oumm3203.docx

21
OUMM3203- Professional Ethics _________________________________________________ Isi Kandungan Bil Perkara Mukasura t 1. 0 Pengenalan 2 2. 0 Klasifikasi Masalah Etika 4 3. 0 Analisis Masalah Etika – Ponteng Kerja 8 4. 0 Langkah-langkah Penyelesaian 10 5. 0 Kesimpulan 12 Rujukan 14 1

Transcript of oumm3203.docx

Page 1: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

Isi Kandungan

Bil Perkara Mukasurat

1.

0

Pengenalan 2

2.

0

Klasifikasi Masalah Etika 4

3.

0

Analisis Masalah Etika – Ponteng Kerja 8

4.

0

Langkah-langkah Penyelesaian 10

5.

0

Kesimpulan 12

Rujukan 14

1

Page 2: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

1.0 Pengenalan

Dunia kian pesat membangun dan perkembangannya dapat dilihat dengan pesat di dalam

aspek politik, ekonomi, sosial dan juga di dalam bidang pendidikan. Keadaan ini

berlaku dengan pantas tanpa mengenal batas ruang dan waktu dalam semua peringkat.

Disamping pelbagai perkara positif yang dapat dilihat, kita juga tidak terlepas dari

melihat wujudnya pelbagai masalah etika. Perkara ini perlu dibenteras setiap masa apatah

lagi pentadbiran negara memerlukan modal insan yang mempunyai ciri-ciri seperti

berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran, rajin dan tekun, pantas

bertindak, berorientasi pencapaian, jujur dan amanah, ikhlas dan sebagainya. Masalah

etika adalah masalah yang berhubungan dengan pengurusan kerana ia merupakan konflik

antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial sesebuah organisasi.

Dalam bidang pengurusan, tidak dapat dinafikan keuntungan adalah menjadi matlamat

teras. Walau bagaimanapun, pengurusan yang menjadi semakin sengit dan berdaya saing

telah memberi masalah dan tekanan berhubung dengan perhubungan manusia, khususnya

yang berkaitan dengan etika dan moral. Keadaan ini berlaku kerana banyak

penyelewengan dan penindasan dalam perhubungan manusia. Masalah etika ini sudah

lama berlaku dan persaingan menyebabkan kita telah mengundang banyak masalah

berhubung dengan perhubungan individu, kumpulan, masyarakat, organisasi, dan

sebagainya sehingga ada yang terpaksa berhadapan dengan cabaran penipuan dan amalan

pemberian rasuah sebagai budaya. Permasalahan yang wujud dalam aspek pengurusan

menjadi semakin rumit sehingga berlanjutan kepada masalah peribadi seseorang.

Keadaan ini akan memberi dilema etika yang sukar dibendung oleh mereka.

Dalam konteks pendidikan, Juhary dan Ishak(2004) menyatakan bahawa isu etika akan

mempamerkan persoalan tentang etika yang tidak berkesudahan sehingga mencetuskan

perbincangan dan isu dalam kalangan masyarakat. Etika dan moral dalam dunia

pendidikan adalah satu perilaku yang dianggap common knowledge  bagi indvidu sejak

dari dulu sehingga sekarang. Muhammad Nuruddin (2006) menyatakan pendapatnya

2

Page 3: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

bahawa dalam tamadun masyarakat penerimaan terhadap aspek etika sudah menjadi dasar

dan keperluan dalam banyak perkara serta menimbulkan banyak kesan ke atas perkerjaan,

pengurusan, pentadbiran dan penerapan kualiti hidup dalam keluarga.

Huraian berikutnya akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai satu masalah

etika yang wujud di dalam pengurusan yang bukan sahaja di dalam pengurusan

perniagaan malahan juga di dalam pengurusan pendidikan. Masalah ponteng dalam

bertugas adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seseorang. Apatah

lagi sekiranya seorang guru yang melakukannya. Kepentingan dalam membina dan

membentuk generasi masa depan dan juga penentu utama kejayaan dalam melahirkan

generasi beretika merupakan tanggungjawab besar seorang guru.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ponteng dari segi bahasa telah didefinisikan

sebagai kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain. Manakala dari

segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir bertugas tanpa sebab ataupun dengan

sebab yang tidak munasabah. Cascio (2005) pula menyatakan bahawa ketidakhadiran

bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun

tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan

sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat hadir ke pejabat pada waktu

bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.Sekiranya seseorang pekerja tidak

hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka ianya boleh dianggap sebagai ponteng

kerja.

Sebagai seorang guru, adalah penting dan menjadi tanggungjawab guru itu sendiri untuk

datang bertugas di sekolah dan memulakan waktu proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Amalan ini adalah berkaitan dengan pencarian rezeki yang halal dan amanat

yang telah diberikan. Guru seharusnya mempunyai sifat akauntabiliti iaitu tanggungjawab

yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme

keguruan dan bersifat etika iaitu guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang

dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

3

Page 4: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

2.0 Klasifikasi Masalah Etika

Permasalahan etika  yang wujud di dalam pengurusan  sama  ada  dalam  sektor 

awam atau sektor swasta adalah kompleks disebabkan oleh kesan yang berpanjangan, 

pilihan  penyelesaian  yang  berganda, hasil yang bercampur-campur, kejadian tidak

menentu serta implikasi-implikasi peribadi. Secara amnya, etika bermaksud sifat yang

berkaitan dengan perihal betul-salah. Ia juga merujuk kepada tanggungjawab dan akibat

tingkah laku seseorang atau profesion terhadap individu, masyarakat dan organisasi.

Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’yang

membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan

individu. Etika boleh dibahagikan kepada dua iaitu ′normatik′ yang merujuk kepada

panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat manakala

′metaethic′ pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan

menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal

yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Rorzali( 2003)

menyatakan bahawa etika dikatakan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.

Pendapat ini dipersetujui oleh Ferrel et al. (2000) yang turut mendefinisikan etika sebagai

penyelidikan moraliti tentang pengadilan moral, standard peraturan tingkah laku,

pembelajaran dan falsafah tingkah laku manusia yang menekankan kepada betul atau

salah. Hosmer (1991) menyatakan bahawa terdapat lima ciri masalah etika yang wujud

di dalam pengurusan iaitu kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang

berpanjangan, kebanyakan keputusan etika mempunyai banyak alternatif, kebanyakan

keputusan etika mempunyai hasil atau keadaan berbeza atau bercampur-aduk,

kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang pelbagai dan kebanyakan keputusan

etika mempunyai implikasi peribadi.

Kepentingan integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah mencapai sasaran

utama iaitu mencapai kualiti khidmat lebih tinggi. Pencapaian kualiti menerusi

pengurangan kesilapan dalam urus tadbir, masalah pelajar juga dapat diminumkan

terutamanya kes disiplin, mencapai kesetiaan lebih tinggi di kalangan staf, mencapai

4

Page 5: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

fokus yang sama, memenuhi kepuasan pekerja atau pelanggan termasuk ibu bapa,

menjaga imej profesion keguruan, meningkatkan keimanan dan mengawal tingkah laku

warga pendidikan. Etika merupakan asas penting kesejahteraan staf dan membentuk staf

yang mempunyai tingkah laku yang baik. Sebaliknya, sekiranya etika terhakis di

kalangan staf maka ia akan menyumbangkan kepada keruntuhan nilai moral dan

kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan.

Huraian di bawah akan menerangkan dengan lebih terperinci tiga ciri masalah etika yang

wujud.

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Berpanjangan

Keputusan yang diambil oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran boleh

mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan. Apatah lagi jika keputusan itu

melibatkan persoalan etika. Ini disebabkan kerana setiap keputusan yang dilakukan

akan mengakibatkan kesan kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka

yang berada dalam organisasi terbabit atau dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu

adalah penting bagi seseorang pengurus sesebuah organisasi memikirkan akibat

atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum bertindak apatah

lagi sekiranya mereka sedar bahawa kesan-kesan tersebut berada di luar kawalan.

Contoh berikutnya merupakan sebuah keputusan etika yang mempunyai akibat yang

berpanjangan.

(a) Rasuah di dalam pentadbiran negara

(b) Penggunaan bahan kosmetik beracun

(c) Pencemaran udara menyebabkan masalah kesihatan

Jika masalah ponteng kerja ini tidak dibanteras, keadaan tempat kerja terutamanya

sekolah mungkin akan berada dalam keadaan :

(a) Keadaan kelas tidak terkawal.

(b) Kerja-kerja pengurusan yang patut dilakukan oleh guru tertangguh.

(c) Silibus pengajaran dan pembelajaran tidak dihabiskan

5

Page 6: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

Sebaliknya jika seseorang guru itu memilih untuk tidak ponteng sekolah, keadaan

tempat kerja terutamanya sekolah mungkin akan berada dalam keadaan :

(a) Disiplin murid di kelas terkawal

(b) Kerja-kerja pengurusan terutama pengurusan murid tersusun dan teratur

(c) Silibus matapelajaran dihabiskan sebelum peperiksaan akhir tahun

2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Banyak Alternatif

Keputusan etika secara dasarnya hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu ”ya”

dan ”tidak”. Namun begitu pengurus dan pentadbir harus bijak dalam membuat

keputusan supaya ianya mematuhi etika yang ditetapkan. Contoh dibawah

merupakan antara contoh keputusan etika yang mempunyai banyak pilihan.

(a) Adakah seseorang pengurus wajar memberi rasuah atau tidak untuk

mendapatkan keuntungan?

(b) Wajarkah sebuah kilang melepaskan asap dengan mencemarkan udara?

(c) Apakah patut sesebuah kilang mengeluarkan produk kecantikan yang belum

diakui selamat atau tidak?

Dalam masalah ponteng kerja ini, seorang guru boleh membuat pertimbangan

sebelum mengambil keputusan pilihan. Antaranya

(a) Memikirkan untuk pergi bekerja atau tidak?

(b) Tidur awal supaya segar keesokan hari?

(c) Memikirkan untuk menyelesaikan masalah di luar waktu bekerja?

6

Page 7: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Atau Keadaan Berbeza Atau

Bercampur-Aduk

Kenyataan di atas bermakna kebanyakan pengurusan atau pentadbiran dalam

sesuatu organisasi, terutamanya kumpulan perniagaan lebih berunsurkan anti-etika

dan ini bermakan mereka akan menganggap isu-isu etika tidak begitu penting.

Pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi merupakan keutamaan. Mereka

juga kurang menitikberatkan kos-kos penting yang lain seperti kebajikan pekerja

ataupun pelanggan mereka. Keputusan etika jenis ini lebih banyak berkait-rapat

dengan kebaikan dari segi sosial, kos penyelenggaraan, keuntungan, dan

perbelanjaan sesebuah organisasi, dalam hampir semua alternatif dalam pilihan

keputusan etika. Contoh di bawah merupakan antara keputusan etika yang

mempunyai hasil berbeza atau bercampur-aduk.

(a) Memberi rasuah secara tidak langsung, tetapi berjaya menjual barangan import

dalam jumlah yang sama melalui penghantaran yang cepat

(b) Menyebabkan pencemaran udara dan air, tetapi mengelakkan kos pengeluaran

peralatan mengawal pencemaran udara

(c) Mencipta produk yang tidak selamat, tetapi mengurangkan kos bahan bekalan

dan para pekerja pengeluaran

Dalam kes ponteng kerja ini, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh

seseorang yang boleh mendatangkan keputusan yang berbeza. Contohnya adalah

seperti tidak hadir bekerja dengan alasan sakit akan tetapi keluar membeli peralatan

sekolah.

7

Page 8: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

3.0 Analisis Masalah Etika – Ponteng Kerja

Kaedah analisa etika merupakan satu pendekatan menganalisa masalah etika. Perdekatan

ini akan menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab moral untuk menentukan perkara

itu betul atau salah.  Andaian akan dibuat bahawa semua orang tidak kira jantina akan

dilayan sama rata dan mendapat manfaat seadanya.

Isu ponteng kerja terutama daripada warga pendidik merupakan salah satu isu yang

semakin menjadi perhatian banyak pihak apabila bilangan kes guru ponteng dilaporkan

semakin meningkat dari hari ke hari. Menurut Rasidah Omar (2005) pula, ponteng

sekolah boleh ditakrifkan sebagaiketidakhadiran ke sekolah dengan sengaja tanpa

sebarang alasan yang munasabah. Secara umumnya, guru yang ponteng bermaksud guru

yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas

utama iaitu mengajar atau tugas-tugas sampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan

program dan sebagainya. Kebiasaannya, faktor utama yang menyebabkan berlakunya

masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri. 

Masalah isu ponteng sekolah oleh guru ini dipandang serius sehinggakan Tan Sri

Muhyiddin Yassin(Timbalan Perdana Menteri Malaysia) memberi amaran kepada para

guru yang ponteng mengajar bahawa mereka yang melakukan demikian akan dikenakan

tindakan disiplin (Berita Harian, 2010). Guru yang ponteng kerja dianggap telah

melanggar peraturan dan etika kerja seorang guru. 

Ponteng sekolah sebenarnya daapt dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu ponteng

sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan. Walau apapun, kesemua jenis ponteng ini

memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah. Huraian setiap satu ponteng

dinyatakan seperti berikut.

3.1 Ponteng sekolah

Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau

dengan sebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang

8

Page 9: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

sangat besar kepada pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan

muridnya. Guru sering memberikan alasan sakit, anak kurang sihat, pembantu

rumah tidak daapt hadir dan ada juga guru-guru yang ponteng sekolah dengan

pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan

musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik. 

3.2 Ponteng kelas

Ponteng kelas didefinisikan sebagai guru yang tidak masuk mengajar ke kelas

atau lewat wasuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum

masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Biasanya

guru ini akan melepak di kantin, berbual kosong di bilik guru dan ada yang

melayari facebook dan sebagainya. Guru-guru ini menjadikan aktiviti-aktiviti

sampingan  lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng

kelas sebanrnya meninggalkan kesan yang amat besar kepada pencapaian murid

dalam akademik.

3.3 Ponteng tugasan

Ponteng tugasan bermaksud tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak

pentadbir sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat

yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak menghadirkan diri semasa aktiviti

atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang

dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak

menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng tugasan akan menyebabkan

kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut. 

9

Page 10: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

4.0 Langkah-Langkah Penyelesaian

Isu ponteng kerja di kalangan guru kerap menjadi bahan perbincangan masyarakat dan

media massa dan ada yang mengambil kesempatan ini untuk menghentam profesion ini.

Isu guru ponteng ini tidak wajar dipandang ringan oleh pihak sekolah dan masyarakat.

Jika isu ini tidak ditangani dengan segera, masalah ini bukan sahaja akan merugikan

murid di kelas malahan institusi sekolah sekolah secara amnya. Beberapa langkah

penyelesaian boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ponteng ini.

4.1 Pihak Pentadbir

Pihak pentadbir boleh menangani masalah ini dengan melakukan perbincangan

bersama guru yang terlibat dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-

guru lain. Perbincangan ini boleh diadakan bagi mengkaji dan mencari sebab

mengapa guru mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan

tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah. Perbincangan ini juga boleh

mengkaji kesan perbuatannya kepada pihak luar seperti murid, sekolah dan juga

terhadap ibu bapa. Pihak pentadbir perlu mengkaji dan mengetahui mengapa guru

telah mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan

peranan mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mewujudkan hubungan yang

mesra dan berusaha mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagi mengetahui

punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti

ini tidak akan berulang dikemudian hari.

Tindakan yang lebih tegas boleh diambil seperti mengarahkan guru tersebut

menunjukkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi  amaran kepada

guru tersebut jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap

berulang. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir amat

memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng

akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut.

10

Page 11: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

Namun begitu, sekiranya masalah ini masih berlanjutan dan guru tersebut juga

masih sering ponteng sama ada ponteng kerja, ponteng daripada tugasan ataupun

ponteng kelas, pihak pentadbir boleh memikirkan untuk merujuk kepada lembaga

tatatertib. Guru Besar sebenarnya mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah

tersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1)  yang

terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)

1993 Bahagian III.

4.2 Pihak Guru

Guru sendiri sebenarnya perlu kuat dan berusaha untuk mengubah sikap dengan

memotivasikan diri sendiri. Tidak dinafikan kadang kala guru-guru ini merasa

hilang semangat untuk bekerja mungkin disebabkan faktor-faktor luaran. Apabila

seseorang guru berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus,

dan tidak berupaya menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka

amat penting bagi seorang guru mempunyai kekuatan dalaman yang kuat untuk

membantu menaikkan semangat diri bagi menghadapi masalah tertentu.

Pendekatan terbaik yang boleh dilakukan guru ini ialah mendekatkan diri dan

kembali kepada pegangan agama. Dengan mendalami ilmu agama, seseorang

guru itu akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu

dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menjalankan

tanggungjawab dengan ikhlas.

Sesi kaunseling secara sukarela juga boleh membantu sekiranya masalah yang

dihadapi masih berpanjangan. Mungkin ini merupakan pendekatan terbaik bagi

membantu guru mencari jalan keluar yang terbaik 

11

Page 12: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa masalah etika ini bukan sahaja

berkaitan perasaan seseorang terhadap kerja, kerjaya atau pencutian tetapi juga

melibatkan bagaimana seseorang itu menjalankan tugas atau menunaikan

tanggungjawabnya. Ia juga melibatkan  perangai, sikap, rasa hormat, komunikasi dan

interaksi dan bagaimana seseorang itu berhubungan dengan yang lain. Etika akan

menjelaskan banyak perkara tentang seseorang dan bagaimana sifat dan karakternya

seperti kejujuran dan amanah. Secara amnya, ia boleh diertikan sebagai apa yang

seseorang buat atau akan lakukan didalam situasi tertentu. Persoalan yang timbul dalam

suatu situasi  melibatkan apa yang dikatakan benar dan boleh diterima serta terbuka,

berlawanan dengan apa yang dikatakan salah dan tipu helah.

Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa relevan dan diyakini oleh pihak

sekeliling iaitu orang awam, imej dan reputasi perkhidmatan awam mestilah sentiasa

diperbaiki dan ditingkatkan agar institusi perkhidmatan awam sentiasa teguh, utuh dan

tidak diganggu dan tidak digugat dengan gangguan sama ada secara dalaman mahupun

secara luaran.

Guru adalah insan biasa yang mempunyai peribadi dan kehidupan sosialnya yang

tersendiri sama seperti manusia-manusia lain. Justeru, guru tidak terlepas dari melakukan

kesilapan ataupun kesalahan.  Antara isu salah laku guru yang sering diperkatakan masa

kini ialah isu guru ponteng kerja yang sering kita dengar berlaku di mana-mana sekolah

tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Sebagai seorang manusia,

sememangnya guru juga tidak terlepas dari mempunyai masalah berkaitan dengan etika

dan juga insan biasa yang mengalami masalah seperti individu lain. Apabila berlaku isu-

isu seperti ini, banyak pihak mengambil kesempatan dengan menuding jari ke arah diri

guru menyebabkan individu yang bernama guru ini terpaksa menghadapi pelbagai

tohmahan dari masyarakat sekeliling yang seterusnya memberi impak negatif kepada

profesion perguruan itu sendiri dan juga kepada individu tersebut.

12

Page 13: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

Walau apapun alasannya, guru harus menyedari bahawa banyak implikasi negatif yang

akan diterima sekiranya isu guru ponteng ini kian berterusan. Antaranya ialah keciciran

murid dalam pelajaran, penurunan prestasi murid dalam peperiksaan, masalah disiplin

murid yang kian meruncing, imej sekolah tercalar, pandangan negatif terhadap profesion

perguruan dan akhir sekali pastinya akan memberi impak kepada negara apabila

sekelompok manusia yang diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa telah

melakukan salah laku menyeleweng tugas mereka.  Oleh itu,guru perlu sentiasa berusaha

meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi agar

golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan dari segi akhlak dan

tingkahlaku.Kita seharusnya sanggup untu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan

bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga demi kemajuan anak muda bangsa

seterusnya negara Malaysia.

13

Page 14: oumm3203.docx

OUMM3203- Professional Ethics_________________________________________________

Rujukan

Lili Milo.(2012, Sept 4). Masalah Guru Ponteng Di Sekolah. Retrieved from

http://groupmimi.blogspot.my/2012/09/masalah-guru-ponteng-di-sekolah.html

Maran Ramping. (2013, Jan 15). Etika Profesional. Retrieved from

http://kemayangambai.blogspot.my/2013/01/etika-profesional.html

Sayed Zainal Tuan Azam.(2009, Ogos 22). Etika Profesional. Retrieved from

http://ghirlygz.blogspot.my/2009/08/etika-professional-6-nizar-assignment.html#!/

tcmbck

Slumber.(2011, Sept 27). Sikap dan Etika Kerja Profesional. Retrieved from http://juruteknik-

komputer.blogspot.my/2011/09/sikap-dan-etika-kerja-profesional.html

Syaiful Adzreen.(2012, Ogos 13). Isu Keguruan. Retrieve from

http://cahayapendidik.blogspot.my/2012/08/isu-keguruan.html

14