Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

30
Ruang Dalam Seni Islam Ruang ialah suatu tempat tertutup dengan langit-Iangit di suatu rumah atau bangunan Seni ruang, merujuk kepada penerokaan ruang, populasi ruang dan sebagainya. Ia juga bermaksud kesenian yang terdapat dalam sesuatu ruang.

Transcript of Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Page 1: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Ruang Dalam Seni Islam Ruang ialah suatu tempat tertutup dengan

langit-Iangit di suatu rumah atau bangunan Seni ruang, merujuk kepada penerokaan

ruang, populasi ruang dan sebagainya. Ia juga bermaksud kesenian yang terdapat dalam sesuatu ruang.

Page 2: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Seni ruang merupakan salah satu bidang seni Tampak

Skopnya sangat luas. Contoh seni ruang dalam pembinaan istana, ia bukanlah sebuah blok bilik yang menghadap dewan singgahsana tetapi merupakan kombinasi unit-unit perkarangan yang di kelilingi bilik-bilik.

Page 3: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Madrasah pula biasanya mempunyai ruang belajar, ruang sembahyang, asrama, makam, perpustakaan dan lain-lain.

Sementara taman terdiri dari hamparan tanah yang ditanami dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan, kolam, tempat berteduh dan mungkin juga rumah-rumah rehat.

Page 4: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Seni Domestik adalah seni yang biasanya kita perlihatkan di kawasan kejiranan dan di dalam rumah kita sendiri, merujuk kepada kawasan setempat.

Seni Ruang Domestik Islam pula, ialah kesenian yang terdapat dalam sesuatu ruang pada sesebuah kawasan kejiranan atau rumah kediaman yang berkonsepkan Islam.

Page 5: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

PERBEZAAN ANTARA DAR, MANZIL DAN BAIT Dar Dar adalah tempat, negeri, alam dan

daerah. Contohnya Darussalam (Kamus Bhs. Melayu Nusantara, 2003: 457).

Ia juga membawa maksud sebuah penempatan atau kawasan perumahan, sebagaimana firman Allah SWT:

Page 6: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

169. maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan Yang jahat Yang mewarisi Kitab (Taurat). mereka mengambil kebendaan Yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami" padahal jika datang kepada mereka kebendaan Yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di Dalam Kitab Taurat Bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan Yang benar? dan mereka pula telah mempelajari apa Yang terkandung di dalamnya? dan juga (Mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. tidakkah kamu mahu mengerti?(Al-A'raf, 7: 169).

Page 7: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Pendapat lain mengertikan "Dar" sebagai sebuah rumah yang biasanya melambangkan pemiliknya adalah keluarga berada/ bangsawan (Oleg Grabar, 1992: 92)

Page 8: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

MANZIL

Manzil adalah tempat perhentian (tempat berhenti), beristirahat atau bermalam (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003: 704). Ertinya, bukan temp at yang ditempati secara tetap, misalnya tempat penginapan, hotel dan sebagainya. Dalam al-Quran katajamak bagi manzil ialah manazil, diertikan sebagai berikut:

Page 9: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Dia lah Yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan Dengan adanya faedah dan gunanya Yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum Yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu Yang dijadikanNya). (Yunus, 10: 5).

Page 10: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

BAIT

Dalam bahasaArab, Bait bererti rumah (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003: 289), sebagaimana yang disebut dalam al Quran:

33. dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji) (al-Ahzab 33: 33)

Page 11: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Selain itu, iajuga merujuk kepada makna bangunan-bangunan penting seperti Baitullah, Baitulharam, Baitul' atiq dan lain lain seperti firman Allah S. W. T :

97. di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.(Ali Imran 3: 97)

Page 12: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Bait juga diertikan sebagai bilik-bilik yang terdapat dalam sesebuah rumah (Oleg Grabar, 1992: 92). Pendapat ini menjelaskan bahawa ia adalah ruang yang lebih kecil berbanding Dar.

Page 13: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

AYAT-AYAT BERKAITAN DENGAN SENI RUANG 97. Allah menjadikan Kaabah, Rumah Yang

mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan Ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan Yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui Bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada di langit dan apa Yang ada di bumi, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(al-Maidah 5: 97)

Page 14: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

36. (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah Rumah sahaja Yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).(Al-Zariyaat, 51: 36)

Page 15: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

87. dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan Jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang Yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)Yunus, 10:87)

Page 16: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

80. dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), Yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas Rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.(al Nahl, 16: 80)

Page 17: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

KONSEP SENI RUANG DOMESTIK ISLAM (RUMAH) Rumah adalah Syurga Dalam Islam, rumah atau tempat kediaman

sering dikaitkan dengan syurga. Ertinya, Islam amat menitik beratkan bagaimana sebuah rumah itu sepatutnya dibina. Rumah yang dibina dengan ruang-ruang yang baik (memenuhi keperluan) akan memberi kesan terhadap perkembangan sesebuah keluarga baik dari segi fizikal, mental mahupun spiritual.

Page 18: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Rumah sebagai ekspresi kepada tuan rumah

Keperibadian, kecenderungan, pemikiran serta cara hidup seseorang dapat dilihat melalui rumah yang menjadi tempat tinggalnya, sehingga ada orang mengatakan kalau mahu mengetahui tentang seseorang, lihatlah rumahnya.

Page 19: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Rumah adalah jasad sedangkan tuan rumah ibarat rohnya

Konsep rumah dalam Islam adalah konsep yang seimbang. Ia bukan hanya mementingkan keperluan rumah yang selesa sebagai tempat tinggal tetapi juga menitik beratkan nilai-nilai kemanusiaan sebagai salah satu faktor penentu rumah itu menjadi syurga atau sebaliknya.

Page 20: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Tujuan membina rumah adalah sebagai suatu keperluan

Membina rumah dalam Islam adalah untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Keperluan ini mencakupi hal-hal yang berkaitan dengan keperluan untuk beribadah, berehat, berkomunikasi (dalam keluarga dan tetamu) dan sebagainya.

Page 21: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Yang dimaksudkan sederhana adalah: » Kesederhanaan menerusi keluasan/saiz

rumah yang dibina. Ia hendaklah berdasarkan jumlah ahli keluarga serta ruang-ruang yang diperlukan bagi menghindari pembaziran.

» Reka bentuk yang tidak melambangkan kemegahan yang berlebih-Iebihan sehingga menimbulkan rasa riya'.

» Kelengkapan yang sederhana dan bahan digunakan.

Page 22: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Mementingkan konsep kejiranan dan silaturrahim Islam melarang keras sikap buruk terhadap jiran, bahkan

amat menggalakkan agar menjaga hubungan yang baik dengannya. Lantaran itu konsep rumah dalam Islam hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang boleh mengeratkan hubungan kejiranan. Misalnya, tidak mendirikan tembok yang menghalang kemasukan cahaya ke rumah jiran atau menyebabkan tidak kenaI serta tidak pernah bertegur sapa dengan mereka.

Page 23: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Menekankan aspek sekular dan keagamaan dengan seimbang

Gaya rumah moden hasil inspirasi Barat dan sekular jangan sampai menyisihkan nilai-nilai keagamaan. Misalnya, kiblat rumah tidak menghadap tandas kerana ia adalah arah umat Islam mendirikan solat. Dalam Islam, rumah kediaman boleh diibaratkan sebagai sebuah masjid.

Page 24: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Menekankan aspek keselamatan berbanding kecantikan

Sebelum sesebuah rumah dibina, hendaklah memastikan terlebih dahulu aspek-aspek keselamatannya, baik dari segi tapak pembinaan, bahan yang, struktur/bentuk binaan dan sebagainya.

Page 25: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

SUSUN ATUR RUANG DOMESTIK YANG BERCIRlKAN ISLAM

27. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Dalam mana-mana Rumah Yang bukan Rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan Yang sopan itu). (al-Nur 24: 27)

Page 26: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Ayat di atas menerangkan tentang adab-adab seorang mukmin ketika menziarahi mukmin yang lain. Penghayatan terhadap ayat ini telah memberi beberapa panduan dalam pembentukan susun atur seni ruang domestik Islam. Misalnya:

Page 27: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Ruang FORMAL: iaitu bahagian hadapan rumah yang digunakan sebagai tempat menerima kunjungan tamu atau untuk tujuan rasmi lain.

Ruang TIDUR (bilik) anak lelaki dan perempuan turut diasingkan bagi menjaga agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ruang TIDUR ibu-bapa dipisahkan dengan ruang tidur anak-anak.

Ruang SOLAT yang dibina khusus dalam rumah untuk memberikan ketenangan dan keselesaan bagi tuan rumah mahupun tetamu untuk mengerjakan ibadah.

Ruang DAPUR yang menjaga privasi kaum wanita biasanya diletakkan di bahagian belakang rumah dan terlindung dari pandangan umum.

Ruang MANDI juga kebiasaannya diletakkan dibahagian belankang dan tengah rumah yang memeliharai privasi pengguna

Page 28: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

Lazimnya di dalam Islam, ruang untuk kaum lelaki dan perempuan disusun secara terpisah. Bahkan pada sesetengah keadaan ia diwajibkan. Misalnya, ruang (bilik) tidur anak lelaki dan perempuan serta ruang tamu untuk kaum lelaki dan wanita. Begitu juga ruang (bilik) tidur ibu bapa dipisahkan dengan ruang (bilik) tidur anak-anak.

Page 29: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

SIMBOLISME DAN FUNGSI SUSUN ATUR RUANG DOMESTIK YANG BERCIRIKAN ISLAM Susun atur ruang domestik Islam berfungsi untuk

mewujudkan keselesaan baik bagi penghuni mahupun tetamu, dengan adanya ruang-ruang tertentu yang dibina mengikut keperluan. Misalnya:

Ruang solat yang dibina khusus dalam sesebuah rumah akan memberikan ketenangan dan keselesaan bagi orang yang mengerjakan ibadah.

Ruang yang memisahkan tetamu lelaki dan perempuan untuk mengelakkan berlakunya perkara perkara yang ditegah oleh Islam. Misalnya, sumbang mahram, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.

Ruang tamu atau ruang formal diadakan untuk memudahkan membuat persediaan sesuatu upacara, misalnya kenduri.

Page 30: Ctu 281 kuliah 13 ruang dalam seni islam

KESIMPULAN

Seni ruang merupakan salah satu aspek seni yang sang at dititik beratkan oleh Islam kerana ia penting bagi menentukan keselesaan penghuninya untuk menjalankan segal a kegiatan harian tanpa mengambil mudah aturan-aturan yang terdapat di dalam ajaran Islam.