OccDef

download OccDef

of 3

Transcript of OccDef

Tahap 1

Tahap 1

Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan

Takrif Pekerjaan Bagi Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan

Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan melakukan pelbagai aktiviti kerja yang rutin, mengikut arahan dari personel atasan dalam mengendali dan menyediakan bahan-bahan untuk diproses ;

Khususnya beliau :

1. Membuat pembersihan am kawasan pengeluaran, peralatan dan semasa penerimaan bahan mentah untuk pemprosesan

2. Membuat persiapan awal bahan mentah untuk pemprosesan

3. Membantu aktiviti pengeluaran

4. Melaksana dan mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan amalan kebersihan dan sanitasi yang baik

Tahap 2

Operator Pengeluaran Kanan Pemprosesan Makanan

Takrif Pekerjaan Bagi Operator Pengeluaran Kanan Pemprosesan Makanan

Operator Pengeluaran Kanan Pemprosesan Makanan melakukan pelbagai aktiviti kerja yang merangkumi skop yang luas, kerja-kerja ini dilakukan pada keadaan-keadaan yang berlainan dan tidak rutin dalam mengendali dan menyediakan bahan-bahan untuk diproses dan mengawal proses pengeluaran ;

Khususnya beliau :

1. Menyedia, mengendali dan menyelenggara rutin mesin dan peralatan pemprosesan makanan dan pembungkusan

2. Membuat aktiviti pengeluaran

3. Memastikan kawasan pengeluaran dan peralatan dalam keadaan bersih

4. Mematuhui Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP) dan amalan kebersihan dan sanitasi yang baik

5. Melakukan kerja kawalan mutu ke atas bahan-bahan mentah, pembungkusan, operasi pengeluaran dan produk

6. Mengawas pengendalian bahan mentah dan hasil siap

7. Memeriksa bahan mentah semasa penerimaan di kilang

8. Menyimpan rekod pemprosesan

9. Mengamal Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure)

Tahap 3

Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan

Takrif Pekerjaan Bagi Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan

Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan melakukan kerja yang merangkumi skop yang luas. Kerja-kerja ini dilakukan pada keadaan-keadaan yang berlainan, kompleks dan tidak rutin; dalam mengendali dan menyediakan bahan-bahan untuk diproses, mengawal operasi proses dan menyelia personel pengeluaran bagi menentukan kualiti produk pengeluaran;

Khususnya beliau:

1. Menyelia aliran pemprosesan makanan dan stok bahan mentah

2. Menyelia Operator Pengeluaran dan personel bawahan

3. Memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) diikuti dan dipatuhi

4. Memantau pelaksanaan Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP), amalan kebersihan dan sanitasi yang baik

5. Memantau dan mematuhi keperluan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA)

6. Memberi tunjuk ajar dan latihan kepada Operator Pengeluaran

7. Menyelenggara premis pemprosesan dan peralatan secara am.