NurMuhammad

download NurMuhammad

of 4

Transcript of NurMuhammad

  • 8/6/2019 NurMuhammad

    1/4

    NUR MUHAMMADASAS DARI AL-QURAN DAN HADITHIhsan Dari Muhammad Nasir [[email protected]]

    1. ASAS DARI AL-QURAN

    1.1 Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:"Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nur dari Allah, dan Kitab yang nyata" (Quran 5:15).Dimana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:Jalal al-Din al-Suyuti (Tafsir al-Jalalayn, 139):"Ia adalah Rasullullah s.a.w"

    Ibn Jarir al-Tabari(Jami al-bayan, 6.161):

    " Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telahmenyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."

    Fakhr al-Razi(al-Tafsir al-kabir, 11:194):"Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"

    al-Baghawi (Maalam al-Tanzil, 2.228):" Ia bermaksud Muhammad s.a.w, atau, mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam"

    dan Qurtubi (Ahkam al-Quran , 6.118)dan Mawardi (al-Nukat wa al-uyun, 2.22) menyebut bahawa tafsiran Nur sebagai "Muhammad"bagitu juga pendirian Imam bahasa Arab Ibrahim ibn Muhammad, al-Zajjaj (m. 311H).

    Semua menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran. Ini adalah terjemahan para ahli tafsir yang awal, kerana al-Tabari adal

    ah sheikh bagi para salaf dalam bidang tafsir; tegasnya menunjukkan bahawa Nursebagai "Islam" ialah satu tafsiran yang datang kemudian.

    1.2 Penjelasan terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antaraulama Islam yang mengumpul usaha berkenaan keperibadian baginda ialah ulama' ha

    dith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti dalam dua jilid al-Khasais al-kubra,pada bab pertama , hadith pertama beliau telah dilaporkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir Al-Quran] , dan oleh Abu Nuaym dalam Dalail al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran

    "dan ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi perjanjian setia mereka,dan dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, d

    an Nabi Musa, serta. Nabi Isaibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh ;" (Surah 33:7)

  • 8/6/2019 NurMuhammad

    2/4

    Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasais al-kubra, ms. 3).Perbezaan temporal(masa) adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:

    Sahih Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:

    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah Musayang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman terus;akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis di dalam kete

    tapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa."

    1.3 Penjelasan bagi Ayat 26:217-219

    "Wa tawakkal `ala al-`azizi-r-rahim al-ladhi yaraka hina taqum wa taqallubaka fi

    s-sajidin"(al-Shu`araa 26:217-219)

    " Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,Yang melihatmu semasa engkau berdiri, Dan gerak-gerimu di antara

    orang-orang yang sujud. "

    Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;

    Ibn `Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w 'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan dari kalangan para ambia'.(liha

    t Qadi `Iyad di bawah)ASAS DARI HADITHRasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:

    Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam,sejak kejadian mereka.Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepadaayahanda ku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryambeberapa rantai dalam Ahmad 4:127-128,Bayhaqi dalam Shu'ab #1385 dan,dalam Dala'il al-nubuwwa 1:83, 2:130dan Hakim.Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalamdiri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukka

    n aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapaku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar.

    Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan,al-Tilimsanidan Qadi `IyadSayuti mencatitkan sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullahs.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari dalam

    Tarikh , dan juga oleh Ahmad, Tabarani, Hakim, dan Bayhaqi, bahawa Maysara al-F

    ajr r.a. berkata, " Aku bertanya, " Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasais al-kubra, ms. 3-4).

  • 8/6/2019 NurMuhammad

    3/4

    Sebalik itu pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadithyang berkenaan memandangkan bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dankitab beliau al-Khasais al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa.

    Pun bagitu memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w ad

    alah cahaya dari Allah.

    ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'ENQadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:

    " Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliauberkata:

    .......Sebelum engkau datang ke dunia iniengkau lah yang tebaik disebalik bayang bayangan dan di dalam dirisemasa mereka menutup diri mereka dengan daun daunKemudian engkau turun melalui masaSemasa engkau dilahirkan, dunia menyinar

    dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu.Kami berjalan in dalam sinaran itudan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "Ali al-Qari dalam 'Sharh al-Shifa'(1:364) mengatakan ia diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Shafi`i dan Tabarani, danjuga disebut oleh Ibn `Abd al-Barr dalam 'al-Isti`ab' dan,Ibn al-Qayyim dalam 'Huda Nabiyy Allah (s.a.w)'.Lain-lain rujukan sila lihat berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...' pada hadith ke 3 diatasdaripada:

    Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),

    Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan,Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbasdan menambah:"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliauberkata:

    "Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi merekayang sujud. Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah bashar atau manusia, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebihdari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda :Muhammad adalah seorang manusia,

    tetapi tidak seperti kemanusiaanBaginda adalah permata,

    sementara manusia adalah batu.

    Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahayayang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Tidak mustahil jika itulah antara seba

    b Allah mengantikannya dengan Islam yang tulin kembali.

    Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu

  • 8/6/2019 NurMuhammad

    4/4

    DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dantidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan dalam Al-Qura

    n, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalamAl-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah tidak seharusnya dilihat seperti Baitul

    lah itu sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah adalah unta betina tunggangan Allah, nauzubillah.

    Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.

    Ketara pada penjelasan di atas, ulama-ulama tafsir dan hadith(hafiz) pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien atau lebih dikenali sebagai Salaf as-salihin dan kemudiannya generasi Khalaf as-sadiqin, telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing sebelum diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri. Justeru mempunyai asas yang kukuh untuk mempersoalkan aspek-aspek tasawwuf.

    Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempu

    nyai asas langsung dalam bidang tasawwuf tetapi sebaliknya cuma mempunyai asasfekah sahaja. Adakah cuma untuk memperkatakan kepada AWAM apa yang mereka tidaktahu itu adalah suatu perkara yang tiada ataupun salah disisi Islam? Adakah iniusul? Adakah mereka itu ISLAM? Atau cuma satu golongan muslim yang sama-sama meraba-raba mencari ISLAM seperti orang lain juga? Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.

    Sesungguhnya nafsu adalah musuh golongan sufi yang paling di hormati.

    Akan datang: Hakikat Muhammad: Kedudukannya dalam Tasauwuf.

    Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu iniLAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH