Kupasan Novel Julia

22
8/14/2019 Kupasan Novel Julia http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 1/22 Sinopsis Bab 1 Abah dan mama membuat keputusan untuk menghantar Julia belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. Keputusan itu memeranjatkan Julia. Namun Julia tetap akur. Mama bersama dengan Julia berangkat ke Perth dengan menaiki pesawat Boeing 777. Abah tidak dapat pergi bersama kerana sibuk. Kesibukan abah bertambah kerana abah sudah beristeri muda. Semasa penerbangan selama lima jam, Julia teringat akan adik- adiknya serta kawan- kawannya. Julia terlanggar Jun, seorang pemuda cina semasa hendak ke bilik air. Bab 2 Di Perth, Julia dan mama menumpang di rumah sewa Pak Cik Khairil dan Mak Cik Nadia. Julia bimbang akan gagal dalam pelajaran kerana Julia tidak mahir berbahasa Inggeris. Julia tertarik oleh keindahan bandar Perth dan pembangunannya yang dirancang rapi. Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia. Warga tua di Perth dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan mereka terpelihara. Julia teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya. Jiwa Julia bergelora kerana terpaksa berubah daripada seorang gadis yang bergaul bebas kepada gadis yang pendiam, bersopan santun, dan berakhlak mulia. Ketika Julia berada di kedai buku Collin Booksellers, sekali lagi Julia terserempak dengan Jun. Bab 3 Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya, iaitu Rashid, Muna, Jef, Han, dan Wei. Julia telah mendaftarkan diri di Hidayah Islamic College. Julia berasa gembira pada hari pertama persekolahannya. Julia teringat akan Jun dan kenangan baru di bandar Perth. Kenangan baru yang indah dapat menenggelamkan kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.

Transcript of Kupasan Novel Julia

Page 1: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 1/22

Sinopsis

Bab 1

Abah dan mama membuat keputusan untuk menghantar Julia belajar di HidayahIslamic College, Perth, Australia. Keputusan itu memeranjatkan Julia. Namun Julia tetapakur. Mama bersama dengan Julia berangkat ke Perth dengan menaiki pesawat Boeing777. Abah tidak dapat pergi bersama kerana sibuk. Kesibukan abah bertambah keranaabah sudah beristeri muda. Semasa penerbangan selama lima jam, Julia teringat akanadik- adiknya serta kawan- kawannya. Julia terlanggar Jun, seorang pemuda cinasemasa hendak ke bilik air.

Bab 2

Di Perth, Julia dan mama menumpang di rumah sewa Pak Cik Khairil dan MakCik Nadia. Julia bimbang akan gagal dalam pelajaran kerana Julia tidak mahir berbahasa Inggeris. Julia tertarik oleh keindahan bandar Perth dan pembangunannyayang dirancang rapi. Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia.Warga tua di Perth dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan merekaterpelihara. Julia teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya. Jiwa Juliabergelora kerana terpaksa berubah daripada seorang gadis yang bergaul bebas kepadagadis yang pendiam, bersopan santun, dan berakhlak mulia. Ketika Julia berada di

kedai buku Collin Booksellers, sekali lagi Julia terserempak dengan Jun.

Bab 3

Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya, iaituRashid, Muna, Jef, Han, dan Wei. Julia telah mendaftarkan diri di Hidayah IslamicCollege. Julia berasa gembira pada hari pertama persekolahannya. Julia teringat akanJun dan kenangan baru di bandar Perth. Kenangan baru yang indah dapatmenenggelamkan kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.

Page 2: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 2/22

Bab 4

Julia gembira kerana dapat menyesuaikan diri dengan kawan- kawan di dalamkelas. Kawan- kawannya menerima kehadiran Julia. Mereka melayan Julia denganmesra dan sopan. Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam Islam.

Julia terharu terhadap layanan Safiyya, Sadia dan kawan- kawannya yang lainterhadapnya. Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjerumus ke lembah maksiat. Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati mama yangmenerima perkahwinan abah dengan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.

Bab 5

Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah. Abah tentu sibuk.Keadaan jerebu semakin serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Yang

berasakan pelancongan tentu mengahadapi masalah. Mama akan pulang. Mamamenasihati Julia supaya mengikut perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julialah yang akan mengambil alih perniagaan BMPRO Holding. Melalui abah, Juliamendapat tahu bahawa perniagaan abah semakin merosot. Kematian Tan Sri Yahayamenyebabkan abah kehilangan tempat mendapatkan nasihat. Kemudian, Juliamendapat hadiah daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.

Bab 6

Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic College. Julia sangat aktif didalam kelas. Pada waktu itulah Julia menerima berita kemalangan abah dan mamayang berlaku di Karak. Di lapangan terbang Julia berdoa agar abah dan mama selamat.Jun muncul di hadapan Julia. Kebetulan Jun juga akan pulang ke Kuala Lumpur.Akhirnya, Julia menerima takdir kematian abah dan mama dengan linangan air mata.

Page 3: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 3/22

Bab 7

Kematian Datuk Bakar dianggap suatu kehilangan besar kepada negara, samakesannya dengan kematian Tan Sri Yahaya. Julia harus memahami hakikat tersebut.Keadaan di rumah Julia masih muram. Nenek Maryam masih tinggal di rumah Julia.

Julia teringat akan pesanan abah dan mama ketika membuat keputusan hendakmenghantar Julia belajar di Perth. Julia diminta oleh abah dan mama supaya bersediamenjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada abah dan mama. Junmenelefon Julia. Dia menawarkan pertolongan. Julia teringat akan ugutan Rashidsupaya Julia terus berkawan dengannya.

Bab 8

Pada hari kesembilan belas kematian abah dan mama, Julia sudah dapatmembina kekuatan diri. Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dan gayasamseng Rashid menyebabkan nenek membuat laporan polis. Julia terpaksameninggalkan kerana hendak mengambil alih perniagaan abah. Julia membaca e- melyang dihantar oleh Jun dan Safiyya. Ummi Sarah, isteri muda abah datang ke rumahuntuk menjelaskan kedudukannya dalam Butik BMPRO Sdn. Bhd. Ummi Sarah hanyamenjalankan perniagaan. Butik itu memang milik Julia dan adik- adiknya.

Bab 9

Julia pertama kali hadir di pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd. Sebagai pengerusisyarikat. Julia berasa beredebar- debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri. Julia

disambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang oleh staf BMPRO Holding.Ucapan pertama Julia mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh staf. Juliadiperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffayang tidak dapat hadir. Pada hari itu juga Julia terpaksa berjumpa dengan tiga orangwartawan Utusan yang ingin menemu ramahnya.

Page 4: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 4/22

Bab 10

Julia teringat akan temu ramah dengan wartawan semalam. Berita yang keluar pada hari ini sangat positif yang dapat membina keyakinan orang ramai dan usahawanterhadap BMPRO Holding. Jun menghubungi Julia dan mengucapkan tahniah tentang

berita yang keluar dalam akhbar hari ini. Syed Mustaffa menuntut supaya Butik BMPROSdn. Bhd. diserahkan kepadanya. Julia tidak membuat keputusan tetapi menyerahkanmasalah itu kepada peguam syarikat. Sebenarnya BMPRO Holding mengahadapimasalah aliran tunai dan Julia terpaksa mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah.

Bab 1 1

Julia teringat akan lawatan ke Katanning untuk menziarahi keluarga Sadia.

Lawatan itu memberikan kesedaran kepada Julia tentang perjalanan hidup yang belumpasti pada masa hadapan. Melalui e- mel, Julia mendapat tahu bahawa Sadiamendapat adik kembar. Brother Haroun menasihati Julia supaya bertawakal dan Rashidpula memohon maaf atas kekasarannya dahulu. Julia menghubungi Ummi Sarahkerana tidak dapat melawat Butik BMPRO. Julia menyerahkan pengurusan butiksepenuhnya kepada Ummi Sarah.

Bab 12

Julia menumpukan perhatian kepada masalah BMPRO Transport yang merosotperniagannya. Julia bimbang kerana kutipan tidak dapat menampung kos operasi. Juliateringat akan nasihat Jun supaya banyak membaca dan mengurus syarikat denganmenggunakan ilmu. Pertemuan dengan Pengarah Urusan Cinta Sejati Travel & Tours,milik keluarga Jun diharapkan dapat mewujudkan kerjasama yang menguntungkankedua- dua belah pihak. Julia akan menghadiri kursus homestay  di Seri Malaysiaanjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Julia pergidengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting.

Page 5: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 5/22

Bab 13

Cabaran yang terpaksa diharungi oleh Julia semakin hebat. Encik Hashim,Pengurus Besar BMPRO Holding meletak jawatan. Hati Julia risau tetapi denganmembaca buku Membujur Lalu… Suatu Pengalaman Orang Melayu dalam Pengurusan

yang dihadiahkan oleh Jun, Julia mendapat sedikit kekuatan untuk menghadapi situasiyang rumit. Encik Baharom marah kepada Julia kerana melantik Datuk Jailani bagimembantu memulihkan BMPRO Transport Sdn. Bhd. Sebenarnya masalah BMPROTransport Sdn. Bhd. disebabkan oleh Encik Baharom sendiri yang tidak cekap danmenyeleweng. Julia telah membuktikan wujudnya penyelewengan itu semasa menaikibas dari Kuala Lumpur ke Banting. Encik Baharom insaf dan Julia memaafkannya.

Bab 14

Julia dan Jun akan melaksanakan pakej homestay di daerah Kubang Pasu, iaitukawasan parlimen Perdana Menteri. Pakej ini menggunakan keindahan semula jadi,kemajuan, dan kemudahan yang sedia ada untuk menarik pelancong. Perdana Menterisendiri akan melancarkan program homestay di Felda Guar Napai. Unit PerancanganEkonomi Negeri Kedah sedia membantu. Penduduk- penduduk kampong juga akanmengambil bahagian sebagai keluarga angkat pelancong. Julia senang hatiyang beradadi sisinya.

Bab 15

Julia mendapat tahu bahawa Rashid ditangkap oleh polis kerana disyakimengedar dadah. Julia teringat akan perbualannya dengan Rashid, Mona, dan Hanyang senantiasa mengganggu perasaannya. Julia amat tertarik akan watak Jun yangtampan dan senantiasa berterus- terang. Sayangnya perbezaan agama membataskanhubungan mereka. Julia ke pejabat Encik Ibrahim di Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Pegawai kementerian tersebut mencadangkansupaya mereka menyediakan sepasang pengantin dan mengadakan kenduri- kendaramengikut adapt orang Melayu untuk menarik pelancong.

Bab 16

Page 6: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 6/22

Pagi itu Julia sembahyang subuh berjemaah dengan Adi. Julia berharap agar Adiakan mengambil alih perniagaan apabila dewasa kelak. Mereka mendengar kuliahsubuh yang disampaikan oleh nenek. Pagi itu juga mereka akan menziarahi kubur abahdan mama. Julia teringat akan pertemuannya semalam dengan keluarga Jun diRestoran Fui Gui, Hotel Istana. Semasa berada di tanah perkuburan, Jun datangmenemui Julia dengan memakai baju melayu. Jun berterus terang kepada Julia bahawadia telah lama memeluk agama Islam. Julia amat gembira.

Bab 17

Lima puluh orang pelancong dari Jepun, Korea Selatan, dan Australiamengambil bahagian. Pelancong akan menyambut ketibaan Perdana Menteri,menyertai sukaneka, dan menyaksikan majlis pernikahan yang bersejarah. Jun danJulia sudah dinikahkan dua hari yang lalu. Julia tidak dapat menyambut ketibaanPerdana Menteri kerana berada di atas pelamin bersama dengan suaminya, Jun.

 Tema

Page 7: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 7/22

Novel Julia karya Abu Hassan Morad memaparkan tema kegigihan kaum wanitaapabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.

➢ Julia seorang gadis yang baru berusia dua puluh satu tahun telah mengambil alihperniagaan bapanya yang sedang mengalami kemerosotan.

➢ Julia telah berusaha bersungguh- sungguh untuk memajukan perniagaanabahnya melalui pembacaan buku, membina keyakinan diri, menghadiri kursushomestay , menghapuskan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat danberkerjasama dengan agensi- agensi kerajaan.

➢ Julia berkerjasama dengan syarikat keluarga Jun, iaitu Cinta Sejati Travel &Tours untuk menarik kedatangan pelancong.

➢ Julia juga mempelbagaikan kegiatan perniagaan, mengenal pasti masalahsyarikat, dan melaksanakan wawasan syarikat dan setiap kakitangan berhakmemberikan pandangan dan mengetahui perkembangan syarikat.

➢ Kegigihannya menjayakan program homestay  membuahkan hasil apabilaprogram tersebut berjaya menarik kedatangan pelancong. Kejayaan tersebutmenandakan bahawa masalah kegawatan dalam perniagaannya telah berakhir.

Persoalan

Page 8: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 8/22

1. Remaja yang runtuh akhlak kerana pergaulan bebas.

➢ Rashid, Julia, Muna, Hang Wei dan Jef bergaul bebas. Mereka sering melakukanaktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dan meronda.

➢ Rashid senantiasa mengajak Julia yang telah insaf supaya berfoya- foya

dengannya. Rashid tidak mahu hubungan mereka dibatasi oleh agama.Akhirnya, Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar dadah.

2. Pendidikan agama dapat mengubah watak remaja dan membentuk peribadi.

➢ Julia mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic College, Perth, Australia.Di sana Julia bergaul dengan pelajar- pelajar perempuan yang memakai tudung,bersopan, dan berakhlak mulia. Julia insaf akan perbuatannya dahulu.

➢ Melalui pendidikan agama, Julia dapat memahami erti sebenarnya kehidupan.Julia memahami betapa besarnya erti persaudaraan dalam Islam.

➢Watak Julia berubah setelah mendapat pendidikan agama. Julia berjayamembentuk ketahanan diri dan dapat menolak perbuatan maksiat. Dalam bidangperniagaan, Julia tidak mementingkan keuntungan semata- mata tetapi turutmementingkan keadilan sosial. Julia sanggup memendamkan perasaan cintanyaterhadap Jun kerana perbezaan agama. Tetapi apabila Julia mengetahui Juntelah lama memeluk Islam, Julia amat gembira kerana tiada lagi benteng agamayang memisahkan mereka.

3. Keindahan bandar Perth dan warganya yang berhati mulia.

➢ Julia tertarik akan keindahan King’s Park, ketenangan sungai Swan,pembangunan bandar yang teratur, rumah dan berjenis- jenis pokok bunga yang

cantik.➢ Warga kota di Perth senantiasa menghormati warga asing. Seorang perempuan

tua memberikan hormat kepada Julia semasa melintas di hadapan Julia.

➢ Warga tua di Madison Garden, Perth dibantu oleh aktivis sukarela. Jikalau adawarga tua yang uzur, ada aktivis yang membantu mereka. Warga tua turut diberielaun khas. Ia menyebabkan mereka lebih kemas dan terjaga.

4. Masalah jerebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan kemerosotan dalam industripelancongan.

➢ Kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia menyebabkan nilai ringgit jatuhmerudum. Masalah jerebu yang melanda turut menyebabkab jumlah kedatanganpelancong berkurangan.

Page 9: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 9/22

➢ Perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. yang berasaskan pelanconganmenerima tamparan hebat. BMPRO Travel & Tours dan BMPRO Transportkekurangan wang tunai.

➢ Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menerajui usahamenggalakkan kedatangan pelancong dengan mengadakan program homestay .

Program ini bertujuan menarik kedatangan pelancong dengan menggunakankeindahan semula jadi, kemudahan yang sedia ada sebagai tarikan.

5. Kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan memajukanperniagaan.

➢ Datuk Bakar sering mendapatkan khidmat nasihat daripada Tan Sri Yahaya. TanSri Yahaya sering memberi tunjuk ajar, dorongan dan merupakan seorang rakanperniagaan yang baik. Kerjasama turut diamalkan dalam Dewan PerniagaanMelayu untuk memajukan perniagaan orang Melayu.

➢ Jun senatiasa menawarkan bantuan kepada Julia. Melalui Jun, Julia mendapat

buku Membujur Lalu… Suatu Pengalaman Orang Melayu . Buku ini memberiJulia panduan untuk mengurus perniagaan. Kerjasama yang paling berkesanialah antara BMPRO Travels & Tours hingga dapat menjalankan programhomestay di.

➢ Julia mendapat kerjasama daripada wartawan Utusan dengan menyiarkan beritayang positif tentang diri Julia. Berita itu telah mengukuhkan kepercayaan orangramai dan rakan niaga terhadap BMPRO Holding Sdn. Bhd. Julia juga mendapatkerjasama daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Perbadanan Peneroka Felda Guar Napai.

6. Percintaan yang murni antara sepasang kekasih yang berlainan bangsa.

➢ Julia dan Jun tidak pernah berbincang tentang cinta. Julia terlanggar Jun,seorang pemuda Cina semasa hendak pergi ke nilik air di atas pesawat Boeing777. Itulah pertemuan pertama mereka. Sekali lagi Julia terserempak denganJun di kedai buku Collin Booksellers. Jun tidak lupa mengirimkan hadiah kepadaJulia yang dikirim melalui Mak Cik Nadia.

Page 10: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 10/22

➢ Bagi Julia, peribadi Jun amat mengagumkan. Ditambah pula dengan sifatberterus- terang dan kemunculan Jun pada saat- saat Julia amat memerlukanseorang rakan menyebabkan Jun mendapat tempat di hati Julia. Cuma batasagama sahaja yang memisahkan mereka.

➢ Hubungan Julia dengan Jun semakin erat. Jun senantiasa memberikan nasihat

dan dorongan kepada Julia dalam menyelesaikan masalah BMPRO Holding. Juntelah memeranjatkan Julia dengan memberitahunya bahawa dia telah memelukagama Islam. Jun dan Julia dinikahkan dan mereka bersanding pada haripelancaran program homestay di Felda Guar Napai.

Watak dan perwatakan

Page 11: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 11/22

Julia

1. Julia ialah anak sulung kepada pasangan Datuk Bakar dan Datin Maznah yangmenetap di Kuala Lumpur.

2. Semasa remaja Julia hampir terjerumus ke lembah maksiat kerana bergaul

bebas dengan rakan jalanan seperti Rashid, Muna dan Han.

3. Semasa remaja juga, Julia bersifat hipokrit. Di rumah, dia seorang yangpenyayang terhadap adik- adiknya tetapi di luar rumah, dia adalah remaja yangliar.

4. Julia insaf dan bertaubat apabila mendapat pendidikan agama di Hidayah IslamicCollege. Sejak itu dia menjadi seorang yang taat kepada agama dan menjadikanagama sebagai panduannya.

5. Julia seorang yang tabah dan cekal. Buktinya, dia kuat semangat menghadapipelbagai masalah selepas kematian abah dan mamanya.

6. Julia berpendirian tegas. Buktinya, dia tidak terpengaruh dengan rayuan Rashid.Julia menghadapi kerenah Syed Mustaffa dan Encik Baharom tanpa mengubahpendiriannya sebagai seorang pengurus syarikat.

7. Julia juga wanita yang berani. Buktinya, dalam usia muda dan tiada pengalaman,Julia berani bertengkar dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom yangberpengalaman dalam pengurusan syarikat.

8. Julia bertindak secara bijaksana dalam menyelesaikan masalah syarikat.Buktinya, dia mengenal pasti masalah dalam BMPRO Transport dengan menaikibas dari Kuala Lumpur ke Banting. Dengan cara itu tahulah dia bahawa

kemerosotan dalam BMPRO Transport disebabkan oleh penyelewengan danpengurusan yang tidak cekap.

9. Julia mempunyai sifat belas kasihan dan pemaaf. Buktinya, dia tidakmenghukum Encik Baharom yang merancang hendak menjual BMPROTransport, sebaliknya memaafkan kesalahan dan memberikan peluang yangterakhir kepada Encik Baharom.

10.Julia gigih berusaha dan tidak mudah putus asa. Buktinya, dia berusahamemulihkan dan memajukan BMPRO Sdn. Bhd. Dia bersedia mengikuti kursushomestay untuk memajukan syarikatnya.

11.Julia merupakan wanita yang kreatif. Buktinya, dia mempelbagaikan kegiatansyarikat seperti BMPRO Catering cuba mendapatkan kontrak denganpenerbangan MAS.

12.Julia mempunyai prinsip dalam perniagaan. Buktinya, Julia tidak mementingkankeuntungan semata- mata tetapi mementingkan keadilan sosial juga.

13.Julia mencintai Jun dan mereka akhirnya berkahwin semasa pelancaran programhomestay di Felda Guar Napai.

Page 12: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 12/22

Jun

1. Jun ialah pemuda yang berketurunan Cina tetapi telah memeluk agama Islamselepas kematian kakaknya yang bernama Julia.

2. Jun menemui Julia dalam penerbangan ke Perth, Australia. Julia terlanggar Junsemasa ke bilik air.

3. Jun pemuda yang tampan dan periang.

4. Hatinya mulia, ikhlas, dan berterus- terang dalam percakapannya.

5. Dia pandai mengambil hati Julia dan senantiasa muncul atau menghubungi Juliapada saat- saat Julia menghadapi masalah.

6. Selain itu, Jun bersopan- santun dan menghormati orang lain.

7. Jun suka memberikan nasihat kepada Julia supaya senantiasa tabahmenghadapi dugaan hidup. Nasihat Jun dihargai oleh Julia.

8. Jun penyayang dan baik. Buktinya, dia senantiasa mengambil berat terhadap diriJulia dan adik- adiknya.

9. Jun senantiasa menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan syarikatJulia dengan mengadakan kerjasama antara BMPRO Travel & Tours dan CintaSejati Travel & Tours, syarikat milik keluarganya.

Rashid1. Rashid ialah rakan jalanan Julia. Rashid adalah pemuda yang tidak jujur dan

tidak bermoral.

2. Rashid mengamalkan pergaulan bebas dan tidak mahu perhubungan lelaki danwanita dibatasi oleh agama. Buktinya, Rashid senantiasa melakukan maksiatdan bergaul bebas dengan rakan- rakan jalanan seperti Muna, Han, Jef dan Wei.

3. Rashid tidak memahami perasaan orang lain. Buktinya Rashid mengajak Juliakeluar berfoya- foya sedangkan Julia baru saja kematian abah dan mamanya.

4. Percakapan Rashid seperti orang gila, kasar dan tidak menghormati orang lain.

Buktinya, dia berlagak samseng di rumah Julia menyebabkan nenek membuatlaporan polis kerana tidak mahu Rashid datang ke rumah Julia.

5. Rashid bersikap tamak dan berhasrat berkongsi harta kekayaan Julia selepaskematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.

6. Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar dadah.

Page 13: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 13/22

Datuk Bakar 

1. Beliau abah Julia dan suami Datin Maznah serta Ummi Sarah.

2. Wajahnya berkerut, berdahi luas dan cermin matanya tersangkut di hidung.

3. Beliau adalah tokoh korporat yang terkemuka dan merupakan orang pentingdalam Dewan Perniagaan Melayu.

4. Datuk Bakar gigih bekerja. Buktinya, dia berusaha untuk membangunkanBMPRO Holdings Sdn. Bhd. dan di bawahnya terdapat beberapa buah anaksyarikat seperti Butik BMPRO, BMPRO Catering, BMPRO Travel & Tours, danBMPRO Transport.

5. Beliau mempunyai prinsip yang baik dalam perniagaan. Buktinya, dia tidakmementingkan keuntungan semata- mata tetapi juga keadilan sosial.

6. Beliau suka mendengar nasihat orang lain. Contohnya, nasihat Tan Sri Yahaya.

7. Beliau merupakan seorang yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan.Buktinya, beliau memberikan pendidikan agama kepada anaknya, Julia denganmenghantarnya ke Hidayah Islamic College.

8. Beliau senantiasa bermuafakat dengan isterinya, Datin Maznah. Buktinya, diaberbincang tentang soal perniagaan dan pendidikan anaknya, Julia.

9. Datuk Bakar mengalami masalah dalam perniagaan sebagai akibat masalah jerebu dan kegawatan ekonomi.

10.Datuk Bakar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Karak.

Datin Maznah

1. Beliau mama Julia, isteri Datuk Bakar dan madu Ummi Sarah.

2. Beliau seorang wanita yang berwajah lembut, berkulit putih dan bertahi lalat dipipi kanan.

3. Beliau penyayang orangnya. Buktinya, beliau sayang akan anaknya, Julia dansuaminya Datuk Bakar.

4. Datin Maznah seorang wanita yang bersikap rasional. Buktinya, beliau tidakmenentang perkahwinan suaminya dengan Ummi Sarah.

Page 14: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 14/22

5. Beliau sering memberikan sokongan kepada suaminya dalam perniagaan.Buktinya, beliau senantiasa berbincang dan membantu suaminya dalam urusanperniagaan.

6. Beliau seorang yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan terutamanya dalammenentukan pendidikan anaknya, Julia. Buktinya, dia sendiri yang menghantar 

Julia ke Hidayah Islamic College, Perth, Australia.

7. Datin Maznah senantiasa memberikan nasihat kepada anaknya, Julia supayabersedia mengambil alih perniagaan abah jika berlaku sesuatu kepada abah danmama.

8. Datin Maznah meninggal dunia bersama dengan suaminya dalam suatukemalangan jalan raya di Karak.

Gaya bahasa

Gaya

Page 15: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 15/22

1. Gaya bahasa dialog. Contohnya, dialog antara Julia dengan Jun, Julia denganSyed Mustaffa, Julia dengan Encik Hashim, dan lain- lain.

2. Gaya bahasa bercerita. Contohnya:

  Antara acara sukaneka yang diperkenalkan itu ialah pertandingan

menoreh getah, mengait kelapa, mengetam padi dan menumbuk padi.Pelancong dan masyarakat setempat dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Gaya bahasa monolog. Contohnya:

 – Apa pun keputusannya, semuanya kerana dirimu. Abah dan mama sudahberi peluang, tetapi engkau yang salah gunakan peluang itu.

 – Aku akui itu, tetapi mengapa terlalu drastik? 

 – Abah dan mama tu tahu apa yang baik untuk anaknya. Tentu mereka adaalasan berbuat begitu.

 – Yalah, aku akan cuba bertenang dan ikut kemahuan mereka.

(Monolog dalam diri Julia setelah abah dan mama membuat keputusanmenghantar Julia ke Australia.)

Keragaman Bahasa

1. Ayat

Pengarang banyak menggunakan ayat- ayat pendek. Contohnya: Saya selamat,

Erat, Aku sibuk.2. Diksi

i. Pengarang menggunakan kata bahasa Inggeris. Contohnya, enjoy ,homestay , iron- lady , off- record , Business is a game, dan lain- lain.

ii. Pemilihan kata yang indah dan bertenaga. Contohnya:

Langit terus diselubungi jerebu. Tiada awan, tiada langit membiru.Matahari seakan menghilangkan diri segala- galanya seperti malapetakabesar menimpa negara.

1. Personifikasi. Contohnya:

 – kebimbangan sekali lagi bermain dalam fikiranku 

 – tahi lalat di pipi kanan tersenyum penuh kasih dalam benakku.

1. Simile. Contohnya:

 – Hidup ini kan seperi roda.

Page 16: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 16/22

 – Perniagaan seperti permainan bola jaring.

1. Metafora. Contohnya:

i. Segumpal rindu 

ii. Jarring perasaan

iii. Gelombang kasih

1. Peribahasa

i. Peribahasa berfungsi untuk memberikan gambaran yang lebih jelas disamping menimbulkan keindahan dalam sesebuah karya. Contohnya:

dalam pada menyelam dia minum air ! 

1. Simbol. Contohnya:

i. Unsur simbolik digunakan bertujuan memindahkan sifat- sifat seseorangatau pada yang lain sebagai lambang. Contohnya:

Sejarah hitam diriku berulang lagi.

ii. Dalam contoh di atas, sejarah hitam melambangkan sejarah pahit.

1. Inversi

Inversi ialah susunan kata yang tidak mengikut kebiasaan. Contohnya:

 Air mata berderai gugur.

2. Repitisi. Contohnya:

Tetapi aku lupa bahawa aku sebenarnya miskin.

Miskin ilmu, miskin iman dan miskin segala- galanya.

3. Hiperbola. Contohnya:

Perniagaan adalah peperangan

Latar

Latar tempat

1. Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Syah, Subang, iaitu ketika Julia danmama hendak berangkat ke Australia.

Page 17: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 17/22

2. Pesawat Boeing 777. Tempat dimana Julia terlanggar Jun secara tidak sengaja.

3. Di Hidayah Islamic College, Perth, Australia iaitu tempat Julia belajar. Di Bandar Perth, iaitu di rumah Pak Cik Khairil.

4. Di Lapangan Terbang perth iatu sewaktu Julia ingin pulang ke Kuala Lumpur.

5. Kedai Buku Collin Booksellers. Julia bertemu dengan Jun buat kali kedua.

6. Di Katanning, iaitu tempat lawatan Julia dan kawan- kawannya semasamenziarahi keluarga Sadia.

7. Di rumah Julia. Rashid datang mengganggu Julia. Ummi sarah datang ke rumahJulia untuk menjelaskan kedudukan Butik BMPRO Sdn. Bhd.

8. Pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd. Tempat Julia memulakan tugasnya sebagaipengerusi syarikat, tempat Julia dan Syed Mustaffa bertikam lidah, tempat Juliamenyelesaikan masalah Encik Baharom dengan BMPRO Transport Sdn. Bhd.

9. Di pejabat Cinta Sejati travel & Tours, iaitu tempat Julia bertemu denganpengarahnya urusannya iaitu, Encik Ihsan Abdullah.

10.Di Restoran Fui Gui, tempat Julia dan Geena menemui keluarga Jun.

11.Tanah perkuburan Bukit Kiara, semasa Julia menziarahi kubur abah dan mama.Di sini juga tempat Jun memberitahu keislamannya dan memberitahu hasrathatinya untuk meminang Julia.

12.Felda Guar Napai, daerah Kubang Pasu merupakan tempat pelancaran programhomestay dan majlis persandingan Julia dengan Jun.

Latar masa

1. Tahun 1997 hingga 1998.

2. Semasa kegawatan ekonomi dan masalah jerebu melanda.

3. Selepas kematian Tan Sri Yahaya, Pengerusi Kumpulan DRB- Hicom.

Latar masyarakat

1. Masyarakat korporat yang sibuk dengan perniagaan. Datuk Bakar dan DatinMaznah, pemilik BMPRO Holding Sdn. Bhd. dan beberapa buah anak syarikatyang senantiasa sibuk dengan urusan perniagaan.

2. Masyarakat remaja yang menghadapi masalah keruntuhan akhlak yangberpunca daripada masalah keluarga. Julia terlibat dengan pergaulan bebasberpunca daripada mama yang tidak ada masa untuk memberikan perhatiankepadanya. Begitu juga dengan Rashid yang menghadapi masalah keluarga.

Page 18: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 18/22

3. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama. Buktinya, Julia dihantar keHidayah Islamic College untuk mendapat pendidikan agama.

4. Masyarakat yang mementingkan agama dalam kehidupan. Julia yang telah insaf amat berpegang kuat pada agama. Baginya, pergaulan lelaki dan wanitamestilah dibatasi oleh agama.

5. Masyarakat yang gigih berusaha untuk memajukan syarikat. Datuk Bakar berusaha bersungguh- sungguh untuk memulihkan perniagannya yang merosot.Begitu juga Julia yang telah melaksanakan program homestay  untuk menarikkedatangan pelancong kerana syarikatnya berasaskan pelancongan.

6. Masyarakat yang sanggup menghadapi cabaran. Buktinya, Julia yang tidakmempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan dilantik sebagaipengerusi syarikat.

7. Masyarakat korporat yang tidak mementingkan keuntungan dalam perniagaansemata- mata tetapi juga keadilan sosial. Buktinya, prinsip Datuk Bakar dan Julia

dalam mengurus syarikat BMPRO Holding Sdn. Bhd.

8. Masyarakat yang mengamalkan sikap kerjasama. Buktinya BMPRO Travel &Tours berkerjasama dengan Cinta Sejati Travel & Tours.

9. Masyarakat yang bijaksana dan kreatif dalam melakukan pekerjaan. Buktinya,Julia dapat mengenal pasti punca kemerosotan BMPRO Transport dengan caramenaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting. Julia turut mempelbagaikan kegiatanperniagaan BMPRO Catering supaya syarikat itu dapat dimajukan semula.

10.Masyarakat yang teguh ikatan kekeluargaan. Buktinya, Maryam, nenek yangmengambil berat dan menjaga cucu- cucunya selepas kematian Datuk Bakar 

dan Datin Maznah. Hubungan kekeluargaan Jun juga teguh meskipun Jun telahmemeluk Islam.

Plot dan teknik PlotPlot

1. Eksposisi- Pengarang memperkenalkan watak utama, Julia yang belajar diPerth, Australia. Julia sebagai remaja yang liar sebelum melanjutkan pelajaranke sana. Seterusnya, tentang latar tepat di Perth yang menarik hati Julia danperkenalannya dengan Jun.

2. Perkembangan- Pengarang memaparkan konflik yang dialami oleh Julia untukmenyesuaikan diri dengan suasana baru di Hidayah Islamic College. Masalah

Page 19: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 19/22

  jerebu dan kegawatan ekonomi mengancam perniagaan BMPRO Holding sdn.Bhd. milik keluarga Julia. Konflik yang dihadapi Julia semakin hebat apabila abahdan mamanya meninggal dunia setelah terbabit dalam nahas jalan raya di Karak.Julia pulang ke tanah air dan mengambil alih perniagaan abahnya denganmenjawat jawatan jawatan pengerusi BMPRO Holding. Jun mucul dan bersediamenghulurkan bantuan dengan mengadakan usaha sama dengan syarikatperniagaan keluarganya. Julia yang mencintai Jun pula tidak dapat memenuhicintanya kerana perbezaan agama.

3. Klimaks- Jun memberitahu Julia bahawa dia telah memeluk agama Islam lebihdua tahun yang lalu. Jun menyampaikan hasrat hatinya untuk memperisteri Julia.

4. Peleraian- Julia bernikah dengan Jun serta pelaksanaan program homestay .Semasa pelaksanaan program itu, Jun dan Julia mengadakan majlispersandingan mereka.

Teknik plot

1. Pengarang menggunakan teknik seperti dialog, monolog, monolog dalaman,imbas kembali, serta saspens atau kejutan untuk mengembangkan plot.

2. Pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali. Antara peristiwa yangdisampaikan dengan menggunakan teknik imbas kembali ialah ingatan Juliatentang dirinya yang hampir terjerumus ke lembah maksiat bersama- samaRashid yang mengamalkan pergaulan bebas. Julia teringat akan pesanan abahdan mama supaya bersedia menjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu berlaku

Page 20: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 20/22

kepada abah dan mama. Julia teringat akan lawatannya ke Katanning untukmenziarahi keluarga Sadia semasa dia belajar di Perth dahulu.

3. Pengarang turur menggunakan teknik dialog untuk memperkembang ceritamelalui perbualan antara seorang watak dengan watak yang lain. Melalui teknikini, campur tangan pengarang dapat dikurangkan kerana setiap watak seolah-

olah bebas bercakap dan beraksi mengikut peranan masing- masing.

4. Selain itu, teknik monolog dalaman turut digunakan oleh pengarang. Teknik inidapat memanjangkan cerita kerana watak berdialog di dalam dirinya di dalamdirinya sendiri tanpa didengar oleh watak lain. Melalui teknik ini, pembaca dapatmenyelami perasaan dan jiwa watak dengan lebih berkesan.

5. Pengarang turut menerapkan teknik saspens untuk menjadikan plot semakinmenarik dan seronok dibaca. Melalui teknik ini, pembaca akan tertanya- tanyamengenai kesudahan sesuatu persoalan yang ditimbulkan.

6. Teknik pemerian juga turut diterapkan di dalam novel. Teknik ini digunakan agar 

pembaca mudah memahami cerita yang hendak disampaikan.

7. Pengarang turut melakukan kejutan ketika mengembangkan plot novel.Contohnya, pembaca terkejut kerana tidak menduga bahawa Julia beranimematahkan hujah Syed Mustaffa dan Encik Baharom.

Nilai

1. Kasih sayang• Nilai kasih sayang terpancar pada watak Datuk Bakar dan Datin Maznah.

Mereka sangat sayang akan anak mereka, Julia. Mereka menghantar Julia ke Australia untuk menuntut ilmu agama. Tindakan ini tenyata dapatmenyelamatkan Julia daripada terus berfoya- foya sebaliknya berubahmenjadi gadis yang bersopan dan matang.

1. Nasihat- menasihati

Page 21: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 21/22

• Tan Sri Yahaya menasihati Datuk Bakar dalam urusan perniagaan. Junmenasihati Julia supaya tabah mengahadapi dugaan hidup, iaitu semasadan selepas kematian abah dan mama.

1. Bijaksana

• Julia bijak menyelesaikan masalah kemerosotan BMPRO Transportdengan mengenal pasti masalah yang dihadapi. Julia menaiki bas dariKuala Lumpur ke Banting semata- mata untuk mengetahui masalahpenyelewengan dalam BMPRO Transport.

1. Berani

• Dalam usia dua puluh satu tahun dan tidak ada pengalaman dalamperniagaan, Julia berani berhujah dengan Syed mustaffa dan EncikBaharom yang lebih berpengalaman. Julia dapat menundukkan EncikBaharom dan menyerahkan masalah tuntutan Syed Mustaffa kepadapeguam syarikat.

1. Insaf  

• Julia insaf akan perbuatan lampaunya dan bertaubat. Julia berubahmenjadi menjadi seorang gadis yang bersopan dan mementingkan agamadalam kehidupan. Encik Baharom juga insaf akan perbuatannya yangtidak cekap mengurus hingga menyebabkan berlakunya penyelewengandan beliau meminta maaf kepada Julia.

1. Pemaaf 

• Jun tidak menyalahkan Julia kerana melanggarnya ketika dalam pesawat

Boeing 777. Julia memaafkan kesalahan yang dilakukan Encik Baharom.1. Tegas pendirian

• Julia tetap dengan pendiriannya tidak mahu menjual BMPRO Transportsebaliknya ingin berusaha untuk memulihkannya. Julia tetap denganpendiriannya untuk mempertahankan haknya dalam Butik BMPRO.

Pengajaran

1. Kita janganlah melakukan perbuatan maksiat kerana perbuatan itu dilarang olehagama. Contohnya, Muna bergaul bebas dengan lelaki dan ditiduri oleh banyaklelaki.

2. Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan dan kembali kepangkal jalan. Contohnya, Julia insaf akan perbuatannya yang suka berfoya-foya dengan Rashid dan Julia bertaubat serta tidak akan berfoya- foya lagi.

Page 22: Kupasan Novel Julia

8/14/2019 Kupasan Novel Julia

http://slidepdf.com/reader/full/kupasan-novel-julia 22/22

3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan. Contohnya,Julia gigih berusaha tanpa mengenal putus asa untuk memajukan BMPROHolding Sdn. Bhd.

4. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam menempuh liku- likukehidupan. Contohnya, Julia berani menerajui BMPRO Holding walaupun dalam

usianya dua puluh satu tahun.

5. Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, Juliamenaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting bertujuan mengenal pasti masalahkemerosotan BMPRO Transport Sdn. Bhd.

6. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Julia menerimaperistiwa kematian abah dan mama dengan hati yang tabah.

7. Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya, Julia dan Jun bekerjasama untuk melaksanakan program homestay .

8. Kita hendaklah sanggup memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya, Juliamemaafkan kesalahan Encik Baharom yang berniat mahu menjual BMPROTransport atas kepentingan peribadinya.