Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman...

21
Fiesta Sinergi Intelek KTSN Page 1 Kertas Kerja Pemasaran Fiesta Sinergi Intelek KTSN TARIKH 11-26 Mac 2013 TEMPAT Kolej Tun Syed Nasir,Kuala Lumpur ANJURAN Kelab dan Persatuan Kolej Tun Syed Nasir DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ TUN SYED NASIR 2012/2013 (JAKSA) TEMA Menggilap Bintang Masa Hadapan Menggilap Bintang Masa Hadapan

Transcript of Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman...

Page 1: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

1

Kertas Kerja PemasaranFiesta Sinergi Intelek KTSN

TARIKH11-26 Mac 2013

TEMPATKolej Tun Syed Nasir,Kuala Lumpur

ANJURANKelab dan Persatuan Kolej Tun Syed Nasir

DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ TUN SYED

NASIR 2012/2013 (JAKSA)

TEMAMenggilap Bintang Masa Hadapan

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 2: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

2

KERTAS KERJA PEMASARAN

PROGRAM SINERGI INTELEK KTSN

KOLEJ TUN SYED NASIR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon sumbangan daripada syarikat Le’s Copaque dalam melancarkan perjalanan projek FSI dengan jayanya. FSI yang berlandaskan kepimpinan dan gerak kerja sepenuhnya daripada kalangan mahasiswa/i memerlukan sokongan yang padu dalam usaha menggerakkan aktiviti yang dirancang. Penajaan ini sangat diperlukan memandangkan kami memerlukan pembiayaan yang besar untuk menampung perbelanjaan kami. Untuk menjayakan program ini, besarlah harapan kami kiranya pihak syarikat Le’s Copaque sudi memberi penajaan dalam bentuk wang tunai.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program ini merupakan aktiviti mega tahunan anjuran pelbagai kelab dalam Kolej Tun Syed Nasir. Terdapat 9 subprogram di bawah program ini, iaitu Forum Muhammad The Most Influential Person In History, Bicara Siswi, Satu Rasa Satu Jiwa, Teater Muzikal Getaran Jiwa, Pesta Angpau, Rang De Ranggoli, Adrenaline Games Challenge, GIFT to Explore dan We Call It TECHNO. Setiap program akan terbuka kepada orang awam khususnya, siswazah dari kolej- kolej UKM dan IPT di sekitar Kuala Lumpur. Idea program ini terhasil daripada gabungan pelbagai aktiviti anjuran setiap kelab dan persatuan dalam kolej bagi memupuk semangat kerjasama antara semua kelab dan persatuan supaya dapat menjayakan sesuatu program dengan lebih efisien.

3.0 MISI

Pemantapan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa/I UKM sejajar dengan matlamat UKM untuk menghasilkan produk yang berkualiti dari semua aspek.

4.0 MATLAMAT

4.1 Memupuk semangat perpaduan dan kebolehan berorganisasi dalam diri siswazah.4.2 Melahirkan siswazah yang lebih beretika dan bersikap profesionalisme.4.3 Membentuk generasi terpelajar yang berkepimpinan dan berdaya saing.4.4 Melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkeyakinan tinggi dan berbudi mulia.

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 3: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

3

5.0 OBJEKTIF

5.1 Meningkatkan kemahiran berorganisasi dalam diri mahasiswa/i yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

5.2 Meningkatkan daya komunikasi dan kebolehan berinteraksi antara mahasiswa/i dengan masyarakat luar.

5.3 Mendedahkan mahasiswa/i melibatkan diri dalam keusahawanan. 5.4 Memupuk sifat-sifat kepimpinan, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan

dalam diri mahasiswa/i.5.5 Meningkatkan keyakinan diri mahasiswa/i disamping menyemai sifat berbudi

mulia dan beretika dalam menjadi pemimpin masa hadapan.

6.0 TEMA

Menggilap Bintang Masa Hadapan

7.0 ANJURAN

Kelab dan Persatuan Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia:

7.1 Kelab Badan Agama Dakwah & Rohani (BADAR)

7.2 Kelab Mandarin

7.3 Kelab Multimedia

7.4 Kelab Seni Warisan

7.5 Kelab Srikandi

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 11-26 Mac 2013

Masa : 9.00 a.m. – 11.00 p.m. (sekiranya sehari)

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan:

1. Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kampus Kuala Lumpur.

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 4: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

4

2. Taman Tasik Titiwangsa.

10.0 PUBLISITI

1. Strategi publisiti:

Melalui media cetak- posters, ‘flyers’, banners.

Melalui elektronik- blog rasmi program Fiesta Sinergi Intelek KTSN.

Jemputan sekolah-sekolah dan IPTA/ IPTS tertentu.

2. Kawasan liputan: (posters dan ‘flyers’)

UKM kampus Bangi, UKM kampus Kuala Lumpur, dan PPUKM.

KTSN 1, 4, 5 dan Plaza Rah.

IPTA/ IPTS di sekitar Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah di sekitar kawasan Titiwangsa.

Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

11.0 CADANGAN PERASMI

i. YBHG. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan

Shahabudin

Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ii. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib

Pengetua Kolej Tun Syed Nasir.

12.0 PENYERTAAN

Seluruh warga Kolej Tun Syed Nasir Komuniti disekeliling Tasik Titiwangsa

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 5: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

5

Rujuk lampiran A.

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Malam Pembukaan Fiesta Sinergi Intelek KTSN

Perasmian pembukaan bagi program Fiesta Sinergi Intelek KTSN Malam Pembukaan Fiesta Sinergi Intelek KTSN yang bertemakan Menggilap Bintang Masa Hadapan akan dijalankan pada hari pertama program dan bakal dirasmikan oleh YB Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Persembahan seperti silat , tarian, serta sketsa ringkas oleh pelbagai kaum dan tarian beramai-ramai dijangka akan memeriahkan lagi malam pembukaan ini.

14.2 Forum “Muhammad The Most Influential Person In History”

Forum ini menekankan aspek rohani individu untuk mengenali lebih dalam mengenai sejarah hidup Muhammad sebagai pemimpin yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam mengajak dan mengajar manusia supaya berbakti kepada nilai-nilai harmoni. Bukan itu sahaja, forum ini akan memberi ruang kepada pelajar untuk mengasah skil komunikasi dalam kalangan mahasiswa/I memandangakan pelajar sendiri yang akan bertindak sebagai moderator dalam forum ini. Forum bakal dihadiri oleh ahli panel yang sangat berpengetahuan dalam bidang masing-masing.

14.3 Bicara Siswi

Bicara siswi yang mengambil tema ‘ Inspiring Women, Generating Confidence’ bakal memberi satu pendedahan yang meluas kepada masyarakat sekeliling khasnya kepada wanita. Pelbagai program yang bermanfaat untuk pengalaman yang tidak ternilai kepada diri sendiri telah diatur seperti ceramah kesedaran kanser, bengkel kecantikan dan larian amal . Bicara siswi tidak sahaja mementingkan aspek fizikal semata-mata tetapi turut santapan rohani.

14.4 Satu Rasa Satu Jiwa

1 Rasa 1 Jiwa mendukung nilai-nilai perpaduan dengan menyatukan pelbagai jenis makanan tradisi yang dibawa dari setiap kaum dan negeri. Malaysia yang sememangnya dikenali dengan gelaran ‘syurga makanan’ menjadi fokus utama kami untuk memperkenalkan makanan-makanan yang jarang diketengahkan agar setiap individu berupaya untuk menikmati keenakan ini.

14.5 Teater Muzikal Getaran Jiwa

Sebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang menampilkan suka duka, pahit maung, dan tawa ria di dalam kehidupan

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 6: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

6

watak utama teater ini. Masyarakat bakal mengetahui selok-belok kehidupan, kisah hidup perjalanan seniman terulung yang sangat popular di Malaysia ini.

14.6 Pesta Ang Pow

Pesta Ang Pow yang bertemakan “Keutuhan Warisan Nadi Kemuafakatan Bangsa” berperanan untuk memupuk minat mahasiswa/i KTSN untuk menghayati kebudayaan Tiong Hua melalui malam persembahan kebudayaan dan menggalakkan interaksi antara kaum dalam kalangan mahasiswa/i KTSN.

14.7 Rang De Ranggoli

Subprogram Rang De Ranggoli yang membawa maksud Pesta Perayaan Warna telah merancang pelbagai aktiviti yang menggalakkan penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung daripada pelbagai pihak untuk menyemaikan nilai-nilai integriti dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa/i sendiri. Antara program tersebut ialah fashion show, tarian silambam, nyanyian dan tarian 6869.

14.8 Adrenaline Games Challenge

Pertandingan Frisbee, ragbi sentuh dan futsal akan bakal diadakan untuk mengasah bakat para peserta dalam aktiviti sukan dan melihat sedalam mana semangat perpaduan dalam kalangan peserta. Penyertaan adalah terbuka kepada setiap individu yang berminat malah setiap universiti yang lain juga digalakkan untuk menghantar penyertaan bagi mewakili universiti.

14.9 We Call It TECHNO

Dalam melahirkan mahasiswa/I yang celik IT dan mahir dengan teknologi, pihak kami mengambil inisiatif untuk menganjurkan pesta PC yang tidak berpaksikan kepada jualan alat-alat elektronik sahaja tetapi dengan menganjurkan bengkel fotografi dan Adobe Photoshop. Penyertaannya adalah terbuka kepada masyarakat luar juga.

14.10 GIFT to Explore

Program explorace ‘GIFT TO EXPLORE yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk menerapkan nilai- nilai tanggungjawab sosial ( soft skill) yang tidak hanya menjurus kepada penerokaan ilmu secara pembacaan atau pembelajaran secara formal semata-mata melalui modul-modul berilmiah yang akan dilaksanakan. Forum ini bermatlamat untuk mengajak peserta untuk sama-sama mengaplikasikan budaya ilmu dalam kehidupan. Konsep program ini adalah holistik di mana program ini bukan sahaja menitikberatkan kehidupan individu secara separa tetapi secara menyeluruh serta memberi impak terhadap masyarakat. Sebanyak tujuh checkpoint mewakili tujuh modul dan antara tema-tema yang diterapkan dalam setiap checkpoint

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 7: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

7

ialah pengetahuan am, tanggungjawab, amanah, kerjasama, kepimpinan, dan pemikiran kritis.

14.11 Malam Penutupan Fiesta Sinergi Intelek KTSN

Majlis penutupan bagi program Fiesta Sinergi Intelek KTSN akan menggunakan konsep teater/ drama muzikal, di mana malam itu akan bermula dengan persembahan drama dan tamat dengan sambungan persembahan drama tersebut. Malam itu juga akan mempersembahkan tayangan multimedia yang meliputi aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program FSI ini.

15.0 BELANJAWAN

Rujuk lampiran B.

16.0 TUJUAN KEPERLUAN PENAJAAN

Antara sebab kami memerlukan penajaan daripada syarikat Le’s Copaque ialah untuk merealisasikan sebuah perjalanan projek mega yang berkonsepkan pesta terbuka. Pelbagai subprogram yang telah dirancang di mana ia secara tidak langsung boleh mempromosikan syarikat Le’s Copaque yang bersedia untuk menyokong kami dari segi kewangan mahupun dalam bentuk produk/hadiah. Kami amat berharap syarikat Le’s Copaque sudi memberi sumbangan kepada pihak kami dan tidak mustahil pada masa akan datang kami mungkin akan berkerjasama lagi dengan syarikat tuan. Tajaan yang dihulurkan akan disalurkan dalam subprogram-subprogram yang mampu memberi banyak manfaat kepada mahasiswa/i khasnya dan masyarakat luar umumnya. Penajaan ini sangat diperlukan memandangkan kami memerlukan pembiayaan yang besar untuk menampung perbelanjaan kami bagi menjayakan program ini. Untuk menjayakan program ini, besarlah harapan kami kiranya syarikat Le’s Copaque sudi memberi penajaan dalam bentuk wang tunai. Tajaan juga boleh diberikan dalam bentuk produk.

17.0 HUBUNGAN KERJASAMA

Hasil daripada penajaan ini, syarikat Le’s Copaque dan bangunan yang dimiliki oleh pihak tuan pasti lebih dikenali oleh warga Kuala Lumpur dan membawa kepada peningkatan pelanggan kepada pihak tuan. Jasa dan sumbangan daripada pihak tuan dalam menghulurkan penajaan kepada kami dapat mengharumkan lagi nama syarikat tuan dalam kalangan warga UKM dan tidak mustahil untuk kami terus bekerjasama dengan pihak tuan daripada segala aspek pada masa akan datang.

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 8: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

8

18.0 FAEDAH PENYERTAAN PIHAK PENAJA

18.1 PENAJA PLATINUM (RM 10 000 dan ke atas)

1. Pengecualian cukai pendapatan

Jumlah sumbangan yang disumbangkan oleh syarikat Tuan adalah dikecualikan

dari cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia dan pihak Bendahari UKM.

2. Penganjur Program

Syarikat tuan akan dijadikan sebagai penganjur program

3. Publisiti

Nama dan logo syarikat Tuan akan disertakan dalam :

Buku program (Induk dan subprogram) Iklan multimedia Kain rentang / Banner Poster Flyer Teks ucapan penghargaan

4. Tapak JualanSyarikat tuan akan diberikan satu tapak untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan sekiranya diperlukan.

5. Sijil Penghargaan

18.2 PENAJA GOLD(RM 5 000 dan ke atas)

1. Pengecualian cukai pendapatan

Jumlah sumbangan yang disumbangkan oleh syarikat Tuan adalah dikecualikan

dari cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia dan pihak Bendahari UKM.

2. Publisiti

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 9: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

9

Nama dan logo syarikat Tuan akan disertakan dalam :

Buku program Iklan multimedia Poster Flyer

3. Sijil Penghargaan

18.3 PENAJA SILVER (RM 2 000 dan ke atas)

1. Pengecualian cukai pendapatan

2. Publisiti

Nama dan logo syarikat Tuan akan disertakan dalam :

Buku program Iklan multimedia Flyer

3. Sijil Penghargaan

18.4 PENAJA BRONZE (RM 2 000 ke bawah)

1. Publisiti

Nama syarikat akan disertakan dalam senarai penaja dalam buku program.

2. Sijil Penghargaan

19.0 KAEDAH PENAJAAN.

19.1 Peruntukan kewangan berbentuk cek perlulah dialamatkan kepada : Universiti Kebangsaan Malaysia

19.2 Peruntukan kewangan berbentuk tunai sila salurkan kepada seperti berikut

Nama akaun : Universiti Kebangsaan Malaysia

No.Akaun Bank : 1215-0001187-10-1

Nama Bank : CIMB Islamic

Sila sertakan no.rujukan, jumlah pemindahan wang peruntukan, dan tarikh.

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 10: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

10

20.0 PEJABAT OPERASI

Sebarang maklumat lanjut, dan urusan surat menyurat, berkaitan Fiesta Sinergi Intelek bolehlah hubungi:

a. Nazihah binti ChainiPenyelaras Pemasaran IG.I.F.T. To ExploreFiesta Sinergi Intelek KTSNUniversiti Kebangsaan MalaysiaTel : 013-7116409E-mel : [email protected]

b. Diyana Dalila Binti Jamaludin Penyelaras Pemasaran IIG.I.F.T. To ExploreFiesta Sinergi Intelek KTSNUniversiti Kebangsaan MalaysiaTel : 017-5543602E-mel :

21.0 RUMUSAN

Pihak kami menyimpan hasrat yang tinggi agar syarikat Le’s Copaque dapat memberi tajaan bagi menjayakan program Fiesta Sinergi Intelek KTSN. Melalui penajaan ini, kedua-dua pihak dapat mencapai hasrat masing-masing dalam memberi sumbangan sosial dan komitmen kepada masyarakat. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi promosi yang sepenuhnya terhadap syarikat tuan agar dapat meningkatkan imej pihak tuan.

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 11: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

11

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 12: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

12

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASIFIESTA SINERGI INTELEK KTSN

SESI 2012/2013

PenaungY.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

PengerusiY.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

PenyelarasEn. Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM

Penasihat IProf. Madya Dr. Ruzita Abd Talib

Pengetua, Kolej Tun Syed Nasir, UKM

Penasihat IIDr. Mohd Sham bin Othman

Timbalan Pengetua I, Kolej Tun Syed Nasir, UKM

Penasihat IIIDr.Yanti binti Rosli

Timbalan Pengetua II, Kolej Tun Syed Nasir, UKM

Felo Pemantau IEn. Mohd Wafi Mohammad

Felo Pemantau IIPuan Noor Azlina Ahmad Jamil

Felo Penasihat Dr. Qodriyah Hj Mohd Saad

Felo Pemantau Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Felo PenasihatDr. Mahadir Ahmad

Felo Pemantau Kelab Seni Budaya

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 13: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

13

Felo PenasihatPn Zuriana Fahila Kahairudin

En Wilfred MokFelo Pemantau Kelab Mandarin

Felo PenasihatPn. Roslizawati Nawawi

Felo Pemantau Kelab Keusahawanan

Felo PenasihatPn. Wahidah Mohd Nasri

En. Emil SaleemFelo Pemantau Kelab BADAR

Felo PenasihatEn NajmiEn. Razi

Felo Pemantau Kelab Multimedia

Felo PenasihatCik Umi Izzati Saedon

En. Mohammad Fahmi Daman HuriFelo Pemantau Kelab Taekwondo, Kelab Silat Gayong dan Kelab Badminton

Jaksa PenasihatNur Atira Binti Amarudin

Yang di-Pertua JAKSA Kolej Tun Syed Nasir, UKM

Ketua Penyelaras FSIAbdul Razak bin Abdul Rashid

A136664FSK / 1

Timbalan Penyelaras I FSIMuhammad Faiz bin Nasron

A136341FPER / 2

Timbalan Penyelaras II FSISiti Nabihah binti Hanif

A137285FSK / 2

Setiausaha ISiti Nurhazirah binti Mohd Razali

A139051FSK / 2

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 14: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

14

Setiausaha IIHafsah Hanin binti Suhaimi

A139538FGG / 1

Bendahari 1Nuralisna Wirda binti Zainal Abidin

A142749FSK / 1

Bendahari 2Anith Zawani binti Annuar

A140093FSK / 1

Penyelaras Program : Gan Mong Sian A136402 FSK / 2Rosdiizwan Roslan A131489 FSK / 3

Penyelaras Jamuan : Humairah binti Uzair A133095 FSK / 3Fatin Hanani binti Mazri A132623 FSK / 3

Penyelaras Protokol : Oi Chia Chyi A137497 FSK / 2 Nurul Amira Zainudin A131948 FGG / 3

Penyelaras Publisiti : Hasrul bin Rosli A137562 FPER / 2 Nur Hasyimah binti Mohammad A137544 FSK / 2

Penyelaras Teknikal : Mohd Amirul Zulzamri A136018 FGG / 2 Mohd NurFikri Tokijan A135790 FGG / 2

Penyelaras Pemasaran : Chai Cui Yuan A142752 FSK / 1 Norashiqin Shaari A141155 FSK / 1

Penyelaras Cenderamata : Siti Nazirah binti Mohd Shariff A135922 FPER / 2 Syahirah binti Zahari A139426 FSK / 1

Penyelaras Persembahan : Chang Wei Zhi A135993 FGG / 2 Chan Lai Peng A136003 FGG / 2

Penyelaras Pengangkutan : Aniq Siddiq bin Abdul Aziz A131939 FPER / 2 Muhd Faizwan Bin Othman A139746 FPER / 1

Penyelaras Multimedia : Aminur Anuar Bin Abd Rahman A136495 FFAR / 2 Nurabrar Bin Hussin A136238 FPER / 2

Penyelaras Tugas-Tugas : Ho Jia Yi A136120 FGG / 2 Khas Leong Jia Yan A136785 FSK / 2

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 15: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

15

LAMPIRAN B

BELANJAWAN KESELURUHAN

PROGRAM FIESTA SINERGI INTELEK KTSN

ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN

BIL PERKARA RM1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

INDUK (Jawantankuasa Perancang Program dan Aktiviti)

Forum Muhammad The Most Influential Person in History

Pesta Ang Pow

Adrenaline Games Challenge

We Call It TECHNO!

Satu Rasa, Satu Jiwa

Rang De Ranggoli

Teater Muzikal Getaran Jiwa

Bicara Siswi dan Larian Amal

GIFT to Explore

13,965.00

1,500.00

5,600.00

4,025.00

1,280.00

8,925.00

12,000.00

6,790.00

4,486.20

720.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 59,291.20

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 16: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

16

BELANJAWAN PROGRAM FSI (INDUK)

(MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN)

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM1

2

3

4

5

6

7

Penyelaras Jamuana) VVIP (RM15 X 10)b) VIP (RM5 X 35)c) Jemputan Persembahan (RM5 X 20)

Penyelaras Teknikala) PA system dan Lighting

Penyelaras Cenderamataa) VIP (RM35 X 2)                                               b) Jemputan Persembahan (RM 30 X 1)                                  c) Anugerah Pakaian Terbaik (RM 20 X 2)

Penyelaras Publisitia) Banner (RM100.00 X 2)b) Poster Berwarnac) Percetakan& fotostat

Penyelaras Persembahana) Barangan Make Upb) Aksesoric) Hiasan Persembahan

Penyelaras Tugas-tugas Khasa) T-shirt (RM20 X 300)b) Arca Ais (Gimik Perasmian)c) Hiasan Pentas

Penyelaras Protokola) Kad jemputanb) I-talkc) Printing

150.00175.00100.00

425.00

5,000.005,000.00

70.0030.0040.00

140 .00

200.0050.00

100.00350.00

100.00250.00200.00

550.00

6,000.00300.00500.00

6,800.00

20.00110.0020.00

150.00

Menggilap Bintang Masa Hadapan

Page 17: Page · Web viewSebuah pementasan teater muzikal yang diselitkan dengan kompilasi lagu-lagu seniman P.Ramlee, bentuk penceritaan adalah lebih kepada kehidupan remaja masa kini yang

Fiesta Sinergi Intelek KTSNPage

17

8 Penyelaras pemasarana) I Talk Kad (RM50 X 10)b) Fotostat dan Percetakan

500.0050.00

550.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 13,965.00

Menggilap Bintang Masa Hadapan