PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal........

28
PANDUAN DOA & ZIKIR edisi 2020

Transcript of PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal........

Page 1: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

PANDUAN

DOA & ZIKIR edisi 2020

Page 2: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

1

ISI KANDUNGAN

PRAKATA ................................................................................. 2

Doa-Doa Berbuka Puasa ..................................................... 3

DOA-DOA KETIKA SOLAT ...................................................... 6

Doa-Doa Iftitah .............................................. 6

Bacaan-Bacaan Dalam Ruku’ .................... 8

Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal ................ 10

Zikir-Zikir Dalam Sujud .................................. 11

Bacaan-Bacaan Sebelum Salam: ............ 12

Doa-Doa Membaca Al-Quran .......................................... 14

Doa Qunut Terawih / Nazilah ............................................ 16

Do’a mohon perlindungan dengan Allah SWT daripada

isteri/suami, anak-anak, teman karib yang jahat (tidak

baik) ...................................................................................... 22

Doa Khusus Menghadapi Ujian Waba’ Covid-19 ........... 23

Munajat Al-Kafi ................................................... 26 المناجات الكافي

VER.070520201620

Page 3: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

2

PRAKATA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Para jemaah yang dirahmati Allah sekelian,

Dirasakan adalah perlu bagi setiap kita untuk melakukan usaha bagi

menaik taraf kualiti ibadah solat yang telah kita rutinkan sejak dari kecil

hingga ke hari ini.

Di antara langkah penaik tarafan yang kami yakin mampu untuk dilakukan

oleh semua, adalah melalui penghayatan bacaan doa-doa, zikir-zikir

tambahan di dalam solat (atau yang mengiringinya) sebagai peningkatan

daripada zikir-zikir biasa yang dibaca sedia ada.

Di dalam buku kerdil ini kami muatkan beberapa lafaz doa & zikir

tambahan yang dirasakan sesuai dan mudah untuk diamalkan.

Kebanyakannya bukan sahaja mudah untuk dihafal namun mengandungi

maksud yang sangat mendalam, yang pastinya akan lebih mampu untuk

meningkatkan ruh khusyu' dalam ibadah solat seseorang.

Mudah-mudahan sekelumit usaha kami yang faqir di sini akan berjaya

membuka seluasnya pintu-pintu kerahmatan & kemanfaatan untuk anda

yang berhati bersih lagi berjiwa 'abid yang tulus mengharap redha Ilahi.

Allahumma amin.

Kepada Allah jua kembali segala pengharapan dan pujian.

Kalam pena,

Team Sahabat Dakwah

MSJID DARUL GHUFRAN

Page 4: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

3

Doa-Doa Berbuka Puasa

مأ وابتلت العروق وثبت الجر .1 ذهب الظ

)رواه أبو دواد( إن شاء الله

“(Alhamdulillah) telah hilang rasa dahaga, dan telah basah urat leher

(tekak), serta telah tetap ketentuan ganjaran (pahala), dengan izin

kehendak dari Allah s.w.t” [Riwayat Abu Daud]

مني زقك أفطرت ، فتقبلاللهم لك صمت ، وعل ر .2

ميع العليم إنك أنت الس

)رواه أبو دواد(

"Ya Allah hanya untukMu aku berpuasa dan atas kurniaMu aku

berbuka maka terimalah (puasa) dariku sesungguhnya kamu Maha

Mendengar dan Maha Mengetahui.” [Riwayat Abu Daud]

Page 5: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

4

Doa-Doa Ketika Solat Malam (Waktu Sahur)

1 . ، موات والرض ومن فيهن اللهم لك الحمد،أنت نور الس

،ولك موات والرض، ومن فيهن ولك الحمد أنت قيوم الس

، موات والرض ومن فيهن ]ولك الحمد أنت رب الس

، وقولك الحق الحمد[، ، ووعدك الحق ، أنت الحق ولقاؤك حق

اعة ، والس د حق ، ومم ، والنبيون حق ، والنار حق والجنة حق

لت، وإ ، اللهم لك أسلمت، وبك آمنت، وعليك توك ليك حق

مت وما أنبت، وبك خاصمت، وإليك حاكمت، فاغفرل ما قد

ي، ل رت وما أعلنت، أنت إل رت، وما أس "إله إل أنت أخ

)متفق عليه(

"Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah (sumber) cahaya

(hidayah yang menerangi) seluruh langit dan bumi serta segenap

makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah

Pemelihara seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada

padanya. [Segala puji milik-Mu. Engkaulah Penguasa segenap langit

dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya]. Segala puji

milik-Mu, Engkaulah Yang Maha Benar, janji-Mu Maha Benar,

Page 6: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

5

firman-Mu Maha Benar, pertemuan dengan-Mu Maha Benar, adanya

syurga sangat benar, adanya neraka sangat benar, adanya kiamat

sangat benar, adanya para nabi sangat benar, dan adanya Muhammad

sallallahu ‘alaihi wasallam (sebagai rasul-Mu) sanagt benar. Ya

Allah, hanya kepada-Mu aku berserah dan bertawakal. Hanya

kepada-Mu aku beriman. Hanya kepada-Mu aku bertaubat. Hanya

kepada-Mu aku mengadu, dan hanya kepada-Mu aku memohon

keputusan. [Engkaulah Tuhan kami dan Engkaulah tempat kembali.

Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan

datang, yang aku lakukan secara sembunyi atau terang-terangan].

[Hanya Engkaulah yang lebih tahu daripada aku], Engkaulah yang

terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. [Engkaulah Tuhanku], tiada

tuhan kecuali Engkau [dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya

dengan pertolongan-Mu]." [Riwayat Bukhari & Muslim]

ائيل .2 لهم رب جب افيل،ال موات وميكائيل وإس فاطر الس

كم بي عبادك فيم هادة، أنت ت والرض، عال الغيب والش

تلفون، الحق بإذنك، اهدن لما اختلف فيه من كانوا فيه ي

اط مستقيم تشاء إل ك تدي من ان "ص

)رواه مسلم(

"Ya Allah, Tuhan Malaikat jibril, Mikail, dan Israfil, Tuhan Pencipta

segenap langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Mengetahui semua yang

ghaib dan yang nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para

Page 7: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

6

hamba-Mu mengenai apa saja yang mereka perselisihkan. Dengan

izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang

mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk siapa yang

Engkau kehendaki ke jalan yang lurus."

[Riwayat Muslim]

*Dibaca sama ada sebelum menunaikan solat, atau di dalam solat

(seperti dalam sujud yang terakhir), ataupun ketika sesudah selesai

solat

DOA-DOA KETIKA SOLAT

Doa-Doa Iftitah

ق . 1 اللهم باعد بيني وبي خطاياي كم باعدت بي المش

ى الثوب البيض من ني من خطاياي كم ينق والمغرب، اللهم نق

والثلج والب نس. اللهم اغسلني من خطاياي بالماء د الد

)متفق عليه(

“Ya Allah! Jauhkanlah diriku dari kesalahan-kesalahanku

sebagaimana Engkau telah menjauhkan timur dan barat. Ya Allah!

Bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku seperti kain putih yang

dibersihkan dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kesalahan-

kesalahanku dengan air, dengan air dingin (air batu) dan embun.”

[Riwayat Bukhari & Muslim]

Page 8: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

7

ك . 2 سبحانك اللهم وبحمدك وتبارك اسمك وتعال جد

ك )رواه الحاكم(ولآإله غي

“Maha suci Engkau wahai Tuhanku, serta aku memuji-Mu. Sungguh

Maha Tinggi Keberkatan nama Engkau, Maha Tinggi Kebesaran

Engkau dan benar-benar aku akui bahawa tidak ada Tuhan selain

Engkau.” [Riwayat Al-Hakim]

ا طيبا مباركا ف . 3 يه الحمد لله حدا كثي

)رواه مسلم(

“Dan segala pujian bagi Allah kepujian yang banyak yang baik lagi

diberkati.” [Riwayat Muslim]

*Catatan nota tambahan daripada riwayat asal: Iftitaah ini dibacakan

oleh seorang sahabat yang lain pula di mana sesudah mendengarnya

Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Nampak kepadaku 12 malaikat

yang berlumba-lumba untuk mengangkatnya (menulis dan

menyembahnya kepada Allah).

Page 9: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

8

Bacaan-Bacaan Dalam Ruku’

وح . 1 وس رب الملئكة والر سبوح قد

)رواه مسلم(

“Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang Maha Memelihara dan

Menguasai sekelian malaikat dan ruh.”

[Riwayat Muslim]

سبحانك اللهم وبحمدك اللهم اغفرل . 2

)رواه البخاري(

“Maha Suci Engkau, Wahai Tuhan! Segala puji bagimu wahai Tuhan

dan ampunilah aku!”.

[H.R. Bukhari]

*Faedah: Nabi SAW membanyakkan bacaan ini dalam rukuk dan

sujudnya sebagaimana arahan Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

ابا كان إنه فسبح بحمد ربك واستغفره تو

Bermaksud ((Maka bertasbihlah dengan memuji TuhanMu dan

pohon ampunan kepadaNya sesungguhnya Dia adalah Penerima

Taubat)) [An-Nasr ayat: 3]

Page 10: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

9

، اللهم لك ركعت، وبك آمنت، . 3 ولك أسلمت، أنت رب

ي، ومي وعظمي خشع لك سمعي وبص

)وفي رواية: وعظامي( وعصبي،

{"رب العالمي به قدمي لله ت ل تق وما اس }

أبو عوانة والدرامي( )رواه مسلم

“Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku rukuk, hanya kepada-Mu aku

beriman, dan hanya kepada-Mu aku berserah diri Engkau Tuhanku.

Pendengaranku, penglihatanku, akalku, tulang-belulangku & urat-

uratku tunduk kepada-Mu, Semua langkah semata-mata untuk Allah,

Tuhan seru sekalian alam.”

[Riwayat Muslim, Abu ‘Uwanah & Ad-Darimi]

والعظمة . 4ياء وت والملكوت، والكب سبحان ذي الجب

)رواه أبو داود(

“Maha Suci Tuhan yang Maha Memiliki segala keperkasaan,

kekuasaan, kebesaran dan Keagungan.” [Riwayat Abu Daud]

Page 11: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

10

Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal

ا طيبا مباركا فيه، ]مباركا عليه . 1 نا ولك الحمد، حداكثي رب

نا ويرض[ )رواه مالك وأبو داود(كم يب رب

“Wahai Tuhan kami dan segala puji hanya milik-Mu, puji-pujian

yang banyak, baik, dan membawa keberuntungan [sebagaimana

diridhai dan dicintai Tuhan kami].”

[Riwayat Malik & Abu Daud]

موات والرض م . 2 وملء ما شئت من شئ بعد لء الس

)رواه مسلم(

“Pujian mencakup seluruh langit dan seluruh bumi dan segenap yang

Engkau kehendaki selain dari itu.”

[Riwayat Muslim]

والمجد أ . 3ل مانع لما أعطيت، ول معطي لما منعت هل الثناء

)رواه مسلم(ول ينفع ذا الجد منك الجد

“Yang berhak atas segala pujian dan keagungan, tidakk ada yang

dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang

dapat memberikan apa yang Engkau halangi dan tiada berguna

kekuasaan bagi orang yang memilikinya atas siksa-Mu.”

[Riwayat Muslim]

Page 12: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

11

Zikir-Zikir Dalam Sujud

وح . 1 وس رب الملئكة والر سبوح قد

)رواه مسلم(

“Maha Suci lagi Maha Kudus Tuhan semua malaikat dan roh.”

[Riwayat Muslim]

سبحانك اللهم وبحمدك اللهم اغفرل . 2

عليه( )متفق

“Mahasuci Engkau wahai Tuhanku, Tuhan Kami, dan dengan

memuji-Mu wahai Tuhan, berilah aku keampunan!”

[Riwayat Bukhari & Muslim]

ه وعلنيته . 3 له وآخره س ه أو ه وجل ه دق اللهم اغفر ل ذنبي كل

)رواه مسلم(

“Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku, kecilnya, besarnya,

awalnya, akhirnya yang nyata dan yang tersembunyi.”

[Riwayat Muslim]

والعظمة . 4ياء وت والملكوت والكب سبحان ذي الجب

(رواه النسائي)

“Maha Suci Tuhan Yang Maha Perkasa dan Memiliki segala

kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan Keagungan.” [Riwayat An-Nasa’i]

Page 13: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

12

اللهم ان أعوذ برضاك من سخطك، وأعوذ بمعافاتك من . 5

عقوبتك وأعوذ بك منك ل أحص ثناء عليك أنت كم أثنيت

)رواه مسلم(عل نفسك

“Wahai Tuhan! Dengan keredaan-Mu aku berlindung dari

kemurkaan-Mu dengan pengampunan-Mu aku berlindung dari siksa-

Mu, dengan perlindungan-Mu aku berlindung dari ancaman-Mu. Aku

tidak sanggup menghitung pujian terhadap-Mu sebagaimana Engkau

memuji diri-Mu sendiri (puji-pujian yang layak terhadap-Mu terlalu

besar).” [Riwayat Muslim]

Bacaan-Bacaan Sebelum Salam:

sesudah selesai baca tahiyyat akhir & sebelum memberi salam

د الخر فليستعذ بالله من أربع يقول: إذا فرغ أحد كم من التشه

أعوذبك من عذاب جهنم ومن عذاب القب اللهم إن ". 1

ال. ثم ج ومن فتنة المحيا والممت ومن ش )فتنة( المسيح الد

أبو عوانة والنسائي( )رواه مسلم ".يدعو لنفسه بم بداله

Page 14: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

13

“Apabila seseorang kamu selesai membaca Tasyahhud (Akhir) maka

hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat

(perkara) hendaklah dia mengucapkan: [Allahumma..Wahai Tuhan,

sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada seksaan

Neraka Jahannam, daripada seksaan kubur, daripada fitnah

(perdayaan) hidup dan mati; dan daripada kejahatan (fitnah) Al-

Masih Ad-Dajjaal.]

-Dan kemudian bolehlah meneruskan doa apa-apa yang terlintas

padanya” [Hadith Riwayat Muslim, Abu ‘Uwanah dan Nasa’i]

رت وما اللهم اغفرل ما . 2 رت، وما أس مت، وما أخ قد

م، وأنت فت، وما أنت أعلم به مني، أنت المقد أعلنت، وما أس

ر، لإله إل أنت )رواه مسلم( . المؤخ

“Ya Allah, ampunilah segala dosaku pada masa lalu dan akan datang,

yang aku lakukan dengan sembunyi atau yang aku lakukan dengan

terang-terangan dan apa saja perbuatanku yang berlebihan. Engkau

lebih tahu tentang hal itu daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan

Engkaulah yang terkemudian, tiada ada Tuhan kecuali Engkau.”

[Riwayat Muslim]

اللهم إن أعوذ بك من ش ما عملت، ومن ش ما ل أعمل . 3

)رواه النسائي(]بعد[

Page 15: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

14

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari akibat-akibat buruk

perbuatan yang telah aku lakukan [Kerugian dari kesalahan yang

telah aku lakukan atau kerugian dari kebaikan yang belum aku

lakukan.] dan yang belum aku lakukan.”

[Hadith Riwayat An-Nasa'i]

)رواه أحد والبيهقي( . اللهم حاسبني حسابا يسيا. 4

“Ya Allah, hitunglah (amal) ku (pada hari akhirat) dengan

perhitungan yang mudah.“

[Riwayat Ahmad & Al-Baihaqi]

اللهم أعني عل ذكرك و شكرك و حسن عبادتك . 5

)رواه أحد أبو داود و النسائي(

“Wahai Tuhan, bantulah aku dalam mengingatiMu, bersyukur

kepadaMu dan memperbaiki ibadatku kepada-Mu.”

[Riwayat Ahmad, Abu Daud & An-Nasa’i]

Doa-Doa Membaca Al-Quran

للهم إن عبدك ابن عبدك ابن أمتك ناصيتي بيدك، ماض ا . 1

في حكمك، عدل في قضاؤك، أسئلك بكل اسم هو لك،

Page 16: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

15

مته أحدا من خلقك، أوأنزلته في يت به نفسك، أو عل سم

عل القرآن كتابك، أو استأثرت به في علم الغيب عندك، أن ت

ي .ربيع قلبي، ونور صدري، وجلء حزن، وذهاب هي وغم

)رواه أحد(

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak

hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku

berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu

adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang

menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau

Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada

seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu

ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai

penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta

pelenyap bagi kegelisahanku."

[Riwayat Ahmad]

اللهم ارحنا بالقرآن، واجعله لنا اماما ونورا وهدى ورحة، . 2

رنا منه ما ن منا منه ما جهلنا، اينس اللهم ذك وارزقنا تلوته وعل

ة يا رب العالمي آناء ليل وأطراف النهار، واجعله لنا حج .ال

Ertinya: “Ya Allah sayangi kami dengan Al-Qur’an, jadikan Ia

pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami, Ya Allah

ingatkan kami atas segala yang dilupakan dan ajari kami dari apa

Page 17: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

16

yang kami tidak tahu, dan kurniakan atas kami kesempatan untuk

membaca Al-Qur’an siang dan malam, dan jadikan Al-Qur’an

sebagai hujjah bagi kami Wahai Tuhan semesta alam”

i) Pada doa khatam ataupun sesudah selesai membaca Al-Quran

tidak disebut; “Nasiina” (Aku lupa (hafalan) ayat sekian dan sekian)

bahkan yang dianjurkan adalah mengatakan; “Nussina” “Aku

dilupakan dari ayat sekian”.

ii) Huraian: Berpandukan kepada Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a

katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila

seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini,

tetapi sebenarnya (katakanlah) dia dilupakan. Sentiasalah membaca

Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari

dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari

sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa

unta duduk supaya unta tersebut tidak lari). [Riwayat Muslim]

iii) Faedah: Lafaz do’a yang seperti ini adalah amalan panduan

orang-orang soleh yang terdahulu.

Doa Qunut Terawih / Nazilah

نا . 1 اللهم اهدنا فيمن هديت، وعافنا فيمن عافيت، وتول

يت، وبارك لنا فيم أعطيت، وقنا ش ما قضيت، فإنك فيمن تول

ه ل يذل من واليت، ول ي عز من تقض ول يقض عليك، وإن

Page 18: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

17

نا وتعاليت، فلك الحمد عل ما قضيت، عاديت، تباركت رب

نوب والطايا ونتوب إليك .نستغفرك اللهم من جيع الذ

“Ya Allah tunjukkan kami sebagaimana mereka yang telah Engkau

berikan petunjuk. Berikan kesihatan kepada kami sebagaimana

mereka yang telah Engkau berikan kesihatan, dan peliharalah kami

sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah

keberkatan bagi kami pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan, dan

selamatkan kami dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka

sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Menghukum dan bukannya

yang kena hukum, dan sesungguhnya tiada kehinaan atas sesiapa

yang Engkau pimpin, dan tiada pula kemuliaan atas mereka yang

Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan (dengan

segala) sifat keTinggianMu. Maka bagi Engkaulah segala pujian di

atas apa yang Engkau hukumkan. Kami mohon ampun dari-Mu atas

segala dosa dan kesalahan (yang telah kami kerjakan) dan kami

kembali (bertaubat) kepada-Mu.”

ول به بيننا وبي معصيتك، اللهم اقسم لنا من خشيتك ما ت

ن به علينا غنا به جنتك، ومن اليقي ما تو ومن طاعتك ما تبل

نيا، ومتعنا اللهم بأس اتنا أبدا ما مصآئب الد معنا و أبصارنا وقو

Page 19: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

18

أبقيتنا، واجعله الوارث منا، واجعل ثأرنا عل من ظلمنا،

عل مصيبتنا في ديننا، نا عل من عادانا، ول ت وانص

Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut kepadaMu yang boleh

menghalang kami daripada membuat maksiat kepadaMu, berikanlah

semangat untuk membuat ketaatan kepadaMu yang dapat

menyampaikan kami kepada SyurgaMu, berikanlah keyakinan yang

dapat meringankan semua bala musibah dunia yang menimpa kami,

kekalkanlah nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami

selama Engkau menghidupkan kami, jadikanlah kesemua itu sebagai

warisan daripada kami, berikanlah kami kekuatan untuk membalas

sesiapa yang menganiaya kami, berikanlah kami pertolongan

terhadap sesiapa yang memusuhi kami, janganlah Engkau turunkan

musibah ke atas agama kami, jangan Engkau jadikan dunia ini

kemuncak yang ditentukan oleh kami dan segala yang dicari dalam

pengetahuan kami, dan janganlah Engkau biarkan orang jahat yang

tidak ada sifat balas kesihan menguasai diri kami.

نا، و نا ول مبلغ علمنا، ول إل النار مصي نيا أكب ه عل الد ل ت

يافك واجعل الجنة هي دارنا، ول تسلط علينا بذنوبنا من ل

احي .فينا ول يرحنا، برحتك يآ أرحم الر

Dan janganlah Engkau jadikan (kepentingan) dunia, menjadi sebesar-

besar tumpuan hidup kami, dan tidak juga (kebesaran dunia) yang

Page 20: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

19

menjadi tujuan Ilmu (yang telah kami pelajari), dan janganlah pula

Neraka bakal menjadi tempat kembali terakhir buat kami, sebaliknya

jadikanlah Ya Allah! Syurga tempat duduk kekal buat kami, dan

janganlah Engkau jadikan kami terbelengu di bawah kuasa mereka

yang tidak ada rasa takut terhadapMu, serta tiada sifat Rahmat

(angkuh-zalim) ke atas kami, (mungkin sahaja) disebabkan akan

dosa-dosa yang telah pernah kami kerjakan.

، وهب ال سيئي منا م ـاللهم اغفرلنا في ليلتنا هذه أجعي

( . وت، ويا سابق الفوت، اللهم ي ( 3xللمحسني ا سامع الص

د ويا كاس العظام لحم بعد الموت، صل وسلم عل سيدنا مم

د وعل أل سيدنا مم

Ya Allah! Ampunkanlah semua kami yang hadir pada malam ini

(3x), dan ubahkanlah (sekiranya) sesiapa yang tidak baik (dari

kalangan kami) agar menjadi golongan muhsisin (mereka yang

sentiasa melakukan kebajikan).

ا إل اللهم ل تدع لنا في مقامنا هذا ذنبا إل غفرته، ول ه

جته، ول دينا ته، ول مريضا إل فر ا إل يس إل قضيته ول عسي

Page 21: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

20

شفيته، ول ميتا إل رحته، ول مبتل إل عافيته ول عيبا إل

ة إل أصلحته، ول دعآء إل استج ي ته، ول ذر بته، ول سآئل ست

مته، ول ضآل إل هديته، مته و فه إل أعطيته، ول جاهل إل عل

ا إل أغنيته، ول غنيا إل مته، ول فقي ول مسافرا إل سل

نيا والخرة هي لك رضا شكرته، ول حاجة من حو ائج الد

تا لنا برحتك يآ ولنا فيها صلح إل أعنتنا عل قضآئها ويس

احي .أرحم الر

Ya Allah! Janganlah ada dari kalangan kami yang berdiri (solat di

sini pada waktu ini) kecuali Kau ampunkanlah (Ya Allah) segala

dosanya, Engkau lepaskanlah segala kesempitannya, Engkau

tunaikanlah segala beban hutang-piutangnya, dan permudahkanlah

segala kepayahan (hidup)nya, janganlah ada dari kalangan kami pada

saat ini yang dalam keadaan sakit kecuali Engkau sembuhkan, ada

yang telah kematian saudara-maranya maka Engka cucurilah rahmat

ke atas arwah mereka, (ada di kalangan kami) yang sedang di timpa

bala ujian, Engkau pelihara dan lepaskanlah, tiadalah segala aib

kelemahan kami kecuali Engkau tutup (lindung)kanlah, buat semua

Page 22: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

21

zuriat keturunan kami Engkau perelokkanlah (Iman dan Akhlak

mereka), tiadalah segala hajat dan doa kami kecuali Engkau

perkenankanlah, tiada suatu pun permintaan kami kecuali Engkau

kurniakanlah, tiadalah dari kalangan kami yang masih jahil kecuali

Engkau ajar dan fahamkanlah , dan janganlah ada yang dalam

kesesatan kecuali Engkau berilah petunjuk buat mereka, mungkin ada

dari kalangan kami yang sedang dan akan bermusafir, Engkau

selamat dan sampaikanlah (ke destinasi yang di tuju), mungkin ada

yang dalam kefakiran, engkau cukupkanlah (dengan anugerah

nikmat-rezeki buat mereka), dari kalangan orang-orang kaya kami

pula Engkau jadikan mereka sentiasa bersyukur (tidak kufur), dan

tiadalah segala hajat dunia dan akhirat kami, yang Engkau Redha

ianya buat kami serta bermanfaat untuk kami, kecuali Engkau bantu

dan permudahkanlah (Ya Allah) untuk kami mengecapinya.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Luas Rahmat dan Kasih

Sayang (buat sekelian hambaMu).

ا نع وذ برضاك من سخطك، وبمعافاتك من عقوبتك، اللهم إن

وبك منك ل نحص ثنآء عليك، أنت كم أثنيت عل نفسك،

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung diri dengan sifat RedhaMu

daripada kemurkaan (yang mungkin Engkau akan timpakan ke atas

kami), dan dengan sifat Maha PengampunMu daripada terkena

kutukan dan balasanMu, kami sentiasa yakin akan bersama

denganMu dan kembali (suatu hari nanti) kepadaMu, Tiadalah

Page 23: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

22

termampu untuk kami hitung segala pujian ke atasMu, sebagaimana

Engkau Yang Maha layak untuk menyebut setinggi-tinggi pujian

buat ZhatMu (Yang Maha Agung).

د وعل أله وصحبه وسلم، والحمد لله وصل الله عل سيدنا مم

. رب العالمي

Kami panjatkan sembah dan salam serta doa kesejahteraan buat

junjungan mulia Nabi kami Muhammad (SAW), dan sesungguhnya

apa pun dariMu kami akan tetap tunduk mensyukurinya (Ya Rabb al-

‘Alamin).

Do’a mohon perlindungan dengan Allah SWT daripada

isteri/suami, anak-anak, teman karib yang jahat (tidak baik)

، ومن زوج تشيبني قبل . 1وء أعوذبك من جارالس اللهم إن

ا، ومن مال يكون عل عذابا، م ـال شيب، ومن ولد يكون عل رب

، إذا رأى م ومن خليل ماكر عينه تران وق حسنة ني لبه يرعان

.دفنها، وإذا رأى مني سيئة أذاعها

Page 24: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

23

Ya Allah! Aku berlindung diri denganMu daripada jiran (orang yang

hampir denganku) yang jahat, dan daripada suami/isteri yang

menyebabkan rambutku beruban sebelum waktunya (bersikap

sentiasa menyusah lagi menyakitkan), dan daripada anak-anak yang

menjadi Tuan ke atasku, dan daripada harta yang menjadi bala

(musibah) ke atasku, dan juga daripada kawan/teman rapat yang ia

(rupanya) bermuslihat jahat terhadapku, matanya melihatku sedang

hatinya memerhatikan (kelemahan dan merencana jahat untuk

memudharatkan)ku, apabila ada kebaikan dariku yang dilihatnya

akan dikebumikan sahaja, sebaliknya apabila ada sesuatu

kelemahanku yang dilihat (didapati)nya maka akan dipukul canang

merata-rata.

Doa Khusus Menghadapi Ujian Waba’ Covid-19

ص، والجذام، والجنون،ا. 1 أعوذ بك من الب ومن للهم إن

(والنسائي داود أبو )رواه سقام.ال سيئ

Ya Allah! Aku mohon perlindungan denganMu daripada penyakit

kusta, dan (penyakit) sopak, dan hilang akal, serta segala kuman

(virus) penyakit yang merbahaya (boleh membawa maut)

Page 25: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

24

بع وما أظللن ، ورب ال . 2 موات الس رضي اللهم رب الس

بع ياح الس ياطي وما أضللن ، ورب الر وما أقللن ، ورب الش

ا نسألك خي هذه القرية، وخي أهلها، و ا م ي خ وما ذرين ، فإن

أهلها، وش ما فيهاة، وش قري ال ه ا ، ونعوذ بك من ش هذ ه ي ف

)رواه مسلم(

Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan

penguasa tujuh lapisan bumi dan segala yang di atasnya, Tuhan yang

menguasai sekelian syaitan dan apa yang mereka sesatkan, Tuhan

yang menguasai angin dan apa yang diterbangkannya. Aku mohon

kepadaMu kebaikan ‘kampung’ ini, kebaikan penduduknya dan apa

yang ada di dalamnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan

‘kampung’ ini, kejahatan penduduknya dan apa yang ada di

dalamnya .

ك، وش ما ، أعوذ بالله أرض، رب وربك اللهيا . 3 من ش

خلق فيك، وش ما يدب عليك ، أعوذ بك من ش أسد

Page 26: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

25

عقرب ، ومن ساكن البلد، ومن والد ية وال ح ـوأسود، و من ال

)رواه أبو داود و أحد(. ا ولد وم

Wahai bumi, Rabbku dan Rabbmu adalah Allah, sesungguhnya aku

berlindung kepada Allah dari kejahatanmu dan kejahatan apa yang

ada di dalammu. Begitu pula dari kejahatan makhluk yang diciptakan

di dalammu dan dari kejahatan sesuatu yang merayap di atasmu. Aku

berlindung denganMu (Ya Allah) dari kejahatan setiap singa,

‘makhluk hitam’, ular serta kalajengking, juga dari kejahatan

penduduk negeri/daerah ini, dan dari kejahatan ‘orang tua dan

anaknya ”.

ات من ش ماأعوذ بكلمت الله . 4 )رواه مسلم( .خلق التام

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang Maha lengkap

sempurna (keseluruhannya) dari kejahatan segala apa yang telah

diciptakan .

أعوذ بك من زوال . 5 ل عافيتك، اللهم إن و نعمتك، وت

)رواه مسلم(. وفجاءة نقمتك، وجيع سخطك

Ya Allah! Lindungilah aku dari kegelinciran (kehilangan) nikmatMu

(yang telah sedia Engkau kurniaka), dan dari berubah-tukar

pemeliharaanMu (kesihatan yang sedia ada), dan dari tertimpa azab-

musibah secara tiba-tiba, serta (lindungilah kami) dari segala murka

azabMu.

Page 27: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

26

Munajat Al-Kafi المناجات الكاف

Allah Yang Maha Pencukupالله الكافي

نا الكافي Tuhan Kami Yang Maha Mencukupkan رب

Allah Yang Maha Pencukupقصدنا الكافي

Apapun Bahagian Kami Pasti Berpadaوجدنا الكافي

Setiap Apapun Untuk Kami Cukup (Berpada)لكل كافي

’Cukup Bagi Kami ‘Yang Maha Mencukupiفي كفانا الكا

Dia Sebaik Yang Mencukupkanالحمد لله ونعم الكافي

Page 28: PANDUAN DOA & ZIKIR - Masjid Darul Ghufran · 2020. 5. 8. · Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal..... 10 Zikir-Zikir ... [Kerugian dari kesalahan yang ... Doa-Doa Membaca Al-Quran ضٍnمَ

27

PANDUAN DOA & ZIKIR Edisi 2020

MASJID DARUL GHUFRAN