OUMM 3203

13
OUMM 3203 PENDAHULUAN Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua etika membawa maksud moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Individu pula membawa maksud orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya dianggap sebagai berbeza daripada yang lain (Kamus Dewan Edisi Empat). Jika dilihat dari sudut lain, etika juga boleh didefinisikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh menerima dari segi akhlak serta dapat membezakan samaada perlakuan yang dilakukan oleh seseorang individu berkenaan adalah betul ataupun salah. Jika digabungkan kedua maksud ini, maka kita dapat utarakan definisi bagi etika individu adalah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang baik dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Penghayatan etika individu yang baik dalam kehidupan seseorang manusia adalah amat penting supaya dapat menjalani kehidupan pada laras jalan yang baik dan tepat serta sejajar dengan fitrah sebagai manusia. Fitrah manusia sedari lahir adalah mementingkan kebaikan, kemurnian, kesempurnaan dan hal-hal positif lainya. Namun fitrah ini akan berkembang menjadi lebih baik atau sebaliknya di mana hal ini adalah berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pembentukan etika individu itu tersendiri. Jika kita merujuk definisi seperti yang diutarakan di atas, etika individu merupakan satu keupayaan bagi membezakan antara perbuatan yang baik atau tidak, yang telus atau bukan dan yang hitam atau yang putih. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada perbentukan etika yang negatif atau yang positif di dalam diri seseorang individu. Antara faktor besar yang boleh saya senaraikan disini adalah seperti yang ditunjukkan di pengurusan grafik di bawah:

Transcript of OUMM 3203

Page 1: OUMM 3203

OUMM 3203

PENDAHULUAN

Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua etika membawa maksud moral atau nilai-nilai akhlak

(adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan

manusia. Individu pula membawa maksud orang perseorangan, manusia seorang diri,

terutamanya dianggap sebagai berbeza daripada yang lain (Kamus Dewan Edisi Empat). Jika

dilihat dari sudut lain, etika juga boleh didefinisikan sebagai prinsip kelakuan individu-

individu yang boleh menerima dari segi akhlak serta dapat membezakan samaada perlakuan

yang dilakukan oleh seseorang individu berkenaan adalah betul ataupun salah. Jika

digabungkan kedua maksud ini, maka kita dapat utarakan definisi bagi etika individu adalah

himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang

benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang baik dan boleh dilakukan, serta yang

tidak patut dan tidak boleh dilakukan.

Penghayatan etika individu yang baik dalam kehidupan seseorang manusia adalah amat

penting supaya dapat menjalani kehidupan pada laras jalan yang baik dan tepat serta sejajar

dengan fitrah sebagai manusia. Fitrah manusia sedari lahir adalah mementingkan kebaikan,

kemurnian, kesempurnaan dan hal-hal positif lainya. Namun fitrah ini akan berkembang

menjadi lebih baik atau sebaliknya di mana hal ini adalah berhubungan secara langsung atau

tidak langsung dengan pembentukan etika individu itu tersendiri. Jika kita merujuk definisi

seperti yang diutarakan di atas, etika individu merupakan satu keupayaan bagi membezakan

antara perbuatan yang baik atau tidak, yang telus atau bukan dan yang hitam atau yang putih.

Pelbagai faktor yang menyumbang kepada perbentukan etika yang negatif atau yang positif di

dalam diri seseorang individu. Antara faktor besar yang boleh saya senaraikan disini adalah

seperti yang ditunjukkan di pengurusan grafik di bawah:

Faktor-faktor

Pengaruh Keluarga

Pengaruh Rakan SebayaPengalaman Hidup

Page 2: OUMM 3203

OUMM 3203

Merujuk kepada pengurusan grafik di atas; faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan

etika individu adalah tiga, iaitu pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya dan pengalaman

hidup. Setiap faktor-faktor ini adalah berhubungkait antara satu sama lain dan memainkan

peranan yang sangat dominan dalam perbentukan etika kendiri seseorang indiviu samaada

mejurus ke arah positif mahupun yang sebaliknya.

Setiap daripada faktor yang telah dinyatakan di atas akan dikupas dengan lebih terperinci

pada penulisan yang berikutnya di mana akan dinyatakan dengan lebih jelas lagi dengan

kaitan nyata contoh-contoh dari kehidupan seharian.

Page 3: OUMM 3203

OUMM 3203

Faktor 1: Pengaruh Keluarga (Family Influence)

keluarga merupakan satu komuniti kecil di mana di dalam komuniti tersebut terdapat ahli

yang saling memerlukan antara satu sama lain. Pembentukan dan pembinaan peraturan dalam

keluarga, masalah disiplin atau konflik yang berlaku mahupun kebiasaaan serta pola

kehidupan sesebuah keluarga berkenaan bertanggungjawab dalam perbentukan moral ataupun

etika diri seseorang individu. Keluarga memberikan pengaruh yang sangat besar dalam

perbentukan watak seseorang kerana keluarga memainkan peranan yang sangat dominan

dalam perkembangan diri individu. Kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikuti etika

dari kelakuan ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik maka

kanak-kanak berkenaan akan cenderung mempunyai etika yang baik begitu juga dengan

sebaliknya. Ini merupakan pembelajaran secara teladan di mana ibu bapa menunjukkan

teladan yang baik bagi membentuk sahsiah atau etika yang baik dalam diri anak mereka.

Mengikut pengalaman saya sendiri, etika yang diterapkan oleh kedua ibu bapa serta keluarga

saya salah satunya adalah budaya hormat dan berbudi bahasa terutamnya terhadap orang yang

lebih tua atau yang berusia. Etika tersebut seperti mencium tangan orang yang lebih tua

apabila bersalaman. Selain daripada itu, saya juga dilatih untuk menundukkan badan apabila

melintas di hadapan orang tua. Kedua-dua tingkah laku yang ditekankan di sini menunjukkan

rasa hormat terhadap orang yang lebih berusia dari kita. Dengan penerapan etika seperti ini di

dalam diri saya sejak kecil, saya menjadi terbiasa dan dapat mengamalkan etika berkenaan

dalam kehidupan seharian. Etika seperti ini adalah seperti mengamalkan amalan bersopan-

santun dengan menggunakan laras fikiran yang logik dan matang yang mengimbangi antara

perkara yang patut dilakukan dan yang tidak perlu dilakukan. Etika adalah gambaran bagi

personaliti kita secara rambang. Saya telah melihat bagaimana keluarga saya mengamalkan

etika seperti ini dalam kehidupan seharian sepanjang saya membesar. Saya juga telah melihat

apa kesan apabila saya tidak mengamalkan etika ini. Saya pernah dimarahi oleh ibu saya

apabila tidak mencium tangan ketika bersalam dengan nenek saya dan berlari-lari di hadapan

orang-orang tua yang sedang duduk. Ibu saya pernah menyatakan, belajar menghormati orang

lain sebelum mengharapkan diri dihormati, kata-kata hikmat ibu saya yang dahulunya saya

tidak mengerti tapi sekarang sangat bermakna bagi diri saya akan saya pegang sampai bila-

bila. Jesteru, saya dapat lihat pripentingnya peranan keluarga dalam pembentukan etika

individu.

Page 4: OUMM 3203

OUMM 3203

Selain daripada penerapan etika ketika berhadapan dengan orang tua, keluarga saya juga amat

menekankan kepentingan bercakap benar ataupun pada erti kata lain, tidak berbohong

mahupun menipu. Berdasarkan pengalaman saya semasa masih kanak-kanak, saya pernah

dihukum oleh ibu saya kerana menipu mengenai wang saku yang diberikan olehnya. Saya

menyatakan kepada beliau bahwa wang saku saya hilang tetapi sebenarnya wang saku

berkenaan saya telah gunakan untuk membeli barang mainan dan bukannya makanan. Mulai

dari saat tersebut, saya telah berikrar dan berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya tidak

akan sekali-kali lagi menipu untuk kepentingan diri sendiri. Tekad ini saya pegang dengan

utuh sampai sekarang dan saya salurkan kepada generasi-generasi baharu yang haus dengan

etika-etika individu yang berkualiti seperti ini.

Faktor 2: Pengaruh Rakan Sebaya (Peer Influence)

Setelah keluarga, seseorang individu banyak menghabiskan masanya bersama dengan rakan-

rakannya, terutama rakan sebaya. Di sini kita dapat lihat bagaimana pengaruh rakan sebaya

amat besar dalam perbentukan etika seseorang individu tersebut. Ada yang menyatakan

bahawa, untuk melihat perwatakan dan peribadi seseorang kita hanya perlu melihat

bagaimana tingkah dan perwatakan rakan mereka. Sekiranya mereka berkawan dengan alim

ulama, maka secara tidak langsung mereka akan memiliki peribadi yang baik. Dan sekiranya

rakan kita adalah perompak ataupun samseng, maka tidak mustahil yang kita akan terikut

menjadi perompak atau samseng suatu hari nanti.

Menerusi pengalaman hidup saya, etika yang saya pelajari hasil daripada pergaulan dengan

rakan sebaya saya adalah gaya belajar. Saya dahulu berada dalam persekitaran pergaulan

yang mementingkan pencapaian dan sentiasa bersaing. Ini telah membentuk peribadi dan juga

etika saya terhadap pelajaran kearah yang lebih positif dan bermakna. Pada ketika itu, rakan-

rakan yang tidak dapat mengikuti rentak persaingan akan tertinggal di belakang dan saya

berusaha sedaya upaya agar saya tidak kehilangan rentak dan sentiasa berada seiring dengan

rakan yang lain dalam bidang pelajaran. Saya mendalami etika ini hasil daripada pergaulan

dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap yang positif iaitu sikap yang tidak berputus asa

dan sentiasa berusaha. Ini merupakan sudut yang positif yang dapat saya contohi dari rakan

sebaya saya suatu ketika dahulu. Etika ini masih saya amalkan sampai sekarang dan banyak

membantu saya dalam mengharungi kehidupan pekerjaan dan alam pembelajaran yang

semakin mencabar dari hari ke hari.

Page 5: OUMM 3203

OUMM 3203

Selain daripada etika budaya belajar yang saya perolehi dari rakan sebaya saya, melalui

mereka juga saya belajar untuk membentuk etika kawalan emosi di dalam diri saya sendiri.

Menerusi pengalaman yang telah saya lalui, emosi sekiranya tidak dikawal dengan baik

dengan menggunakan etika yang betul akan merosakkan hubungan sosial kita dengan orang

lain dan juga akan memberikan gambaran yang negatif terhadap kematangan emosi kita.

Etika pengawalan emosi ini merangkumi banyak perkara termasuklah bagaimana kita

berkomunikasi dengan orang lain, bagaimana kita menerima pendapat ataupun nasihat dan

sebagainya. Satu pengalaman yang pernah saya lalui ialah bagaimana saya memberikan

reaksi apabila saya dikritik oleh rakan-rakan saya kerana saya pernah melanggar perjanjian

antara kami. Oleh kerana saya menyedari bahawa saya telah melakukan kesalahan terhadap

rakan-rakan saya, maka saya mencuba sedaya upaya untuk menerima apa sahaja teguran dan

kritikan yang diberikan oleh rakan-rakan. Dari sini saya dapat mempelajari etika pengawalan

emosi dan juga etika mengakui kesalahan dan tidak ego dalam mengakui kesalahan.

Selain daripada sudut positif, ada juga etika kendiri atau etika individu yang terbentuk dari

sudut yang negatif. Pada waktu persekolahan dahulu, saya mempunyai seorang rakan yang

amat bijak dan sentiasa mengambil bahagian dengan aktif apa-apa sahaja aktiviti yang

dilaksanakan di sekolah. Namun sikap positif dia berubah apabila dia mula bergaul dengan

pelajar-pelajar bermasalah di sekolah. Lebih menyedihkan lagi apabila dia mula terikut-ikut

dengan budaya yang negatif seperti ponteng sekolah, melawan guru dan melakukan

vendalisme. Masalah berkenaan menjadi lebih teruk apabila dia disahkan positif dadah

melalui ujian air kencing dan digantung persekolahan. Dari sini saya dapat mengambil iktibar

bahawa, rakan yang mempunyai etika individu yang negatif mampu menjerumuskan kita ke

kancah keburukan sekiranya kita tidak dapat membezakan mana satu perlu dan tidak patut

dilakukan.

Faktor 3: Pengalaman Hidup (Life Experience)

Banyak peristiwa penting yang berlaku sepanjang hidup seseorang membentuk etika kendiri

seseorang individu. Pengalaman ini seumpama layar bagi kehidupan seseorang samaada

membawa ke perlabuhan dengan selamat ataupun karam di tengah lautan. Analogi yang saya

tampilkan di sini adalah sinonim dengan frasa pengalaman merupakan guru yang terbaik

kerana melalui pengalamanlah kita dapat menilai baik buruk sesuatu perkara. Sebagai contoh

yang saya boleh berikan di sini, sekiranya seseorang melakukan perbuatan mencuri dan tidak

mendapat tentangan atau hukuman maka seseorang tersebut akan menganggap mencuri

Page 6: OUMM 3203

OUMM 3203

bukan merupakan sesuatu kesalahan dan sentiasa akan mengulangi perbuatan berkenaan.

Tetapi sekirannya pencuri berkenaan dihukum maka dia akan merasakan bahawa mencuri

merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang.

Bagi contoh pengalaman kehidupan saya yang membentuk etika individu saya salah satunya

adalah saya belajar melalui kesilapan apabila saya melanggar peraturan sekolah. Peraturan

sekolah yang saya langgar ialah ponteng sekolah kerana hal remeh temeh. Akibat daripada

saya ponteng sekolah berkenaan saya banyak ketinggalan dalam pembelajaran walaupun

untuk dua hari. Selain daripada itu saya telah diminta untuk berjumpa dengan kaunselor

sekolah kerana saya ponteng sekolah tanpa sebab yang kukuh. Saya amat tidak menyukai

prosedur berkenaan dan dari sana saya berazam untuk tidak lagi ponteng sekolah atas sebab

musabab yang tidak bernas. Selain daripada itu, saya memperbaiki etika diri saya pada ketika

itu juga adalah kerana saranan dan nasihat daripada kaunselor sekolah yang saya temui

berkenaan. Sesungguhnya pengalaman hidup membina dan membentuk etika diri yang

terdapat pada saya sekarang ini.

Pengalaman hidup yang boleh saya kongsikan di sini yang berperanan dalam pembentukan

etika saya adalah pengalaman saya menipu kedua orang tua saya. Apabila saya melakukan

hal yang tidak beretika ini, saya dapat merasakan perasaan bersalah yang amat sangat lebih-

lebih lagi apabila melihat wajah kedua-dua orang tua saya. Kemudian, secara rela saya akan

memberitahu kebenaran terhadap mereka. walaupun saya akan dihukum tetapi saya bebas

daripada perasaan bersalah akibat menipu mereka. dalam kehidupan saya sekarang ini, saya

sedaya upaya untuk mengelakkan perbuatan menipu walau apa sekalipun alasan yang saya

ada. Etika ini saya perolehi hasil daripada naik turun pengalaman hidup saya yang banyak

memberikan saya pedoman menilai yang mana boleh dilakukan dan mana tidak.

Saya juga belajar dari etika negatif yang saya lihat dari persekitaran sepanjang tempoh saya

membesar. Saya banyak melihat banyak masalah-masalah perilaku remaja yang dipapar di

dada-dada akhbar. Antara masalah yang selalu dipaparkan ialah mencuri, merompak, meragut

dan sebagainya. Apabila pelaku-pelaku yang melakukan hal tersebut ditangkap, mereka akan

dihadapkan ke muka pengadilan dan akan menerima hukuman sesuai dengan jenayah yang

mereka lakukan. Selain daripada mendapat hukuman, air muka mereka dan juga keluarga

mereka tercemar dek ketiadaan etika mereka untuk hidup sebagai insan yang bersahsiah

tinggi. Sehubungan dengan itu, saya selalu mengingatkan diri saya supaya sentiasa

menjauhkan diri dari sikap berkenaan supaya saya dapat menjaga maruah diri dan juga

Page 7: OUMM 3203

OUMM 3203

keluarga dengan baik. Saya selalu memegang pepatah, ‘jangan terhantuk, baru tergadah’ di

mana pepatah ini membawa maksud jangan setelah melakukan perkara berkenaan baru

menyesal. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati dan cara saya

mencegah diri saya dari terjebak dengan budaya yang tidak beretika adalah dengan sentiasa

bermuhasabah diri tentang apa yang saya lakukan, samaada baik atau yang sebaliknya. Jika

ada kekurangan saya akan perbaiki.

Page 8: OUMM 3203

OUMM 3203

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI PEDOMAN PILIHAN BERMORAL

Sebelum saya mengupas mengenai kaitan antara kedaulatan undang-undang dengan pilihan

bermoral, kita teliti dahulu definisi dan makna yang dibawa oleh dua tunjang utama iaitu

kedaulatan undang-undang (law of rule) dan pilihan bermoral (moral choices);

Setiap negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai perlembagaan masing-masing.

Perlembagaan dan undang-undang wujud dalam masyarakat bertujuan menjamin

kelangsungan sesebuah negara, menjamin kestabilannya, menyelesaikan pelbagai masalah

masyarakat, menegakkan keadilan serta memberi panduan dan kuasa kepada pemerintah.

Justeru, perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan

kestabilan politik serta menjamin taat setia rakyat sesebuah negara itu.

Selain itu, perlembagaan juga menjamin hak dan kebebasan awam mengikut batas-batas yang

ditentukan perlembagaan. Ini bermakna, perlembagaan menggariskan hak, kuasa,

tanggungjawab dan tatacara yang dapat memandu hubungan antara satu autoriti dengan satu

autoriti yang lain supaya ia dapat menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan

adil.

Jadi tuntasnya disini, kedaulatan undang-undang (law of rule) merupakan satu kuasa yang

tertinggi yang berkait rapat dengan keadilan, yang melibatkan ideal mengenai akauntabiliti

ataupun rasa kebertanggungjawaban, keadilan dalam perlindungan, pembenaran hak,

pencegahan dan hukuman terhadap mana-mana kesalahan.

Kemudian kita beralih kepada konsep pilihan bermoral, pilihan bermoral jika kita teliti

maknanya adalah banyak berkaitan dengan soal keagamaan kerana mana-mana agama di

dunia ini amat mementingkan etika bermoral tanpa mengira peraturan, undang-undang dan

batasan. Moral secara ringkas di sini membawa maksud kemampuan seseorang individu

dalam menilai mana perkara yang baik dan mana yang bukan dalam mana-mana situasi

dengan menggunakan logik akal.

Sekirnya seseorang individu mempunyai daya kesedaran moral diri yang rendah, maka dia

mempunyai masalah dalam menyelesaikan masalah yang hadir dalam hidup dia dengan

efektif dan besar kemungkinan ada keputusan genting yang dipilih adalah salah. Kesedaran

moral atau etika yang tinggi ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor di mana telah dirungkaikan

dengan panjang lebar di penulisan saya di atas.

Page 9: OUMM 3203

OUMM 3203

Setelah meneliti kedua maksud kata tunjung berkenaan, dapat saya satukan makna bagi

bagaimana kedaulatan undang-undang mempengaruhi pilihan yang bermoral. Dalam

kehidupan kita ada pilihan bermoral yang bertentangan dengan dasar undang-undang yang

telah terpatri dan kita perlu memilih antara mengikuti moral yang kita rasa logik ataupun

undang-undang yang telah termaktub. Undang-undang digubal adalah bertindak sebagai

panduan kepada kita dalam membuat pilihan yang tepat dan bermoral. Untuk memberikan

pemahaman yang lebih mendalam, saya akan sertakan contoh dan juga merupakan

pengalaman yang pernah saya lalui yang melibatkan kedaulatan undang-undang dengan

pilihan bermoral.

Saya juga pernah mengalami pengalaman bagaimana kedaulatan undang-undang membantu

saya dalam membuat pilihan yang bermoral dengan baik. Pengalaman ini banyak mengajar

saya bahawa etika individu merupa aspek yang amat penting dalam tampil sebagai individu

yang mempunyai perwatakan yang dihormati oleh orang lain. Saya pernah mengalami delema

samaada untuk membantu rakan saya ataupun menegakkan undang-undang yang telah

termaktub. Rakan baik saya melakukan kesalahan mencuri barang dari sebuah kedai runcit,

namun harga bagi barangan tersebut adalah kurang daripada Rm2 sahaja. Saya tersepit antara

dua keadaan, di mana kalau saya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak-pihak yang

berkenaan, air muka kawan saya dan juga keluarganya akan tercemar dan secara tidak

langsung akan mempengaruhi masa hadapannya di mana dia akan dikenali kerana pernah

mencuri. Namun pada masa yang sama, sekiranya saya tidak melaporkan perkara berkenaan

kepada pihat yang berkaitan dan hanya memberikan nasihat kepada beliau, mungkin pada

satu masa nanti dia akan mengulangi perbuatan berkenaan kerana merasakan tingkah laku

beliau yang berkenaan adalah tidak salah kerana tidak mendapat apa-apa hukuman. Oleh

kerana sedar akan situasi berkenaan memerlukan penghayatan terhadap kedaulatan undang-

undang dan juga pertimbangan moral yang adil, akhirnya saya melaporkan perkara berkenaan

kepada ibu bapanya dan menyerahkan kepada mereka akan tindakan macam mana yang

mereka akan kenakan kepada anak mereka.

Pengalaman yang kedua ialah apabila saya perlu membuat pertimbangan samaada untuk

membuat euthanasia (teknik untuk membunuh haiwan perliharaan atas sebab-sebab tertentu

yang tidak dapat dielakkan) terhadap kucing saya atau memberikan apa sahaja sokongan yang

termampu di klinik haiwan untuk membantu ia hidup. Setelah membuat pertimbangan yang

lama dan mendalam, akhirnya saya bersetuju untuk melakukan euthanasia terhadap kucing

saya. Alasan saya adalah berpandukan kepada undang-undang walaupun pada masa yang

Page 10: OUMM 3203

OUMM 3203

saya aspek moral membelengu keputusan saya. Dari sudut undang-undang euthanasia adalah

bertujuan untuk memberhentikan penderitaan haiwan perliharaan apabila semua cara bagi

menyelamatkannya telah dicuba dan hasil yang diperolehi adalah negatif. Pada masa itu,

kucing saya mengalami kecederaan yang teruk akibat dilanggar oleh kereta dan doktor

haiwan telah mencuba pelbagai cara bagi menyelamatkannya. Apa yang disarankan oleh

doktor adalah membenarkan kucing berkenaan untuk tidur buat selama-lamanya. Perkara ini

adalah terdapat dalam perundangan perubatan kerana haiwan tidak boleh disiksa untuk terus

hidup dan doktor lebih memahami bila waktu yang sesuai untuk membenarkan haiwan

kesayangan kita pergi untuk selamanya. Namun bila saya lihat dari sudut moral, kita sebagai

manusia tidak mempunyai hak untuk mencabut nyawa pemberian Tuhan kepada mana-mana

makhluk hidup. Setiap makhluk mempunyai hak untuk hidup dan bernafas. Sesungguhnya

pertimbangan dengan menggunakan moral sahaja tidak semestinya tepat, kita seharusnya

selalu merujuk kepada kedaulatan undang-undang bagi membantu kita membuat keputusan

yang betul.

Di sini saya boleh lihat, betapa pentingnya kedaulatan undang-undang dalam membantu

seseorang individu bagi membuat pertimbangan moral yang adil dan matang.

KESIMPULAN

Merujuk kepada konsep etika yang telah saya terangkan di atas, secara ringkasnya di sini

etika merupakan kebolehan seseorang individu bagi menilai atau memilih antara perkara

yang betul atau tidak, buruk atau baik. Pembentukan etika individu ini dipengaruhi oleh

pelbagai faktor yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. terdapat tiga faktor yang

memainkan peranan penting dalam perbentukan etikan individu iaitu pengaruh keluarga,

pengaruh rakan sebaya dan juga pengalaman hidup.

Keluarga merupakan perkara terpenting dan terapat dalam kehidupan seseorang individu

maka tidak hairanlah keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti

individu. Ibu bapa terutamanya perlulah memainkan peranan bagi memberikan teladan yang

baik terhadap anak mereka supaya dengan kayu yang larus dapat menghasilkan bayang yang

lurus dan begitu juga dengan sebaliknya. individu yang mempunyai peribadi dan etika yang

unggul biasanya lahir dari dalam keluarga yang mementingkan etika dan peradaban dengan

cara yang betul. Tuntasnya, peranan keluarga adalah sangat penting bagi mewarnai

keperibadian yang unggul dalam diri seseorang individu.

Page 11: OUMM 3203

OUMM 3203

Rakan sebaya juga mempengaruhi perbentukan identiti seseorang individu kerana selepas

keluarga kita selalu menghabiskan masa dengan rakan kita. Jika rakan kita baik, makan

hasilnya identiti yang terbentuk dalam diri kita adalah baik dan begitu juga dengan

sebaliknya.

Selain dari dua faktor berkenaan, pengalaman hidup juga penting dalam membina etika yang

betul kerana naik turun kehidupan kita merupakan guru yang terbaik. Ini adalah kerana,

dengan melalui kita menjadi lebih memahami dan berpengalaman untuk mengetahui kenapa

sesuatu perkara berkenaan salah dan kenapa ianya betul.

Ketiga-tiga faktor ini sentiasa berkaitan antara satu sama lain, dengan mempunyai keluarga

yang baik, iaitu bimbingan yang baik makan seseorang individu akan terbimbing untuk

mencari rakan yang baik dan akhirnya memperolehi pengalaman hidup yang baik dalam

membantu perbentukan etika individu yang cemerlang.

(2,984 patah perkataan)

Page 12: OUMM 3203

OUMM 3203

RUJUKAN

Kasmini Kassim (1994). Memahami Jiwa Kanak-kanak 2, Selangor: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral, Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia

Sdn Bhd.

Kamal Abd Kamal (1998). Masalah & Penyelesaian dalam Kaunseling Islam (2), Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Rozumah Baharudin & Siti Nor Yaacob (1999). Menyelesaikan masalah Disiplin Anak

Anda, Singapore: Times Books International.

Soelaeman M.I. (1994). Pendidikan dalam Keluarga, Bandung: CV Alfabeta.