Panduan Memohon Guru Cemerlang

18
Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan) Jumaat, Mei 31, 2013 Hal Guru 105 comments Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang. 1. Fahami jawatan Guru Cemerlang Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususandengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda! p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!" 2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.

description

panduan

Transcript of Panduan Memohon Guru Cemerlang

Page 1: Panduan Memohon Guru Cemerlang

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)Jumaat, Mei 31, 2013  Hal Guru  105 comments

Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.

1. Fahami jawatan Guru CemerlangDalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. 

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususandengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. 

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda! 

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!" 

2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepatPemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.

Page 2: Panduan Memohon Guru Cemerlang

Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan. 

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. 

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.

 3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkapSeterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:

Page 3: Panduan Memohon Guru Cemerlang

a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll) b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)d) LNPT (3 tahun berturut-turut)e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam Akademik, HEM  dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang permohonan,masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..

4. Fokus kepada subjek yang dipohonPerhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu. 

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda masukkan:a) Ketua Panitiab) guru kelas tambahanc) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)d) penceramah e) pemeriksa kertas soalanf) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)

Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!

5. Bahagikan tugas mengikut bidangBagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 32010 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 12010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains

Page 4: Panduan Memohon Guru Cemerlang

2011 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 12011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 12012 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 12012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!

6. Kumpulkan bahanSemasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda, inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.

Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu. 

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.

7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan InovasiDua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Page 5: Panduan Memohon Guru Cemerlang

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini 

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu mengajar, teknik atau kaedahmengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan animasi.

  8. Tonjolkan kelebihan diriSemasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik daripada anda. 

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada bahagian yang betul. 

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri, sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat. 

Page 6: Panduan Memohon Guru Cemerlang

9. Tanya guru yang berpengalamanJangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. 

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda! 

10. Sedia untuk berdepan dengan hatersYang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi, sentiasa lah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa. 

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para haters!

Ader ku kesah? ;)

11. Motivasi Diri Yang BetulHarus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu dengan orang ramai. 

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan! Sekurang-kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau permohonan kita tidak berjaya nanti.. 

Akhir kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan

Page 7: Panduan Memohon Guru Cemerlang

kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi guru-guru HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih besar kepada kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!! 

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 2 : Dokumentasi / Filing)Ahad, Jun 30, 2013  Cikgu Hailmi, Hal Guru  49 comments

Alhamdulillah, atas sambutan yang menggalakkan daripada entri saya yang sebelum ini mengenaiPanduan Memohon Guru Cemerlang, maka saya teruskan dengan menyediakan sedikit tips Fasa 2 iaitu Membuat Pendokumetasian atau pun juga lebih dikenali sebagai Filing. Saya rasa bahagian ini lah yang paling 'menyeksakan' guru-guru apabila membuat permohonan Guru Cemerlang, termasuk lah saya sendiri. Banyak sangat benda berterabur kan?. Hu3.. Jom kita tengok beberapa tips yang boleh dikongsikan dengan rakan guru sekalian. 

1. Kumpul dan susun Adalah lebih baik jika kita kumpulkan terlebih dahulu semua surat dan kertas lantikan yang berkaitan bagi memudahkan urusan kita. Kemudian, baru lah mulakan proses susunan denganmembahagikan nya mengikut tahun. Tak perlu terlebih rajin.. Hanya fokuskan kepada dokumen untuk 3 tahun lepas dan juga pada tahun semasa. 

Selepas dibahagikan mengikut tahun, bahagikan pula mengikut bidang; iaitu Akademik, HEM, dan Ko-Kurikulum. Bagi kategori yang anda tidak pasti, pilih lah bidang berkaitan yang paling hampir. Selepas itu, susun pula mengikut tarikh. 

Jika mahu memudahkan lagi urusan penyusunan dan penyimpanan dokumen, anda bolehmenggunakan warna yang berbeza bagi setiap label; sebagai contohnya label warna HIJAU untuk fail akademik, label warna OREN untuk fail HEM, dan label warna KUNING untuk fail yang berkaitan dengan ko-kurikulum.

Page 8: Panduan Memohon Guru Cemerlang

sistem warna dan bidang

Timbul pula persoalan, AJK / bidang tugas yang manakah yang perlu diwujudkan Fail?.. Jawapan saya, pilih lah jawatan atau pun bidang tugas yang boleh memberi kelebihan kepada anda dari segi pemarkahan semasa dicerap oleh Nazir nanti.. 

2. Fail atau Jilid?Ini juga satu persoalan yang berlegar dalam minda saya masa hendak memohon dulu, sama ada mahu menggunakan sistem fail atau pun jilidkan terus semua dokumen. Selepas mendapat pendapat daripada rakan guru yang lain, akhirnya saya putuskan untuk menggunakan Fail Ring bagi memfailkan dokumen pada tahun semasa, dan menjilidkan terus dokumen pada tahun-tahun lepas. 

contoh bidang tugas yang dah dijilidkan 

Sebelum dibukukan / dijilidkan tuh, baiklah jika dibuat cover depan yang menarik lengkap dengan tajuk, tahun, perkara dan nama anda sendiri bagi melindungi hakcipta terpelihara. Jika jilidkan, pastikan anda letakkan sekali dengan plastik sebagai cover paling hadapan untuk simpanan jangka masa panjang.

Page 9: Panduan Memohon Guru Cemerlang

3. Sediakan Fail MejaFail Meja juga merupakan perkara penting yang perlu ada untuk setiap guru. Jika di cari di internet, kebanyakan format Fail Meja yang dijumpai adalah terlalu kompleks dan banyak dokumen yang perlu disediakan. Ini kerana Fail Meja merujuk kepada kandungan fail yang mempunyai semua maklumat dan bidang tugas bagi sesuatu jawatan.

Bagi guru pula, tak perlulah nak disediakan dengan sekompleks itu. Jika anda rajin, boleh dapatkan semua maklumat yang diperlukan. Bagi yang malas, lebih kurang macam saya nih.. ;) anda bolehsekadar letakkan semua surat lantikan bagi tugas anda untuk sepanjang tahun. 

Mana-mana majlis yang melibatkan anda, ada nama anda, masukkan sahaja dalam Fail Meja tersebut. Bahagikan juga kepada bidang tugas dalam Akademik, HEM dan Ko-kurikulum. Juga jangan lupa susun mengikut tarikh bagi memudahkan urusan pencarian nanti bila ditanya Nazir. 

Bagi memudahkan juga urusan Nazir mencari maklumat dan bidang tugas anda, sediakan senarai semak pada muka surat pertama bagi setiap kategori, lengkap dengan tarikh. Anda pun mudah nak susun dan cari, Nazir pun mudah nak semak dan cari.. ;) 

Bagi surat lantikan dan bidang tugas pada tahun-tahun terdahulu, boleh masukkan sahaja dalam fail Arkib Fail Meja untuk simpanan sebagai rujukan. Jika tiada surat lantikan, sebarang bukti yang boleh mengukuhkan penyertaan dan penglibatan anda juga memadai. Sebagai contohnya, gambar, sijil, keratan akhbar dan lain-lain.

  4. Sediakan fail khasJika ada beberapa perkara yang anda ingin highlightkan kepada Nazir nanti, lebih baik jika andasediakan fail khas yang tersendiri bagi memudahkan Nazir mengesan perkara tersebut. Sebagai contohnya, sediakan fail khas untuk Markah dan Penilaian yang mengandungi semua maklumat mengenai markah peperiksaan, seperti TOV ETR, Item Analisis, Markah Pelajar, Keputusan Pelajar selepas Peperiksaan Awam dan lain yang berkaitan. 

Jika anda selalu memberi ceramah akademik, anda boleh juga adakan satu fail khas yang mengandungi maklumat dan sedikit dokumentasi ringkas semua program yang anda pernah hadiri, lengkap dengan gambar atau surat sebagai bukti.

Page 10: Panduan Memohon Guru Cemerlang

koleksi modul saya yang tak seberapa

Untuk modul yang anda sediakan pula, boleh juga anda jilidkan lengkap dengan cover depan yang menarik. Print muka depan pada kertas bercorak supaya modul anda nampak lebih hebat dan lain daripada yang lain. Sekurang-kurang nya dapat juga menarik perhatian Nazir yang datang nanti.5. Rancangan Mengajar Tahunan Pastikan juga anda mencari semula Rancangan Mengajar Tahunan bagi 3 tahun ke belakang dan untuk tahun terkini. Semua bahan perlu dikemaskini dan disemak semula adakah benar-benar lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika masih belum lengkap (sepatutnya sudah dilengkapkan sebelum dihantar kepada pihak sekolah pada hujung tahun) boleh lah ambil masa untuk lengkapkan nya sebelum Nazir datang. 

Saya tak pasti pula mengenai guru yang berpindah ke sekolah lain, bagaimana menguruskan Rancangan Mengajar Tahunan bagi tahun yang terdahulu. Tetapi saya rasa mungkin boleh hubungi semula sekolah lama bagi mendapatkan bantuan daripada sekolah lama untuk mengepos kan kepada anda semula.

Di sini juga saya sertakan sedikit contoh mengenai kandungan maklumat yang perlu ada dalam pendokumentasian bagi beberapa perkara. Rakan guru boleh buat pengubahsuaian bagi disesuaikan dengan kehendak dan keperluan fail anda. 

BIDANG AKADEMIK1. Fail Panitia Sains     > Carta Organisasi     > Biodata Guru

Page 11: Panduan Memohon Guru Cemerlang

     > Jadual Waktu Guru     > Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas (Makmal)     > Rancangan Tahunan Panitia     > Program Khas Panitia     > Takwim Panitia     > Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi     > Minit Mesyuarat     > Lain-lain Perkara

2. Fail Pentaksir Sains     > Buku Panduan Pentaksiran PEKA     >Surat Pekeliling PEKA     > Jawatankuasa PEKA Sekolah     > Minit Mesyuarat PEKA     > Rangka Jadual Kerja Pentaksiran     > Instrumen Pemantauan PEKA oleh Pengetua / PK1 / KB     > Borang Laporan Prestasi Calon

3. Fail Markah dan Penilaian     > Markah Peperiksaan     > Markah Ujian Bulanan     > TOV dan ETR     > Analisis Item     > Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Sekolah     > Analisis Keputusan Peperiksaan Awam     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Awam

BIDANG HEM1. Fail AJK Fotografi Sekolah     > Senarai Ahli Jawatankuasa     > Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun     > Minit Mesyuarat     > Surat menyurat     > Jadual Bertugas (jika berkaitan)     > Lampiran

2. Fail Pengurus Kelas     > Senarai Pelajar     > Carta Organisasi     > Jadual Waktu Guru     > Jadual Waktu Kelas     > Rancangan Tahunan Kelas     > Aktiviti (dokumentasi, gambar)     > Yuran     > Lampiran

BIDANG KO-KURIKULUM1. Fail Kelab Sofbol     > Senarai Ahli     > Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab

Page 12: Panduan Memohon Guru Cemerlang

     > Rancangan Aktiviti      > Senarai Pemain     > Rekod Pencapaian     > Surat Menyurat     > Lampiran (Gambar dan lain-lain)Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 3 : Rancangan Mengajar Terbaik)Sabtu, Ogos 17, 2013  Hal Guru  7 comments

Alhamdulillah sebab masih ada kekuatan dan kerajinan untuk berkongsi lagi tips seterusnya berkaitan dengan panduan memohon guru cemerlang. Kali ini saya nak kongsikan tips mengenai menyediakan rancangan mengajar yang terbaik. Artikel perkongsian ini boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan sebab mungkin lain orang lain caranya. Ada kebebasan untuk memilih atau pun tak nak gunakan tips yang berikan ini. Sebaiknya, rujuk dulu SKPM atau pun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, terutamanya Standard 4 yang khusus mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Saya sediakan tips ini juga dengan merujuk kepada Standard tersebut serta ditambahkan sedikit dengan pengalaman.

1) Format Rancangan Mengajar Yang Lengkap Bagi menyediakan rancangan mengajar, perlu siapkan dengan format yang lengkap. Senang cerita selengkap dan sehebat masa praktikum. Kebanyakkan guru yang dah mengajar dan masuk ke sekolah, makin lama akan semakin ringkas rancangan mengajar. Nak makin senang dan makin cepat. Tapi bagi pemantauan Nazir untuk guru cemerlang, sebaiknya anda sediakan rancangan mengajar yang selengkap mungkin. Tidak ada persoalan yang boleh ditimbulkan oleh nazir ketika datang memantau kelak. Sekurang-kurangnya, ini juga membantu anda untuk siap sedia merancang dengan segala keperluan yang diperlukan sebelum dan semasa pdp berlangsung.

2)  Sediakan Lebih Daripada SatuBagi melakukan persediaan yang rapi, maka rakan guru perlu menyediakan rancangan mengajar lebih daripada satu. Kenapa? Ini kerana kita tidak ada kuasa untuk memilih kelas mana yang akan dipantau oleh nazir kelak. Maka lebih baik siapkan lebih daripada satu rancangan mengajar dengan berbeza aras untuk kelas pertama dan kelas ke belakang sket. Kemudian sediakan juga dengan tempoh masa yang berbeza, dengan menggunakan 1 waktu atau 2 waktu, sebab tentu pengisian nya dah tak sama kan.

3) Rancangan Mengajar Yang Kreatif dan MenarikIni adalah unsur penting yang perlu ada dalam rancangan mengajar anda. Rancangan mengajar yang disediakan haruslah menarik dan kreatif. Mulakan rancangan mengajar dengan sesi set induksi yang menarik. Gunakan juga bahan bantu mengajar yang terkini dan boleh menarik perhatian pelajar. Kalau pelajar pun dah tak tertarik dengan set induksi yang kita sediakan, cuba bayangkan bagaimana pula perasaan Nazir yang memantau kita. Kemudian kembangkan set induksi tadi kepada perkembangan

Page 13: Panduan Memohon Guru Cemerlang

pengajaran dan pembelajaran kita yang lebih tersusun. Tak perlu masukkan terlalu banyak hasil pembelajaran, tapi yang penting kita pastikan semua hasil pembelajaran yang ditulis dalam rancangan mengajar akan tercapai pada akhir pdp. Semua ini disudahi dengan penutupan yang bagus.

4) Wajib Ada Aktiviti / Hands OnBagi menghasilkan rancangan mengajar yang menarik, WAJIB untuk kita masukkan aktiviti hands on dalam pdp kita. Saya katakan wajib kerana sudah pasti pada zaman sekarang ini, perkembangan semua aspek pembelajaran pelajar perlu dititikberatkan. Pelajar perlukan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka untuk mempelajari sesuatu. Justeru itu, guru perlu adakan aktiviti bagi membantu pelajar untuk menarik minat dan memberi kefahaman kepada pelajar. Aktiviti boleh diadakan secara individu atau pun berkumpulan. Tetapi pastikan juga masa diatur dengan betul dengan mengambilkira faktor pergerakan pelajar dalam kelas. Ada cabaran, tetapi jika diatur dan dirancang dengan betul, inshaAllah tidak menjadi masalah yang besar.

5) Rancang Masa Dengan BetulMasa perlu dirancang dengan betul bagi mengelakkan pdp tidak mencapai objektif. Banyak perkara yang perlu diambilkira semasa merancang masa untuk rancangan mengajar. Sebagai contohnya, masa penjelasan konsep untuk pelajar aras rendah sudah tentu mengambil masa yang lebih panjang berbanding pelajar aras tinggi. Selain itu, aktiviti berkumpulan juga memerlukan masa tambahan untuk pelajar bergerak dan membentuk kumpulan. Masa untuk sesi soal jawab juga perlu diambil perhatian. Perancangan masa yang betul boleh membantu kita untuk menjalankan pdp dengan lebih berfokus, tepat dan berkesan. Saya sendiri, menulis masa yang diperlukan pada setiap langkah pengajaran bagi membantu rancangan mengajar adalah mengikut seperti yang dirancangkan.

6) Penggunaan ICT Sangat MembantuTak dapat nak dikatakan tidak kepada penggunaan ICT boleh membantu kita untuk menyampaikan pdp dengan lebih berkesan. Tetapi, pada zaman di mana pelajar lebih menguasai ICT berbanding guru-guru ini, maka kita pun kena jauh lebih kreatif dalam bab menggunakan ICT nih! Guru-guru boleh gunakan persembahan powerpoint, tetapi tak perlu digunakan sepanjang pdp. Mungkin mencukupi dengan hanya 5-10 slaid yang menarik dan berwarna warni. Sediakan juga video yang lengkap dengan bunyi untuk menarik perhatian pelajar. Kepelbagaian penggunaan media ini sudah tentu boleh menarik perhatian pelajar. Secara peribadi saya merasakan, penggunaan powerpoint sahaja sudah agak tidak relevan dengan keperluan pelajar sekarang. Jadi guru haruslah menjadi kreatif dan inovatif.

7) Bahan Bantu Mengajar Terkini dan Berinovasi

Page 14: Panduan Memohon Guru Cemerlang

Keperluan kepada bahan bantu mengajar memanglah sangat diakui. Jadi jangan lupa gunakan bahan bantu mengajar yang boleh membantu anda untuk merangsang kepada minat pelajar untuk belajar. Jangan bataskan penggunaan kapur tulis putih sahaja semasa mengajar. Kapur berwarna warni juga boleh menjadi bahan bantu mengajar yang menarik jika pandai digunakan dengan betul. Sekiranya bahan bantu mengajar adalah bahan yang sama seperti digunakan pada sebelum-sebelum ini, cubalah kreatif dengan melakukan inovasi kecil pada bahan tersebut, supaya ada lah juga sedikit kelainannya. Banyak yang boleh anda tengok daripada internet untuk rujukan.

8) Selitkan Inovasi AndaJika dapat dan sesuai dengan tajuk pembelajaran, maka masukkan lah juga inovasi anda dalam rancangan mengajar anda. Sekurang-kurangnya Nazir boleh juga melihat penggunaan inovasi anda secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Di situ juga inovasi anda boleh diukur tahap keberkesanannya dan kesesuaiannya. 

9) Cuba Pada Kelas SebenarSaya sangat menggalakkan sekiranya rancangan mengajar yang anda sediakan supaya diuji terlebih dahulu pada pelajar bagi mendapatkan situasi sebenar semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam kebanyakan kes, situasi yang dirancang adalah langsung tak sama dengan situasi sebenar. Maka sekurang-kurangnya, penambahbaikan dapat dilakukan sebelum tibanya hari yang dinantikan, terutamanya dari segi peruntukan masa. Tambahkan lebih banyak aktiviti jika kita selesai mengajar lebih awal. Namun jika masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, maka perubahan boleh dibuat pada jumlah hasil pembelajaran atau kecilkan sedikit tempoh soal jawab.

10) Minta Pendapat Rakan-rakanJika anda ada keyakinan yang lebih, tanya-tanya lah jugak pendapat daripada rakan-rakan baik anda. Diingatkan, rakan-rakan baik saja yer! Mintak lah diorang beri pendapat mengenai rancangan mengajar yang anda sediakan. Mana lah tahu, idea diorang mungkin boleh membantu anda untuk menghasilkan rancangan mengajar yang lebih baik. Jika malu sangat untuk menjemput diorang masuk ke kelas, cuba lah rakam buat video. Kemudian tonton semula bagi memperbaiki kelemahan yang anda sendiri rasakan pada sesi pdp anda. InshaAllah dengan demikian, anda boleh menghasilkan rancangan mengajar yang terbaik!  pemantauan1) Cakna dengan tarikh pemantauanUntuk beberapa tempoh selepas anda memohon, sila lah cakna (alert) dengan berita-berita pemantauan Guru Cemerlang daripada sekolah lain atau yang berdekatan. Bermakna giliran anda pula lah selepas ini. Jadi, berhubunglah dengan rakan-rakan sekolah lain bertanya khabar. Ini kerana ada Nazir yang datang secara spontan dan terus memantau guru, dengan alasan Guru Cemerlang bersedia pada setiap masa. Namun ada juga yang akan memberitahu minggu untuk pemantauan. Jadi anda perlu bersedia dan jaga-jaga sepanjang seminggu tersebut. Yang paling best, bila Nazir bagitahu hari dia nak datang. So persediaan super rapi dapat dijalankan pada hari tersebut sahaja.

2) Kenali Nazir yang datang memantauBagi memudahkan urusan anda dengan Nazir tersebut, cuba dapatkan maklumat mengenai Nazir yang akan datang untuk memantau anda. Dapatkan sedikit biodata diri dan juga maklumat perkhidmatan Nazir tersebut. Ini akan memudahkan anda ketika berurusan dengan Nazir tersebut. Mungkin ada dalam kalangan Nazir yang mempunyai gelaran nama yang tertentu (seperti Dr, YM dan lain-lain), jadi lebih manis jika anda memulakan perbualan dengan gelaran tersebut. Sekurang-kurangnya itu boleh menjadi

Page 15: Panduan Memohon Guru Cemerlang

modal anda untuk memulakan komunikasi yang baik dengan Nazir tersebut.

3) Datang ke sekolah lebih awalSebagai persiapan awal anda, sebolehnya datang lebih awal daripada biasa ke sekolah pada hari pemantauan. Ini bagi membolehkan anda untuk berasa lebih selesa dan tidak tergesa-gesa membuat persiapan akhir. Kemaskan juga tempat duduk anda. Manalah tahu Nazir berminat untuk menjenguk tempat duduk anda. Bilik atau kelas yang digunakan untuk mengajar juga dikemaskan. Jika ada papan kenyataan, sila kemaskini dengan maklumat terkini. Sekiranya anda juga merupakan penyelaras kepada bilik khas yang tertentu, pastikan kebersihan dan kekemasan bilik tersebut terjaga. 

4) Sediakan relief class / sit inBagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari dipantau oleh Nazir, lebih baik jika anda memohon jasa baik rakan anda untuk relief class atau pun sit-in (di Sarawak) bagi kelas anda sepanjang hari tersebut. Manalah tahu jika Nazir mengambil masa anda sepanjang hari untuk sesi pemantauan di kelas atau semasa temuduga atau semasa memeriksa dokumen anda. Persiapan sebegini membolehkan anda rasa lebih yakin dan fokus dengan keperluan Nazir. 

5) Kumpulkan semua dokumenDokumen dan semua bahan yang anda telah sediakan, perlu diletakkan di tempat atau bilik yang boleh diakses oleh anda. Bahan-bahan seperti alat bantu mengajar, fail, folio, dokumentasi dan peralatan yang digunakan untuk pengajaran anda mestilah sudah diletakkan bersama-sama dan tunggu untuk diangkut ke bilik yang menjadi bilik sesi anda dan Nazir. Sekurang-kurangnya, anda juga sudah sedia maklum di mana letaknya bahan-bahan anda ketika mahu mempersembahkan kepada Nazir untuk dinilai. 

6) Isu terkini pendidikanUntuk sesi temuduga dengan Nazir, persiapkan diri anda dengan isu-isu terkini dalam pendidikan, serta yang berkenaan dengan bidang tugas anda. Sebagai contoh, mungkin pada masa sekarang, isu seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan isu Melindungi Masa Instruktional (MMI) perlu diberi perhatian. Selain daripada itu, dasar-dasar terkini kerajaan dalam pendidikan seperti Dasar 1 Murid 1 Sukan, Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+),Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), dan lain-lain yang difikirkan berkaitan perlu juga dititikberatkan. Sekurang-kurangnya, nampaklah juga bahawa anda seorang guru yang seiring dengan arus semasa.

7) Baca Semula Teori PendidikanSatu lagi persiapan yang perlu dilakukan bagi menghadapi sesi temuduga Nazir adalah teori-teori pengajaran dan pendidikan. Buka lah semula buku-buku pendidikan anda bagi mengingati semula sekurang-kurangnya nama teori dan juga konsep masing-masing. Antara yang dapat saya sebutkan di sini, Teori Belajar Humanistik, Teori Behaviorisme, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Perilaku Bandura, dan Teori Belajar Kognitif (Ausubel : Teori Belajar Bermakna). Selain daripada itu, tambahkan lagi ilmu pendidikan di dada dengan strategi dan kaedah pendekatan pengajaran dan pembelajaran (Sains) seperti Pendekatan Inkuiri, Konstruktivisme, pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat, pembelajaran Kontekstual dan pembelajaran Masteri.

8) Tatacara BerpakaianSelain itu, jagalah penampilan anda pada hari tersebut. Tampil dengan gaya yang hebat dan penuh dengan profesionalisma sebagai seorang guru. Gunakan juga tanda nama rasmi bagi pegawai kerajaan, iaitu tanda nama hitam dengan tulisan putih. Bagi guru lelaki, disarankan menggunakan baju kemeja berlengan panjang; dengan bahagian tangan dibutangkan sepenuhnya, serta lengkap bertali leher. Manakala bagi guru perempuan pula, dicadangkan supaya menggunakan baju kurung atau baju kebangsaan semasa hari penilaian. Namun, pada akhirnya, anda jugalah yang menjadi penentu kepada cara pakaian anda pada hari tersebut.

9) Semasa Sesi PdPDiingatkan juga, semasa sesi penilaian Nazir dalam kelas, buat yang terbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran anda. Gunakan suara yang jelas dan kuat. Kelas mestilah dikawal dengan baik. Pengajaran mestilah mengikut seperti yang dirancangkan dalam rancangan mengajar. Suasana dalam kelas pula tidak bosan dan penuh dengan aktiviti hands-on. Pengajaran perlulah menarik dan kreatif. Pastikan buku pelajar disemak dengan lengkap. Guru harus menunjukkan keprihatinan terhadap pelajar. Sebut nama pelajar bagi menunjukkan hubungan yang lebih akrab antara guru dan pelajar, serta jangan lupa menegur pelajar secara berhemah sekiranya mereka membuat kesilapan semasa sesi pdp. Pada akhir pembelajaran, jangan lupa juga untuk memberikan kerja rumah sebagai latihan pengkayaan kepada pelajar.

Page 16: Panduan Memohon Guru Cemerlang

10) Doa dan TawakalAkhir kata, setelah usaha yang bersungguh-sungguh anda lakukan, serta diiringi dengan doa, maka usaha terakhir yang boleh kita lakukan adalah dengan berTawakal dan berserah segalanya kepada Yang Maha Esa. Sekiranya anda berada pada jalan yang betul, inshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Nazir tidak akan memaklumkan sebarang perkara kepada anda; sama ada anda layak atau tidak untuk dilantik sebagai Guru Cemerlang atau pun di mana kelebihan atau kelemahan yang boleh anda baiki. Jadi jangan memaksa Nazir untuk perkara tersebut. Markah penilaian akan dihantar kepada pihak berkaitan dan seterusnya kesemua markah guru-guru yang dinilai seluruh Malaysia akan disusun. Bagi yang melepasi markah tertentu (berdasarkan kuota subjek dan gred, bukan negeri), tahniah diucapkan. Bagi yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang.