PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL...
Transcript of PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL...
PANDUAN SKIM PENGILANGAN TOL
DILULUSKAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
____________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia i
KANDUNGAN
PENGENALAN ......................................................................................................... 1
Ikhtisar Cukai Barang dan Perkhidmatan .............................................................. 1
OPERASI AM SKIM INI ............................................................................................ 1
Overview Skim Pengilang Tol Diluluskan .............................................................. 1
LAYANAN CBP BAGI SKIM INI ............................................................................... 2
Layanan CBP bagi barang diimport di bawah SPT ................................................ 2
Layanan CBP bagi aktiviti nilai tambah.................................................................. 2
Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada prinsipal luar
negara ................................................................................................................... 3
Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada pelanggan
tempatan bagi prinsipal luar negara ...................................................................... 3
Layanan CBP bagi kerja subkontrak kepada subkontraktor oleh pengilang tol
diluluskan ............................................................................................................... 5
Layanan CBP bagi barang yang diperoleh oleh pengilang tol untuk aktiviti nilai
tambah................................................................................................................... 5
ORANG YANG LAYAK BAGI SPT ........................................................................... 5
SYARAT BAGI PENGILANG TOL DILULUSKAN ................................................... 5
TANGGUNGJAWAB PENGILANG TOL DILULUSKAN .......................................... 8
Keperluan perakaunan dan penyimpanan rekod ................................................... 8
Kelulusan yang diberi di bawah skim ini ................................................................ 9
Tanggungjawab lain di bawah SPT ....................................................................... 9
SOALAN-SOALAN LAZIM ..................................................................................... 10
Layanan bagi barang dan perkhidmatan tempatan di bawah SPT ...................... 10
Layanan bagi barang diimport di bawah SPT ...................................................... 11
Penghantaran barang yang ditambah nilai kepada prinsipal luar negara ............ 12
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
____________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia ii
Pembekalan barang ditambah nilai kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal luar
negara di bawah SPT .......................................................................................... 12
MAKLUMBALAS DAN KOMEN ............................................................................. 14
MAKLUMAT LANJUT DAN BANTUAN ................................................................. 14
LAMPIRAN 1 .............................................................................................................. i
LAMPIRAN 2 ............................................................................................................. ii
PINDAAN ................................................................................................................. iii
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 1
PENGENALAN
1. Panduan spesifik ini disediakan untuk membantu perniagaan dalam
memahami perkara berkaitan dengan layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan ke
atas Skim Pengilang Tol Diluluskan (SPT).
Ikhtisar Cukai Barang dan Perkhidmatan
2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah cukai berperingkat yang
dikenakan ke atas penggunaan tempatan. CBP dikenakan ke atas semua
pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai di Malaysia selain yang dikecualikan
secara khusus. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan
perkhidmatan di Malaysia.
3. Pembayaran cukai dibuat secara berperingkat oleh perantara dalam proses
pengeluaran dan pengedaran . Walaupun cukai akan dibayar sepanjang rantaian
pengeluaran dan pengedaran, hanya nilai tambah pada setiap peringkat akan
dikenakan cukai dan ini dapat mengelakkan cukai berganda.
4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 dikenali sebagai “orang berdaftar”. Orang berdaftar dikehendaki
untuk mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai yang dibuat
kepada pelanggan. Dia juga dibenarkan untuk menuntut kembali apa-apa CBP yang
dikenakan ke atas pembelian (cukai input) yang mana merupakan input kepada
perniagaannya. Oleh itu, cukai itu sendiri bukan merupakan satu kos kepada
perantara dan tidak wujud sebagai suatu item perbelanjaan dalam penyata
kewangan mereka
OPERASI AM SKIM INI
Overview Skim Pengilang Tol Diluluskan
5. Skim Pengilang Tol Diluluskan (SPT) adalah suatu skim yang membenarkan
mana-mana orang kena cukai yang diluluskan (pengilang tol) untuk tidak mengambil
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2
kira apa-apa aktiviti nilai tambah (perkhidmatan kontrak) ke atas barang kepunyaan
seseorang yang tidak berada di Malaysia (prinsipal luar negara).
6. Di bawah skim ini, pengilang tol akan menerima barang yang dihantar oleh
prinsipal luar negara untuk mana-mana perawatan atau pemprosesan. Selepas
pemprosesan, sebahagian barang yang telah diproses (sekurang-kurangnya 80%)
mestilah dihantar semula kepada prinsipal luar negara atau ke mana-mana negara
lain sebagaimana yang diarahkan oleh prinsipal luar negara. Baki ( maksimum 20%)
barang itu dibenarkan untuk dihantar kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal luar
negara.
LAYANAN CBP BAGI SKIM INI
Layanan CBP bagi barang diimport di bawah SPT
7. Seorang pengilang tol, walau pun merupakan orang yang diluluskan di bawah
SPT masih perlu membayar duti import dan CBP bagi barang yang diimport pada
masa pengimportan. Ini termasuklah barang yang dihantar oleh prinsipal luar negara
untuk proses pengilangan yang akan dijalankan di Malaysia. Walau bagaimanapun,
pengilang tol adalah layak untuk memohon Skim Pedagang Diluluskan (SPL).
Apabila pengilang tol juga adalah seorang yang diluluskan di bawah SPL, CBP bagi
apa-apa barang yang diimport adalah digantung. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
kepada panduan bagi SPL.
Layanan CBP bagi aktiviti nilai tambah
8. Pada dasarnya, semua aktiviti nilai tambah yang meliputi apa-apa rawatan,
pemprosesan, penyiapan, pemasangan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan
pengilangan ke atas barang yang dihantar prinsipal luar negara adalah berkadar
standard kerana aktiviti nilai tambah adalah pembekalan perkhidmatan yang dibuat
di Malaysia. Walaupun demikian, di bawah skim ini pembekalan perkhidmatan itu
adalah tidak diambil kira bagi maksud CBP. Oleh itu, cukai output bagi aktiviti
berkenaan tidak perlu dikenakan.
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 3
Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada prinsipal luar
negara
9. Pada amnya, semua atau sekurang-kurangnya 80% barang siap atau barang
ditambah nilai mestilah dieksport kepada prinsipal luar negara di negara asalnya
atau ke mana-mana negara lain sebagaimana yang diarahkan oleh prinsipal luar
negara itu. Dalam kes sebegini, tiada tanggungan CBP kerana barang tersebut
adalah kepunyaan prinsipal luar negara itu.
Layanan CBP bagi penghantaran barang ditambah nilai kepada pelanggan
tempatan bagi prinsipal luar negara
10. Sebahagian (tidak lebih daripada 20% dari segi nilai atau kuantiti) barang
ditambah nilai yang dihantar di bawah SPT mungkin dihantar ke Malaysia kepada
pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara. Apa-apa penghantaran barang
dirawat atau diproses oleh pengilang tol kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal
luar negara sebenarnya adalah pembekalan yang dibuat oleh prinsipal luar negara.
Dalam situasi ini, prinsipal luar negara yang tidak berada di Malaysia adalah
bertanggungan untuk mengenakan CBP ke atas pembekalan yang dibuatnya jika dia
adalah orang berdaftar. Walaupun begitu, di bawah skim ini memandangkan
prinsipal luar negara adalah orang tidak berdaftar, ”perakaunan kediri penerima”
diperkenalkan di bawah SPT.
11. Di bawah konsep ”perakaunan kediri penerima” pelanggan tempatan tidak
kira sama ada dia berdaftar atau pun tidak, akan mengakaun cukai output bagi
pembekalan yang dibuat oleh prinsipal luar negara seolah-olah dia (pelanggan
tempatan) telah membekalkan barang itu kepada dirinya sendiri di Malaysia dalam
perlanjutan perniagaannya. Jika dia adalah orang berdaftar, maka dia
mengimbangkan cukai output yang kena dibayar dengan kredit cukai input yang
disifatkan. Dengan cara ini, pelanggan tempatan tidak perlu membayar CBP terlebih
dahulu bagi barang yang diterimanya dari pengilang tol.
12. Pelanggan tempatan mestilah membuat ”perakaunan kediri penerima” apabila
dia menerima invois dari prinsipal luar negara atau dia membuat bayaran kepada
prinsipal itu, yang mana terdahulu.
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 4
Contoh-1
XYZ Sdn Bhd adalah pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara,
menerima barang dari ABC Sdn Bhd (pengilang tol). ABC Sdn Bhd
mengeluarkan nota penghantaran bagi setiap barang yang dihantar kepada
XYZ Sdn bhd. Prinsipal luar negara akan mengeluarkan invois kepada XYZ
Sdn Bhd bagi penghantaran itu.
Tarikh invois Nilai Transaksi
5.10.2016 RM10,000.00
10.10.2016 RM20,000.00
Jumlah RM30,000.00
(Jumlah cukai output adalah RM1,800.00 iaitu 6% dari RM30,000.00)
Perakaunan dalam penyata CBP secara ”perakaunan kediri penerima”
sepatutnya menggambarkan seperti berikut:
Jadual-1 Penyata CBP bagi tempoh 1.10.2016 hingga 31.10.2016
Data Cukai Output/Input Tax RM
*Cukai Output
- Barang siap dibekalkan RM1,800.00
Tolak:
*Kredit Cukai Input
- Barang siap diterima RM1,800.00
Cukai kena dibayar (0.00)
(* Andaikan tiada cukai output lain kena dibayar atau tuntutan cukai input yang dibuat dalam penyata cukai yang sama (GST-03)
13. Tetapi, jika pelanggan tempatan adalah orang tidak berdaftar, dia mestilah
membayar CBP bagi pembekalan yang disifatkan dibuat kepada dirinya sendiri
tetapi tidak boleh menuntut CBP yang sama sebagai kredit cukai input. Dalam
situasi ini, pelanggan tempatan itu mestilah mengikrar CBP dalam borang ditetapkan
(GST-04) dan mestilah membuat pembayaran tidak lewat daripada hari terakhir
bulan berikut dari bulan di mana pembekalan itu dibuat.
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 5
Layanan CBP bagi kerja subkontrak kepada subkontraktor oleh pengilang tol
diluluskan
14. Dalam keadaan tertentu, pengilang tol mungkin perlu menyumberluarkan
aktiviti atau proses pengilangan atau nilai tambah tertentu kepada pihak lain. Kerja
subkontrak tidak memindahkan pemilikan barang kepada subkontraktor. Dengan itu,
ia adalah bukan pembekalan barang dan pengilang tol tidak perlu mengakaun cukai
output bagi bahan mentah itu. Sebaliknya, jika subkontraktor adalah orang berdaftar,
dia mestilah mengakaun cukai output bagi nilai perkhidmatan yang dibekalkan
kepada pengilang tol dan pengilang tol itu boleh menuntut CBP yang telah dibayar
sebagai kredit cukai input.
Layanan CBP bagi barang yang diperoleh oleh pengilang tol untuk aktiviti nilai
tambah
15. Pengilang tol boleh memperoleh barang di pasaran tempatan untuk aktiviti
nilai tambah. Jika barang diperoleh di bawah akaun pengilang tol, CBP yang
dikenakan bagi perolehan tersebut boleh dituntut. Walau bagaimanapun, di bawah
skim ini, jika barang yang diperoleh oleh pengilang tol adalah di bawah akaun
prinsipal luar negara, maka barang itu adalah berkadar sifar. Konsep SPT bolehlah
diillustrasikan seperti di Lampiran 1.
ORANG YANG LAYAK BAGI SPT
16. Mana-mana pengilang tol yang mempunyai kontrak dengan prinsipal luar
negara untuk menjalankan aktiviti nilai tambah bernilai RM2 juta atau lebih (tidak
termasuk kos bahan mentah yang dibekalkan atau kepunyaan prinsipal luar negara)
setahun adalah layak untuk memohon SPT tertakluk kepada kelulusan yang diberi
oleh Ketua Pengarah.
SYARAT BAGI PENGILANG TOL DILULUSKAN
17. Seperti skim-skim yang lain, terdapat syarat-syarat yang dikenakan yang
perlu pengilang tol diluluskan patuhi. Syarat-syarat yang dikenakan di bawah SPT
termasuk seperti berikut:
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 6
(a) Menjalankan aktiviti nilai tambah bagi prinsipal luar negara;
Seorang orang kena cukai boleh memohon SPT jika dia adalah
pengilang tol yang menjalankan aktiviti nilai tambah bagi barang yang
dihantar oleh prinsipal luar negara. Dia juga boleh memohon SPT jika
dia telah mempunyai kontrak untuk membuat aktiviti tersebut tetapi
masih belum memulakannya. Walupun begitu, dia mestilah
mengemukakan bukti bagi aktiviti itu, sebagai contoh suatu kontrak
dengan prinsipal luar negara, semasa memohon SPT.
(b) Nilai perkhidmatan yang dikenakan bagi aktiviti nilai tambah;
Jumlah perkhidmatan yang boleh dikenakan bagi aktiviti nilai tambah
bagi prinsipal luar negara mestilah jumlah keseluruhannya sekurang-
kurangnya RM2 juta setahun, tidak termasuk kos apa-apa bahan
mentah yang dibekalkan oleh prinsipal luar negara itu bagi maksud
menjalankan aktiviti nilai tambah.
(c) Sekurang-kurangnya 80% barang siap mestilah dieksport;
Sekurang-kurangnya 80%(dari segi nilai atau kuantiti) barang siap
selepas menjalani aktiviti nilai tambah mestilah dieksport oleh
pengilang tol. [Eksport barang bererti menghantar barang keluar dari
persekutuan Malaysia dan perairannya, tetapi tidak termasuk barang
transit. Bagi maksud CBP, ”eksport” dan ”tansit” mempunyai maksud
yang sama yang didefinisikan di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967.
(Lihat contoh di bawah)
Contoh-2
(i) Jumlah nilai barang siap ( selepas aktiviti nilai tambah) ialah
RM30 juta setahun
(ii) Sekurang-kurangnya RM24 juta daripada RM30 juta jumlah
barang siap (iaitu 80% x RM30 juta = RM24 juta) mestilah
dieksport.
(iii) Baki barang siap berjumlah RM6 juta boleh dihantar kepada
pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara.
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 7
(d) Pengilang tol mestilah orang berdaftar CBP;
Mana-mana orang yang memohon SPT mestilah orang berdaftar di
bawah CBP.
(e) Semua pihak dalam rantaian pembekalan mestilah memohon SPT;
Pengilang tol adalah orang yang mesti memohon SPT tetapi dia
mestilah mengemukakan maklumat prinsipal luar negara (termasuk
perjanjian bertulis) dan pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara
semasa memohon skim ini.
(f) Tempoh bercukai bulanan;
Pengilang tol diluluskan mestilah mengakaun CBP secara bulanan.
(g) Pengemukaan penyata CBP secara elektronik:
Pengilang tol diluluskan mestilah mengemukakan penyata bulanan
mereka secara elektronik (e-filing).
(h) Menyenggara perakaunan dan rekod inventori dengan baik;
Pengilang tol di bawah SPT mestilah pada setiap masa menyenggara
dan menyimpan perakaunan dan rekod inventori dengan baik yang
berkaitan dengan bahan mentah yang diterima, disimpan dan dikilang
dan juga barang siap yang dihantar dan dieksport. Pelanggan
tempatan di bawah SPT juga mestilah pada setiap masa menyenggara
dan menyimpan perakaunan dan rekod inventori yang baik yang
berkaitan dengan barang siap diterima dan dibekalkan, di pasaran
tempatan dan juga dieksport.
(i) Mengekalkan rekod pematuhan yang baik dengan JKDM;
Semua pengilang tol diluluskan mestilah sentiasa mengekalkan rekod
pematuhan yang baik bagi apa-apa perkara dengan JKDM.
(j) Mengemukakan jaminan kepada Ketua Pengarah (KP) Kastam;
dan
Dalam keadaan tertentu, pengilang tol diluluskan boleh dikehendaki
Ketua Pengarah untuk mengemukakan jaminan bagi perlindungan
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 8
hasil. Jaminan boleh dalam bentuk jaminan bank atau bon atau kedua-
duanya sekali.
(k) Syarat-syarat lain;
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat tambahan atau
menyemak semula apa-apa syarat dari semasa ke semasa
sebagaimana yang difikirkannya wajar. Syarat-syarat yang ditetapkan
ini tidak membatalkan mana-mana syarat yang telah ditetapkan
terhadap pemohon dan juga semua pihak dalam rantaian aktiviti nilai
tambah. Ketua Pengarah juga mempunyai hak untuk menolak mana-
mana permohonan, menyemak semula atau membatalkan mana-mana
kelulusan yang telah diberi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis
bagi melindungi hasil.
TANGGUNGJAWAB PENGILANG TOL DILULUSKAN
Keperluan perakaunan dan penyimpanan rekod
18. Kedua-dua pengilang tol dan pelanggan tempatan bagi prinsipal luar negara
yang berdaftar di bawah SPT mestilah menyenggara akaun yang kemaskini, semua
dokumen dan rekod asal yang berkaitan dengan pembekalan, penerimaan dan
perolehan bahan mentah dan barangsiap yang dihantar di bawah skim ini pada
setiap masa. Rekod itu mestilah disimpan oleh pihak yang berkenaan di bawah skim
ini untuk tempoh sekurang-kurangnya 7 tahun.
19. Sistem perakaunan yang baik bererti penyenggaraan akaun dan rekod
inventori yang sempurna untuk mengesan dan mengakaun bahan mentah yang
diperoleh atau dihantar di bawah skim ini. Ia juga termasuk perakaunan yang betul
bagi work-in-progress, stok dalam tangan dan barangsiap yang dilupuskan ke
pasaran tempatan dan luar negara. Semua rekod perakaunan mestilah disokong
dengan dokumen asal yang berkenaan dan mestilah disimpan selaras dengan
Prinsip dan Standard Perakaunan Am yang digunapakai di Malaysia. Sistem
perakaunan yang baik yang dikehendaki bagi pihak yang terlibat di bawah SPT akan
dinyatakan dalam syarat-syarat semasa kelulusan diberi dan mesti dipatuhi
sepanjang masa.
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 9
Kelulusan yang diberi di bawah skim ini
20. Mana-mana kelulusan di bawah skim ini tidak boleh dipindahmilik. Mana-
mana orang kena cukai (penerima pindahan) yang membeli perniagaan sebagai
suatu usaha berterusan dan layak bagi SPT dan berhasrat untuk menikmati
kemudahan SPT mestilah memohon SPT sebelum pemindahan dibuat. Sila rujuk
panduan bagi Pemindahan Usaha Berterusan.
21. Kelulusan SPT adalah untuk tempoh 2 tahun atau suatu tempoh yang lebih
pendek, mengikut kes yang mana berkenaan, dan apa-apa permohonan untuk
pembaharuan mestilah dibuat dalam tempoh enam bulan sebelum kelulusan sedia
ada tamat.
Tanggungjawab lain di bawah SPT
22. Sebagai orang diluluskan di bawah SPT , perkara di bawah ini mestilah
dipatuhi:
(a) Pematuhan yang baik bagi apa-apa urusan dengan JKDM mestilah
dikekalkan sepanjang masa. Jika mana-mana perundangan yang
ditadbir JKDM tidak dipatuhi, status SPT akan digantung atau
dibatalkan. Apa-apa pelanggaran syarat boleh menyebabkan
penggantungan atau pembatalan kelulusan di bawah peraturan 92
Peraturan-Peraturan CBP 2014 oleh Ketua Pengarah.
(b) Semua penghantaran dan pembekalan barang termasuk bahan
mentah yang dibuat di bawah skim ini mestilah disokong sepenuhnya
dengan dokumen dan rekod yang berkaitan. Semua rekod dan
dokumen itu mestilah disediakan apabila dikehendaki oleh pegawai
CBP untuk pemeriksaan;
(c) Mestilah memaklumkan kepada Ketua Pengarah dengan serta merta
jika terdapat apa-apa kekurangan bagi barang yang dihantar dan
mengakaun CBP bagi kekurangan itu. Apa-apa kekurangan adalah
disifatkan sebagai pembekalan tempatan dan CBP mestilah
diakaunkan oleh pengilang tol diluluskan yang bertanggungjawab ke
atas kekurangan itu. CBP yang kena dibayar adalah berdasarkan
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 10
kepada nilai pasaran terbuka barang siap di bawah konsainan dan
mesti diakaunkan dalam tempoh bercukai di mana kekurangan itu
dikesan:
(d) Mestilah memaklumkan kepada JKDM bagi apa-apa perubahan dalam
butiran yang dihantar ke JKDM di bawah SPT.
SOALAN-SOALAN LAZIM
S1. Bolehkah apa-apa pengeksportan yang dibuat oleh pelanggan tempatan
diakaunkan bagi maksud pengiraan 80% peraturan eksport?
J1. Tidak, bagi maksud pengiraan 80% peraturan eksport, hanya barang yang
dieksport oleh pengilang tol yang perlu dimasukira.
Layanan bagi barang dan perkhidmatan tempatan di bawah SPT
S2. Saya adalah pengilang tol di bawah SPT dan jika saya terdesak dan
perlu membeli sebahagian bahan mentah dan komponen di pasaran
tempatan untuk aktiviti niali tambah, adakah saya masih perlu
membayar CBP bagi pembelian itu?
J2. Ya, anda mesti membayar CBP bagi bahan mentah dan komponen yang
diperoleh di pasaran tempatan tetapi anda boleh menuntut bayaran CBP itu
sebagi kredit cukai input anda.
S3. Jika prinsipal luar negara menanggung kos bahan mentah yang dibeli di
pasaran tempatan dan menghantar barang itu kepada pengilang tol
untuk aktiviti nilai tambah, adakah apa-apa elemen CBP bagi barang
yang diterima oleh pengilang tol itu?
J3. Perolehan tempatan bagi bahan mentah dan komponen oleh prinsipal luar
negara adalah dikenakan CBP pada kadar sifar di bawah Perintah CBP
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 dengan syarat barang itu dihantar kepada
pengilang tol diluluskan. Di bawah SPT, pembekal tempatan akan
mengenakan CBP pada kadar sifar bagi perolehan yang dibuat oleh prinsipal
luar negara.
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 11
S4. Adakah apa-apa implikasi CBP jika perkhidmatan yang diperoleh oleh
pengilang tol diluluskan dikontrak kepada dan dibayar oleh prinsipal
luar negara?
J4. Jika pengilang tol membayar perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal
tempatan, maka dia boleh menuntut CBP yang ditanggung sebagai kredit
cukai inputnya. Jika prinsipal luar negara menanggung kos perkhidmatan itu,
pembekalan yang dibuat kepada prinsipal luar negara di bawah SPT
dikenakan CBP pada kadar standard. Pembekalan berkadar sifar yang
diberikan kepada prinsipal luar negara hanya meliputi bahan mentah dan
komponen sahaja.
Layanan bagi barang diimport di bawah SPT
S5. Adakah semua barang yang diimport di bawah SPT termasuk bahan
mentah dan komponen dibenarkan digantung pembayaran CBP bagi
pengimportannya?
J5. Ya, CBP bagi barang yang diimport di bawah SPT boleh digantung sekiranya
orang yang diluluskan ada kelulusan SPL.
S6. Saya adalah pengilang tol diluluskan di bawah SPT. Jika prinsipal luar
negara menghantar mesin kepada saya bagi penggunaan secara
sementara, adakah saya perlu membayar CBP bagi penghantaran itu?
J6. Ia bergantung sama ada mesin itu dibawa masuk sebagai import sementara
atau import biasa. Jika mesin itu dibawa masuk sebagai import sementara,
CBP diberi pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014, tertakluk
kepada syarat yang dikenakan. Sebaliknya, jika ia diikrar sebagai import
biasa, CBP kena dibayar bagi mesin itu pada masa pengimportan, melainkan
CBP digantung di bawah SPL.
S7. Prinsipal luar negara saya menghantar bahan mentah dan pemilikan
bahan mentah itu kekal dengannya. Sebagai pengilang tol,
bagaimanakah saya mengikrar nilai bahan mentah itu kepada JKDM?
J7. Anda atau ejen anda mestilah mengikrar barang yang diimport dalam borang
pengikraran yang ditetapkan (Kastam no.1). Anda mestilah mendapatkan
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 12
maklumat (nilai) daripada prinsipal luar negara untuk membuat pengikraran
tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai kastam taksiran mempunyai kuasa
untuk menaksir semula nilai barang bagi maksud kastam.
Penghantaran barang yang ditambah nilai kepada prinsipal luar negara
S8. Adakah barang yang telah diproses tertakluk kepada CBP bagi
pengeksportan?
J8. Disebabkan barang itu adalah kepunyaan prinsipal luar negara, tiada
pembekalan dibuat oleh pengilang tol.
S9. Bolehkah prinsipal luar negara saya mengarahkan penghantar
barangnya di Malaysia untuk mengeksport barang bagi pihaknya?
J9. Ya, prinsipal luar negara anda boleh melantik penghantar barangnya untuk
mengeksport barang bagi pihaknya tetapi borang ditetapkan (Kastam no.2)
mestilah menyatakan anda adalah pengeksport itu. Anda juga boleh melantik
seorang ejen penghantaran untuk mengikrar bagi pihak anda dalam borang
ditetapkan itu tetapi anda kekal bertanggungan dan bertanggungjawab
sebagai prinsipal.
S10. Sebagai pengilang tol di bawah SPT, apakah layanan CBP bagi barang
siap yang dihantar ke pulau bebas cukai seperti Labuan dan Langkawi?
J10. Di bawah Akta CBP, pulau bebas cukai adalah diklasifikasikan sebagai
Kawasan Ditetapkan (DA). Barang yang dibekalkan ke DA dari Malaysia akan
dikenakan CBP pada kadar sifar. Oleh itu, pengilang tol di bawah SPT boleh
mengenakan CBP pada kadar sifar bagi barang siap yang dibekalkan ke DA.
Pembekalan barang ditambah nilai kepada pelanggan tempatan bagi prinsipal
luar negara di bawah SPT
S11. Saya pengilang tol di bawah SPT. Adakah saya perlu mengakaun CBP
bagi barang siap yang dihantar kepada pelanggan tempatan bagi
pinsipal luar negara?
J11. Jika pelanggan tempatan berdaftar sekali dengan anda di bawah SPT, anda
tidak perlu mengenakan CBP bagi penghantaran itu. Pelanggan tempatan
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 13
akan mengakaun CBP yang kena dibayar sebagai cukai outputnya dan pada
masa yang sama menuntut amaun cukai output itu sebagai kredit cukai input
jika dia adalah orang berdaftar. Walaupun begitu, jika dia adalah orang tidak
berdaftar, dia mestilah membayar CBP bagi pembekalan disifatkan yang
dibuatnya.
S12. Siapakah yang bertanggungan jika pelanggan tempatan bagi prinsipal
luar negara gagal untuk mengakaun cukai output bagi barang yang
dihantar kepadanya?
J12. Sebaik barang diterima oleh pelanggan tempatan, adalah menjadi
tanggungjawab pelanggan tempatan itu untuk mengakaun apa-apa cukai
output yang kena dibayar. Jika pelanggan tempatan itu gagal untuk
mengakaun apa-apa cukai output yang kena dibayar, pelanggan tempatan
tersebut adalah bertanggungan bagi apa-apa CBP yang telah terhutang.
S13. Saya adalah pelanggan tempatan kepada prinsipal luar negara di bawah
SPT dan saya berdaftar di bawah CBP. Apakah implikasi CBP bagi
barang siap yang saya terima dari pengilang tol dan seterusnya
dibekalkan ke pasaran tempatan dan juga eksport?
J13. Jika barang itu dibekalkan ke pasaran tempatan , anda mestilah mengakaun
cukai output dan mengeluarkan invois cukai kepada pembeli anda bagi
pembekalan bercukai tersebut. Sebaliknya, anda boleh mengenakan CBP
pada kadar sifar jika anda mengkesport barang itu.
S14. Apa akan berlaku kepada barang dalam pegangan jika saya berhenti
menjadi pengilang tol diluluskan di bawah SPT?
J14. Jika anda tidak lagi menjadi orang berdaftar di bawah CBP, anda mestilah
mengakaun cukai output bagi semua aset atau barang dalam pegangan.
S15. Sebagai orang diluluskan di bawah SPT, adakah saya perlu
mengemukakan apa-apa penyata kepada pejabat CBP?
J15. Ya, anda dikehendaki menyediakan penyata bulanan iaitu Lampiran B – 0
P.T. GST Bil 2C (rujuk Lampiran 2) dan mengemukakannya ke pejabat CBP
(stesen mengawal) dalam tempoh 15 hari selepas daripada tamatnya tempoh
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 14
bercukai anda termasuklah tempoh bercukai diubah (varied taxable period)..
Contoh Lampiran B – 0 P.T. GST Bil 2C boleh dimuat turun daripada GST
portal.
MAKLUMBALAS DAN KOMEN
23. Sebarang maklumbalas atau komen amatlah dihargai. Sila email
maklumbalas atau komen anda ke [email protected]
MAKLUMAT LANJUT DAN BANTUAN
24. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:
(a) Laman Web CBP : www.gst.customs.gov.my
(b) Hotline CBP : 03-88822111
(b) Pusat Panggilan Kastam :
Tel : 03- 7806 7200/ 1-300-888-500
Faks : 03- 7806 7599
E-mail : [email protected]
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Jabatan Kastam Diraja Malaysia i
LAMPIRAN 1
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
ii Copyright Reserved © 2015 Royal Malaysian Customs Department.
LAMPIRAN 2
PENYATA BULANAN BAGI PERGERAKAN BARANG DI BAWAH SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN (SPT)
Perolehan Pembekalan Prinsipal Di bawah SPT Pembekalan Prinsipal Selain Di bawah SPT
Pembekalan Pengilang Tol
Bil. (a)
Nama Prinsipal
(b)
Nilai barang
diimport (RM)
(c)
Nilai belian tempatan di bawah akaun prinsipal (RM)
(d)
Nilai Belian Di bawah akaun pengilang sendiri (RM)
(e)
Nama Pelanggan Tempatan/ No.GST (jika ada)
(f)
Nilai barang siap diproses (RM)
(g)
Nilai barang yang dihantar (RM) (h)
Nilai barang yang dieksport (RM) (i)
Peratus barang yang dieksport (j) = (i)/(g) X 100%
Nilai jualan tempatan (RM)
(k)
Nilai barang dieksport (RM)
(l)
Jumlah jualan (RM)
(m)
Nilai Pekhidmatan nilai tambah
(RM)
(n)
Nilai Pembekalan selain perkhidmatan nilai tambah
(RM)
(o)
Jumlah pembekalan
(RM)
(p) = (n) + (o)
JUMLAH
Nama Syarikat: Alamat Syarikat: No. GST: No.SPT:
Saya mengaku bahawa maklumat-maklumat yang diberi di atas adalah benar dan betul Tandatangan : Nama: No.Kad Pengenalan: Jawatan: Cop Syarikat:
ni/SPT-syarikat19.3.14
LAMPIRAN B LAMPIRAN B – 0
P.T. GST BIL. 2C
PANDUAN CBP UNTUK SKIM PENGILANG TOL DILULUSKAN Sehingga 01 September 2015
iii Copyright Reserved © 2015 Royal Malaysian Customs Department.
PINDAAN
No Tarikh Kepala/ Sub-Kepala/ Perenggan
Butiran
1 1/9/2015 Tanggungjawab lain di bawah
SPT
Para 22(a) – Maklumat tambahan
2 1/9/2015 Soalan-soalan Lazim J3 – Pembetulan
3 1/9/2015 Soalan-soalan Lazim J6 - Pembetulan
4 1/9/2015 Soalan-soalan Lazim S15 & J15 – Maklumat tambahan