Panduan Exam N27

3
SUKATAN PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 1 . Tarikh Sukatan Peperiksaan Undang- Undang Kerajaan Dikuatkuasakan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam : 01 Januari 1994 2 . Matlamat Sukatan : i. Untuk menentukan bahawa Undang-Undang Umum yang berkaitan dengan pentadbiran dan bersangkutpaut dengan kerja-kerja harian dalam pentadbiran dapat diketahui oleh semua pegawai dalam kumpulan yang berkenaan. ii. Untuk menentukan semua pegawai memahami undang-undang yang berkenaan serta tahu menggunakannya dalam segala urusan harian mereka. 3 . Tujuan peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B lantikan terus. ii. Untuk tujuan kenaikan pangkat bagai pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL). 4 . Pegawai yang layak mengambil peperiksaan : i. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang disyaratkan mengikuti skim perkhidmatan dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan. ii. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL). 5 . Sukatan Peperiksaan Undang -Undang (termasuk masa dan soalan) : Bahagian I – Kod 5102 A

description

Kertas panduan peperiksaan undang-undang N27

Transcript of Panduan Exam N27

Page 1: Panduan Exam N27

SUKATAN PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAANBAGI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR

GRED N27

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan Dikuatkuasakan Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam : 01 Januari 1994

2. Matlamat Sukatan : i. Untuk menentukan bahawa Undang-Undang Umum yang berkaitan dengan pentadbiran dan bersangkutpaut dengan kerja-kerja harian dalam pentadbiran dapat diketahui oleh semua pegawai dalam kumpulan yang berkenaan.

ii. Untuk menentukan semua pegawai memahami undang-undang yang berkenaan serta tahu menggunakannya dalam segala urusan harian mereka.

3. Tujuan peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B lantikan terus.

ii. Untuk tujuan kenaikan pangkat bagai pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL).

4. Pegawai yang layak mengambil peperiksaan :

i. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang disyaratkan mengikuti skim perkhidmatan dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan.

ii. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang setaraf dengan Kumpulan B yang dilantik melalui kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL).

5. Sukatan Peperiksaan Undang -Undang (termasuk masa dan soalan) :

Bahagian I – Kod 5102 A

Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:-

Arahan Kepada Calon:

1. Jawab sepuluh (10) soalan sahaja daripada empat belas (14) soalan iaitu:

Seksyen I

Lima (5) daripada Tujuh (7) soalan yang terdiri daripada Arahan Perbendaharaan, Perintah-Perintah Am, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Panduan Pengurusan Pejabat.

dan

Seksyen II

Lima (5) daripada Tujuh (7) soalan yang terdiri daripada Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA).

2. Setiap soalan membawa 10 markah.

3. Calon-calon adalah dibenarkan merujuk buku Arahan Perbendaharaan, Perintah-Perintah Am, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Page 2: Panduan Exam N27

(PKPA).

Bahagian II – Kod 5102 BPERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG AM

Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:-

Arahan Kepada Calon:

1. Jawab sepuluh (10) soalan sahaja daripada empat belas (14) soalan.

2. Setiap soalan membawa 10 markah.

3. Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada undang-undang berkaitan;

i. Perlembagaan Persekutuan ( Bahagian 3 – Kewarganegaraan)ii. Akta Perwakilan Kuasa 1956 (Akta 358)iii. Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388)iv. Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120)v. Akta Kontrak 1950 (Akta 136)vi. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)vii. Akta Syarikat 1965 (Akta 125)viii. Kanun Tanah Negara 1965 - Penggal 11 (Bhg. 4, 5 & 5A)

Bahagian III - Kod 5102 D

SUBJEK JABATAN UNTUK PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:-

Arahan Kepada Calon:

1. Jawab empat (4) soalan sahaja daripada enam (6) soalan.

2. Setiap soalan membawa 25 markah.

3. Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada undang-undang berkaitan;

i. Akta Pencen 1980 (Akta 227)ii. Peraturan-Peraturan Pencen 1980iii. Akta KWSP 1991 (Akta 452)iv. Peraturan-Peraturan KWSP 2001v. Kaedah-Kaedah KWSP 1991vi. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 – P.U.(A) 75/2010vii. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993viii. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993

6. Keputusan :

Lulus/Kandas

7. Pengecualian :

Calon-calon yang lulus mana-mana Bahagian adalah dikecualikan daripada mengambil semula Bahagian tersebut.

8. Pemeriksa Akan Dilantik Oleh :

Panel Subjek Jabatan Perkhidmatan AwamMalaysia.

9. Bahasa(Soalan & Jawapan) :

Bahasa Malaysia

10. Aplikasi Atas Talian (on-line) melalui :

Portal Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awamhttp://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/

Borang PermohonanPeperiksaan Perkhidmatan AwamPermohonan mengikuti peperiksaan perkhidmatan awam melalui portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Semak Status PermohonanPeperiksaan Perkhidmatan AwamSemak status permohonan peperiksaan perkhidmatan awam dan cetak slip arahan menduduki peperiksaan.

Semak KeputusanPeperiksaan Perkhidmatan AwamSemakan keputusan peperiksaan perkhidmatan awam.

Slip peperiksaan dan keputusan peperiksaan juga hendaklah dicetak secara talian melalui portal di atas.