Panduan Mengajar Pistol Glock

12
..

description

RELA

Transcript of Panduan Mengajar Pistol Glock

..

MEJ. (RELA) NOOR FAZLI BIN NOOR AFFENDIPENOLONG PEGAWAI LATIHAN

PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH UTARA

PENDAHULUAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAG/PETANGI SKUAD/TUAN/PUAN. PADA PAGI/PETANG INI ANDA BERPELUANG MEMPELAJARI SATU LAGI MATA PELAJARAN SENJATA API IAITU PISTOL AUTO GLOCK. PELAJARAN 1 ADALAH : KESELAMATAN, MENGENAL, MEMBUKA, MENCUCI, DAN MEMASANG.

MUKADIMAH

MEMPERKENALKAN DIRI.

SEBELUM SAYA MENERUSKAN PELAJARAN INI, TERLEBIH DAHULU SAYA AKAN MEMBUAT LANGKAH KESELAMATAN.

(BERI KATA PERINTAH)‘SKUAD…DUDUK SEDIA’

*BUAT LANGKAH KESELAMATAN

(BERI KATA PERINTAH)‘SKUAD…DUDUK SENANG’

TUJUAN PELAJARAN INI DIAJAR SUPAYA SKUAD DAPAT MEMBUAT LANGKAH KESELAMATAN DENGAN CARA YANG BETUL DAN MENGIKUT PERATURAN SEPERTI YANG TELAH DIGARISKAN.

SEBELUM PELAJARAN INI DITERUSKAN, SEMASA SAYA MENGAJAR PELAJARAN INI ANDA ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MELINTASI / LALU DIHADAPAN SENJATA DEMI KESELAMATAN.

SEBARANG SOALAN HANYA BOLEH DIKEMUKAKAN SETELAH PELAJARAN INI SELESAI DIAJAR.

RANGKA PELAJARAN

TAJUK : SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

MASA : 80 MINIT

OBJEKTIF : MEMBERIKAN KEMAHIRAN BAGI MENGGUNAKAN DANMENGENDALIKAN SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

PERKARA YANG PERLU DISAMPAIKAN.

1. Langkah-langkah keselamatan

2. Undang-undang Keselamatan Senjata

3. Mengenal, Membuka, Mencuci dan Memasang Pistol.

4. Memegang, Menenang, Sedia Kedudukan Menembak, Menembak dan Buat Selamat

TAJUK : SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

MASA : 80 MINIT

OBJEKTIF : MEMBERIKAN KEMAHIRAN BAGI MENGGUNAKAN DAN MENGENDALIKAN SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

BIL. MASA TAJUK / PERKARA KAEDAH / TATACARA

A.P.D

1. 10Minit

1.1 Pendahuluan1.2 Kuasa Penggunaan Senjata api

Syarahan

2. 10Minit

2.1 Langkah Keselamatan2.2 Undang-undang Keselamatan Senjata

Syarahan

3. 25Minit

3.1 Pelajaran 1 3.1.1 Mengenal 3.1.2 Membuka 3.1.3 Mencuci 3.1.4 Memasang

4. 25Minit

4.1 Pelajaran 2 4.1.1 Memegang 4.1.2 Menenang 4.1.3 Menembak 4.1.4 Buat Selamat

5. 10Minit

PENUTUP SOAL JAWAB

NOTA SYARAHAN SENJATA API PISTOL AUTO GLOCK 19X9 MM

1. PENDAHULUAN

Pistol Glock mempunyai berbagai-bagai jenis model. Model yang digunakan oleh Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) adalah Glock 17, 19 dan Glock 22 X 9 mm. Ia mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri seperti:-

• Ringan. • Boleh menembak dengan pantas tanpa perlu pengendalian “peranti keselamatan”. • Tembakan hanya boleh terjadi sekiranya safety trigger diikenakan tekanan

sepenuhnya. • Sekiranya trigger ditarik atau trigger terkena apa-apa hanlangan pada bahagian tepi

trigger, tembakan tidak boleh terjadi. • Receiver diperbuat daripada plastik (polymer) dan rangkanya diperbuat daripada

besi. • Slide diperbuat dari besi sepenuhnya.

2. KUASA

Di Para 10 (a) Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) 1974 memperuntukkan kuasa-kuasa kebenaran mebawa dan menggunakan senjata api bagi malaksanakan kewajipan-kewajipan tertentu.

3. TUJUAN

Hendaklah mengajar kepada anda Pistol Auto Glock Pelajaran 1, Langkah Keselamatan, Mengenal, Membuka, Mencuci dan Memasang. Pelajaran 2, Cara Memegang, Menenang, Sedia, Menembak dan Buat Selamat dengan cara yang betul serta mengikut Peraturan.

4. SEBAB

Adalah amat mustahak bagi setiap Anggota RELA untuk mengetahui serta mahir dalam mengendalikan senjata api.

5. DORONGAN

Semasa saya mengajar pelajaran ini, anda semua hendaklah memberikan tumpuan yang sepenuhnya.

PELAJARAN 1 PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

1. Langkah Keselamatan2. Mengenal3. Membuka 4. Mencuci5. Memasang

1. LANGKAH KESELAMATAN

• Tekan pengunci magazine • Tarik slide ke belakang dan tolak slide stop lever ke atas. • Pastikan tiada peluru dalam pengurung. • Lepaskan slide ke hadapan dengan cara menekan slide stop lever ke bawah. • Tarik picu/trigger.

UNDANG-UNDANG KESELAMATAN

I. Jangan Halakan senjata kepada kawan.II. Jangan tarik ‘slide’ kecuali hendak menembak.III. Ketika menerima atau menyerahkan senjata, hendaklah buat langkah

keselamatan terlebih dahulu.IV. Jangan picit picu semasa hendak mengeluarkan magazine.V. Setiap kali membuat latihan, tentukan senjata telah dibuat selamat.VI. Tentukan buat selamat sebelum membuka senjata.

2. MENGENAL

DATA TEKNIK PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9mm

• Panjang keseluruhan - 17.7 cm • Tinggi termasuk sight - 12.5 cm • Lebar - 3.0 cm • Panjang laras - 10.2 cm • Berat tanpa kelopak (magazine) - 594 gm • Berat kelopak kosong - 59 gm • Berat kelopak berisi - 242 gm • Buatan - Austria • Peluru diisi di dalam kelopak

MAGAZINE

PEJERA HADAPAN

SLIDE

PENGUNCI SLIDE

PEJERA BELAKANG

PIN SLIDE

PERUMAH PICU

PENGUNCI MAGAZINE

PICU

BAHAGIAN-BAHAGIAN PISTOL AUTO GLOCK 19 X 9 MM

3. MEMBUKA

Genggam pada bahagian belakang slide dengan ibu jari di sebelah kanan atau pistol dan gerakkan slide 3 mm ke belakang.

Tarik pin slide serentak ke bawah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk Tolak slide ke hadapan perlahan-lahan sehingga slide terpisah daripada frame/

receiver. Keluarkan spring. Keluarkan laras.

4 MENCUCI

CUCIAN

Untuk pencucian biasa atau selepas menembak hanya memadai dengan membuka komponen utama sahaja iaitu :-

• Slide • Barrel Assembly • Receiver / perumah • Magazine.

Alat-alat Pencuci

1. Minyak senjata OX .522. Kayu penjolok laras3. Kain Pencuci ukuran 2 X 1 inci

Jenis-jenis Cucian

1. Cucian Harian2. Cucian Sebelum Menembak3. Cucian Selepas Menembak4. Cucian Untuk Disimpan

1. CUCIAN HARIAN

Cucian ini biasanya dilakukan untuk menjaga senjata agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan pada bila-bila masa. Di samping itu juga, selenggaraan yang baik dapat membantu untuk mendapatkan tembakan yang tepat.

2. CUCIAN SEBELUM MENEMBAK

Cucian ini dilakukan sebelum latihan menembak atau membuat tembakan, segala minyak yang ada pada senjata hendaklah dikeringkan, terutamanya di bahagian Laras. Ianya bertujuan agar tembakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

3. CUCIAN SELEPAS MENEMBAK

Selepas menembak, semua bahagian senjata hendaklah dibersihkan dan disapu minyak terutamanya di bahagian yang terkena karbon (gas) kesan dari tembakan. Setelah dibersihkan, bahagian-bahagian tersebut hendaklah disapu minyak semula untuk mengelakkan slide daripada berkarat.

4. CUCIAN UNTUK DISIMPAN / LUAR BIASA

Cucian ini dilakukan bagi menyimpan senjata pada tempoh masa yang lama. Sapuan minyak biarlah tebal sedikit. Cucian luar biasa dilakukan apabila senjata berada dalam keadaan yang amat kotor disebabkan terkena lumpur, pasir, debu, hujan dan sebagainya. Cucian ini dilakukan sama seperti cucian selepas menembak.

MEMASANG

Masukkan laras. Pasang semula spring. Tolak slide ke belakang perlahan-lahan sehingga slide tercantum pada frame/

receiver. Tarik pada bahagian belakang slide dengan ibu jari di sebelah kanan atau pistol

dan gerakkan slide ke belakang.

AKHIR PELAJARAN

1. Tanya soalan daripada skuad tentang data teknik2. Uji keseluruhan pelajaran 1 (amali) membuka dan memasang.

PELAJARAN 2

1. Memegang2. Menenang3. Sedia4. Menembak5. Buat Selamat

1. MEMEGANG

1. Kedua-dua belah tangan2. Sebelah tangan

UNDANG-UNDANG MENENANG

Bagi mendapatkan tembakan yang baik, anda mestilah tahu undang-undang menenang berikut :-

1. Tidak memejamkan mata (letakkan pandangan mata di tengah-tengah antara kedua-dua belah mata).

2. Pandang pejera hadapan melalui pejera belakang.3. Letakkan mata pejera hadapan di tengah-tengah titik sasaran.4. Senjata jangan disenget ke kiri dan kanan.

2. SEDIA

Kata Perintah

‘ 10 Butir 1 kelopak isi peluru’

Perbuatan / tindakan

1. Masukkan kelopak ke dalam ruang kelopak di receiver.2. Tarik slide ke belakang.

3. MENEMBAK

Kata Perintah

‘ Sasaran di hadapan.....masa sendiri, siap..tembak ’

Perbuatan / Tindakan

1. Mulakan tenangan kesasaran.2. Banyakkan tembakan mengikut kecekapan penembak dan arahan yang diberi.

5. BUAT SELAMAT

Kata Perintah

‘ Untuk keselamatan kosongkan ta’

Perbuatan / Tindakan

1. Keluarkan magazine.2. Tarik slide kebelakang.3. Tolak Pengunci slide

* Uji keseluruhan pelajaran (amali) bagi tatacara memegang, menenang, sedia, menembak dan buat selamat.

PENUTUP

Bagi memastikan kita mencapai kejayaan di medan peperangan dan lapang sasar, setiap anggota RELA mestilah mahir dalam mengendalikan sesuatu senjata api. Sekiranya setiap anggota RELA gagal untuk mengendalikan senjata api, maka kita tidak dapat melaksanakan tanggungjawab utama kita sebagai benteng ke-3 pertahanan negara.

RECEIVER / BODY

RECEIVER DI PERBUAT DARIPADA PLASTIK (POLIMER)

SLIDE

SLIDE DI PERBUAT DARIPADA BESI SEPENUHNYA.

BARREL/LARAS DAN LINGKARAN SPRING

“Setia Berbakti”

Semoga berjaya