Panduan Guru_Episod 1

download Panduan Guru_Episod 1

of 15

Transcript of Panduan Guru_Episod 1

  • 1MODUL: Perubahan KimiaEpisod 1: Pemerhatian Kimia

    Panduan Mengajar Episod

    Hasil pembelajaran

    Pelajar akan dapat:

    Menyatakan 3 keadaan jirim

    Menyatakanperubahankeadaanjirimdalamprosesfizikal

    Memberikan contoh unsur dan sebatian

    Menyatakan tenaga ialah satu bentuk tenaga

    Memberikan contoh penggunaan haba

    Memberikan contoh pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan keadaan jirim

    Menerangkan perubahan keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba

    Kaitan kurikulum

    1.2 Memahami tiga jenis jirim

    2.2 Memahami unsur, sebatian dan campuran

    2.1 Memahami haba sebagai satu bentuk tenaga

    2.3 Menganalisis kesan haba pada jirim

  • 2Melakukan aktiviti

    Waktu 1

    Lembaran Kerja 1.1: Membezakan perubahan kimia dan fizikal dan mengenal pasti bukti-bukti perubahan kimia dan fizikal yang telah berlaku(Aplikasi dan penaakulan)

    Tunjukkan Slaid 1 dan 2, perkenalkan episod dan kemukakan objektif pembelajaran.

    Tunjukkan klip video Selamat Pagi Malaysia (ulang untuk pengukuhan). Lakukan dalam masa 5 minit.

    Edarkan Lembaran Kerja 1.1. Dalam kumpulan (3-4 orang), pelajar diminta membaca arahan aktivitidenganteliti.Bincangkansertarumuskanpandanganpelajartentangperbezaanperubahanperistiwasaintifikyangdialamiolehindividudalamvideotersebut.Kemudianmereka perlu menulis penerangan masing-masing tentang perubahan yang berlaku pada kotak kosong di Ruang 2 dalam jadual.

    Mintapelajarmengkajimaklumattentangperubahankimia/fizikaldanevidensyangperludiperhatikan apabila mengenal pasti perubahan ini.

    Pelajar kemudiannya perlu menggunting segi empat sama dalam Ruang 2 dan 3 untuk digunakan sebagai kad. Dalam kumpulan, minta pelajar membuat latihan menyusun kad untukmemadankankadpenerangandengankadperubahankimiadanfizikal.Tekankanbahawasetiapkumpulanperlumemberialasandanjustifikasiuntukjawapanmereka.

    Secara ringkas, buat ulasan tentang aktiviti tersebut untuk menguji pembelajaran mereka. Soalpelajar:Adakahmerekabolehmembezakanantaraperubahankimiadenganperubahanfizikal?Bolehkahmerekamenyatakanmaksudperubahankimia/Bagaimanakahmerekatahujikatindakbalaskimiatelahberlaku?

    Edarkan Aktiviti Luar Sekolah 1 kepada pelajar untuk dilakukan di rumah dan atau digunakan sebagaiaktivitikuizdalamkelas.

  • 3Jawapan

    Jawab soalan yang ditunjukkan pada slaid (yang disediakan dalam maklumat yang diberikan dalam lembaran kerja) (Lembaran Kerja 1.1).

    Jawapan bagi Lembaran Kerja 1.1

    Jadual1.1Memahamiperubahanfizikaldankimia

    Keadaan yang diperhatikan Apakah perubahan yang berlaku?

    Adakah perubahan fizikal?

    Adakah perubahan kimia?

    Gas dipasangkan dan api menyala

    Api menyala berwarna biru/kuning dan sangat panas.

    Tidak Ya

    Kulit telur dipecahkan Kulit telur pecah tetapi masih kelihatan seperti kulit telur

    Ya Tidak

    Telur digoreng di dalam kuali Telur masak, berubah rupa, warna, bentuk dan menjadi pepejal

    Tidak Ya

    Roti bakar di dalam pembakar roti

    Roti menhadi garing dan mempunyai warna keperang-perangan

    Tidak Ya

    Seorang lelaki yang sedang makan

    Dia mengunyah, menelan, menghadamkan makanan

    Tidak Ya

    Cerek yang diisi air dipanaskan di atas api

    Air menggelegak, mendidih, mengeluarkan wap

    Ya Tidak

    Gula ditambahkan ke dalam teh

    Gula larut dalam air panas Ya Tidak

    Ais ditambahkan ke dalam air panas

    Ais melebur dalam air Ya Tidak

    Tablet Vitamin C ditambahkan ke dalam air (mendesir)

    Tablet Vitamin C bertindak balas dengan air, mendesir, berbuih dan menghasilkan gas

    Tidak Ya

    Seorang lelaki menggosok gigi dan mencuci tangan

    Ubat gigi bercampur dengan air dan mengeluarkan sisa makanan pada gigi

    Tidak Ya

    Kereta dihidupkan dan bergerak mengeluarkan asap

    Petrol terbakar dalam enjin yang menghidupkan kereta dan mengeluarkan asap

    Tidak Ya

  • 4Jawapan kepada Aktiviti Luar Sekolah 1 (Tahap KBAT - Aplikasi)1. PerubahanFizikal

    2. PerubahanFizikal

    3. Perubahan Kimia

    4. Perubahan Kimia

    5. PerubahanFizikal

    6. Perubahan Kimia

    7. PerubahanFizikal

    8. Perubahan Kimia

    9. PerubahanFizikal

    10. PerubahanFizikal

    11. Perubahan Kimia

    12. Perubahan Kimia

    13. PerubahanFizikal

    14. PerubahanFizikal

    15. Perubahan Kimia

    16. Perubahan Kimia

    17. PerubahanFizikal

    18. Perubahan Kimia

    19. Perubahan Kimia

    20. Perubahan Kimia

    Sumber pembelajaran

    Persembahan PowerPoint

    LembaranKerja1.1:Membezakanperubahankimiadanfizikaldanmengenalpastibukti-buktiperubahankimiadanfizikalyangtelahberlaku

    Peralatan (setiap kumpulan)

    Sediakan lembaran kerja yang mencukupi untuk setiap pelajar. Lembaran kerja ini boleh dijadikan sebagai nota peribadi dan untuk tujuan ulang kaji.

    Sebilah gunting untuk setiap kumpulan

    Cadangan strategi alternatif

    Aktiviti 1.1 adalah sesuai dilakukan di semua sekolah. Jika anda tidak dapat memaparkan slaid PowerPoint, anda boleh mencetak slaid berkenaan untuk edaran kepada pelajar.

    Keselamatan

    Pelajar akan menggunakan gunting untuk memotong kad maka guru perlu menasihati pelajar supaya berhati-hati.

  • 5Waktu 2

    Lembaran Kerja 1.2 Tenaga tindak balas eksotermik dan endotermik(Pemahaman, Aplikasi, Sintesis, Penaakulan, Penilaian)

    Tunjukkan Slaid 3-5 untuk memulakan Aktiviti 1.2 dan adakan sesi soal jawab bagi soalan pada slaid (selama 5 minit).

    Guru menunjukkan sebatang tiub cahaya dan mengedarkan ke seluruh kelas sambil bertanyasamaadatiubcahayapanasatautidak,jikatidak,mengapa?(kira-kira2minit)

    Edarkan Lembaran Kerja 1.2 dan minta pelajar membaca serta berbincang dengan pasang masing-masing berdasarkan maklumat dalam Fasa 1 Tenaga Eksotermik dan Tindak balas Endotermik (kira-kira 10 minit)

    Tunjukkan Slaid 5 sekali lagi dan berikan pengukuhan tentang kepentingan aplikasi tiub cahaya, minta pelajar memberi maklum balas bagi maklumat pada Fasa 1. Kemudian tunjukkan slaid 6 dan 7 untuk mengulang kaji cara tiub cahaya berfungsi dan pastikan pelajar memberikan alasan untuk jawapan kepada soalan pada Slaid 7 (kira-kira 5 minit).

    Beritahu pelajar bahawa pada 2 waktu pembelajaran yang berikutnya penyiasatan menggunakan tiub cahaya akan dijalankan.

    Waktu 3 dan 4

    Minta pelajar merancang dan melakukan penyiasatan secara berkumpulan. Mereka perlu melihat Fasa 2 Lembaran Kerja 1.2.

  • 6 Tunjukkan Slaid 3-5 untuk memulakan Aktiviti 1.2 dan adakan sesi soal jawab bagi soalan pada slaid (selama 5 minit).

    Guru menunjukkan sebatang tiub cahaya dan mengedarkan ke seluruh kelas sambil bertanyasamaadatiubcahayapanasatautidak,jikatidak,mengapa?(kira-kira2minit)

    Edarkan Lembaran Kerja 1.2 dan minta pelajar membaca serta berbincang dengan pasang masing-masing berdasarkan maklumat dalam Fasa 1 Tenaga Eksotermik dan Tindak balas Endotermik (kira-kira 10 minit)

    Tunjukkan Slaid 5 sekali lagi dan berikan pengukuhan tentang kepentingan aplikasi tiub cahaya, minta pelajar memberi maklum balas bagi maklumat pada Fasa 1. Kemudian tunjukkan Slaid 6 dan 7 untuk mengulang kaji cara tiub cahaya berfungsi dan pastikan pelajar memberikan alasan untuk jawapan kepada soalan pada Slaid 7 (kira-kira 5 minit).

    Beritahu pelajar bahawa pada 2 waktu pembelajaran yang berikutnya penyiasatan menggunakan tiub cahaya akan dijalankan.

    Waktu 3 dan 4

    Minta pelajar merancang dan melakukan penyiasatan secara berkumpulan. Mereka perlu melihat Fasa 2 Lembaran Kerja 1.2.

    Perkenalkan penyiasatan dan konteksnya seperti yang disediakan pada Lembaran Kerja 1.2. Jika pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami arahan atau untuk memulakannya, anda boleh membantu mereka dengan mengemukakan soalan seperti:

    Pada pendapat anda, adakah dengan meningkatkan atau mengurangkan suhu akan mempengaruhi keamatan cahaya dan/atau tempoh cahaya bersinar (kira-kira 10 minit)?

    Maklumkan kepada pelajar bahawa mereka mempunyai 20 minit untuk merancang dan membuat catatan serta 30 minit untuk melaksanakan rancangan mereka menggunakan bahan dan peralatan yang sedia ada.

    Dua kumpulan akan diminta untuk melaporkan kepada kelas (5 minit setiap kumpulan) diikuti dengan ulasan ringkas (5 minit). Lebihan masa yang ada boleh digunakan untuk melengkapkan Lembaran Kerja 1.2, atau boleh digunakan sebagai kerja rumah.

    Jawapan untuk Slaid:

    Gambar dalam Slaid 3-6: Seorang lelaki dalam kecemasan dalam air, 2 penunggang basikal pada waktu malam; Ibu/anak terperangkap di hutan dengan cuaca yang buruk, seorang lelaki berkayak pada waktu malam, lampu amaran semasa kemalangan, kelip-kelip, obor-obor

  • 7Jawapan Slaid 3:

    Orangmudadalamgambarmemegangtiubcahaya,disebuahkonsertmuzikatauacaralain.

    Terdapat tindak balas kimia yang berlaku dalam tiub cahaya.

    Kita tahu tindak balas kimia berlaku kerana cahaya dihasilkan, tindak balas eksotermik atau tindak balas kimipendarcahaya.

    Jawapan Slaid 4:

    Kimipendarcahaya pada serangga (kelip-kelip-untuk menarik perhatian kelip-kelip yang lain) dan ubur-ubur menarik perhatian organisma lain yang akan menjadi makanan ubur-ubur di dalam laut.

    Jawapan Slaid 5:

    Kegunaan tiub cahaya pada mereka ialah: lampu kecemasan apabila tiada kuasa elektrik, umpan dan lampu untuk memancing waktu malam; perubatan/pergigian contohnya mengesan penyakit mulut/gusi, kanser, digunakan oleh tentera untuk operasi pada waktu malam, parti, konsert dan perayaan.

    Tiada tenaga haba dibebaskan dalam tindak balas tiub cahaya, semua tenaga dibebaskan sebagai cahaya

    Ya,keadaaniniialahtindakbalaseksotermikdantenagacahayadibebaskan(pendaflour)

    Jawapan Slaid 6:

    JawapandiberikanpadaslaiddanpadaLembaranAktiviti1.2

    Jawapan untuk Slaid 7 semasa demonstrasi tiub cahaya

    Tiubcahayatidakpanaskeranasemuatenagadibebaskansebagaicahaya.

    Jawapan kepada soalan dalam Bahagian 3 Lembaran Aktiviti 1.2-Tenaga-tindak balas eksotermik dan endotermik

    S1: Tiub cahaya daripada persekitaran yang sejuk akan lebih terang bila diletakkan di dalam persekitaran yang lebih panas dan sebaliknya. S2: Ya. Adalah baik untuk menyimpan tiub cahaya di dalam peti sejuk dan ia dapat memancarkan cahaya lebih lama. S3: Kecerahan pancaran cahaya akan kurang apabila tiub cahaya itu sejuk. S4: peningkatan suhu akan menambahkan kecerahan pada jangka waktu yang pendek.

  • 8Keselamatan

    Tiub cahaya digunakan setiap hari di rumah, untuk parti, konsert dan lain-lain dan selamat jika dikendalikan dengan baik serta bahan kimia disimpan dalam tiub cahaya. Jadi, tiub cahaya tidak boleh dipotong atau dibiar terbuka. Walaupun pembungkusannya menyatakan bahawa tiub cahaya bukan toksik tetapi terdapat penyataan yang menyatakan bahawa tiub cahaya tidak boleh dibocorkan, dipotong atau dimusnahkan. Penggunaan tiub cahaya yang mempunyai kualiti yang baik adalah selamat jika bahan kimia yang tersimpan di dalamnya mengikut arahan seperti yang ditetapkan. Jika berlaku kemalangan, terkena kulit atau tangan akibat kebocoran bahan kimia, disarankan bilas dengan air selama 15 minit serta dapatkan rawatan perubatan.

    Tunjukkan kepada pelajar cara-cara memecahkan tiub cahaya dengan berhati-hati dan cermat. Tindakan ini sama seperti bahan kimia lain dalam makmal.

    Air panas kira-kira 55-60C diperlukan untuk penyiasatan ini. Untuk mengelakkan pelajar membawa atau memanaskan air, guru/pembantu makmal akan menyediakan air yang mempunyai suhu kira-kira 70C dan kemudian air tersebut akan dimasukkan ke dalam bikar bagi setiap kumpulan. Pastikan pelajar diingatkan untuk menggunakan air panas dengan berhati-hati iaitu pada suhu 5560 C, supaya tidak membahayakan diri seperti peleburan penutup tiub cahaya dan lain-lain.

    Sumber pembelajaran

    Persembahan PowerPoint: Episod 1 Pemerhatian Kimia

    Persembahan Prezi: Episod 1 Pemerhatian Kimia

    Lembaran kerja 1.2 Tenaga tindak balas eksotermik dan endotermik

    Peralatan (setiap kumpulan)

    3 bikar kecil (100 or 250 ml)

    2 termometer

    3 tiub cahaya yang sama (mungkin berlainan warna jika satu warna tidak diperoleh)

    Bekalan air panas

    Bekalan ais

  • 9 Bekalan surat khabar/bahan yang serupa/kadbod/ pita pelekat atau gam untuk mencipta bayang-bayang daripada cahaya matahari yang terang (ini boleh membantu semasa pemerhatian tiub cahaya).

    Lembaran kerja yang mencukupi untuk setiap pelajar. Lembaran kerja ini boleh dijadikan sebagai nota peribadi dan untuk tujuan ulang kaji.

    Sebilah gunting untuk setiap kumpulan

    Cadangan strategi alternatif

    Lembaran Kerja 1.2 adalah sesuai dilakukan di semua sekolah yang mempunyai bahan - bahan asas. Bikar boleh digantikan dengan bekas plastik/polistirena (pastikan air panas tidak terlalu panas). Jika anda tidak boleh memaparkan PowerPoint, anda boleh mencetak slaid-slaid tersebut sebagai edaran kepada pelajar.

  • 10

    Waktu 5

    Lembaran Kerja 1.3: Menyiasat tindak balas kimia hot can(Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis, Penaakulan)

    Tunjukkan Slaid 8 untuk memulakan Lembaran Kerja 1.3 dan adakan sesi soal jawab dengan menyoal soalan yang berikut:

    Adakahandapernahmelihatataumendengartentanghotcanini?

    Apakahagaknyakegunaanhotcan?

    Dimanakahhotcanpertamakalidicipta?(5minit)

    Tunjukkan hot can sebenar (contoh bekas kopi panas sendiri); biar sebahagian pelajar melihatnya. Buka dan tunjukkan cara bekas kopi inimemanaskan kopi: Dapatkan sedikit maklum balas:

    Pada pendapat anda, bagaimanakah tenaga haba untuk memanaskan kopi atau sup didalamtindihasilkan?

    Bolehkah anda meramalkan tindak balas kimia yang mungkin digunakan untuk melakukannya?(5minit)

    Untukmembantupelajar(mintamerekaberfikirsemulatentangLembaranKerja1.2(Tiubcahaya) serta Fasa 1 bagi Lembaran kerja 1.2 yang juga memberikan maklumat tentang tindak balas eksotermik). Berikan masa untuk mereka berbincang dalam kumpulan bagi mencari penyelesaian/jawapan (5 minit).

    Edarkan Lembaran Kerja 1.3 yang memberikan maklumat tentang tindak balas kalsium oksida (CaO)/air (H2O) yang digunakan dalam hot can pada Fasa 1 dan beri masa untuk pelajar membacanya (5 minit).

    Beritahu pelajar bahawa mereka akan diminta untuk melakarkan pelan reka bentuk bagi penyiasatan untuk membuat satu model tindak balas hot can di dalam kelas yang kemudian akan ditunjukkan oleh guru. Sediakan konteks untuk tugasan yang diberikan dalam Fasa 2 Lembaran Kerja 1.3.

  • 11

    Jika pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami arahan atau memulakan penyiasatan, anda mungkin boleh membantu mereka dengan mengemukakan soalan atau komen seperti yang berikut:

    Tahukah anda bahawa hot can ialah bekas pemanas tin jadi, bagaimanakah anda bolehmembuatmodelbegitudenganmenggunakanperalatanyangada?

    Dimanakahkopidisimpandalamtinitudandimanakahtindakbalasberlaku?

    Bagaimanakah anda dapat pastikan hanya sedikit haba yang terbebas ke dalam bilik darjah?

    Fikirkan tentang pemboleh ubah anda apakah pemboleh ubah malar dan pembolehubahdimanipulasikan?

    Apakah hipotesis anda apakah yang anda ramalkan akan berlaku pada bacaan suhu apabila anda menggunakan contohnya dua jumlah kalsium oksida yang berbezadenganjumlahairdankopiyangsama?

    Nota: Sebahagian pelajar mungkin mencadangkan dalam reka bentuk mereka bahawa kopi boleh dimasukkan ke dalam bahagian tengah atau ruang dalam tin atau bikar kecil, dan tindak balas kalsium oksida/air berlaku pada bahagian luar tin/bikar besar, sementara sebahagian pelajar lain mungkin mencadangkan jawapan sebaliknya, yang merupakan keadaan bagi produk hot can Malaysia. Produk lain meletakkan minuman pada bahagian tengah/ tin yang berada di dalam (peringkat 1 Lembaran Kerja 1.3 dan gambar kedua bagi Slaid 9 PowerPoint) (15minit).

    Waktu 6 dan 7

    Pertama sekali maklumkan kepada pelajar bahawa mereka mempunyai masa 20 minit untuk menghasilkan pelan reka bentuk dan reka bentuk rajah bagi radas yang diperlukan bagi demonstrasi penyiasatan mereka) (20 minit).

    Semak reka bentuk yang dihasilkan pelajar dan lakukan demonstrasi penyiasatan (anda mungkin memerlukan bantuan 1 atau 2 orang pelajar untuk mengambil bacaan suhu (mesti memakai gogal) (20 minit). Untuk demonstrasi yang lebih lanjut tentang cara untuk menjalankan demonstrasi tersebut, sila rujuk pada Nota Demonstrasi Guru di akhir bahagian ini.

    Tunjukkan Slaid 9 dan gunakan soalan itu untuk menyemak hasil penyiasatan (10 minit)

    Kemukakan soalan ini dan gunakannya sebagai asas bagi projek mini (lihat Aktiviti Luar Sekolah 2).

    Bolehkahandakenalpastitindakbalaseksotermiklainyangjugaberlaku?

  • 12

    Bolehkahandamengkajitindakbalasendotermikyanglain?

    Padapendapatanda,bolehkahkitamenciptachillcanuntukminumansejuk?

    Mengapakahandatidaklakukankajiantentangnya?

    Cadangkan kepada pelajar untuk menggunakan maklumat dalam Lembaran Kerja 1.3 untuk membantu mereka melakukan kajian ini dan minta mereka untuk memberi perhatian kepada nota tentang tindak balas endotermik (15 minit). Tonton video demonstrasi bagi tindak balas endotermik antara barium hidroksida dengan ammonium nitrat serta bicangkan (10 minit): http://www.youtube.com/watch?v=5RJLvQXce4A

    Jawapan Jawapan Slaid:

    Hot can digunakan untuk memanaskan minuman dalam tin.

    Hot can telah dihasilkan di Malaysia pertama kali pada tahun 1995 dan dikomersialkan pada tahun 1999.

    Tenaga haba dihasilkan untuk memanaskan kopi atau sup di dalam tin melalui tindak balas kimia eksotermik yang membebaskan tenaga haba dan dipindahkan untuk memanaskan minuman.

    Tindak balas kimia yang digunakan untuk melakukan proses ini ialah kalsium oksida (atau kalsium klorida) yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan haba.

    Jawapan Lembaran Kerja 1.3:

    S1: Adalah penting untuk menebat bahagian luar bekas supaya haba minumun/kopi tidak hilang ke persekitaran S2: Kalsium oksida/Air adalah sangat eksotermik dan akan membebaskan haba yang agak signifikanuntukmemanaskankopidengancepatdanpadasuhuyangsesuai

    Jawapan bagi soalan yang dikemukakan dalam Aktiviti Luar Sekolah 2 terdapat pada Lembaran Kerja 1.2 dan 1.3.

  • 13

    Keselamatan

    Demonstrasi guru bagi reka bentuk model maklumat hot can yang dihasilkan oleh pelajar:

    Tindak balas kalsium oksida/air ialah satu tindak balas eksotermik yang agak kuat, menghasilkansejumlahhabayangsignifikan.Bahanoksidaitumenghakissertamerengsakankulit dan mata, maka pelindung mata perlu dipakai dan sarung tangan plastik pakai buang dicadangkan. Berhati-hati semasa mengendalikan bekas atau bikar semasa tindak balas, kerana bekas atau bikar mungkin panas. Jangan buang sisa bahan tindak balas di dalam sinki biasa tetapi kumpul dalam bekas berasingan bagi pembuangan bahan kimia yang mengkakis. Tindak balas adalah mudah jika langkah keselamatan dipatuhi. Jika bantuan pelajar diperlukan, contohnya untuk mengambil bacaan suhu bagi mengesahkan bacaan kepada kelas, mereka juga perlu memakai gogal dan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan jika berlaku sebarang tumpahan bahan kimia.

    Sumber Pembelajaran

    Persembahan PowerPointPersembahan PreziLembaran Kerja 1.3 Menyiasatkan tindak balas kimia pada hot can

    Peralatan (setiap kumpulan)

    Lembaran kerja yang mencukupi untuk setiap pasangan atau kumpulan dengan 3-4 orang. Semua pelajar akan mendapat salinan individu, supaya mereka boleh menggunakannya sebagai nota peribadi dan untuk mengulangkaji terutamanya Aktiviti Luar Sekolah 2.

    Walaupun pelajar sebenarnya tidak melakukan amali penyiasatan, aktiviti ini mungkin dapat membantu mereka menghasilkan reka bentuk dan perancangan melalui pemilihan peralatan dan bahan yang digunakan untuk penyiasatan ini.

    Satu set peralatan dan bahan boleh disediakan:

    Pilihanbikaryangpelbagaisaiz:kecil(100ml),sederhana(250ml),besar(400ml)

    2 termometer

    1 alas tempat eksperimen

    Sepasang penyepit

    Bahan penebat seperti jalur polistirena, kain felt atau kad bergerigi, untuk membalut bahagian luar bikar besar, pita pelekat untuk membalut

    2 botol kecil dengan penutup yang mengandungi serbuk kalsium oksida atau dalam bentuk butiran (atau gentian kalsium klorida kontang) yang dilabel kalsium oksida boleh dilihat tetapi jangan dibuka 5 gram dan botol lain dilabel kalsium oksida boleh dilihat tetapi jangan dibuka 10 gram.

  • 14

    Botol air berlabel

    Larutan serbuk kopi dalam air (pilihan lain yang boleh memberi rupa kopi)

    Mesin penimbang (untuk menyemak ketepatan jisim bagi penyiasatan)

    Demonstrasi guru bagi model hot can

    Termometer

    Kopi

    Kalsium oksida + air

    Pilih peralatan yang ditunjukkan di atas untuk menyediakan demonstrasi bagi penyiasatan yang berikut.

    Sediakan 2 set radas ini. Set pertama akan menggunakan campuran 5g Kalsium oksida/20ml air dalam bikar kecil (100ml); set kedua untuk campuran 10g Kalsium oksia/20ml air. Dalam bikar yang lebih besar (250ml), kedua-duanya mempunyai 50ml larutan kopi pada suhu bilik (ambil bacaan suhu ini dahulu), letakkan bikar kecil yang mengandungi 5 atau 10g Kalsium oksida di dalam bikar besar yang mengandungi serbuk kopi, pastikan ia terletak pada dasar bikar besar. Jika tidak letakkan pemberat kecil kacau dengan cermat dan ukur suhu tertinggi bagi kopi. Letakkan penebat di luar bikar besar dan tutup permukaan bikar, hanya sediakan lubang untuk termometer sahaja.

    Guru perlu mencuba demonstrasi terlebih dahulu sebelum menunjukkannya kepada pelajar bagi menentukan jumlah campuran Kalsium oksida/air yang optimum bagi mendapatkan perubahan suhu yang ketara.

    HalinikeranasampelKalsiumoksidaberbezadanbergantungkepadajangkahayatsertakualiti. Bersedia untuk menukarkan campuran bagi mendapatkan peningkatan suhu yang baik dalam eksperimen anda. Semasa demonstrasi, soal pelajar tentang pemboleh ubah dimalarkan (air dalam campuran Kalsium oksida/air dan sampel kopi) dan pembolehubah dimanipulasikan (Kalsium oksida).

    Patuhi langkah keselamatan. Gunakan gogal dan atau sarung tangan pakai buang yag diberikan dengan berhati-hati. yang diberikan dengan berhati-hati.

  • 15

    Nota Tambahan untuk demonstrasi penyiasatan:

    Hot can adalah sebuah tin di dalam tin, oleh itu guru boleh menghasilkan satu model dengan menggunakan bikar (campuran kasium oksida/air) dan diletakkan dalam bekas yang lebih besar untuk memegang minuman kopi disekeliling bikar yang lebih kecil.

    Minuman kopi berada di bahagian luar dan mengelilingi bahagian tengah atau bahagian dalam tin di mana tindak balas berlaku. Untuk sesetengah hot can hal ini adalah terbalik dan kopi diletakkan di bahagian tengah manakal bahan tidak balas diletakkan pada bahagian luar tin.

    Pastikan hanya sedikit haba sahaja yang dibebaskan ke persekitaran bilik darjah dengan menggunakan bahan penebat seperti polisterena atau mengikat bikar dengan pita pelekat di bahagian luar. Letak sekeping kad atau polistirena berlubang (untuk termometer) merentangi atas bikar yang lebih besar.

    Pemboleh ubah dimalarkan: salah satu daripada bahan tindak balas dalam campuran Kalsium oksida/air (sebaik-baiknya Kalsium oksida) dan isi padu kopi (contohnya 50 ml).

    Ramalan/hipotesis: apabila jumlah bahan tindak balas (Kalsium oksida) bertambah (pastikan isi padu air dan serbuk kopi adalah tetap) suhu akan meningkat.

    Cadangan strategi alternatif

    Hanya sejumlah kecil peralatan asas makmal diperlukan untuk demonstrasi guru bagi model hot-can makmal atau bilik darjah. Jika ada masalah untuk mendapatkan kalsium oksida atau kalsium klorida kontang. Bekas lain selain bikar kaca, seperti balang kaca mungkin boleh digunakan, namun cuba elakkan penggunaan cawan plastik atau polistirena kerana jumlah haba yang dibebaskan dalam tindak balas agak tinggi.

    Jika peralatan tersedia secukupnya, pelajar boleh melakukan penyiasatan sendiri dengan andaian bahawa pelajar cukup matang dan bersedia untuk melakukan eksperimen dengan selamat, serta mematuhi langkah keselamatan. Pelajar yang kurang bersedia mungkin perlu diberi perhatian yang lebih teliti jika amali ini ingin dilakukan sebagai aktiviti penyiasatan bagi seluruh kelas.Lakukan demonstrasi ringkas tentang penggunaan hot can, namun jika tdemonstrasi ini tidak dapat dilakukan, guru boleh menayangkan klip video yang berikut:

    http://hot-can.com/Malaysia/about_video.html

    atau video tentang makanan Cina panas kendiri

    http://www.youtube.com/watch?v=5OdMtr9UlKc