Orang Asli

6
Tutorial 4-2 Berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan semasa merasmikan Program Tranformasi Pendidikan Orang Asli (26 Jun 2012), Kementerian telah mengenal pasti tujuh (7) inisiatif, iaitu: 1. Pemantapan tadbir urus sekolah 2. Memasukkan elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 3. Mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli 6% setiap tahun mulai 2013 4. Pengambilan pelajar Orang Asli bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 5. Penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan Orang Asli 6. Memperkasakan jalinan kerjasama (smart partnership) melalui pewujudan hubungan yang lebih strategik dengan rakan sinergi 7. Mewujudkan Sistem Pengesanan Prestasi Sekolah dan Murid Orang Asli Melalui laporan lawatan ke SK Tekir oleh wakil RBT1 yang mengikuti rombongan, bincangkan sejauh inisiatif tersebut di atas telah dan akan mentransformasi sekolah Orang Asli, khususnya SK Tekir LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SK TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN KUMPULAN 5 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI NAMA AHLI KUMPULAN 1) MUHAMMAD SYAHRULAZRI BIN MOHAMAD 2) MUHAMMAD FARIDI BIN HASHIM 3) AWANG MOHAMAD SHAHFIQ BIN AWANG SEMAN 4) NUR FATIN BINTI HUSSIN 5)NIK HUSNI ADILAH BINTI NIK HASHIM 6) ZUWAIDAH BINTI AHMAD SUHAIMI 7) ASRI BIN ABBAS 8) FIRIGJIE BIN MOTIBOI 9) MASMUNIRAH BINTI ABU HASSAN 10) NUR AZLEEN BINTI MOHD SANIK

description

Edu 3063

Transcript of Orang Asli

Tutorial 4-2

Berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan semasa merasmikan Program Tranformasi Pendidikan Orang Asli (26 Jun 2012), Kementerian telah mengenal pasti tujuh (7) inisiatif, iaitu:1. Pemantapan tadbir urus sekolah2. Memasukkan elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV)3. Mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli 6% setiap tahun mulai 20134. Pengambilan pelajar Orang Asli bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)5. Penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan Orang Asli6. Memperkasakan jalinan kerjasama (smart partnership) melalui pewujudan hubungan yang lebih strategik dengan rakan sinergi7. Mewujudkan Sistem Pengesanan Prestasi Sekolah dan Murid Orang Asli

Melalui laporan lawatan ke SK Tekir oleh wakil RBT1 yang mengikuti rombongan, bincangkan sejauh inisiatif tersebut di atas telah dan akan mentransformasi sekolah Orang Asli, khususnya SK Tekir

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SK TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN

KUMPULAN

5 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

NAMA AHLI KUMPULAN

1) MUHAMMAD SYAHRULAZRI BIN MOHAMAD2) MUHAMMAD FARIDI BIN HASHIM3) AWANG MOHAMAD SHAHFIQ BIN AWANG SEMAN4) NUR FATIN BINTI HUSSIN5)NIK HUSNI ADILAH BINTI NIK HASHIM6) ZUWAIDAH BINTI AHMAD SUHAIMI7) ASRI BIN ABBAS8) FIRIGJIE BIN MOTIBOI9) MASMUNIRAH BINTI ABU HASSAN10) NUR AZLEEN BINTI MOHD SANIK11) NUR HIDAYAH BINTI MORNI12) NUR ZAWANI BINTI MOKHTAR

TAJUK AKTIVITI

MEMBUAT SUSHI SANDWICH ROLL

OBJEKTIF AKTIVITI

MENDEDAHKAN MURID-MURID SK TEKIR DENGAN AKTIVITI BERKEMAHIRAN BERDASARKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI YANG DISEDIAKAN

REFLEKSI AKTIVITIKEKUATAN1. MENGAJAR MURID MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN DENGAN BETUL2. MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA SATU PASUKAN3. MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN

KELEMAHAN1. MURID-MURID TIDAK BIASA DENGAN BAHAN YANG DISEDIAKAN (MAYONIS)2. TIDAK DAPAT MEMANCARKAN SLIDE POWERPOINT DENGAN JELAS (PENCAHAYAAN TERLALU TERANG MENYEBABKAN SILAU)

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN1. MENGGUNAKAN BAHAN YANG ADA DISEKELILING MURID-MURID SK TEKIR 2. MEMILIH TEMPAT YANG LEBIH SESUAI DAN PRAKTIKAL UNTUK MEMANCARKAN SLIDE POWERPOINT YANG DISEDIAKAN

GAMBAR AKTIVTI

BILINITIATIFTRANSFORMASI(TELAH / AKAN DATANG)

1.Pemantapan tadbir urus sekolah SK Tekir mempunyai pengurusan pentadbiran yang mantap ketika kunjungan kami ke sana. Hal ini kerana mungkin Sk Tekir berada dalam daerah Seremban yang mana sebuah bandar maju di Negeri Sembilan. Pentadbiran sekolah juga diterajui guru-guru yang berpengalaman mengendalikan murid-murid orang asli. Kemudahan-kemudahan asas seperti kantin, makmal komputer, perpustakaan berada dalam keadaan yang baik dan kemas. Persekitaran sekolah juga kondusif dan teratur.

2.Memasukkan elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) SK Tekir ketika kunjungan kami tidak mempunyai bengkel kemahiran hidup kerana digunakan sebagai kelas untuk memuatkan murid-murid. Oleh itu, SK Tekir perlu menangani masalah ketiadaan bengkel ini dengan mewujudkannya semula bagi mencapai initiatif elemen PAV didalam pengajaran seperti yang ditekankan oleh TPM dalam ucapan beliau. Sekiranya Sk tekir masih tidak dapat menyediakan bengkel kemahiran hidup, guru-guru perlu bijak memasukkan elemen ini didalam pengajaran masing-masing dengan menggunakan konsep penggabungjalinan. Guru perlu bijak merencana aktiviti yang sesuai bagi murid-murid supaya kita dapat mengimplementasikan murid-murid terhadap dunia kemahiran yang mana boleh menjadi suatu kebolehan kepada mereka dan menjadi pencetus kepada kecenderungan minat mereka.

3.Mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli 6% setiap tahun mulai 2013 Bagi menangani initiatif ini, SK Tekir perlu melancarkan strategi atau kaedah baru bagi menarik minat murid ke sekolah. SK Tekir merupakan sekolah 100 peratus murid orang asli jadi peratus untuk mendapatkan kehadiran 100 peratus murid hadir setiap hari adalah sukar. Melalui pelaksanaan strategi baru oleh pentadbir sekolah, SK tekir dapat menarik minat murid-murid dan menaikkan peratus kehadiran murid sekaligus mengurangkan kadar keciciran murid sehari-hari dengan mengikuti pembelajaran disekolah.

4.Pengambilan pelajar Orang Asli bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Perkara ini telah pun diambil berat oleh pihak KPM dan IPG sendiri mempunyai guru pelatih program PISMP bagi ambilan khas pelajar orang Asli. Di SK Tekir sendiri terdapat beberapa orang guru graduan ijazah PISMP dan seorang guru orang Asli. Dengan penempatan guru orang asli murid akan berasa lebih dekat dan lebih terdorong untuk berjaya apabila melihat masyarakat mereka sendiri boleh berjaya dan juga dengan bantuan guru orang asli, dapat membantu pihak sekolah sedikit sebanyak cara dan budaya pembelajaran yang mereka rasa selesa dan mudah fahami.

5.Penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan Orang Asli SK Tekir dilihat sebagai sebuah sekolah orang asli yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan prasarana yang baik. Berbekalkan tanah wakaf orang kampung, pihak kerajaan mungkin boleh membantu memperluas kawasan sekolah dengan menambah beberapa buah kelas untuk lebih keselesaan memandangkan mereka tidak mempunyai bengkel. Walaubagaimanapun, kemudahan kantin, bilik guru, ruang legar, perpustakaan dan makmal komputer dalam keadaan yang baik. Sebagai satu penambahbaikan yang ketara SK Tekir perlu menyediakan asrama bagi murid-murid supaya murid-murid mendapat pembelajaran yang sempurna dan sekolah dapat mencapai kehadiran yang memberangsangkan.

6.Memperkasakan jalinan kerjasama (smart partnership) melalui pewujudan hubungan yang lebih strategik dengan rakan sinergi SK Tekir telah pun berkerjasama dengan beberapa institusi pengajian terutamanya IPG yang berdekatan iaitu IPG Kampus Pendidikan Teknik dalam menjalinkan usahasama memberi pendedahan-pendedahan terbaru kepada murid orang asli disana. Langkah ini perlu diteruskan lagi supaya murid sentiasa merasai pengalaman yang baru dan bermakna selain pembelajaran didalam bilik darjah.

7.Mewujudkan Sistem Pengesanan Prestasi Sekolah dan Murid Orang Asli Sistem Pengesanan Prestasi Sekolah dan Murid Orang Asli telah pun dijalankan di SK Tekir. SK Tekir yang merupakan sekolah didalam bandar sentiasa mendapat tangga terbawah berbanding sekolah-sekolah murid orang asli yang lain di Negeri Sembilan kerana mereka berada dibawah zon luar bandar. Walaubagaimanapun, SK Tekir perlu sentiasa dominan berusaha meningkatkan prestasi sekolah ke tangga yang lebih baik.