P3 Bahagian B-Gambar Rajah (Hujan Asid)

download P3 Bahagian B-Gambar Rajah (Hujan Asid)

of 4

Transcript of P3 Bahagian B-Gambar Rajah (Hujan Asid)

  • 7/28/2019 P3 Bahagian B-Gambar Rajah (Hujan Asid)

    1/4

    1

    [STPM 2007 Soalan 10 (Gambar Rajah)]

    [Kertas Soalan Contoh MPM Bahagian B Soalan 2]Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah di bawah, huraikan faktor-

    faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar.

    (Disesuaikan daripada Nurashiqin Omar,Pemanasan Global Ancam Dunia, Berita Harian, 26 November 2005)

  • 7/28/2019 P3 Bahagian B-Gambar Rajah (Hujan Asid)

    2/4

    2

    CONTOH JAWAPAN

    Pengenalan:Gambar rajah menunjukkan faktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya

    terhadap alam sekitar. Pemanasan global merupakan keadaan panas yang berterusan yang

    menyebabkan suhu di permukaan bumi meningkat.

    BIL. IDEA UTAMA HURAIAN

    FAKTOR PENYEBAB PEMANASAN GLOBAL

    1 Peningkatan gas rumah hijau Peningkatan pembebasan gas-gas rumah hijauseperti karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan

    oksigen dioksida daripada aktiviti pembakaran

    bahan api fosil, penggunaan racun serangga, alat

    pengdingin hawa dan sebagainya telah

    menyebabkan haba daripada matahari

    terperangkap Gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida

    akan berkumpul di atmosfera yang bertindak

    seperti satu lapisan selimut

    Lapisan ini akan bertindak dengan memerangkaphaba yang sepatutnya dihembus bumi ke

    atmosfera / angkasa lepas bagi mengekalkan

    keseimbangan haba dan menyejukkan bumi

    Akibat pemerangkapan haba ini, maka bumimenjadi semakin panas

    2 Penggondolan hutan Aktiviti penggondolan hutan untuk membinabandar, lebuh raya, empangan dan lain-lain

    menyebabkan pokok berkurangan serta tidak dapat

    menyerap karbon dioksida (CO2) untuk ditukarkan

    kepada oksigen (O2) melalui fotosintesis

    Situasi ini menyebabkan ketidakseimbanganantara CO2 yang dibebaskan dan yang diserapkan

    kerana terdapat lebih banyak CO2 dibebaskan

    Akibatnya, suhu di bumi akan terus meningkat3 Pertambahan bilangan

    kenderaan

    Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan sepertipetrol dan diesel yang membebaskan karbon

    dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dannatrium oksida ke atmosfrera

    Keadaan ini bertambah serius apabila berlakunyakesesakan lalu lintas akan menyebabkan suhu di

    bumi semakin meningkat

    4 Pembebasan bahan kimia

    dari kilang / aktiviti

    perindustrian

    Industri kimia, pelarut, pendingin hawa, pemadamapi dan sebagainya menghasilkan nitrogen oksida,

    sulfur plimbum, hidrokarbon dan

    kluorofluorokarbon (CFC)

    Aktiviti ini akan menambah kandungan karbondioksida di atmosfera dan seterusnya

    meningkatkan suhi bumi

  • 7/28/2019 P3 Bahagian B-Gambar Rajah (Hujan Asid)

    3/4

    3

    BIL. IDEA UTAMA HURAIAN

    FAKTOR PENYEBAB PEMANASAN GLOBAL

    5 Penipisan lapisan ozon CFC yang digunakan di kilang elektronik, bahanpendingin peti sejuk, gas halogen dalam alat

    pemadam api, bahan pencuci dan sebagainyadilepaskan ke udara

    CFC boleh menghakis lapisan ozon yangberperanan sebagai penapis sinaran ultra ungu

    daripada matahari

    Apabila atom klorin dilepaskan dari sebatian CFC,atom klorin akan memusnahkan molekul ozon

    (O3) dan kitaran pemusnahan ini akan berlaku

    secara berterusan sehingga beribu-ribu molekul O3

    akan dimusnahkan

    Apabila ini berlaku, ozon akan menjadi semakinnipis dan lebih banyak sinaran matahari akansampai ke bumi lalu menyebabkan suhu di bumi

    meningkat

    KESAN PEMANASAN GLOBAL

    6 Penyakit berbahaya Kemasukan sinaran ultra ungu akibat penipisanlapisan ozon akan menyebabkan manusia diancam

    oleh penyakit berbahaya seperti kanser kulit

    Pancaran ultra ungu akan menyebabkan gen-gendalam kromosom mengalami mutasi dan berlaku

    pembahagian sel-sel manusia yang tidak teratur

    yang boleh mengakibatkan kanser kulit

    Jika manusia terlalu lama terdedah kepadapancaran ultra ungu, penyakit katarak mata akan

    berlaku yang menjadikan penghidapnya menjadi

    buta

    Radiasi ultra ungu turut akan merosakkanimunisasi manusia menjadi lemah dan tidak

    mampu menentang ancaman penyakit seperti

    radang paru-paru

    Pemanasan global juga menyebabkanpertambahan kes penyakit yang berkaitan denganvektor seperti malaris dan denggi

    Hal ini kerana kitaran hidup nyamuk dipengaruhioleh faktor pemanasan global

  • 7/28/2019 P3 Bahagian B-Gambar Rajah (Hujan Asid)

    4/4

    4

    BIL. IDEA UTAMA HURAIAN

    KESAN PEMANASAN GLOBAL

    7 Pencairan glasier Pancaran cahaya matahari ke atas permukaan lautakan menghasilkan pantulan ke arah glasier di

    Artik dan Antartik Suhu yang tinggi akan menyebabkan glasier di

    kawasan Artik dan Antartika mencair

    Di Antartika, sebuah kawasan bongkah ais yangdikenali sebegai Larsen Iceshelf telah mula

    mencair akibat pemanasan global

    Pencairan bongkah ais ini akan menyebabkanparas air laut meningkat sehingga 60 meter dan

    keadaan ini mampu menenggelamkan Kuala

    Lumpur yang hanya ketinggian 45 meter dari

    paras laut

    8 Paras air laut meningkat Apabila suhu meningkat, pengembangan isi paduair laut akan seterusnya mengakibatkan paras air

    laut meningkat

    Saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak5 hingga 7 meter menjalang tahun 2020

    Kenaikan paras air laut ini akan menenggelamkankawasan-kawasan rendah seperti negara Belanda

    dan Maldives

    Persisiran pantai Malaysia juga dijangkaditenggelami air jika paras air laut meningkat pada

    kadar 0.9 cm setahun akibat fenomena pemanasan

    global

    9 Aktiviti pertanian terjejas Kawasan pertanian akan menjadi kering kontang Kandungan air dalam tumbuhan akan berkurang

    dalam proses fotosintesis akan terjejas

    Tumbesaran tanaman akan mengambil masa yangpanjang untuk membesar / matang

    Kajian menunjukkan peningkatan suhu bumisebanyak C1 akan menyebabkan pengeluaran

    hasil pertanian dunia jatuh sebanyak 10%

    PenutupPemanasan global merupakan ancaman global dan tiada negara di dunia yang terkecuali

    daripada menerima kesan buruknya. Oleh itu, kita harus bertindak dengan lebih mersa alam

    demi kesejahteraan bersama.

    Skema: 2 faktor + 2 kesan

    IU 4 M

    H 8 M (4 2 M)

    B 1 M

    K 2 M

    Jumlah 15 M