p0ligami

29
PERBANDINGAN PROSEDUR POLIGAMI MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA OLEH : SYIFAA BINTI SOPIAN NADIAHTUL HUSNA BINTI MUSTAJAB ROSMAINIE BINTI ROFIEE NADZIRAH BINTI HALIM

description

 

Transcript of p0ligami

Page 1: p0ligami

PERBANDINGAN PROSEDUR POLIGAMI MENURUT

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

OLEH :SYIFAA BINTI SOPIAN

NADIAHTUL HUSNA BINTI MUSTAJABROSMAINIE BINTI ROFIEENADZIRAH BINTI HALIM

Page 2: p0ligami

ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN PENGENALAN POLIGAMI

- Definisi Poligami- Sejarah Poligami- Dalil Keharusan Berpoligami- Kebaikan Dan Keburukan Berpoligami- Kesalahan Dalam Perlaksanaan Poligami

POLIGAMI MENURUT ISLAM - Hukum Poligami

- Syarat-syarat Poligami Menurut Islam- Hikmah Di Syariatkan Poligami- Keadaan-keadaan Yang Membenarkan Poligami

POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA- Prosedur Poligami Mengikut AUKI Wilayah Persekutuan- Prosedur Poligami Mengikut EUKI Selangor- Prosedur Poligami Mengikut EUKI Perlis- Prosedur Poligami Mengikut EUKI Kelantan

ISU-ISU BERKAITAN POLIGAMI DI MALAYSIA- Poligami Satu Fenomena Yang Disalah Ertikan- Kelemahan Undang-undang Poligami Di Malaysia- Kaitan Poligami Dan Berkahwin Di Negara Jiran- Kaitan Poligami Dan Penceraian

Page 3: p0ligami

PENGENALAN POLIGAMIDEFINISI POLIGAMI

• Poligami juga boleh ditakrifkan sebagai perkahwinan yang melibatkan lebih daripada seorang isteri .

• Dari segi takrif perkataan yang paling sesuai ialah ‘poligni’ namun istilah yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat ialah ‘poligami’ yang bermaksud seorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang isteri.

• Istilah fiqah dalam bahasa Arab ialah Ta’addud al-zawjat.

Page 4: p0ligami

SEJARAH POLIGAMI- Amalan poligami telah wujud semenjak sebelum kedatangan Islam

lagi.

- Amalan ini merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupan masyarakat Rom, Yunani yang dilakukan secara tidak teratur dan tanpa batas.

- Dalam nilai budaya mereka amalan poligami menjadi kebangaan dan ukuran yang menentukan ketinggian darjat dan kehormatan seseorang.

- Kedatangan Islam telah merubah scenario amalan poligami yang sedia wujud ini dengan mengehadkan bilangan isteri yang boleh dikahwini kepada empat sahaja, dan pelaksanaannya terikat pada syarat-syarat tertentu

Page 5: p0ligami

DALIL KEHARUSAN BERPOLIGAMI

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3:

Maksudnya: :“Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga, atau empat”.

Page 6: p0ligami

Sambungan..

Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

Page 7: p0ligami

Kebaikan dan Keburukan BerpoligamiKebaikan:- Apabila lelaki tertarik kepada seorang wanita, maka bolehlah dia

menikahinya walaupun dia sudah mempunyai isteri. Ini adalah jalan yang lebih baik daripada terlibat dengan maksiat.

- Poligami dapat menghindari skandal dan kemerosotan akhlak di kalangan masyarakat, seperti kelahiran anak-anak luar nikah, penyakit kelamin dan renggangnya hubungan kekeluargaan.

Keburukan:- Masalah biasanya terjadi apabila seorang suami yang berpoligami tidak berlaku adil terhadap semua isteri dan anaknya. Perkara ini menimbulkan perasaan iri hati di kalangan isteri dan anak sehingga ke tahap ingin membalas dendam. Terdapat sesetengah madu yang menganiaya madu mereka dari segi fizikal atau mental. Anak-anak pula menjadi mangsa yang tersepit dalam konflik yang berlaku di antara kedua ibu bapa serta ibu tiri.

Page 8: p0ligami

Kesalahan Dalam Pelaksanaan Poligami

• Kesalahan dalam menggunakan kebenaran ini seringkali menimbulkan akibat-akibat yang membahayakan rumahtangga. Sebagai akibat dari perhatian yang lebih terhadap isteri baru dan menzalimi isteri yang lama.

• Bapa tidak mampu berlaku adil di hadapan anak-anaknya, dan tidak memberi persamaan dalam tunjuk ajar dari segi harta dan adab.

Page 9: p0ligami

POLIGAMI MENURUT ISLAM Hukum Poligami menurut Islam

a.Sunat Ketika suami menginginkan anak dan isteri pertamanya mandul sedangkan suami berkemampuan adil terhadap isteri-isterinya.

b.Makruh Bukan kerana keperluan tetapi hanya menambahkan keseronokan dan tiada kemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

c.Haram Tidak yakin mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya kerana kemiskinan@kelemahanya@tidak mampu mengawal kecenderungan@sifat prejudis.

Page 10: p0ligami

SYARAT-SYARAT POLIGAMI MENURUT ISLAM1-Berkemampuan menanggung nafkah isteri-isteri.- Nafkah zahir merangkumi aspek makan minum,pakaian,kediaman dan perubatan.- Nafkah batin ialah suami berkeupayaan memberi layanan seks kepada isteri-isteri.

2- Berlaku adil tehadap isteri-isteri.Keadilan wajib dijelmakan dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah.namun,dalam soal kasih sayang dan hubungan batin tidak dituntut suami berlaku adil.

3-Adil dalam menyediakan kediamanSuami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal tersendiri untuk setiap isteri sesuai dengan kemampuan suami.

4-Adil dalam giliran bermalam - Isteri berhak mendapat giliran suami sama lamanya dengan waktu bermalam dirumah isteri-isterinya yang lain.- Suami wajib menentukan kadar giliran untuk isteri lain di awal perkahwinan iaitu 7malam jika isteri anak dara dan 3malam jika isteri janda tanpa perlu mengqada’kan giliran.

5-Adil dalam musafirMenurut imam syafie,suami wajib membuat undian sekiranya mahu salah seorang isterinya menemani. Imam Hanafi pula mengatakan tidak wajib membuat undian.

Page 11: p0ligami

Hikmah Disyariatkan Poligami

1-Menjaga kesucian agama.

2-Menjaga keturunan dan kehormatan.

3-Mendirikan rumahtangga lebih baik dari membujang@hidup sebagai perempuan simpanan (kekasih gelap)

4-Memenuhi keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri jika isterinya mandul kerana sakit@sebab lain.

5-Mendapat keredhaan Allah.

Page 12: p0ligami

KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBENARKAN POLIGAMI

1-Suami inginkan anak dan isterinya mandul serta tidak boleh melahirkan anak.

2-Suami mati dalam peperangan dan meninggalkan anak serta isteri.

3-Suami yang berkeinginan kuat terhadap isteri sedangkan isterinya dingin(enggan) secara semulajadi atau kerana sakit.

4-Membenarkan suami mengahwini wanita lain lebih baik dari mudarat dan bahaya jika membiarkan suami dalam kemaksiatan dan kecurangan yang mengakibatkan kerosakan masyarakat.

Page 13: p0ligami

POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Prosedur Poligami Mengikut AUKI wilayah Persekutuan

1. Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.2. Menurut seksyen 23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan : - Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan

poligami ini patut dan perlu. - keadaan kewangan suami / pendapatannya- butir-butir komitmen, kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut

ditentukan.- bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan

dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. - menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah

diperolehi mengenai perkara tersebut.

Page 14: p0ligami

3. Kebenaran akan diberikan sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984, iaitu :

a. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidaklayak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.c. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

Page 15: p0ligami

Prosedur Poligami Mengikut EUKI Selangor

1. Seperti Wilayah Persekutuan, permohonan poligami di selangor juga dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri Selangor 2003.

2. Menurut seksyen 23(4) EUKI 2003, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar.

a. Iqrar tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu.b. pendapatan pemohonc. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangand. bilangan orang tanggungane. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.

Page 16: p0ligami

3. Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(5) EUKI 2003, iaitu :

a. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidaklayak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.c. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

Page 17: p0ligami

Prosedur Poligami Mengikut EUKI Perlis

1. Lain pula di perlis, permohonan poligami di Perlis dibenarkan dan diluluskan dengan mudah jika syarat dipenuhi oleh pemohon. Pemohon hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri Perlis 1991.

2. Menurut seksyen 23(3) EUKI Perlis 1991, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu Akuan.

a. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu.b. pendapatan pemohonc. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangand. bilangan orang tanggungane. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.

Page 18: p0ligami

3. Di Perlis, Mahkamah hanya akan memanggil pemohon supaya hadir dan memberi keterangan dan mahkamah boleh memberi kebenaran jika berpuas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) EUKI Perlis 1991, iaitu :

a. bahawa pemohon akan berupaya memberi keadilan kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak.b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.c. perkahwinan yang dicadang itu adalah patut dan perlu, memandang kepada keadaan yg berikut: kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi perintah pemulihan hak gila di pihak isteri atau isteri2 yg sedia ada.d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.e. perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara lansung atau secara tak lansung taraf kehidupan yang telah dinikmati atau yang bakal di nikmati.

Page 19: p0ligami

Prosedur Poligami Mengikut EUKI Kelantan

1. Di Kelantan juga hampir sama prosedur poligaminya dengan negeri-negeri yang lain. Pemohon hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah/kadi atau peguam syarie terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri Kelantan 2002.

2. Menurut seksyen 23(4) EUKI Kelantan 2002, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu Iqrar.

a. Iqrar tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu.b. pendapatan pemohonc. butir-butir komitmen, kewajipan tanggungan kewangand. bilangan orang tanggungane. sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri2nya yang sedia ada.

Page 20: p0ligami

3. Mahkamah akan memanggil pemohon, isteri atau sesiapa sahaja yang difikirkan perlu oleh mahkamah. Dan mahkamah akan memberikan kelulusan sekiranya ia berpuas hati terhadap 4 syarat iaitu :

a. perkahwinan yang dicadang itu adalah patut dan perlu, memandang kepada keadaan yg berikut: kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi perintah pemulihan hak gila di pihak isteri atau isteri2 yg sedia ada.b. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.c. Pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut syarak.d. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

Page 21: p0ligami

ISU-ISU BERKAITAN POLIGAMI

Poligami Suatu Fenomena Yang Disalah Ertikan

Islam tidak memperuntukkan bahawa poligami itu sebagai suatu amalan

sejagat (universal). Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai seorang isteri

sahaja bagi satu tempoh masa yang panjang, iaitu, dari umurnya 25 tahun

ketika berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a. sehingga Baginda mencapai

umur 50 tahun apabila Saidatina Khadijah wafat. Rasullullah S.A.W juga

beristeri 9 orang dan masih banyak kebatilan dan celaan yang mereka

lontarkan.

Poligami yang berupa penindasan, penganiayaan dan tidak berperaturan telah

ditukar oleh agama Islam dengan menitikberatkan pembelaan dan penyelamat

bagi kaum wanita. Islam mahu melindungi wanita daripada risiko pengguguran

anak haram kerana hubungan luar nikah, kesahtarafan seseorang anak dan

mahu menjadikan wanita sebagai isteri yang sah mempunyai hak dalam semua

keadaan.

Page 22: p0ligami

Berbanding dengan amalan di Eropah dan Amerika, lelaki dari negara-negara Barat tiada tanggungan di sisi undang-undang ke atas perempuan-perempuan simpanan kedua, ketiga atau keempatnya dan anak-anak mereka. Lelaki Muslim mempunyai suatu tanggungan di sisi undang-undang yang lengkap ke atas isteri-isteri dan anak-anak mereka.

Walaupun bilangan wanita pada hari ini mengatasi bilangan lelaki apatah lagi sekiranya berlaku perang, tidaklah boleh dijadikan alasan yang kukuh untuk seseorang lelaki itu berpoligami. Isteri yang mengalami gangguan fizikal atau mandul atau hilang daya tarikan jasmani dan jiwa atau seorang suami berpendapat dengan seorang isteri sahaja tidak cukup untuk menjaganya merupakan antara kriteria bagi membolehkan seorang lelaki Muslim berkahwin lebih daripada satu.

Page 23: p0ligami

Kelemahan Undang-Undang Poligami Di Malaysia

Ketidakseragaman Enakmen atau Akta Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa di negeri-negeri mengenai poligami seringkali di salahgunakan oleh golongan tertentu. Peruntukan mengenai izin atau tidak daripada isteri ada terkandung dalam seksyen 23 Akta 303; Pulau Pinang (1985); Johor (1990); Negeri Sembilan (1984) seksyen 17 Undang-undang Keluarga Islam Kedah 1979 (dikuatkuasakan pada 1984); Pahang, Selangor dan juga Melaka. Kehadiran isteri untuk perbicaraan masih lagi lagi dikekalkan dan ini dapat membantu isteri menerangkan kepada Hakim/ Kadi bahawa suaminya tidak layak beristeri lebih daripada satu.

Namun begitu, bagi Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, Terengganu dan Perak, tidak memperuntukkan bahawa pandangan isteri diperlukan untuk menentukan layak atau tidak seseorang suami itu berpoligami keputusan terletak pada kebijaksanaan hakim sepenuhnya.

Page 24: p0ligami

Kaitan Antara Poligami dan Kahwin di Negara Jiran

Di setiap negeri yang dikaji, memang wujud kaitan antara poligami dengan kahwin di Negara jiran. Dalam kata lain, rakyat Malaysia pergi negara lain terutamanya Selatan Thai, untuk berpoligami. Ini terbukti dengan adanya permohonan untuk mendaftar semula perkahwinan. Perbezaan dari satu negeri lain ialah sejauhmana seriusnya kaitan ini.

Semua negeri di Malaysia (kecuali Pahang) ada peruntukan yang membenarkan perkahwinan yang dilakukan bersalahan dengan peraturan Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri didaftarkan semula mengikut prosedur tertentu. Itulah sebabnya ada pasangan yang sanggup bernikah di luar negara dan mendaftarkannya semula di sini. Biasanya, pasangan untuk perlu membuat permohonan. Mereka juga akan didenda atas kesalahan tersebut. Setelah itu perkahwinan mereka akan disiasat untuk memastikan keesahannya dari segi hukum syarak. Perlaksanan perkahwinan itu juga akan disiasat untuk memastikan ianya telah dilakukan oleh orang-orang yang telah ditauliahkan.

Page 25: p0ligami

Sambungan..Faktor menolak.- Kesukaran untuk berpoligami di negara ini.- Proses memohon kebenaran sehingga kebenaran diperolehi dan sehingga berlangsungnya perkahwinan itu memakan masa yang lama.- Sukar untuk mendapat kebenaran. Syarat-syarat yang berbagai menyukarkan pemohon untuk mendapat kebenaran.- Pemohon enggan memaklumi isteri tentang hasratnya untuk kahwin lain.- Mereka kecewa dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonan mereka atau menggantung permohonan mereka (KIV).Mereka merupakan golongan yang tidak cukup syarat.

Faktor menarik- Amat mudah untuk berkahwin di negara jiran- Sikap pihak perempuan yang tidak ambil kisah .

Page 26: p0ligami

Risiko Kahwin di negara jiran.

Pasangan terdedah kepada pernikahan yang dilakukan oleh sindiket. Jika perkahwinan itu tidak didaftarkan semula di Malaysia, perkahwinan itu tidak akan diiktiraf oleh undang-undang negara kita. Makanya isteri tiada hak ke atas suami ataupun harta suami. Oleh itu jika timbul masalah seperti perceraian atau kematian suami, isteri tidak boleh menuntut apa-apa. Malah, pasangan tersebut juga akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka. Walaupun anak itu sah dari segi syarak, tetapi ia tidak diiktiraf oleh undang-undang. Ini akan merugikan pihak wanita juga. Kalau timbul masalah antara pasangan tersebut, perceraian perlu dilakukan di tempat mereka berkahwin juga, bukan di Malaysia.

Page 27: p0ligami

Kaitan Antara Poligami Dan Penceraian

Dalam kajian ini juga di dapati wujudnya kaitan antara poligami dan penceraian. Dalam kata lain, perceraian berlaku berpunca dari poligami. Walau bagaimanapun, kaitan ini tidak serius di semua negeri. Di Perlis misalnya, kes poligaminya bagi tahun 1996 ialah 29 kes dan kesemua kes tersebut dibawa ke bahagian Kaunseling. Dari 29 kes ini, hanya satu kes sahaja yang bercerai. Ini membuktikan bahawa kaunseling memainkan peranan penting untuk mengelakkan penceraian akibat poligami. Di Perak pula, Hakim memainkan peranan untuk menasihat semua pihak yang terlibat tentang reality baru yang harus mereka tempuhi.

Ada suami yang mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya agar ia bebas mengahwini perempuan lain kerana sukar ataupun gagal untuk mendapatkan kebenaran berpoligami. Ada juga penceraian yang berlaku bila isteri pertama membuat tuntutan kerana kecewa dengan sikap suami yang tidak adil setelah berpoligami.

Page 28: p0ligami

Walaupun bagaimanapun, tidak semua mangsa cerai adalah isteri sedia ada. Ada juga kes di mana yang diceraikan itu adalah isteri baru. Ini adalah kerana ada juga suami yang setelah berpoligami menyedari bahawa berpoligami itu tidaklah semudah yang disangkakan. Ada suami yang menyesali tindakan tersebut dan menceraikan isteri baru serta kembali ke pangkuan isteri mereka yang pertama.

Berkaitan dengan penceraian akibat poligami , ada wakil-wakil di negeri-negeri yang dikaji berpendapat kebanyakan penceraian yang berlaku adalah di kalangan pasangan yang berpoligami tidak mengikut prosedur. Pasangan yang berpoligami mengikut prosedur yang ditetapkan jarang sekali atau tidak langsung mengalami apa-apa masalah. Kesimpulan yang boleh kita ambil daripada kenyataan ini Undang-undang atau peraturan yang ada di setiap negeri adalah mencukupi bagi menjamin kebahagiaan dan keadilan bagi keluarga yang berpoligami. Keduanya, masalah yang kita lihat dari hari ke hari berkaitan poligami adalah kerana ia berlaku di kalangan mereka yang tidak layak dan tidak melalui prosedur yang ditetapkan.

Page 29: p0ligami

KesimpulanPoligami yang ada dalam Islam, mereka menganggap sebagai penghinaan terhadap darjat dan martabat kaum wanita. Perbezaan pembahagiaan dalam harta warisan, mereka anggap sebagai perampasan terhadap hak kaum wanita. Hak menjatuhkan talak atau cerai sama ada di tangan lelaki atau suami mereka anggap sebagai penindasan terhadap kaum wanita.

Namun, amalan poligami ini tidak seharusnya di pandang serong atau di salah ertikan kerana terdapat banyak hikmah apa yang telah Allah syariatkan. Poligami ini hanyalah dibenarkan apabila pihak lelaki atau pihak suami mampu dan akan berlaku adil dan hanya boleh memperolehi bilangan empat orang isteri sahaja dan tidak lebih daripada itu kerana di dalam AlQuran dan hadith juga telah menyebutnya sekiranya tidak sanggup berlaku adil hendaklah pihak lelaki atau suami menceraikan selebihnya.