Numerasi
-
Upload
zurainah-lokman -
Category
Education
-
view
10.254 -
download
4
Transcript of Numerasi
PENGENALAN
National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai
literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid
sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi.
Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin
disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk
menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh
sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi
masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS).
Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa
konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep
yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara
pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan.
Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran.
Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi
membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi.
Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai
kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini
boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga
boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang
dicadangkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada guru, pensyarah institusi pendidikan guru dan wakil bahagian
di Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut menyumbangkan idea dan
kepakaran untuk menghasilkan modul ini.
1.0 DEFINISI NUMERASI
Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang
mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan
numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti
program LINUS.
3.0 OBJEKTIF
Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya:
i. menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit
dan tempat bagi nombor hingga 1000
ii. menguasai fakta asas tambah
iii. menguasai fakta asas tolak
iv. menguasai fakta asas darab
v. menguasai fakta asas bahagi
vi. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah
dalam wang, menyatakan masa dan waktu serta bentuk tiga
dimensi dan bentuk dua dimensi.
4.0 ORGANISASI KANDUNGAN
Modul guru program LINUS ini dihasilkan mengikut unit. Terdapat sepuluh
unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang
merangkumi nombor bulat hingga 20, tambah dan tolak dalam
lingkungan 18, wang hingga RM10, pengenalan masa dan waktu,
bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi.
Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS (Numerasi) ini ialah
pendekatan pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan
penggabungjalinan.
Kandungan Kemahiran Numerasi Tahun 1
1. Nombor Bulat Hingga 10
2. Nombor Bulat Hingga 20
3. Tambah Dalam Lingkungan 10
4. Tambah Dalam Lingkungan 18
5. Tolak Dalam Lingkungan 10
6. Tolak Dalam Lingkungan 18
7. Wang Hingga RM10
8. Pengenalan Masa Dan Waktu
9. Bentuk Tiga Dimensi (Bentuk 3D)
10. Bentuk Dua Dimensi (Bentuk 2D)
Hasil Pembelajaran Tahun 1
Pada akhir Tahun 1 murid berupaya:
1. Menyatakan nombor, 0 hingga 20.
2. Mengenal pasti angka, 0 hingga 20.
3. Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 20.
4. Menulis angka, 0 hingga 20.
5. Membaca nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'.
6. Menulis nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'.
7. Menyebut nombor 0 dan 10.
8. Mengenal pasti angka '0' dan '10' dalam membilang.
9. Menulis angka '0' dan '10'.
10. Menyusun nombor, 0 hingga 20:
a) membilang satu-satu secara tertib menaik.
b) membilang satu-satu secara tertib menurun.
c) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik.
d) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.
11. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih
atau kurang.
12. Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor.
13. Menyatakan nilai setiap digit dalam satu nombor.
14. Menyatakan jumlah bagi dua nombor.
15. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
16. Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jawapan yang
sama.
17. Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.
18. Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
19. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
20. Mencari beza antara dua nombor.
21. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.
22. Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.
23. Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila
ditolak memberi baki yang sama.
24. Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor.
25. Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan
wang kertas.
26. Mewakilkan nilai wang bagi ‘RM’ dan 'sen'.
27. Menukarkan:
a) duit syiling sehingga RM1.
b) wang kertas sehingga RM10.
28. Menambah dan menolak:
a) duit syiling sehingga RM1.
b) wang kertas sehingga RM10.
29. Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan wang.
30. Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul.
31. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari.
32. Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan.
33. Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan.
34. Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam.
35. Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi.
36. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi.
37. Mengkelaskan bentuk tiga dimensi.
38. Membina model.
39. Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi.
40. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi.
41. Mengkelaskan bentuk dua dimensi.
42. Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi.
5.0 PENDEKATAN NUMERASI DALAM PEMBINAAN MODUL
Disarankan guru melaksanakan pengajaran dengan menekankan
pendekatan yang dicadangkan.
a. Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri: Pastikan
bahawa murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum
memperkenalkan kemahiran yang baru. Murid yang belum dapat
menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khusus untuk
memperbetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun,
pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza
dari pengajaran sebelumnya.
b. Pendekatan ansur maju (berperingkat): Perkenalkan konsep
matematik bermula daripada perkara yang senang kepada yang
susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada
kontekstual kepada konstruktif.
c. Pendekatan didik hibur: Perlu diingat murid yang mengikuti program
ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi
membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang
disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik,
melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik
hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan
manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam
pengajaran.
d. Pendekatan penggabung jalinan kemahiran: Guru perlu
menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain
mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk ’Wang Hingga
RM10’ kemahiran menambah dan menolak harus diaplikasi.
6.0 PENJELASAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 1
Tujuan Modul Guru Ini Dibina
Modul guru ini dibina berujuan supaya:
murid dapat menggunakan deria mereka semasa menjalankan
aktiviti pembelajaran.
murid dapat meneroka, menjalankan eksperimen, membuat tekaan
berdasarkan pemerhatian mereka dan menyelesaikan masalah
melalui aktiviti yang menyeronokkan.
murid dapat mengawal pembelajaran kendiri melalui pendekatan
ansur maju.
Mengenai Modul Ini
Modul ini:
mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang dibina dan
disusun supaya mudah dilaksanakan oleh guru dan diikuti oleh murid.
mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang menekankan
penanaman konsep Matematik melalui aktiviti didik hibur.
mencadangkan penggunaan bahan bantu mengajar yang
berkesan.
mencadangkan soalan-soalan terarah dalam konteks matematik
yang dapat mengukuhkan pemahaman murid.
mencadangkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan murid.
Saya mendengar, saya lupa.
Saya melihat, saya ingat.
Saya melakukan, saya faham.
(F) LANGKAH-LANGKAH
PENGAJARAN
(C) HASIL PEMBELAJARAN
(B) UNIT 1.2
(A) UNIT DAN TAJUK
(D) BAHAN BANTU MENGAJAR
(E) PERBENDAHARAAN KATA
(G) AKTIVITI PENGUKUHAN (H) MUKA SURAT
Penjelasan Modul
Bil. Perkara Penerangan
(A) Unit Dan Tajuk Nombor siri bagi unit dan tajuknya.
(B) Unit 1.2
Nombor siri bagi sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam suatu unit.
Contohnya: Unit 1.2 menunjukkan Unit 1, sesi
pengajaran dan pembelajaran kedua.
(C) Hasil Pembelajaran
Sejajar dengan kurikulum Matematik Tahun 1 (KBSR).
Akan dibina sesuai dengan kurikulum baru
Matematik Tahun 1 (KSSR).
(D) Bahan Bantu
Mengajar
Mudah disediakan oleh guru.
Templat sedia cetak disediakan.
Praktikal dan boleh digunakan berulang kali.
(E) Perbendaharaan
Kata
Diperkenalkan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Perlu diulang penggunaannya seberapa kerap
yang mungkin, baik dalam sesi pengajaran yang
sama mahupun dalam sesi pengajaran lain, dalam
konteks yang serupa.
Murid perlu digalakkan menggunakannya di
sepanjang aktiviti pembelajaran.
(F) Langkah-Langkah
Pengajaran
Ringkas dan sistematik.
Menekankan pemahaman konsep.
Menyeronokkan dan berpusatkan murid serta
tertumpu kepada suatu kemahiran pada suatu
masa.
(G) Aktiviti Pengukuhan
Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran
yang dapat memperkukuhkan pemahaman murid.
Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran
yang berbeza tetapi menerapkan konsep
matematik yang sama.
Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran
yang menggalakkan penerokaan lanjut bagi
kemahiran matematik yang sama.
(H) Muka Surat Muka surat.
KANDUNGAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 1
UNIT TAJUK
MUKA SURAT
MODUL
GURU BBM
1 NOMBOR BULAT HINGGA 10
1.1 Menyebut nombor, 1 hingga 9. 1 - 2
1.2 Mengenal pasti angka, 1 hingga 9. 3 - 4
1.3 Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9. 5
1.4 Menulis angka, 1 hingga 9. 6
1.5 Membaca nombor dalam perkataan, 'satu' hingga
'sembilan'. 7
1.6 Menulis nombor dalam perkataan, 'satu' hingga 'sembilan'. 8
1.7
Menyusun nombor, 1 hingga 9:
9 - 11 1 a) membilang satu-satu secara tertib menaik.
b) membilang satu-satu secara tertib menurun.
1.8
Menyebut nombor 0 dan 10.
12 - 13
Mengenal pasti angka '0' dan '10' dalam membilang.
Membilang objek dalam kumpulan hingga 10.
Menulis angka '0' dan '10'.
Membaca nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga
'sepuluh'.
Menulis nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'sepuluh'.
1.9
Menyusun nombor, 0 hingga 10:
14 - 15
a) membilang satu-satu secara tertib menaik.
b) membilang satu-satu secara tertib menurun.
c) membilang daripada sebarang nombor secara tertib
menaik.
d) membilang daripada sebarang nombor secara tertib
menurun.
UNIT TAJUK
MUKA SURAT
MODUL
GURU BBM
1 NOMBOR BULAT HINGGA 10 (Sambungan)
1.10 Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang
mana lebih atau kurang. 16
1.11 Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu
nombor. 17 - 18
2 NOMBOR BULAT HINGGA 20
2.1
Menyebut nombor, 11 hingga 20.
19 - 21
Mengenal pasti angka, 11 hingga 20.
Menulis angka, 11 hingga 20.
2.2 Membilang objek dalam kumpulan, 11 hingga 20. 22
2.3
Membaca nombor dalam perkataan, 'sebelas' hingga
'dua puluh'. 23
Menulis nombor dalam perkataan, 'sebelas' hingga 'dua
puluh'.
2.4 Menyatakan nilai setiap digit dalam suatu nombor. 24 - 25 2
2.5
Menyusun nombor, 11 hingga 20:
26 3 - 14
a) membilang satu-satu secara tertib menaik.
b) membilang satu-satu secara tertib menurun.
c) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik.
d) membilang daripada sebarang nombor secara tertib
menurun.
3 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10
3.1 Menentukan lebih satu daripada suatu nombor. 27
3.2 Menyatakan jumlah bagi dua nombor. 28 - 29
3.3 Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. 30
3.4 Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah
yang sama. 31 - 32 15 - 24
3.5 Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor. 33 - 35
3.6 Menyelesaikan masalah harian yang mudah. 36 - 38 25
UNIT TAJUK
MUKA SURAT
MODUL
GURU BBM
4 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18
4.1 Menentukan lebih satu daripada suatu nombor. 39 - 40
4.2 Menyatakan jumlah bagi dua nombor. 41 - 42
4.3 Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. 43
4.4 Menyatakan secara spontan fakta asas tambah. 44 - 46
4.5 Menyelesaikan masalah harian yang mudah. 47 - 48
5 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10
5.1 Menentukan kurang satu daripada suatu nombor. 49 - 50
5.2 Menulis ayat matematik bagi operasi tolak . 51
5.3 Menyelesaikan masalah harian yang mudah. 52 - 54
6 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18
6.1 Menentukan kurang satu daripada suatu nombor. 55 - 56
6.2 Mencari beza antara dua nombor. 57 - 59
6.3 Menulis ayat matematik bagi operasi tolak. 60
6.4 Menyatakan secara spontan fakta asas tolak. 61 - 62
6.5 Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana
apabila ditolak memberi baki yang sama. 63 - 65
6.6 Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor. 66 - 67
6.7 Menyelesaikan masalah harian yang mudah. 68
7 WANG HINGGA RM10
7.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling
dan wang kertas. 69 - 71
7.2 Mewakilkan nilai wang bagi ‘RM’ dan 'sen'. 72
7.3
Menukarkan:
73 - 76
a) duit syiling sehingga RM1.
b) wang kertas sehingga RM10.
UNIT TAJUK
MUKA SURAT
MODUL
GURU BBM
7 WANG HINGGA RM10 (Sambungan)
7.4
Menambah dan menolak:
77 - 78
a) duit syiling sehingga RM1.
b) wang kertas sehingga RM10.
7.5 Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan
wang. 79 - 80
8 PENGENALAN MASA DAN WAKTU
8.1 Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan
betul. 81 - 82
8.2 Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari. 83 26 - 32
8.3 Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan. 84 - 85
8.4 Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan. 86 - 87 33 - 37
8.5 Mengenal muka jam dan menyatakan waktu dalam jam
pada muka jam. 88 - 92
38 - 40
9 BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)
9.1 Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi. 93 - 96 41 - 45
9.2 Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi. 97 - 104
9.3 Mengkelaskan bentuk tiga dimensi. 105 - 109
9.4 Membina model. 110
10 BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)
10.1 Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi. 111 - 113
10.2 Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi. 114 - 115
10.3 Mengkelaskan bentuk dua dimensi. 116 - 117
10.4 Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi. 118