P kuliah 13 dasar kependudukan

16
Kuliah 13 Dasar Kependudukan Dasar kependudukan 70 juta diperkenalkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 29 Mac 1984. Berpandukan kepada Kajian Separuh Penggal RMK4. Merupakan langkah positif kerajaan mempengaruhi dan mengawal bilangan, pertumbuhan dan komposisi penduduk dengan matlamat untuk memberikan kesejahteraan menyeluruh kepada rakyat.

Transcript of P kuliah 13 dasar kependudukan

Page 1: P kuliah 13 dasar kependudukan

Kuliah 13 Dasar Kependudukan

Dasar kependudukan 70 juta

diperkenalkan oleh Dr Mahathir

Mohamad pada 29 Mac 1984.

Berpandukan kepada Kajian Separuh

Penggal RMK4.

Merupakan langkah positif kerajaan

mempengaruhi dan mengawal bilangan,

pertumbuhan dan komposisi penduduk

dengan matlamat untuk memberikan

kesejahteraan menyeluruh kepada

rakyat.

Page 2: P kuliah 13 dasar kependudukan

Dasar ini tidak memberi tumpuan

kepada pertumbuhan penduduk semata-

mata tetapi turut memberi perhatian

kepada kemajuan ekonomi negara.

Pertumbuhan penduduk boleh

membantu meningkatkan ekonomi

negara sekiranya peluang pekerjaan

dipenuhi oleh tenaga kerja mahir.

Malahan, bahan-bahan mentah yang

begitu banyak di negara ini masih boleh

digunakan secara optimum.

Dasar 70 juta penduduk menyasarkan

tempoh masa selama lebih 100 tahun.

Sekiranya pertambahan bilangan

penduduk negara ini kekal 1 juta orang

setiap tahun. Kadar pertumbuhan ini

akan melampaui sasaran kerajaan.

DASAR KEPENDUDUKAN 1966

Ahli ekonomi di UPEN antara tahun

1961 hingga 1962 menyatakan

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 3: P kuliah 13 dasar kependudukan

pertambahan penduduk memberi

banyak faedah kepada negara.

Namun begitu, pada akhir tahun 1962

tanggapan ini berubah apabila

pertumbuhan penduduk yang melebihi 3

peratus memberi kesan kepada sosio-

ekonomi masyarakat negara ini.

Oleh itu kerajaan memperkenalkan Akta

Perancangan Keluarga pada tahun 1966.

Akta ini memberi tanggungjawab

kepada Lembaga Perancang Keluarga

yang ditubuhkan pada akhir tahun 1962

user
Highlight
Page 4: P kuliah 13 dasar kependudukan

untuk memberi nasihat kepada ibubapa

mengawal bilangan anak.

Antara kempen yang digunakan

termasuklah memberi jaminan kesihatan

ibu dan bilangan saiz keluarga yang

sederhana.

Kempen-kempen yang dijalankan ini

berjaya mengurangkan kadar

pertumbuhan penduduk dan 3 peratus

kepada 2 peratus menjelang tahun 1984.

Pertubuhan perancangan keluarga

secara rasmi wujud di negara ini apabila

Persatuan Perancangan Keluarga

Selangor ditubuhkan pada 21 Oktober

1954 sebagai sebuah pertubuhan

sukarela.

Peringkat awal penubuhan, hanya dua

buah klinik perancangan keluarga

berjaya ditubuhkan di Kuala Lumpur.

user
Highlight
user
Highlight
Page 5: P kuliah 13 dasar kependudukan

Kesan daripada penubuhan persatuan

ini, antara tahun 1954 hingga 1959 –

banyak pertubuhan-pertubuhan

sukarela seumpamanya ditubuhkan di

Johor, Perak dan Melaka.

Pada dasarnya, pertubuhan-pertubuhan

sukarela yang bergerak secara

bersendirian ini memerlukan sebuah

organisasi bagi memantau dan

mengukuhkan kempen perancangan

keluarga.

Keperluan ini membawa kepada

penubuhan Persekutuan Persatuan

Perancangan Keluarga (PPPK) pada

pada tahun 1958. PPPK berjaya

menyatukan semua persatuan yang

wujud di setiap negeri dengan

menjadikan semua persatuan yang

ditubuhkan antara tahun 1961 hingga

1962 sebagai ahli bersekutu PPPK.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh

pertubuhan bukan kerajaan sehingga

Page 6: P kuliah 13 dasar kependudukan

tahun 1967 menunjukkan terdapat

peningkatan permintaan perkhidmatan

perancangan keluarga di kalangan

wanita dari pelbagai peringkat

pendidikan di negara ini.

Banci kebangsaan perancangan keluarga

yang dijalankan pada tahun 1967

membuktikan bahawa persatuan-

persatuan tersebut tidak berupaya

memenuhi permintaan semua golongan

ini.

Kesedaran yang semakin meningkat di

kalangan masyarakat di negara ini

terhadap keperluan merancang keluarga

telah mendorong pihak kerajaan

memperkenalkan pelan perancangan

keluarga kebangsaan yang bertujuan

untuk mengurangkan kadar

pertumbuhan penduduk tahunan yang

tinggi.

Antara objektif utama dasar

perancangan keluarga yang

user
Highlight
Page 7: P kuliah 13 dasar kependudukan

diperkenalkan dalam rancangan

Malaysia pertama (1966 – 1970) ialah:

Mengurangkan kadar

pertumbuhan penduduk dan

meningkatkan pendapatan

perkapita negara.

Mengurangkan kadar

pertumbuhan sebanya 3% setahun

kepada 2% setahun dalam jangka

masa 20 tahun.

Sekiranya pertumbuhan penduduk kekal

pada keadaan asal, pendapatan perkapita

negara akan menerima kesan

disebabkan oleh pendapatan yang

diperolehi daripada pertumbuhan

ekonomi perlu diagihkan untuk

menyediakan kemudahan infrastruktur

yang tidak produktif berbanding dengan

pelaburan yang lebih produktif.

Pada awal tahun 1966, parlimen negara

Malaysia telah meluluskan Akta

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 8: P kuliah 13 dasar kependudukan

Perancangan Keluarga 1966 serentak

dengan penubuhan Badan Perancangan

Keluarga Kebangsaan (NFPB) yang

mempunyai kuasa autonomi untuk

membuat perancangan dan keputusan.

Objektif NFPB seperti yang dirangka

dalam akta tersebut termasuklah:

Merangka polisi dan kaedah untuk

mempromosi dan menyalurkan

maklumat tentang perancangan

keluarga

Merancang, mengurus, mengatur dan

menentukan hala tuju aktiviti

perancangan keluarga

Melatih pekerja-pekerja yang

terlibat dengan rancangan

pengembangan perancangan

keluarga.

Menjalankan penyelidikan

perubatan dan biologi yang

berkaitan dengan perancangan

keluarga.

user
Highlight
Page 9: P kuliah 13 dasar kependudukan

Mempromosi kajian yang

mempunyai salinghubungan

dengan bidang sosial, budaya

,ekonomi dan perubahan populasi,

termasuk juga kajian yang

berkaitan dengan kelahiran dan

proses kehamilan.

Menyediakan satu sistem penilaian

untuk melihat keberkesanan

program dan sasaran kearah

mencapai matlamat perancangan

keluarga kebangsaan.

Statistik kehadiran peserta kempen

perancangan keluarga

1962 19,654

1967 237,997

1981 223,250

1985 518,000

Page 10: P kuliah 13 dasar kependudukan

Dato Seri Dr Mahathir Mohamed pada

September 1982 dalam sebuah

pehimpunan parti politik berkata

bahawa Malaysia akan lebih berjaya

sekiranya mempunyai 70 juta orang

penduduk.

Saranan ini diperincikan lagi dalam

pembentangan kajian Separuh Penggal

Rancangan Malaysia Keempat pada

29hb. Mac 1984

Dasar 70 juta penduduk ini jelas

bertentangan dengan dasar-dasar yang

telah diamalkan sebelum ini (dasar

kependudukan yang melibatkan

program-program perancangan

Page 11: P kuliah 13 dasar kependudukan

keluarga yang dilaksanakan sejak dari

tahun 1966).

Kesannya timbul pelbagai kontorversi

dan perdebatan tentang implikasi yang

akan timbul akitbat daripada jumlah

populasi yang besar ini. Antaranya

termasuklah dalam bidang perumahan,

pendidikan, kesihatan, pekerjaan,

pengeluaran makanan, bekalan air

bersih dan sumber tenaga.

Pada Januari 1983 sebuah jawatankuasa

ad hoc berkaitan dengan isu-isu

kependudukan ditubuhkan untuk

mengkaji strategi dan program yang

diperlukan untuk mencapai sasaran

70juta penduduk.

Tugas-tugas jawatankuasa ini

termasuklah:

Page 12: P kuliah 13 dasar kependudukan

Menilai corak pertumbuhan

penduduk semasa dan jangkaan

masa hadapan.

Membuat unjuran berasaskan

kepada beberapa andaian yang

membawa kepada sasaran untuk

mencapai jumlah 70 juta penduduk.

Mengkaji kesan sosial dan ekonomi

mengenai dasar ini.

Membuat cadangan yang

bersesuaian.

Laporan jawatankuasa tersebut siap

pada pertengahan tahun 1984 dan

diluluskan oleh kabinet pada bulan ogos

tahun yang sama. Laporan tersebut juga

menegaskan bahawa kesan sosial dan

ekonomi tidak sepatutnya dirisaukan

kerana angka 70 juta tersebut hanya

akan dicapai dalam tempoh masa 115

tahun.

Page 13: P kuliah 13 dasar kependudukan

Untuk mengurangkan masalah

penurunan kadar kelahiran, laporan

tersebut mencadangkan supaya

pengenalan petunjuk-petunjuk yang

menggalakkan pemilikan keluarga yang

besar.

Langkah pertama yang diperkenalkan

oleh kerajaan untuk meningkatkan

kadar kelahiran ialah dengan

memperkenalkan kemudahan cuti

bergaji bagi pekerja wanita.

Akta pekerja (tambahan), 1984

diluluskan oleh parlimen bagi

membolehkan wanita berkerja

mendapat kemudahan cuti bergaji dari 3

kepada 5 orang anak berkuatkuasa pada

1 Jun 1984.

Pekerja wanita dalam sektor swasta

juga menikmati kemudahan yang sama

kerana pihak swasta juga kebanyakkan

cenderung untuk mengikut dasar yang

diperkenalkan oleh kerajaan.

Page 14: P kuliah 13 dasar kependudukan

Langkah kedua yang dilakukan oleh

kerajaan untuk menggalakkan kadar

kelahiran ialah dengan memperkenalkan

pelepasan cukai pendapatan mengikut

jumlah anak yang dilahirkan.

Kelahiran Lama Baru

Pertama RM800 RM650

Kedua RM700 RM750

Ketiga RM600 RM800

Keempat RM500 RM800

Kelima RM400 RM800

Langkah ketiga yang dilaksanakan oleh

kerajaan untuk menggalakkan kadar

kelahiran ialah dengan memperkenalkan

elaun untuk ibu mengandung sehingga

kelahiran ke lima berbanding dengan

hanya 3 kelahiran pertama sahaja.

Sektor swasta juga diwajibkan untuk

menambahkan bayaran elaun dari dua

kepada empat kelahiran.

user
Highlight
Page 15: P kuliah 13 dasar kependudukan

Dasar menggalakkan kelahiran telah

menimbulkankan masalah kepada Badan

Perancangan Keluarga Kebangsaan

yang dilihat begitu berjaya

melaksanakan program perancangan

keluarga sejak dari tahun 1966.

Keseluruhan falsafah, fungsi dan operasi

program badan tersebut telah diubah

secara menyeluruh. Nama badan

tersebut contohnya tidak lagi konsisten

dengan dasar baru telah diubah menjadi

Badan Pembangunan Keluarga dan

Penduduk Kebangsaan.

Page 16: P kuliah 13 dasar kependudukan

Fungsi perancangan keluarga tidak lagi

bertujuan untuk mengurangkan saiz

keluarga, tetapi menjadi ruang untuk

kelahiran yang menumpukan kepada

kesihatan ibu dan kebajikan keluarga.