan sebagainya tidak berubah dari awal hingga akhir cerita.
Perwatakan pula ialah gambaran luaran dan dalaman watak. Perwatakan berkaitan dengan
perlakuan, sifat, pemikiran, kepercayaan, percakapan dan tindakan watak berkenaan. Perwatakan
luaran ialah berkenaan warna kulit, corak rambut, saiz dan bentuk tubuh-badan, kecacatan dan
sebagainya. Perwatakan dalaman dapat dikesan melalui sikap, pemikiran, emosi, tindakan dan cara
bertindak, dan sebagainya. Pembaca dapat mengenal-pasti aspek perwatakan melalui beberapa cara,
iaitu;
6
1.melalui pelukisan atau deskripsi oleh pengarang.
2. melalui dialog watak itu sendiri
3. melalui dialog watak-watak lain terhadap watak berkenaan
4. melalui tindakan-tindakan watak berkenaan
Watak dan perwatakan berperanan penting dalam cerita. Watak akan mewujudkan peristiwa dan
mengembang plot cerita. Selain itu, watak dapat mencorak suasana latar sesuatu cerita.
Latar
Latar berperanan membantu menghidupkan cerita. Melalui latar, pembaca akan mudah memahami
cerita yang sedang dinikmati. Justeru, apakah maksud latar? Menurut Rahman Shaari, latar ialah
persekitaran yang menyelubungi apa-apa sahaja dalam karya. Pendapat Rahman haari itu merujuk
gambaran keadaan sesuatu tempat, zaman, masa dan masyarakat dalam cerita. Setiap peristiwa yang
berlaku berperanan memperjelaskan jenis latar di atas. Ruang lingkup latar sangat luas, merangkumi
geografi, alam, bangunan, manusia, haiwan dan sebagainya.
Latar tempat ialah gambaran tentang sesuatu peristiwa berlaku. Latar tempat sesebuah cerita
mungkin di bandar, desa, darat, laut, tasik, hutan, angkasa, sungai, dalam bangunan, kampung dan
sebagainya.
Latar zaman merujuk satu jangka masa yang lebih luas seperti zaman pra-sejarah, zaman nabi,
zaman jahiliah, zaman penjajah, zaman sebelum merdeka/ selepas merdeka, zaman moden, zaman
pascamoden, zaman akan datang dan sebagainya.
7
Latar masa lebih kecil daripada latar zaman. Masa sesuatu peristiwa itu berlaku mungkin pada
waktu pagi, tengah hari, petang, malam, atau pada waktu yang dicatatkan masanya. Kadang kala
terdapat catatan tarikh, hari, minggu, bulan atau tahun berlaku peristiwa.
Latar masyarakat berkenaan gambaran watak atau masyarakat tempat peristiwa itu berlaku.
Gambarannya meliputi gambaran pemikiran, pendidikan, amalan, budaya, cara hidup, etnik dan
sebagainya.
Gaya Bahasa
Gaya bahasa berkaitan dengan cara pengarang memilih dan menggunakan kata (diksi), penyusunan
ayat (sintaksis), perulangan kata, kiasan dan sebagainya. Diksi ialah berkenaan perkataan. Pengarang
tidak boleh menggunakan perkataan sebarangan. Pengarang harus memilih dan menggunakan
perkataan yang sesuai dengan cerita sahaja. Perkataan pilihan harus dapat memberi gambaran
peristiwa dengan jelas dan sesuai dengan latar dan cerita.
Sintaksis ialah berkenaan dengan ayat. Adakah ayat yang digunakan itu panjang, pendek,
dalam susunan biasa, songsang penuh, songsang separuh, jenis golongan kata, jenis ayat dan
sebagainya. Kiasan pula dikenali juga sebagai bahasa figuratif. Kiasan meliputi metafora, simile,
personifikasi, pepatah, perlambangan, sindiran dan sebagainya. Gaya bahasa kiasan digunakan untuk
menggambarkan sesuatu secara tidak langsung. Contoh, jika hendak disebut gadis sunti secara
kiasan disebut bunga yang sedang mekar.
Di tingkatan tiga anda didedahkan dengan gaya bahasa jenis inversi dan repitasi. Kedua-dua
gaya bahasa itu penting untuk menghidupkan cerita. Apakah maksud inversi dan repitasi? Maksud
inversi ialah keterbalikan ayat atau rangkai kata. Susunan rangkai kata atau ayat tidak menepati
hukum tatabahasa. Tujuannya untuk menghasilkan ayat atau rangkai kata yang menarik, indah dan
puitis. Contohnya,
8
a) Ini dunia menjadi rumah segala peristiwa (sepatutnya, Dunia ini menjadi rumah
segala peristiwa)
b) Terasa dingin sekali angin (sepatutnya, Angin terasa dingin sekali)
Gaya bahasa repitasi ialah perulangan, iaitu perulangan perkataan, perulangan baris atau rangkap.
Contohnya,
c) “Saya bantah. Saya tidak setuju. Saya tetap tidak setuju” (repitasi perkataan ‘saya’).
Contoh ini ialah perulangan perkataan.
d) “Ayuh, mari kita berjuang!” “Ayuh, mari kita berjuang!” (repitasi baris/ ayat).
Contoh ini ialah perulangan ayat.
Teknik
Pengarang akan menggunakan pelbagai teknik meyampaikan cerita. Antara teknik yang lazim
digunakan ialah imbas kembali, imbas muka, konflik, klimaks, saspens, kejutan dan dialog. Semasa
di tingkatan satu dan dua, anda telah mempelajari teknik dialog, pemerian, imbas kembali dan imbas
muka. Di tingkatan tiga, anda akan mempelajari teknik monolog dan monolog dalaman. Monolog
ialah watak yang bercakap seorang diri atau bercakap dengan dirinya sendiri. Di hadapannya tidak
ada watak lain sebagai lawan bercakap. Percakapannya boleh didengari oleh orang lain. Contohnya;
“Aku tetap mencarinya sampai dapat,” ujarnya seorang diri.
Monolog dalaman ialah bercakap dalam hati. Percakapannnya tidak boleh didengari. Contohnya;
“Aku akan tetap mencarimu,” bisik hatinya.
9
Petanda watak di atas sedang monolog ialah pada frasa ‘ujarnya seorang diri,’ manakala petanda
monolog dalaman ialah pada frasa ‘bisik hatinya.’ Kedua-dua frasa itu menunjukkan tiada watak lain
di hadapan watak berkenaan. Watak itu juga tidak menggunakan telefon.
Kedua-dua teknik di atas berperanan menjelaskan sebab-sebab watak bertindak sedemikian,
pemikiran watak, sikap dan sebagainya.
Nilai dan Pengajaran
Setiap cerita mempunyai nilai dan pengajaran yang tersendiri. Hal ini sesuai dengan maksud novel
yang dikemukakan oleh Hashim Awang dan Shahnon Ahmad, iaitu novel mengisahkan perihal
kehidupan manusia. Pembaca yang membaca novel dapat mengambil iktibar atau menambahkan
pembendahara ilmu dalam dirinya. Nilai dan pengajaran boleh diambil melalui peristiwa yang
berlaku, atau melalui sikap dan perlakuan watak yang memberi kesan tertentu. Terdapat 16 nilai yang
telah anda pelajari, seperti bertanggungjawab, kerajinan, keinsafan, kasih-sayang, kesopanan,
keberanian, kesetiaan, kejujuran, hormat-menghormati, kebebasan, kebersihan, berdikari, belas
kasihan, kegigihan, keadilan dan kesabaran. Di samping itu, anda boleh juga mengemukakan nilai-
nilai yang bersesuaian. Misalnya, baik hati, hemah tinggi, kesyukuran, rasional atau semangat
bermasyarakat. Setiap nilai yang dikemukakan mestilah dibuktikan dengan contoh dari dalam novel.
Demikian juga dengan pengajaran. Apakah faedah atau kebaikan yang boleh membantu
kesejahteraan dalam novel tersebut? Setiap pengajaran yang diberikan mesti mempunyai alasan
sesuai dari novel berkenaan.
10
Tingkatan 2PENGENALAN NOVEL
Novel merupakan karangan cerita yang panjang. Panjang setiap novel melebihi 20,000 perkataan.
Panjang nove berbeza-beza, bergantung kepada kategori novel tersebut. Panjang novel untuk bacaan
kanak-kanak kurang daripada 80 halaman berbanding dengan novel untuk bacaan remaja sekitar 80
hingga 150 halaman. Novel untuk bacaan orang dewasa boleh mencecah sehingga 1,000 halaman.
Cerita novel lebih komplek, meliputi masa yang panjang dan banyak watak.
Isi sesebuah novel dibahagi kepada beberapa bahagian yang dinamakan bab. Sesetengah
pengarang novel memberikan judul setiap bab. Misalnya, novel Putera Gunung Tahan karya Ishak
Haji Muhammad ditulis judul sahaja tanpa nombor bab. Ada pengarang sekadar menulis nombor
sahaja tanpa menulis judul bab. Terdapat juga pengarang yang menulis nombor bab dan sekali gus
memberikan judul. Misalnya, Merdeka, Merdeka karya Abdul Rahman Napiah.
Pengarang menulis novel khusus menceritakan kisah hidup manusia untuk dijadikan iktibar
kepada pembaca. Kisah manusia itu disampaikan dengan pelbagai cara. Ada novel yang
menggunakan watak binatang. Misalnya novel ‘Tikus Rahmat’ karya Hassan Ibrahim. Ada novel
menggunakan benda-benda mati sebagai wataknya. Misalnya, novel ‘Sampah’ karya Shahnon
Ahmad. Walau siapapun watak yang digunakan, ceritanya tetap tentang manusia dan ditujukan
kepada manusia. Novel Pahlawan Pasir Salak, Timulak Kapal Perang, Tragedi Empat Disember dan
Kapten Hassan Wira Bangsa merupakan novel-novel yang menggunakan watak manusia.
11
Ciri-Ciri Novel
1. Cerita novel tidak benar kerana pengarang menulisnya berdasarkan imaginasi atau menokok
tambah cerita yang sebenar. Contohnya, peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch memang pernah
berlaku di Pasir Salak, tetapi sesetegah watak-watak dan peristiwa yang tercatat dalam novel
Pahlawan Pasir Salak itu adalah tidak benar.
2. Cerita novel mengisahkan tentang kehidupan manusia sama ada berdasarkan peristiwa sejarah
(sebenar) atau imaginasi pengarang sahaja. Isi cerita tersebut ditujukan kepada manusia untuk
diambil iktibar agar manusia membaiki kehidupan mereka menjadi lebih aman dan sejahtera.
3. Novel merupakan sebuah karangan prosa yang panjang, mempunyai banyak bab dan bilangan
perkataan atau halaman yang banyak.
4. Terdapat dialog, beberapa konflik dan konflik puncak yang menggambarkan fikiran, sikap,
pendirian hidup watak atau masyarakat tempat tinggal watak.
5. Peristiwa-peristiwa yang digambarkan berlaku pada satu-satu masa secara berurutan sehingga
ceritanya selesai, sedangkan dalam realiti sebenar sesuatu peristiwa dari perkara yang sama tidak
berlaku secara berurutan dan jangka masanya tidak menentu.
6. Novel mempunyai banyak persoalan, banyak watak terlibat, jangka masanya panjang dan kadang-
kala pendek, latar tempatnya luas, mempunyai dialog, pembahagian bab dan sebagainya.
Tema dan Persoalan
Tema ialah persoalan utama yang terdapat dalam novel. Tema novel satu sahaja. Misalnya tema
kemasyarakatan, diri, politik, kemiskinan, cinta, perjuangan dan sebagainya. Persoalan pula ialah hal-
12
hal lain yang diperkatakan dalam novel tersebut. Dalam novel mempunyai banyak persoalan. Semua
persoalan mesti berkaitan dengan tema novel. Sekiranya novel bertemakan cinta, persoalannya
mungkin kahwin paksa, kekecewaan, ketabahan dan sebagainya.
Cara pengarang menerapkan tema terbahagi kepada dua. Pertama, tema secara langsung yang dapat
dikesan melalui kenyataan pengarang atau peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Novel Pahlawan
Pasir Salak, Timulak Kapal Perang, Tragedi empat Disember dan Kapten Hassan Wira Bangsa
mempunyai tema langsung. Kedua, tema tidak langsung. Ceritanya lebih kompleks dan sukar
difahami. Tema dapat dikesan melalui perlakuan, atau pemikiran watak. Dialog-dialog watak juga
berperanan mendedahkan tema. Pembaca terpaksa menganalisis untuk mencari temanya.
Plot atau Urutan Cerita
Dalam novel terdapat beberapa peristiwa yang dicetuskan oleh watak. Cerita novel berkembang dari
satu peristiwa kepada satu peristiwa berikutnya. Perkembangan peristiwa-peristiwa tersebut
menghasilkan plot. Justeru, plot dapat difahami sebagai susunan peristiwa dalam novel. Ada kalanya
peristiwa-peristiwa dalam novel berlaku secara berurutan dan ada kalanya peristiwa yang
digambarkan tidak secara berurutan. Namun, tidak semua peristiwa dalam novel dapat membina plot.
Justeru, peristiwa yang bagaimanakah dapat membantu membina plot?
Plot terbina dari gabungan peristiwa-peristiwa penting. Peristiwa penting tersebut mempunyai sebab
dan akibat. Akibat peristiwa pertama menjadi sebab yang menghasilkan peristiwa kedua, akibat
peristiwa kedua menjadi sebab tercetus peristiwa ketiga. Begitulah peristiwa terbentuk sehingga
peristiwa puncak. Susunan peristiwa itu yang dinamakan plot.
13
Plot novel terbahagi kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama dikenali sebagai permulaan atau
eksposisi. Lazimnya, bahagian ini berkenaan gambaran awal cerita. Bahagian kedua dikenali sebagai
pertengahan. Bahagian ini terdapat beberapa peristiwa penting dan satu peristiwa besar yang menjadi
pusat cerita. Peristiwa besar itu dipanggil peristiwa puncak atau klimaks. Setelah peristiwa puncak
mencapai penyelesaian, maka cerita akan mengendur. Bahagian yang mengendur ini dikenali
bahagian ketiga. Watak-watak bahagian ketiga tidak lagi berkonflik, sudah mencapai kata sepakat
dan kini mereka hidup bahagia.
Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku yang terdapat dalam novel. Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang,
benda dan sebagainya. Novel mempunyai banyak watak kerana ceritanya panjang. Semua novel-
novel komsas tingkatan dua menggunakan watak manusia. Watak dalam Hikayat Sang Kancil pula
terdiri daripada manusia dan binatang. Watak penting dalam novel kerana berperanan mencetuskan
peristiwa dan seterusnya mengembangkan plot.
Perwatakan ialah berkenaan dengan perlakuan, sifat, pemikiran, kepercayaan, dan tindakan
watak. Pengarang menyampaikan gambaran perwatakan melalui teknik pemerian, dialog, perlakuan,
kepercayaan, sifat dan sikap, tingkah-laku dan sebagainya. Perwatakan meliputi aspek luaran dan
dalaman. Aspek luaran seperti bentuk fizikal tubuh, warna kulit, saiz tubuh dan sebagainya. Aspek
dalaman pula meliputi rasa hati, sikap, perangai dan sebagainya. Pembaca dapat mengenal-pasti
perwatakan watak melalui beberapa cara, iaitu;
1.melalui pelukisan atau deskripsi oleh pengarang.
2. melalui dialog watak itu sendiri
3. melalui dialog watak-watak lain terhadap seseorang watak
14
4. melalui tindakan-tindakan watak berkenaan
Terdapat beberapa jenis watak dalam novel. Antara watak yang perlu dipelajari oleh pelajar tingkatan
dua ialah watak antagonis dan watak protagonis.
1. watak antagonis ialah watak yang menjadi penentang kepada watak protagonis. Watak jenis ini
mempunyai sikap, cara pemikiran, tindakan, ideologi dan kepercayaan yang betentangan dengan
watak protagonis. Sering kali watak antagonis menimbulkan masalah dan menjadi sebab
penderitaan watak protagonis (watak utama).
2. Watak protagonis ialah watak utama dan menjadi pusat cerita. Ia menjadi watak yang
mencetuskan pelbagai peristiwa dan peristiwa utama yang mengembangkan plot. Lazimnya,
watak protagonis menjadi hero dalam novel berkenaan.
Latar
Latar ialah gambaran persekitaran yang terdapat dalam novel. Latar dalam novel meliputi gambaran
tentang tempat, zaman, masa dan masyarakat dalam cerita. Setiap peristiwa yang berlaku akan
melibatkan latar. Ruang lingkup latar sangat luas dan merangkumi geografi, alam, bangunan,
manusia, haiwan dan sebagainya.
1. Latar tempat ialah gambaran tempat berlaku sesuatu peristiwa. Latar tempat mungkin di bandar,
desa, darat, laut, tasik, hutan, angkasa, sungai, dalam bangunan, kampung dan sebagainya. Setiap
latar itu boleh diperhaluskan lagi. Misalnya, latar bandar dapat diperincikan lagi sama ada di jalan
raya, kedai, dalam kereta, tepi longkang, kawasan setinggan, pasar raya dan sebagainya.
15
2. Latar zaman merujuk satu jangka masa yang lebih luas seperti zaman pra-sejarah, zaman nabi,
zaman jahiliah, zaman penjajah, zaman sebelum merdeka/ selepas merdeka, zaman moden, zaman
pascamoden, zaman akan datang dan sebagainya. Latar zaman ini dapat dikesan melalui tahun,
cara watak berpakaian, peralatan, kemajuan dan sebagainya.
3. Latar masa lebih kecil daripada latar zaman. Masa sesuatu peristiwa itu berlaku mungkin pada
waktu pagi, tengah hari, petang, malam, atau pada waktu yang dicatatkan masanya. Kadang kala
terdapat catatan tarikh, hari, minggu, bulan atau tahun berlaku sesutu peristiwa.
4. Latar masyarakat adalah berkenaan gambaran manusia dalam novel berkenaan. Latar masyarakat
adalah berkaitan tahap pemikiran, pendidikan, amalan, budaya, cara hidup dan sebagainya.
Sekiranya watak atau masyarakatnya bergantung kepada hasil tanaman, maka latar
masyarakatnya dianggap sebagai petani.
Gaya Bahasa
Gaya bahasa ialah cara pengarang mengolah dan menggunakan bahasa dalam ceritanya. Menurut
Shahnon Ahmad, gaya bahasa ialah berkaitan dengan cara pengarang memilih dan menggunakan
kata, penyusunan ayat, perulangan kata, kiasan dan sebagainya. Terdapat tiga jenis gaya bahasa yang
perlu diketahui oleh pelajar tingkatan dua.
1. Simile. Maksud simile ialah ungkapan atau rangkai kata yang membandingkan sesuatu tanpa
menggunakan kata-kata perbandingan secara langsung. Kata-kata perbandingan terdiri daripada
bak, seperti, bagai, bagaikan, umpama, laksana, seakan-akan, ibarat dan sebagainya. Pengarang
membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa, sikap dengan benda-benda lain. Benda
yang dibandingkan itu mudah dikenal sifatnya dan sangat rapat dengan kehidupan manusia. Jika
16
tubuh seseorang itu tinggi, maka dibandingkan dengan galah. Contohnya, tubuhnya tinggi bagai
galah.
2. Metafora. Ungkapan atau rangkai kata perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata
perbandingan sebagaimana simile. Perbandingan itu dibuat seara tidak langsung dan padat.
Lazimnya, metafora terdiri daripada dua perkataan, iaitu satu perkataan konkrit yang dapat
dikesan atau dirasai oleh manusia, dan satu perkataan lagi bersifat abstrak yang sukar dikesan
oleh manusia. Misalnya, ungkapan ‘perahu waktu.’ ‘Perahu’ ialah perkataan konkrit kerana
dapat dilihat, dirasai, difahami dan digunakan oleh manusia. Manakala perkataan ‘waktu’ sukar
dibuktikan. Walaupun sukar ‘waktu’ tetap ada.
3. Personifikasi. Ungkapan atau rangkaian kata-kata konkrit atau abstrak yang membandingkan
dengan sifat-sifat manusia. Ungkapan atau rangkaian kata-kata itu terdiri daripada benda-benda
yang tidak bernyawa dan diberikan sifat manusia yang bernyawa. Contohnya, kemurungan yang
menyerang jiwaku. ‘Kemurungan’ merupakan rangkaian kata-kata abstrak dan tidak bernyawa
telah diberikan sifat manusia, iaitu ‘menyerang.’ Contoh lain, daun kelapa melambai-lambai.
‘Daun’ merupakan kata-kata konkrit telah diberikan sifat manusia, iaitu ‘melambai-lambai.’
Daun kelapa tidak pernah melambai kerana daun tiada perasaan. Yang suka melambai ialah
manusia. Oleh itu, daun kelapa melambai-lambai merupakan gaya bahasa personifikasi.
Teknik
Pengarang akan menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan cerita. Kepelbgaian teknik akan
menghasilkan cerita yang menarik dan tidak jemu membacanya. Teknik ialah cara pengarang
memaparkan/ menyampaikan cerita atau peristiwa. Antara teknik yang lazim digunakan ialah imbas
kembali dan imbas muka.
17
1. Imbas kembali bermaksud watak mengingati semula peristiwa atau pengalaman lampau yang
pernah dialami. Terdapat dua cara teknik imbas kembali yang biasa digunakan oleh pengarang.
Pertama, watak-watak mengingati kembali (berkhayal) pengalaman masa lampau. Semasa
mengingati kembali pengalaman lampau itu akan berlaku monolog, monolog dalaman atau
dialog. Anda akan mempelajari tentang monolog dan monolog dalaman semasa di tingkatan 3
nanti. Kedua, melalui pemerian pengarang. Pengarang menggambarkan pengalaman atau
peristiwa yang pernah dialami oleh watak berkenaan. Contoh imbas kembali menggunakan teknik
pemerian;
Jeritan nyaring bersama-sama letusan peluru senapang menyentak
Andayu kembali kepada kesedarannya.
(Timulak Kapal Perang, hal. 113)
2. Imbas muka pula bermaksud membayangkan tentang sesuatu kemungkinan yang akan berlaku.
Secara mudah dapat difahami sebagai berangan-angan. Pengarang akan membuat imbas muka
terutama ketika watak sedang menghadapi konflik. Watak itu mungkin sedang meramalkan akibat
yang akan berlaku kesan dari perbuatannya. Lazimnya, imbas muka disampaikan melalui teknik
pemerian. Walau bagaimanapun terdapat juga imbas muka menggunakan teknik dialog, monolog
dan monolog dalaman.
18
Nilai dan Pengajaran
Setiap cerita mempunyai nilai dan pengajaran yang tersendiri. Hal ini sesuai kerana cerita dalam
novel berasaskan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Pengarang menulis novel adalah untuk
dibaca dan diambil iktibar oleh masyarakat yang membacanya. Masyarakat yang membaca novel
dapat mengambil iktibar atau menambahkan pembendaharaan ilmu. Nilai dan pengajaran boleh
diambil melalui peristiwa yang berlaku, atau melalui sikap dan perlakuan watak. Terdapat 16 nilai
murni yang telah ditetapkan, iaitu kerajinan, bertanggungjawab, keinsafan, kasih-sayang, kesopanan,
keberanian, kesetiaan, kejujuran, hormat-menghormati, kebebasan, kebersihan, berdikri, belas
kasihan, keadilan dan kesabaran. Pembaca boleh mengambil pengajaran melalui nasib yang
menimpa watak-watak kesan daripada tindakan mereka. Walau bagaimanapun, setiap nilai dan
pengajaran yang dikemukakan mesti mempunyai alasan yang diambil dari novel yang dikaji.
19
20