PANDUAN PROGRAM PENEMPATAN KHAS LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI ... · PDF filei ISI KANDUNGAN...
Transcript of PANDUAN PROGRAM PENEMPATAN KHAS LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI ... · PDF filei ISI KANDUNGAN...
PANDUAN PROGRAM PENEMPATAN KHAS
LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) BAGI PENGAJAR AWAM (KEMAHIRAN) DI INSTITUSI
LATIHAN AWAM
©UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL KEMAHIRAN (SPD)
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
EDISI JULAI 2015
Hakcipta Terpelihara. Tidak Dibenarkan Mengeluarkan dan Menyalin Semula Buku Ini Dengan Apa Cara Sekalipun
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
EDISI JULAI 2015
PANDUAN PROGRAM PENEMPATAN KHAS LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) BAGI PENGAJAR AWAM (KEMAHIRAN) INSTITUSI LATIHAN AWAM
EDISI JULAI 2015
AHLI PANEL
Dalila binti Sharingat
Nor A’yana binti Mokhtar
Nor Azua binti Aripin
Aziman bin Othman
Amir bin Mohamed
Shahabudin bin Md Nor
Hamidatul Zakiah binti Ismail
i
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan, Senarai Kependekkan, Tafsiran i - iii Muka Surat Peraturan Latihan Sangkutan Industri 1-9
Borang
Laporan Lawatan Latihan Sangkutan Industri (CIAST-SPD-LSI-002)
10
Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri (CIAST KP5.2)
11-19
Borang Permohonan Untuk Menggunakan Kenderaan Sendiri Dan Menuntut Elaun Kilometer Bagi Jarak Melebihi 240KM Sehala
20
Rekod Kehadiran Latihan Sangkutan Industri 21
Lampiran
Lampiran 1 Format Rėsumė 22 Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki 23 Lampiran 3 Format Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan 24 Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Industri Lampiran 4 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri 25-26 Lampiran 5 Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan 27-29 dan Bayaran Latihan Sangkutan Industri Lampiran 6 Format Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran 30 Elaun Latihan Sangkutan Industri Lampiran 7 Format Laporan Tugasan Latihan Sangkutan 31-35
Industri
Rujukan Senarai Rujukan 36 Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri 37
ii
PENDAHULUAN Panduan ini bertujuan menetapkan keperluan syarat dan prosedur bagi permohonan pelaksanaan Program Penempatan Khas Latihan Sangkutan Industri (LSI) bagi Pengajar Awam (Kemahiran) di Institusi Latihan Awam bagi menjalani LSI di mana-mana Institusi Latihan Awam dan Swasta atau Industri. Oleh itu, panduan ini boleh digunapakai sehingga 30 Oktober 2015. SENARAI KEPENDEKKAN LSI Latihan Sangkutan Industri PDL Pengajar Kemahiran Dalam Latihan SPD Skill Professional Development (Program Pembangunan Profesional Kemahiran) CIAST Centre For Instructor And Advanced Skill Training (Pusat Latihan Pengajar
Dan Kemahiran Lanjutan) PF Pegawai Firma PLI Pegawai Lawatan Industri PPLI Pegawai Penyelaras Latihan Industri ILA/S Institusi Latihan Awam/Swasta TAFSIRAN `Latihan Sangkutan Industri´ ertinya satu tempoh khusus di mana pengajar kemahiran ditempatkan di institut latihan awam/swasta atau industri mengikut bidang masing-masing untuk mendapatkan pendedahan tentang teknologi terkini serta persekitaran kerja yang sebenar secara terancang dan diselia oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan di institut latihan awam/swasta atau industri tersebut. `Pengajar Kemahiran´ ertinya Pengajar Kemahiran di Institut Latihan Awam. `Pengajar Kemahiran Dalam Latihan´ ertinya pengajar kemahiran yang sedang menjalani Latihan Sangkutan Industri mengikut bidang kemahiran masing-masing. `Unit Latihan Sangkutan Industri´ ertinya unit yang bertanggungjawab menyelaras program Latihan Sangkutan Industri. `Firma´ ertinya institut latihan awam/swasta atau industri yang terlibat menerima pengajar kemahiran menjalani Latihan Sangkutan Industri.
iii
`Pegawai Firma´ ertinya pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh institut latihan awam/swasta atau industri yang terlibat dalam program Latihan Sangkutan Industri untuk membimbing dan menyelia Pengajar Kemahiran Dalam Latihan (PDL). `Pegawai Lawatan Industri´ ertinya personel yang dilantik oleh CIAST untuk melakukan lawatan pemantauan Pengajar Kemahiran Dalam Latihan. `Pegawai Penyelaras Latihan Industri´ ertinya pegawai yang terlibat menyelaras program Latihan Sangkutan Industri di bawah tanggungjawab Ketua Program SPD, CIAST. `Ibu Pejabat´ ertinya Ibu Pejabat bagi institusi di mana pengajarnya terlibat dengan Program Latihan Sangkutan Industri.
1
PERATURAN PROGRAM PENEMPATAN KHAS LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT) DI BAWAH KELOLAAN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 1.0 PENGENALAN
1.1 OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
a) Mendedahkan pengajar kemahiran kepada persekitaran kerja sebenar di industri;
b) Memupuk semangat kerja berpasukan dan membina serta memperkukuhkan hubungan baik antara pengajar kemahiran / ILA dengan pihak institut latihan awam/swasta/industri;
c) Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengalaman di industri dengan pengajaran teori dan praktikal di institut;
d) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar; e) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran
terutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri; f) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pengajar Institut
Latihan Awam/Swasta/industri/pakar industri/pengajar pakar semasa menjalani latihan; dan
g) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pengajar lain setelah tamat latihan.
1.2 SYARAT LATIHAN
Syarat-syarat kelayakan bagi pengajar kemahiran yang berminat untuk mengikuti Latihan Sangkutan Industri (LSI) adalah seperti berikut :
1.2.1 Pengajar kemahiran telah bekerja selama tiga (3) tahun ataupun lebih dalam perkhidmatan kerajaan dan telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan;
1.2.2 Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib;
1.2.3 Telah mengisytiharkan harta;
1.2.4 Latihan Sangkutan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan bidang pengajar kemahiran tersebut.
1.2.5 Telah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan/Pengarah masing-masing.
2
1.3 TEMPOH LATIHAN
Tempoh Latihan Sangkutan Industri adalah di antara 1 minggu hingga 13 minggu dilaksanakan secara berfasa.
2.0 TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN
2.1 TANGGUNGJAWAB PENGAJAR KEMAHIRAN
2.1.1 Pengajar kemahiran yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan (CIAST-SPD-LSI-001) secara atas talian (http://espd.ciast.gov.my) terlebih dahulu dan dicetak sebelum dihantar.
2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dicetak hendaklah dihantar kepada Urusetia LSI dengan salinan kepada Ibu Pejabat masing-masing.
2.1.3 Borang permohonan perlu disertakan bersama dokumen-dokumen berikut yang disokong secara bertulis oleh Ketua Jabatan/Pengarah institut masing-masing.
a) Rėsumė terkini (lihat format Lampiran 1);
b) Senarai tugas hakiki di institut/jabatan (lihat contoh Lampiran 2);
c) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di institut latihan awam/swasta/industri yang dicadangkan (lihat contoh Lampiran 3);
d) Skop Tugasan menjalani Latihan Sangkutan di institut latihan awam/swasta/industri yang merangkumi Duty & Task VTO/VTE/VTM/kemahiran yang diperlukan dalam bidang berkaitan;
e) Justifikasi pemilihan Institut Latihan Awam/ Swasta/ industri/ pakar industri/ pengajar pakar bagi menjalani LSI ; dan
f) Jadual latihan mingguan
2.1.4 Hanya dokumen permohonan yang lengkap dan mendapat sokongan Ketua Jabatan/Pengarah masing-masing serta memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sahaja akan diproses untuk tujuan pertimbangan.
3
2.1.5 Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan awal dari institut latihan awam/swasta/industri untuk menjalani LSI (keutamaan akan diberi kepada institut latihan awam/swasta/industri yang berada pada jarak kurang 25 kilometer dari pejabat atau kediaman).
2.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PERKHIDMATAN
2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pengajar kemahiran yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program LSI.
2.2.2 Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan melalui Ibu Pejabat masing-masing. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen di Para 2.1.2
2.3 TANGGUNGJAWAB IBU PEJABAT
2.3.1 Pegawai bertanggungjawab di Ibu Pejabat perlu meneliti dan membuat tapisan terhadap setiap calon yang mengemukakan permohonan LSI.
3.0 ETIKA PENGAJAR KEMAHIRAN YANG MENJALANI LSI
Pengajar Kemahiran Dalam Latihan (PDL) perlu mematuhi peraturan yang tetapkan oleh institut latihan awam/swasta/industri berkenaan. Walaubagaimanapun, PDL masih tertakluk kepada Peraturan Pegawai Awam.
3.1 DISIPLIN
PDL hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh institut latihan awam/swasta/industri dan berkelakuan baik semasa dalam tempoh LSI. PDL mestilah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun, saling memahami dan mengamalkan sikap kerja berpasukan dengan pekerja lain di tempat latihan. Nilai dan etika perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan walaupun berada di dalam sesi latihan di institut latihan awam/swasta/industri.
4
3.2 WAKTU BEKERJA
PDL hendaklah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan oleh pihak institut latihan awam/swasta/industri.
3.3 CUTI
Cuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab kecemasan. Kelulusan cuti kecemasan hendaklah mendapat kebenaran daripada institut latihan awam/swasta/industri dan dipanjangkan ke Unit LSI, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD), CIAST untuk tujuan rekod.
3.4 PAKAIAN
PDL hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh institut latihan awam/swasta/industri berkenaan yang bersesuaian dengan etika berpakaian sebagai penjawat awam. PDL hendaklah bersedia dengan pakaian keselamatan sendiri sekiranya tidak disediakan oleh institut latihan awam/swasta/industri.
3.5 PENEMPATAN LATIHAN
PDL hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui semasa tawaran LSI sehingga tamat latihan.
PDL tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran daripada Ketua Program SPD CIAST.
3.6 KERAHSIAAN
Pengajar kemahiran yang terlibat hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran yang dikendalikan di masa akan datang tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan institut latihan awam/swasta/industri tempat latihan berkenaan. Semua bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran daripada Pegawai Institut latihan awam/swasta/industri (PF).
3.7 LAPORAN TUGASAN LSI
PDL hendaklah menyediakan Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri mengikut format seperti di Lampiran 7. Laporan ini hendaklah disahkan oleh
5
PF dan perlu diserahkan pada bila-bila masa diminta atau semasa lawatan Pegawai Lawatan Industri (PLI) ke tempat latihan.
Laporan Tugasan LSI hendaklah diserahkan kepada urusetia LSI dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir pengajar kemahiran menjalani LSI. Laporan tersebut akan dikembalikan kepada pengajar kemahiran setelah disahkan oleh urusetia LSI, CIAST.
Tujuan Laporan Tugasan LSI:
a) Merekodkan kerja / aktiviti dengan ringkas untuk memudahkan PDL menyediakan laporan akhir LSI yang lengkap;
b) Membantu PLI memantau aktiviti PDL sepanjang tempoh latihan;
c) Sebagai rekod dan rujukan pengajar kemahiran setelah tamat latihan.
3.8 LAPORAN AKHIR LSI
Pengajar kemahiran yang selesai menjalani latihan bagi tempoh melebihi empat (4) minggu hendaklah menyediakan Laporan Akhir LSI untuk melaporkan deskripsi kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan secara keseluruhan. Format laporan adalah seperti di Lampiran 4.
Laporan Akhir LSI sebanyak dua (2) salinan hendaklah diserahkan kepada urusetia LSI dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir pengajar kemahiran menjalani LSI.
3.9 TUNTUTAN ELAUN
3.9.1 Pengajar kemahiran yang menjalani LSI layak untuk menuntut elaun yang berkaitan. Kadar dan syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran boleh dirujuk pada Lampiran 5. Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri (CIAST KP 5.2) hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak CIAST tidak melebihi tarikh 5hb setiap bulan berikutnya.
3.9.2 Kadar dan syarat tuntutan elaun adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013
3.9.3 Tuntutan elaun yang lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan yang berkaitan tidak akan dipertimbangkan.
3.9.4 Semua tuntutan elaun LSI hendaklah dikemukakan kepada Ketua Unit LSI, SPD bersama-sama Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun (lihat contoh seperti di Lampiran 6).
6
3.10 KEHADIRAN MENJALANI LSI
PDL yang sedang menjalani LSI adalah dianggap sedang berkursus dan tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan latihan atas sebab menghadiri sebarang kursus, bengkel, seminar, pertandingan atau apa-apa jua pun aktiviti jabatan ataupun peribadi sepanjang tempoh LSI.
3.11 PENANGGUHAN / PEMBATALAN
PDL yang sedang menjalani LSI adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau membatalkan latihan kecuali dengan kebenaran Ketua Program SPD, CIAST.
3.12 RAWATAN PERUBATAN
Prosedur rawatan sebagai kakitangan kerajaan adalah terpakai sepanjang tempoh LSI. PDL tidak dibenarkan menggunakan peruntukan institut latihan awam/swasta/industri untuk mendapatkan rawatan di mana-mana pusat perubatan swasta kecuali jika dibenarkan oleh institut latihan awam/swasta/industri berkenaan.
4.0 TANGGUNGJAWAB INSTITUT LATIHAN AWAM/SWASTA/INDUSTRI /
PEGAWAI INSTITUT LATIHAN AWAM/SWASTA/INDUSTRI (PF)
4.1 Institut latihan awam/swasta/industri bertanggungjawab menempatkan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian dengan bidang kemahiran PDL;
4.2 PF bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan PDL bagi memastikan objektif latihan tercapai;
4.3 PF hendaklah memastikan bahawa program LSI memenuhi kriteria yang
ditetapkan oleh CIAST;
4.4 Institut latihan awam/swasta/industri hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PDL seperti kad perakam waktu, peralatan, pakaian keselamatan dan sebagainya;
4.5 PF hendaklah membantu serta membimbing PDL dari semasa ke semasa
sewaktu PDL melaksanakan latihan;
4.6 PF bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI yang disediakan oleh PDL.
7
4.7 Institut latihan awam/swasta/industri bertanggungjawab menjaga kebajikan PDL sepanjang tempoh LSI termasuk semasa melaksanakan tugasan luar.
5.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LAWATAN INDUSTRI (PLI)
Pihak SPD, CIAST bertanggungjawab melantik PLI secara bertulis untuk menjalankan lawatan kepada PDL di penempatan LSI. Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan aktiviti LSI oleh PDL.
5.1 LAWATAN
Sepanjang tempoh latihan, lawatan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali ke institut latihan awam/swasta/industri penempatan LSI. Lawatan akan dijalankan bagi penempatan yang melebihi tempoh lapan (8) minggu sahaja.
5.1.1 Prosedur Sebelum Lawatan
a) Terima memo arahan lawatan berserta jadual lawatan;
b) Mengesahkan kehadiran lawatan dengan PF dan PDL; dan
c) Semak dokumen LSI yang disediakan oleh PDL yang berkaitan.
5.1.2 Prosedur Semasa Lawatan
a) Berjumpa pihak institut latihan awam/swasta/industri (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan menyatakan tujuan lawatan;
b) Mengadakan sesi perbincangan bersama PDL dan PF; dan
c) Membuat semakan dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI PDL.
5.1.3 Prosedur Selepas Lawatan
a) Menyediakan Laporan Lawatan LSI (CIAST-SPD-LSI-002) dan mengemukakan kepada PPLI dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan; dan
b) Mengemukakan tuntutan perjalanan ke Unit LSI, SPD tidak melebihi tarikh 5hb bagi bulan berikutnya.
8
6.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI (PPLI)
6.1 Menyelaras penempatan pegawai yang menjalani LSI;
6.2 Bekerjasama dengan PF dalam perkembangan dan hal ehwal kebajikan PDL sepanjang tempoh menjalani LSI;
6.3 Mengurus dan menyelaras lawatan pemantauan PDL yang terlibat dengan program LSI;
6.4 Menyemak dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI yang disediakan oleh PDL; dan
6.5 Mengurus tuntutan-tuntutan berkaitan yang dikemukakan oleh PDL dan PLI.
7.0 PERLINDUNGAN
Perlindungan yang disediakan oleh CIAST adalah takaful berkelompok (Group Personal Accident) yang bertujuan melindungi PDL sepanjang tempoh LSI.
8.0 PERSIJILAN
PDL yang berjaya menamatkan LSI akan dianugerahkan Sijil Penyertaan oleh CIAST selain daripada sijil yang dikeluarkan oleh institut latihan awam/swasta/industri (sekiranya ada) hanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk melengkapkan sepenuhnya Buku Laporan Tugasan LSI serta Laporan Akhir LSI. PDL juga boleh dipertimbangkan untuk memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) tertakluk kepada syarat-syarat permohonan SKM melalui PPT yang ditetapkan.
9
9.0 TARIKH KUATKUASA
9.1 Pemakaian panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Julai 2015.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi Pegawai Penyelaras Latihan Industri :
a) Puan Nor A’yana bt Mokhtar
Tel. : +603-55438348 E-mel : [email protected]
b) Puan Nor Azua bt Aripin
Tel. : +603-55438349 E-mel : [email protected]
c) Puan Hamidatul Zakiah bt Ismail
Tel. : +603-55438395 E-mel : [email protected]
9.2 Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Jalan Petani 19/1, Seksyen 19 40900 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel : 03-55438200 Faks : 03-55438223 (u.p : Unit Latihan Sangkutan Industri-SPD)
10
CIAST-SPD-LSI-002 LAPORAN LAWATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
Tarikh Lawatan : Pegawai Lawatan Industri (PLI) : Tandakan ( √ ) bagi 'Kriteria' yang telah lengkap dan ( X ) bagi 'Kriteria' yang belum lengkap.
Bil Nama PDL Firma Tempoh LSI Pegawai Firma Kriteria
1 2 3 4 1. 2. 3.
1. Kriteria
1 PDL telah melapor diri di Firma 3 Jadual Tugasan PDL
2 Penempatan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian 4 Laporan Tugasan Harian (Buku Log)
2. Catatan / Ulasan PLI
Tandatangan PLI : Tarikh : Cop Jabatan :
PDL : Pengajar Kemahiran Dalam Latihan LSI : Latihan Sangkutan Industri PLI : Pegawai Lawatan Industri
11
CIAST KP5.2 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI
BAGI BULAN __________________
A. MAKLUMAT PEGAWAI
NAMA (HURUF BESAR)
No. Kad Pengenalan
No. Gaji
No Telefon
Alamat emel
Gred/Kategori/Kumpulan
Pendapatan (RM) Gaji RM 0.00
Elaun-elaun RM 0.00
Elaun Memangku RM 0.00
Jumlah Pendapatan RM 0.00
Nama Bank
Cawangan Bank
No. Akaun Bank
Kenderaan Jenis/Model :
No. Pendaftaran :
Kuasa (C.C) :
Kelas Tuntutan : A / B / C / D / E (**) Alamat Pejabat
Alamat Rumah
(**) potong yang tidak berkenaan
12
B. KENYATAAN TUNTUTAN
Tarikh Waktu
Tujuan / Tempat Jarak (km)
Jumlah (RM) Bertolak Sampai
JUMLAH 0 0.00
13
C. TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN(OL 21104)
Jumlah Kilometer X Sen / Kilometer Jumlah (RM)
500km pertama : 0 km X sen/km 0.00
501km - 1000km : 0 km X sen/km 0.00
1001km - 1700km : 0 km X sen/km 0.00
17001km dan seterusnya : 0 km X sen/km 0.00
JUMLAH(KM) JUMLAH(RM) 0.00
D. TUNTUTAN ELAUN MAKAN DAN HARIAN(OL21101)
0 x Elaun Makan sebanyak Sehari (Semenanjung) 0.00
0 x Elaun Makan sebanyak Sehari(Sabah / Sarawak) 0.00
0 x Elaun Harian sebanyak sehari 0.00
JUMLAH 0.00
E. TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH) / ELAUN LOJING(OL21102)
0 hari x Bayaran Sewa Hotel sebanyak RM sehari 0.00
Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Perkhidmatan(OL21199) 0.00
0 hari x Elaun Lojing sebanyak RM sehari 0.00
JUMLAH(RM) 0.00
14
F. TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM (*)
Teksi(OL21104) [ Resit : ] Bas(OL21104) [ Resit : ] Kereta Api(OL21103) [ Resit : ] Teksi(OL21104) [ Resit : ] Terbang(OL21106) [ Resit : ] Feri(OL21105) [ Resit : ] Lain-lain [ Resit : ]
JUMLAH(RM) 0.00
G. TUNTUTAN PELBAGAI (*) (OL21199)
Tol [ Resit : Seperti di Lampiran B ] Tempat Letak Kereta [ Resit : ]
Dobi [ Resit : ] Pos [ Resit : ]
Telefon, Teleks, Faks [ Resit : ] Kerugian pertukaran wang asing [ Resit : ]
(@3%)[Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunei Darussalam sahaja]
Jumlah(RM) 0.00
JUMLAH TUNTUTAN 0.00
15
H. PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa
(a) Perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas urusan rasmi;
(b) Tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah peraturan- peraturan bagi pegawai bertugas rasmi dan/atau pegawai berkursus yang berkuatkuasa semasa; (c) Perbelanjaan yang bertanda (*) berjumlah sebanyak RM 0.00 sebenarnya dilakukan dan dibayar oleh saya; (d) Panggilan telefon sebanyak RM.............................dibuat atas
urusan rasmi; dan 0.00
(e) butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya.
Tarikh :
__________________ (Tandatangan Pegawai)
I. PENGESAHAN
Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.
Tarikh:
_______________________ (Tandatangan Ketua Program) __________________ b.p Ketua Setiausaha/ Pegawai Pengawal
PENDAHULUAN DIRI (Jika ada)
Pendahuluan Diri diberi RM: Tolak: Tuntutan sekarang RM: Baki dituntut/Baki dibayar balik RM: CATATAN:
(*) - Jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB
(**) - potong mana yang tidak berkenaan.
16
CIAST KP 5.2 - Lampiran A
SURAT MAKLUMAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
17
CIAST KP 5.2 - Lampiran B RESIT-RESIT (TOL/KAD TOUCH N GO, HOTEL, DOBI,TEKSI, PARKIR)
Saya mengesahkan bahawa perbelanjaan ini telah sebenarnya dilakukan oleh saya.
Tandatangan Nama :
18
CIAST KP 5.2 - Lampiran C
PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN TOL YANG MENGGUNAKAN KAD 'TOUCH N GO'
NAMA : JAWATAN/GRED :
PROGRAM/UNIT :
TARIKH DARI KE AMAUN (RM)
JUMLAH 0.00
Saya mengaku bahawa tuntutan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas perbelanjaan sendiri.
Tarikh :
Tandatangan Pemohon
PENGESAHAN
Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah urusan rasmi.
Tarikh :
Tandatangan Ketua Program/Unit
19
SENARAI SEMAK TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN CIAST
BIL PERKARA SEMAKAN
1 Maklumat Pegawai Bahagian A lengkap
2 Kelas Tuntutan betul (A / B / C / D / E)
3 Kadar tuntutan mengikut kelayakan pegawai
4 Dokumen sokongan telah disahkan oleh urusetia di CIAST
5 Surat Kebenaran menggunakan Kenderaan Sendiri Melebihi 240 km (sekiranya ada & disahkan oleh CIAST)
6 Akuan resit asal hendaklah disahkan oleh pegawai penuntut (lekatkan pada format RESIT) seperti resit TOL/KAD TOUCH N GO, HOTEL, DOBI,TEKSI, PARKIR.
7 Borang Pengesahan Tol sekiranya menggunakan kad Touch & Go
8 Tandatangan Pegawai dan Ketua Program (Urusetia CIAST)
9 Surat Tawaran Penempatan
10 Salinan Buku Bank / Penyata Bank (nama, no. kad pengenalan & no. akaun jelas)
11 Salinan Kad Pengenalan
12 Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bagi Mengikuti LSI
Saya mengesahkan dokumen tuntutan elaun perjalanan ini telah disemak dan didapati teratur.
Tandatangan Pegawai : …………………………………. Tarikh : …………………………………...
Cop akuan terima Unit Kewangan :
KUIRI UNIT KEWANGAN
20
PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
BORANG PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI DAN MENUNTUT ELAUN KILOMETER BAGI JARAK MELEBIHI 240 KM SEHALA.
( PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 /1992 – PARA 4.7.3 )
Saya memohon untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tugas-tugas rasmi berikut:
i. Sebab-sebab saya menggunakan kenderaan sendiri adalah seperti berikut :
i) Menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain sepanjang perjalanan. ( Catitkan juga tempat tempat tersebut di penyata tuntutan. )
a)_________________________________
b)_________________________________ ii) Membawa pegawai-pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas-tugas rasmi
yang sama ( Catitkan nama-nama penumpang )
a)
iii) Mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri atas alasan berikut:
a)
Tandatangan Pemohon:______________________________
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
KELULUSAN KETUA JABATAN Ulasan Ketua Jabatan :
Permohonan tuan/puan untuk menggunakan kenderaan sendiri dan menuntut elaun kilometer diluluskan / tidak diluluskan
________________________________________________________________________________
Tandatangan K/Jabatan : _______________________
Tarikh : _______________________
Cop Nama dan Jawatan :_______________________
21
REKOD KEHADIRAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI BAGI BULAN __________ TAHUN __________
NAMA : NO. KAD PENGENALAN
:
INSTITUT : FIRMA : HARIBULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 HADIR HADIR LEWAT CUTI SAKIT CUTI KEBENARAN
TIDAK HADIR Nota : Tandakan X pada kotak berkaitan, C = Cuti hujung minggu, P = Cuti Am ULASAN PEGAWAI FIRMA : PENGESAHAN PEGAWAI FIRMA TANDATANGAN : ……………………………………………………………. TARIKH : NAMA : COP JAWATAN/FIRMA :
22
Lampiran 1 RĒSUMĒ
NAMA : NO. KAD PENGENALAN : JANTINA : TARIKH LAHIR : TEMPAT LAHIR : WARGANEGARA : AGAMA : BANGSA : TARAF PERKAHWINAN : NAMA SUAMI/ISTERI : ALAMAT RUMAH : NO. TELEFON : ALAMAT TEMPAT KERJA : JAWATAN (GRED) : BAHAGIAN/BIDANG : TARIKH LANTIKAN : TARIKH SAH JAWATAN : KELULUSAN AKADEMIK : No. Nama Institusi Negeri Mula Tamat Kelulusan KELULUSAN TEKNIKAL/PENGALAMAN KERJA : No. Tempat Jawatan Mula Tamat Catatan *Nyatakan sekiranya ada kenaikan pangkat LATIHAN DALAM NEGERI YANG TELAH DIHADIRI : No. Latihan/Kursus Tempat Mula Tamat Catatan LATIHAN LUAR NEGERI YANG TELAH DIHADIRI : No. Latihan/Kursus Tempat Mula Tamat Catatan KECEKAPAN BERBAHASA
1. BAHASA MALAYSIA 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK 2. BAHASA INGGERIS 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK 3. LAIN-LAIN :___________________ 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK
------------------------------------- --------------------------------------- Tandatangan Tarikh
23
Lampiran 2
SENARAI TUGAS HAKIKI
Jawatan : Ketua Bahagian Elektrik Penyandang : Ali bin Ahmad Tanggungjawab : Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan, Timbalan
Pengarah dan Pengarah ILP Jitra
1. Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.
2. Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.
3. Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian ‘work load’ semua Pembantu/Penolong Latihan Vokasional.
4. Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan ‘software’ latihan. 5. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal
latihan. 6. Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta
bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan. 7. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan institut. 8. Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua
Jabatan dari semasa ke semasa.
Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :
24
Lampiran 3
SENARAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG INGIN DIPEROLEHI DI INDUSTRI
Nama : Ali bin Ahmad Jawatan : Pegawai Latihan Vokasional Bidang : Elektrik Berikut adalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di industri bagi membantu tugas di institut;
1. Pemasangan kabel bawah tanah. 2. Pemasangan Talian Atas Voltan Rendah. 3. Pemasangan Talian Atas Voltan Tinggi. 4. Penyelanggaraan Transformer. 5. Switching. 6. Penyelanggaraan Generator. 7. Penyelanggaraan Enjin Power Station.
Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :
25
Lampiran 4
LAPORAN AKHIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI MUKA HADAPAN
• Nama PDL (beserta gambar ukuran passport) • Nama dan alamat institut • Nama dan alamat firma LSI • Gred jawatan • Kemahiran (bidang) • Siri LSI / Tarikh mula – tamat LSI
1.0 PENGENALAN
Terangkan latarbelakang, operasi, carta organisasi dan lain-lain yang berkaitan dengan firma.
2.0 LAPORAN
2.1 Deskripsi Tugas Rekod segala tugas yang dipertanggungjawabkan dan dibuat sepanjang tempoh latihan.
2.2 Rajah / Lukisan / Gambar
Masukkan mana-mana yang berkaitan. 2.3 Analisa Kos
Analisa kos berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan (jika berkaitan).
3.0 AKTIVITI TAMBAHAN
Nyatakan aktiviti, sumbangan dan lain-lain kegiatan anjuran firma yang disertai dalam tempoh latihan (jika berkaitan).
26
4.0 KESIMPULAN
4.1 Nyatakan pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu bidang tugas pengajar kemahiran di jabatan masing-masing.
4.2 Cadangan
Nyatakan cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan.
5.0 LAMPIRAN
Sertakan lampiran sekiranya berkaitan.
27
Lampiran 5
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
1. Latihan Industri jangkamasa pendek (≤ 3 bulan) dalam negeri :
1.1 Luar Kawasan Ibu Pejabat (> 25 km) :
1.1.1 Elaun makan sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak disediakan. (Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013)
1.1.2 Elaun Lojing & Hotel sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak
disediakan. (Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013) 1.1.3 Elaun perjalanan kenderaan dari hotel/loging ke tempat Latihan Industri
selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri. (Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.10/2013, Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1 tahun 2012)
1.1.4 Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit mengikut had
maksimun kelayakannya atau Elaun loging dan Elaun makan bagi tempoh 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas Latihan Industri. (Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 & Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013)
1.15 Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak
disediakan itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan, maka pegawai hanya layak menuntut Elaun makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :
a) Sarapan pagi : 20% daripada elaun makan b) Makan tengah hari : 40% daripada elaun makan c) Makan malam : 40% daripada elaun makan
1.2 Dalam Kawasan Ibu Pejabat (≤ 25 km) :
1.2.1 Bayaran elaun sara hidup RM 15 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja.(Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013)
1.2.2 Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat Latihan
Industri selama tempoh 6 (enam) hari Latihan. (Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 & Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1 tahun 2012)
28
KADAR BAYARAN ELAUN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM UNTUK TUGAS RASMI/KURSUS MENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN WP 1.4/2013 DAN WP 1.10/2013
SEMENANJUNG MALAYSIA SABAH, SARAWAK & LABUAN MAKAN HOTEL LOGING MAKAN HOTEL LOGING
GRED GAJI Tugas Rasmi
Kursus Tugas Rasmi
Kursus Tugas Rasmi
Kursus Tugas Rasmi
Kursus Tugas Rasmi
Kursus Tugas Rasmi
Kursus
Utama/Khas A dan ke atas
115 90 Sebenar (std.
Suite)
Bilik Biasa
80 80 165 120 Sebenar (std.
Suite)
Bilik Biasa
85 85
Utama/Khas B dan C
100 90 Sebenar (Superior)
Bilik Biasa
75 75 130 120 Sebenar (Superior)
Bilik Biasa
80 80
53 dan 54 85 70 Sebenar (Biasa)
Bilik Biasa
70 70 115 90 Sebenar (Biasa)
Bilik Biasa
75 75
45 hingga 52 60 60 240 145 60 60 80 80 270 160 70 70 41 hingga 44 45 45 220 130 55 55 65 65 250 140 65 60 27 hingga 40 17 hingga 26
40
40 200 180
80 45 40
35 55 55 230 210
100 50 45
40
1 hingga 16 35 35 160 65 35 30 50 50 190 80 40 35
KADAR ELAUN PERBATUAN KENDERAAN MENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN WP 1.4/2013 DAN WP 1.10/2013 & PEKELILING
PERKHIDMATAN 1/2012
JARAK PERJALANAN TUGAS RASMI SEBULAN
A B C D E KELAS KADAR GAJI SEBULAN
SUKATAN SILINDER KENDERAAN (CC/SS) Sen tiap-tiap kilometer
500km pertama 70 60 50 45 40 A RM2625.45 ke atas
1,400 s.s & ke atas
501 – 1000km 65 55 45 40 35 B RM2333.00 ke atas
1,000 s.s & ke atas
1001km – 1700km 55 50 40 35 30 C** RM1820.75 ke atas
Di bawah 1,000 s.s
1701km & seterusnya 50 45 35 30 25 D ) Kurang 175 s.s – 999 s.s ** Di bawah PA 7(a) Bab ‘B’ yg. Ditetapkan
SPPerkhidmatan Bil. 3/84 E )RM1820.75 Kurang 175 s.s
IBU PEJABAT : Jarak 25km mengikut jalan raya; 16km jalan tanah untuk kenderaan bermotor dan 8km jalan basikal atau sungai.
ELAUN MAKAN : Tugas rasmi di luar pejabat melebihi 24 jam bermula waktu bertolak.
Jika makan disediakan; layak tuntut bahagian yang tidak disediakan sahaja; a. Sarapan Pagi 20% daripada elaun makan b. Makan Tengahari 40% daripada elaun makan c. Makan Malam 40% daripada elaun makan
ELAUN HARIAN : Separuh daripada Elaun Makan kerana Bertugas di luar Ibu Pejabat melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam
29
ELAUN LOJING : Perlukan alamat. Lojing hendaklah dalam lingkungan 25km dari tempat kursus/bertugas KERETAPI : Kelas Satu – Gred 27 & ke atas Kelas Dua – Gred 1 hingga 26 KAPAL TERBANG : Menggunakan penerbangan MAS atau Syarikat yang diluluskan seperti PP 11/1998
Dalam Negeri Gred 53 & ke atas Kelas Business Gred 1 hingga 52 Kelas Ekonomi Luar Negeri Gred Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Kelas Satu Gred Utama/Khas ‘B’ da ‘C’ Kelas Business Gred 1 hingga 54 Kelas Ekonomi
30
Lampiran 6
(Menggunakan kepala surat Jabatan)
Pengarah, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (u.p: Unit Sangkutan Industri-SPD) Tuan, PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN BULANAN BAGI MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI ANJURAN CIAST ______________________________________________________________________________ Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat tuan, No. Rujukan : ………………………………. bertarikh : ……………… adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak kami dengan ini mengesahkan bahawa kakitangan kami yang terlibat akan membuat tuntutan perjalanan di CIAST dan tidak akan membuat sebarang tuntutan di jabatan kami. Berikut adalah maklumat pegawai yang berkaitan: Nama :…………………………………………………………………..
Tarikh latihan :…………………………………………………………………..
Tempat latihan :…………………………………………………………………..
Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ………………………………............................... Nama :………………………............. Jawatan :……………………............... ……………………..... Cop Jabatan Tarikh :……………………….............
31
LAPORAN TUGASAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)
Maklumat Pengajar Kemahiran
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Alamat Tempat Bekerja / :
Institut
No. Telefon (Bimbit) :
No. Telefon (Pejabat) :
Siri LSI :
Tarikh Mula-Tamat LSI :
Tempoh LSI :
Maklumat Firma LSI
Institut Latihan/Industri :
Alamat :
No. Telefon :
No. Faks :
Pegawai Firma :
No. Telefon Pegawai Firma :
Sila Lekatkan Gambar
32
1. PENGENALAN
Setiap Pengajar Kemahiran Dalam Latihan (PDL) diwajibkan menyediakan laporan tugasan dengan mencatatkan segala aktiviti-aktiviti latihan yang dibuat setiap hari sepanjang tempoh latihan. Laporan tugasan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Firma (PF) pada bila-bila masa yang dikehendaki untuk tujuan penyemakan dan pengesahan.
2. TUJUAN BUKU LAPORAN TUGASAN
2.1 Merekod pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri. PDL dikehendaki merekod secara terperinci mengenai pelaksanaan tugas dalam bentuk nota dan gambarajah.
2.2 Membantu PDL memahami perkara-perkara yang dipelajari untuk
dikongsi bersama di Jabatan dan disampaikan semula kepada para pelatih di institut setelah tamat latihan.
2.3 Membolehkan PDL mengesan tahap pengetahuan dan kemahiran yang
ada supaya dapat ditingkatkan serta dapat diaplikasi dalam melaksanakan tugas di institut setelah tamat latihan.
2.4 Membolehkan PF berkongsi kefahaman bersama PDL dan seterusnya
mendapat bimbingan /tunjuk ajar ke atas perkara yang tidak difahami. 3. TANGGUNGJAWAB PDL MENGEMASKINI LAPORAN TUGASAN
3.1 PDL bertanggungjawab memasukkan butir pelaksanaan latihan. Tiap-tiap perkara dipelajari mesti dicatatkan di dalam laporan tugasan dan disahkan oleh PF.
3.2 PDL hendaklah merancang serta menyediakan laporan tugasan dengan
kemas dan teratur bagi memudahkan semakan. Sila gunakan pena dakwat atau pena mata bulat untuk mencatatkan laporan (kecuali gambarajah).
3.3 PDL hendaklah menjalani latihan mengikut tugasan yang telah
diberikan oleh PF. PDL hendaklah menyemak setiap perkara yang telah dipelajari, difahami sepenuhnya dan menyemak perkara yang belum diketahui serta berusaha supaya perkara berkenaan dapat dipelajari.
3.4 PDL dikehendaki melukis gambarajah, menyenaraikan bahan-bahan
dan alat perkakas sekali dalam masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu tugasan.
33
3.5 PDL hendaklah melengkapkan sepenuhnya laporan tugasan sebelum
tamatnya tempoh latihan.
4. TANGGUNGJAWAB PF MENYEMAK LAPORAN TUGASAN
4.1 PF hendaklah memeriksa dan mengesahkan buku laporan tugasan yang disediakan oleh PDL dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti status pembelajaran yang dipelajari oleh PDL.
4.2 PF hendaklah membimbing PDL bagi mengenalpasti sebarang
kemajuan atau kelemahan yang wujud semasa dalam latihan berdasarkan laporan tugasan yang disediakan.
4.3 PF hendaklah memberi ulasan terhadap keseluruhan buku laporan
harian yang disediakan oleh PDL sebelum tamat latihan.
Nota :
Laporan tugasan LSI hendaklah diserahkan kepada urusetia LSI dalam tempoh
empat (4) minggu dari tarikh akhir pengajar kemahiran menjalani LSI. Laporan ini
akan dikembalikan kepada pengajar kemahiran setelah disahkan oleh urusetia LSI,
CIAST.
34
LAPORAN TUGASAN
Tarikh : __________________
Tajuk Kerja / Tugas : _______________________________________________
MAKLUMAT / RAJAH
35
PERKAKAS , BAHAN , OPERASI DAN LAIN - LAIN KESELAMATAN
Tandatangan P.D.L Tandatangan Pegawai Firma
36
SENARAI RUJUKAN : Kadar tuntutan elaun Latihan Sangkutan Industri adalah merujuk kepada pekeliling- pekeliling berikut:
1. Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4/2013 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,
KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)
2. Pekeliling Perbendaharaan WP1.10/2013 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,
KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA BERKURSUS KECUALI KURSUS PRA-PERKHIDMATAN
3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 - KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN
AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA
4. Surat Pekeliling Bil 17 Tahun 2007- BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL
37
Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri
Mohon Pencalonan dari Ibu Pejabat Agensi
Terima Permohonan
Mesyuarat Pra-Latihan Sangkutan Industri
Senarai Pendek Calon
Surat Cadangan Penempatan Kepada
Firma
Permohonan Dibatalkan
Cadangan Firma Baru
Surat Makluman Penempatan
Penyediaan Takaful Berkelompok (Group
Personal Accident)
Persetuju- an Calon
Pengesah-an Firma Yang Dicadang-kan oleh
PDL Mengikuti Latihan Sangkutan Industri.
Dokumen-dokumen yang wajib dipenuhi :
• Laporan Harian LSI • Laporan Akhir LSI
Lawatan Pemantauan Terhadap PDL.
Dokumen terlibat : Borang CIAST-SPD-LSI-002
Tuntutan PDL dan PLI
Testimoni Industri / Sijil Penghargaan
Mula
Tamat A
A
Setuju
Tidak
Setuju
Tidak