OBESITI [Sumber Elektronik]

127

description

OBESITI

Transcript of OBESITI [Sumber Elektronik]

  • ARKIB : 29/07/2012

    Khasiat epal organik epal

    PERIBAHASA Barat 'makan sebiji epal sehari, anda tidak perlu berjumpa doktor' memang diketahui umum. Kini saranan itu terkandung dalam program 3-Epal-Sehari yang mampu menyusutkan berat badan beberapa paun.

    Beberapa tahun lepas, di bandar Wenatchee di Washington, Amerika Syarikat (AS), berat badan penduduk di situ mula susut bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil mengejutkan.

    Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam masa sama. Keseluruhannya, seramai 346 orang yang mengikuti program itu susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam 12 minggu.

    Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Apples sehari di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang.

    Perut buncitMenurut Pengarah Urusan Dya D Masha, Wan Muhammad Izzat Wan Izani, ramai rakyat negara kita menghadapi masalah perut buncit dan obesiti.

    "Walaupun berpuasa dikatakan cara terbaik menurunkan berat badan, keadaan pasti berubah ketika menyambut Aidilfitri.

    "Penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut harus dicari sebelum ia menjadi bertambah serius. Seseorang yang obes akan berhadapan masalah ketidakseimbangan tubuh badan. Kaki dan lutut menjadi sakit gara-gara mahu menampung badan yang berat selain risiko penyakit jantung, kencing manis dan cepat letih," ujarnya.

    Muhammad Izzat menambah, salah satu pemakanan yang baik diamalkan ketika menyambut raya adalah gabungan epal organik menerusi serat kolagen dan stem sel yang dapat membantu membuang lemak berlebihan tanpa cirit birit. Ini kerana epal boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi ekoran kandungan seratnya yang tinggi.

    "Ia boleh bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan," katanya.

    Dalam pada itu, Dya D Masha menghasilkan D'Apple Fiber yang mengandungi serat epal organik dan kolagen tinggi bagi membantu mengawal perut buncit, sembelit dan obesiti.

    1

  • Selain pengambilan makanan tambahan, serat epal organik diperlukan dalam pemakanan harian kita. Setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram serat sehari untuk membantu menyahtoksin dalam badan. Serat larut ini juga membantu mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolestrol dalam badan.

    Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan setiap hari sebelum lemak diserap ke dalam badan.

    Serat epal juga bertindak membuang toksin daripada kolon dan mengawal fungsi usus serta dapat mengelakkan sembelit. Ia berbeza daripada produk lawas yang lain kerana tidak menyebabkan pengguna sakit perut seperti memulas dan cirit-birit.

    2

  • ARKIB : 24/02/2007

    Apabila makanan menjadi racun bagi manusia Oleh: ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)

    ANDAI kata ada pihak yang meminta saya menulis sebuah novel konspirasi politik global, tema yang menarik ialah mengenai makanan dan kesihatan manusia.

    Begini, dalam novel itu, saya akan reka sebuah pertubuhan rahsia peringkat antarabangsa. Matlamat pertubuhan rahsia ini ialah untuk mengaut sebanyak keuntungan yang boleh.

    Maka pertubuhan ini membuat kajian mengenai sifat manusia. Daripada penyelidikannya akan didapati bahawa manusia mempunyai dorongan untuk hidup sesedap mungkin dan selama mungkin.

    Pertubuhan rahsia ini mendapati bahawa dua naluri paling kuat memberi kesedapan kepada manusia, iaitu makanan dan seks.

    Manusia makan bukan hanya untuk kenyang atau tenaga, tetapi kerana rasanya sedap.

    Begitu juga dengan seks. Manusia melakukannya bukan saja untuk mendapatkan zuriat, tetapi kerana ia sedap.

    Tetapi untuk seks, manusia memerlukan galakan dalam bentuk kesihatan dan kecantikan, baik penampilan rupa tubuh badan, solekan, pakaian dan aksesori bagi meningkatkan imej serta daya tarikan seks. Bukan saja untuk wanita tetapi juga lelaki.

    Maka kemuncak keseronokan bagi manusia ialah bersantai di pusat-pusat rekreasi pelancongan, apabila pasangan dapat menikmati makanan sesedap mungkin dan melakukan aktiviti-aktiviti lanjutan.

    Setelah mengenal pasti naluri manusia ini, pertubuhan rahsia ini akan menceburkan diri dalam industri makanan. Oleh kerana matlamatnya ialah keuntungan semata-mata, maka dijualnya makanan paling sedap yang boleh.

    Tentu ini memerlukan pelbagai jenis bahan kimia yang boleh meningkatkan kesedapan sesuatu makanan.

    Oleh kerana sedap, maka larislah makanan itu dan bertambah ramai penggunanya, serta bertambahlah keuntungan yang diraih oleh pertubuhan itu. Tetapi makanan itu mendatangkan kesan buruk dari segi kesihatan dan penampilan tubuh badan.

    Obesiti dan pelbagai penyakit timbul kerana pemakanan yang tidak bijak itu. Tetapi pertubuhan rahsia itu melihat kesan daripada makanan itu sebagai peluang perniagaan.

    3

  • Mereka menceburkan diri dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan pula. Melalui pelbagai penyelidikan yang dibuat, maka ditemui sistem dan ubat bagi merawat penyakit-penyakit yang timbul akibat pemakanan itu.

    Maka apabila pengguna itu telah berbelanja membeli makanan yang dibuat oleh pertubuhan rahsia itu kemudian terpaksa pula berbelanja lagi untuk berubat atau mendapatkan rawatan bagi mengatasi kesan akibat makanan itu. Bukan itu saja, pertubuhan rahsia itu juga menceburkan diri dalam bidang pelangsingan bagi mengatasi masalah obesiti pengguna-pengguna makanannya.

    Tentu ia dapat mengaut keuntungan besar daripada perniagaan makanan dan kesihatan ini. Tetapi sebagai pertubuhan yang komited untuk mengaut keuntungan sebesar mungkin, ia juga menceburkan diri dalam perniagaan yang berkaitan dengan teras makanan dan kesihatan.

    Justeru, penglibatannya dalam rangkaian restoran, hotel, fesyen, kenderaan, insurans, pelancongan dan lain-lain adalah semuanya berkaitan dengan perniagaan terasnya.

    Tidak ketinggalan juga, pertubuhan rahsia ini menceburkan diri dalam bidang media dan pengiklanan kerana daripada penyelidikannya didapati apabila banyak iklan dibuat, maka jualan perniagaannya juga meningkat.

    Dalam novel itu, dapat saya gambarkan betapa pertubuhan konspirasi dapat menguasai dunia melalui perniagaan makanan dan kesihatan, mengalahkan pengaruh kerajaan-kerajaan.

    Ini kerana dalam dunia demokrasi dan kapitalisme, kerajaan ditentukan oleh rakyat. Sementara pasaran pula menentukan kejayaan produk yang disajikan kepada pengguna.

    Jadi katakan rakyat sukakan makanan yang sedap tanpa menghiraukan akibat kepada kesihatan mereka, kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa.

    Tetapi minda rakyat pula terpengaruh dengan iklan. Sementara iklan pula menentukan nyawa media, yang sudah tentu tidak berupaya mempertikaikan perkara-perkara yang boleh menjejaskan pendapatan mereka sendiri.

    Maka dalam novel konspirasi itu, saya mungkin memaparkan watak-watak yang sedar mengenai konspirasi pertubuhan rahsia ini. Ketika kebanyakan orang terpengaruh dengan iklan, terdapat sekumpulan manusia yang sedar mengenai pemakanan cuba hendak membebaskan diri daripada racun yang disajikan sebagai makanan.

    Ia seolah-olah seperti dalam filem Matrix di mana manusia dilalaikan dengan kepalsuan dan sukar untuk membebaskan diri daripada satu penguasaan oleh mesin.

    4

  • Mungkin pejuang pembebasan makanan racun ini menubuhkan persatuan pengguna. Tetapi suara mereka tenggelam dan kalah dengan kekuatan iklan yang dibuat oleh pertubuhan rahsia itu.

    Dalam keadaan tertekan ini, mereka cuba meyakinkan kerajaan dan mengadu kepada media mengenai masalah ini. Tetapi akhirnya mereka sedar bahawa manusia mempunyai dorongan bukan saja untuk menikmati makanan sedap tanpa mengira kesannya, tetapi mereka juga tidak terdaya menolak nafsu untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin.

    Rupa-rupanya nafsu makan, seks dan keuntungan adalah berkaitan. Tamak haloba dalam pemakanan tidak berbeza dengan dorongan mengaut keuntungan. Ia juga berkaitan dengan ketamakan kuasa dan pengaruh. Dan novel konspirasi politik global saya berakhir di sini.

    Emel: [email protected]

    5

  • ARKIB : 24/02/2007

    BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

    AWANG percaya isu makanan segera dan kesannya kepada masalah kesihatan dan obesiti yang hangat diperkatakan sekarang, sedikit sebanyak akan memberi kesan positif.

    Yang penting kesedaran perlu dibangkitkan, biar apa pun cabarannya. Di Barat, isu mengenai pemakanan, kandungannya serta pelabelan beberapa tahun lalu telah mencetuskan kesedaran kepada masyarakat.

    Akhirnya, firma pengeluar makanan akur dengan keresahan pengguna. Di India, usaha melakukan pembetulan termasuk mengharamkan iklan makanan segera tertentu, mendapat sokongan rakyat walaupun pada mulanya disambut dingin.

    Maka Awang yakin kerajaan, rakyat Malaysia, NGO dan semua pihak akan responsif ke arah menangani cabaran isu kesihatan. Ini termasuk kualiti produk makanan dan amalan pemakanan yang sihat sebagaimana saranan Persatuan Pemakanan Malaysia.

    Jangan lupa, kesihatan adalah komponen penting kepada kuasa nasional sesebuah negara. Apa maknanya kemajuan dan kemakmuran jika jumlah rakyat yang berpenyakit, kurang sihat dan obesiti naik mendadak?

    Awang Kurangkan teh tarik.

    6

  • ARKIB : 21/02/2007

    Bahaya makanan segera -- 200 jenis produk digemari jadi punca pelbagai penyakit Oleh: S. ANAND KUMAR dan NURUL ANUAR KARI

    KUALA LUMPUR 20Feb. Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.

    Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai sampah dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

    Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.

    Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.

    Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi kebaikan.

    Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.

    Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.

    Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini.

    Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.

    CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.

    7

  • Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara racun yang tersembunyi dalam makan segera. Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.

    Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

    Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung.

    Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.

    Oleh itu, amalan untuk mengekang pengambilan makanan segera perlu dimulakan dengan pendidikan golongan muda tentang pemakanan seimbang dari bangku sekolah lagi, katanya.

    Ibu bapa katanya, perlu menghentikan segera amalan membesarkan anak-anak dengan makanan segera yang sememangnya diketahui mengandungi jumlah kalori yang tinggi.

    Zulkarnain berkata, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing.

    Pada masa yang sama, kajian CAP juga mendapati kanak-kanak yang gemar memakan makanan segera kurang aktif berbanding rakan sebaya mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.

    CAP mendefinisikan makanan segera sebagai sampah kerana ia tidak berkhasiat dan boleh mendatangkan mudarat jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

    Pada kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil makanan segera akan cepat kenyang dan tidak berselera terhadap makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan, kata Mohamed Idris.

    8

  • ARKIB : 11/08/2005

    Kolesterol - Kurangkan paras

    Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian yang utama bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.Faktor-faktor risiko penyakit jantung termasuklah paras kolesterol yang tinggi, paras trigliserida (lemak darah) yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes (penyakit kencing manis), obesiti berat badan berlebihan, gaya hidup yang tidak aktif dan tabiat merokok.

    Kolesterol merupakan sebatian berlemak, juga dikenali sebagai lipid, yang beredar melalui darah dan diperlukan untuk pelbagai fungsi badan yang penting seperti pembinaan membran sel, penghasilan sesetengah jenis hormon, penghadaman lemak dan sintesis vitamin D dalam badan. Kolesterol beredar di dalam darah melalui pengikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein diklasifikasi berdasarkan keberkesanannya mengangkut kolesterol.

    Lipoprotein berketumpatan rendah (Low Density Lipoprotein - LDL) mengangkut kolesterol dari hati ke sel-sel badan melalui peredaran darah. Ia juga cenderung untuk memendakkan kolesterol pada dinding salur darah, selepas mengalami pengoksidaan, menyebabkan ia dikenali sebagai `kolesterol tidak baik'.

    Dikitar

    Berlawanan dengan lipoprotein berketumpatan tinggi (High Density Lipoprotein - HDL), yang juga dikenali sebagai `kolesterol baik', membawa kolesterol kembali ke hati untuk dikitar semula atau ditukarkan kepada asid-asid hempedu lalu dikumuhkan.

    Masalah berlaku apabila paras kolesterol dalam darah menjadi terlalu tinggi dalam darah di mana tindakan radikal bebas akan menyebabkan lebih banyak kolesterol LDL dioksidakan. Akibatnya, terbentuk mendapan pada dinding salur darah yang dikenali sebagai plak. Keadaan ini dikenali sebagai aterosklerosis iaitu pengerasan dinding salur darah. Sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan, penyumbatan salur darah boleh terjadi, justeru meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

    Hati menghasilkan sebahagian besar dari kolesterol yang diperlukan oleh badan. Sebab mengapa sesetengah individu mengalami peningkatan paras kolesterol melebihi keperluan badan tidak dapat dijelaskan. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada fenomena ini. Antaranya ialah diet yang tinggi dengan lemak tepu di mana diet jenis ini berupaya menggalakkan hati menghasilkan lebih banyak kolesterol. Makanan yang tinggi dengan kandungan kolesterol termasuk daging merah, kuning telur, makanan laut dan organ

    haiwan seperti hati. Sesetengah individu mengalami masalah paras kolesterol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetic dan keadaan ini dikenali sebagai familial hypercholesterolemia.

    9

  • Menurunkan

    Pendekatan semula jadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa guggulipid, gum resin yang diekstrak daripada pokok guggul, Commiphora mukul berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah, meningkatkan dan mengekalkan nisbah HDL kepada LDL. Guggulipid berfungsi dengan meningkatkan perkumuhan garam hempedu dan bertindak sebagai anti-oksidan. Sebahagian besar komponen garam hempedu merupakan kolesterol, oleh itu peningkatan perkumuhan garam hempedu membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan dari hati. Sebagai anti-oksidan, guggulipid menyekat pengoksidaan LDL lalu mencegah pengumpulannya pada dinding salur darah.

    Dari segi keselamatan pula, penggunaannya adalah selamat dan tiada kesan sampingan berbanding penggunaan statin. Walaupun statin berpotensi mengurangkan paras kolesterol yang tinggi melalui penghalangan penghasilan kolesterol oleh hati sebanyak 25 peratus, penggunaannya masih memerlukan pengawasan

    rapi kerana statin boleh menyumbang kepada masalah hati atau ginjal, menyebabkan otot menjadi lemah, mengalami keletihan, sakit kepala dan masalah intoleransi gastrousus.

    Pengubahsuaian cara hidup dan diet merupakan faktor-faktor penting dalam mengawal paras kolesterol. Pengambilan diet dengan kandungan kolesterol, lemak tepu, asid lemak trans yang rendah tetapi tinggi dengan serat serta lemak poli tak tepu dari ikan, zaitun, avokado dan evening primrose perlu diamalkan.

    Pengurangan berat badan terutamanya di bahagian pinggang adalah penting kerana kajian telah membuktikan bahawa lemak di bahagian tersebut meningkatkan risiko mendapat serangan penyakit jantung dan diabetes. Kekerapan melakukan senaman juga sangat digalakkan.

    Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan Bio-Life di talian 03-7728 7407 (Isnin - Jumaat) atau e-mel kami di [email protected]

    10

  • ARKIB : 06/03/2011

    Susahnya nak kurus semula

    Maria berjumpa doktor kerana mengalami masalah obesiti. Dia mahu mengurangkan berat badan yang meningkat sehingga 90 kg. Doktor mencadangkan program pengawalan makanan dan juga ubat-ubatan bagi merangsang rasa kenyang dengan cepat. Menurut doktor ini merupakan langkah saintifik yang digunakan di seluruh dunia. Selepas dua minggu makan ubat dan mengawal pemakanan, Maria mula kehilangan berat badan. Dalam tempoh sebulan berat badannya mengurang sebanyak 10 kg dan semestinya dia gembira.

    Bagaimanapun pada bulan kedua, tiada sebarang pengurangan menyebabkan Maria mula risau. Sebulan selepas itu Maria berhenti makan ubat kerana jemu dengan keadaannya yang tidak berubah. Tambahan pula dia diberitahu ubat yang dimakan mempunyai kesan tidak baik kepada kesihatan. Beberapa bulan selepas itu, Maria mengalami kenaikan berat badan berganda. Tubuhnya berasa lemah dan mukanya kelihatan sembap. Dia kecewa dan hairan dengan keadaan tubuhnya yang tidak memberi sebarang reaksi terhadap rawatan dan ubat-ubatan. Dia melihat beberapa rakannya yang memakan ubat dan pengawalan makanan menjadi kurus dan cantik.

    Mengapakah sukar untuk kurus? Mengapakah seseorang itu tetap gemuk meskipun berdiet dan mengamalkan senaman? Apakah yang terjadi?

    Setelah mendengar cerita Maria saya menyatakan kepadanya bahawa dia mengalami masalah refraktori obesiti yang bermaksud seseorang itu tidak berjaya menjadi kurus semula. Diet senaman dan ubat-ubatan tidak dapat membantu menurunkan berat badan. Mangsa refraktori obesiti akan menjadi lebih gemuk setelah menjalani rawatan pelangsingan. Mereka juga mempunyai tenaga yang lemah dan mudah murung. Keadaan kulit mereka kasar dan kurang menarik. Senaman juga membuatkan mereka lemah dan semakin gemuk.

    Kanak kanak yang mengalami refraktori obesiti juga menjadi kurang bermain dan mudah menyendiri. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa kerana jika tidak ditangani bakal menjadi lebih serius.

    Kesan refraktori obesiti terhadap tubuh badan

    * Tulang mengecil dan merosot terutamanya tulang pada muka. Ini menyebabkan muka kelihatan bulat dan sembap.

    * Kekejangan otot.

    * Berisiko mendapat penyakit metabolik.

    * Mudah letih.

    11

  • * Mata mengecil dan tampak sepet

    * Cepat lapar

    * Tidak mampu bersenam

    * Masalah haid tidak menentu bagi wanita

    Rawatan

    Tidak ada kaedah diet dan senaman yang mampu memberi kesan terhadap masalah ini. Ini kerana masalah refraktori obesiti disebabkan kekurangan enzim dan hormon pembakar lemak. Oleh kerana itu pengidap refraktori obesiti berdiet sepanjang tahun malah bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang kesan.

    Rawatan yang terbaik adalah meningkatkan paras enzim dan hormon. Di Marissa Esthetic misalnya rawatan yang penting adalah terapi enzim yang merangsang ketosis.

    Selain itu senaman menggunakan otot yang menyokong tubuh kita iaitu core muscle excersize bukan sahaja tidak memenatikan malah mampu menjana fungsi metabolik dengan berkesan.

    Masalah

    * Masalah lemak pada bahagian depan tubuh iaitu pada buah dada, ketiak, perut termasuk lengan.

    Lemak yang berkumpul pada bahagian ini disebabkan faktor hormon yang tidak seimbang. Dalam tubuh wanita terdapat hormon yang penting iaitu estrogen dan progestron. Kehadiran kedua-dua hormone ini perlu seimbang. Apabila estrogen terlalu banyak maka akan berlaku ketidakseimbangan. Estrogen cenderung untuk mengumpulkan lemak pada perut dada lengan dan ketiak. Mereka yang mengalami masalah ini berasa cepat letih. Mereka juga sukar memakai korset atau pakaian ketat kerana saiz badannya lebih besar apabila waktu petang atau malam. Korset yang dipakai terasa seolah-olah semakin ketat di sebabkan perkara ini. Sebenarnya tubuh mereka menyimpan air yang banyak. Pendekatan menangani obesiti haruslah dibuat menerusi pelbagai aspek kerana mengawal makan sahaja bukanlah penyelesaiannya. Selepas rawatan barulah doktor mengenalpasti makanan yang sesuai dengan komposisi tubuh seseorang. Ini membuatkan seseorang itu lebih mudah menjaga dirinya bagi mengelakkan stimulasi hormon cortisol dan estrogen. Perubahan gaya hidup juga penting iaitu dengan menjauhi ketegangan dan bijak menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian.

    * Pengumpulan lemak pada muka.

    12

  • Masalah pengumpulan lemak pada muka dan belakang leher. Biasanya tangan dan kaki adalah agak kecil. Perut mungkin membesar sedikit dan terdapat banyak kesan rekahan. Rekahan ini dinamakan striae. Sekali pandang ia kelihatan striae pada perut wanita hamil. Mereka mempunyai muka yang bulat, dagu berlapis dan selalunya bertubuh rendah

    * Pengumpulan lemak pada punggung.

    Lemak hanya berkumpul pada punggung sahaja. Bahagian atas tubuh kecil, muka juga kecil dan comel. Ini berlaku kerana keaktifan hormon gonadal yang tinggi dan merangsang tubuh menyimpan lemak pada punggung. Perkara ini berlaku bagi lelaki dan wanita. Mereka yang mengalami masalah ini disaran mengambil hormon bloker dan juga mengelak daripada mengambil makanan seperti organ dalaman haiwan yang kaya dengan hormon tersebut.

    * Pengumpulan lemak pada perut dan pinggang.

    Bagi lelaki ini berlaku disebabkan kekurangan hormon seks lelaki iaitu testosterone serta kemerosotan dalam aktiviti hormon GH. Tubuh jenis ini berisiko mendapat kencing manis kerana masalah insulin yang tidak efektif. Sel-sel dalam tubuhnya tidak efektif terhadap insulin menyebabkan insulin di keluarkan dengan banyak. Kesan insulin yang banyak akan membuatkan gula dalam tubuh rendah dan tenaga menjadi lemah. Mereka juga kerap berasa lapar dan kerap makan menyebabkan berat badan bertambah.

    13

  • ARKIB : 14/04/2011

    Muhyiddin bimbang ramai pelajar sekolah obesiti 14/04/2011 3:54pm

    KUCHING 14 April Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan rasa bimbang dengan masalah kegemukan atau obesiti di kalangan pelajar sekolah.

    Beliau berkata, perkara itu adalah antara perkara yang dibangkitkan oleh Kementerian Kesihatan kerana ia sudah menjadi satu masalah yang amat serius kerana ia menunjukkan peningkatan.

    "Ia menjadi isu kerana ia melibatkan anak-anak kecil yang masih bersekolah tetapi gemuk kerana faktor pemakanan.

    Mereka banyak makan makanan ringan. Ini menyebabkan mereka tidak cergas dan tidak sihat...ini kena atasi, katanya pada majlis Program Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Sarawak di sini.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerana itu dasar Satu Murid Satu Sukan perlu diusahakan bagi menarik penglibatan pelajar dalam bidang sukan.

    "Selain pendidikan formal dan akademik, aktiviti kokurikulum juga perlu diberikan perhatian. Sukan dah lama menjadi aktiviti kokurikulum. Tetapi kita harus lebih kreatif untuk pelajar lebih terlibat dalam aktiviti ini, katanya. Bernama

    14

  • ARKIB : 15/05/2011

    Diet tapi tak kurus

    Pertemuan dengan Datin Y membuka mata saya bahawa ramai di kalangan kaum wanita mencuba pelbagai cara dan usaha untuk kurus namun seringkali menemui jalan buntu.

    Datin Y adalah satu contoh insan yang tabah melalui pelbagai rawatan dan pengubatan dengan harapan untuk kurus.

    Dia menunjukkan parut di perut hasil dari pembedahan dan prosedur sedut lemak yang lalu. Ada juga kesan parut lebar semasa pembedahan gastric by pass. Meskipun pembedahan itu berisiko tinggi beliau sanggup melaluinya.

    "Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?" keluhnya. Semasa Datin Y berusia 20-an beliau merupakan seorang wanita yang ayu dengan berat badan ideal. Selepas dikurniakan anak ketiga beliau mula sukar menurunkan berat badan. Pada mulanya Datin Y menganggap ia disebabkan oleh sikapnya yang gemar makan. Dia pun mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.

    Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.

    1) Hati

    Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

    2) Otak

    Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

    Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

    15

  • 3) Otot

    Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

    4)Adipose tisu

    Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

    Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

    Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

    Di Marissa Esthetik kami menggunakan pendekatan memberi kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

    Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

    Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.

    16

  • ARKIB : 16/05/2011

    BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

    SEBANYAK 25 peratus daripada jumlah pelajar di negara ini berhadapan dengan risiko obesiti pada 2020 jika masalah itu tidak ditangani segera.

    Andaian ini berdasarkan kajian Jabatan Dietek dan Sajian, Hospital Kuala Lumpur yang mendapati pada 2007 hampir 12 daripada 100 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun mengalami obesiti berbanding hanya dua orang 10 tahun sebelumnya.

    Oleh itu jika trend ini berterusan, sejumlah 25 daripada 100 pelajar akan mengalami masalah obesiti pada 2020.

    Gejala ini sememangnya membimbangkan dan pelbagai langkah proaktif perlu diambil bagi memastikan andaian berkenaan tidak menjadi kenyataan. Bayangkan jika trend ini berterusan, jumlah pelajar obesiti pasti meningkat tahun demi tahun. Lebih ramai akan terdedah kepada pelbagai penyakit berkaitan obesiti.

    Usaha menangani obesiti bukan sahaja terletak di tangan pihak sekolah tetapi juga di kalangan ibu bapa. Sebagai langkah mengawal pemakanan pelajar di sekolah, kerajaan melarang penjualan 15 jenis makanan tidak sihat di semua kantin sekolah rendah dan menengah. Ini untuk memastikan mereka hanya membeli makanan berkhasiat.

    Namun perlu diingat pelajar berada di sekolah untuk beberapa jam tertentu sahaja. Lebih banyak masa bersama keluarga. Dalam konteks ini ibu bapa mempunyai peranan penting mengawal pemakanan anak mereka di luar waktu sekolah. Sama ada makanan yang disediakan sendiri di rumah atau mengambil makanan di luar, pastikan anak-anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang.

    Tidak bermakna jika di pihak sekolah berusaha mengawal pemakanan pelajar tetapi ibu bapa tidak melakukan perkara yang sama. Akhirnya nanti yang akan menerima akibat ialah anak kita sendiri.

    Awang Tidak gemuk, tidak kurus.

    17

  • ARKIB : 16/05/2011

    Makan berlebihan, tidak bersenam punca obes

    KUALA LUMPUR 15 Mei Memiliki berat 110 kilogram (kg) dengan ketinggian 160 sentimeter (sm) menjadikan U. Alvinderpal, 13, mengalami masalah obesiti sehingga dia kelihatan pasif berbanding rakan sebayanya.

    Latar belakang keluarga yang mempunyai susuk tubuh besar turut mempengaruhi Alvinderpal mempunyai saiz badan sebegitu.

    Tambahan pula, dia seorang yang tidak memilih makanan dan tidak gemar melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola ataupun berbasikal.

    Saya makan apa saja tanpa mengira masa. Di waktu lapang, saya lebih gemar bermain permainan video atau menonton televisyen berbanding melakukan aktiviti fizikal, katanya yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 43 ketika di temui di sini baru-baru ini.

    Jelas ibunya, Jaswant Kaur, satu-satunya aktiviti fizikal yang digemari anak bongsunya itu adalah berenang tetapi aktiviti yang berupaya membakar lebih 400 kalori dalam tempoh sejam itu jarang dilakukan Alvinderpal kerana dia menghidap asma.

    Sejak menghidap asma ketika di sekolah rendah, Alvinderpal semakin tidak berminat melibatkan diri dalam sebarang kegiatan sukan, baik di rumah mahupun sekolah. Saya pernah belikan Alvinderpal basikal namun sehingga hari ini, dia tidak pernah menunjukkan minat untuk menunggangnya, katanya.

    Seawal pagi, Alvinderpal akan mengambil minuman milo ais sebagai sarapan sebelum pergi ke sekolah dengan dihantar oleh ibunya.

    Setiap hari, dia diberikan belanja RM6 untuk mengisi perut. Ketika waktu rehat, Alvinderpal gemar mengambil makanan seperti roti berbanding nasi mahupun mi. Jika dia berasa lapar, nasi ayam akan menjadi menu pilihannya.

    Biarpun hanya mengambil masa 15 minit untuk berjalan kaki dari sekolah pulang ke rumah, Alvinderpal tetap menaiki teksi kerana tidak tahan dengan cuaca panas.

    Ketika berada di rumah pula, Alvinderpal lebih gemar menikmati nasi campur yang mengandungi ayam atau ikan berlaukkan kari tanpa mengambil sebarang sajian sayur-sayuran.

    Menurut Jaswant, jika tidak mengambil nasi putih bersama lauk-pauk sebagai sajian malam, anaknya itu lebih gemar makan di gerai dengan memilih menu bergoreng seperti nasi goreng dan mi goreng atau menikmati makanan segera.

    18

  • Dia seorang yang mudah terasa lapar. Sekiranya terasa lapar, dia akan memasak mi segera walaupun jam sudah menunjukkan 12 malam. Sebagai ibu, saya pernah menasihatkan dia untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidupnya tetapi diabaikan begitu sahaja, katanya.

    19

  • ARKIB : 16/05/2011

    25 peratus pelajar obes pada 2020?

    ISU obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya.

    Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan?

    Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya.

    Ikuti laporan wartawan unit khas Utusan Malaysia, AZRAI MOHAMMAD dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN mengenai isu membimbangkan itu.

    NASI lemak menjadi pilihan utama ketika tinjauan bagi

    laporan khas mengenai para pelajar yang mengalami

    masalah obesiti di Sekolah Menengah Tinggi, Setapak,

    baru-baru ini.

    Selain bertemu dengan pihak tertentu, tinjauan juga dilakukan di kantin-kantin sekolah selain mengikuti kehidupan seharian pelajar obes.

    Esok, ikuti pula pengalaman Mohd. Khairul Mohd. Zain, 27, yang mempunyai berat badan luar biasa dan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mendapati Malaysia mempunyai paling ramai penduduk obes di Asia Tenggara.

    KUALA LUMPUR 15 Mei Satu perempat atau 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah obesiti atau kegemukan pada 2020 yang juga berisiko mempunyai penyakit.

    Anggaran tersebut berdasarkan trend peningkatan satu peratus obesiti pelajar setiap tahun yang peratusannya didapati terus meningkat.

    Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman menjelaskan, anggaran itu berdasarkan kajian pada 2007 yang mendapati hampir 12 daripada 100 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami obesiti berbanding hanya dua orang dikesan 10 tahun sebelumnya.

    20

  • Maka itu tidak mustahil jika tidak ditangani segera, pada 2020 sejumlah 25 daripada 100 pelajar atau satu perempat daripada mereka akan mengalami masalah itu.

    Jika diperincikan lagi, ini bermakna 10 pelajar dalam kelas yang mengandungi 40 orang adalah pelajar gemuk yang tidak aktif dan berisiko berpenyakit, katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Pada masa ini terdapat lebih 5.24 juta pelajar sekolah rendah dan menengah.

    Ridzoni berkata, walaupun selepas pelbagai pendedahan dan usaha dilakukan kerajaan, gejala obesiti atau kegemukan di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah masih gagal diatasi.

    Oleh sebab itu, kantin berperanan sebagai tempat membentuk pemikiran pelajar berkaitan pemakanan seimbang sekali gus boleh mempengaruhi ibu bapa di rumah.

    Seandainya pengusaha kantin sekolah mampu menyediakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dalam setiap menu, budaya pemakanan sihat secara praktikal dapat dibentuk dan menggalakkan para pelajar membawa amalan tersebut ke rumah, katanya.

    Baru-baru ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi menangani peningkatan masalah tersebut dengan mencadangkan larangan 15 jenis makanan 'tidak sihat' dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah.

    Turut dicadangkan ialah supaya indeks jisim badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

    Mengambil pengalaman beliau ketika berada di Jepun, Ridzoni berkata, pakar nutrisi dan pengusaha kantin sekolah akan bekerjasama dalam memastikan hidangan dijual adalah sihat.

    Tambah Ridzoni, pelajar memerlukan kalori sebanyak 1,500 hingga 2,200 dalam sehari bergantung pada aktiviti harian yang dilakukan dan pihak berkaitan seharusnya peka dengan jumlah kalori yang sepatutnya diambil.

    21

  • ARKIB : 16/05/2011

    Kantin sekolah masih jual makanan larangan

    KUALA LUMPUR 15 Mei - Rata-rata pengusaha kantin sekolah masih menjual pelbagai jenis makanan termasuk makanan ringan seperti kentang goreng, keropok lekor, sosej, bebola ikan dan burger walaupun kerajaan telah mengumumkan cadangan larangan penjualan makanan tidak berkhasiat baru-baru ini.

    ANTARA makanan berat yang dijual di kantin ketika tinjauan mengenai pelajar

    yang mengalami masalah obesiti di Sekolah Menengah Tinggi, Setapak, baru-

    baru ini.

    Hasil tinjauan wartawan unit khas Utusan Malaysia di 11 sekolah sekitar Kuala Lumpur mendapati, selain makanan tersebut, pihak kantin turut menyediakan makanan berat seperti nasi lemak, nasi goreng serta nasi berlauk.

    Malah, masih terdapat sekolah yang menjual minuman berkarbonat kepada pelajar.

    Mereka turut menjual buah-buahan seperti tembikai, jambu dan betik namun kurang mendapat sambutan daripada pelajar.

    Pengusaha kantin, Zulkifly Jusoh, (gambar) 52, berkata, ketika ini pihak kantin belum menerima sebarang senarai makanan yang perlu disediakan sebagai makanan yang berkhasiat walaupun media sudah menghebahkan mengenai perkara itu.

    Ditanya mengenai menu makanan sihat, katanya, dia pernah menyediakan menu pilihan seperti roti, sup dan sayur campur menggantikan makanan yang berminyak, namun langsung tidak mendapat sambutan daripada pelajar dengan alasan tidak mengenyangkan dan tidak sedap.

    "Pelajar sesi pagi memilih makanan yang berat seperti nasi berlauk atau nasi lemak kerana mereka ingin makanan yang boleh mengenyangkan hingga tamat sesi sekolah.

    "Memang benar mereka banyak makan nasi, tetapi mereka juga aktif di sekolah termasuk melakukan aktiviti bersukan, jadi saya tidak setuju jika dikatakan makanan di kantin punca pelajar gemuk," katanya yang sudah 10 tahun menjadi pengusaha kantin.

    22

  • Dalam tinjauan tersebut, para pengusaha kantin turut mengakui tiada pemeriksaan dilakukan oleh pihak sekolah atau Kementerian Kesihatan mengenai khasiat makanan, namun pemeriksaan lebih tertumpu kepada soal kebersihan.

    23

  • ARKIB : 17/05/2011

    Gemuk: Malaysia tertinggi di Asia Tenggara

    KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kajian yang dijalankan itu mendapati, sebanyak 16.3 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti.

    Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan keenam di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan, yang merupakan negara-negara Asia Barat.

    "Arab Saudi berada di tempat pertama dengan 35.6 peratus diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (33.7 peratus), Bahrain (28.9 peratus), Kuwait (28.8 peratus) dan Jordan (19.5 peratus).

    "Hanya Malaysia negara dari Asia Tenggara yang berada di tempat keenam bagi seluruh Asia," katanya ketika dihubungi, di sini baru-baru ini.

    Sementara itu, WHO turut menyenaraikan 10 'negara paling gemuk' di dunia.

    Negara-negara tersebut ialah Samoa iaitu 93.5 peratus daripada rakyatnya obes diikuti Kiribati (81.5 peratus), Amerika Syarikat (66.7 peratus), Jerman (66.5 peratus) dan Mesir (66 peratus).

    Lima lagi negara ialah Bosnia-Herzegovina (62.9 peratus), New Zealand (62.7 peratus), Israel (61.9 peratus), Croatia (61.4 peratus) dan United Kingdom (61 peratus).

    Menurut Rosnah, kedudukan obesiti sesebuah negara adalah petunjuk bagi trend pemakanan, kesihatan dan budaya bagi negara tersebut.

    ''Maklumat tentang pemakanan yang seimbang penting untuk diketahui oleh orang ramai bagi melahirkan masyarakat yang sihat,'' katanya.

    24

  • ARKIB : 17/05/2011

    Kecewa jadi bahan ketawa Oleh AZRAI MOHAMMAD [email protected]

    JANGKAAN bahawa 25 peratus pelajar akan mengalami obesiti menjelang 2020, bukan sesuatu yang mustahil sekiranya gaya hidup kebanyakan masyarakat masih tidak berubah. Kajian yang dijalankan pada 2007 menunjukkan 12 peratus daripada kira-kira lima juta atau hampir 600,000 pelajar menjadi obes disebabkan kegagalan ibu bapa membentuk kehidupan lebih sihat serta mengamalkan pemakanan seimbang.

    Realitinya, Malaysia telah pun mencipta nama sebagai `negara obes. Ini berdasarkan kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mendapati bahawa Malaysia merupakan negara paling ramai penduduk obes di Asia Tenggara.

    Mohd. Khairul Mohd. Zain menunjukkan isyarat bagus sambil memakai seluar

    lamanya selepas berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 83 kilogram di Shamelin Perkasa, baru-baru ini.

    UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

    Keadaan ini seharusnya menjadi kebimbangan dan memerlukan perhatian khusus semua pihak.

    Ikuti bahagian akhir laporan khas oleh wartawan, AZRAI MOHAMMAD dan SITI NURAZLINA JAMALUDIN berkaitan isu obesiti ini.

    KUALA LUMPUR 16 Mei Pengalaman mempunyai saiz badan luar biasa dengan berat mencecah 188 kilogram (kg) adalah sesuatu yang amat perit bagi Mohd. Khairul Mohd. Zain, 27, atau lebih dikenali sebagai Bob.

    Aktiviti harian Bob tidak seperti remaja lain. Dia cepat letih apabila berjalan dan sukar mencari saiz pakaian. Dia juga tidak bersukan kerana tidak mampu dan lebih malang, sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan.

    Bukan itu saja, kerusi di tempat kerjanya terpaksa ditempah khas oleh majikan bagi mengelakkan lebih banyak kaki kerusi patah.

    25

  • Segalanya membuatkan dia berasa rendah diri, apatah lagi dengan ketinggian 161 sentimeter (sm), susuk tubuhnya yang sebesar dua pemeluk orang dewasa itu begitu menonjol tatkala berada di tempat awam.

    Namun, dia mengakui kesilapan tersebut berpunca daripada dirinya sendiri. Sejak kecil, dia tidak mampu mengawal nafsu makan - walaupun ditegur oleh keluarga, dia tetap mengunyah makanan dari pagi hingga lewat malam.

    Berbekalkan azam dan nekad untuk melalui kehidupan normal seperti rakan-rakan remajanya yang lain, cubaan kali kedua Bob membuang segala lemaknya telah berjaya.

    Dalam tempoh lapan bulan, dia berjaya mengurangkan berat sebanyak 83 kilogram. Kini beratnya hanya 105 kg.

    Apabila ditanya kejayaannya yang agak pantas itu, Bob mengakui, dia tidak pernah mengambil jalan singkat seperti melakukan suntikan atau pembedahan bagi menguruskan badan.

    Cuma pada tiga bulan pertama, Bob mengambil sejenis produk jus yang memberikan tenaga untuknya mengawal selera makan, selebihnya adalah mengambil makanan seimbang dan bersenam setiap hari dalam tempoh tersebut.

    Saya aktif bersenam dan bersukan, setiap hari saya akan mengayuh basikal senaman di rumah selama sejam, bermain futsal dan badminton sekali setiap minggu.

    Sebagai panduan, saya banyak membaca di Internet mengenai diet khususnya cara pemakanan seimbang dan senaman, katanya ditemui di sini baru-baru ini.

    Menceritakan kisah zaman gemuknya itu, Bob yang bertugas sebagai kerani di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini berkata, selain terdedah risiko penyakit, banyak penderitaan yang harus dilaluinya.

    Mencari pakaian menjadi perkara paling sukar buat saya. Baju saya yang bersaiz 6XL terpaksa ditempah. Jika ada dijual sekalipun, sudah pasti harganya mencecah RM100 untuk baju dan RM200 bagi seluar.

    Saya juga telah menghadiri lebih 10 temu duga kerja tetapi semuanya ditolak dengan alasan remeh, namun saya tahu semuanya adalah disebabkan masalah kegemukan saya, katanya.

    Ketika ini, Bob berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan berasa mampu mencapainya pada hujung tahun ini.

    Dia sekarang selesa memakan sandwich yang penuh dengan sayur-sayuran sebagai santapan pagi dan tengah hari, serta memperbanyakkan roti, buah-buahan serta air

    26

  • suam menggantikan makanan digoreng serta air berperisa yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

    27

  • ARKIB : 18/05/2011

    Hari Jururawat perangi obesiti di KPJ Johor

    JOHOR BAHRU 17 Mei - Seramai 30 jururawat Hospital Pakar KPJ Johor memberi pendedahan tentang pemakanan sihat kepada 500 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir di sini baru-baru ini.

    Menurut Ketua Pegawai Jururawatnya, Nur Yasmin Jennifer Abdullah, program bersempena Hari Jururawat Sedunia ke-10 itu adalah satu kelainan kerana biasanya ia diadakan di rumah orang tua dan golongan istimewa.

    "Pendedahan awal diberikan tentang kebersihan diri, pemakanan sihat, penyakit denggi dan H1N1, pertolongan cemas, keselamatan, penyalahgunaan dadah dan kesan bahaya merokok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Kampung Pasir, Jamaliyah Ali.

    28

  • ARKIB : 19/05/2011

    Sokongan keluarga bebas obesiti

    BILA bercakap mengenai makanan, keluarga enam beranak ini pasti diburu keterujaan. Malah mereka pernah melancong sehingga beratus-ratus kilometer ke negeri-negeri terutama di Malaysia - bukan untuk sejarah atau budaya - tetapi hanya untuk pengalaman menikmati makanan.

    Kami sama seperti orang lain, sukakan makanan. Apatah lagi ia sukar dielakkan apabila tinggal di Malaysia, yang sungguh kaya dengan kepelbagaian makanan yang unik dan sedap, kata ketua keluarga tersebut Zulkifli Mohamad, 53.

    Zulkifli Mohamad dan isteri, Rohaya Hussin kini lebih langsing hasil amalan

    gaya hidup sihat.

    Faktor jauh ataupun dekat tidak menjadi penghalang untuk keluarga ini. Mereka tidak kisah untuk memandu hingga sejauh 50 kilometer untuk hanya makan malam di hotel atau mana-mana tempat makan yang menjanjikan makanan yang lazat.

    Keluarga ini juga akan memastikan perjalanan mereka itu berbaloi walaupun terpaksa makan dengan sekenyang-kenyangnya.

    Zulkifli yang berasal dari Kedah dan kini menetap di Kelantan berkata tabiat makan yang kurang sihat itu turut dikongsi bersama isterinya, Rohaya Hussin, 48, dan seorang anak perempuannya, Nur Zahin, 23.

    Saya makan macam tak ingat dunia, banyak juga termasuk makanan yang merapu-rapu. Tidak pernah pula terfikir untuk makan ala kadar.

    Lebih-lebih lagi jika kami makan di kedai makan atau restoran yang jaraknya jauh sehingga 40 atau 50 kilometer dari rumah, kami pasti akan makan banyak sehingga tak mampu nak bergerak supaya perjalanan jauh yang kami lalui untuk ke restoran itu berbaloi.

    Keluarga besar

    29

  • Selera kami bertiga memang besar... sebab itulah lama kelamaan kami muncul dan mula dikenali sebagai keluarga besar biarpun sebenarnya jumlah ahli keluarga kami tidaklah besar mana, kata Zulkifli yang mempunyai empat anak, sambil tersenyum.

    Biarpun menerima gelaran sedemikian, namun ia tidak memberi sebarang kesan kepada keluarga berkenaan untuk mengubah diet mereka.

    Bagaikan perumpamaan perut kenyang, hati senang , begitulah juga keluarga besar Zulkifli, asal mereka dapat menikmati makanan, apa jua yang dikatakan masyarakat sekeliling tidak pernah menjadi tekanan.

    Namun, kegembiraan keluarga besar Zulkifli untuk terus menikmati makanan akhirnya semakin hilang apabila ketiga-tiga mereka mula menghadapi masalah.

    Sebelum ini saya, isteri dan seorang anak tak pernah risau dan bimbang untuk makan, orang kata hentam semua, asal kenyang dan puas hati...badan naik, perut dah jauh ke depan tak pernah kami ambil kisah.

    Sampailah saya mula diserang sakit-sakit, sakit dada, sakit kaki, bahkan saya semakin cepat penat dan dah tak mampu nak bawa keluarga berjalan-jalan kerana tak larat nak pandu kereta, ketika itu berat saya 113.6 kilogram, katanya.

    Isterinya Rohaya yang seberat 77.5 kilogram turut diserang sengal-sengal tulang, tidak bertenaga dan lemah. Manakala anaknya Nur Zahin pula menghadapi krisis hilang keyakinan dan mulai malu untuk keluar ke tempat awam kerana badan yang semakin membesar dengan berat 90 kilogram.

    Paling perit masa saya nak menyempurnakan ibadah haji tiga tahun lepas. Susahnya untuk menyempurnakan ibadah haji kerana badan besar dan berat. Ia memberi tekanan kepada mental dan fizikal saya untuk menyelesaikan tuntutan agama, katanya.

    Hasil pemeriksaan doktor mendapati beliau mula menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung manakala isteri dikesan menghidap darah tinggi kerana faktor pemakanan dan berat badan.

    Zon selamat

    Apabila mengetahui kami sekeluarga bukan lagi di zon selamat kerana mula menghidap pelbagai penyakit, kami mulai diburu ketakutan dan sedar perlu lakukan sesuatu supaya tidak lagi berada dalam keluarga besar yang memeritkan.

    Tak ada cara lain untuk kami kembali sihat melainkan mengubah gaya hidup, katanya.

    Justeru Zulkifli berkata beliau, isteri dan anaknya mula memulakan langkah pertama dengan menjaga pemakanan, jika dahulu mereka sekeluarga gemar menikmati

    30

  • pelbagai hidangan walaupun perut sudah kenyang terisi, namun kini mereka sekeluarga hanya makan ketika berasa lapar.

    Bukan itu sahaja, mereka semakin kurang makan di luar dan mula meluangkan masa untuk memasak hidangan sendiri yang lebih berkhasiat selain melakukan banyak gerakan dan senaman ringan.

    Kata Zulkifli, bukan mudah untuk seseorang mengubah gaya hidup yang telah menjadi rutin dan sebati dengan kehidupan seharian, namun kerana kesedaran untuk menyelamatkan diri daripada menghidap pelbagai penyakit menjadikan beliau tekad untuk mendapatkan berat badan ideal untuk sihat.

    Kos yang perlu dibayar ialah sokongan keluarga. Saya bertuah kerana bukan saya seorang sahaja yang nak sihat, isteri dan anak saya pun menerima kesedaran yang sama menyebabkan kami berusaha bersama-sama untuk sihat.

    Bila semua nak kurus dan sihat, mudahlah, masing-masing pakat berlumba siapa yang cepat turun.

    Bila ada yang sedikit down, adalah yang akan bagi semangat. Betapa pentingnya sokongan keluarga, katanya.

    Bagaimanapun kata Zulkifli, menjaga pemakanan tidak bermakna beliau dan keluarga terpaksa mengorbankan segala makanan yang digemari sebelum ini kerana mereka tetap menikmatinya namun dalam kuantiti yang sedikit.

    Apa yang penting kami tidak mengeluarkan kos yang tinggi sehingga berpuluh ribu ringgit untuk menjadi sihat, hanya azam, semangat dan sokongan keluarga yang menjadi kos untuk kami mengubah gaya hidup dan menjadi lebih sihat, katanya.

    Turun berat badan

    Dalam tempoh enam bulan, usaha mereka bertiga semakin membuahkan hasil apabila beliau berjaya menurunkan berat kepada 90 kilogram daripada 113.6 kilogram, isterinya seberat 65 kilogram daripada 77.5 kilogram dan anaknya turun kepada 69 kilogram daripada 90 kilogram.

    Zulkifli berkata, stigma kebanyakan masyarakat yang menganggap makanan sihat adalah makanan yang tidak sedap perlu dibuang jauh.

    Sebenarnya makanan sihat adalah makanan paling sedap dan lebih unik daripada makanan biasa yang tidak berkhasiat, katanya.

    Terdapat banyak resipi yang lebih unik boleh dibuat, macam kami terasa nak makan ayam goreng, kami salutkan dengan oat, rasanya lebih rangup dan enak. Apa yang penting ubah pemikiran dan binalah azam.

    31

  • Beliau berkata, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa untuk menguruskan badan dan hidup secara sihat tidak memerlukan kos yang banyak.

    Zulkifli menyambut baik sesiapa sahaja yang mahukan tips dan sokongan bagaimana untuk menurunkan berat badan e-mel [email protected].

    - Bernama

    32

  • ARKIB : 15/07/2012

    Pembunuh senyap

    Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH [email protected]

    Kebanyakan kes hati berlemak berpunca daripada obesiti dan bentuk badan mereka seperti bentuk epal.

    Tahukah anda antara fungsi hati ialah sebagai tempat menyimpan tenaga, vitamin dan mineral? Hati atau hepar juga menghasilkan protein, dan membuang hampas dari badan menerusi air kencing, peluh dan sebagainya.

    Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika, penyakit hati menyerang kira-kira satu daripada 10 rakyat Amerika. Di Malaysia pula, kita menemukan angka satu daripada 20 rakyatnya menghidap penyakit berkaitan hati .

    Bagi memastikan adakah kita menghidap penyakit hati atau tidak, orang ramai dinasihatkan menjalani pemeriksaan, kemudian disusuli dengan pemantauan, jika ia dapat dikesan lebih awal maka rawatan juga boleh dimulakan dengan lebih awal.

    33

  • Sempena Hari Hepatitis Sedunia bulan ini, Presiden Yayasan Hepar Malaysia (YPM), Prof Tan Sri Datuk Seri Dr. Mohd. Ismail Merican menasihatkan agar rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berserat tinggi.

    Kurangkan makanan berlemak , berkalori dan pastikan memiliki berat badan ideal.

    Ini kerana gaya hidup sihat merupakan punca penyakit hati seperti hepatitis dan hati berlemak.

    Hepatitis

    Menurut Dr. Mohd. Ismail , Sabah, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri yang mencatatkan paling ramai penghidap hepatitis yang boleh mendedahkan mereka kepada penyakit barah hati. Barah hati pula merupakan antara lima kanser yang sering berlaku di kalangan lelaki di Malaysia.

    Beliau berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 2.5 juta rakyat negara ini yang dikesan menghidap penyakit itu dengan kebanyakannya adalah lelaki.

    "Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh yayasan itu, Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar tertinggi di seluruh negara bagi penghidap virus hepatitis B manakala Kelantan pula bagi hepatitis A. Lima hingga lapan peratus rakyat Malaysia adalah pembawa Hepatitis B.

    Faktor pemakanan dan gaya hidup menjadi antara punca utama peningkatan penyakit itu dalam kalangan penduduk di negeri berkenaan," ujarnya.

    Penyakit itu dihidapi kira-kira 350 juta orang di seluruh dunia. Mengikut statistik, lelaki lebih ramai menghidap barah hati dan ia mungkin disebabkan kurang mementingkan kebersihan serta tidak mengamalkan pemakanan sihat berbanding wanita.

    Selebihnya, mereka yang dikesan menghidap penyakit ini disebabkan berjangkit daripada ibu kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan darah yang rata-ratanya melibatkan hepatitis B.

    Dr. Mohd. Ismail berkata, pihaknya berusaha mempergiatkan kempen kesedaran mengenai penyakit yang boleh mengancam nyawa itu di seluruh negara dan turut disasarkan ke sekolah bagi membolehkan pengesanan dan rawatan penyakit berkenaan dilakukan lebih awal.

    Selain hepatitis, YPM turut menekankan bahaya hati berlemak yang sering dikaitkan dengan penyakit hati seperti hepatitis.

    Apakah hati berlemak?Penyakit ini disebabkan oleh obesiti dan diabetes, malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.

    34

  • Dr. Mohd. Ismail menjelaskan, hati berlemak turut dikenali sebagai NFLD (Non-alcoholic fatty liver disease).

    Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel hati melalui proses steatosis.

    Hati berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak biasa (steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan (steatohepatitis).

    PuncaSecara asas, penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama di negara Barat. Namun, keadaan semakin berubah.

    Kini, kes berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat. Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.

    Tanpa simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes. Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Disebabkan penyakit ini berkaitan dengan sindrom metabolik (diabetes, tekanan melampau serta obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.

    Tambah Dr. Mohd. Ismail, progres steatohepatitis mampu menyebabkan fibrosis hati, sirosis dan barah hati. Akibatnya, ia meningkatkan risiko kematian terhadap penghidap. Fibrosis atau sirosis di dalam hati dihadapi oleh antara 15 hingga 50 peratus pesakit hati berlemak tanpa alkohol steatohepatitis (NASH).

    Penurunan berat badan secara mendadak turut mengundang kepada kewujudan hati berlemak itu. Justeru, mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran agar melakukannya secara berperingkat.

    "Jika anda mengalami masalah obesiti, kemungkinan anda mendapat masalah hati berlemak adalah tinggi," ujarnya.

    Diagnosis dan rawatan Ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati dapat mengesan kehadiran lemak.

    Dr. Mohd. Ismail menegaskan, hanya dengan menjalani cara hidup yang sihat serta mengamalkan pemakanan yang teratur mampu mengelakkan penularan penyakit itu.

    Meskipun hati berlemak bukan sejenis penyakit kronik, tetapi keadaan ini perlu dirawat. Rawatan ini bergantung kepada puncanya. Sebagai contoh, sekiranya pesakit seorang individu yang banyak mengambil minuman keras, dia perlu mengurangkan pengambilan berkenaan.

    35

  • 36

    Jika pesakit adalah seseorang individu yang obes, dia perlu mengawal pemakanan dan berat badannya.

    Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 8 Ogos 2012

  • 1

    Headline: Makanan untuk kehidupan yang sihat Publication: HM Date of publication: Aug 7, 2012 Section heading: 1Klassifieds Page number: 001

    MANUSIA memerlukan makanan untuk hidup dan badan mendapat nutrien daripada makanan untuk pertumbuhan yang kuat dan sihat. Pelbagai jenis penyakit boleh dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti obesiti, hipertensi dan kencing manis. Oleh itu, cara dan jenis makanan yang kita makan sangat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan kita. Air 70 peratus daripada badan kita terdiri daripada air. Oleh itu, air sangat penting kepada kita. Air adalah penting untuk proses pencernaan, menyingkir sisa toksin dalam badan kita serta mengawal suhu badan. Air memastikan badan kita berfungsi dalam keadaan yang sempurna secara keseluruhan. Kita mesti meminum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari. Kurangkan minuman berkarbonat kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi. Selain itu kandungan asidnya yang tinggi akan menyebabkan anda mempunyai masalah kerosakan gigi. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi serat, vitamin dan mineral yang berkhasiat. Vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan kerana ia dapat membantu pelbagai fungsi dalam badan. Contohnya, vitamin C penting untuk sistem keimunan badan kita. Dengan mengambil vitamin C yang banyak, sistem keimunan badan kita dapat dipertingkatkan. Berehat dengan cukup Badan memerlukan rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga agar organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik. Contohnya, hati akan menjalankan aktiviti seperti menyahtoksik semasa kita tidur. Seseorang dewasa patut tidur selama tujuh jam sehari untuk menjamin kesegaran dan kesihatan badan. Menjauhi daripada arak dan rokok Minum arak dengan banyak akan mengurangkan keupayaan hati untuk menyahtoksik

  • 2

    daripada badan kita. Jika seseorang meminum arak dengan banyak dalam suatu masa, dia mungkin akan menghadapi masalah hati seperti Cirrhosis. Manakala bahan berbahaya seperti nikotin dan tar yang terkandung dalam rokok telah dibuktikan boleh menyebabkan penyakit kanser seperti kanser paru-paru dan kanser mulut. Rokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada tubuh manusia. Mengamalkan cara pemakanan yang baik Sarapan adalah penting untuk kita. Tanpa mengambil sarapan, otak kita tidak dapat memberi fokus dalam aktiviti harian kerana kekurangan gula dan tenaga dalam darah. Selain mengambil makanan secara seimbang, kita juga perlu makan secara sederhana. Makan dengan terlalu banyak atau kurang adalah tidak sihat untuk badan kita. Sesetengah orang lupa atau tidak makan tengah hari kerana sibuk dengan kerja. Ini akan menyebabkan kita makan dengan berlebihan semasa makan malam. Ini adalah tidak sihat untuk badan kita. Selain daripada mengamalkan cara pemakanan yang sihat, kita juga perlu bersenam untuk kesihatan badan kita. Bersenam dapat membantu kita untuk mencegah penyakit seperti obesiti. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam tempoh 20 minit untuk satu sesi. - Buletin Pengguna, Disember 2009

  • 3

    Headline: Kebaikan tidur yang cukup Publication: HM Date of publication: Aug 6, 2012 Section heading: 1Klassifieds Page number: 020

    Tidur yang cukup amat penting kerana ia menenangkan fikiran, merehatkan tubuh, mengembalikan semula tenaga serta semangat baru, mnegurangkan stres dan mengelakkan masalah sakit kepala. Lebih 30 juta individu di seluruh dunia mengalami masalah berkaitan tidur kesan kehidupan moden dan kemudahan infrastruktur yang beroperasi tanpa henti selama 24 jam. Menurut Pengarah Sleep Disorder Centre, St. Boniface Hospital Research Centre, University of Manitoba, Dr. Meir Kryger, gaya hidup mempengaruhi masa dan kualiti tidur seseorang di mana defisit tidur bergantung pada jumlah kafein, nikotin dan alkohol yang diambil dan daripada stress dalam pekerjaan, bekerja pada syif malam selain pengaruh komputer. Tinjauan National Sleep Foundation, Amerika Syarikat, membuktikan kekurangan tidur di kalangan individu boleh membawa kepada penurunan kualiti pekerjaan, kemalangan dan masalah emosi yang membawa kepada stres dan kemarahan melampau. Masalah kekurangan tidur juga dapat memicu penyakit jantung, diabetes dan obesiti. Tidur memberikan kesempatan buat otak untuk beristirehat. Justeru, sering mengabaikan masa tidur akan membuatkan sel-sel otak mati kelelahan. Ketika tidur, tubuh akan memusatkan sebahagian besar tenaganya untuk proses penyerapan dan asimilasi zat makanan, pembaharuan sel serta detoksifikasi. Kekurangan masa tidur akan menghambat kesemua proses itu dan mengganggu metabolisme tubuh. Sewaktu tidur juga berlangsung aktiviti hormon yang membolehkan sistem tubuh bekerja secara sinergi sehingga membuatkan tidur sangat bermanfaat bagi penyembuhan dan keremajaan diri. Hormon melatonin yang dikenali sebagai hormon tidur menghantar manusia ke fasa tenang manakala hormon serotonin yang menyebabkan kemengantukkan berfungsi untuk untuk melindungi sel-sel saraf agar tidak dipengaruhi oleh hormon kortisol yang menyebabkan stres. Serotonin juga mampu meningkatkan sensitiviti hormon insulin yang bertanggungjawab mengawal metabolisme gula dalam darah sekali gus mengawal diabetes, obesiti,

  • 4

    gangguan fungsi ginjal dan jantung. Human growth hormone (HGH) yang lazimnya akan dikeluarkan sekitar jam dua hingga empat pagi memberikan efek posotif kepada individu berusia. Kehadiran hormon ini berupaya menggantikan sel-sel kulit yang menua dan mengembalikan keremajaan kulit seterusnya menjadi individu yang memiliki tidur berkualiti menjadi awet muda. Kualiti tidur juga memberi kesan kepada keadaan mental dan psikologi kita. Dr. Sean Drummond dari University of California, Amerika Syarikat menjelaskan tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu daya pemikiran individu. Jika seseorang terjaga sepanjang 21 jam tanpa tidur, kemampuan kognitifnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebaliknya jika individu memperoleh beberapa jam waktu tidur tambahan pada malam atau siang hari, daya kosentrasi yang menjadi dasar kemampuan kognitif seseorang akan mampu diperbaiki dan dipertingkatkan. Oleh itu, tidur yang nyenyak dan berkualiti amat penting kerana hanya dalam keadaan tidur nyenyak tubuh manusia mampu menyembuhkan dan mempertahankan kesihatannya. Walaupun tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan dan kesegaran tubuh, namun jangan sampai terlebih tidur kerana tidur yang terlalu lama boleh membuatkan anda menjadi pemalas, lemah, lesu dan tidak bermaya. Tidurlah di antara enam jam hingga lapan jam sehari agar anda mampu menikmati hidup yang lebih berkualiti dan seimbangkanya dengan aktiviti fizikal atau olahraga serta makanan yang berkhasiat. - Oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); [email protected]

  • 5

    Headline: Ramai ambil mudah risiko obesiti Publication: HM Date of publication: Jul 12, 2012 Section heading: Main Section Page number: 040

    KUANTAN: Makan secara berlebihan selain makanan berminyak menjadi faktor utama masyarakat negara ini mengalami obesiti termasuk menghidap penyakit merbahaya seperti serangan jantung dan diabetes. Duta produk Faiza, Jaafar Onn berkata, ramai mengambil mudah jenis makanan termasuk khasiatnya kerana apa yang lebih penting bagi mereka makanan berkenaan dapat mengenyangkan. Menurutnya, disebabkan terlalu menggemari sesuatu jenis makanan mereka tidak mempedulikan kesan bakal diterima walaupun sentiasa mendapat maklumat. "Selain makanan, minuman juga turut menjadi penyumbang kepada penyakit. Sebagai contoh, sekiranya terlalu banyak minum minuman bergas dan bergula akan mengundang penyakit diabetes yang serius. "Rakyat negara ini makan dan minum mengikut selera hingga mengabaikan kesihatan, hanya selepas disahkan menghidap penyakit baru mereka menyesal," katanya dalam program demonstrasi masakan secara sihat anjuran Chefs Recipe Resources di Suria Cherating Beach Resort, dekat sini, kelmarin. Pelbagai aktiviti diadakan sempena program berkenaan seperti gerai jualan, demonstrasi masakan, cabutan bertuah dan jamuan makan malam. Jaafar berkata, bagi memastikan kesihatan terus terjamin, orang ramai perlu mengawal makanan selain tidak terlalu banyak makan daging dan makanan berminyak. "Mereka perlu menggunakan beras rendah kanji selain minyak jagung yang rendah kolesterol dikeluarkan beberapa syarikat tempatan dijual pada harga berpatutan. "Selain itu, orang ramai juga perlu banyak makan buah-buahan tempatan yang terbukti mengandungi zat dan vitamin diperlukan badan," katanya yang akan ke Amerika Syarikat Ogos depan bagi menjayakan program masakan. Mengenai program masakan, beliau berkata, dia akan terus mengadakan demonstrasi masakan ke seluruh negara dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan.

  • 6

    Menurutnya, suri rumah perlu lebih peka terhadap penyediaan makanan kepada keluarga dan mereka perlu berusaha menyediakan makanan yang berkhasiat.

  • 7

    Headline: Masak Secara Sihat di Rumah Publication: BH Date of publication: Jul 25, 2012 Section heading: 1Klassifieds Page number: 001

    Makanan yang dimasak di rumah membolehkan anda mengawal makanan yang anda hidangkan untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Jadilah lebih kreatif apabila anda masak; gunakan bahanbahan alternatif atau cara memasak yang berlainan apabila menyediakan hidangan kegemaran anda. Dengan ini, anda masih boleh menikmati makanan yang lazat, tetapi dengan lebih berkhasiat dan sihat! Gunakan bahan-bahan/perasa yang lebih sihat untuk menggantikan bahan-bahan yang mengandungi lemak, gula atau garam yang tinggi. Antaranya termasuk: * Rempah (misalnya halba, kulit kayu manis, ketumbar, jintan); * Herba (misalnya daun-daun selasih, pasli, pudina, sup, daun ketumbar dan serai); * Susu rendah lemak; * Puri buah-buahan atau jus buah-buahan segar sebagai pemanis semula jadi. Tahukah anda... * Setiap sudu besar minyak yang anda guna untuk menggoreng menambahkan lebih daripada 100 kalori! * Apabila anda menggoreng ayam dengan kulit yang mengandungi lemak tidak tepu, anda akan menambahkan lebih lemak dalam masakan. * Menggoreng untuk jangka masa yang lama akan mengubah kualiti minyak. - minyak tersebut tidak lagi sesuai untuk diguna. * Makanan berkanji, contohnya kentang goreng, kerepek kentang, dan makanan disalut tepung roti, apabila dimasak dengan minyak lebih daripada 160degreeCelsius, akan menghasilkan kandungan akrilamida yang signifikan - iaitu sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser (karsinogen). Cara memasak boleh menentukan khasiat hidangan anda Cara memasak tertentu adalah lebih sihat daripada yang lain, dan juga menghasilkan rasa, tekstur dan penampilan makanan yang berbeza. Antara cara masakan lebih sihat ialah:

  • 8

    * Kukus * Sup * Rendidih * Panggang * Bakar * Rebus * Goreng ringkas * Tumis Sumber: Tip Gaya Hidup Sihat, Panduan Pemakanan Praktikal Untuk Keluarga, Bulan Pemakanan Malaysia, diterbitkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia

  • 9

    Headline: Ambil makanan kaya serat Publication: HM Date of publication: Jul 23, 2012 Section heading: Variasi Page number: 012 Byline / Author: Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

    MENGEKALKAN pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sepanjang mengerjakan amalan berpuasa amat penting kerana ia dapat menyalurkan nutrien serta serat secukupnya kepada tubuh, sekali gus memberikan tenaga untuk meneruskan ibadat itu tanpa sebarang masalah berkaitan kesihatan. Sepanjang berpuasa, tubuh menjadi agak lemah kerana tidak makan sepanjang hari dan pengambilan serat yang tinggi daripada sayur dan buah mampu memberikan tenaga diperlukan. Ramai lebih cenderung mengambil makanan manis, berlemak serta tinggi karbohidrat ketika bersahur dan berbuka sepanjang Ramadan kerana menyangka ia boleh memberi lebih tenaga untuk bertahan sepanjang hari namun pengambil serat juga penting untuk menyokong diet. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan bukan setakat kaya dengan serat, malah dipenuhi dengan pelbagai jenis nutrien yang memberi kebaikan pada tubuh, mengekalkan kesihatan dan lebih mengagumkan ia mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara keseluruhannya, pengambilan serat yang tinggi daripada sumber sayur dan buah mampu merendahkan risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan angin ahmar, selain melindungi diri daripada sesetengah jenis kanser. Ia juga mampu mengurangkan masalah obesiti, diabetes mellitus jenis dua, merendahkan tekanan darah tinggi, melindungi daripada penyakit batu karang, mengurangkan kolesterol dan risiko kehilangan jisim tulang. Kebanyakan sayuran mengandungi paras lemak dan kalori rendah dan tidak mengandungi sebarang kolesterol. Orang yang berpuasa tidak sepatutnya memberikan alasan tiada masa sesuai untuk makan sayur sepanjang berpuasa kerana ia mempunyai banyak nutrien dan baik untuk kesihatan tubuh seperti serat, potasium, asid folik, vitamin A dan C. Potasium yang ada dalam sayuran seperti keledek, ubi kayu, tomato, bit, kacang soya, bayam, dal dan kekacang membantu mengimbangkan tekanan darah, manakala serat pula membantu melancarkan sistem penghadaman, mengelak sembelit dan mengurangkan kolesterol yang menjadi faktor utama kepada serangan jantung.

  • 10

    Ia juga membantu membuatkan seseorang berasa kenyang dalam tempoh lebih lama tanpa pengambilan kalori yang banyak dan pada masa sama asid folik terkandung di dalam sayuran membantu tubuh menghasilkan sel darah merah. Wanita mengandung terutamanya pada bulan puasa perlu mengambil jumlah sayuran yang cukup bagi membekalkan asid folik untuk pertumbuhan sihat bayi dalam kandungan serta mengelak kecacatan pada janin, biarpun sudah mendapat asid folik sintetik daripada doktor. Zat seperti vitamin A pula dapat memberikan penglihatan dan kulit yang sihat serta melindungi diri daripada jangkitan kuman, manakala vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan kecederaan, menjaga kesihatan gigi dan gusi selain bertindak sebagai pemangkin kepada penyerapan zat besi. Walaupun sepanjang Ramadan umat Islam tidak boleh menjamah makanan pada siang hari, pengambilan sayur dan buah-buahan tetap dapat diamalkan dan diselitkan ketika sahur, berbuka dan makan malam, sebelum dan selepas makan atau sebagai snek. Bagi yang kurang gemar makan sayur, mereka perlu ingat bahawa pengambilan sayur tidak boleh dilepaskan hanya kerana tidak sukakan rasanya yang ada kalanya dirasakan membosankan atau tiada rasa, sedangkan ia mempunyai banyak khasiat. Sayur boleh ditambah rasa supaya lebih menaikkan selera dengan memercikkan lemon padanya, mencampurkannya dengan sos salad rendah lemak atau menambah warna dengan mencampurkan pelbagai jenis sayur. Hiasan pada pinggan dengan hirisan sayuran atau mencampurkan kekacang dalam sup juga boleh dilakukan sebagai penambah selera. Cara lain yang boleh diamalkan adalah menyimpan sayuran yang sudah dipotong siap dalam bekas kedap udara dalam peti ais dan boleh dimakan pada bila-bila masa sebagai snek selepas berbuka. Sekali-sekala boleh menjadikan salad sayuran sebagai makanan utama ketika berbuka bersama sup manakala makanan lain pula sebagai sampingan saja. Bagi memastikan sayuran ada dalam diet, sediakan sayuran hijau dalam menu makan malam setiap hari dan pada masa sama mencampurkan sayur seperti lobak merah dalam hidangan lain seperti roti, kaserol, daging, lasagna, pasta dan mufin. Mereka yang sudah berkeluarga sepatutnya memberi contoh yang baik kepada anak-anak dengan mengamalkan sayur dalam setiap hidangan termasuk ketika berbuka supaya ia menjadi tabiat baik yang dipupuk dalam diri mereka. Begitu juga halnya dengan buah yang menawarkan begitu banyak nutrien dan

  • 11

    seharusnya diambil setiap hari kerana vitamin terkandung di dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh. Epal mengandungi serat tinggi, vitamin A, C, E dan folat serta mampu mengurangkan risiko kanser kolon, prostat dan paru-paru selain mengawal dan mengurangkan berat badan dan mengawal kolestrol. Pisang juga makanan ajaib kerana ia adalah sumber serat, potasium, vitamin A, C, E, B6 dan folat serta boleh dimasak dengan pelbagai cara. Buah ceri pula mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai 'antosianin' yang mampu mengurangkan rasa sakit dan keradangan. Kiwi juga memberi banyak manfaat kepada kesihatan kerana ia bukan saja mengandungi vitamin A, C, E dan B kompleks, malah dilengkapi dengan kalsium, zat besi, asid folik serta kaya dengan antioksidan.

  • 12

    Headline: Turunkan berat badan dengan konsisten Publication: BH Date of publication: Jun 23, 2012 Section heading: Inspirasi Page number: 013 Byline / Author: Oleh Mohd Hoesni Rahmat

    PENGGUNA di seluruh dunia membelanjakan berbilion ringgit setiap tahun untuk program serta produk penurunan berat badan, tetapi kadar kegemukan atau obesiti terus meningkat. Memang kita ada banyak pilihan program penurunan berat badan, tetapi bagaimana untuk memilih satu kaedah yang tepat supaya dapat membantu menurunkan berat badan dengan selamat dan mengekalkannya dengan baik? 1. Keselamatan Program penurunan berat badan akan menggalakkan anda untuk memeriksa tahap kesihatan sebelum memulakan sesuatu program. Langkah ini membolehkan pakar kesihatan memberitahu langkah berjaga-jaga atau garis panduan yang bersesuaian berdasarkan status kesihatan anda termasuklah pemeriksaan untuk menilai persediaan anda untuk bersenam. 2. Kredibiliti Untuk hasil terbaik, program ini haruslah mempunyai pengendali bertauliah seperti pakar pemakanan, jurulatih kecergasan, pakar psikologi dan mana-mana profesional perubatan berlesen seperti doktor berdaftar. Berhati-hati dengan program yang diterajui oleh rakan sebaya atau sumber lain. Orang seperti ini yang mendakwa mereka sudah berjaya menghilangkan berat badan. Cara ini boleh menawarkan menyokong dan membimbing anda melalui program, tetapi selalunya tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam senaman, pemakanan atau perubahan tingkah laku untuk menawarkan nasihat profesional. 3. Keanjalan Program yang memerlukan anda patuh untuk pelan diet atau senaman yang tegar saja mengundang kepada kegagalan. Lihatlah kepada program yang mengintegrasikan atau menggabungkan pemakanan dan aktiviti fizikal anda. Untuk kejayaan jangka panjang, anda perlu menerima program sedia ada yang boleh seiring dengan gaya hidup anda. 4. Sasaran yang realistik.

  • 13

    `Turun 6 kilogram dalam masa seminggu' boleh membuatkan mata anda terbeliak, tetapi apa yang benar adalah bahawa penurunan berat badan yang sihat berlaku secara perlahan-lahan. Kebanyakan pakar mengesyorkan kadar kehilangan berat badan adalah satu sehingga dua kilogram seminggu untuk hasil yang berpanjangan. Minta untuk melihat hasil data program mengenai jumlah purata kehilangan berat dan susulan keputusan untuk jangka panjang. Jika data itu tidak boleh diberikan atau mereka tidak mahu berkongsi, maka katakan tidak kepada program itu. 5. Pemantauan sendiri Satu kajian mendapati bahawa mereka yang menyimpan catatan pemakanan harian, hilang berat badan dua kali ganda berbanding mereka yang tidak membuat sebarang catatan. Tulis apa yang anda makan akan menjadikan anda lebih bertanggungjawab dan membuatkan anda berfikir dua kali. Menyimpan rekod senaman boleh memberi motivasi anda untuk melihat semula kemajuan anda dan sejauh mana anda telah melangkah. Pemantauan sendiri menawarkan pandangan yang objektif tentang bagaimana peningkatan berkait dengan matlamat anda. Sangat membantu terutamanya apabila berat badan tidak berubah dan perlu membuat kesesuaian pendekatan anda. 6. Diet yang betul Elakkan program diet yang menyingkirkan sesetengah kategori makanan seperti buah-buahan, bijirin atau lemak. Menurut pakar pemakanan, semua kategori makanan adalah sesuai di dalam diet yang sihat. Pelan diet yang hanya khusus kepada kombinasi makanan tertentu dalam kuantiti yang tidak terhad atau terlalu mengongkong selalu tidak berhasil. Makanlah pelbagai jenis bijirin, sayuran dan buah-buahan yang berwarna- warni. Produk tenusu rendah lemak dan sumber protein tanpa lemak juga dapat membantu anda berada di landasan diet yang sihat. 7. Senaman yang konsisten Mengaktifkan diri dan kekal aktif adalah asas untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Senaman dapat mengoptimumkan fungsi otak untuk pembelajaran dan membuat keputusan. Kuasa otak juga dapat membantu anda mengamalkan gaya hidup sihat dan

  • 14

    memastikan anda sentiasa di landasan yang betul. Ia juga dapat meningkatkan emosi, meningkatkan metabolisme dan boleh membantu mengatasi selera makan. Satu program penurunan berat badan yang hebat seharusnya menggalakkan anda mencari cara-cara untuk menjadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada kehidupan harian anda. 8. Realistik Tanpa Tekanan Jangan sertai dari mana-mana program yang mengharuskan anda untuk membeli makanan tambahan khas, pil kurus atau alat yang menjanjikan hasil yang pantas. (END)

  • 15

    Headline: Kes murid obes pada tahap membimbangkan

    Publication: MA Date of publication: Jun 17, 2012 Section heading: Sihat Page number: 002 Byline / Author: Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

    BERDASARKAN kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap murid sekolah rendah di negara ini pada 2008, 25 peratus didapati mengalami masalah obesiti manakala 30 peratus tidak mengambil sarapan pagi dua hingga tiga kali seminggu. Sebanyak 60 peratus di kalangan kanak-kanak prasekolah pula mengalami masalah berat badan berlebihan. Keadaan ini akan lebih membimbangkan jika tiada tindakan, terutama oleh ibu bapa. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada 2015, kira-kira 2.3 bilion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai berat badan berlebihan, manakala 700 juta daripadanya mengalami masalah kegemukan keterlaluan atau obesiti. Yang membimbangkan, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin menular tahun demi tahun di negara membangun. Di Malaysia, sehingga 2010, peningkatan kes obesiti yang direkodkan dalam kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun adalah 10 peratus. Ia menjadi lebih serius apabila meningkatnya penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan sakit jantung. Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong, berkata masalah itu perlu dipantau segera supaya tidak menjadi lebih kritikal. "Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sememangnya membimbangkan. Apatah lagi ramai ibu bapa masa kini terlalu sibuk hingga mengabaikan sarapan pagi anak. "Sebenarnya, sarapan pagi adalah permulaan bagus untuk minda mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi lebih fokus dan berdaya saing dalam kelas.

  • 16

    "Malangnya, ibu masa kini sibuk dan menyediakan sarapan ala kadar hingga membuatkan anak bosan dan tidak menjamah sarapan," katanya yang ditemui ketika melancarkan Kempen Kesedaran Makanan Sihat anjuran Lady's Choice di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurutnya, ibu perlu lebih kreatif dalam menghasilkan makanan anak mereka, misalnya mempelbagaikan bentuk potongan sayuran supaya anak lebih tertarik dan menunjukkan minta untuk makan. "Makanan sihat tidak semestinya tidak sedap. Paling penting, ibu bapa jangan membiarkan anak berterusan makan makanan tidak berkhasiat dan menyumbang ke arah obesiti serta menimbulkan pelbagai penyakit. "Ibu bapa juga digalakkan membawa anak mereka beriadah di samping melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Jangan biarkan mereka hanya duduk dan menghabiskan masa dengan permainan alam maya," katanya. Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof Dr Norimah A Karim, pula berkata ibu bapa zaman kini terlalu memanjakan anak. "Kini, tiba masanya ibu bapa memainkan peranan dalam mendisiplinkan anak. Jangan terlalu ikut kehendak dan buat peraturan dalam rumah, apa yang boleh dan tidak boleh. "Sebagai contoh, banyakkan beli makanan berkhasiat seperti buah-buahan, susu dan jus. Jangan galakkan anak makan makanan tinggi kolesterol seperti nasi lemak, seelok-eloknya gantikan dengan bihun dan sebagainya," katanya. Tambahnya, jika pergi ke pasar raya, pastikan anak tahu kenapa perlu beli makanan berkhasiat dan sihat. Didik mereka mengenai kebaikan dan keburukan makanan yang dibeli. "Kalau boleh, jangan terlalu mengikut kehendak anak dan biarkan mereka letak apa saja dalam troli. Jika tiada halangan daripada ibu bapa, bagaimana mereka mahu mendisiplinkan diri terhadap makanan? "Semuanya bermula daripada rumah. Ibu bapa yang perlu memulakan dan mengubah tabiat membeli makanan ringan kepada yang berkhasiat. Jika tidak boleh lakukan serta

  • 17

    merta, tukar secara perlahan-lahan. "Seelok-eloknya seawal usia tiga tahun, ibu bapa perlu mengawal corak pemakanan anak supaya apabila dewasa mereka terdidik dan tidak mengamalkan pola pemakanan tidak sihat. Jangan apabila sudah dewasa baru lakukan kerana ia sudah terlambat dan susah," katanya. Dalam pada itu, Pengurus Kanan Jenama Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Lenny Chuah, berkata program pemakanan sihat diadakan sebagai alternatif memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan sarapan pagi kepada anak. "Justeru itu, kami mewujudkan kempen pemakanan sihat bertujuan mendidik kanak-kanak supaya tahu memilih makanan sihat yang diperlukan badan, baik untuk kesihatan dan menyediakan mereka dengan segala zat serta kebaikan. "Kempen ini juga bertujuan membawa kesedaran serta mengubah minda pelajar dan masyarakat umum mengenai kaedah pemakanan serta amalan gaya hidup sihat bagi menjana masa depan sihat dan cemerlang," katanya. Lenny berkata, lebih merisaukan, kajian menunjukkan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung mengalami masalah obesiti, sedangkan sarapan pagi penting untuk tumbesaran mereka. "Kami percaya permulaan awal mengenai kempen makanan sihat adalah sejak usia kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak perlu diajar mengenai maksud obesiti, diet seimbang, makanan yang perlu dan tidak perlu diambil, kepentingan tiga kali makan sehari, senaman dan kebaikan makanan berkhasiat. "Matlamat kami adalah menyampaikan dan memberikan pendidikan mengenai kaedah pemakanan serta amalan gaya hidup sihat kepada sekurang-kurangnya 46 sekolah rendah di kawasan bandar serta luar bandar," katanya. Panduan pemakanan seimbang 1. Makan nasi, produk bijirin dan ubi, terutama bijian penuh yang mencukupi. * Ini termasuk nasi, produk bijirin seperti mi, roti dan gandum atau ubi seperti kentang

  • 18

    dan keledek pada setiap hidangan. * Pilih produk bijirin seperti roti, biskut yang tinggi serat dan rendah lemak, gula dan garam. * Bijian penuh mengekalkan semua bahagian bijirin asli iaitu bran dan germ. ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral, fitokimia (bahan kimia tumbuhan) dan serat berbanding bijirin terproses. 2. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. * Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur- sayuran dan dua hidangan buah-buahan setiap hari. * Amalkan kepelbagaian dengan makan buah dan sayuran berlainan setiap hari. * Ambil sayuran berdaun hijau gelap dengan batang boleh dimakan seperti sawi atau kailan setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu. * Ambil sayur-sayuran buah dan akar seperti tomato, peria, kacang bendi, lobak merah dan sayur-sayuran tidak berdaun seperti bunga kubis, brokoli beberapa kali seminggu. * Fitokimia dalam buah dan sayuran memberikan warna hijau, merah, oren, kuning dan ungu yang menjadikannya menarik. Kebanyakan fitokimia bertindak sebagai antioksidan dan melindungi sel tubuh. 3. Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana. * Ambil daging, ayam dan itik secara sederhana. * Ambil telur dalam jumlah sederhana sehingga purata sebiji sehari (seluruh atau dalam hidangan). * Ambil produk kekacang setiap hari seperti kacang pis atau dal ke dalam sup atau sediakan produk kekacang seperti tempe dan tauhu. * Ambil kacang sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai snek atau pengganti

  • 19

    daging, ayam dan itik dalam masakan. * Ikan membekal protein, vitamin B dan iodin. Ikan bersaiz kecil dengan tulang boleh dimakan membekalkan kalsium. Kebiasaannya ia lebih rendah kandungan kolesterol berbanding daging, ayam dan itik. Sesetengah ikan tiada kandungan asid lemak omega 3 yang dikaitkan dengan penyakit darah tinggi dan jantung. 4. Ambil jumlah susu dan produk tenusu yang mencukupi. * Susu adalah makanan berkhasiat mengandungi pelbagai nutrien penting. Individu daripada semua peringkat usia harus mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. * Tambah susu dalam makanan dan minuman. * Pilih susu rendah lemak jika anda perlu mengurangkan berat badan berlebihan. * Guna susu tepung atau cair, bukannya pekat manis dan susu pekat sejat manis. * Jika pengambilan susu menyebabkan anda rasa kembung, cirit-birit atau muntah, anda mungkin tidak boleh mengambil laktosa. Namun anda masih boleh menikmati manfaat dengan memilih produk tenusu bebas seperti dadih dan keju. 5. Makan secara pintar. * Mengamalkan diet seimbang untuk memperoleh nutrien dalam kombinasi sepatutnya. * Memakan pelbagai jenis makanan dan pastikan memilih makanan sihat. * Mengambil makanan secara sederhana bermakna mengambil jumlah makanan sesuai untuk mengekalkan berat badan sihat dan mengoptimumkan proses metabolisme badan. * Mengambil makanan mengikut waktu makanan. Amalan makan bersama baik untuk minda, emosi anak * Nikmati masa berkualiti dengan anak - Waktu makan adalah waktu tenang yang

  • 20

    menyeronokkan. Ketika inilah anda boleh berinteraksi dengan anak. Antara topik yang boleh anda tanya ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak atau mengenai kawan rapatnya. * Kajian menunjukkan, lebih kerap keluarga