Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena

14
Tentang Kami Hubungi Pengiklanan Peta Kelantan Cuti KELANTAN | Rujukan percutian anda di Kelantan Darul Naim Panduan memilih hotel menarik, jalan-jalan cari makan, membeli belah dan tempat menarik di Kelantan Laman Utama Penginapan » Tempat Menarik Membeli-belah Makan-makan Acara Panduan Kemaskini pada : 10 Ogos 2012, Edisi Khas Raya Aidilfitri 2012 Trafik jam pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang paling perit untuk ditempuhi oleh pemandu di Kelantan. Kesesakan merangkumi pemanduan dari luar negeri menuju ke negeri Kelantan dan juga kesesakan yang terjadi di jalan antara bandar di Kelantan. Ruangan kali ini, CutiKelantan akan memberi sedikit panduan serta jalan alternatif yang melibatkan perjalanan dari negeri-negeri di Utara, Barat serta Selatan menuju ke Kelantan. Anda dinasihatkan mengikuti panduan di bawah sebelum memulakan perjalanan. Rancang perjalanan dengan baik yang merangkumi masa memulakan perjalanan dan persinggahan berhenti rehat. 1. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Eloklah sentiasa mengisi minyak petrol penuh bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini. 2. Bertolak seawal pagi, diantara jam 12 hingga 4 pagi, di mana waktu ini biasanya kenderaan tidak sebanyak waktu siang. 3. Telefon ibu pejabat polis trafik negeri atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengetahui laluan yang ingin dilalui dan trafik semasa. Tip ini sangat berguna, kerana anda boleh mengelakkan kesesakan jika mengetahui status terkini trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah atau LLM. Senarai telefon adalah seperti yang tertera di bawah: 4. Senarai No. Telefon yang boleh dihubungi untuk maklumat trafik terkini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 1800887752 1. IPD Bentong 09-2222222 2. IPD Raub 09-3562003 3. IPD Gua Musang 09-9125428 4. IPD Kuala Krai 09-9660675 5. Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/ 1 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Transcript of Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena

Tentang KamiHubungiPengiklananPeta Kelantan

Cuti KELANTAN | Rujukan percutian anda di Kelantan Darul Naim

Panduan memilih hotel menarik, jalan-jalan cari makan, membeli belah dan tempat menarik di Kelantan

Laman UtamaPenginapan »Tempat MenarikMembeli-belahMakan-makanAcaraPanduan

Kemaskini pada : 10 Ogos 2012, Edisi Khas Raya Aidilfitri 2012

Trafik jam pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang paling perit untukditempuhi oleh pemandu di Kelantan. Kesesakan merangkumi pemanduan dari luar negeri menuju ke negeriKelantan dan juga kesesakan yang terjadi di jalan antara bandar di Kelantan.

Ruangan kali ini, CutiKelantan akan memberi sedikit panduan serta jalan alternatif yang melibatkan perjalanandari negeri-negeri di Utara, Barat serta Selatan menuju ke Kelantan.

Anda dinasihatkan mengikuti panduan di bawah sebelum memulakan perjalanan.

Rancang perjalanan dengan baik yang merangkumi masa memulakan perjalanan dan persinggahan berhentirehat.

1.

Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Eloklah sentiasa mengisi minyak petrol penuh bagi mengelakkansesuatu yang tidak diingini.

2.

Bertolak seawal pagi, diantara jam 12 hingga 4 pagi, di mana waktu ini biasanya kenderaan tidak sebanyakwaktu siang.

3.

Telefon ibu pejabat polis trafik negeri atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengetahui laluanyang ingin dilalui dan trafik semasa. Tip ini sangat berguna, kerana anda boleh mengelakkan kesesakanjika mengetahui status terkini trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah atau LLM. Senarai telefon adalahseperti yang tertera di bawah:

4.

Senarai No. Telefon yang boleh dihubungi untuk maklumat trafik terkini

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 18008877521.IPD Bentong 09-22222222.IPD Raub 09-35620033.IPD Gua Musang 09-91254284.IPD Kuala Krai 09-96606755.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

1 of 14 10/11/2012 10:57 AM

IPD Jeli 09-94402046.IPD Kota Bharu 09-74855227.IPD Tanah Merah 09-95562228.

DARI KUALA LUMPUR KE KELANTAN

Perjalanan dari barat semenanjung seperti dari Kuala Lumpur, Selangor dan Perak yang menuju ke Gua Musangselalunya sesak teruk di Karak, Bentong dan Raub. Perjalanan yang biasanya 8 jam balik Kota Bharu, bolehmenjadi 16 jam dan begitulah sebaliknya. Laluan ini adalah paling dekat, tetapi paling kritikal. Mereka yangingin menuju ke Gua Musang dan Kuala Krai sesuai menggunakan laluan ini.

A) Dari KL ke Gua Musang melalui Highway Karak, Bentong, Raub, K.Lipis, Gua Musang.

Laluan utama – Laluan utama dengan melalui Karak, bandar Bentong, bandar Raub terus ke G.Musang, jaraklebih kurang 456KM dari KL sampai ke Kota Bharu. Jika memilih laluan ini, kadar kesesakan sememangnyasangat tinggi terutamanya pada waktu puncak. Dinasihatkan hubungi LLM atau IPD negeri untuk mengetahuistatus trafik semasa sebelum memulakan perjalanan.

Laluan Utamadari KL ke GuaMusang – Klikuntuk besarkan

Alternatif bypass bandar Bentong

Laluan alternatif ini boleh bypass bandar Bentong. Selepas tol Bentong, jangan terus exit Bentong Barat,sebaliknya boleh teruskan perjalanan sehingga melihat papan tanda “Sertik”, “Kg. Cinta Manis” atau“Mempaga”. Ambil susur keluar ke kiri. Susur ini adalah sebelum masuk LPT. Selepas masuk susur ini, teruskanperjalanan melalui Felda Mempaga, Kampung Lebu sehingga sampai ke simpang keluar ke jalan utamaBentong-Raub.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

2 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Alternatif bypass Bandar Bentong – Klik untukbesarkan

Alternatif bypass bandar Bentong dan bandar Raub

Anda juga boleh bypass bandar Raub jika mengambil laluan alternatif di atas, iaitu ambil simpang ke kananselepas melepasi Felda Mempaga. Ada papan tanda jalan alternatif ke Gua Musang. Jalan ini merentasi FeldaKrau, Felda Lembah Klau dan Ulu Gali. Teruskan perjalanan dengan mengikuti papan tanda yang disediakansehingga sampai tiga Sekolah Sains Raub (SEMESTA) dan ambil laluan kanan untuk terus ke Lipis.

Alternatif bypass Bandar Bentong danBandar Raub – Klik untuk besarkan

Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan

Jika sudah memasuki bandar Raub, alternatif lain yang ada adalah melalui Sungai Koyan. Selepas melepasiBandar Raub, pilih laluan kiri melalui Jalan Cheroh dan teruskan perjalanan sehingga sampai di simpang SungaiKoyan, ambil laluan kanan. Teruskan perjalanan sehingga sampai di simpang laluan utama di Padang Tengku.Jarak bandar Raub ke Sungai Koyan adalah lebih kurang 50km.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

3 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Bandar Raub ke Sungai Koyan

Peta alternatif bandar Raub – Klik untukpaparan besar

Laluan-laluan alternatif diatas hanya dicadangkan jika memandu waktu siang hari kecuali jika anda sudah biasamenggunakan laluan ini, atau memandu secara berkonvoi. Untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap jalanalternatif lain dari Bentong dan Raub ke Gua Musang, klik di Sini.

B) Dari KL ke Gua Musang melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Lojing

KL-Simpang Pulai-Lojing-GuaMusang-Kota Bharu = 536km

Laluan ini sesuai bagi mereka yang berada di sekitar Ipoh, dan juga ingin elak kesesakan waktu puncak di jalanutama Karak-Bentong-Raub. Bermula dengan melalui PLUS menuju ke Ipoh dan Simpang Pulai sehingga kesimpang tiga Kg Raja, Cameron Highlands. Jarak Simpang Pulai ke Kg Raja lebih kurang 57km. Sampai ke KgRaja, boleh terus ke Gua Musang melalui Lojing. Laluan ini juga agak tinggi kadar kesesakan terutamanyaselepas perantau pulang bercuti dari Kelantan, iaitu dari Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur. Ramai yangmenggunakan laluan ini pada waktu tersebut. Kelebihan laluan ini, anda tidak perlu menempuh kesesakan diKarak. Tetapi, kadar kesesakan tetap ada di laluan PLUS. Selain jarak perjalanan agak panjang, bayaran tol jugalebih tinggi. Jika ingin menggunakan laluan ini, dinasihat menghubungi LLM terlebih dahulu untuk mengetahuistatus trafik terkini apabila memasuki lebuhraya PLUS.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

4 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Simpang Pulai ke Gua Musang – Klik untukpaparan besar.

C) Dari KL ke Kelantan melalui KARAK, LPT 1 dan LPT Fasa 2

KL-Karak-LPT 1-Bukit Besi-LPT 2-Jertih-K.Bharu = 575km

Laluan ini laluan pilihan yang paling ideal pada musim hari Raya. Di tambah lagi dengan siapnya lebuhraya LPTFasa 2 dari Bukit Besi ke Kuala Terengganu, pemanduan menjadi lebih cepat. Boleh jimat 1-2 jam perjalanan.Laluan ini sesuai bagi mereka yang balik ke Pasir Putih, Machang atau Tanah Merah.

Dari KL, boleh terus melalui lebuhraya Karak, terus ke LPT ke Gambang sehingga sampai di roundabout selepastol Jabor. Dari roundabout tersebut, ambil laluan ke Al Muktafi Billah Shah dan teruskan perjalanan menuju keBukit Besi hingga sampai di simpang tiga. Di simpang tiga Bukit Besi, belok kanan, jalan terus lebih kurang 1km,anda boleh masuk ke LPT Fasa 2 dari sebelah kiri. Tidak perlu risau kerana terdapat papan tanda LPT keK.Terengganu/Kota Bharu.

Dari lebuhraya LPT tersebut, boleh teruskan perjalanan sehingga persimpangan K.Terengganu di Kg Gemuruh.Dan bolehlah teruskan perjalanan ke Jertih melalui jalan utama.

Untuk makluman, laluan LPT Fasa 2 dari persimpangan Ajil ke persimpangan Telemong dan persimpanganK.Terengganu di Kg Gemuruh baru sahaja dibuka, dimana pengguna tidak perlu lagi exit di persimpangan Ajilmelalui bandar Kuala Berang hingga ke simpang Sungai Tong. Manakala lebuhraya LPT Fasa 2 dari Jabor keBukit Besi masih belum siap sepenuhnya.

Jika melalui laluan ini, perlu berhati-hati pada waktu malam di jalan dari Jabor ke Bukit Besi kerana terdapathaiwan melintas. Jalan juga sering berlubang terutamanya selepas hujan.

Kuala Lumpur ke Kelantan melalui LPTFasa 1 dan Fasa 2

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

5 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Peta lengkap LPT Fasa 2.Bermula dari Bukit Besi – hingga persimpangan K.Terengganu. Dari Jabor keBukit Besi masih belum siap –Klik untuk paparan besar

DARI UTARA KE KELANTAN (Lebuhraya Timur Barat)

Dari Utara (Penang, Kedah, Perlis), tiada pilihan selain 3 laluan yang bertemu di simpang 4 Grik iaitu dari Kulim,Baling dan Lenggong. Kesesakan teruk biasanya berlaku bermula di jalan Gerik-Jeli. Satu lagi alternatif adalahdengan memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan keluar ke Rantau Panjang (hanya yang sudah biasa).

DARI SELATAN (JOHOR/MELAKA) KE KELANTAN

Dari arah selatan seperti Johor, biasanya sedikit kesesakan akan berlaku di PLUS terutamanya waktu puncak. Bila sampai di Kuantan (tidak masuk bandar), terus ambil jalan ke Bukit Besi melalui Muktafi Billah Shah,seterusnya ke LPT Fasa 2, exit ke persimpangan Kuala Terengganu dan boleh terus ke Machang/Pasir Putih.Laluan Jabor-Bukit besi jika memandu pada waktu malam perlu berhati-hati, banyak haiwan melintas, seringberlaku kemalangan dan jalan berlubang jika waktu hujan.

A) JB – Segamat – Muadzam – Gambang – Jabor – Bukit Besi – LPT 2 – Jertih– Pasir Putih – KotaBharu = 700km

Laluan ini bermula di lebuhraya PLUS di JB menuju ke Segamat dengan exit di Yong Peng. Terus ke Gambangdan akan melalui Muadzam Shah. Bila sampai di simpang traffic light Gambang, ambil laluan ke kanan danteruskan perjalanan dan masuk susur ke kiri (papan tanda ke UIAM/Kemaman). Teruskan perjalanan sehinggasusur ke Jabor iaitu menuju ke Muktafi Billah Shah dan Bukit Besi, di situ akan melalui roundabout. Jika tidak,anda akan melalui jalan tepi pantai Cherating, Kemaman hingga ke K. Terengganu.

Di simpang tiga Bukit Besi, belok kanan sehingga 1km, masuk LPT Fasa 2. Terus sahaja sehingga persimpanganK.Terengganu di Kg. Gemuruh (tanpa perlu exit persimpangan Ajil atau persimpangan Telemong). Laluan inisama dengan laluan dari KL ke Kelantan melalui LPT.

Laluan ini sesuai jika perantau di Johor balik ke Kelantan. Apabila pulang bercuti dari Kelantan ke Johor,dicadangkan menggunakan laluan Mersing untuk balik ke Johor, di mana kesesakan teruk biasanya berlaku dilebuhraya PLUS jika melalui jalan Segamat.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

6 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Dari dari Selatan(Johor) ke Kelantanmelalui Segamat danLPT Fasa 2 – Klikuntuk paparan besar

Persimpangan Gambang ke Jabor melalui jalanpintasan Kuantan – Klik untuk paparan besar

B) JB-Mersing-Pekan-Permatang Badak-Jabor-Muktafi Billah Shah – Bukit Besi – LPT Fasa 2 – Jertih–Pasir Putih.

Laluan ini sama sahaja dengan laluan A di atas, cuma melalui Mersing. Sangat dicadangkan menggunakan laluanMersing jika dalam perjalanan dari Kelantan ke Johor pada cuti perayaan Aidilfitri. Jika melalui laluan ini,apabila sampai berdekatan dengan Kuantan, ambil laluan ke Permatang Badak dan boleh terus ke Jabor.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

7 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Laluan dari Mersing ke Kuantan– Klik untuk paparan besar

C) JB-Kemaman-K.Terengganu-Pasir Putih

Laluan ini melalui tepi pantai. Sesuai jika tidak biasa di laluan Jerangau-Jabor. Tetapi, kadar kesesakan agaktinggi kerana ramai menggunakan laluan ini dan banyak traffic light. Masa perjalanan juga menjadi panjang.

Laluan tepi Pantai dari Kuantan ke K.Terengganu – Klik untuk paparan besar

Dengan adanya pelbagai jalan alternatif yang boleh dilalui, diharap dapat membantu anda dalam merancang sertamenentukan jalan mana yang ingin dilalui sesuai denga keadaan semasa.

Selamat balik ke Kelantan kepada anak perantauan dan pandulah kenderaan dengan cermat.

Nota penafian: Segala maklumat dan panduan yang disampaikan adalah umum. Pihak kami tidakbertanggungjawabdi atas segala kerosakan, kemalangan atau perkara yang tidak diingini akibat daripenggunaan panduan yang dipaparkan di web ini. Anda disyorkan menghubungi pihak berwajib seperti LLMatau IPD negeri untuk mengetahui jalan dan trafik terkini sebelum memulakan perjalanan.

Sumber:

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)1.Polis Diraja Malaysia2.Jabatan Kerja Raya Malaysia3.Arraubi.blogspot.com4.myadha.blogspot.com5.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

8 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Tweet 6 2 136

Cuti Kelantan di Facebook

Selamat Hari RayaAidiladha 1433H2012

Elak KesesakanSemasa Bercuti diKelantan

Selamat Hari RayaAidilfitri 1433H 2012

Perancangansebelum bercuti diKelantan Darul Naim

Rasai kesibukanPasar Malam WakafChe Yeh

Baca info lain yang berkaitan

Like 1k

F b k i l l i

Add a comment...

Comment using...

Cuti-Cuti Kelantan

Perjalanan guna highway baru boleh jimat maksimum sejam dari Bukit Besi ke Jertih. Jika dah siapdari Jabor ke Bukit Besi, agaknya perjalanan dari Johor ke Kelantan hanya memakan masa 8-9 jamsahaja.

Reply · · Like · November 1 at 12:23am1

Find us on Facebook

Azniza Hasbullah Cacing Ct Nik Wani Imam Aye Umi

Hong Zaid Fakhrul Juehani Noorain Nonadia Messi Fathi Firdaus Chenta

Cuti-Cuti Kelantan

1,323 people like Cuti-Cuti Kelantan.

Like

Facebook social plugin

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

9 of 14 10/11/2012 10:57 AM

*

Cuti Kelantan

Peta digital bergambar Kelantan

Find us on Facebook

Hong Firdaus Imam Sollehudin

Muhammad Assira Qairina Noorain

Cuti-Cuti Kelantan

1,323 people like Cuti-Cuti Kelantan.

Like

Facebook social plugin Recommend 1,027 people recommend this.

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

10 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Jadual aktiviti tahun melawat Kelate 2012 (TMK2012)

Iklaneka

Melancong bersama HzTours

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

11 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Tempah online hotel di Kelantan

Artikel terbaru

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H 2012Serunding daging Wan Sabariah di Pasir Mas12 panduan penting sebelum melancong dan bercutiPakej Percutian Muslim BumiputeraPerkampungan ICT Kelantan 2012

Pelancongan Kelantan Malaysia

Live Traffic Feed

A visitor from Kuantan, Pahang viewed"Panduan dan jalan alternatif menujuke Kelantan sempena Hari RayaAidilfitri dan cuti sekolah" 0 secs ago

A visitor from Petaling Jaya, Selangorviewed "Pemilihan Hotel di Kelantan |Cuti-Cuti Kelantan" 32 secs ago

A visitor from Kuala Terengganu,Terengganu viewed "Menjamu seleraikan keli dan budu di Restoran NasiUlam Cikgu" 2 mins ago

A visitor from Penang, Pulau Pinangviewed "Rantau Panjang |Membeli-belah di Kelantan" 3 mins ago

A visitor from Dungun, Terengganuviewed "Cuti KELANTAN | Rujukanpercutian anda di Kelantan Darul Naim— Panduan memilih hotel menarik,jalan-jalan cari makan, membeli belahdan tempat menarik di Kelantan" 9mins ago

A visitor from Penang, Pulau Pinangviewed "Wakaf Che Yeh | Rasaikesibukan pasar malam di Kelantan" 11mins ago

A visitor from Ipoh, Perak viewed"Jadual acara tahun melawat Kelantan2012" 13 mins ago

A visitor from Kuala Lumpur, WilayahPersekutuan viewed "CutiKELANTAN | Rujukan percutian andadi Kelantan Darul Naim — Panduanmemilih hotel menarik, jalan-jalan carimakan, membeli belah dan tempatmenarik di Kelantan" 13 mins ago

Tawaran Hotel untuk Hari Ini

Dikuasakan oleh

Kota BharuMasuk

Sel 13 November 201

Malam

2

Cari

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

12 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Komen terkini

Azie Zan Haziq on Tune Hotels Kota BharuWan Hazila Wan Hazila on Tune Hotels Kota BharuCuti-Cuti Kelantan on Nikmati ketenangan di Tok Aman Bali Beach ResortMuhammad Nasri Muhammad Rosdi on Nikmati ketenangan di Tok Aman Bali Beach ResortMohd Eppyafifi on Nikmati ketenangan di Tok Aman Bali Beach Resort

Kategori artikel

AccomodationArticlesAttractionsBeachCultural and MuseumEventsFoodGuesthouseHotelNewsResortRestaurantShoppingTips

Artikel paling popular

Hotel di tengah bandar Kota BharuHotel di sekitar Wakaf Che YehPanduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri dan cuti sekolahNikmati ketenangan di Tok Aman Bali Beach ResortZon Bebas Cukai Rantau PanjangSudara Beach ResortPolyland Hotel & ApartmentZon Bebas Cukai Pengkalan KuborPeta Kelantan

Artikel terkini

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

13 of 14 10/11/2012 10:57 AM

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H 2012Serunding daging Wan Sabariah di Pasir Mas12 panduan penting sebelum melancong dan bercutiPakej Percutian Muslim BumiputeraPerkampungan ICT Kelantan 2012

CutiKelantan di Facebook

Muhammad Umi Aye Qairina

Nonadia Sollehudin Hasbullah Cacing

Cuti-Cuti Kelantan on Facebook

1,323 people like Cuti-Cuti Kelantan.

Like

Facebook social plugin

© Copyright 2010-2012 Cuti Kelantan | Kelantan Destinasi Cuti Anda · All Rights Reserved ·

Panduan dan jalan alternatif menuju ke Kelantan sempena Hari Raya Aid... http://www.cutikelantan.com/tips/jalan-alternatif-ke-kelantan/

14 of 14 10/11/2012 10:57 AM