P kuliah 4
Transcript of P kuliah 4
Kuliah 4 Mengukur kematian
Mortaliti merujuk kepada kematian yang
berlaku dalam populasi (pengurangan
populasi)
Kekerapan kematian boleh menjelaskan
banyak perkara mengenai taraf hidup, status
kesihatan sesebuah populasi dan kecukupan
kemudahan kesihatan.
Kadar kematian mempunyai tiga elemen
asas iaitu:
1. Kumpulan populasi yang terdedah
kepada risiko kematian (denominator)
2. Bilangan kematian yang berlaku dalam
kumpulan populasi tersebut
(numerator)
3. Masa yang khusus.
4.1 Kadar kematian kasar (CDR)
Kadar kematian kasar ialah bilangan
kematian bagi setiap 1000 orang penduduk
pada tahun tertentu.
Formula CDR = (Jumlah kematian dalam
setahun / Jumlah populasi pertengahan
tahun) x 1000
Ukuran CDR bukan merupakan petunjuk
status kesihatan yang sensitif. Ia
dipengaruhi oleh kumpulan umur tertentu
dalam sesuatu populasi.
CRD berbeza mengikut kawasan di dunia.
Data PRB tahun 2003 mencatatkan bahawa:
Dunia - 9 kematian bagi 1000 penduduk
Negara maju - 10 kematian bagi setiap 1000
orang
Negara sedang membangun – 8 kematian
bagi setiap 1000 orang
Afrika – 14 kematian bagi setiap 1000 orang
4.2 Kadar kematian umur tertentu
Kadar kematian juga boleh dikira mengikut
kumpulan umur tertentu. Tujuan pengiraan
dilakukan adalah untuk membandingkan
kematian pada peringkat umut yang
berbeza.
Sebagai contoh bayi (infant) – umur kurang
dari 1 tahun, kanak-kanak umur 1-4 tahun,
kanak-kanak krang dari umur 5 tahun dll.
ASMR = (Bilangan kematian umur tertentu
/ Jumlah populasi pertengahan tahun umur
yang sama) X 1000
Kadar kematian bayi (IMR)
IMR ialah bilangan kematian bayi umur
kurang dari setahun (0 – 11 bulan) bagi
setiap 1000 kelahiran pada tahun tertentu.
Bayi (kanak-kanak berumur kurang dari
satu tahun) mempunyai risiko kematian
paling tinggi berbanding dengan kumpulan
umur yang lain.
IMR = (Bilangan kematian bayi dalam
setahun / Jumlah kelahiran pada tahun
tersebut) X 1000
Kadar kematian bayi dianggap sebagai
penting kerana ia merupakan petunjuk
sensitif terhadap status kesihatan sesebuah
masyarakat. Ia memberikan gambaran
keadaan sosioekonomi populasi termasuklah
taraf pendidikan, kebersihan persekitaran,
bekalan air yang selamat dan mencukupi,
pengwalan penyakit berjangkit dan
penyediaan kemudahan kesihatan.
Faktor-faktor ini memberi kesan yang besar
terhadap kanak-kanak berumur kurang dari
1 tahun. Oleh itu IMR berbeza mengikut
kawasan di dunia. Perangkaan tahun 2003.
Dunia 55 kematian per 1000
Negara maju 7 kematian per 1000
Negara membangun 61 kematian per 1000
Afrika 88 kematian per 1000
Ethiopoia 97 kematian per 1000
Kadar kematian kanak-kanak (CMR)
Mengukur kematian kanak-kanak berumur
1 – 4 tahun bagi setiap 1000 orang kanak-
kanak dalam kumpulan umur yang sama. Ia
merupakan petunjuk yang sensitif terhadap
taraf kesihatan masyarakat.
CMR = (Jumlah kematian kanak-kanak 1-4
tahun dalam tempoh setahun / Jumlah
kanak-kanak umur 1-4 tahun) x 1000
Kadar kematian bawah umur 5 tahun
Merupakan kematian kanak-kanak kurang
dari umur 5 tahun dalam tahun tertentu (0-
4 tahun) bagi setiap 1000 orang kanak-
kanak dalam kategori umur yang sama.
<5MR = (Bilangan kematian kanak-kanak
<5 tahun dalam tahun tertentu / Jumlah
kanak-kanak berumur <5 tahun) x 1000
Kadar kematian neonatal
Tempoh masa neonatal ialah umur bayi
pada bulan pertama. Kadar kematian
neonatal ialah kadar kematian bayi berumur
kurang dari satu bulan (4 minggu) bagi
setiap 1000 kelahiran hidup.
NNMR = (Bilangan kematian bayi kurang 1
bulan dalam tahun tertentu / Jumlah
kelahiran hidup tahun yang sama) x 1000
Memberikan gambaran kematian
disebabkan oleh faktor kematian semasa
kehamilan, kecederaan semasa kelahiran dan
jangkitan kuman.
Kadar kematian Post-neonatal
Post neonatal merujuk kepada tempoh masa
umur bayi antara 1 bulan hingga 1 tahun.
Kadar kematian post neonatal ialah
kematian bayi dari umur 1 bulan sehingga
satu tahun (umur bayi 1-11 bulan) bagi
setiap 1000 kelahiran hidup.
PNNMR = (Bilangan kematian bayi umur 1
bulan hingga 1 tahun dalam tahun tertentu
/ Jumlah kelahiran hidup bagi tahun yang
sama) x 1000
Menjadi petunjuk kepada faktor-faktor
seperti kebersihan persekitaran, jangkitan
penyakit, masalah nutrisi dan penjagaan
kanak-kanak
Maternal Mortality Rate (MMR)
MMR ialah bilangan kematian wanita
berkaitan dengan kehamilan, kelahiran bayi
dan komplikasi selepas kelahiran bagi setiap
1000 kelahiran hidup. Biasa juga digunakan
pemalar 100 ribu.
MMR = (Bilangan kematian wanita
disebabkan kehamilan, kelahiran dan
komplikasi dalam tempoh setahun / Jumlah
kelahiran bagi tahun yang sama) x 100000
MMR di Ethiopia lebih daripada 850
kematian bagi setiap 100000 kelahiran
hidup. Merupakan antara yang tertinggi
didunia.
Kadar kematian jantina tertentu (SSDR)
SSDR ialah bilangan kematian di kalangan
kumpulan jantina tertentu (lelaki atau
perempuan) bagi setiap 1000 penduduk
dalam kumpulan gender yang sama. Ia
digunakan untuk mengetahui jantina
manakah yang mempunyai risiko kematian
berbanding kumpulan jantina yang lain.
SSDR untuk lelaki = (Bilangan kematian
dikalangan lelaki / Jumlah jantina lelaki) x
1000