Orang India Malaysia

6
Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India . Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya . Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola . Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina . Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu . Pada tahun 1947 , mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu , merupakan lagi 14% pada tahun 1947 , dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi , Bengali , Gurjarati , dan Sindhi .Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu: chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong. Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional. Agama[sunting] Rencana utama: Agama kaum India Malaysia Agama-agama anutan kaum India Malaysia Agama Peratus Hindu 78.4%

description

budaya

Transcript of Orang India Malaysia

Page 1: Orang India Malaysia

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayudan Cina.

Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orangMalayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:

chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan

orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari

Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.

Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan

Awam dan bidang-bidang profesional.

Agama[sunting]

Rencana utama: Agama kaum India Malaysia

Agama-agama anutan kaum India Malaysia

Agama Peratus

Hindu

78.4%

Sikh

9.6%

Kristian

Page 2: Orang India Malaysia

8.0%

Jain, Tiada agama atau lain-lain agama

2.0%

Islam

2.0%

Kebanyakan kaum india Malaysia beragama Hindu dan diikuti kristian dan sikh

Muruku

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.

Page 3: Orang India Malaysia

Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.

Tosai

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

IDLI

Page 4: Orang India Malaysia

Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun kini, ia semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana dikenali mempunyai banyak khasiat dan ianya juga sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal.

Selain itu ada sejenis Makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya. Sudah tentu anda kenal nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang popular ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain.

Selain itu, Makanan tradisional India yang lain adalah seperti Kuih muih seperti wade, maruku dan suji. Jika dilihat memang banyak makanan tradisional kaum India ini. Pada artikel akan datang saya akan cuba paparkan pelbagai jenis makanan lagi. Diharap anda boleh berikan cadangan.

Page 5: Orang India Malaysia

Asal Usul Pakaian Tradisional IndiaSari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.