Opor Daging
description
Transcript of Opor Daging
Opor Daging
Bahan-bahanya350 gram daging boneless ( nak guna daging yang ade tulang pun boleh) 1/4 biji bawang besar2 ulas bawang putih2 inci halia1 sudu kecil jintan manis2 sudu besar serbuk rempah opor1 cawan santan pekatsedikit garam1 batang kulit kayu manis5 tangkai cili kering1 sudu besar kerisik1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang( ros masak opor daging ni guna pressure cooker, masak 20 minit je, terus daging lembut dan empuk, memang baguslah kalau masak daging beku guna pressure cooker ni, jimat masa dan jimat gas)- gambar di atas adalah rempah opor Pahang dan rempah opor dari Pasar Payang Terengganu yang ros gunakan. Ros akan gunakan salah satu rempah di atas ni bila memasak opor daging.Caranya1. Potong daging sederhana bentuk kiub, saiz agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang serta bahan yang telah dikisar tadi.2. Setelah naik bau, rempah opor jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, kemudian masukkan daging dan satu cawan air.3.Akhir sekali masukkan santan dan kerisik. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan
garam. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.- jika tiada rempah opor, boleh refer resepi Daging Masak Rempah di SINI, rasa pun lebih kurang same je, sedap dimakan bersama nasi putih, nasi beriani atau nasi minyak. : )acar timun - guna jus lemon sebagai pengganti cukaNota: Jika mahu warna kuah opor daging lebih gelap, boleh masukkan 1 sudu besar kicap manis, dan kalau mahu masukkan beberapa biji kentang pun boleh ikutlah selera masing-masing ya.
Rempah Opor JohorIni adalah anggaran untuk seekor ayam. Boleh digandakan mengikut jumlah ayamPersediaan dan cara membuatnya
20 tangkai lada kering2 1/2 camca besar ketumbar1/2 camca teh jintan putih2 camca teh jintan manis7 biji buah pelaga1/2 butir buah pala 1/4 sajira (jika ada)5 kuntum bunga cengkih
kesemuanya dicuci dan dijemur sehingga benar2 kering
Kesemua bahan di atas digoreng tanpa minyak sehingga hampir garing
Bahan2 yg digoreng tadi hendaklah digiling semasa panas2 kalau malas blend kering saja, tetapi bagi mama memilih utk menggiling kerana aromanya yg sungguh wangi semasa digiling panas2. Kalau mama buat banyak2 barulah blend kering. Rempah ini boleh disimpan seperti rempah2 yg lain.