NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1...

9
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1218 HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM NURUL SYAFINI ABD RAHMAN 1 [email protected] ABSTRAK Wasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu yang yatim yang didinding oleh individu tertentu. Terdapat beberapa Negara Islam termasuk Malaysia yang memperuntukkan undang-undang bertulis berkaitan dengan wasiat wajibah dalam undang-undang mereka. Objektif kajian ini berkaitan dengan konsep wasiat wajibah , serta mengenalpasti hakikat sebenar wasiat wajibah di dalam sistem perundangan Islam. Metod kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan dengan merujuk kepada kitab-kitab mu c tabar dalam pelbagai madhhab yang merupakan maklumat utama di samping merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang lain. Hasil kajian mendapati, terdapat perbezaan dan persamaan di antara wasiat wajibah dengan wasiat ihktiariyyah dan pusaka. Dari segi pelaksanaan, wasiat wajibah mempunyai kedudukan yang kuat dan diberi keutamaan berbanding dengan wasiat ikhtiariyyah dan wasiat yang wajib disisi syara c . Kata Kunci : wasiat wajibah, harta pusaka PENGENALAN Wasiat berasal daripada perkataan wassa yang membawa maksud memerintahkan, menasihatkan atau menjanjikan. Dari segi istilah syarak, wasiat bererti memberi hak milik secara percuma kepada penerimanya oleh seseorang dan pemberian berkenaan akan berkuat kuasa setelah pemberinya meninggal dunia 2 . Oleh itu wasiat dalam Islam adalah satu usaha yang positif yang secara sedar dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk menambahkan amal kebajikannya seperti ditekankan dalam al-Qur`an dan al-Hadith yang menyifatkan perbuatan wasiat itu sebagai sumbangan atau usaha terakhir yang terpuji daripada seseorang yang bertaqwa. Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, di antara firman Allah S.W.T dan hadith Rasulullah S.A.W berkaitan wasiat: Firman Allah S.W.T.: 1 Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS [email protected] 2 al-Sharbiniy,Shamsuddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Khatib, Mughniy al-Muhtaj ila Ma c rifah Ma c ani Alfaz al-Manhaj.1418H/1997M, Beirut: Dar al-Marifah, Jil.3, hlm. 39. 1109

Transcript of NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1...

Page 1: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1218

HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM

NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1

[email protected]

ABSTRAK

Wasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu yang

yatim yang didinding oleh individu tertentu. Terdapat beberapa Negara Islam termasuk Malaysia yang

memperuntukkan undang-undang bertulis berkaitan dengan wasiat wajibah dalam undang-undang mereka.

Objektif kajian ini berkaitan dengan konsep wasiat wajibah , serta mengenalpasti hakikat sebenar wasiat

wajibah di dalam sistem perundangan Islam. Metod kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan dengan

merujuk kepada kitab-kitab muctabar dalam pelbagai madhhab yang merupakan maklumat utama di samping

merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang lain. Hasil kajian mendapati, terdapat perbezaan dan persamaan di

antara wasiat wajibah dengan wasiat ihktiariyyah dan pusaka. Dari segi pelaksanaan, wasiat wajibah

mempunyai kedudukan yang kuat dan diberi keutamaan berbanding dengan wasiat ikhtiariyyah dan wasiat

yang wajib disisi syarac.

Kata Kunci : wasiat wajibah, harta pusaka

PENGENALAN

Wasiat berasal daripada perkataan wassa yang membawa maksud memerintahkan,

menasihatkan atau menjanjikan. Dari segi istilah syarak, wasiat bererti memberi hak milik

secara percuma kepada penerimanya oleh seseorang dan pemberian berkenaan akan berkuat

kuasa setelah pemberinya meninggal dunia2. Oleh itu wasiat dalam Islam adalah satu usaha

yang positif yang secara sedar dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk menambahkan

amal kebajikannya seperti ditekankan dalam al-Qur`an dan al-Hadith yang menyifatkan

perbuatan wasiat itu sebagai sumbangan atau usaha terakhir yang terpuji daripada seseorang

yang bertaqwa. Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, di

antara firman Allah S.W.T dan hadith Rasulullah S.A.W berkaitan wasiat:

Firman Allah S.W.T.:

1 Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS

[email protected]

2 al-Sharbiniy,Shamsuddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Khatib, Mughniy al-Muhtaj ila Ma

crifah

Macani Alfaz al-Manhaj.1418H/1997M, Beirut: Dar al-Marifah, Jil.3, hlm. 39.

1109

Page 2: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

2218

Maksudnya:

Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda

maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum

kerabatnya secara makruf, ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu setelah ia mendengarnya maka

sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya. Sesungguhnya

Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Akan tetapi barangsiapa khuatir

terhadap orang-orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu

ia mendamaikan antara mereka, maka tiadalah dosa baginya, sesungguhnya Allah

Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.3

Firman Allah S.W.T:

4

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang di antara kamu hampir mati,

ketika ia mahu berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang

adil di antara kamu, atau dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu, jika kamu

dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa

maut, kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah kamu tahan

mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka disuruh bersumpah dengan

nama Allah dengan berkata: "Demi Allah” kami tidak akan menjual sumpah kami

untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami

tidak menyembunyikan keterangan yang kami ketahui sebagai saksi sebagaimana

yang diperintahkan oleh Allah, kerana jika kami menyembunyikannya, tentulah kami

dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa.

Sabda Rasul Allah S.A.W:

"ان اهلل قد أعطى كل ذي حق حقه , فال وصية لوارث"5

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada masing-masing hak bahagiannya,

maka tidaklah boleh berwasiat kepada ahli waris.

3 Semua terjemahan ayat al-Qur`an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada

Pengertian al-Qur`an, edisi ke-13 (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1996).

4 al-Qur`an, al-Maidah 5:106.

5 Abu Daud, Sunan, Jil.3, hlm. 196.

Page 3: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

3218

Sebagaimana maksud ayat 180 Surah al-Baqarah, pada peringkat awal kedatangan Islam,

mewasiatkan semua harta kepada ibu bapa dan sanak-saudara adalah wajib. Walau

bagaimanapun kewajipan ini telah dimansukhkan dengan ayat-ayat mawarith dan hadith yang

berkaitan dengan pusaka di atas. Namun begitu, amalan wasiat seperti itu masih digalakkan

dengan had maksimum 1/3 dan ditujukan kepada selain ahli waris. Prinsip umum yang

dianjurkan oleh syarak ialah, pemberian melalui wasiat tidak boleh melebihi 1/3 daripada

harta si mati. Untuk memastikan sama ada sesuatu wasiat itu sah atau pun tidak dan sama ada

ianya dilaksanakan dengan betul, maka banyak faktor perlu diteliti berdasarkan syarat-syarat

yang ditetapkan oleh hukum syarak.

DEFINISI WASIAT WAJIBAH

Dalam memperkatakan hukum kewajipan berwasiat,6 maka perlulah dibezakan kewajipan

yang dikenakan ke atas diri sendiri dan kewajipan terhadap pihak lain. Kewajipan yang

dikenakan ke atas diri sendiri seperti yang dikemukakan oleh sebahagian fuqaha` madhhab

al-Zahiri, Masruq, al-Zuhri dan al-Shafici berlaku bagi mereka yang ada meninggalkan harta

sama ada sedikit atau pun banyak. Bagaimanapun sebahagian yang lain seperti Daud,

Qatadah dan Ibn Jarir menekankan bahawa wasiat yang diwajibkan hendaklah ditujukan

kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Malah Ibn Hazm

berpendapat, kewajipan itu tidak akan gugur dengan kematiannya, malah akan berpindah

kepada warisnya atau pentadbir hartanya untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut.

Wasiat wajibah7 adalah sebahagian harta yang telah diperuntukkan oleh undang-

undang kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu semasa hayat

datuk atau neneknya atau mereka kesemuanya mati serentak sebelum terbuka warisan

daripada orang tua masing-masing, sedangkan kemungkinan orang tua tersebut (datuk atau

nenek kepada cucu berkenaan) ada meninggalkan bahagian harta kepada anak-anak mereka

yang lain yang merupakan bapa saudara atau ibu saudara kepada cucu berkenaan. Maka

dengan kewujudan mereka, menyebabkan cucu yang telah kematian bapa atau ibu terhalang

daripada mendapat harta peninggalan datuk atau neneknya.

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh cucu, maka penggubal undang-undang

telah meminjam konsep keadilan yang terdapat dalam sistem wasiat yang memang pada

asasnya bertujuan untuk membawa kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi

penerima dihadkan sehingga kadar maksimum 1/3 daripada harta peninggalan si mati

sepertimana yang dibenarkan dalam wasiat. Undang-undang juga meletakkan syarat bahawa

cucu tersebut tidak mendapat apa-apa ganjaran atau hadiah daripada si mati yang sama

hadnya dengan had maksimum yang ditetapkan undang-undang. Seandainya ganjaran yang

diterima kurang daripada 1/3, undang-undang menetapkan bahawa had tersebut perlu

disempurnakan dan digenapkan sehingga sampai had maksimum 1/3.

PENSYARIATAN WASIAT WAJIBAH DI SISI FUQAHA`SERTA SANDARAN-

SANDARANNYA

Tiada dalil yang jelas daripada al-Qur`an mahupun sunnah berkaitan wasiat wajibah yang

telah dilaksanakan di beberapa Negara Islam pada hari ini. Tiada juga di sana madhhab-

6 Abu Zahrah,Muhammad ,hlm. 256.

7 ibid.

Page 4: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

4218

madhhab yang secara keseluruhannya menerima konsep wasiat wajibah ini. Tetapi

perlaksanaannya bersandarkan kepada ijtihad culama` mutaakhir (terkini) pada zaman ini.

Ijtihad mereka pula bersandarkan kepada beberapa dalil, pandangan-pandangan sebahagian

fuqaha` serta kaedah-kaedah syariah dan maqasid cammah.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya:

Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda

maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum

kerabatnya secara macruf, ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

8

Kebanyakan para sahabat, fuqaha` tabicin, dan juga imam-imam fiqh dan hadith

mengatakan9 bahawa ayat ini menunjukkan wasiat itu adalah wajib.Tetapi kewajipan itu telah

dinasakhkan hanya kepada ibu bapa, kaum kerabat serta ahli waris sahaja.Oleh itu hukum

kewajipan berwasiat kepada selain daripada mereka masih kekal. Ini adalah pendapat

daripada Ibn cAbbas pada satu riwayatnya, Hasan Basri, Sai

cd b. Musayyab, Masruq, Tawus,

Dahaq, Muslim b. Yasar, cAla` b. Ziyad, Ahmad b. Hanbal, Daud Zahiri, Tabari, Ibn Hazm

dan lain-lain lagi. Ibn Hazm mengatakan bahawa, wasiat kepada kaum kerabat itu adalah

tetap. Jika tidak dilakukan oleh si mati semasa hayatnya, maka wajib kepada ahli waris

membahagikan harta si mati kepada kaum kerabat yang bukan ahli waris di atas nama wasiat

wajibah selagimana si mati tidak mewasiatkan apa-apa kepada mereka. Sepakat imam-imam

yang empat mengatakan bahawa wasiat itu perlulah diberi keutamaan kepada kaum kerabat

daripada orang lain. Ini adalah pandangan sebahagian para fuqaha` dari para tabicin, dan

ianya adalah salah satu dari riwayat Imam Ahmad b. Hanbal.Sandarannya daripada siasah

syarciyyah yang bersumberkan kepada qawa

cid fiqhiyyah iaitu “Sesungguhnya jika ketua

negara itu mengeluarkan sesuatu hukum yang sunat ataupun harus, maka ianya menjadi wajib

jika dia melihat adanya maslahah cammah”.

Sesungguhnya ijtihad culama` serta perlaksanaannya di beberapa Negara Islam

berkaitan wasiat wajibah ini adalah ijtihad yang tepat dan keputusan yang baik.Ijtihad ini

berlandaskan maslahah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang

terdinding daripada mendapat pusaka, serta mengangkat kesusahan mereka sepertimana yang

banyak berlaku pada masa kini.Wasiat wajibah menurut undang-undang ini tiada yang lebih

padanya melainkan culama` mewajibkan sesuatu yang sunat atau harus pada asalnya, dan

ianya tidak dilarang oleh mana-mana para fuqaha`.

Sesungguhnya wasiat wajibah bersandarkan kepada beberapa pendapat para sahabat

dan tabicin, madhhab Zahiriyyah serta Ibn Hazm.Pendapat ini adalah pendapat yang da

cif

untuk dilaksanakan kerana ianya bertentangan dengan pendapat madhhab empat dan juga

jumhur fuqaha`.Tetapi undang-undang telah mengambil beberapa perkara bersumberkan dari

pendapat-pendapat yang dacif dan membina hukum daripadanya untuk maslahah

cammah dan

untuk menjaga keadaan kaum muslimin pada hari ini.Undang-undang juga telah mengecilkan

8 al-Quran, al-Baqarah 2, 180

9al-Zuhayli, Muhammad, hlm. 590

Page 5: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

5218

skop wasiat wajibah ini iaitu hanya diberikan kepada cucu-cucu yang kematian ibu atau

bapanya semasa hayat datuk atau neneknya, atau mereka kesemuanya mati serentak. Adapun

kaum kerabat selainnya yang tidak dapat mewarisi harta si mati atas sebab-sebab tertentu,

undang-undang tidak melarang mereka untuk menerima wasiat ihktiariyyah walaupun

wujudnya wasiat wajibah.

HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH

Apa yang kita ketahui pada perbincangan sebelum ini berkaitan hukum berwasiat, jumhur

fuqaha` cenderung mengatakan bahawa hukum berwasiat itu tidak wajib tetapi harus. Wasiat

yang wajib di sisi syarak dan fiqh ialah apa-apa yang bersangkut-paut dengan hutang,

wadicah, hak-hak manusia yang tertangguh juga segala kewajipan-kewajipan syari

cyyah yang

dituntut syarak ke atas setiap manusia semasa hayatnya seperti zakat, kifarah dan lain-lain.

Undang-Undang Wasiat Wajibah ini adalah perkara baru yang diperundangkan oleh

pemerintah. Maka kewajipannya hanyalah terbatas di sisi perundangan sahaja dan tidak di

sisi agama Islam itu sendiri. Ianya di bawah kuasa pemerintah yang mewajibkannya ke atas

harta si mati untuk diberikan kepada golongan yang layak menerimanya sama ada ia telah

diwasiatkan oleh si mati ataupun tidak, juga tidak diambil kira redha ahli waris yang lain.

Qanun Wasiyyah Mesir adalah yang terawal menetapkan dan mengamalkan undang-

undang tersebut pada tahun 1946. Diikuti pula selepas itu ialah Undang-Undang Ahwal

Syakhsiyyah Syria 1953, Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Maghribi 1957, Undang-

Undang Ahwal Syakhsiyyah Libya 1972, Undang-Undang Wasiat Wajibah Jordan 1976 yang

diamalkan pada tarikh 1/12/1976, dan Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Emirate yang

dikeluarkan pada Disember 2005. Wasiat wajibah ini diberikan kepada cucu lelaki atau

perempuan yang telah kematian bapa atau ibu semasa hayat datuk dan neneknya atau mereka

kesemuanya mati serentak sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing. Di

dalam Undang-Undang Perwarisan Islam, cucu tersebut tidak layak menerima apa-apa dari

harta si mati kerana si mati ada meninggalkan anak-anak yang lain yang merupakan bapa

saudara atau ibu saudara kepada cucu berkenaan. Maka dengan kewujudan mereka,

menyebabkan cucu yang telah kematian bapa atau ibu terhalang daripada mendapat harta

peninggalan datuk atau neneknya. Ada ketikanya, cucu-cucu berkenaan berada dalam

keadaan fakir serta sangat memerlukan, sementara bapa saudara mereka berada dalam

keadaan kemewahan dan kaya. Maka, kekallah cucu berkenaan dalam dua keadaan iaitu

yatim dan kefakiran. Dengan sebab itu, culama` menjadikan Undang-Undang Wasiat Wajibah

ini sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tersebut10

.

Wasiat Wajibah dan Wasiat Ikhtiariyyah

Wasiat wajibah mempunyai persamaan11

dengan wasiat ikhtiariyyah dalam beberapa

sudut iaitu:

i. Kedua-duanya mempunyai nama yang sama iaitu wasiat.

10

al-Jaburi, Abdullah, hlm. 202 .

11

al-Zuhayli, Muhammad, hlm.586.

Page 6: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

6218

ii. Kadar yang ditetapkan untuk kedua-dua wasiat ini adalah tidak lebih dari 1/3 dari

harta peninggalan si mati.

iii. Kedua-dua wasiat ini diberikan terlebih dahulu daripada faraid, bahkan culama` yang

memakai hukum Undang-Undang Wasiat Wajibah akan mendahulukannya daripada

wasiat ikhtiariyyah.

Kedua-dua wasiat ini juga mempunyai perbezaan12

dalam beberapa sudut iaitu:

i. Asal pada wasiat itu sebenarnya ialah berbentuk ikhtiariyyah dengan kehendak dan

redha dari si pewasiat, tetapi wasiat wajibah secara tidak langsung ianya wajib ke atas

si pewasiat sama ada dia mewasiatkan hartanya secara redha dan ikhtiyari ataupun dia

tidak mewasiatkannya. Maka pada ketika itu, wasiat itu menjadi wajib atas kuasa

pemerintah dan perundangan seolah-olah perundangan menjalankan wasiat tersebut

atas kehendak si pewasiat.

ii. Bagi wasiat ikhtiariyyah, pewasiat mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan

kadar yang hendak dikeluarkan dengan serendah-rendah kadar yang tidak melebih 1/3

dari harta peninggalan, adapun wasiat wajibah pula perundangan yang akan

menetapkan kadar yang telah ditetapkan di dalam undang-undang negara. Contohnya,

perundangan negara Mesir, Libya, Urdun dan Kuwait menetapkan kadar wasiat

wajibah itu mengikut kadar yang akan diperolehi oleh bapa atau ibu kepada cucu jika

bapa atau ibunya masih hidup, dengan kadar tidak melebihi 1/3 wasiat.

iii. Di dalam wasiat ikhtiariyyah, sesiapa sahaja boleh menerima wasiat selagimana

golongan tersebut bukan di kalangan ahli waris, tetapi di dalam wasiat wajibah

pemerintah dan perundangan setiap negara yang mengamalkannya telah menetapkan

golongan yang tertentu untuk menerimanya.

iv. Wasiat ikhtiariyyah akan terlaksana dengan qabul daripada penerima wasiat, tetapi

berbeza pula dengan wasiat wajibah ianya tidak memerlukan qabul dari penerima,

bahkan sabitnya dengan matinya pewasiat. Selain itu, wasiat wajibah tidak ada

pemulangan (radd). Jika penerima menolak dan memulangkan semula wasiat

tersebut, ianya dikira tabarruc dari mereka.

v. Wasiat wajibah akan dilaksanakan terlebih dahulu daripada wasiat ikhtiariyyah

sepertimana yang termaktub di dalam perundangan Mesir perkara 78, Syria perkara

257(2), Libya perkara 496, Kuwait perkara 3.

Wasiat Wajibah dan Pusaka (Mirath)

Wasiat wajibah juga mempunyai persamaan dan perbezaan dengan pusaka13

. Di antara

persamaannya ialah:

i. Wasiat wajibah berhak diperolehi oleh pemiliknya walaupun tidak diwasiatkan oleh si

mati. Begitu juga pusaka, hak ahli waris ke atas harta pusaka telah ditetapkan dan

tidak boleh dipertikaikan.

12 ibid.

13

ibid, hlm.587.

Page 7: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

7218

ii. Sabitnya wasiat wajibah atas kuasa pemerintah dan perundangan, maka ianya tidak

memerlukan qabul daripada si penerima. Begitu juga pusaka, sabitnya ia

bersandarkan pada nas syarak yang tidak boleh disangkal lagi kebenarannya.

iii. Pembahagian wasiat wajibah mengikut pembahagian harta pusaka iaitu tiap-tiap lelaki

memperolehi dua kali ganda daripada bahagian perempuan, golongan atasan akan

mendinding golongan bawahan. Walaupun pewasiat meletakkan syarat

perlaksanaanya dengan cara lain, syarat tersebut tidak akan terlaksana.

Perbezaan di antara keduanya pula ialah:

i. Asal di dalam hukum pusaka, golongan atasan (usul) akan mendinding golongan

bawahan (furuc) sehingga ke bawah, tetapi di dalam wasiat wajibah hanya golongan

atasan (usul) pada peringkat pertama sahaja yang akan mendinding golongan bawahan

(furuc).

ii. Wasiat wajibah adalah ganti kepada pusaka apabila golongan yang berhak tersebut

ternafi haknya disebabkan kematian bapa atau ibunya terlebih dahulu daripada datuk

atau neneknya, tetapi bagi pusaka pula hak tersebut sudah tertulis dan dinyatakan

terlebih dahulu dan ianya bukanlah ganti daripada mana-mana.

iii. Sesungguhnya wasiat wajibah dikira sebagai tabarruc ataupun hibah daripada si

pewasiat.

Maka kesimpulannya, wasiat ikhtiariyyah, wasiat wajibah dan pusaka mempunyai

persamaan dari segi ketiga-tiganya sabit kepada golongan yang berhak sama ada mereka faqir

atau kaya.

BERKUMPUL ATAU BERCAMPURNYA WASIAT IKHTIARIYYAH BERSAMA

WASIAT WAJIBAH

Yang dimaksudkan dengan percampuran dalam wasiat itu ialah, berbilang-bilangnya wasiat

dalam satu masa sehingga susah untuk dibahagikan berdasarkan 1/3 wasiat yang dibenarkan.

Ianya berlaku sama ada waris-waris yang lain memberi keizinan pada wasiat yang melebihi

1/3 itu atau tidak memberi keizinan, tetapi harta peninggalan yang ditinggalkan oleh si mati

tidak mencukupi untuk melaksanakan semua wasiat-wasiat yang ada.

Oleh yang demikian, satu kaedah telah dibuat untuk menyelesaikan permasalahan

tersebut iaitu, pemberian atau perlaksanaan wasiat wajibah didahulukan dari wasiat-wasiat

yang lain, sama ada datuk atau nenek mereka membuat wasiat tentang perkara tersebut atau

pun tidak. Ini kerana hak mereka itu ditentukan dan dilaksanakan oleh pemerintah serta

perundangan wasiat wajibah sesuatu negara. Jika wasiat tersebut masih di dalam batasan 1/3

wasiat, maka perlaksanaannya tidak memerlukan kepada keizinan daripada ahli waris yang

lain. Wasiat tersebut juga tidak akan dicampur atau dikongsi bersama dengan wasiat

ikhtiariyyah yang lain. Seandainya ada baki dari 1/3 selepas pembahagian tersebut, maka

barulah dibahagikan pula kepada golongan-golongan wasiat ikhtiariyyah.

Page 8: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

8218

Kaedah tersebut diguna pakai di dalam perkara 2/272 Undang-Undang Ittihadi No 28

Tahun 2005 untuk Negara Emirate yang memperuntukkan: “Wasiat wajibah didahulukan

pemberiannya daripada wasiat ikhtiariyyah dalam batasan 1/3 harta pusaka”14

.

Begitu juga halnya iaitu wasiat wajibah menurut undang-undang ini akan didahulukan

pemberiannya daripada wasiat wajibah yang wajib di sisi syarak contohnya kifarah, zakat,

fidyah, puasa dan lain-lain. Hal ini jelas diperuntukkan dan dinyatakan di dalam perundangan

Syria perkara 257(2), Perundangan Mesir perkara 79, Perundangan Libya perkara 497 dan

Perundangan Kuwait perkara 3. Perkara ini juga disepakati oleh syarak secara ijmacnya dalam

mendahulukan wasiat wajibah daripada pembahagian pusaka15

.

KESIMPULAN

Islam adalah agama yang sentiasa mengutamakan kesucian, kesejahteraan, kemurniaan dan

kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan sama ada dalam aspek ibadah, muamalah

mahupun akhlak. Untuk merealisasikan aspek-aspek tersebut, Islam memberi peluang kepada

para culama` untuk berijtihad dalam beberapa perkara terutamanya berhubung dengan

mucamalah yang melibatkan kepentingan umum.

Hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan amat dititikberatkan dalam Islam. Ini jelas

sebagaimana yang dapat dilihat melalui pensyariatan wasiat dalam Islam. Oleh itu,

terlaksananya sistem wasiat, hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama Islam tetap

terjamin daripada kemusnahan dan kepincangan dalam sesebuah keluarga.

Justeru, untuk menjamin hubungan kekeluargaan agar sentiasa utuh dan tetap, maka

ahli-ahli perundangan Islam dalam beberapa Negara Islam telah menggubal satu peruntukan

yang dinamakan sebagai Undang-Undang Wasiat Wajibah. Peruntukan itu digubal

berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang biasa berlaku dalam masyarakat Islam dan

perlaksanaannya adalah lebih bersifat siasah syarciyyah dan maslahah

cammah.

Walau bagaimanapun terdapat pandangan-pandangan culama` silam yang mewajibkan

wasiat kepada golongan tertentu berdasarkan kepada nas-nas tertentu di dalam al-Qur`an dan

hadith Rasulullah s.a.w meskipun pandangan itu lemah disisi jumhur culama`. Kedudukan

wasiat wajibah di bawah perundangan di beberapa negara Islam kini adalah lebih cenderung

kepada pendapat Ibn Hazm, namun ianya tidak berpegang secara menyeluruh, bahkan

peruntukan itu lebih bergantung kepada maslahah cammah.

RUJUKAN

Al-Quran

Abu Daud, Sunan. Kitab Al-Wasoya, Bab Maja` Fi al- Wasiyyah Li al-Warith. Jil.3.

Abu al-Futtuh, Said. 1429H/2008M. Ahkam al-Mirath Wa al-Wasiyyah Wa al-Waqf Fi al-

Fiqh al-Islami Wa al-Qanun. Dubai: Kuliyyah al-Huquq Jamicah

cAin Shams.

14

Abu al-Futtuh, Said, hlm.445.

15

al-Zuhayli, Muhammad, hlm. 606.

Page 9: NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1 ABSTRAKconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1109-irsyad-2016.pdf · Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, ... "Demi

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

9218

Abu Zahrah, Muhammad.1409H/1988M. Syarah Qanun al-Wasiyyah. Kaherah:Dar Fikr.

al- Jaburi, Abdullah.1428H/2007M. Ahkam al-Mawarith Wa al-Wasoya Fi al-Syariah al-

Islamiyyah. Kuliyyah al-Syariah Wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Jamicah al-Syariqah.

al-Sharbiniy,Shamsuddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Khatib, Mughniy al-Muhtaj ila

Macrifah Ma

cani Alfaz al-Manhaj.1418H/1997M, Beirut: Dar al-Marifah, Jil.3.

Undang-undang Keluarga Islam Syria 1953, Perkara 257.

Undang-undang Wasiat Mesir, 1946, Perkara 76.

al-Zuhaili, Muhammad.1422H/2001M. al-Faraidh Wa al-Mawarith Wa al-Wasoya.

Damshiq: Dar al-Kalimi al-Tayyib.

al-Zuhaili,Wahbah, Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Damshiq, 1417H/1996M,

Jil.8.

Nurul Syafini bt.Abd Rahman

Jabatan Kefahaman Pemikiran Islam

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

43600 Bandar Seri Putra

Selangor, MALAYSIA

Email:[email protected]