Novel

6
Soalan 4 : Novel ( 15 markah ) Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut: (i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan mahmood (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir (vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. (b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. Sutera dalam Lukisan

description

jjj

Transcript of Novel

Page 1: Novel

Soalan 4 : Novel

( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan

tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang

telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

Sutera dalam Lukisan

Masyarakat merupakan salah satu unsur penting yang melatari sesebuah cerita dalam novel. Demikian juga dengan novel Sutera dalam Lukisan. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas

sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita menjadikan cerita tersebut lebih menarik.

Antara latar masyarakat yang terdalam dalam novel ini ialah masyarakat yang kurang daya pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai tidak siuman menyebabkan

Page 2: Novel

masyarakat tidak begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya bertanya khabar dan memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Bujei membiarkan Alias membulinya. Dia juga menonton televisyen tanpa gambar dan suara membuatkan pembaca menggambarkan bahawa

Bujei seorang yang tidak normal.

Pengarang juga menggambarkan masyarakat belia yang suka berfoya-foya dan samseng. Ia diwakili oleh watak Alias dengan dibantu oleh kawannya iaitu Sahak dan Sani. Alias suka membuli terutamanya Bujei.

Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan badan. Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa upah. Alias juga berlagak samseng di kampung

hulu. Dia telah memikat perempuan dan pemuda di kampung itu tidak berani berdepan dengannya. Dia juga terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang terpelajar. Adila merupakan seorang graduan lulusan luar negara. Setelah menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati tunangnya

Faizal telah berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dia enggan pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana walaupun telah ditawarkan oleh bapanya. Dengan ilmu yang ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Dengan kelulusan yang ada padanya juga dia telah menerima tawaran untuk

bekerja sebagai pensyarah pada akhir cerita novel ini.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Sutera dalam Lukisan dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Sutera dalam Lukisan

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Sutera dalam Lukisan terdapat pada bab 11. Ia bermula apabila Alias datang ke rumah Bujei pada waktu pagi. Alias naik ke rumah melalui pintu depan dan terus mengambil radio Bujei. Bujei terkejut dengan kehadiran Alias. Alias melambung-lambung radio itu. Bujei meminta alias memberikan radio tersebut. Sebaliknya Alias membuat tuduhan bahawa radio itu adalah radio curi. Bujei terus merayu Alias dengan mangatakan bahawa Radio itu dibeli dengan duitnya sendiri. Bujei meminta radionya dan meminta Alias pergi dari situ. Sikap menentang BUjei membuatkan Alias semakin marah. Alias telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai. 

Bujei amat kecewa dan marah. Bujei telah manumbuk Alias. Dia telah mencapai parang yang terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias sambil memaki hamun Alaias sebagaimana Alias memakinya sebelum itu. Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas kerosakan radionya. Bujei memerintahkan Alias pergi mendapatkan ganti rugi tersebut.

Page 3: Novel

Alias tidak dibenarkan mengambil motosikalnya. Bujei mengugut untuk membakar motosikal Alias. 

Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk Sidang Saman. Bujei terkejut dan keliru apabila Sidang saman menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan Alias dengan parang. Dia kecewa dengan sikap Sidang Saman. Namun setelah menjelaskan kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Sidang Saman mengesahkanbahawa radio tersebut dibeli sendiri oleh Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Namun Sidang Saman tetap memaksa Alias membayar ganti rugi tersebut. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias.

Soalan 4 : Novel( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(iv) Ranyah karya Gunawan mahmood(v) Interlok karya Abdullah Hussain(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

(b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

Sutera dalam Lukisan

Pengarang akan menyelitkan beberapa pengajaran dalam cerita yang disampaikan. Ia disampaikan melalui sesuatu persitiwa dan tindakan watak. Antara pengajaran utama dalam novel Sutera da;am Lukisan ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Pasangan yang ikhlas dan penyayang akan membuatkan rumahtangga bahagia. Sebaliknya pasangan yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan akan membuatkan seseorang isteri menderita. Ibu Bujei iaitu Fatimah tersilap

Page 4: Novel

memilih Harun sebagai suami menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis oleh Harun. Malah dia meniinggal semasa kebakaran akibat daripada sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan sayang.

Pengajaran lain yang terdapat daalm novel ini ialah seorang suami janganlah mendera isteri dan anak-anak kerana mereka adalah amanah yang perlu dilindungi. Harun tidak sepatutnya mendera Fatimah dan Bujei kerana keselamatan dan kehidupan harian mereka adalah tanggungjawab suami. Akibat daripada penderaan menyebabkan kebahagiaan rumahtangga tidak dapat dinikmati. Ia juga akan membawa kesan mental dan emosi kepada anak iaitu Bujei. Kesan daripada tindakan Harun hingga menyebabkankan ibunya maninggal dunia telah menimbulkan perasaan benci Bujei terhadap Harun selain daripada fikiran dan perasaannya tertanggu.

Selain daripada itu, kita juga haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani pepertahankan tanah peninggalan ibunya daripada dirampas oleh bapa tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa dihadapi apabila dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas tanah itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang disediakan oleh Harun. Akibatnya Harun terlalu marah dan mengejar serta membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu.Sutera dalam Lukisan

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Sutera dalam Lukisan ialah peristiwa yang berlaku pada bab 2. Bujei pulang ke rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar. Kemudian dia tidur di dalam kelambu yang bertampal-tampal. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki lima kedai. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mengundang rasa sedih dan simpati pembaca terhadap watak Bujei. 

Peristiwa lain yang menarik bagi saya ialah peristiwa penentangan Bujei terhadap Alias semasa Alias datang ke rumahnya. Bujei melawan menyebabkan Alias marah dan menghempaskan radio Bujei ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang dan meminta ganti rugi. Alias pulang. Tidak lama kemudian orang kampung datang bersama Sidang Saman. Sidang Saman terpengaruh dengan kata-kata Alias yang mengatakan dia menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Sidang Saman memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara sebenar, Sidang Saman memaksa Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80 kepada Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana alias mendapat pembalasan terhadap perbuatannya kepada Bujei sebelum itu.

Peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa Bujei dibelasah oleh Harun di tebing sungai. Dari rumah Sidang Saman, Bujei pergi ke sungai dan tertidur. Dia dikejutkan oleh Harun untuk memujuk Bujei menurunkan cap jari pada surat menyerahan kuasa atas tanah

Page 5: Novel

pusaka ibunya. Cap jari itu dirosakan oleh Bujei. Harun berasa amat marah lalu mengejar Bujei. Semasa menuruni tebing sungai, Harun tersungkur dan badannya berlumuran dengan selut. Bujei berasa kasihan lalu datang mendapatkan Harun dan menyapu lumpur pada pakaian Harun. Harun mengambil kesempatan untuk menumbuk Bujei hingga pengsan di tebing sungai. Bujei sedar setelah malam dan pulang ke rumah. Dia sakit selama tiga hari tanpa diketahui oleh sesiapa. Sidang Saman telah menemuinya dan membawanya pulang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mendatangkan rasa simpati pada pembaca.