Panduan Menulis Persoalan Kajian(1)

24
MASTERS COUNSELLING UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Kuliah 2 (8 September 2012) PANDUAN MENULIS PERNYATAAN MASALAH (1): Menghuraikan senario berkaitan dengan tajuk. Senario ini hendaklah disokong oleh data terkini); (2): Tonjolkan aspek yang menjadi tumpuan penyelidikan sebelum ini. Jika boleh aspek ini hendaklah agak detail. (3): Tonjolkan aspek yang kurang diberikan tumpuan oleh penyelidik sebelum ini (4): (Disebabkan ianya kurang diberikan tumpuan), beberapa persoalan berkaitan dengannya boleh ditimbulkan, iaitu umpamanya seperti: (1)........., (2).........., (3).........., atau (4)............. (5): Kajian ini dilakukan untuk mengisi kekurangan ini. Secara khusus kajian ini dilakukan untuk (1)........., (2).........., (3).........., dan (4)............. CONTOH MENULIS PERNYATAAN MASALAH

Transcript of Panduan Menulis Persoalan Kajian(1)

MASTERS COUNSELLING UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Kuliah 2 (8 September 2012)

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN MASALAH

(1): Menghuraikan senario berkaitan dengan tajuk. Senario ini hendaklah disokong oleh data terkini); (2): Tonjolkan aspek yang menjadi tumpuan penyelidikan sebelum ini. Jika boleh aspek ini hendaklah agak detail. (3): Tonjolkan aspek yang kurang diberikan tumpuan oleh penyelidik sebelum ini (4): (Disebabkan ianya kurang diberikan tumpuan), beberapa persoalan berkaitan dengannya boleh ditimbulkan, iaitu umpamanya seperti: (1)........., (2).........., (3).........., atau (4)............. (5): Kajian ini dilakukan untuk mengisi kekurangan ini. Secara khusus kajian ini dilakukan untuk (1)........., (2).........., (3).........., dan (4).............

CONTOH MENULIS PERNYATAAN MASALAH

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2000), keluarga luar bandar secara puratanya mempunyai anak seramai 5.4 orang bagi setiap keluarga. Wan Ibrahim Wan Ahmad (1990) pula dalam kajian beliau ke atas wanita luar bandar di daerah Kuala balah, Kelantan menunjukkan wanita di situ memiliki anak seramai 6.4 orang bagi setiap keluarga. Maklumat ini menunjukkan keluarga di luar bandar pada umumnya memiliki anak yang ramai. Jumlah anak atau tahap fertiliti yang dimiliki wanita luar bandar telah berjaya menarik minat ramai pengkaji demografi di Malaysia. Sehingga kini tokoh-tokoh

demografi di Malaysia, seperti umpamanya Abdul Majid Md Salleh, Chan Kok Eng, Osman Yaacob, Asmah Ahmad, ataupun Wan Ibrahim Wan Ahmad sekadar beberapa contoh, telah berjaya mengkaji pelbagai aspek penting demografi di Malaysia. Bagaimanapun tokoh-tokoh ini hanya memberikan tumpuan ke atas aspek tertentu sahaja berkaitan fertiliti ini. Abdul Majid Md Salleh (1986), umpamanya, walaupun telah banyak mengkaji fertiliti, akan tetapi tumpuannya adalah lebih banyak ke atas perkaitan di antara pelbagai faktor ekonomi dengan fertiliti wanita. Chan Kok Eng (1989) pula, sesuai dengan latar belakang pengajiannya adalah geografi, banyak memberikan tumpuan ke atas perbezaan tahap fertiliti wanita mengikut ruang. Selain itu Osman Yaacob (1990), juga selain banyak mengkaji aspek mortaliti, juga turut memberikan tumpuan ke atas pengaruh faktor sosioekonomi ke atas fertiliti. Keadaan yang sama juga yang menjadi tumpuan Asmah Ahmad (1988) ataupun Wan Ibrahim Wan Ahmad (1990) dalam kajian-kajian mereka lakukan sebelum ini. Daripada pelbagai kajian tersebut, didapati tidak banyak penyelidik yang cuba memberikan tumpuan ke atas pengaruh faktor intermediate variables seperti yang pernah disarankan oleh tokoh demografi terkenal, Judith Black. Judith Black (1965) dalam kajian beliau menyarankan agar penyelidik fertiliti turut memberikan tumpuan ke atas faktorfaktor ini kerana bagi beliau faktor-faktor inilah yang sebenarnya yang mempengaruhi tahap fertiliti wanita. Bagi Judith Black, faktor intermediate variables boleh mempengaruhi tahap fertiliti secara langsung, sedangkan faktor-faktor lain, termasuk faktor sosio ekonomi dan demogarfi hanya mempengaruhi fertiliti secara tidak langsung. Bagaimanapun sehingga kini belum ada kajian yang menyelidiki pengaruh faktor intermediate variables ini ke atas tahap fertiliti wanita di Malaysia. Oleh kerana kajian ke atas aspek ini belum banyak dilakukan, maka beberapa persoalan berkaitan pengaruh faktor intermediate variables ini ke atas tahap fertiliti wanita di Malaysia masih menjadi tanda tanya. Umpamanya apakah bentuk perkaitan di antara kekerapan hubungan suami isteri dengan tahap fertiliti masih belum terjawab. Begitu juga adakah wanita yang menetapkan ingin memiliki anak yang ramai semasa memulakan perkahwinan juga akhirnya boleh menjadikan tahap fertilti wanita tersebut adalah tinggi? Pendeknya banyak persoalan berkaitan dengan hubungan di antara faktor intermediate variables ini dengan tahap fertiliti yang masih belum terjawab. Oleh yang demikian adalah diharapkan kajian yang dilakukan ini dapat memberikan jawapan ke atas persoalan tersebut.

TINJAUAN LITERATUR Ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian jika kita ingin menyelongkar litertatur; iaitu: (1): Definisi konsep yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan, terutamanya konsep atau pembolehubah terikat kajian; (2) Tengok teori yang sesuai dengan konsep @ pembolehubah terikat kajian (3) Cari data berkaitan atau kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji lain mengenainya (untuk mengenalpasti trend) (4) Kenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi variabel terikat penyelidik sebelum ini; yang digunakan oleh

(5) Sebagai tambahan, kita juga boleh mengenalpasti tokoh-tokoh utama yang telah mengkaji aspek yang kita kaji

Tinjauan Literatur Wan Ibrahim Wan Ahmad, dalam kajiannya di daerah Kuala Balah, Kelantan, seperti yang dilaporkan oleh Ali bin Abd. Rahman (2001) menunjukkan wanita desa pada umumnya memiliki anak seramai 5.6 orang. Ali bin Abd Rahman (2001), yang memetik kajian yang dilakukan oleh wan Ibrahim wan Ahmad, mendapati kebanyakan wanita desa memiliki anak seramai 5.6 orang. DESIGN PENYELIDIKAN 3 Jenis Utama; (1): Kuantitatif (2): Kualitatif (3): Mixed Method (Triangulation)

TEKNIK MENULIS TAJUK

Ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian apabila anda ingin menulis tajuk supaya tajuk tersebut menepati kehendak penulisan tajuk, iaitu: (1): Menggunakan perkataan yang menggambarkan teknik analisis data kajian. Ada tiga perkataanyang sesuai, iaitu (a) Perbezaan, (b) Perkaitan @ Hubungan, dan (c) Pengaruh; (2) Ada pembolehubah bebas kajian; (3) Ada pembolehubah terikat kajian; (4) Ada kawasan kajian (bergantung kepada penyelia) (5) Pendek dan menarik (not more than 15 words)

Contoh (yang boleh diterima) Perkaitan Di Antara Umur, Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Jumlah Anak Sedia Ada dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan Contoh (yang tidak boleh diterima) Perkaitan Di Antara Umur, Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan, Umur Pada Perkahwinan Pertama, Tempoh Perkahwinan, dan Jumlah Anak Sedia Ada dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan. Teknik Memperbaiki Tajuk Yang Kurang Baik (1): Menggunakan perkataan lain yang menggabungkan semua pembolehubah bebas kajian yang ada; Perkaitan Di Antara Faktor Sosiodemografi dan Ekonomi dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

(2): Meninggalkan semua perbolehubah bebas yang ada. Apa yang ada dalam tajuk baru hanyalah (pembolehubah terikat dan kawasan kajian sahaja); Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan

(3): Memulakan tajuk dengan frasa berikut, iaitu: "Faktor-Faktor Yang Berpengaruh ke Atas ...", atau Faktor-Faktor Yang Berpengaruh ke Atas Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan "Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan ...." Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan Tahap Fertiliti Wanita Daerah Kota Bharu, Kelantan TUGASAN (1): Siapkan pengumpulan data (2): Siapkan analisis data (siapkan jadual) (3): Terus menulis BAB 3, BAB 4 dan BAB 5

Sekian, Terima Kasih

5 Oktober 2012

BAB 1: PENDAHULUAN 1.1: Latar Belakang 1.2: Pernyataan Masalah 1.3: Objektif 1.4: Hipotesis 1.5: Kerangka Teori 1.6: Kerangka Konseptual 1.7: Definisi Operasional 1.8: Struktur Penulisan Bab 14: Persoalan Kajian 1.7: Definisi Operasional Terdapat beberapa pembolehubah dalam kajian ini yang difikirkan perlu untuk diberikan definisi secara operasional untuk mengelakkan kekeliruan pemahaman ke atasnya.

Pembolehubah tersebut ialah: (1) Penyertaan agama. Penyertaan agama dalam konteks kajian ini ialah kekerapan warga tua mengunjungi masjid untuk sembahayang fardhu berjamaah. (2) Kepatuhan agama. Selain penyertaan agama, kepatuhan agama adalah satu lagi konsep yang perlu diberikan definisi operasional dalam konteks kajian ini. Kepatuhan agama yang dimaksudkan dalam konteks kajian ini ialah pilihan jawapan responden ke atas satu pertanyaan yang menanyakan tentang tahap kepatuhan kepada suruhan agama yang diajukan kepada mereka. 1.7: Definisi Operasional Ada dua teknik untuk menulis definisi operasional dalam tesis, iaitu (1) direct bagi definisi operasional, (2) bagi definisi secara konsep dahulu. Bincangkan pembahasan mengenai definisi konsep itu seperti yang dibincangkan pelbagai penyilidik lain dahulu Contoh (1): Terdapat beberapa pembolehubah dalam kajian ini yang difikirkan perlu untuk diberikan definisi secara operasional untuk mengelakkan kekeliruan pemahaman ke atasnya. Pembolehubah tersebut ialah: (1) Penyertaan agama. Penyertaan agama dalam konteks kajian ini ialah kekerapan warga tua mengunjungi masjid untuk sembahayang fardhu berjamaah. (2) Kepatuhan agama. Selain penyertaan agama, kepatuhan agama adalah satu lagi konsep yang perlu diberikan definisi operasional dalam konteks kajian ini. Kepatuhan agama yang dimaksudkan dalam konteks kajian ini ialah pilihan jawapan responden ke atas satu pertanyaan yang menanyakan tentang tahap kepatuhan kepada suruhan agama yang diajukan kepada mereka. Contoh (2): Terdapat beberapa pembolehubah dalam kajian ini yang difikirkan perlu diberikan definisi secara operasional untuk mengelakkan kekeliruan pemahaman ke atasnya. Pembolehubah tersebut ialah: (1) Penyertaan agama. Penyertaan agama adalah satu konsep yang abstrak dan sukar untuk didefinisikan. Ada pengkaji yang mendefinisikan konsep ini berasaskan kepada kekerapan mengunjungi masjid, sementara ada pengkaji lain pula yang mendefinisikan konsep ini berasaskan kehadiran ke majlis berkaitan dengan keagamaan. Bagaimanapun penyertaan agama dalam konteks kajian ini ialah kekerapan warga tua mengunjungi masjid untuk sembahayang fardhu berjamaah.

BAB 2: SOROTAN LITERATUR 2.1: Pendahuluan 2.2: Definisi Pengabaian 2.3: Insiden Pengabaian 2.4: Kajian Lepas Pengabaian 2.5: Faktor Berkaitan Pengabaian 2.5.1: Faktor Demografi 2.5.2: Faktor Personal 2.5.3: Faktor Keluarga 2.6: Rumusan 2.1: Pendahuluan Dalam Bab 1 sebelum ini telah dibincangkan beberapa aspek berkaitan dengan pendahuluan kepada dalam kajian ini. Bab 2 ini pula membincangkan sorotan kajian lepas berkaitan dengan pengabaian ke atas warga tua. Secara khususnya, bab ini membincangkan definisi pengabaian, insiden pengabaian, kajian-kajian lepas berkaiatan pengabaian yang telah dilakukan sama ada di Malaysa ataupun di luar Malaysia. Dalam Bab 2 ini juga turut dibincangkan faktor-faktor yang berpengaruh ke atas insiden pengabaian. BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 2.1: Pendahuluan 2.2: Kawasan Kajian 2.3: Populasi dan Responden 2.4: Instrumen Kajian 2.5: Pengumpulan Data 2.5: Penganalisisan Data 2.6: Rumusan BAB 4: PROFIL KAWASAN DAN RESPONDEN 4.1: Pendahuluan 4.2: Profil Kawasan Kajian 4.3: Profil Responden 4.1: Jantina dan Umur 4.2: Pendidikan 4.3: Pekerjaan 4.4: Pendapatan Isirumah 4.5: Jumlah Anak 4.4: Rumusan 4.1: Jantina dan Umur

Dari segi jantina, sebahagian besar warga tua yang menjadi responden kajian adalah warga tua wanita. Daripada 60 orang warga tua yang ditemu selidik, 34 daripadanya adalah warga tua perempuan. Selebihnya, iaitu 26 orang responden lagi terdiri daripada responden lelaki (Jadual 1).

Jadual 1: Taburan Jumlah dan Peratusan Responden Mengikut Jantina -----------------------------------------------------Jantina Jumlah Peratus -----------------------------------------------------Lelaki 26 43.3 Perempuan 34 -----------------------------------------------------Jumlah 70 100.0 ------------------------------------------------------

56.7

Besarnya jumlah warga tua wanita dalam kajian ini didapati selari dengan pola umum jumlah warga tua dalam mana-mana masyarakat. Dalam masyarakat manapun juga jumlah warga tua wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki. Hal ini berkaitan dengan jangkaan hayat wanita yang lebih tinggi daripada jangkaan hayat lelaki. Disebabkan jangkaan hayatnya yang lebih panjang maka golongan wanita mempunyai peluang untuk hidup yang lebih lama berbanding lelaki. Hal inilah yang menjadikan responden wanita lebih ramai berbanding lelaki dalam kajian ini. Jadual 2: Taburan Jumlah dan Peratusan Responden Mengikut Umur -----------------------------------------------------Umur Jumlah Peratus -----------------------------------------------------59 dan (-) 60 69 70 79 80 dan (++ -----------------------------------------------------Jumlah 70 100.0 ------------------------------------------------------

BAB 5: FENOMENA PENGABAIAN 5.1: Pendahuluan 5.2: Jenis Perilaku Prososial 5.2: Fenomena Pengabaian 5.1: Secara Umum 5.2: Mengikut Profil 5.3: Rumusan BAB 6: FAKTOR BERKAITAN PENGABAIAN 6.1: Pendahuluan 6.2: Faktor Berkaitan Pengabaian 6.1: Umur 6.2: Tempoh Pendidikan 6.3: Jumlah Pendapatan 6.4: Jumlah Anak 6.5: Tempoh Kematian Pasangan 6.3: Rumusan

BAB 7: PENUTUP 7.1: Pendahuluan 7.2: Profil Responden 7.3: Fenomena Pengabaian 7.3: Faktor Pengabaian 7.3: Rumusan BAB 5: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.1: Pengenalan 5.2: Profil Responden 5.1: Jantina dan Umur 5.2: Pendidikan 5.3: Pekerjaan 5.4: Pendapatan Isirumah 5.5: Jumlah Anak 5.3: Jenis Perilaku Prososial 5.4: Fenomena Pengabaian 5.4.1: Secara Umum 5.4.2: Mengikut Profil 5.5: Faktor Berkaitan Pengabaian

5.5: 5.5.1: Umur

5.5.1: Umur 5.5.2: Tempoh Pendidikan 5.5.3: Jumlah Pendapatan 5.5.4: Jumlah Anak 5.5.5: Tempoh Kematian Pasangan Rumusan

Hasil analisis korelasi yang dilakukan di antara umur dengan skor perilaku sosial pelajar menunjukkan nilai r ialah +0.6402. Ini bererti terdapat hubungan yang positif di antara umur dengan tahap perilaku prososial pelajar sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Hubungan positif ini bermaksud semakin tinggi umur pelajar akan semakin tinggi tahap perilaku prososial mereka. Hubungan positif ini terjadi disebabkan pelajar yang umurnya lebih tinggi pada umumnya adalah lebih matang. Pelajar yang lebih matang selalunya lebih suka bersosial. Mereka juga tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti yang kurang sihat. Hasil kajian ini didapati tidak jauh berbeza dengan hasil kajian yang dilakukan ke atas aspek yang sama oleh beberapa pengkaji lain di tempat-tempat yang lain. Wan Ibrahim Wan Ahmad (1980) umpamanya yang turut mengkaji perkaitan di antara faktor sosiodemografi dengan tahap perilaku warga tua di daerah Kuala Terengganu juga mendapati wujudnya hubungan yang positif di antara dua pemboleh ini dalam kajiannya. Selain Secara umum sila tuan/puan nyatakan tahap kepatuhan tuan/puan kepada agama tuan/puan akhir-akhir ini. Sila tuan/puan nyatakan sama ada (1) amat tidak patuh, (2) tidak patuh, (3) tidak begitu patuh, (4) patuh, dan (5) amat patuh

Jadual 1: Taburan Jumlah dan Peratusan Responden Mengikut Jantina -----------------------------------------------------Tahap Kepatuhan Agama Jumlah -----------------------------------------------------Rendah 26 43.3 Sederhana 34 Tinggi -----------------------------------------------------Jumlah 70 100.0 ------------------------------------------------------

Peratus 56.7

Jadual 1: Taburan Jumlah dan Peratusan Responden Mengikut Jantina --------------------------------------------------------------------------------Tahap Profil Responden ---------------------------------------Rendah Sederhana Tinggi --------------------------------------------------------------------------------Jantina Lelaki 9 (10.2) 14 (78.4) 3 (24.8) Perempuan Umur 59 dan (-) 60 69 70 dan (+) Pendidikan Tidak Bersekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Lepas Menengah -------------------------------------------------------------------------------Jumlah 70 100.0 -------------------------------------------------------------------------------------------

Jadual 1: Taburan Jumlah dan Peratusan Responden Mengikut Jantina -----------------------------------------------------Janis Penyakit -----------------------------------------------------Darah Tinggi Kencing Manis

Jumlah 26 34

Jantung 19 -----------------------------------------------------Jumlah 70 100.0 ------------------------------------------------------

Komponen Objektif Teknik Menulis Objektif Kajian 1.3: Objektif Kajian Secara umumnya kajian ini dilakukan untuk menganalisis faktor-faktor berkaitan dengan perilaku prososial pelajar sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Secara khususnya pula kajian ini bertujuan untuk: (1): (2): (3): Menganalisis profil sosiodemografi pelajar sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan; Mengenalpasti tahap prilaku prososial pelajar sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan; dan Mengukur faktor berkaitan dengan tahap prilaku prososial pelajar sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan

Panduan Menulis Hipotesis (1): Menggunakan Hipotesis Nol Tidak terdapat perkaitan di antara di antara. (p/u bebas) dengan. (p/u terikat)

(2): Menggunakan Hipotesis Alternatif Terdapat perkaitan di antara. (p/u bebas) dengan. (p/u terikat)

Tidak terdapat perkaitan di antara 6.1: Umur 6.2: Tempoh Pendidikan 6.3: Jumlah Pendapatan 6.4: Jumlah Anak 6.5: Tempoh Kematian Pasangan

1.4: Hipotesis Kajian Berasaskan kepada objektif di atas, hipotesis kajian (Hipotesis Alternatif) ini adalah seperti berikut: (1): (2): (3): (4): (5): Tidak terdapat perkaitan di antara umur warga tua dengan fenomena pengabaian, Tidak terdapat perkaitan di antara tempoh pendidikan warga tua dengan fenomena pengabaian Tidak terdapat perkaitan di antara jumlah pendapatan warga tua dengan fenomena pengabaian Tidak terdapat perkaitan di antara jumlah anak warga tua dengan fenomena pengabaian

Tidak terdapat perkaitan di antara tempoh kematian pasangan warga tua dengan fenomena pengabaian FORMAT TUGASAN BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1: Pendahuluan 3.2: Kawasan Kajian 3.3: Populasi dan Responden 3.3.1: Kajian Pendahuluan 3.3.2: Pemilihan Responden 3.4: Instrumen Kajian 3.4.1: Pembuatan Soal Selidik 3.4.2: Ujian Normaliti 3.4.3: Kebolehpercayaan data 3.5: Pengumpulan Data 3.5.1: Temubual Berstruktur 3.5.2: Temubual Tidak Berstruktur 3.5.3: Pemerhatian 3.6: Penganalisisan Data 3.7: Rumusan

BAB 4: PROFIL SOSIODEMOGRAFI RESPONDEN 4.1: Pendahuluan 4.2: Profil Kawasan Kajian 4.3: Profil Sosiodemografi Responden 4.1: Jantina dan Umur 4.2: Pendidikan 4.3: Pekerjaan 4.4: Status Perkahwinan 4.5: Jumlah Anak 4.4: Pendapatan Isirumah 4.5: Jumlah Anak 4.4: Rumusan BAB 5: PENJAGAAN KESIHATAN 5.1: Pendahuluan 5.2: Tahap Penjagaan Kesihatan 5.1: Secara Umum 5.2: Mengikut Profil 5.3: Jenis Penyakit 5.4: Pilihan Rawatan 5.5: Perbandingan Rakan Sebaya 5.6: Rumusan

19 Oktober 2012 POPULASI DAN RESPONDEN KAJIAN Ada 2 kaedah pemilihan responden, iaitu (1) Pemilihan Secara Kebarangkalian, dan (2) Pemilihan Bukan Kebarangkalian MENGENALPASTI POPULASI Langkah: Mesti ada kawasan tertentu. Kita kena pilih berasaskan kepada persampelan bukan kebarangkalian (Secara bertujuan) Kena tahu jumlah keseluruhan populasi (1) melalui senarai yang sudah ada yang diperolehi daripada mana-mana agensi, ataupun (2) kena kenalpasti sendiri melalui satu aktiviti yang dinamakan sebagai Kajian Pendahuluan Kena siapkan senarai nama untuk keseluruhan anggota populasi tersebut. Senarai tersebut dinamakan sebagai Kerangka Persampelan.

Kerangka Persampelan ialah senarai yang memuatkan semua nama yang menjadi anggota kepada populasi yang menjadi target penyelidikan kita PEMILIHAN RESPONDEN Ada 2 kaedah pemilihan responden, iaitu: Pemilihan Secara Kebarangkalian, dan Pemilihan Bukan Kebarangkalian Pemilihan Secara Kebarangkalian Ialah satu teknik pemilihan responden yang memberikan peluang yang sama rata kepada semua anggota populasi untuk terpilih sebagai responden kajian. Jenis Pemilihan Secara Kebarangkalian Rawak Mudah Rawak Bersistematik Persampelan Berstrata Persampelan Kelompok Jenis Pemilihan Bukan Kebarangkalian Persampelan Mudah Persampelan Kuota Persampelan Bertujuan Persampelan Rantaian

3.3.2: Pemilihan Responden Responden dalam kajian ini ialah mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas berjumlah 101 orang. Mereka ini merupakan klien yang datang mendapatkan sesi kaunseling di Pusat Perkhidmatan Kaunseling, Daerah Kota Bharu Kelantan daripada bulan Januari 2012 hingga Mac 2012. Keseluruhan klien yang merupakan populasi kepada kajian ini ialah mereka yang datang mendapatkan sesi kaunseling dalam jangka masa tersebut yang berjumlah 500 orang. Responden dalam kajian ini ialah mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas berjumlah

101 orang. Mereka ini dipilih daripada keseluruhan populasi yang berjumlah 500 orang yang tinggal di Mukim Chetok, Pasir Mas Kelantan. Sebelum keseluruhan populasi tersebut diperolehi, satu kajian pendahuluan dilakukan terlebih dahulu. Dalam kajian pendahuluan ini, satu senarai lengkap keseluruhan penduduk berumur 60 tahun dan lebih telah dapat disiapkan. Untuk tujuan ini, satu lawatan ke kawasan kajian telah dilakukan. Dengan bantuan Ketua kampung serta penduduk sekitar, penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas yang tinggal di Mukim Chetok telah dapat dikenalpasti. Senarai lengkap ini digunakan sebagai kerangka persampelan kepada kajian ini. Responden dalam kajian ini berjumlah 101 orang. Mereka ini dipilih berasaskan kerangka persampelan yang dibentuk, menggunakan teknik persampelan rawak mudah, iaitu dengan menggunakan cabutan loteri. Apa yang dilakukan dalam cabutan loteri ini ialah, semua anggota populasi telah disiapkan satu nombor dan ditulis dalam gulungan kertas. Oleh kerana anggota populasi berjumlah 500 orang, maka akhirnya terdapat sebanyak 500 gulungan kertas. Semua gulungan kertas tersebut dimasukkan ke dalam balang. Semua responden dipilih daripada nama yang terdapat dalam balang tersebut. Penentuan responden kajian yang berjumlah 101 orang ini dibuat berasaskan kepada jadual penentuan sampel yang diberikan oleh Sakaran (2000). PENGUMPULAN DATA Temu bual (Faca-to-face Interview, melalui telefon, chating, berstruktur, tidak berstruktur) Soal selidik (emel, pos, FB., serahan tangan) Pemerhatian 3.5: Pengumpulan Data 3.5.1: Temubual Berstruktur 3.5.2: Temubual Tidak Berstruktur 3.5.3: Pemerhatian 3.5: Pengumpulan Data 3.5.3: Soal Selidik 3.5.1: Temubual Berstruktur 3.5.2: Temubual Tidak Berstruktur 3.5.3: Pemerhatian

Pengumpulan data untuk kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik tringulasi, iaitu dengan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data. Kaedah tersebut ialah temubual bersemuka, soal selidik dan pemerhatian.

3.5.1: Temubual Berstruktur Salah satu teknik pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan teknik temubua berstruktur. Dalam teknik ini

Teknik Menggubal Soal Selidik Siapkan terlebih dahulu Table of Content Pecahkan soal selidik kepada sekurang-kurangnya dua bahagian, Bahagian A yang menanyakan soalan berkaitan dengan profile responden, dan Bahagian B yang memuatkan pertanyaan berkaitan dengan pembolehubah terikat kajian

Apa Yang Perlu DiSoal Kuncinya ialah kita kena tengok Table of Content Bahagian A kena tengok Bab 4

Bahagian A: Latar Belakang Responden 1. Jantina (1) Lelaki (2) Perempuan 2. Umur.tahun 3. Tahap pendidikan (1) Tidak bersekolah (2) Sekolah Rendah (3) Sekolah Menengah (4) Lepas Menengah 4. Aliran pengajian (1) Sains (2) Sastera (3) Teknikal (4) Agama ( ) ( ) ( ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ) )

4.1: Jantina dan Umur 4.2: Pendidikan 4.3: Pekerjaan

4.4: Pendapatan Isirumah 4.5: Jumlah Anak

Bahagian B kena tengok Bab 5

Bahagian A: Perilaku Sosial Sila tandakan pernyataan berikut sama ada (1) amat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) tidak begitu, (4) setuju, dan (5) amat setuju No. Pernyataan 1 / 2 / / / / / / 5.2: Jenis Perilaku Prososial 5.2: Fenomena Pengabaian 5.1: Secara Umum 5.2: Mengikut Profil 3 4 5