Oku Autisme 2

20
PENGENALAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun sebelum ini disebut sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Mereka juga mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Kurang upaya adalah istilah yang merangkumi kecacatan, batasan aktiviti dan sekatan penyertaan individu dalam situasi kehidupan. Manakala, kemerosotan adalah masalah dalam fungsi badan atau struktur dan keadaan ini menyebabkan individu terbabit menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas atau tindakan. Hilang upaya bukan hanya disebabkan oleh faktor kesihatan namun, ia fenomena kompleks yang mencerminkan interaksi antara ciri-ciri badan seseorang dengan ciri-ciri masyarakat dalam kehidupan yang dilaluinya dengan halangan persekitaran dan sosial. Kehilangan upaya merupakan keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran manusia biasa (Alijah, Norlidah & Saedah, 2013). Istilah ini biasanya merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual dan kesihatan mental. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar Orang Kurang Upaya (OKU) atau gelaran kontroversi orang cacat, terencat atau orang istimewa. Namun demikian, terdapat kelebihan yang telah dicungkil daripada kekurangan golongan kurang upaya (OKU) yang telah melahirkan tokoh- tokoh terkenal sepertimana diketahui umum iaitu Albert Einstein (masalah pertuturan dan juga seorang pelajar yang lembab serta lambat 1

description

oku

Transcript of Oku Autisme 2

Page 1: Oku Autisme 2

PENGENALAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Orang Kurang Upaya (OKU) ataupun sebelum ini disebut sebagai Orang Kurang Upaya

(OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Mereka juga mempunyai kesaksamaan

hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Kurang

upaya adalah istilah yang merangkumi kecacatan, batasan aktiviti dan sekatan penyertaan

individu dalam situasi kehidupan. Manakala, kemerosotan adalah masalah dalam fungsi badan

atau struktur dan keadaan ini menyebabkan individu terbabit menghadapi kesukaran dalam

melaksanakan tugas atau tindakan.

Hilang upaya bukan hanya disebabkan oleh faktor kesihatan namun, ia fenomena

kompleks yang mencerminkan interaksi antara ciri-ciri badan seseorang dengan ciri-ciri

masyarakat dalam kehidupan yang dilaluinya dengan halangan persekitaran dan sosial.

Kehilangan upaya merupakan keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan

seseorang jika dibandingkan dengan ukuran manusia biasa (Alijah, Norlidah & Saedah, 2013).

Istilah ini biasanya merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif,

intelektual dan kesihatan mental. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau

kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar Orang Kurang Upaya (OKU) atau

gelaran kontroversi orang cacat, terencat atau orang istimewa.

Namun demikian, terdapat kelebihan yang telah dicungkil daripada kekurangan

golongan kurang upaya (OKU) yang telah melahirkan tokoh-tokoh terkenal sepertimana

diketahui umum iaitu Albert Einstein (masalah pertuturan dan juga seorang pelajar yang lembab

serta lambat memahami bahasa), Thomas Alva Edison (cacat pendengaran apabila diserang

demam cacar ketika kecil), Tanni Grey-Thompson (atlet yang lumpuh bahagian kaki) dan

Stephen Hawking (lumpuh hampir seluruh badan akibat sejenis penyakit neuron motor)

(Wilkinson, 2009).

DEFINISI ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Menurut World Health Organization (WHO) (2011) Orang Kurang Upaya (OKU)

dianggap sebagai “Orang Kurang Upaya yang memenuhi kriteria dalam takrif seperti

mempunyai kecacatan fizikal atau mental, jangka panjang atau pendek dan tidak mempunyai

hak yang sama di dalam bidang kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan”. WHO (2011)

1

Page 2: Oku Autisme 2

juga mengatakan bahawa 1.3% penduduk sesebuah negara terdiri daripada golongan kurang

upaya (OKU). Ini bermakna, Malaysia mempunyai penduduk seramai 25 juta dan seramai iaitu

250,000 orang ialah golongan kurang upaya (OKU).

Di Malaysia, menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 Orang Kurang Upaya

(OKU) didefinasikan sebagai "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi

fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh

menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat". Walaupun pelbagai

definisi diberikan yang menunjukkan halangan pekerjaan namun, di Malaysia melalui Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 terdapat keistimewaan yang diberikan kepada Orang

Kurang Upaya (OKU) iaitu dasar satu peratus (1%) peluang pekerjaan dalam perkhidmatan

awam diberikan kepada golongan kurang upaya ini. Melalui dasar ini, OKU yang memiliki

kelayakan akademik dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas suatu jawatan akan

dipertimbangkan peluang dalam perkhidmatan awam.

AKTA ORANG KURANG UPAYA (OKU) 2008

Akta Orang Kurang Upaya (OKU) telah ditubuhkan setelah mendapat kelulusan

daripada Parlimen Malaysia maka tertubuhlah Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta

685) di bawah undang-undang Malaysia. Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta 685)

telah mendapat perkenan Diraja pada 9 Januari 2008 dan telah diisytihar dalam Warta pada 24

Januari 2008. Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 (Akta 685) telah merangkumi kesemua

keperluan yang diperlukan, bermanfaat serta menjadi rujukan utama kepada Orang Kurang

Upaya (OKU).

Menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 mengiktiraf bahawa ketidakupayaan

merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil

daripada interaksi antara Orang Kurang Upaya (OKU) dengan halangan sikap dan persekitaran

yang menyekat penyertaan mereka dalam masyarakat. Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008

juga mengiktiraf sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh Orang

Kurang Upaya (OKU) kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat

keseluruhannya. Selain itu, Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf

kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan

2

Page 3: Oku Autisme 2

kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi bagi membolehkan

penyertaan penuh dan berkesan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat.

Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 juga mengiktiraf bahawa Orang Kurang Upaya

(OKU) adalah berhak kepada peluang dan perlindungan serta bantuan sama rata dalam segala

hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan hak

sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Justeru itu, Akta

Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 mengiktiraf kepentingan kerjasama antara Kerajaan Malaysia

dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan

penglibatan penuh dan berkesan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat.

Terdapat lima bahagian utama dan 46 seksyen dalam Akta Orang Kurang Upaya (OKU)

2008 (Akta 685) iaitu :

1) Bahagian I – Permulaan

Seksyen 1 : Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2 : Tafsiran

2) Bahagian II – Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya

Seksyen 3 : Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya

Seksyen 4 : Anggota silih ganti

Seksyen 5 : Pembatalan pelantikan

Seksyen 6 : Keterhentian keanggotaan

Seksyen 7 : Mesyuarat Majlis

Seksyen 8 : Setiausaha Majlis

Seksyen 9 : Fungsi Majlis

Seksyen 10 : Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan

Seksyen 11 : Penubuhan Jawatankuasa

Seksyen 12 : Pewakilan fungsi dan kuasa

Seksyen 13 : Majlis hendaklah mengesyorkan perubahan pada undang-undang

Seksyen 14 : Tanggungjawab Kerajaan

Seksyen 15 : Tanggungjawab kementerian yang berkaitan, dan lain-lain

Seksyen 16 : Tanggungjawab sektor swasta dan penubuhan bukan kerajaan

Seksyen 17 : Tindakan susulan

Seksyen 18 : Dana

Seksyen 19 : Laporan tahunan

3

Page 4: Oku Autisme 2

3) Bahagian III – Pelantikan Ketua Pendaftar, dan lain-lain dan Pendaftaran Orang Kurang

Upaya

Seksyen 20 : Pelantikan dan tugas Ketua Pendaftar dan Pendaftar

Seksyen 21 : Daftar Orang Kurang Upaya

Seksyen 22 : Permohonan bagi Pendaftaran

Seksyen 23 : Kuasa Pendaftar untuk meminta dokumen atau maklumat tambahan

Seksyen 24 : Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftar

Seksyen 25 : Pengeluaran Kad OKU

4) Bahagian IV : Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Orang

Kurang Upaya

Bab 1 : Kebolehaksesan

Seksyen 26 : Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam

Seksyen 27 : Akses kepada kemudahan pengangkutan awam

Seksyen 28 : Akses kepada pendidikan

Seksyen 29 : Akses kepada pekerjaan

Seksyen 30 : Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi

Seksyen 31 : Akses kepada kehidupan berbudaya

Seksyen 32 : Akses kepada rekreasi, santai dan sukan

Bab 2 : Habilitasi dan rehabilitasi

Seksyen 33 : Habilitasi dan rehabilitasi

Seksyen 34 : Perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti lain

Bab 3 : Kesihatan

Seksyen 35 : Akses kepada kesihatan

Seksyen 36 : Pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya

Seksyen 37 : Pengadaan personel kesihatan

Bab 4 : Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk

Seksyen 38 : Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial

Seksyen 39 : Pengertian “orang dengan ketidakupayaan teruk’

Bab 5 : Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan

Seksyen 40 : Akses kepada bantuan

5) Bahagian V – Am

Seksyen 41 : Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Seksyen 42 : Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Seksyen 43 : Kuasa membuat peraturan-peraturan

4

Page 5: Oku Autisme 2

Seksyen 44 : Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat

Seksyen 45 : Kecualian dan peralihan

Seksyen 46 : Pencegahan anomali

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Terdapat pelbagai kategori yang diberikan oleh pelbagai pihak. Kategori Orang Kurang

Upaya (OKU) menurut American with Disabilities Act 1990 terdapat lima aspek Orang Kurang

Upaya iaitu :

1) Aspek mental

2) Aspek fizikal

3) Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD)

4) HIV/AIDS

5) Kumpulan Orang Kurang Upaya yang minoriti

Disamping itu, menurut WHO (2011) Orang Kurang Upaya (OKU) terbahagi kepada 3

kategori utama iaitu :

1) Kecacatan fizikal iaitu seseorang terhalang yang disebabkan oleh keadaan fizikal

dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial, rekreasi dan vokasional.

Contohnya ialah autism, musculor dystropy, spina bifida, kecacatan anggota

kongenital, lelangit dan bibir

2) Kecacatan mental iaitu keadaan perkembangan otak yang terbantut terutamanya

dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas.

Contohnya ialah down syndrome

3) Kecacatan sensor melibatkan kecacatan deria pada manusia seperti deria

pendengaran dan penglihatan. Contohnya ialah pekak dan buta.

Namun begitu, dalam konteks Malaysia menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU)

2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan

Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada tujuh kategori iaitu :

1) Kurang upaya pendengaran iaitu individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di

kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak

dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran iaitu :

5

Page 6: Oku Autisme 2

a) Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)

b) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)

c) Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)

d) Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)

2) Kurang upaya penglihatan iaitu individu yang tidak dapat melihat atau mengalami

penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun

dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.

OKU penglihatan terbahagi kepada dua iaitu :

a) Buta (blind) iaitu penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik

walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan

kurang daripada 10 darjah daripada fixation

b) Penglihatan terhad (low vision/partially sighted) iaitu penglihatan lebih teruk daripada

6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan

menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20

darjah daripada fixation.

3) Kurang upaya fizikal iaitu seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan

sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana

bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang

mana keadaan ini menjejaskan keupayaannya. Kategori ini termasuklah kerdil, kudung

tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, musculor

dystropyn dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan

fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang

sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.

4) Masalah pembelajaran iaitu seseorang yang mengalami masalah kecerdasan otak yang

tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah

lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit

Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia,

dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).

5) Kurang upaya pertuturan iaitu individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh

mendengar

6) Kurang upaya mental iaitu seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk

yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2

tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak

berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan

6

Page 7: Oku Autisme 2

dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan

psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah skizofrenia, mood disorder dan

organic mental disorder yang serius dan kronik.

7) Kurang upaya pelbagai iaitu individu yang mengalami lebih daripada satu jenis

ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-

mana lima kategori lain yang sedia ada. Contohnya seseorang individu mengalami 2

jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam

kategori kurang upaya pelbagai.

Walaupun pelbagai kategori yang diberikan oleh pelbagai pihak, kita sebagai

masyarakat perlulah melihat Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai insan yang perlu lebih

perhatian sama ada dalam keluarga, bidang pendidikan, sektor pekerjaan dan sebagainya.

Dalam kertas kerja ini, penulis memfokuskan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dalam

kategori masalah pembelajaran iaitu autisme.

KEISTIMEWAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MALAYSIA

Di Malaysia, golongan kurang upaya (OKU) mendapat perhatian di mata masyarakat

dan kerajaan. Dengan penubuhan sebuah kementerian khusus berperanan menjaga kebajikan

golongan kurang upaya (OKU) iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat amat peka

dan prihatin serta bersedia mendengar dan membantu golongan kurang upaya (OKU) supaya

tidak disisih masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat pendaftaran kepada

Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka mendapat manfaat yang sewajarnya. Pendaftaran

Orang Kurang Upaya (OKU) boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan,

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan kebajikan Masyarakat dan

menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 adalah bertujuan untuk :

1) Untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini

2) Untuk mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis- jenis kecatatan

3) Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi

golongan kurang upaya

4) Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU

7

Page 8: Oku Autisme 2

5) Warna Kad Kenal Diri OKU

a) Fizikal – Hijau

b) Pendengaran – Ungu

c) Penglihatan – Biru

d) Masalah Pembelajaran – Kuning

e) Cerebal Palsy (Spatik) - Merah Jambu

f) Lain - lain - Coklat / Oren

Kad Kenal Diri OKU ialah untuk setiap OKU yang berdaftar dengan JPKAS akan

dikeluarkan kad kenal diri yang bertujuan sebagai pengenalan diri serta memudahkan

OKU mendapatkan perkhidmatan.

Setelah pendaftaran dilakukan, terdapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang

diberikan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia yang menurut Akta Orang Kurang

Upaya (OKU) 2008 iaitu :

1) Kemudahan pendidikan

a) Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah

b) Elaun RM300 bagi pelajar IPT

c) Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan kemahiran

kementerian pelajaran

d) OUM ; Potongan 75% yuran pengajian

2) Pengecualian bayaran rawatan perubatan di Hospital Kerajaan

a) Bayaran wad Kelas 3

b) Bayaran pakar

c) Bayaran ubat

3) Pelepasan cukai pendapatan

a) Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang

mempunyai anak OKU

b) Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500 kepada

pasangan yang OKU

c) Pelepasan cukai sehingga RM5000 bagi membeli alat-alat khas OKU

d) Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yang mengikuti kursus

di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

4) Pengecualian cukai jalan; Dengan Syarat;

a) Kereta, van dan motosikal nasional sahaja

8

Page 9: Oku Autisme 2

b) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

c) Pengecualian kepada pemohon sahaja

d) Sebuah kenderaan dalam satu masa

e) Memiliki lesen memandu yang sah

5) Kemudahan pengangkutan iaitu tambang konsesi 50% - KTMB, Transnasional,

Rapid KL, Penerbangan Malaysia (MAS)

6) Pengecualian bayaran untuk dokumen perjalanan dan kad pengenalan

7) Pengecualian duti import dan cukai jualan bagi semua peralatan yang direka khas

untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran dan sebagainya

8) Jagaan dan pemulihan di institusi seperti :

a) Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sembulan, Tawau dan

Sandakan di Sabah

b) Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU), Pusat Khidmat

Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional OKU.

9) Telekomunikasi (Telekom Berhad) iaitu :

a) Bayaran sewa bulanan dikecualikan

b) Panggilan menunggu atau indaan secara percuma

c) Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj

10) Kemudahan asas seperti :

a) kemudahan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan mereka

b) tempat duduk khas yang ditawarkan di pengangkutan awam seperti bas dan

kereta api

PERANAN KAUNSELOR KEPADA KLIEN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Menurut Noor Haizam (2011) peranan seorang kaunselor kepada klien Orang Kurang

Upaya (OKU) amat penting dan memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan kesihatan

mental dan fizikal mereka. Noor Haizam (2011) juga berpendapat bahawa keperluan hubungan

personaliti kaunselor iaitu aspek empati, kongruen serta mesra klien untuk melihat perubahan

emosi, tingkah laku dan kognitif klien. Kesemua aspek yang perlu ada kepada kaunselor iaitu

empati, kongruen serta mesra atau penerimaan tanpa syarat adalah berteraskan kepada teori

kaunseling Pemusatan Insan yang dipelopori oleh Carl Rogers (Corey, 2013).

9

Page 10: Oku Autisme 2

Menurut Nor Shafrin & Rohany (2013) proses kaunseling juga bergantung kepada

kaunselor yang akan seorang yang boleh dipercayai, prihatin, empati, ikhlas, tulen dan benar-

benar jujur dalam membantunya ke arah pembangunan kendiri dan pembangunan yang

konstruktif. Pendapat ini turut dosokong oleh Kottler & Shepard (2008) yang mengatakan

bahawa adalah menjadi kemestian kepada seorang kaunselor untuk bersikap kongruen,

menerima tanpa syarat dan empati kepada setiap klien yang datang ke sesi kaunseling. Ini

kerana sikap kaunselor yang tulen membawa kepada proses kaunseling yang terapeutik dan

memberikan suasana bahawa kaunselor sudi mendengar dan menerima serta klien bersedia

untuk berkongsi sebarang perasaan dan emosi yang terdapat dalam dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut Lau, Ahmad Shamsuri & Chew (2011) pendekatan

kaunseling yang sedia ada perlu dibentuk berdasarkan keperluan Orang Kurang Upaya (OKU),

kerana pendekatan itu lebih sesuai untuk orang biasa. Selain itu, kaunselor boleh

menggunakan bahasa dan teknik yang bersesuaian dengan umur klien, memberi penekanan

pada kekuatan yang dimiliki klien dan menghormati nilai serta kepercayaan klien. Lau, Ahmad

Shamsuri & Chew (2011) juga berpendapat bahawa kaunselor perlu bertindak secara realistik

dan sedar bahawa mereka sedang berurusan mengenai harapan, impian, perasaan dan

aspirasi golongan ini dan bukannya dengan kecacatan atau kekurangupayaan yang dialami

mereka. Lau, Ahmad Shamsuri & Chew (2011) juga memberi cadangan kepada kaunselor yang

bekerja di pusat-pusat perkhidmatan OKU yang memfokuskan perkhidmatan kaunseling kerjaya

iaitu :

1) Merasionalkan sistem pemikiran berdasarkan teori Rasional Emotif Terapi oleh Albert

Ellis

2) Menjalankan kaunseling kelompok

3) Menjalankan bimbingan kerjaya dan vokasional

4) Menyediakan program pendidikan kerjaya supaya wujud kesedaran untuk tingkah laku

sosial

5) Menjalankan kaunseling untuk ahli keluarga

6) Menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan

Walaubagaimanapun, menurut Robertson, Emerson, Hatton, Elliot, McIntosh, Swift,

Krinjen-Kemp, Towers, Romeo, Knapp, Sanderson, Routledge, Oakes & Joyce (2007) telah

membuat kajian mengenai penggunaan teori pemusatan insan bagi menangani klien

bermasalah pembelajaran seperti lembam dan autisme. Mereka juga berpendapat bahawa

10

Page 11: Oku Autisme 2

peranan kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan amatlah dititikberatkan dan kaunselor

dengan sokongan keluarga boleh melakukan aktiviti seperti di bawah :

1) Menjalankan sesi kaunseling secara pemusatan insan dengan menerapkan aspek

empati, kongruen dan penerimaan tanpa syarat

2) Menggalakkan klien mempunyai hubungan sosial dengan masyarakat sekitar

perumahan

3) Menggalakkan penglibatan klien dalam komuniti seperti terlibat dalam program

kemasyarakatan, gotong-royong

4) Menambah jadual aktiviti seharian klien supaya dapat meluahkan perasaan serta

berhubung melalui aktiviti yang dilakukan

5) Memperbaiki hubungan dengan rakan supaya lebih selesa dan seronok

6) Memperbaiki hubungan dengan keluarga supaya lebih selesa dan seronok

7) Memberikan pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti lain yang difikirkan perlu

ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM KATEGORI MASALAH PEMBELAJARAN : AUTISME

Menurut Jadual 5.3, Jabatan Perangkaan Malaysia 2011 bilangan Orang Kurang Upaya

(OKU) yang berdaftar di Malaysia ialah seramai 359,203 dan mengikut jenis kecacatan seperti

berikut :

1) Masalah Pembelajaran : 134,659 orang

2) Fizikal : 123,346 orang

3) Pendengaran : 43,788 orang

4) Penglihatan : 31,924 orang

5) Mental : 8,927 orang

6) Pertuturan : 725 orang

7) Lain-lain : 15,834 orang

Berdasarkan perangkaan yang telah dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada

Disember 2012, jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) tertinggi mengikut kategori ialah masalah

pembelajaran. Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kategori masalah pembelajaran ialah kanak-

kanak yang berbeza daripada kanak-kanak normal dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan

sensori, komunikasi, tingkah laku sosial atau ciri-ciri fizikal yang telah dikenal pasti dan

disahkan oleh pakar profesional klinikal (Salizawati, 2011). Menurut beliau lagi, kanak-kanak ini

11

Page 12: Oku Autisme 2

juga disahkan mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran serta

memerlukan pengubahsuaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran di sekolah ataupun

program perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang secara optimum.

Di Malaysia, kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran di tempatkan di sekolah-

sekolah khas dan diajar oleh guru-guru yang mempunyai kelulusan pendidikan khas supaya

mereka tidak tertinggal dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran sebagaimana yang telah

diperuntukkan dalam Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dan juga dalam Peraturan-

peraturan Pendidikan Khas (1997).

Menurut Schalock, Brown, Brown, Cummins, Felce, Matikka, Keith & Parmenter (2002)

mengatakan bahawa ketidakupayaan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak atau kanak-

kanak istimewa boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-

kebolehan yang berikut :

1) Kebolehan kognitif

2) Tingkah laku sosial/perkembangan sosial

3) Penguasaan bahasa lisan/pertuturan

4) Penguasaan membaca

5) Kemahiran perkembangan

6) Kemahiran matematik

Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran.

Sebenarnya ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas, atau

tahap kecerdasan yang rendah. Ia juga bukanlah berlaku akibat daripada perbezaan budaya,

status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran. Menurut Emerson & Hatton

(2007) ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak

ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu

maklumat. Menurut Cooper, Siley, Morrison, Williamson & Allan (2007) terdapat beberapa

bentuk ketidakupayaan pembelajaran iaitu;

1) Disleksia : ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu

sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa.

2) ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) : ini adalah satu gangguan yang

menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu

benda. Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi

dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.

12

Page 13: Oku Autisme 2

3) Dispraksia : ini satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan

gerakan anggota tubuh.

4) Diskalkulia : satu jenis ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik,

apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau

berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun di tetap sukar memahaminya.

5) Autisme : ini pula merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami dunia

persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang normal. Mereka

sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan

bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dalam cara yang berbeza.

Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang

manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat

mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-

ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.

Dalam penulisan ini, penulis menjurus kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran iaitu autisme. Menurut Min (2011), Leyfer, Folstein, Bacalman, Davis, Dinh,

Morgan, Tager-Flusberg & Lainhart (2006) dan Provost, Lopez & Heimerl (2006) kanak-kanak

autisme berkarektor seperti berikut :

1) Interaksi sosial :

a) Tidak suka untuk bersosial dengan rakan-rakan (menyendiri)

b) Tidak suka berseronok

c) Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan

2) Komunikasi

a) Kurang bercakap

b) Bermasalah untuk memulakan perbualan

c) Kurang meniru sebaliknya bermain dengan imaginasi sendiri

3) Penggunaan bahasa

a) Lambat bercakap

b) Menggunakan bahasa tersendiri

c) Masalah untuk mengkategori dan menaakul

4) Pergerakan motor badan

a) Minat yang bukan kebiasaan orang dan terlalu obses dengan minat tersebut

b) Tangan dan jari selalu bergerak berulang kali

13

Page 14: Oku Autisme 2

Kebiasaannya kanak-kanak autisme ditempatkan di sekolah pendidikan khas setelah

mereka disahkan mengalami masalah autisme oleh ahli perubatan yang profesional. Namun

begitu, kanak-kanak autisme mempunyai masalah untuk bersosial dengan rakan-rakan dan

guru di sekolah. Kanak-kanak ini juga sering kali membawa diri dalam dunianya tersendiri serta

tidak menyukai muzik yang bising. Namun begitu, kanak-kanak autisme kebiasannya cemerlang

dalam akademik sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan

Matematik. Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997) mengatakan bahawa “guru-

guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti

dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan

matlamat Pendidikan Khas”. Oleh yang demikian, teknik pengajaran dan pembelajaran kepada

kanak-kanak autisme diberikan mengikut kreativiti dan inovatif guru serta mengikut kesesuaian

supaya mereka mendapat maklumat yang disampaikan guru.

Walaubagaimanapun, menurut Min (2011) terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan

oleh guru dan ibu bapa untuk menggalakkan kanak-kanak autisme bertingkah laku positif iaitu :

1) Mengajar kanak-kanak autisme bertingkah laku dengan baik dengan mengurangkan

perasaan marah atau panas baran melalui galakan positif seperti token di atas

perubahan sikap serta pujian daripada guru dan ibu bapa. Guru dan ibu bapa perlu

mengulang berkali-kali serta menjelaskan maksud setiap arahan yang diberikan kepada

kanak-kanak autisme.

2) Mengajar kanak kanak-kanak autisme berkomunikasi dengan secara efektif dalam kelas

tanpa perasaan malu. Terdapat kaedah Pivotal Response Training (PRT) atau Picture

Exchange Communication System (PECS) yang boleh digunakan guru sebagai

instrumen kepada pelajar yang minima bahasa lisan dan bahasa bukan lisan. Guru

boleh meminta kanak-kanak autisme berkomunikasi mengikut kesesuaian minat pelajar

tersebut dengan sebutan perkataan yang perlahan-lahan dan tidak terlalu laju.

3) Menarik minat untuk bersosial melalui aktiviti-aktiviti yang menarik minat kanak-kanak

autisme contohnya membuat kad ucapan hari lahir yang memerlukan kanak-kanak

autisme mewarna kad tersebut dengan menarik. Guru perlu menerapkan supaya kanak-

kanak autisme menggunakan pelbagai warna dalam kad tersebut dan membuat aktiviti

membaca tulisan dalam kad tersebut dalam kelas.

Namun demikian, menurut Alavi, K., Aizan, Subhi, N., Mohamad, M., Sarnon (2012)

kajian kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia mendapati bahawa perubahan tingkah laku

14

Page 15: Oku Autisme 2

atau masalah pembelajaran ini adalah dipengaruhi oleh cara gaya keibubapaan, hubungan

interpersonal ibubapa dan kanak-kanak, konflik antara ibubapa dan kesihatan mental ibubapa

sehingga keadaan ini membentuk pengalaman dalam hidup kanak-kanak itu kelak. Terdapat

juga kajian daripada Kersh, Hedvat, Cram & Warfield (2006) yang mengatakan bahawa

terdapat pengaruh yang kuat daripada perkahwinan ibubapa, keadaan keluarga samada kedua-

dua ibubapa, ibu tunggal atau bapa tunggal terhadap keadaan kanak-kanak kurang upaya

pembelajaran.

ULASAN KES

Amira (bukan nama sebenar) merupakan pelajar berumur 12 tahun, bersekolah di

Sekolah Pendidikan Khas Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang. Amira merupakan anak sulong

dan mempunyai 3 orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai operator kilang manakala

ibunya seorang guru tadika swasta. Amira disahkan mengalami masalah autisme ringan

semasa berumur 3 tahun setelah ibunya mendapati Amira mempunyai kesukaran untuk

berkomunikasi walaupun perkataan yang mudah seperti mama dan papa. Setelah doktor

membuat pengesahan, ibunya mendaftar Amira ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah

Barat Daya dan Amira semakin lama boleh berkomunikasi dengan baik namun dalam

bahasanya tersendiri. Walaubagaimanapun, ibu bapa serta gurunya boleh memahami

percakapan yang diucapkan dan sekiranya memerlukan penjelasan Amira boleh menjelaskan

dengan baik walaupun kadang kala sukar difahami.

Kemudian, pada umur 7 tahun Amira ke Sekolah Pendidikan Khas Titi Teras dan berasa

seronok serta minat untuk ke sekolah. Di sekolah, Amira mempunyai rekod kehadiran yang

baik. Menurut gurunya, Amira berkemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris lebih

baik berbanding Bahasa Malaysia. Amira merupakan pelajar yang terurus dan seorang yang

menjaga barang-barang peribadi miliknya sendiri. Amira akan menyusun pensel warna

mengikut warna dan susunan yang betul. Sekiranya buku atau barang miliknya hilang, Amira

akan menangis dan menjerit sehingga barang tersebut dijumpai. Namun begitu, Amira kerap

menyendiri dan selalu bercakap dalam bahasa yang kurang difahami. Dalam kelas, gurunya

sering membuat aktiviti kumpulan dan meminta Amira menjawab soalan yang dikemukakan

bersama-sama dalam kumpulan.

15

Page 16: Oku Autisme 2

Setelah pulang dari sekolah, Amira sering kali menyendiri dalam biliknya dan

menggunakan komputer riba yang dihadiahkan bapanya sempena hari lahir untuk mengakses

maklumat daripada internet. Amira hanya keluar dari bilik untuk makan bersama keluarga

sahaja. Menurut gurunya, Amira pernah dirujuk kepada guru kaunseling kerana sikapnya yang

panas baran dan suka melempar barang sesuka hati setelah mendapati kasutnya hilang

namun, dia hanya berdiam diri semasa permulaan sesi. Namun demikian, melalui gurunya

Amira semakin lama dapat berkomunikasi lebih baik dan boleh difahami oleh guru dan ibu

bapanya. Walaubagaimanapun, Amira hanya bermasalah untuk bergaul dengan rakan-rakan di

sekolah sahaja kerana Amira suka menyendiri daripada bersosial namun Amira tetap memberi

sokongan terhadap aktiviti yang diberikan oleh guru di dalam kelas.

RUMUSAN

Oleh yang demikian, Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan insan yang istimewa

terpilih daripada Tuhan dan perlu mendapat perhatian daripada masyarakat tanpa kira umur,

bangsa dan jantina. Walaupun terdapat rungutan serta keluhan daripada ahli keluarga untuk

menguruskan kanak-kanak bermasalah pembelajaran terutamanya autisme, namun mereka

seharusnya banyak bersabar dan sentiasa merujuk pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM), kaunselor, guru serta pegawai sosial supaya kebajikan kanak-kanak ini tidak

terabai.

Seorang kaunselor pula seharusnya menerima klien tanpa syarat walaupun seorang

yang kurang upaya (OKU). Ini kerana penerimaan tanpa syarat daripada kaunselor secara tidak

langsung memberikan petunjuk bahawa golongan kurang upaya (OKU) boleh bermasyarakat

serta boleh bersosial dengan orang selain daripada ibu bapa dan keluarganya.

16

Page 17: Oku Autisme 2

BIBLIOGRAFI

Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008

American with Disabilities Act 1990

Alavi, K., Aizan Sofia Amin, Subhi, N., Mohamad, M.S. & Sarnon. N. (2012), Kertas Sosial di

Sekolah: Memahami dan Menangani Penderaan Kanak-kanak, Jurnal e-Bangi, Volume

7,Number 1, 17-37, ISSN: 1823-884x

Alijah Ujang, Norlidah Alias & Saedah Siraj (2013), Analisis Kandungan Aspek-aspek

Pendidikan Kesihatan Reproduktif Merentasi Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran, JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

Beth Provost, Brian R. Lopez & Sandra Heimerl (2006), A Comparison of Motor Delays in

Young Children: Autism Spectrum Disorder, Development Delay and Development

Concerns, J Autism Dev Disord DOI 10.1007/s 10803-006-0170-6

Corey, G (2013), Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy (9th.ed.), India :

Brooks/Cole.

Eric Emerson & Chris Hatton (1997), Mental Health of Children and Adolescents with

Intellectual Disabilities in Britain, British Journal of Psychiatry, 191, 493-499, doi:

10.1192/bjp.bp.107.038729

Jabatan Pendidikan Khas (1997), Peraturan-peraturan Pendidikan Khas : Kementerian

Pendidikan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia, Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2012, Disember 2012

J. Kersh, T.T. Hedvat, P. Hauser-Cram & M. E. Warfield (2006), The Contribution of Marital

Quality to the Well-being of Parents of Children with Developmental Disabilities, Journal

of Intellectual Disability Research, Volume 50 Part 12 pp 883-893, December 2006

J. Robertson, E. Emerson, C. Hatton, J. Elliot, B. McIntosh, P. Swift, E. Krinjen-Kemp, C.

Towers, R. Romeo, M. Knapp, H. Sanderson, M. Routledge, P. Oakes & T. Joyce

(2007), Person-centered Planning: Factors Associated with Successful Outcomes for

People with Intellectual Disabilities, Journal of Intellectual Disability Research, Volume

51, Part 3 pp 232-243, March 2007

Jeffrey A. Kottler & David S. Shepard (2008), Introduction to Counseling Voices From the Field

(6th Ed.), USA : Thomson Brooks/Cole

Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng (2011), Peranan Kaunselor dan

Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya, ATIKAN, 1(2) 2011

17

Page 18: Oku Autisme 2

Low Hui Min (2011), Identification, Education and Intervention for Children with Autism

Spectrum Disorders (ASD), Diges Pendidik Universiti Sains Malaysia (USM) Jilid 11, Bil.

2/2011

Mary Wilkinson (2009), Defying Disability The Lives and Legacies of Nine Disabled Leaders,

London and Philadelphia : Jessica Kingsley Publishers

Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir (2013), Aplikasi Praktik Teknik Kaunseling & Psikoterapi

(Edisi Pertama), Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia

Noor Haizam Abdul Zahid Shaghia (2011), Hubungan Antara Personaliti Kaunselor dengan

Peubahan Kognitif, Emosi dan Tingkahlaku dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di

Zon Skudai, tesis Sarjana Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (tidak diterbitkan)

Ovsanna T. Leyfer, Susan E. Folstein, Susan Bacalman, Naomi O. Davis, Elena Dinh, Jubel

Morgan, Halen Tager-Flusberg & Janet E. Lainhart (2006), Comorbid Psychiatric

Disorders in Children with Autism: Interview Development and Rates of Disorders, J

Autism Dev Disord (2006) 36: 849-861, DOI 10.1007/s 10803-006-0123-0

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010, JPA. BK (S) 256/6/6 Klt. 9

Robert L. Schalock, Ivan Brown, Roy Brown, Robert A, Cummins, David Felce, Leena Matikka,

Kenneth D. Keith & Trevor Parmenter (2002), Conceptualization, Measurement, and

Application of Quality of Life for Persons With Intellectual Disabilities: Report of an

International Panel of Experts, Mental Retardation, Volume 40, Number 6: 457-470,

December 2002

Salizawati Omar (2011), Masalah Bahasa Bukan Lisan, Diges Pendidik Universiti Sains

Malaysia (USM), Jilid 11, Bil 1/2011

Sally-Ann Cooper, Elita Smiley, Jillian Morrison, Andrew Williamson & Linda Allan (2007),

Mental Ill-Health in Adults with Intellectual Disabilities: Prevalence and Associated

Factors, British Journal of Psychiatry, 190, 27-35

World Report on Disability 2011, World Health Organization, printed in Malta, ISBN 978 92 4

156418 2

www.jkm.gov.my

www.who.int/en/

18