Obsesif kompulsif disorder (ocd)

20

Click here to load reader

Transcript of Obsesif kompulsif disorder (ocd)

Page 1: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Tanda-tanda 6

3.0 Faktor-faktor 9

4.0 Kaedah Rawatan 11

Rujukan

1

Page 2: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

1.0 PENGENALAN

Kita semua tahu perasaan bimbang bahawa kita terlupa untuk melakukan sesuatu,

seperti mematikan ketuhar atau mengunci pintu. Ia kadang-kadang idea yang baik untuk

periksa jika anda tidak pasti. Tetapi sesetengah orang begitu bimbang tentang melupakan

sesuatu yang mereka terasa untuk memeriksa sekali lagi dan sekali lagi, keinginan yang

akhirnya boleh mengambil alih kehidupan mereka. Sesetengah orang mungkin sentiasa

membasuh tangan mereka kerana mereka takut kuman. Orang lain tidak boleh berhenti

mengira sesuatu. Orang-orang yang mempunyai gangguan obsesif kompulsif (OCD) tidak

boleh berhenti melakukan perkara-perkara ini .

Walaupun kebanyakan orang yang mempunyai gangguan obsesif kompulsif berfikir

tingkah laku mereka adalah sia-sia dan sering menyeksakan, namun mereka biasanya tidak

dapat menghilangkan ia dalam jangka masa panjang tanpa bantuan. Kelakuan kompulsif

boleh mengambil banyak masa setiap hari, menjadikan ia sukar atau mustahil untuk

meneruskan aktiviti harian. Ini boleh membawa kepada masalah yang menjejaskan kehidupan

kerja mereka, peribadi dan keluarga.

1.1 Definisi

Seseorang boleh mempunyai beberapa obsesif berbeza dan kompulsif pada masa yang

sama . Gangguan obsesif -kompulsif meliputi kedua-duanya iaitu pemikiran keterlaluan dan

tingkah laku kompulsif. Pemikiran keterlaluan adalah pemikiran berulang-ulang berterusan

yang menghantui pesakit OCD. Walaupun perkara tersebut tidak menyenangkan dan tidak

2

Page 3: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

diingini, namun adalah sukar untuk mereka berhenti melakukannya. Menurut Salmi (2008),

obsesif adalah :

1) Fikiran, bayangan atau imej yang kerap berulang-ulang menghantui fikiran.

Fikiran ini akan mengganggu sehingga menjadikan kita resah gelisah dan

bercelaru.

2) Kita sedar bahawa fikiran ini datangnya dari kita sendiri dan bukannya

daripada orang lain atau kuasa lain yang memaksa kita.

3) Kita cuba untuk menghentikan dan mengurangkan fikiran ini tetapi amat sukar

untuk melakukannya.

Manakala kompulsif menurut Salmi (2008) ialah :

1) Untuk menghilangkan keresahan akibat obsesif, maka kita mesti melakukan

sesuatu dalam bentuk apa jua sama ada perbuatan atau fikiran lain.

Disebabkan obsesif ini datang berulang, maka kita juga akan melakukan

perbuatan yang sama berulang kali.

2) Pesakit sedar bahawa perbuatannya itu keterlaluan.

3) Tingkah laku kompulsif adalah ritual yang orang itu telah melaksanakan lagi

dan lagi . Walaupun dia tahu bahawa tidak ada sebab sebenar untuk berbuat

demikian. Jika orang yang mempunyai OCD menyekat tingkah laku ini,

mereka berasa resah, tegang dan sangat takut.

Oleh itu, apabila obsesi dan kompulsif berlaku, pesakit akan merasa teramat tertekan

sehingga fungsi normal seperti hubungan dengan orang lain, kerja-kerja seharian dan lain-lain

aktiviti terganggu.

3

Page 4: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

1.2 Kadar Obsesif dan Kompulsif

Berikut merupakan kadar obsesif dan kompulsif yang diadaptasi daripada Foa, E.B., Kozak,

M.J., Goodman, W.K., et al. (1995) DSM-IV field trial:Obsessive compulsive disorder.

American Journal of Psychiatry, 152, 990–996. Reprinted with permission from the

American Journal of Psychiatry, Copyright 1995. American Psychiatric Association.

Rajah 1 : KADAR OBSESIF

Obsession Percent

Contamination from dirt, germs, viruses (e.g. HIV), bodily 37.8%

fluids or faeces, chemicals, sticky substances, dangerous material`

(e.g. asbestos)

Fear of harm (e.g. door locks are not safe) 23.6%

Excessive concern with order or symmetry 10.0%

Obsessions with the body or physical symptoms 7.2%

Religious, sacrilegious or blasphemous thoughts 5.9%

Sexual thoughts (e.g. being a paedophile or a homosexual) 5.5%

Urge to hoard useless or worn out possessions 4.8%

Thoughts of violence or aggression (e.g. stabbing one’s baby) 4.3%

4

Page 5: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

Rajah 2 : KADAR KOMPULSIF

Compulsion Percent

Checking (e.g. gas taps) 28.8%

Cleaning, washing 26.5%

Repeating acts 11.1%

Mental compulsions (e.g. special words or prayers 10.9%

repeated in a set manner)

Ordering, symmetry or exactness 5.9%

Hoarding/collecting 3.5%

Counting

1.3 Kekerapan OCD Berlaku

Salmi (2008) menyatakan bahawa secara umumnya, OCD boleh berlaku sehingga 2-

3% daripada populasi umum dalam setahun. OCD lebih kerap daripada skizofrenia iaitu 1%.

Di dalam kalangan orang dewasa, kaum lelaki dan perempuan mempunyai kadar yang sama

untuk mendapat OCD . Manakala dalam kalangan remaja pula, lelaki lebih ramai daripada

perempuan. Boleh berlaku seawal 2 tahun tetapi sukar dikesan

5

Page 6: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

2.0 TANDA-TANDA OBSESIF KOMPULSIF

Menurut Wardayati ( 2013), OCD adalah gangguan yang ditandai dengan fikiran

negatif yang membuat orang merasa cemas, takut, dan khawatir. Oleh itu, untuk

menghilangkan kecemasan tersebut, penghidap OCD akan obsesif berlebihan pada sesuatu

perkara. Berikut merupakan tanda-tanda yang boleh dilihat pada penghidap obsesif kompulsif

menurut Wardayati:

2.1 Cuci tangan

- Obsesi mencuci tangan sering dilakukan oleh penderita OCD kerana takut

penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kuman. Pesakit OCD tetap takut

bahaya kuman meskipun mereka sudah mencuci tangan. Oleh itu, mereka akan

membasuh tangan berulang kali.

2.2 Terlalu bersih

- Tidak hanya dalam mencuci tangan, semua hal yang berhubungan dengan

kebersihan, seperti mencuci piring, baju, atau membersihkan rumah juga

merupakan beban pemikiran terhadap penderita OCD. Akibatnya, mereka akan

menghabiskan waktu berjam-jam untuk membersihkan semuanya.

2.3 Menghitung

- Penderita OCD selalunya akan menghitung pola kegiatan sehari-hari, seperti

jumlah langkah. Kebiasaan ini didorong oleh keyakinan tertentu, misalnya jika

mereka menghitung angka tujuh, maka mereka akan mendapatkan keberuntungan.

6

Page 7: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

2.4 Tersusun

- Semuanya harus disusun rapi, kemas mengikut jumlah, warna, atau bentuk. Jika

berselerak, maka penghidap OCD akan merasa cemas dan gelisah. Dengan itu,

mereka akan mengemas kembali sehingga mereka berpuas hati.

2.5 Takut disakiti

- Setiap orang tentunya akan takut dan khawatir jika sesuatu yang buruk terjadi

pada mereka. Namun, penghidap OCD lebih berusaha keras menghilangkan

fikiran tersebut dari akal fikiran mereka berbanding orang normal.

2.6 Peristiwa

- Penderita OCD selalunya sukar untuk menerima hal-hal yang tidak yakin dalam

hubungan. Oleh itu, kebanyakan dari mereka terlalu berfikir tentang

ketidaksefahaman kecil yang dapat merosakkan hubungan.

2.7 Penampilan peribadi

- Body dysmorphic disorder (BDD) juga dikaitkan dengan OCD. Penderita BDD

sering melihat penampilan diri mereka tidak sempurna. Namun berbeza dengan

hal pemakanan, penderita BDD tidak fokus pada diet ketat.

Menurut Malaysian Mental Health Association ( 2008), sebelum seseorang individu

dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut :-

1. Orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi

(rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.

7

Page 8: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

2. Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak

selesa dengan keadaan ini.

3. Sedar dengan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-

buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.

4. Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu

adalah tidak logik dan tidak sepatutnya berlaku.

5. Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.

Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-

1. Was-was

2. Kebersihan

3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)

Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang

kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah

tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus. Malah, tumpuan fikiran

mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan

keluarga sering menimbulkan masalah. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya

sering berkeadaan seperti:-

1. Kemurungan

2. Sedih

3. Kurang selesa

4. Cepat letih

8

Page 9: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

5. Berat badan menurun

6. Cepat marah

7. Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.

Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, simptom OCD ini boleh berubah ke

tahap yang lebih teruk di mana ia boleh menjadi lebih serius. Bagaimanapun, sekiranya

masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, simptom-simptom

ini akan berkurangan.

Adakalanya simptom-simptom yang terdapat pada OCD boleh didapati pada

penderita-penderita penyakit mental lain seperti skizofrenia, manik depresif, psikosis,

kemurungan, penyakit mental organic dan lain-lain.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN OCD

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan ini berlaku pada seseorang

individu. Antaranya :

3.1Faktor biologis

Otak adalah salah satu struktur yang sangat kompleks. Otak mengandungi neuron yang

mesti berhubung supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Neuron berhubung melalui

signal elektrik. Neuron ini adalah penting untuk berkomunikasi dan bekerja sama agar tubuh

badan manusia dapat berfungsi secara normal. Bahan kimia di dalam otak yang dinamai

neurotransmitter membantu memindahkan pesanan dari neuron ke neuron. Kekurangan

9

Page 10: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

neurotransmitter jenis serotonin merupakan salah satu punca OCD. Fungsi serotonin adalah

berperanan dalam membantu manusia daripada mengulangi perbuatan yang sama.

Kajian juga menunjukkan ada kaitan antara jangkitan bakteria Streptococcus dengan

OCD. Jika tidak dirawat, akan menyebabkan berlakunya OCD dan masalah lain ( Mirage,

2013).

3.2 Genetik (keturunan)

Gangguan obsesif-kompulsif dapat diwariskan kepada generasi yang seterusnya. Ahli

keluarga yang mempunyai sejarah gangguan masalah ini kemungkinan berisiko

mengalaminya. Hal ini disebabkan bukti ada mengatakan ketidakseimbangan serotonin boleh

diwariskan daripada ibu bapa kepada anak mereka ( Mirage, 2013). Ini bermakna,

perkembangan OCD boleh diwarisi

3.3 Pengalaman masa lalu

Pengalaman masa lalu juga salah satu penyebab yang menyebabkan gangguan obsesif

kompulsif. Hal ini kerana ia mempunyai hubungan yang erat dengan kekecewaan atau

kecemasan sebelumnya. Antara faktor persekitaran yang boleh menyebabkan OCD menjadi

lebih teruk ialah penderaan dan kehilangan orang tersayang.

10

Page 11: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

3.4 Konflik

Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang

berpunca daripada apa juga masalah hidup. Contohnya hubungan antara suami-isteri, masalah

di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik

dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul

menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga

tekanan, peristiwa atau tragedi yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan

simptom-simptom OCD.

4.0 KAEDAH RAWATAN

Menurut Malaysian Mental Health Association (2008), dalam proses penyiasatan,

doktor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-

1. Tempoh berlakunya masalah tersebut

2. Punca sebenar tercetusnya masalah

3. Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat

4. Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.

5. Peringkat keterukan yang dihadapi.

Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, prognosis mereka

biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya. Doktor

11

Page 12: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat primer

atau sekunder penyakit mental yang lain.

Penyakit OCD tidak boleh hilang dengan sendiri, oleh itu amat penting untuk

mendapatkan rawatan awal. Paling efektif dan berkesan ialah gabungan ubat-ubatan dan

terapi perangai kognitif. Namun Terapi Elektrokonsulsif (ECT) akan digunakan jika ubat-

ubatan dan terapi perangai kognitif tidak berkesan ( Mirage, 2013).

4.1 Ubat-ubatan

Dos yang lebih tinggi diperlukan berbanding dos untuk kemurungnan (Salmi, 2008).

Berikut adalah ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat OCD :

1) Ubat antidepressant boleh bertindak sebagai antiOCD. Contohnya:

-Kumpulan SSRI: Fluvoxamin (Luvox), Fluoaxetine (Prozac), Sertraline ( Zoloft),

-Kumpulan TCA: Clomipramine

-Kumpulan SNRI: venlafaxine ( effexor)

2) Ubat antianxety : diberi cuma jika pesakit mengalami keresahan melampau.

4.2 Terapi Perangai Kognitif

Matlamat utama terapi ini adalah untuk mengajar individu OCD berhadapan dengan

rasa takut dan mengurangkan keresahan tanpa melakukan ritual OCD. Contohnya, jika

seseorang pesakit takut dengan kuman, maka dia akan diajak untuk menyentuh sesuatu yang

dipercayai mempunyai kuman dan tidak mencuci tangan. Ini juga untuk mengatasi fikiran

pesakit yang suka memperbesar-besarkan sesuatu perkara.

12

Page 13: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

4.3 Terapi Elektrokonsulsif (ECT)

Terapi ini dikenali juga sebagai pembedahan psyko ( psychosurgery ). Semasa terapi

ini dijalankan elektrod-elektrod akan dilekatkan ke kepala pesakit dan siri kejutan elektrik

dihantar ke otak untuk menyebabkan tindak balas sawan. Sawan akan menyebabkan

pelepasan neurotransmitter di dalam otak.

Dalam kebanyakan kes, OCD boleh dirawat menggunakan terapi ubatan, terapi

perangai kognitif atau kedua-duanya. Dengan meneruskan rawatan, kebanyakan pesakit boleh

mencapai kesembuhan jangka panjang daripada simptom-simptom OCD dan kembali ke

keadaan normal atau hampir normal. Walaupun OCD tidak boleh dicegah namun dignosan

awal boleh membantu mengurangkan masa individu menderita akibat keadaan OCD.

13

Page 14: Obsesif kompulsif disorder (ocd)

Rujukan

Irma, F. (2013, April 29). Gangguan Obsesif Kompulsif. Diakses pada 12 November 2013 daripada http://kesehatan.kompasiana.com/medis/2013/04/29/gangguan-obsesif-kompulsif-551347.html

Malaysian Mental Health Association. (2008). Obsesif Kompulsif (OCD). Diakses pada 21 November 2013 daripada http://mmha.org.my/obsesif-kompulsif-ocd/

Mirage, M. (2013, february 21). Penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Diakses pada 20 November 2013 daripada http://hatisenangnye.blogspot.com/2013/02/penyakit-ocdobsessive-compulsive.html?m=1

National Institute for Health and Clinical Excellence. Obsessive-compulsive disorder: core interventions in the treatment of obsessive-compulsive disorder and body dysmorphic disorder. (Clinical guideline 31.) London: NICE. 2005.

Salmi. (2008, April 21 ). Kecelaruan Obsessif Kompulsif (Obsessive Compulsive Disorder /OCD). Diakses pada 12 November 2013 daripada http://drsalmi.blogspot.com/2008/04/kecelaruan-obsessif-kompulsif-obsessive.html?m=1

Wardayati, K. T. (2013, June 20). 9 Tanda Anda Obsesif Kompulsif!. Diakses pada 5 November 2013 daripada http://intisari-online.com/read/9-tanda-anda-obsesif-kompulsif

14